Proposal Bantuan Dana

32
0 Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

Transcript of Proposal Bantuan Dana

Page 1: Proposal Bantuan Dana

0Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

Page 2: Proposal Bantuan Dana

1Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

ISI KANDUNGAN

NO. PERKARA M/SURAT

RINGKASAN EKSEKUTIF

1.0 PENDAHULUAN 2

2.0 LATARBELAKANG KOPERASI 4

3.0 STRUKTUR ORGANISASI DAN PENGURUSAN

INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS 5

4.0 OBJEKTIF PROGRAM 6

5.0 CARTA SASARAN PROGRAM YANG DIJALANKAN 7

6.0 PENGKHUSUSAN BIDANG LATIHAN YANG DITAWARKAN 10

7.0 METODOLOGI/ KAEDAH PERLAKSANAAN 24

8.0 TEMPOH PROGRAM KURSUS / TEMPAT 25

9.0 NILAI TAMBAH DITAWARKAN (ADDED VALUE OFFERED) 25

10.0 FAEDAH/KAEDAH PULANGAN KEPADA PESERTA 25-26

11.0 PENUTUP/KESIMPULAN 26

12.0 LAMPIRAN KOS PROGRAM

Page 3: Proposal Bantuan Dana

2Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

RINGKASAN EKSEKUTIF

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi Kertas Cadangan ini berjaya disedia dan disiapkan

sepenuhnya bagi dikemukakan kepada semua pihak yang berkenaan untuk memberi

penerangan, penjelasan serta pendedahan tentang hasrat KOWANIS bagi melaksanakan

Program Persijilan Keusahawanan dan Program Latihan Jangka Pendek (Indoor & Outdoor)

dan seterusnya mendapatkan peruntukan dan penajaan bagi menjalankan kursus dan

program yang telah disusun. Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS) dan

Institut Latihan Teknikal KOWANIS berhasrat dan ingin turut sama menyumbangkan

pengalaman dan pengetahuan yang ada dengan menjalankan kursus dan program yang

berkaitan. Antaranya kursus yang dikendalikan adalah Kursus Jahitan, Kursus

Penyenggaraan dan Membaik-Pulih Telefon Bimbit, Kursus Kecantikan dan

Aromatheraphy serta Kursus Masakan dan Penyediaan Makanan. Kursus ini terbuka

kepada belia-beliawanis yang ingin meningkatkan pencapaian diri mereka dalam pelbagai

bidang yang diminati. Kursus ini juga mampu membantu mereka yang tidak memiliki sijil

akademik, tamat pesekolahan atau kepada yang telah bekerja dalam industri yang

berkaitan.

Di akhir tempoh kursus, setiap peserta diharapkan akan dapat:

a. Meningatkan kemahiran diri dan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

mengikut tahap.

b. Meningkatkan taraf hidup dan membasmi kemiskinan.

c. Melahirkan masyarakat yang lebih berdikari dan berdaya maju serta berkemahiran

tinggi lagi inovatif.

d. Mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum sejajar dengan hasrat

kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan tegar ke tahap sifar sekaligus dapat

mencapai matlamat kerajaan.”

Program ini juga dapat menjadi medium untuk memupuk semangat keusahawanan di

kalangan para belia yang menyertainya, di mana sepanjang kursus ini, belia akan

diterapkan dengan nilai-nilai yang baik sebagai seorang usahawan dan mendapat panduan

yang sistematik untuk menceburi bidang perniagaan. Adalah diharapkan agar

pembentangan melalui Kertas Cadangan ini akan di terima dan dipertimbangkan.

PengerusiKoperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

Page 4: Proposal Bantuan Dana

3Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

PERMOHONAN BANTUAN DANAPROGRAM PERSIJILAN KEUSAHAWANAN

DAN PROGRAM LATIHAN JANGKA PENDEK

1.0 PENDAHULUAN

Kertas Cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan Bantuan Dana serta Penajaan

yang mana hasil bantuan yang dihulurkan mampu menaja suatu program yang

dikenali sebagai Program Persijilan Keusahawanan dan Program Latihan Jangka

Pendek (dalam bidang Jahitan, Telekomunikasi, Masakan dan Penyediaan Makanan

serta Kecantikan). Kesemua latihan yang dijalankan akan dapat membantu peserta

program mendapat pengiktirafan dari industri pekerjaan serta pihak Jabatan

Pembangunan Kemahiran (JPK).

Program ini mensasarkan golongan belia yang bermotivasi tinggi, kurang

berkemampuan dari segi ekonomi, dan tidak berpeluang menceburi bidang kemahiran

seperti yang dinyatakan di atas di institusi-institusi kemahiran milik kerajaan atau pun

swasta disebabkan desakan hidup serta keadaan kehidupan masakini. Secara

umumnya program yang akan dijalankan ini adalah aplikasi amalan sebenar di dalam

industri pekerjaan, serta sesuai diterapkan kepada peserta-peserta, khususnya belia

yang tidak berkemampuan atau berpeluang meningkatkan persijilan mereka. Di akhir

program ini belia-belia ini berpeluang menjadi belia-belia yang lebih berdaya saing

dan kompetitif untuk berada di dalam industri pekerjaan, mengikut kapasiti yang

dirancang.

Berdasarkan pemerhatian, kajian dan pengalaman pihak kami dalam menjalankan

pelbagai program kemahiran mendapati bahawa senario industri pekerjaan pada masa

hadapan akan terus memerlukan tenaga kerja terlatih yang dapat menyumbang

tenaga dan pengalaman ke arah perkembangan ekonomi Malaysia selari dengan

hasrat cita-cita dan slogan kami “Kemahiran Berinovasi Pemangkin Kejayaan”

KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD (KOWANIS-P-5-0272) merupakan

sebuah badan pertubuhan yang telah ditubuhkan di bawah Akta-Koperasi 1993 dan

telah didaftarkan secara rasminya pada 14 hb. Januari 2005. Semenjak penubuhan

KOWANIS lebih menumpukan perhatian dalam bidang Penyewaan Kenderaan (Teksi)

dan selain itu turut melaksanakan Program-Program Latihan Kemahiran. KOWANIS

sebelum ini telah berjaya melaksanakan Kursus Jahitan dan Kraftangan di bawah

Page 5: Proposal Bantuan Dana

4Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) dengan kerjasama FELCRA

Training and Consultancy dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

(KKLW). Selain itu KOWANIS juga turut terlibat melaksanakan Program Latihan

Kerjaya (PLK) anjuran Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah seliaan FELCRA

Training and Consultancy (FTC).

KOWANIS disokong dan dibantu sepenuhnya oleh ahli-ahli yang sememangnya

memiliki kemahiran dan berpengalaman melaksanakan pelbagai Program Latihan

Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) serta Program Kursus Jangka Pendek. Sebelum ini

KOWANIS juga turut terlibat melaksanakan Kursus Jurukecantikan (PLKK), Kursus

Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit (PLKK), Kursus Perkhidmatan

Melatih Ibu Tunggal(I-Kit) Dan Keusahawanan Wanita (I-Keunita) secara Program

Kursus Jangka Pendek (PKJP), Program Latihan 1 Malaysia, Program Latihan

Kemahiran 1 Malaysia, dan Program Latihan Kemahiran (NBOS).

KOWANIS kini akan melaksanakan setiap program Latihan melalui divisyennya Institut

Latihan Teknikal KOWANIS (ILTK), yang akan dinaik - taraf sebagai Penyedia Latihan

bidang Jahitan, bidang Telekomunikasi- Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit

yang bertauliah dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber

Manusia. KOWANIS juga berdaftar sebagai Pusat Latihan SLDN bagi kursus

Jurukecantikan dan Aromatherapy yang turut ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan

Kemahiran(JPK), Kementerian Sumber Manusia .

Diharapkan sumbangan Dana ini dapat membantu para peserta yang berminat

menjalani latihan serta mendapatkan kemahiran yang diminati bahkan akan

mengwujudkan mengeratkan hubungan dua hala antara KOWANIS dan penyumbang

DANA bahkan akan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat

Malaysia khasnya.

Pihak kami berharap agar Bantuan Dana yang disumbangkan dapat merialisasikan impian

para peserta yang terlibat seterusnya turut menjayakan program yang dirancangkan oleh

pihak kami KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD (KOWANIS).

Page 6: Proposal Bantuan Dana

5Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

2.0 LATARBELAKANG KOPERASI

2.1 MAKLUMAT ASAS KOPERASI

Nama Koperasi : KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD(KOWANIS).

Alamat Koperasi : No. 55, Lorong Bertam Indah 1Taman Bertam Indah13200 Kepala BatasPULAU PINANG

Tarikh Daftar : 14 Januari 2005

Nombor Pendaftaran : P-5-0272

Jumlah Anggota : 100

Jumlah Modal Syer : RM10,000.00

Fungsi Utama : Perkhidmatan

Aktiviti : ● Pusat Latihan Kemahiran/ Kursus Kemahiran Jangka

Panjang/ Kursus Jangka Pendek (Indoor & Outdoor)/

Juruperunding (Consultancy) Perkhidmatan

No. Akaun Bank : 557157802011

Nama Bank : MAYBANK Cawangan Gelugor

345-H, Bangunan Kelab Gelugor

Jalan Sultan Azlan

11700 Gelugor

PULAU PINANG

Page 7: Proposal Bantuan Dana

6Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

3.0 STRUKTUR ORGANISASI DAN PENGURUSANINSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS (ILTK)

PENGERUSI/ PENASIHATPN. FAUZIAH-HANI BT YACOB PJK,PJM

CEO/ PENGURUS PUSAT BERTAULIAHEN. MAIZAL AFFENDEY B. JALALUDIN

UNIT PENTADBIRAN & KURIKULUM

CIK NASIBAH BT. AZIZ

TENAGA PENGAJAREN. MOHD AZLI B. RAMLI

(MOBILE REPAIRING)CIK NASIBAH BT. AZIZ(SISTEM KOMPUTER)PN. GRACE CHEONG(JURUKECANTIKAN)

PN. SALBIAH BT. YUSUF

(AROMATHERAPY)

PN. AFIDA BT. JALALUDIN

(JAHITAN)

EN. MOHD NUR AFIFI B. IBRAHIM

(MASAKAN)

KAKITANGAN

CIK ZIRWATUNNATASYA BT.

ZAHRI

SUMBER MANUSIA

CIK AFEERA RAHAYU BT.AHMAD RADZI

UNIT PROGRAM & LATIHANKEMAHIRAN

EN. WAN MUHAMMAD SIRAJ MUNIR

PENGURUS OPERASI LATIHANEN. MOHD AZLI B. RAMLI@SULONG

UNIT LATIHANJANGKA PANJANG/ JANGKA PENDEK

Page 8: Proposal Bantuan Dana

7Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

4.0 OBJEKTIF PROGRAM

KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD (Institut Latihan Teknikal

KOWANIS) amat berharap di akhir kursus ini peserta akan dapat mencapai

matlamat seperti berikut :

1. Melahirkan masyarakat dan belia dan beliawanis khasnya yang berkemahiran dan

berkualiti.

2. Melahirkan belia yang berpotensi dan berkaliber dalam aspek kemahiran.

3. Meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia agar lebih maju dan kehadapan

setaraf dengan semua lapisan masyarakat sekaligus dapat membasmi kemiskinan.

4. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia dan beliawanis.

5. Untuk memberi pendedahan, galakan serta dorongan kepada para peserta supaya

meminati dan menceburi bidang kemahiran.

6. Meningkatkan pengetahuan teori dan kemahiran amali peserta di dalam bidang yang

disertai (Bidang Jahitan, Telekomunikasi, Masakan, Jurukecantikan serta

Aromatheraphy).

7. Mendedahkan kepada para peserta mengenai reka bentuk dan teknologi yang

berubah dengan pantas. Memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui

masalah, rintangan dan risiko yang akan dihadapi serta cara untuk mengatasi di

dalam dunia perniagaan.

8. Pengetahuan yang mendalam dan pengalaman yang luas akan menjamin

pendapatan yang lumayan dan seterusnya mengukuhkan perniagaan mereka.

9. Membolehkan pembentukkan jaringan perniagaan di kalangan para usahawan yang

sedia ada di pasaran.

10. Menghalang para belia dan beliawanis dari terjebak atau terlibat di dalam anasir-

anasir negatif seperti najis dadah, pergaulan sosial keterlaluan dan sebagainya.

11. Untuk membangunkan golongan masyarakat untuk menjadi generasi usahawan

pelapis yang berdaya maju, kompetatif dan berdaya tahan.

Page 9: Proposal Bantuan Dana

5.0 CARTA SASARAN PROGRAM YANG DIJALANKANOLEH

INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS

LALUAN LATIHAN & KERJAYA( TRAINING & CARRIER PATHWAY )

PemilihanBidang Kursus

Yang Diminati atauMengikut Keperluan

Pekerjaan

MengikutiKursus Jangka Panjang

Mengikut Bidang

PROSES 1PROSES 2

Tamat KursusSIJIL PENYERTAAN

PROSES 3

Tamat KursusSIJIL

PENYERTAAN

PROSES 4

TAMATPeserta Boleh Memilih Untuk :

- Usahawan- Menyambung Pengajian

- BekerjaBERKEMAHIRAN

Page 10: Proposal Bantuan Dana
Page 11: Proposal Bantuan Dana

10Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

6.1. Kursus Tekstil & Pakaian(Pembuat Pakaian Wanita)

Melatih, membangun dan menawarkan peluang

tenaga terlatih, di bidang Tekstil & Pakaian (Pembuat

Pakaian Wanita) untuk memenuhi asas sebenar

amalan di sesebuah kedai Jahit. Kemahiran-

kemahiran asas yang MESTI ada pada setiap tenaga

terlatih di bidang ini akan diterap dan dilatih kepada

peserta. Ia termasuk amalan sebenar (Actual

practice) di Kedai Jahit apabila berhadapan dengan

pelanggan sebenar turut didedahkan kepada peserta.

JANGKAMASA LATIHAN

Latihan Teori & Amali (Familiarization)

Tempoh Latihan : 3 bulan 2 minggu

Latihan Tempat Kerja ( On the Job Training)

Tempoh Latihan : 2 minggu

Apparentis Pekerjaan (Apprentice)

Tempoh Latihan : 2 minggu

Page 12: Proposal Bantuan Dana

11Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA 2012(KURSUS JAHITAN PAKAIAN WANITA)

Page 13: Proposal Bantuan Dana

12Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

Anjuran MARA Negeri Perak(KURSUS JAHITAN TUDUNG BERFESYEN 2012)

Page 14: Proposal Bantuan Dana

13Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA 2012(Kursus Jahitan Tudung Berfesyen)

Page 15: Proposal Bantuan Dana

14Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

PROGRAM LATIHAN 1 MALAYSIA 2012(Kursus Sulaman Dan Manik)

Page 16: Proposal Bantuan Dana

15Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

6.2. Kursus Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit(Juruteknik Telefon Bimbit)

Melatih, membangun, dan menawarkan peluang tenaga

terlatih, di bidang Penyenggaraan dan Membaiki Telefon

Bimbit yang akan mendalami kemahiran-kemahiran

sebagai Juruteknik (Phone Cellular Technician) supaya

berkemampuan mengendalikan sebarang masalah meliputi

Hardware dan Sofware sebarang jenama telefon bimbit

yang berteknologi tinggi di mana-mana pusat servis.

JANGKAMASA LATIHAN

Latihan Teori & Amali (Familiarization)

Tempoh Latihan : 2 bulan 2 minggu

Latihan Tempat Kerja ( On the Job Training)

Tempoh Latihan : 2 minggu

Latihan Sebenar (Actual Practice)

Tempoh Latihan : 1 minggu

Page 17: Proposal Bantuan Dana

16Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

KURSUS JANGKA PENDEK(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)

Page 18: Proposal Bantuan Dana

17Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

PROGRAM LAT 1 MSIA BELIA DAN BELIAWANIS IPOH(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)

Page 19: Proposal Bantuan Dana

18Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

KURSUS PENYENGGARAAN MEMBAIKI TELEFON BIMBITBELIA DAN BELIAWANIS IPOH SIRI KE-2

Page 20: Proposal Bantuan Dana

19Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN 1 MALAYSIABELIA DAN BELIAWANIS FELDA

(KURSUS PENYENGGARAAN DAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT)

Page 21: Proposal Bantuan Dana

20Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

6.3. Kursus Kecantikan dan Urutan/Aromatheraphy

Melatih, membangun, dan menawarkan peluang tenaga

terlatih, di bidang Kecantikan dan Aromatherapy

(Jurukecantikan & Urutan) untuk memenuhi asas sebenar

amalan di Pusat Kecantikan atau SPA. Kemahiran-

kemahiran asas dan teknik yang diguna pakai, akan diterap

dan dilatih kepada peserta. Amalan sebenar (Actual

practice) di Pusat Kecantikan (Beauty Centre) apabila

berhadapan dengan pelanggan (Walk in Customer), dan

pelanggan dalaman (Internal Customer) akan didedahkan

kepada peserta.

JANGKAMASA LATIHAN

Latihan Penyesuaian (Familiarization)

Tempoh Latihan : 3 bulan 2 minggu

Latihan Tempat Kerja ( On the Job Training)

Tempoh Latihan : 2 minggu

Amalan Sebenar Pekerjaan (Actual

Practice)

Tempoh Latihan : 1 minggu

Page 22: Proposal Bantuan Dana

21Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA 2012(KURSUS JURUKECANTIKAN & AROMATHERAPHY)

Page 23: Proposal Bantuan Dana

22Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

6.4. Kursus Penyediaan Makanan Ala-dan Ala- Thai

KURSUS JANGKA PENDEK(Kursus Penyediaan Makanan Ala-Barat)

Melatih, membangun, dan menawarkan peluang tenaga

terlatih, di Bidang Penyediaan Makanan Ala- Barat dan Ala-

Thai. Peserta yang berminat akan mendalami ilmu

kemahiran spesifik sebagai seorang Tukang Masak supaya

berkemampuan menyediakan menu-menu makanan yang

akan diperlukan oleh pelanggan atau perniagaan yang

diwujudkan. Peserta juga akan dilatih mengendalikan dapur

dan perniagaan di sesebuah Kedai/Gerai Makan Ala- Barat

atau Ala-Thai. Peserta turut di latih dengan amalan sebenar

pekerjaan.

JANGKAMASA LATIHAN

Latihan Penyesuaian (Familiarization)

Tempoh Latihan : 3 bulan 2 minggu

Latihan Tempat Kerja ( On the Job Training)

Tempoh Latihan : 2 minggu

Amalan Sebenar Pekerjaan (Actual

Practice)

Tempoh Latihan : 1 minggu

Page 24: Proposal Bantuan Dana

23Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

PROGRAM LAT 1 MSIA BELIA /BELIAWANIS DAN IBU TUNGGAL(Kursus Penyediaan Makanan Ala-Barat)

Page 25: Proposal Bantuan Dana

24Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

7.0. METODOLOGI/ KAEDAH PERLAKSANAAN

a. Pembelajaran akan dilaksanakan secara penerangan melibatkan latihan amali,

perbincangan, serta latih-tubi. Pembelajaran akan disampaikan oleh tenaga pengajar

yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang ini serta akan disampaikan

berdasarkan modul yang telah disediakan.

b. Pelaksanaan kursus lazimnya akan melibatkan 70% aspek amali dan 20% adalah

dalam bentuk teori dan 10% selebihnya menjurus ke arah bimbingan sebagai

usahawan (Apprentice). Para peserta akan dibekalkan dengan nota pembelajaran

dan peralatan serta bahan-bahan yang di perlukan (bahan mentah dan lain-lain

bahan).

c. Peserta kursus akan diperkenalkan dengan pelbagai peralatan yang berkaitan secara

terus. Para peserta akan turut dibekalkan nota penting untuk dijadikan bahan

rujukan setelah tamat kursus. Sesi soal jawab akan di adakan bagi memastikan

setiap peserta memahami pembelajaran yang disampaikan.

d. Para peserta akan mendalami segala ilmu berkaitan tentang kursus yang disertai

melalui bengkel-bengkel yang akan dijalankan pada setiap hari dimana peserta

akan dapat membiasakan diri dengan setiap peralatan yang akan digunakan kelak.

Para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik yang betul bagi menghasilkan

produk yang berkualiti serta mampu menarik minat para pelangan nanti.

e. Di akhir kursus ini para peserta akan didedahkan tentang pasaran perniagaan

sebenar serta akan dibimbing oleh usahawan yang telah berjaya dalam bidang yang

berkaitan.

f. Para peserta akan dipantau dan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak KOWANIS

dan Institut Latihan Teknikal KOWANIS serta perlu mengemukakan laporan

kemajuan perniagaan yang diwujudkan ataupun laporan terkini selepas tamat

kursus.

Page 26: Proposal Bantuan Dana

25Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

8.0. TEMPOH PROGRAM KURSUS / TEMPAT

Tempoh perlaksanaan bagi setiap program/ kursus yang akan dijalankan adalah

selama 3 sehingga 4 bulan (mengikut jenis kursus kemahiran yang disertai). Kursus

ini akan di jalankan di Institut Latihan Teknikal KOWANIS milik KOWANIS atau Pusat

Latihan yang dilantik. Jika tiada sebarang perubahan semua kursus akan dilaksanakan

beralamat seperti di bawah :

INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS (ILTK)

No. 55, Lorong Bertam Indah 1

Taman Bertam Indah

13200 Kepala Batas

PULAU PINANG

Peserta akan belajar mengikut modul yang disediakan oleh tenaga pengajar yang

pakar serta mahir dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini. Pelaksanaan

kursus juga boleh dijalankan di premis-premis mengikut kesesuaian dan permintaan

penganjur.

9.0. NILAI TAMBAH YANG DITAWARKAN (ADDED VALUE OFFERED)

9.1 Para peserta akan diberi pendedahan asas serta digalakkan menguasai pengetahuan

menggunakan Bahasa Inggeris sebagai percakapan dalam mengendalikan

perniagaan. Peserta akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman

dalam bidang Bahasa Inggeris. Pengetahuan ini merupakan suatu kelebihan buat

para peserta.

9.2 Peserta turut dibimbing menguasai asas perakaunan yang dapat dimanfaatkan

apabila menamatkan pengajian dan terutama para peserta yang akan menjadi

seorang usahawan. Nilai tambah ini dapat memberikan bimbingan buat para peserta

menjalankan perniagaan dengan teratur serta menggunakan pengetahuan

tambahan ini bagi mengimbangi perniagaan yang dijalankan serta menyediakan

rekod perakuanan yang teratur

10.0. FAEDAH/KAEDAH PULANGAN KEPADA PESERTA

- SETELAH TAMAT KURSUS

10.1 Peluang melanjutkan pengajian program latihan kemahiran di pusat pengajian yang

diiktiraf kerajaan dan mendapat bantuan pembiayaan dari agensi-agensi kerajaan

yang terlibat.

10.2 Peluang pekerjaan dengan syarikat atau industri yang memerlukan tenaga kerja

mahir rakyat tempatan mengikut kemahiran yang dimiliki atau bidang yang diminati

oleh para pelatih.

Page 27: Proposal Bantuan Dana

26Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

10.3 Berpeluang berkhidmat di bawah syarikat Institut Latihan Teknikal KOWANIS dan

rangkaian perniagaan KOWANIS serta rakan niaga yang bakal menyediakan peluang

pekerjaan melalui pengwujudan Pusat Servis dan Kedai-kedai yang menjalankan

perniagaan mengikut bidang yang dipelajari.

10.4 Pelatih yang mencapai tahap yang dikehendaki bakal ditawarkan bekerja di pusat-

pusat servis dan kedai-kedai yang menjalinkan kerjasama dengan pusat latihan atau

bakal ditawarkan melanjutkan pengajian dalam bidang latihan bersama syarikat atau

pusat latihan yang memerlukan tenaga mahir.

10.5 Meningkatkan pengetahuan mengikut kemahiran serta mensijilkan kemahiran yang

diperolehi melalui pengalaman pekerjaan yang diperolehi melalui industri yang

disertai.

10.6 Pengetahuan tentang keperluan semasa pasaran pekerjaan yang melibatkan ilmu

kemahiran terbuka luas bagi para peserta yang terlibat, terutama sekali kepada

belia-belia menganggur, belia-belia di dalam dan di luar bandar.

10.7 Boleh menjana pendapatan yang lumayan melalui ilmu kemahiran diri yang

diperolehi dan memulakan pemiagaan secara kecil-kecilan atau menjalankan

perniagaan dalam bentuk perkongsian.

11.0. KESIMPULAN

Secara ringkasnya, KOPERASI BELIAWANIS PULAU PINANG BERHAD

(KOWANIS) dan INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL KOWANIS (ILTK) akan

berusaha melaksanakan program ini sehabis baik agar dapat mencapai

objektif dan matlamat seperti mana yang diharapkan. Pihak institut juga

mengharapkan melalui program yang dijalankan nanti ia juga dapat

memberikan impak yang positif kepada para peserta bagi memperbaiki

taraf hidup mereka seterusnya keluar dari masalah kemiskinan atau

masalah lain yang menjadi penghalang kejayaan mereka. Semoga

penyertaan para belia dalam setiap program yang dilaksanakan ini mampu

melahirkan lebih ramai belia berkemahiran. Pelaksanaan program ini

diharapkan juga dapat membentuk jati diri generasi baru selain

membantu para belia atau peserta yang ketinggalan di dalam bidang

akademik mengharungi cabaran di masa depan seiring dengan kemajuan

negara dan Wawasan 2020 nanti.

Page 28: Proposal Bantuan Dana

27Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

Page 29: Proposal Bantuan Dana

28Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

A. RINGKASAN KESELURUHAN KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PANJANGBAGI SETIAP PESERTA MENGIKUT DAN SESI YANG SERTAI

BIL KETERANGANBIL

PESERTA

KOS

SEPESERTAJUMLAH (RM)

1.

Pentadbiran

- Pendaftaran Peserta

- Pengurusan Pentadbiran

- Persijilan

100 250.00

100.00

300.00

25,000.00

10,000.00

30,000.00

2.

Yuran Pengajian

Produk & Barangan Latihan

Peralatan Asas Khas - Untuk Peserta(PERINCIAN KOS MENGIKUT SESI TA/EE/MP,

SEPERTI KETERANGAN DI BAWAH)

100 8,330.00 833,000.00

3.

Kemudahan

- Insuran Berkelompok

- Penginapan & Asrama (120.00 x 4)

- Penginapan & Asrama (120.00 x 3)

- Uniform

- T. Shirt (Aktiviti Harian 2 Helai)

100

100.00

480.00

360.00

60.00

50.00

10,000.00

48,000.00

36,000.00

6,000.00

5,000.00

4. Elaun Sara Diri Peserta

- RM350 sebln X 6 Bln100 1,750.00 175,000.00

JUMLAH BESAR 6,040.00 1,178,000.00

Page 30: Proposal Bantuan Dana

29Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

A. PERINCIAN KOS MENGIKUT PROGRAM BAGI SETIAP PESERTA SECARASEPENUH MASA

BIL KETERANGAN JUMLAH

1.

SESI TA

Kursus Tekstil & Pakaian (Pembuat Pakaian Wanita) – 4 BULAN- Yuran Pengajian- Produk & Bahan Latihan- Peralatan Asas Khas Untuk Peserta

- Tool Box Lengkap Alatan Asas- Set Pengukur

1,650.00800.00350.00

JUMLAH YURAN 2,550.00

2.

SESI EE

Kursus Penyenggaraan dan Membaiki Telefon Bimbit(Juruteknik Telefon Bimbit) – 3 BULAN- Yuran Pengaj ian- Produk/ Bahan Amal i & Bahan Pakai Buang- Peralatan Asas Membaik i

- Tools Set- Blower- Soldering Stat ion- Power Supply

1,600.00750.00480.00

JUMLAH YURAN 2,830.00

3.

SESI MP

Kursus Kecantikan dan Urutan/Aromatheraphy (Jurukecantikan)– 4 BULAN- Yuran Pengajian- Produk & Bahan Latihan Amali- Peralatan Asas

- Make-Up Box Lengkap

1,650.00800.00500.00

JUMLAH YURAN 2,950.00

Page 31: Proposal Bantuan Dana

30Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)

B. RINGKASAN KESELURUHAN KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PENDEK

PEMBENTUKAN USAHAWAN MAKANAN ALA-BARAT

100 PESERTA SELAMA 5 HARI

`C. JUMLAH KESELURUHAN KOS PROGRAM KURSUS

(JANGKA PANJANG & JANGKA PENDEK)

BIL PERKARA KOS SEPESERTA(RM)

JUMLAHKESELURUHAN

(RM)

A

YURAN PENDAFTARAN- Pendaftaran- Yuran Profesional- Uniform- Persijilan

1,100.00 110,000.00

B YURAN UJIAN TEORI/PRAKTIKAL 27.00 2,700.00

CYURAN PENYELIAAN-Tenaga Pengajar- Fasilitator (1org)

168.00140.00

16,800.0014,000.00

D YURAN BENGKEL/MAKMAL 160.00 16,000.00

E KOS BAHAN MENTAH/ PERALATAN LUPUS/

KEPERLUAN AMALI/ TEORI

ii. Bahan Mentah Amali 350.00 35,000.00

iii. Keperluan Amali 300.00 30,000.00

iv. Peralatan Amali/Teori 185.00 18,500.00

F YURAN PENTADBIRAN 70.00 7,000.00

JUMLAH 2,500.00 250,000.00

JUMLAH KESELURUHAN 2,500.00 250,000.00

BIL KETERANGAN JUMLAH

1. A. KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PANJANG 1,178,000.00

2. B. KOS PROGRAM KURSUS JANGKA PENDEK 250,000.00

JUMLAH KESELURUHAN A+B 1,428,000.00

Page 32: Proposal Bantuan Dana

31Koperasi Beliawanis Pulau Pinang Berhad (KOWANIS)