PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR...

14
KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1 PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR RAWANG

Transcript of PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR...

Page 1: PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR …epsmg.jkr.gov.my/images/7/74/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...iv. membina struktur ternaik baru termasuk substruktur, superstruktur

KAJIAN KES LKAN 2016 SIRI 1

PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR RAWANG

Page 2: PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR …epsmg.jkr.gov.my/images/7/74/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...iv. membina struktur ternaik baru termasuk substruktur, superstruktur

LOKASI PROJEK

Page 3: PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR …epsmg.jkr.gov.my/images/7/74/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...iv. membina struktur ternaik baru termasuk substruktur, superstruktur

LATAR BELAKANG • Projek Pembinaan Jalan Pintas Rawang Di Bandar Rawang merupakan satu projek infrastruktur berimpak tinggi yang

menghubungkan rangkaian jalan raya ke Bandaraya Kuala Lumpur. Projek ini telah diluluskan pelaksanaannya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) dan ia bertujuan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Bandar Rawang serta menambah baik sistem rangkaian jalan raya di kawasan sekitar yang menghubungkan Bandaraya Kuala Lumpur.

• Projek pembinaan ini melibatkan kerja menaiktaraf jalan sedia ada sepanjang 10.72km dan pembinaan jalan baru

empat lorong dua hala sepanjang 12.58km. Pembinaan jalan ini bermula dari Bandar Baru Selayang melalui Templer Park merentasi Kanching dan Hutan Simpan Serendah hingga menghubungkan Jalan Persekutuan di Sungai Choh. Komponen kerja dalam projek ini adalah seperti:

i. membina laluan sungai sementara, lencongan jalan dan jalan sementara; ii. melaksanakan kerja tanah, penanaman rumput dan peletupan batu terkawal; iii. melaksanakan kerja perlindungan cerun; iv. membina struktur ternaik baru termasuk substruktur, superstruktur dan mengecat bahagian dalam parapet wall; v. membina tembok penahan tanah; dan vi. pengalihan utiliti yang melibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM) dan Jabatan Bekalan Air

(JBA).

Page 4: PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR …epsmg.jkr.gov.my/images/7/74/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...iv. membina struktur ternaik baru termasuk substruktur, superstruktur

PENEMUAN AUDIT

ISU 1:

Pencapaian Fizikal Projek Penyiapan projek ini mengambil masa yang lama dengan lanjutan masa (Extension Of Time - EOT) sebanyak 2,132 hari. Ini berpunca daripada prosedur dan proses kerja pihak di luar kawalan JKR dan mengakibatkan kontraktor menuntut kerugian dan perbelanjaan berjumlah RM7.88 juta;

ISU 2:

Prestasi Kewangan Perubahan reka bentuk di laluan yang bertindih antara jajaran elevated structure bagi projek ini dengan Lebuhraya Assam Jawa Taman Rimba (LATAR) yang sedia ada menyebabkan peningkatan kos sejumlah RM34.2 juta.

Page 5: PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR …epsmg.jkr.gov.my/images/7/74/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...iv. membina struktur ternaik baru termasuk substruktur, superstruktur

PENCAPAIAN FIZIKAL PROJEK ISU 1

Faktor-faktor kelewatan dalam menyiapkan projek adalah disebabkan perkara-perkara seperti berikut: i. Pengambilan Tanah ii. Kerja Peletupan Batu iii. Kelewatan Pengalihan Kabel 33kV Talian Atas Oleh Tenaga Nasional Berhad

(TNB) di Interchange South FR1 pusingan “U”. iv. Kerja Substruktur Hand Dug Cassion v. Kerja Meroboh Dan Membina Semula Menara Kabel Elektrik vi. Memuktamadkan Jajaran Di Kawasan Taman Warisan Negeri

Page 6: PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR …epsmg.jkr.gov.my/images/7/74/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...iv. membina struktur ternaik baru termasuk substruktur, superstruktur

PENCAPAIAN FIZIKAL PROJEK ISU 1

Tuntutan Kerugian Dan Perbelanjaan Oleh Pihak Kontraktor • Semakan mendapati kontraktor telah mengemukakan tuntutan kerugian dan perbelanjaan

sepanjang tempoh lanjutan masa No:1, 2, 3 dan 4 berjumlah RM7,876,954.68

• Bagaimanapun, tuntutan tersebut telah ditolak oleh Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, JKR • Pada 16 Februari 2016 pihak kontraktor telah mengemukakan rayuan terhadap permohonan

tuntutan kerugian. Namun begitu pihak kontraktor telah dimaklumkan untuk mengemukakan laporan yang lebih terperinci di atas tuntutan tersebut untuk dihantar ke Jawatankuasa Contract Coordination Panel (CCP) sebelum dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.

• Hasil semakan Jawatankuasa Siasatan pada 25 Julai 2017, pihak kontraktor masih belum mengemukakan rayuan terperinci tersebut. Oleh yang demikian, tuntutan kerugian kontraktor sebanyak RM 7,876,954.68 masih belum diluluskan.

Page 7: PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR …epsmg.jkr.gov.my/images/7/74/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...iv. membina struktur ternaik baru termasuk substruktur, superstruktur

PRESTASI KEWANGAN ISU 2

JKR dan kontraktor menyediakan jajaran asal menggunakan kaedah cut and fill yang melibatkan penerokaan tanah di Taman Warisan Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke-27/2005 yang bersidang pada 19 Oktober 2005 telah menolak skop pembinaan asal pembinaan jajaran yang melalui kawasan Taman Warisan Negeri dan meminta JKR mengkaji semula jajaran yang bersesuaian. Sehubungan itu, JKR dan kontraktor yang dilantik telah mengkaji semula kaedah serta jajaran baru yang bersesuaian dan pada 4 Februari 2009, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke 4/2009 telah bersetuju meneruskan cadangan pembinaan Jalan Pintas Rawang secara elevated structure. Selepas beberapa siri rundingan harga, Jawatankuasa Pra-rundingan Harga pada 8 April 2011 telah memutuskan bahawa harga tawaran bagi pembinaan elevated structure yang dipersetujui adalah berjumlah RM390 juta dengan tempoh siap selama 40 bulan. Kementerian Kewangan meluluskan harga muktamad dan tempoh siap tersebut melalui surat bertarikh 21 Oktober 2011 dan perjanjian tambahan no.2 berkaitan skop kerja pembinaan elevated structure berkuat kuasa mulai 15 Disember 2011.

Page 8: PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR …epsmg.jkr.gov.my/images/7/74/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...iv. membina struktur ternaik baru termasuk substruktur, superstruktur

PRESTASI KEWANGAN ISU 2

Namun begitu, pembinaan Lebuhraya Assam Jawa Taman Rimba (LATAR) telah pun siap pada Jun 2011 menyebabkan pertindihan rekabentuk di antara Projek ‘Rawang Bypass Elevated Structure’ dengan Lebuhraya LATAR di FR1. JKS juga dimaklumkan bahawa JKR sukar untuk mendapatkan kerjasama dengan pihak LATAR bagi mengkoordinasikan rekabentuk. Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 25 Februari 2016 bersetuju meluluskan permohonan KKR untuk melaksanakan perubahan reka bentuk di kawasan pertindihan antara jajaran elevated structure dan Lebuh raya LATAR dengan anggaran kos sejumlah RM35 juta. Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Harga yang diadakan pada 12 Januari 2017 telah memuktamadkan harga berjumlah RM34.2 juta. Dengan itu, nilai kontrak semasa adalah RM628.470,464.46 juta iaitu peningkatan sebanyak 209.4% daripada nilai kontrak asal. Untuk makluman kos siling yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi berjumlah RM658.35 juta.

Page 9: PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR …epsmg.jkr.gov.my/images/7/74/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...iv. membina struktur ternaik baru termasuk substruktur, superstruktur

RUMUSAN

JKS secara keseluruhannya mendapati pembinaan Projek Pembinaan Jalan Pintas Rawang Bagi Mengatasi Kesesakan Lalulintas Di Bandar Rawang Secara “Design And Build” adalah baik dan teratur.

Bagaimanapun, bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan perkara yang sama tidak berulang pada masa hadapan, perancangan awal yang lebih teliti perlu dilaksanakan sebelum projek dilaksanakan. Ini perlu melibatkan semua pihak terutamanya Kerajaan Negeri yang mempunyai kuasa dalam proses pengambilan tanah. Penglibatan syarikat utiliti dalam perancangan awal juga dapat memastikan projek berjalan dengan lancar.

Page 10: PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR …epsmg.jkr.gov.my/images/7/74/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...iv. membina struktur ternaik baru termasuk substruktur, superstruktur

SYOR

JKS mendapati tiada unsur-unsur kecuaian, salah laku dan penyelewengan oleh pegawai-pegawai yang terlibat dalam pengurusan kontraktor projek ini. Oleh itu, tidak ada syor untuk sebarang tindakan terhadap pegawai yang terlibat.

Page 11: PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR …epsmg.jkr.gov.my/images/7/74/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...iv. membina struktur ternaik baru termasuk substruktur, superstruktur

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

i. Memastikan JKR/KKR mempunyai pelan penyelenggaraan yang komprehensif bagi memastikan struktur berada dalam keadaan yang selamat dan mencapai objektif.

ii. Meningkatkan tahap koordinasi di antara KKR, kontraktor dan agensi-agensi berkaitan; iii. Memastikan JKR/KKR mempunyai pelan keselamatan/risiko/pencegahan bagi melancarkan

operasi menyelamat ketika berlakunya kemalangan. iv. Mengadakan mesyuarat secara berkala yang dipengerusikan oleh KSU bagi koordinasi

pelaksanaan projek-projek kerajaan; v. Memastikan bayaran pampasan pengambilan balik tanah dilaksanakan dalam tempoh waktu

yang ditetapkan dan penguatkuasaan dilakukan bersama pihak berkuasa; vi. Pelaksanaan Pengurusan Nilai dalam projek kerajaan perlu dikaji semula sama ada memberi

kesan yang positif/efisien dalam semua projek. vii. Memastikan bahawa dokumen berkaitan disimpan dan diselenggara dengan sempurna.

Page 12: PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR …epsmg.jkr.gov.my/images/7/74/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...iv. membina struktur ternaik baru termasuk substruktur, superstruktur

LAWATAN JKS KE TAPAK

Page 13: PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR …epsmg.jkr.gov.my/images/7/74/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...iv. membina struktur ternaik baru termasuk substruktur, superstruktur

KERJA-KERJA TAPAK

Page 14: PROJEK PEMBINAAN JALAN PINTAS RAWANG DI BANDAR …epsmg.jkr.gov.my/images/7/74/Kajian_Kes_LKAN_2016_Siri_1_-_Projek...iv. membina struktur ternaik baru termasuk substruktur, superstruktur

SEKIAN TERIMA KASIH