Promosi facebook
-
Upload
cikgu-niezam -
Category
Education
-
view
1.324 -
download
7
description
Transcript of Promosi facebook
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 1
Ebook Ringkas Tentang Tips Pemasaran di Facebook
Dari kajian, pembacaan dan pengalaman sendiri
Oleh : Cikgu Niezam
Jom join saya di http:/www.facebook.com/groups/gengcikguniezam/
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 2
Promosi Facebook.
1. Promosi di Profil
Teknik ini cukup mudah, anda hanya perlu tuliskan ayat-ayat promosi anda dan
poskan di profil anda. Nampak mudahkan?..Namun apakah sambutannya
memberangsangkan?. Mari saya kongsikan serba sedikit tips ringkas bagaimana
untuk meningkatkan sambutan terhadap promosi anda.
a. Tulis ayat lengkap.
Perhatikan usahawan-usahawan online menulis ayat. Perasan atau tidak
bahawa mereka tidak menggunakan bahasa rojak? Semua menulis dengan
ayat-ayat yang lengkap. Kurang menggunakan kependekan perkataan. Cuba
perhatikan di bawah ini.
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 3
b. Pemerengganan
Jika apa yang ingin anda sampaikan itu panjang, buatlah perenggan dengan
memisahkan isu-isu utama.Seelok-eloknya setiap perenggan itu dalam
empat atau lima baris. Setiap perenggan tersebut perlu diselitkan beberapa
ayat yang berbentuk pertanyaan, dan juga info berkaitan dengan produk
anda.
2. Lakukan teknik promosi berbayar.
Kita semua ketahui bahawa setiap post yang kita tulis tidak mungkin akan
dapat dilihat oleh semua rakan-rakan kita. Kebanyakan post yang terlihat
adalah post rakan-rakan yang selalu kita komen dan like sahaja. Beginilah cara
halus FB mencari duit...hihihihi. Maka bagi memperbanyak jumlah view kita
digalakkan menggunakan button promote yang terdapat di sebelah kanan
bawah post kita itu. Pastikan kad debit anda telah diverikasi untuk urusan
online.
A. Promosi di profil
Taipkan iklan anda, masukkan gambar jika perlu kerana gambar turut
memainkan peranan dalam menarik perhatian pembaca. Kemudian klik ‘post’.
Maka post anda telahpun publish di wall anda. Ikuti langkah
selanjutnya…………………..
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 4
Klik “promote”
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 5
Klik “pay to Promote”..FB mengenakan cas sebanyak RM 3.13 untuk promosi iklan
tersebut.
Lihatlah kesannya. Jumlah komen bertambah kerana jumlah view bertambah.
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 6
B. Promosi di pages
Pergi ke “buat iklan”
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 7
Pilih tujuan anda beriklan. Sama ada ingin menambah bilangan ‘like’ atau untuk
mempromosi post anda di pages.
Pilih audien yang bakal melihat iklan anda.
i. Anda boleh memilih promosi ke bandar-bandar tertentu.
ii. Anda juga boleh memilih targeting anda berdasarkan umur ( 25 ke 45
adalah efektif )
iii. Pilih juga minat pengguna FB.
Usah risau jika jumlah view iklan anda semakin kurang. Ingat kuantiti bukanlah
yang dicari tapi kualiti kerana mereka inilah yang bakal menjadi pelanggan anda
nanti.
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 8
Ikuti langkah seterusnya sehingga akan keluar pemberitahuan bahawa iklan anda
telah berjaya dan menunggu proses pengesahan.
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 9
Teknik 2
Pada setiap post di pages akan keluar button Promote di tepinya. Perasankan?
Klik Promote
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 10
Pilih jumlah kos yang ingin dibayar. Setelah itu anda akan lihat kesannya seperti
contoh di bawah.
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 11
Teknik 3.
Anjurkan event
Klik Event. Paparan baru seperti di bawah akan muncul. Lengkapkan dan lihat
kesannya nanti.
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 12
Lain-lain tips.
1. Kurangkan beriklan pada hujung minggu kerana sambutannya kurang
menggalakkan. Ini mungkin disebabkan ramai pengguna membuka FB
semata-mata untuk bersembang dan bertanya khabar kawan-kawan sahaja
setelah penat bekerja sebelumnya.
2. Gunakan ayat-ayat subjektif yang tidak memberi gambaran penuh apa yang
ingin anda promosikan. Jangan terlalu direct kerana dari sudut psikologi ia
tidak membawa kebaikan sebab ini menghilangkan rasa ingin tahu
pembaca.
3. Lakukan promosi berkala. Contohnya tiga kali sehari. Pilihlah waktu sesuai
seperti pagi( kira-kira pukul 10 pagi )..petang dan malam. Jangan terlalu
kerap dan juga terlalu kurang.
4. Elakkan mempelbagaikan promosi barangan. Maksudnya di sini jangan
mempromosikan pelbagai jenis perniagaan anda serentak. Ini
menghilangkan kredibiliti anda.Anda dilihat seolah-olah tidak berjaya
kerana sering bertukar-tukar perniagaan. Jika sememangnya anda ingin
mempromosikan pelbagai produk anda, binalah pages khusus.
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 13
Promosi parasit:
Di sini ingin saya jelaskan bahawa maksud promosi parasit ini adalah bentuk-
bentuk promosi tidak beretika. Anda digalakkan tidak melakukan promosi
sebegini kerana promosi sebegini dilihat negatif oleh orang lain. Ingat terdapat
ramai mata yang memandang setiap iklan kita di FB. Jangan bunuh kepercayaan
anda dengan melakukan promosi parasit yang membuatkan orang tidak selesa
dengan kita dan akhirnya kita dikeluarkan daripada senarai rakannya.
1. Parasit Chat
Maksudnya anda tanpa segan silu, tanpa sapaan terus sahaja menghantar iklan
anda dalan inbox atau di ruangan chat rakan-rakan anda. Lihat contoh di bawah.
Sedang anda syok-syok melayan dan membaca status kawan-kawan..tiba-tiba
muncul iklan sebegini. Suka tak?
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 14
2. Parasit profile
Menggunakan nama samaran dan meletakkan bukan gambar sebenar.
Sebenarnya cara ini tidak dilihat sebagai professional. Perasankan terdapat
ramai yang melakukannya? Pada saya ini langsung tidak menggambarkan
tahap seriusnya anda berniaga secara online. Pastinya kepercayaan pembeli
pada kita akan terhalang. Bahkan wujud rasa was-was dalam hati mereka.
3. Parasit wall
Mereka yang sering menghantar iklan di wall orang lain tanpa kebenaran dan
iklan tersebut langsung tiada kena-mengena dengan kita.
4. Parasit status
Ada dua jenis parasite ini.
Pertamanya mereka akan meletakkan ayat-ayat promosi pada ruangan
komen di post kita. Pastinya ayat-ayat mereka ini langsung tidak ada kena-
mengena dengan apa yang kita tulis.
Jenis yang kedua adalah merampas bakal pelanggan kita. Contohnya saya
iklankan produk A. Parasit ini juga menjual produk A. Jadi pada ruangan
komen parasite ini akan meminta bakal-bakal pelanggan saya membeli
melaluinya dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik. Harap anda
tidak sebegini.
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 15
5. Parasit tag
Mereka ini terlalu suka tag kita pada ayat promosi dan juga pada gambar-
gambar yang tiada kena-mengena dengan kita dan hanya akan
menguntungkan mereka sahaja.
Selain itu juga beriklan di group-group pengiklanan yang terdapat di FB juga
bukan cara efektif. Ini kerana semua yang yang ada di dalam kumpulan tersebut
hanyalah semata-mata untuk beriklan. Akhirnya wujudlah lambakan iklan tanpa
ada seorangpun pembeli kerana semua ahli kumpulan tersebut adalah penjual.
Kita juga tidak digalakkan meletakkan gambar-gambar berbentuk mata wang
sebagai bukti kejayaan kita. Cukuplah sekadar penyata bank atau reward daripada
syarikat. Ini penting kerana apabila kita bergambar dengan duit ia seolah-olah
memberitahu orang ramai bahawa kita ini suka bermegah. Perbuatan ini pastinya
mewujudkan rasa menyampah orang lain kepada kita.
Kesimpulannya menjaga kredibiliti merupakan asas kepercayaan orang pada kita.
Justeru itu binalah kredibiliti anda. Ini mungkin mengambil masa namun
percayalah bahawa jika anda bermatlamat jangka panjang dalam perniagaan
online ini maka biarlah bersusah-susah dahulu supaya kesan jangka panjangnya
membuahkan hasil berterusan. Sabar perlu ada. Selain itu banyakkanlah solat
Dhuha, bersedekah dan bersedekahkan Fatihah buat ibu bapa kita. In sha Allah
rezeki kita akan datang….
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 16
Jika anda gigih membina kerjaya pasti Berjaya…………………
1. Pasti suka buka email
Juga suka tengok akaun Maybank………………
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 17
Tidak lupa CIMB………………
Statement emal dan akaun bank ini bukan niat saya untuk bermegah tapi
untuk menunjukkan bukti kepada anda bahawa kita boleh Berjaya asalkan
jangan berputus asa dan ingin cepat mengaut keuntungan. Sabar itu
perlu..masih ramai otai yang Berjaya memungut lebih banyak pendapatan
secara online jika dibandingkan dengan saya ini.
Tips Ringkas Pemasaran Facebook
Cikgu Niezam Page 18
Sekian , terima kasih
# Mohon maaf jika ebook ringkas ini dilihat tidak berkualiti saya sekadar
menceritakan secara ringkas terutamanya pada bahagian-bahagian tertentu.
# Mohon maaf jika terdapat apa-apa ayat yang menyinggung hati dan perasaan
anda. Saya sekadar menyampaikan apa yang saya patut sampaikan berdasarkan
pengalaman saya selama ini.
# Ayat dalam ebook ini sememangnya ditulis secara ringkas dan padat serta
diselang-seli dengan perkataan Inggeris.Harap tidak menyusahkan anda.
Cikgu Niezam
http://www.facebook.com/cikguniezam