Projek Perintis Healthy Walkable City Bandar Raya Kuala ... › resources › index › user_1 ›...

2
SIARAN MEDIA Projek Perintis Healthy Walkable City Bandar Raya Kuala Terengganu Kuala Terengganu, 30 Januari 2016 – Projek Perintis Healthy Walkable City Bandar Raya Kuala Terengganu dirasmikan oleh YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada pagi ini. 2. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memilih Bandar Raya Kuala Terengganu sebagai projek perintis Healthy Walkable City. Projek berkenaan dijayakan oleh KPKT melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sejak tahun 2014. 3. Pembangunan projek perintis ini melibatkan pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 400 meter yang menghubungkan pusat tumpuan masyarakat iaitu Stesen Bas Kuala Terengganu dan Pasar Payang. Lokasinya yang strategik selain dapat menghubungkan beberapa kawasan persinggahan menjadikannya sesuai dengan konsep bandar sihat yang ingin diketengahkan. 4. Projek perintis ini turut melibatkan pelebaran laluan pejalan kaki selebar 3 meter (10 kaki) bagi mewujudkan keselesaan kepada pengguna selain rekabentuk laluan yang menerapkan elemen reka bentuk sejagat (universal design) dan elemen bandar selamat seperti penyediaan tactile bagi Orang Kurang Upaya (OKU) buta penglihatan, ramp, laluan zebra dan rel penghadang. Ianya turut dilengkapi dengan informasi kesihatan di sepanjang laluan tersebut. 5. Projek perintis ini bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti persekitaran fizikal dan kesihatan penduduk bandar dengan perubahan gaya hidup aktif melalui rekabentuk bandar sihat. Pengguna yang menggunakan laluan ini sama ada untuk menjalankan aktiviti harian mereka, membeli belah atau bagi tujuan-tujuan tertentu secara tidak langsung telah melakukan aktviti riadah tanpa mereka sedari. Ini secara langsung akan memberi impak kesihatan yang baik kepada pengguna. 6. Objektif utama pembangunan projek perintis ini adalah untuk mengalakkan dan mempromosi amalan gaya hidup sihat dan aktif, meningkatkan jumlah penduduk berjalan kaki Fail : KPKT/BPK/19/7/4 Klt.45 (94) Tarikh : 30 Januari 2016 KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN UNIT KOMUNIKASI KORPORAT ARAS 2 51 PERSIARAN PERDANA PRESINT 4, 62100 PUTRAJAYA Telefon : 03-88915000 Fax : 03-88915557 Kawat : "MINRUMAH" http : //www.kpkt.gov.my E-mail : [email protected] Twitter : kpkt_gov Facebook : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Transcript of Projek Perintis Healthy Walkable City Bandar Raya Kuala ... › resources › index › user_1 ›...

Page 1: Projek Perintis Healthy Walkable City Bandar Raya Kuala ... › resources › index › user_1 › ... · bandar sihat yang ingin diketengahkan. 4. Projek perintis ini turut melibatkan

SIARAN MEDIA

Projek Perintis Healthy Walkable City Bandar Raya Kuala Terengganu

Kuala Terengganu, 30 Januari 2016 – Projek Perintis Healthy Walkable City Bandar Raya Kuala Terengganu dirasmikan oleh YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada pagi ini. 2. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memilih Bandar Raya Kuala Terengganu sebagai projek perintis Healthy Walkable City. Projek berkenaan dijayakan oleh KPKT melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sejak tahun 2014. 3. Pembangunan projek perintis ini melibatkan pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 400 meter yang menghubungkan pusat tumpuan masyarakat iaitu Stesen Bas Kuala Terengganu dan Pasar Payang. Lokasinya yang strategik selain dapat menghubungkan beberapa kawasan persinggahan menjadikannya sesuai dengan konsep bandar sihat yang ingin diketengahkan. 4. Projek perintis ini turut melibatkan pelebaran laluan pejalan kaki selebar 3 meter (10 kaki) bagi mewujudkan keselesaan kepada pengguna selain rekabentuk laluan yang menerapkan elemen reka bentuk sejagat (universal design) dan elemen bandar selamat seperti penyediaan tactile bagi Orang Kurang Upaya (OKU) buta penglihatan, ramp, laluan zebra dan rel penghadang. Ianya turut dilengkapi dengan informasi kesihatan di sepanjang laluan tersebut.

5. Projek perintis ini bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti persekitaran fizikal dan kesihatan penduduk bandar dengan perubahan gaya hidup aktif melalui rekabentuk bandar sihat. Pengguna yang menggunakan laluan ini sama ada untuk menjalankan aktiviti harian mereka, membeli belah atau bagi tujuan-tujuan tertentu secara tidak langsung telah melakukan aktviti riadah tanpa mereka sedari. Ini secara langsung akan memberi impak kesihatan yang baik kepada pengguna.

6. Objektif utama pembangunan projek perintis ini adalah untuk mengalakkan dan mempromosi amalan gaya hidup sihat dan aktif, meningkatkan jumlah penduduk berjalan kaki

Fail : KPKT/BPK/19/7/4 Klt.45 (94)

Tarikh : 30 Januari 2016

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN UNIT KOMUNIKASI KORPORAT ARAS 2 51 PERSIARAN PERDANA PRESINT 4, 62100 PUTRAJAYA

Telefon : 03-88915000 Fax : 03-88915557 Kawat : "MINRUMAH" http : //www.kpkt.gov.my E-mail : [email protected] Twitter : kpkt_gov Facebook : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Page 2: Projek Perintis Healthy Walkable City Bandar Raya Kuala ... › resources › index › user_1 › ... · bandar sihat yang ingin diketengahkan. 4. Projek perintis ini turut melibatkan

dan beriadah serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan kenderaan bermotor memasuki pusat bandar.

7. Majlis pelancaran ini turut diserikan dengan upacara menandatangani Nota Persefahaman (NOU) antara Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan disaksikan oleh YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diterajui oleh Yang Berhormat Dato' Abdul Rahman Dahlan. Di bawah Kementerian ini terdapat 9 Jabatan

iaitu Jabatan Perumahan Negara, Jabatan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Lanskap Negara, Jabatan

Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan Institut Latihan KPKT.

Dikeluarkan Oleh : Unit Komunikasi Korporat

b.p. Ketua Setiausaha

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Telefon : 03-8891 5555

Faks : 03-8891 5557

E-mel : [email protected]