Projek sukaneka pendidikan khas

8
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PAK KIAU KEDAH DARUL AMAN KERTAS CADANGAN AKTIVITI 1 MURID 1 SUKAN PPKI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PAK KIAU DAN SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA PENGLIBATAN : MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK BUKIT PAK KIAU DAN SK POKOK SENA TAJUK : AKTIVITI SUKANEKA ANJURAN : GURU-GURU PELATIH IPG KAMPUS DARULAMAN PISMP PK (BM) / PJ 1 AMBILAN JANUARI 2010

Transcript of Projek sukaneka pendidikan khas

Page 1: Projek sukaneka pendidikan khas

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PAK KIAU

KEDAH DARUL AMAN

KERTAS CADANGAN

AKTIVITI 1 MURID 1 SUKAN PPKI

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PAK KIAU

DAN

SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA

PENGLIBATAN :

MURID-MURID

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SK BUKIT PAK KIAU DAN SK POKOK SENA

TAJUK :

AKTIVITI SUKANEKA

ANJURAN :

GURU-GURU PELATIH IPG KAMPUS DARULAMAN

PISMP PK (BM) / PJ 1

AMBILAN JANUARI 2010

Page 2: Projek sukaneka pendidikan khas

KERTAS KERJA CADANGAN AKTIVITI 1 MURID 1 SUKAN PPKI

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PAK KIAU DAN

SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA

1.0 PENGENALAN

Aktiviti 1 Murid 1 Sukan (1M1S) merupakan aktiviti yang memberi peluang kepada

murid-murid khas untuk melakukan aktiviti senaman bagi menjaga kesihatan dan

kecergasan diri. Selain itu, melalui aktiviti sukaneka yang dirancang bersempena 1M1S

ini, murid-murid dapat berinteraksi dengan masyarakat luar. Aktiviti ini merupakan

aktiviti yang dapat meningkatkan keyakinan murid-murid untuk berdikari dan berani

berhadapan dengan masyarakat luar.

Selain itu, aktiviti sukaneka ini juga merupakan satu aktiviti yang dapat membina

pengalaman berinteraksi dengan persekitaran dan peka dengan perkembangan

semasa.

2.0 RASIONAL

Aktiviti ini diharap bukan sahaja dapat memberikan pengalaman kepada murid-murid

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mengenai kemahiran berinteraksi dalam

kehidupan seharian malah dapat membantu murid-murid membina keyakinan diri untuk

berhadapan dengan masyarakat luar.

Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk memupuk nilai-nilai positif seperti mematuhi

arahan, bertanggungjawab, menghormati orang lain, bekerjasama dan sebagainya.

Seterusnya, selaras dengan aktiviti 1 Murid 1 Sukan, murid-murid diharapkan agar

dapat memupuk nilai menjaga kesihatan dan melakukan amalan bersenam di dalam

kehidupan seharian demi menjaga kecergasan diri.

Page 3: Projek sukaneka pendidikan khas

3.0 OBJEKTIF

1. Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya.

2. Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri murid-murid PPKI

3. Melatih murid-murid PPKI supaya mematuhi disiplin.

4. Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain.

5. Melatih murid untuk menjaga kesihatan melalui aktiviti senaman

4.0 MATLAMAT

Matlamat aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk

meningkatkan keyakinan dan keberanian untuk berinteraksi dengan masyarakat luar.

Melalui aktiviti ini, murid bukan sahaja dapat berinteraksi dengan rakan-rakan malah

berpeluang untuk bergaul dengan masyarakat di sekeliling. Selain itu, aktiviti ini juga

dapat mendorong keberanian dan semangat murid-murid serta mengurangkan rasa

malu untuk berhadapan dengan persekitaran sebenar. Di samping itu, kemahiran motor

kasar dan halus serta penerapan nilai menjaga kesihatan dengan bersenam juga dapat

dilakukan.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Aktiviti ini melibatkan guru-guru, murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi dan

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dari Sekolah Kebangsaan Pak Kiau

5.1 19 orang murid PPKI SKBPK

5.2 7 orang guru PPKI SKBPK

5.3 1 orang PPM PPKI SKBPK

Page 4: Projek sukaneka pendidikan khas

6.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 03 Julai 2013

Hari : Rabu

Tempat : Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengahari

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En. Md. Shariff bin Mustafa

Pengerusi : Pn. Azura bt. Omar

Bendahari : Pn. Nur Farihain bt. Abd. Razak

Setiausaha : En. Muhamad Asyraf bin Muhamad Ludin

Naib setiausaha : En. Mohd Shafuan bin Zulkafli

AHLI-AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Aktiviti : En. Muhamad Asyraf bin Muhamad Ludin

Peralatan : En. Mohd Shafuan bin Zulkafli

Persiapan Tempat : Pn. Nur Farihain bt. Abd. Razak

Makan & minum : Cik Aini Mardhiah bt. Mat Saod

Hadiah & saguhati : Pn. Ku Rosnani bt. Ku Jaafar

Dokumentasi : En. Yusri bin Mahzan

Page 5: Projek sukaneka pendidikan khas

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Item Kuantiti Harga Jumlah

1 Alatan aktiviti

Gula-gula

Tepung

Straw

Gelang getah

Belon

Plastik aiskrim

Kekacang

2 bungkus

2 bungkus

1 bungkus

1 bungkus

1 bungkus

1 bungkus

3 bungkus

RM 2.50

RM 2.50

RM 2.00

RM 2.00

RM 6.00

RM 2.00

RM 1.00

RM 5.00

RM 5.00

RM 2.00

RM 2.00

RM 6.00

RM 2.00

RM 3.00

2 Hadiah

Hamper

Hadiah pertandingan

mewarna

Cenderahati

2 set

3 set

2 set

RM 15.00

RM 2.00

RM 10.00

RM 30.00

RM 6.00

RM 20.00

3 Makanan

Roti + Air mineral

Nasi putih + ayam + air

mineral

28 bungkus

28 bungkus

RM 1.50

RM 3.50

RM 42.00

RM 98.00

Jumlah keseluruhan

RM 221.00

Page 6: Projek sukaneka pendidikan khas

9.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

8.30 pagi

9.00 pagi

9.15 pagi

9.20 pagi

10.00 pagi

10. 30 pagi

12.00 tengahari

1.00 tengahari

Pendaftaran

Senamrobik

Taklimat aktiviti sukaneka

Aktiviti Sukaneka

Rehat

Sambungan sukaneka

Penyampaian hadiah dan perasmian penutup

Pulang

Page 7: Projek sukaneka pendidikan khas

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar aktiviti ini dapat dilaksanakan bersama-sama kerjasama yang

diberikan oleh semua pihak bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Semoga

aktiviti ini dapat dimanfaatkan oleh semua individu yang terlibat sama ada secara

langsung mahupun tidak.

Saya amat mengharapkan agar kertas cadangan ini akan mendapat pertimbangan dan

kelulusan daripada pihak tuan. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan saya

dahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(MUHAMAD ASYRAF B. MUHAMAD LUDIN) (PUAN AZURA BT. OMAR)

Setiausaha, Pengerusi,

Aktiviti sukaneka, Aktiviti sukaneka,

S.K Bukit Pak Kiau. S.K Bukit Pak Kiau.

Page 8: Projek sukaneka pendidikan khas

Kelulusan Guru Besar

Setelah menyemak kertas kerja yang dikemukakan ini, permohonan ini

* diluluskan / tidak diluluskan

Catatan :

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

(EN. MD SHARIFF BIN MUSTAFA)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Bukit Pak Kiau.

* potong yang tidak berkenaan