promo 45 Travelog Ibrah Kehidupan - ProfMDYusof

8
45 Travelog Ibrah Kehidupan PROF DR SR MD YUSOF HAMID

Transcript of promo 45 Travelog Ibrah Kehidupan - ProfMDYusof

Page 1: promo 45 Travelog Ibrah Kehidupan - ProfMDYusof

45TravelogIbrahKehidupan

PROFDRSRMDYUSOFHAMID

Page 2: promo 45 Travelog Ibrah Kehidupan - ProfMDYusof

Senarai Kandungan

Bil Perkara m/s

Senarai Kandungan 1-2

Maklumat Penulis 3-4

Prakata

5-7

Bahagian 1 – Travelog Dalam Negara

Travelog 1 Kampung Semabok, Melaka

Travelog 2 Bandar Hilir, Melaka

Travelog 3 Muar, Johor

Travelog 4 Batu Berendam, Melaka

Travelog 5 Simpang Kerayong, Jasin Melaka

Travelog 6 Bandar Baru Seri Manjung, Perak

Travelog 7 Ipoh, Perak

Travelog 8 Pulau Pangkor, Perak

Travelog 9 Shah Alam, Selangor

Travelog 10 Kuala Lumpur, Malaysia

Travelog 11 Bagan Datuk, Perak

Travelog 12 Bandar Baru Seri Iskandar, Perak

Travelog 13 Kota Bahru, Kelantan

Travelog 14 Kuala Terengganu, Terengganu

Travelog 15 Gua Kelam, Perlis

Travelog 16 Pulau Langkawi, Kedah

Travelog 17 Johor Bahru, Johor

Travelog 18 Kuantan, Pahang

Travelog 19 Kota Kinabalu, Sabah

Travelog 20 Kuching, Sarawak

Page 3: promo 45 Travelog Ibrah Kehidupan - ProfMDYusof

Bahagian 2 – Travelog Luar Negara

Travelog 21 Mekah, Arab Saudi

Travelog 22 Madinah, Arab Saudi

Travelog 23 Manchester, United Kingdom

Travelog 24 Liverpool, United Kingdom

Travelog 25 Stoke on Trent, United Kingdom

Travelog 26 Blackburn, United Kingdom

Travelog 27 Nottingham, United Kingdom

Travelog 28 Sheffield, United Kingdom

Travelog 29 London, United Kingdom

Travelog 30 Singapura

Travelog 31 Republik Chezch

Travelog 32 Scotland

Travelog 33 Wales

Travelog 34 Paris, Perancis

Travelog 35 Amsterdam, Belanda

Travelog 36 Hatyai, Thailand

Travelog 37 Phuket, Thailand

Travelog 38 Jakarta, Indonesia

Travelog 39 Bandung, Indonesia

Travelog 40 Aceh, Indonesia

Travelog 41 Bradford, United Kingdom

Travelog 42 Blackpool, United Kingdom

Travelog 43 New Lanark, Scotland

Travelog 44 Lake District, United Kingdom

Travelog 45 Birmingham, United Kingdom

Page 4: promo 45 Travelog Ibrah Kehidupan - ProfMDYusof

Prakata Bismillahirahmanirahim..Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad SAW dan keluarga Baginda.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, travelog bermaksud sesuatu yang berkaitan

dengan pelbagai kisah perjalanan atau pengembaraan. Manakala maksud ibrah

ialah pengajaran dan iktibar yang boleh di ambil. Ia adalah berkaitan dengan dengan

sesuatu yang dapat di kutip atau yang di pelajari ‘lesson learnt’ di sepanjang

kehidupan kita. Allah berfirman di dalam Surah Al Hasyr 59;2, ‘Ambillah ibrah ibrah (pelajaran baginya) wahai bagi orang-orang yang celik mata hatinya (berfikir)’. Penulis cuba untuk melihat segala yang berlaku pada dirinya dengan sisi pandang

yang paling memberikan sinar, dan berharap sedikit sebanyak dapat membantu

pembaca dan penulis untuk terus memotivasikan diri.

Ebook ini adalah berkaitan dengan travelog kehidupan penulis berdasarkan kisah

benar dari awal kehidupan hingga sekarang. Ebook ini terbahagi kepada dua

bahagian utama iaitu:

• Bahagian 1 yang mengandungi 20 travelog penulis di dalam negara

• Bahagian 2 yang mengandungi 25 travelog penulis di luar negara

Penulis merakamkan pengalaman yang di perolehi di sepanjang kehidupan semasa

berada di dalam negara dan sepanjang tempoh berada di luar negara. Ibrah

kehidupan yang cuba di ambil adalah pandangan peribadi penulis. Banyak

kenangan dan pengalaman yang di lalui penulis yang cuba di kongsi bersama

pembaca untuk di jadikan panduan, tauladan atau pun iktibar. Ikhlas dari penulis,

semakin kita melihat dari sudut yang berbeza perjalanan hidup ini, semakin terasa

akan kekerdilan kita di hadapan Pencipta yang hakiki. Penulis mendoakan kejayaan

kepada semua pembaca di dalam bidang yang diceburi dan mendapat ilmu yang

bermanfaat untuk digunakan bagi agama, bangsa dan negara. Yang baik dari Allah

dan yang kurang serta tidak sempurna adalah dari penulis.

Page 5: promo 45 Travelog Ibrah Kehidupan - ProfMDYusof

Travelog 1: Kampung Semabok, Melaka

Saya di lahirkan di Hospital Besar Melaka pada 29 Disember 1975. Emak bertarung

nyawa untuk melahirkan anak ke lapan di dalam keluarga Hj Hamid Bin Mohd

melalui kaedah pembedahan. Menurut cerita emak, semasa pembedahan di

laksanakan, terdapat bahagian perut saya yang terkena pisau pembedahan dan

tanda jahitan itu kekal hingga ke hari ini sebagai tanda kelahiran. Asbab kepada

kejayaan pembedahan dan peristiwa ini, emak menamakan nama saya dengan

nama Doktor yang berjaya menjalankan pembedahan tersebut. Niat dan doa emak

ketika itu ialah untuk anak bongsunya itu berjaya menjadi Doktor pada masa

hadapan. Alhamdullilah, doa dan hasrat emak termakbul, anaknya berjaya

mendapat gelaran Doktor Falsafah walau pun pada asalnya untuk menjadi Doktor

Perubatan. Usaha telah di buat, laluan pengajian telah betul apabila mengikuti aliran

Sains Tulen Tingkatan empat di Maktab Rendah Sains Mara Jasin tetapi

pengakhirannya tidak seperti di harapkan atas kecuaian dan kesilapan sendiri.

Keputusan peperiksaan SPM dalam aliran Sains kurang memuaskan menjadi punca

berakhirnya hasrat emak untuk melihat anaknya menjadi Doktor perubatan. Malah

saya pun tidak teruja untuk menjadi seorang Doktor Perubatan pada ketika itu.

Alhamdulliah akhirnya, hasrat emak tertunai juga apabila 2 orang cucunya berjaya

menjadi Doktor Perubatan.

Nama Md Yusof yang di beri telah melanggar nama keluarga Hj Hamid yang

semuanya bermula dengan bunga Ros (Rosli anak pertama hinggalah kepada

Roslinah anak ke tujuh). Cadangan nama dari nenek iaitu Rosmanan telah di tolak.

Proses pendaftaran nama juga telah membeli kesan kepada sebutan nama saya.

Pada tahun 1975 dan sebelum itu lagi proses pendaftaran kelahiran di buat di Balai

Polis berhampiran. Pada ketika ini, tidak ramai yang boleh membaca dan mengeja

dengan baik. Taraf pendidikan juga tidak sama seperti sekarang yang mana rata-

ratanya hanya tamat sehingga darjah enam sahaja. Bapak mendaftarkan kelahiran

saya di Balai Polis Kandang, Melaka. Semasa mengisi borang nama yang di beri

ialah Muhammad Yusof tetapi di sebabkan untuk memudahkan ejaan maka di

letakkan Md yang tidak boleh di bunyikan. Kekallah nama ini hingga sekarang

hingga ada yang memanggilnya Mat atau Mad.

Page 6: promo 45 Travelog Ibrah Kehidupan - ProfMDYusof

Bermulalah kehidupan saya di Kampung Semabok, Melaka iaitu sebelum 3 hari ke

tahun 1976, yang menjadikan saya sentiasa termuda di dalam kelas atau rakan

sebaya. Asal nama Kampung Semabok seperti yang di rekodkan oleh abang kedua

saya iaitu Roslan Bin Hamid atau nama penanya LanH, di dalam penulisan beliau di

dalam akhbar Berita Harian ketika menjalani latihan praktikal kewartawanan di

Melaka ialah berasal dari perkataan ‘Sir mabuk’. Kisahnya di catatkan melalui kisah

orang-orang lama iaitu semasa pemerintahan British di Melaka, terdapat pegawai

British yang pada ketika itu pulang dari kelab malam di Bandar Melaka dan melalui

kawasan kampung ini dalam keadaan mabuk. Orang-orang kampung memanggil

mereka ‘Sir mabuk’ dan akhirnya nama ini kekal menjadi nama Kampung Semabok,

Melaka.

Enam tahun pertama berada di kampung adalah tempoh yang sangat

menggembirakan walaupun berada di dalam keadaan sedikit kekurangan. Emak dan

bapak berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan anak-anak dapat di

besarkan dengan baik. Pada ketika usia saya 5-6 tahun, saya mengalami masalah

kesihatan iaitu di serang penyakit ashma atau semput nafas. Penyakit ini akan

menyerang jika keadaan cuaca sejuk dan terutama di waktu pagi. Berbagai usaha

dan ikhtiar yang di ambil untuk mengurangkan dan menyembuhkan penyakit ini.

Emak dan bapak berkejar membawa saya ke klinik, hospital dan juga mendapatkan

rawatan tradisional serta perubatan Cina. Saya di beri makanan khas iaitu daging

burung merpati bagi merawat ashma ini. Pada sebelah pagi, saya hanya akan

mandi menggunakan air panas yang di masak menggunakan cerek di atas dapur

para kayu. Rasanya generasi Y dan Z sekarang tidak pernah melihat dapur para

kayu dan kesusahan untuk memasak menggunakan kaedah ini kerana kesilapan

kecil boleh meyebabkan kebakaran satu rumah. Masalah ashma ini berterusan

hingga berusia 8 tahun dan Alhamdullilah berkat usaha dan doa emak dan bapak,

ashma ini berlalu pergi dalam kehidupan saya hingga ke hari ini.

Saya menerima pendidikan awal di Tadika yang berhampiran dengan rumah iaitu

sejauh hampir 1km. Setiap hari emak akan menghantar saya ke tadika menaiki

basikal. Dalam kesibukan sebagai suri rumah dan menguruskan kerja sampingan

yang lain, emak akan terkejar-kejar mengambil saya dari tadika.

Page 7: promo 45 Travelog Ibrah Kehidupan - ProfMDYusof

Di dalam satu kejadian emak akhirnya terlibat dengan kemalangan kecil apabila

basikal yang di naiki terlajak masuk ke dalam parit dan di sorak orang ramai yang

menjadi penonton di gerai makan berhampiran. Begitulah susahnya dan bertapa

besarnya pengorbanan emak di dalam memastikan pendidikan awal tidak terjejas.

Masalah kesihatan saya juga menyebabkan sering tidak ke tadika dan terlantar di

rumah. Kenangan yang masih boleh di ingati ialah di lawati kawan-kawan yang

prihatin akan keadaan saya walau pun mereka mempunyai kehidupan yang agak

selesa berbanding dengan saya. Masa awal kehidupan ini juga banyak di habiskan

dengan menjalani rutin sebagai budak kampong dengan bermain di bendang sawah,

menangkap ikan laga, menjaga kambing dan banyak aktiviti mengikut musim seperti

musim layang-layang, baling tin, getah gundu, kad ultraman dan banyak lagi.

Keadaan Kampung Semabok selepas 45 tahun telah banyak berbeza yang mana

sawah tempat saya bermain telah di bina Stesen Minyak, rumah kedai dan

pembangunan yang tidak terfikir pada masa dahulu. Pintu gerbang ‘Welcome to

Malacca’ yang menjadi tanda kemasukan pengunjung ke daerah Melaka Tengah

juga telah di robohkan. Kampung Semabok kini gah dengan aliran trafik yang tinggi

melalui Lebuh Raya Alor Gajah, Melaka dan Jasin (AMJ).

Mungkin generasi yang baharu tidak pernah terfikir yang dahulu Kampung Semabok

menjadi laluan utama orang Johor untuk ke Kuala Lumpur terutama ketika Johor

berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir bola sepak Piala Malaysia di awal

tahun 1980an. Atau pun yang lebih jauh, cerita mak dan bapak berkenaan dengan

deretan kereta lembu yang melalui Kampung Semabok untuk pesta mandi Safar di

Tanjung Keling. Sehingga kini tiada lagi ‘Sir Mabuk’ yang kelihatan di Bandar

Semabok ini tetapi yang kekal adalah nama Semabok, Melaka dan yang nyata ia

bukan lagi sebagai sebuah kampung.

Ibrah Kehidupan:

1. Tanggungjawab ibu bapa untuk mendoakan dan meletakkan nama yang baik

untuk anak yang di lahirkan serta berniat untuk kejayaan anak di masa

hadapan.

Page 8: promo 45 Travelog Ibrah Kehidupan - ProfMDYusof

2. Usaha, doa dan tawakal kepada Allah dalam setiap usaha termasuk

menyembuhkan penyakit adalah dituntut. Jangan pernah berputus asa

dengan rahmat Allah.

3. Kehidupan awal sebagai persiapan untuk menghadapi kehidupan atau masa

hadapan yang mencabar. Ibubapa seharusnya melatih dan menyediakan

anak untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Sifat berdikari,

bertanggungjawab dan yang baik perlu di terapkan hingga ke peringkat umur

remaja.

4. Sebagai anak, kenanglah jasa kedua ibu bapa yang tidak pernah jemu di

dalam membesarkan dan memberi pendidikan kepada kita dari awal lahir

hingga kita dewasa. Hukumnya WAJIB membalas jasa dan mendoakan

kedua ibu bapa kita walau apa pun jua keadaannya.

5. Sejarah masa lalu di jadikan panduan dan pengajaran kepada generasi

baharu. Kenangi pengorbanan kedua ibu bapa dan mereka yang banyak

berjasa kepada kehidupan awal kita.