PROJEK MRT BERJALAN LANCAR DENGAN · PDF fileUntuk melihat senarai penuh ... Greater Kuala...

2
Tingkat 5, Menara I & P 1, No. 46, Jalan Dungun, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur Tel: 603 2095 3030 Fax: 603 2095 2121 www.mymrt.com.my SIARAN MEDIA PROJEK MRT BERJALAN LANCAR DENGAN PERMULAAN KERJA-KERJA PEMBINAAN JEJAMBAT V1 DAN DEPOT SUNGAI BULOH Kuala Lumpur, 4 Julai 2012: Dua lagi pakej kerja yang diberikan kepada Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) bakal menyaksikan kerja-kerja pembinaan bagi bahagian Utara Laluan Sg Buloh – Kajang (SBK). Dua kontraktor pakej kerja terkini yang bakal melaksanakan kerja adalah Syarikat Muhibah Perniagaan & Pembinaan Sdn. Bhd. (SMPP) bagi Pakej Jejambat 1 (V1) dan Trans Resources Corporation Sdn. Bhd. (TRC), untuk Depot Sg Buloh (DPT1). SMPP dengan pakej kerja bernilai RM1.09 bilion akan terlibat dengan pembinaan laluan pandu jejambat (trek yang ditinggikan) dari Sungai Buloh ke Kota Damansara dan ia dijangka akan siap dalam Sukuan Keempat 2014. Encik Amir Mahmood Razak, Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp berkata, “Kerja-kerja pembinaan jejambat untuk pakej kerja V1 adalah sepanjang 5.4km dan meliputi penjajaran empat stesen MRT, iaitu Sungai Buloh, Kg. Baru Sungai Buloh, RRI dan Kota Damansara. Hakikatnya, ini adalah laluan pertama SBK dan melintasi pekan Sg. Buloh serta kawasan Kota Damansara yang lebih baru. Di bahagian tengah laluan ini adalah kawasan RRI yang akan dibangunkan tidak lama lagi.” Sementara itu, TRC, yang telah dilantik sebagai kontraktor utama bagi DPT1 dengan kontrak bernilai RM459.9 juta akan memulakan kerja tidak lama lagi dan dijadualkan siap dalam Sukuan Pertama 2016. DPT1 akan dibina di RRI meliputi kawasan tanah seluas 65 ha. Skop kerja TRC termasuk depot penyelenggaraan Sungai Buloh, operasi dan bangunan kawalan, kerja-kerja luaran dan kerja-kerja lain yang berkaitan. "Selepas melalui proses perolehan kami yang ketat, kami yakin bahawa kedua-dua SMPP dan TRC mempunyai kapasiti serta keupayaan bagi melaksanakan pakej kerja mengikut masa dan kos. Pakej kerja V1, khususnya, memerlukan kontraktor yang berpengalaman luas kerana pembinaannya merentasi banyak lebuh raya utama dan jalan raya seperti Lebuhraya Lembah Kelang Baru PLUS, Jalan Sungai Buloh dan Jalan Kuala Selangor,” tambah Encik Amir.

Transcript of PROJEK MRT BERJALAN LANCAR DENGAN · PDF fileUntuk melihat senarai penuh ... Greater Kuala...

Page 1: PROJEK MRT BERJALAN LANCAR DENGAN · PDF fileUntuk melihat senarai penuh ... Greater Kuala Lumpur / Kawasan Lembah Klang ... kesalinghubungan yang lebih baik untuk KL dan bandar-bandar

Tingkat 5, Menara I & P 1, No. 46, Jalan Dungun, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Tel: 603 2095 3030 Fax: 603 2095 2121 www.mymrt.com.my

SIARAN MEDIA

PROJEK MRT BERJALAN LANCAR DENGAN PERMULAAN

KERJA-KERJA PEMBINAAN JEJAMBAT V1 DAN

DEPOT SUNGAI BULOH

Kuala Lumpur, 4 Julai 2012: Dua lagi pakej kerja yang diberikan kepada Mass Rapid Transit

Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) bakal menyaksikan kerja-kerja pembinaan bagi bahagian Utara

Laluan Sg Buloh – Kajang (SBK).

Dua kontraktor pakej kerja terkini yang bakal melaksanakan kerja adalah Syarikat Muhibah

Perniagaan & Pembinaan Sdn. Bhd. (SMPP) bagi Pakej Jejambat 1 (V1) dan Trans Resources

Corporation Sdn. Bhd. (TRC), untuk Depot Sg Buloh (DPT1).

SMPP dengan pakej kerja bernilai RM1.09 bilion akan terlibat dengan pembinaan laluan pandu

jejambat (trek yang ditinggikan) dari Sungai Buloh ke Kota Damansara dan ia dijangka akan siap

dalam Sukuan Keempat 2014.

Encik Amir Mahmood Razak, Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp

berkata, “Kerja-kerja pembinaan jejambat untuk pakej kerja V1 adalah sepanjang 5.4km dan meliputi

penjajaran empat stesen MRT, iaitu Sungai Buloh, Kg. Baru Sungai Buloh, RRI dan Kota Damansara.

Hakikatnya, ini adalah laluan pertama SBK dan melintasi pekan Sg. Buloh serta kawasan Kota

Damansara yang lebih baru. Di bahagian tengah laluan ini adalah kawasan RRI yang akan

dibangunkan tidak lama lagi.”

Sementara itu, TRC, yang telah dilantik sebagai kontraktor utama bagi DPT1 dengan kontrak bernilai

RM459.9 juta akan memulakan kerja tidak lama lagi dan dijadualkan siap dalam Sukuan Pertama

2016.

DPT1 akan dibina di RRI meliputi kawasan tanah seluas 65 ha. Skop kerja TRC termasuk depot

penyelenggaraan Sungai Buloh, operasi dan bangunan kawalan, kerja-kerja luaran dan kerja-kerja

lain yang berkaitan.

"Selepas melalui proses perolehan kami yang ketat, kami yakin bahawa kedua-dua SMPP dan TRC

mempunyai kapasiti serta keupayaan bagi melaksanakan pakej kerja mengikut masa dan kos. Pakej

kerja V1, khususnya, memerlukan kontraktor yang berpengalaman luas kerana pembinaannya

merentasi banyak lebuh raya utama dan jalan raya seperti Lebuhraya Lembah Kelang Baru PLUS,

Jalan Sungai Buloh dan Jalan Kuala Selangor,” tambah Encik Amir.

Page 2: PROJEK MRT BERJALAN LANCAR DENGAN · PDF fileUntuk melihat senarai penuh ... Greater Kuala Lumpur / Kawasan Lembah Klang ... kesalinghubungan yang lebih baik untuk KL dan bandar-bandar

Tingkat 5, Menara I & P 1, No. 46, Jalan Dungun, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Tel: 603 2095 3030 Fax: 603 2095 2121 www.mymrt.com.my

Cabarannya adalah untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan tanpa perlu menutup mana-mana

lebuh raya dan jalanraya utama.

Dalam hal ini, adalah penting dan mandatori bagi para kontraktor untuk melaksanakan Pelan

Pengurusan Trafik (TMP) dan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) yang komprehensif bagi

memastikan kesulitan kepada orang awam dapat diminimumkan.

Kedua-dua SMPP dan TRC akan memastikan bahawa Pasukan Pengurusan Trafik dan pasukan

Respon Kecemasan 24-jam akan bersiap sedia pada setiap masa bagi menjawab sebarang

pertanyaan daripada orang ramai serta untuk membantu mereka. Ini juga akan dilengkapi dengan

MRT Hotline 24-jam 1800 82 6868.

MRT Corp telah menyediakan 85 kontrak yang mana 33 telah dianugerahkan manakala 21 kontrak

sedang dinilai dan 31 belum dipanggil lagi.

Daripada 33 pakej yang diberikan, tujuh adalah untuk pakej jejambat dan satu untuk depot.

Terdapat satu pakej jejambat (V8: Taman Mesra-Kajang) dan satu pakej depot (Kajang) yang belum

dianugerahkan. Kedua-dua pakej akan dianugerahkan pada Sukuan Ketiga 2012.

Untuk melihat senarai penuh jadual perolehan tender dan tarikh sasaran kerja-kerja siap

dilaksanakan, sila layari www.mymrt.com.my.

TAMAT

Latar belakang Projek MRT

MRT merupakan sistem pengangkutan rel baru untuk Lembah Klang. Ia adalah sebahagian daripada

Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur / Kawasan Lembah Klang kerajaan, di

bawah Program Transformasi Ekonomi. Laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) adalah sepanjang

51km, dari bandar Sg Buloh di barat laut hingga ke bandar Kajang di tenggara. Apabila siap, ia akan

terdiri daripada 31 stesen dan memberi perkhidmatan kepada 1.2 juta orang di sepanjang laluan. Ia

juga akan mempunyai integrasi strategik dengan rangkaian pengangkutan rel sedia ada KL, iaitu

LRT, Monorel dan KTM Komuter, serta laluan bas intra dan antara bandar. Ini akan menghasilkan

kesalinghubungan yang lebih baik untuk KL dan bandar-bandar sekitarnya, di samping

mengurangkan jumlah kereta yang memasuki ibu kota.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Edelman

Yoong Loong Hin ([email protected])/

Maureen Jeyasooriar ([email protected])

Tel. Mobil: 016 564 5670/ 016 206 4427