Proposal Kajian

download Proposal Kajian

of 47

description

welcome

Transcript of Proposal Kajian

1.0 PENDAHULUAN1.1 Pengenalan.Pelaksanaan Pendidikan Islam di dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah berdasarkan perakuan-perakuan yang terkandung di dalam Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960 dan dalam Akta Pelajaran 1961. Perakuan-perakuan di dalam ketiga-tiga Penyata Akta tersebut telah memperuntukkan supaya agar semua sekolah yang mempunyai 15 atau lebih murid Islam wajib mengajarkan mata pelajaran agama Islam (seksyen 36(1)). Hasil daripada perakuan tersebut, pada peringkat awalnya mata pelajaran Pendidikan Islam telah diajar di luar jadual waktu persekolahan (di waktu petang). Pada tahun 1962 barulah mata pelajaran Pendidikan Islam dimasukkan ke dalam jadual waktu rasmi sekolah dengan peruntukan masa pengajaran dan pembelajarannya sebanyak 120 minit seminggu (Abd. Rauf Dalip, 1984:1). Hasil dari kajian yang dilaporkan adalah seperti berikut: "Mutu pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolah-sekolah sekarang ini belum lagi mencapai satu peringkat yang diharapkan, keadaan ini timbul kebanyakan kerana guru-guru agama ini tidak mempunyai kelayakan iktisas yang diperlukan. Di samping itu mereka juga telah tidak mendapat bimbingan dan penyeliaan yang sewajarnya"

( Jawatankuasa kabinet 1979:73)Realiti yang wujud di sekolah sehingga hari ini ialah pengajaran pelajaran Jawi dilaksanakan dalam Pendidikan Agama Islam yang dipertanggungjawabkan kepada guru-guru agama (Pekeliling TKPP II, II/41 14 Disember 1984, dan surat KP [PPK] 015/10 Jilid V [58] Disember 1984 dan kini pelaksanaan j-QAF melalui pekeliling Ikhtisas Bil 13/2004 (KP(BS)8591/Jld.xvii(13) 30 Disember 2004. Perubahan ini membuktikan bahawa guru-guru bahasa tidak tahu mengajar Jawi, baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah serta juga di maktab perguruan. (Che Siah Che Man, 2007:3)Namun demikian dalam KBSR telah menetapkan bidang kemahiran penguasaan Jawi dimasukkan semula ke dalam Kurikulum. Dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah ada menyatakan bahawa:"Kemahiran membaca hendaklah meliputi kebolehan membaca tulisan Rumi dan tulisan Jawi. Tulisan Jawi mula diperkenalkan kepada murid-murid Tahap 2 di Tahun 4. Penekanan pada Tahun4 adalah mengenal huruf, membaca dan menulis ayat mudah. Pelajaran Jawi akan diperkukuhkan lagi dengan aktiviti seperti menjawab soalan kefahaman berdasarkan petikan karangan yang dibaca dan menukarkan skrip Rumi ke skrip Jawi. Penekanan pada Tahun 6 pula adalah pengukuhan dan penggunaan Jawi serta pengajaran yang disatukan dengan pelajaran bahasa Malaysia."

(Panduan Khas Pelajaran Jawi Tahun 3 dan 4, 1985:147)Namun begitu, dalam dekad 80-an dan 90-an tulisan Jawi mengalami kebangkitan kerana keprihatinan masyarakat terhadap tulisan Jawi. Mereka mengemukakan cadangan dan usul-usul dalam konvensyen dan seminar tulisan Jawi. Hasil dari usul-usul yang dikemukakan, maka pihak Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengambil beberapa keputusan segera antaranya, Jawatankuasa Penyelarasan Perlaksanaan KBSR/KBSM 6/90 telah memutuskan bahawa tulisan Jawi boleh diajar di Tahun 1 mulai Disember 1990. Keputusan ini dengan sendirinya membatalkan amalan sebelumnya. iaitu tulisan Jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Agama Islam satu waktu seminggu (30 minit). Bagi melengkapkan kemahiran guru, pihak PPK telah mengadakan kursus untuk guru yang mengajar Jawi.Mulai tahun 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyemak semula Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam sejajar dengan semua mata pelajaran lain dalam kurikulum kebangsaan. Sukatan Pelajaran Kurikulum Semakan Pendidikan Islam telah dibentangkan kepada YAB Perdana Menteri pada 8 Mac 2001 (Unit Kurikulum Pendidikan Islam Teras, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral:125).

Dalam bidang jawi ia menumpukan kemahiran berikut :

a. Mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi tunggal.

b. Mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi sambung.

c. Mengenal membaca dan menulis suku kata terbuka.

d. Mengenal membaca dan menulis suku kata tertutup.

e. Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat.

f. Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman.

g. Menggunakan tanda baca.

h. Membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

i. Menulis pelbagai jenis teks.

j. Mengenal dan menulis khat nasakh dan rikah.

k. Mengenal, membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek.

(Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah)

Matlamat pengajaran Jawi sebagaimana dalam pernyataan objektif pelajaran jelas untuk melihat kemampuan murid dalam mengaplikasikan kemahiran menulis Jawi terutama topik menukar teks Rumi ke Jawi.

Tajuk kajian ini meningkatkan kemahiran mengeja jawi bagi perkataan yang mengandungi vokal [e] menggunakan beberapa kaedah yang berfokus kepada latih tubi. Pembelajaran Kaedah Latih Tubi ini telah lama digunakan, peristiwa penurunan wahyu yang pertama di Gua Hira' telah membuktikan bahawa kaedah ini telah digunapakai oleh malaikat Jibril. Malaikat Jibril sendiri telah menggunakan kaedah ini sewaktu mengajar Rasulullah membaca ayat yang pertama diturunkan. Rasulullah diajar membaca secara berulangkali, namun baginda hanya mampu menjawab " saya tidak pandai membaca", pada kali ketiga baharulah baginda mampu menyebutnya ( Abdul Hadi, 1989).Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), membaca berulangkali merupakan prinsip utama dalam latih tubi, iaitu corak pengajaran bagi memberi kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan. Sejarah pembelajaran al-Quran secara latih tubi sendiri telah dipraktikkan sendiri oleh baginda ketika menyampaikan kepada para sahabat setiap wahyu diturunkan sehingga para penghafaz al-Quran mampu mengingati wahyu tersebut.Kajian ini cuba menyingkap pengunaan Kaedah Latih-Tubi dalam meningkatkan pembelajaran yang berkesan. Menurut Mok Soon Sang (2002), latih-tubi merupakan sejenis latihan yang memulakan murid-murid melakukanya secara berulang-ulang sesuatu aktiviti yang baru dipelajari. Ini bertujuan agar mereka dapat mengingati fakta, konsep, rumus dan dapat membantu mereka menyelesaikan soalan berkaitan. Kaedah yang dibuat berdasarkan gaya pembelajaran kuantitatif iaitu langkah demi langkah, di mana pemprosesan adalah secara berturutan iaitu langkah demi langkah.

Perubahan-perubahan yang dilakukan oleh pihak kementerian Pelajaran bagi memperkasakan tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran mengenal, menyebut dan membaca Jawi. Sehubungan guru pendidikan Islam sebagai pelaksana terhadap dasar tersebut harus mengemukakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang menarik agar semua proses pengajaran dan pembelajaran mampu menghasilkan pelajar yang menguasai kemahiran-kemahiran yang ditetapkan.

1. 2 Refleksi Pengajaran dan PembelajaranPengkaji diamanahkan mengajarkan mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 4 Abu Daud. Semasa pengkaji mengajar bidang jawi, pengkaji dapati ramai daripada mereka mampu membaca jawi tetapi mereka tidak mampu mengeja jawi dengan satu sistem ejaan yang mantap. Sebahagian besar murid tidak mengaplikasi hukum ejaan yang betul dan mengeja mengikut gerak hati mereka. Kelemahan ini tidak sepatutnya berlaku kerana murid telah mempelajari semasa di Tahun Satu, dan dimantapkan pada Tahun dua dan Tiga. Tambahan pula kebanyakan mereka cemerlang dalam bidang akademik. Selain itu mereka juga telah dua tahun mengikuti kelas KAFA. Bila ditanya tentang bagaimana mereka belajar sebelum ini, rata-rata mereka memberi jawapan bahawa tidak mengenal hukum ejaan jawi dan guru lebih mengutamakan bacaan. Apabila ditanya kenapa tidak mengeja dengan ejaan yang betul mereka memberi alasan tidak dapat mengingatinya dan sukar membezakan cara ejaan yang betul kerana banyak hukum ejaan yang perlu diingat. Dalam subjek Pendidikan Islam peruntukan masa khusus pengajaran dan pembelajaran jawi yang terhad, kekangan masa juga menyebabkan guru tidak dapat melaksanakan dengan sempurna kerana lebih berfokus kepada sukatan pelajaran yang ditetapkan. Ianya diselit secara sepintas lalu sahaja dalam ejaan murid. Pengajaran dan pembelajaran melalui penerangan guru melalui contoh ejaan kurang berkesan kerana peserta kajian tidak boleh menguasai kemahiran mengeja dengan kaedah hukum ejaan yang betul.Dalam ujian PKSR akhir tahun saya dapati soalan bahagian jawi tidak dapat dijawab dengan tepat menyebabkan markah yang diperolehi merosot. Kesan daripada kelemahan mereka, saya membuat keputusan untuk cuba melakukan sesuatu supaya dapat memberi kefahaman kepada mereka tentang penggunaan fonetik terhadap sukukata [e] taling dan [e] pepet, seterusnya mengurangkan kelemahan mereka dalam ejaan jawi dan menjawab soalan dengan betul dan tepat.

1.3 Tinjauan LiteraturPermasalahan penguasaan kemahiran jawi dalam kalangan pelajar sering ditimbulkan oleh ahli-ahli pendidik dan bahasa dalam seminar, jurnal, akhbar, majalah dan lain-lain di negara kita Malaysia. Norhana (1999) dalam kajian Rizal Ismail memetik kata-kata Prof. Amat Juhari Moin dalam jurnal Dewan Bahasa mengatakan bahawa peruntukan masa bagi mata pelajaran Jawi dimasukkan dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam. Namun ia tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya kerana pelajaran Jawi telah mengurangi waktu pengajaran Pengetahuan agama Islam. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan tulisan jawi terus-menerus malap dan merosot.

Bagi Yahya (2003), membaca adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan kemahiran ini merupakan asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Proses membaca yang kompleks ini bergantung kepada komponen membaca perkataan tunggal dan komponen pemahaman.

Manakala Abdul Main Salimon & Abdullah Noor (1993), dalam kajian Suhaimi Muhammad (2007) pula menyatakan bahawa dunia hari ini dan esok sudah tidak lagi memerlukan mereka yang sekadar cekap menulis, menyalin, menghafal dan mengingat sahaja. Guru perlu mempelbagaikan pemikiran pelajar tentang sesuatu tajuk yang akan diajar dengan memberi penjelasan dan contoh, membuat generalisasi, mengaplikasi, membuat analogi dan mempersembahkan tajuk dengan cara yang terkini. Guru perlu mempersembahkan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar berasaskan kefahaman bukannya menghafal.

Begitu juga Ahmad Yunus (2000) dalam kajiannya mendapati keberkesanan sesuatu mata pelajaran banyak bergantung kepada guru. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran agar lebih berkesan dan menarik kerana hasil kajian beliau menunjukkan bahawa pelajar tidak gemar guru bersyarah dari memberi peluang kepada pelajar menyuarakan pendapat mereka dan terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kehebatan guru memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran serta kebolehan mengaplikasi penggunaan bahan, berjaya menambah minat serta menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran (Suhaimi Muhammad (2007).

Kajian-kajian yang berhubungkait dengan penguasaan jawi dikalangan pelajar telah banyak dilakukan terutama tentang sistem ejaan dan tulisan serta penguasaan pelajar dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat yang tinggi seperti di institut-institut perguruan dan institusi-institusi pengajian tinggi. Kajian seperti ini dilakukan oleh ramai pengkaji dalam bentuk kertas kerja, seminar, forum, bengkel, konvensyen, artikel, latihan ilmiah dan sebagainya.

1.4Kajian Lepas

Pengkaji telah membuat beberapa sorotan dan tinjauan kajian yang lepas yang ada kaitan tajuk kajian pengkaji. Antara kajian dibuat oleh Nik Rusila bt Yaakob (2001) terhadap tajuk Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Pengkaji mendapati kajian ini secara detail menghuraikan dengan tepat berkaitan dengan penguasaan jawi di kalangan pelajar dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar. Namun begitu, kertas kerja ini di dasarkan kepada pengkajian terhadap beberapa buah sekolah menengah yang sudah tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang berlaku di sekolah rendah. Namun begitu, kajian ini menjadi rujukan pengkaji sebagai kajian awal yang dirujuk bagi menentukan hala tuju kajian yang akan dilakukan oleh penulis.

Dalam Kajian Norina binti Mohd Nor (2011) terhadap tajuk Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Ejaan Jawi Murid-Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau, Perak menunjukkan menunjukkan semua murid dapat mengingati kesemua 36 huruf Jawi dan dapat membaca suku kata terbuka dengan lancar. Dapatan kajian hasil dari temubual dengan peserta kajian menunjukkan 45% murid berada pada tahap penguasaan yang tinggi iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang lancar merangkumi perkataan yang mengandungi suku kata terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata pinjaman. Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan Jawi yang sederhana sebanyak 30% iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang kurang lancar tetapi mereka boleh membaca perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata terbuka,suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata pinjaman.

Begitu juga kajian Mohd Azhan bin Abdul Halim (2006). Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi, Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Penulis juga sempat meneliti sebuah kajian tindakan yang dilakukan oleh seorang guru cemerlang yang boleh didapati daripada laman web JPN Negeri Perak. Namun ia adalah berkaitan penilaian terhadap modul yang dibina dan dilaksanakan oleh guru cemerlang tersebut.

Kajian Mohd Puad (1999) terhadap pelatih-pelatih Maktab Perguruan Melayu Melaka, pula mendapati tahap penguasaan menulis jawi di kalangan pelatih berada pada tahap sederhana. Ini disebabkan oleh kurangnya mereka mempraktiskan tulisan ini dalam sebarang bentuk komunikasi bertulis. Apabila diperkenalkan bentuk tulisan jawi yang telah disempurnakan, mereka nampaknya terkeliru dengan bentuk tulisan yang biasa mereka ketahui. Ini menyebabkan kebanyakan mereka didapati gagal menulis dengan betul dan tepat mnegikut sistem Ejaan Jawi Yang disempurnakan.

Menurut Muzni (1995) dalam kajian mengenai mengenai persepsi murid-murid terhadap jawi dan persepsi guru terhadap kaedah pengajaran jawi mendapati bahawa murid beranggapan pengajaran guru adalah berkesan dan menarik minat. Selain itu, murid-murid juga menganggap guru sebagai pembimbing dan pemberi pedoman kepada mereka. Dalam kajian tersebut dinyatakan juga bahawa kelemahan murid dari segi menulis Jawi adalah lebih ketara jika dibandingkan dari segi bacaan. Sesuatu langkah berkesan harus diambil supaya murid dapat menguasai penulisan jawi. Untuk menulis jawi dengan baik, murid-murid harus mengenali huruf jawi, sambungan suku kata dan latihan menulis. Ini adalah pengetahuan asas yang bermula dari tahun satu lagi. Oleh itu penekanan haruslah dibuat dari tahun satu untuk mempastikan murid-murid kenal dan boleh menyambungkan suku kata-suku kata jawi.

Mohamad Anwar bin Ahmad (tanpa tarikh) dalam tajuk kajian Penguasaan tulisan jawi di kalangan murid-murid tahun tiga mendapati taraf sosiobudaya keluarga mempengaruhi tahap penguasaan jawi murid. Selain itu, Mohamad Anwar juga mendapati ibubapa yang berpendapatan dan pengajian tinggi tidak mengutamakan aspek agama iaitu mengajar al-Quran pada anak-anak mereka kerana lebih mementingkan mata pelajaran lain tetapi bagi ibu bapa yang berpendapatan sederhana, mereka mampu melahirkan anak-anak yang berprestasi cemerlang dalam tulisan jawi.

Secara keseluruhannya, tiada kajian yang dilakukan khusus bagi menangani masalah murid berkaitan kemahiran mengeja dan menulis jawi vokal e. Justeru, pengkaji berpandangan bahawa tajuk yang diutarakan oleh pengkaji adalah relevan dan memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian baru bagi memantapkan lagi pendidikan Islam. 1.5 Refleksi Nilai Pendidikan

Masalah yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran ejaan jawi merupakan masalah yang tidak boleh dibiarkan secara berpanjangan oleh guru Pendidikan Islam kerana ia boleh ia mengambarkan kegagalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah pembelajaran murid di bilik darjah adalah menjadi peranan guru untuk menyelesaikan dengan menggunakan kaedah dan teknik tertentu agar semua persoalan pembelajaran dapat diselesaikan.Pengkaji merasakan perlu mengambil suatu tindakan ke atas kelemahan murid dalam meningkat penguasaan murid khususnya mengeja perkataan jawi bagi e pepet dan e taling. Masalah ini jika dibiarkan ia akan menjadi tabiat dan kelaziman bagi murid mengeja tanpa panduan. Lantaran itu, bab kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebung". Pengkaji tidak akan membiarkan murid-murid dengan cara ejaan tersebut dan bercadang membantu murid-murid mengenal bunyi e taling dan e pepet dan mengajar cara mengeja jawi yang betul. Pengkaji berharap apabila murid diberikan latihan menyebut vokal [e] dengan beberapa kaedah yang dipilih, murid mampu membezakan bunyi [e] pepet dan taling dan seerusnya mengeja dalam ejaan jawi. 2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Tinjauan masalah 2.1.1 PemerhatianPengkaji akan membuat pemerhatian ke atas peserta kajian semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hasil dari pemerhatian akan dicatat dan dianalisis untuk mendapatkan maklumat dan masalah sebenar yang dihadapi oleh peserta kajian dalam sistem ejaan jawi. Semasa membuat pemerhatian, pengkaji akan memfokus kepada cara mengeja dan bentuk soalan yang dikemukakan oleh peserta kajian.2.1.2 TemubualPengkaji turut menggunakan kaedah temubual bersama guru Pendidikan Islam dan j-Qaf yang mengajar kelas tersebut untuk mengetahui tahap penguasaan murid Tahun 2 Ghazali dalam pelajaran jawi. Pengkaji juga telah menemubual murid-murid Tahun 2 Ghazali secara tidak formal. Setelah menemubual murid-murid kelas 2 Ghazali, pengkaji dapat mengetahui sejauh mana minat mereka dalam pelajaran jawi dan seterusnya mengesan sejauh mana penguasaan murid-murid dalam mengeja dan membaca Jawi.

2.1.2 Buku Tulis / Hasil Kerja peserta kajianBuku kerja peserta kajian merupakan gambaran sebenar kemampuan pesrta kajian menguasai sesuatu kemahiran yang dipelajari. Dalam kajian ini, pengkaji akan menyemak dan menganalisis kesalahan peserta kajian dalam mengeja sesuatu perkataan. Pengkaji akan memanggil secara rambang 4 orang peserta kajian untuk disoal mengenai sistem ejaan jawi yang telah mereka lakukan. Kesemua masalah yang dihadapi akan direkod dalam buku catatan dan dijadikan asas dalam pembinaan bahan sumber pengajaran dan pemilihan kaedah rawatan.

2.1.3 Ujian Pra

Peserta kajian akan dibekalkan dengan kertas ujian pra yang mengandungi tiga bahagian iaitu kemahiran mengenal bunyi vokal [e], mengeja vokal [e] dan menjawikan perkataan yang mengandungi vokal [e]. Keputusan ujian akan dianalisis mengikut bidang-bidang yang ditentukan.

2.1.4 Menyemak Rekod Ujian/ Pencapaian peserta kajianPada peringkat ini, pengkaji akan melihat semula kepada perubahan yang berlaku dan kemudian mengulang semula kitaran jika perlu. Dalam melaksanakan proses rawatan ulangan, pengkaji akan mengubahsuai kaedah rawatan dan bahan sumber yang akan digunakan. Selain itu, pengkaji akan mengadakan ujian post sekali lagi bagi menilai keberkesanan kaedah yang dipilih.

2.1.5 Borang Soal selidik

Pengkaji akan menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat latar belakang peserta kajian, sumbangan keluarga dalam meningkatkan kemahiran mengeja jawi dan pandangan responden tentang ejaan jawi. Semua maklumat yang diperolehi akan memberi petunjuk kepada pengkaji tentang peranan yang dimainkan oleh keluarga peserta kajian.2.2 Analisis Tinjauan Masalah 2.2.1Analisa PemerhatianDengan pemerhatian, penyelidik boleh memerhati fenomena atau situasi secara langsung tanpa bergantung kepada diskripsi atau sumber sekunder. Pemerhatian boleh digunakan untuk memerhati fakta, peristiwa dan tingkah laku (Mok Soon Sang, 2009).

Melalui pemerhatian yang dijalankan, pengkaji mendapati hampir keseluruhan pesrta kajia kelas 4 Abu Daud tidak boleh membaca Jawi dengan baik. Kebanyakan murid masih tidak dapat menyebut huruf jawi dengan betul dan hal ini menyebabkan mereka membuat kesalahan dalam mengeja dan membaca perkataan jawi.

Sewaktu saya menyemak buku kerja murid-murid Tahun 4 Abu Daud, pengkaji rasa sungguh terkejut kerana pengkaji dapati walaupun mereka berada di kelas cemerlang tetapi ejaan Jawi mereka sungguh lemah. Perkataan yang dieja mengikut gerak hati dan andaian mereka sahaja. Mereka hanya mampu mengeja perkataan yang selalu mereka jumpai. Ketika membina ayat pendek (sekitar empat perkataan), mereka mampu membina ayat dan menggunakan tanda baca yang sesuai. Saya dapati lebih 70 peratus tidak mampu mengeja Jawi dengan betul dan apabila saya tanya mereka kenapa tidak mampu mengeja Jawi, jawapan yang mereka berikan mudah sahaja iaitu " cikgu tak ajar pun perkataan itu......". Ada juga dalam kalangan mereka menanyakan pengkaji dalam peperiksaan ada soalan bina ayat dalam ejaan jawi. Pengkaji lihat seolah-olah mereka lemah semangat untuk mempelajari Jawi. Dalam membantu pelajar ini, apakah yang boleh pengkaji bantu dan lakukan untuk menarik minat mereka mempelajari Jawi?. Mampukah pengkaji menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk untuk membantu pelajar pengkaji?. Apabila pengkaji diajukan persoalan ini kepada rakan-rakan guru Pendidikan Islam dan j-QAF, mereka memberi pelbagai pandangan yang bersifat positif dan ada juga yang bersifat negatif. Namun begitu, apakah yang boleh pengkaji lakukan bagi menangani masalah ini?. Pengkaji berpendapat lemahnya penguasaan mereka kerana kurang terdedah dengan sistem ejaan Jawi baru dan tidak mendapat penjelasan yang jelas dari guru yang terdahulu. Jika pengkaji tidak membetulkan keadaan ini, pengkaji pasti pelajar kelas ini tidak mampu mengeja Jawi dengan baik dan menjejaskan mereka mendapat markah yang cemerlang di dalam ujian kerana bidang Jawi memperuntukkan 10 markah.

Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid-murid pengkaji, pengkaji akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan ejaan Jawi yang mengandungi vokal [e]. Pelajar pengkaji hanya menguasai kemahiran mengeja yang terhad terutama perkataan yang lazim ditemui dalam buku teks. Mereka melakukan banyak kesilapan apabila mengeja Jawi. Kesilapan yang sering mereka lakukan antaranya mengeja suku kata tertutup, kata pinjaman dan penggunaan vokal ditengah dan akhir perkataan. Dengan membantu mereka menguasai kaedah yang betul, pengkaji yakin mereka mampu mengeja dengan baik kerana mereka pelajar yang cemerlang akademik.Masalah ini agak unik pada pandangan bukan guru Pendidikan islam dan masyarakat, kenapa mereka mampu membaca tetapi tidak boleh menulis jawi, tetapi itulah hakikat yang harus diterima dan difikirkan jalan penyelesaian. Pengkaji melihat isu ini harus membuat sesuatu bagi meningkatkan kemahiran membaca dan menulis agar murid dapat membantu yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.Pengkaji melihat isu tulisan jawi menjadi masalah kepada pelajar kerana ia telah mengalami beberapa perubahan. Perubahan-perubahan bertujuan memudahkan pengguna menggunakan sistem dan kaedah ejaan yang lebih tersusun dan berperaturan. Sistem tulisan Jawi yang digunakan sekarang ialah berdasarkan sistem yang terdapat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD) yang diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1986 (edisi kedua 1987; edisi ketiga 1993). Hal ini dinyatakan dalam Daftar Kata Bahasa Melayu (2005) seperti berikut:...Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi yang disempurnakan atau dimantapkan daripada Kedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Zaba (sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949). Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan daripada rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1984. Hasil Konvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat yang diperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994...Manakala pelaksanaan pada peringkat sekolah pula ianya dilaksanakan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sebagaimana penjelasan pihak Peguam Negara yang berbunyi: Tidak ada percanggahan dari segi Perlembagaan menjadikan Jawi sebahagian daripada pelajaran Bahasa Malaysia dan memasukkannya dalam Sukatan Pelajaran. Juga tidak ada percanggahan undang-undang bagi Kementerian (Pendidikan) menyuruh sekolah mengajar pelajaran Jawi, tetapi adalah bercanggah dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963 memaksa penuntut-penuntut mempelajari sebahagian daripada (pelajaran) Bahasa Malaysia."

(Aishah Rabi`ah binti Muhammad Saleh, 2002)

Berpandukan penjelasan pihak Peguam Negara di atas, maka mata pelajaran Jawi yang telah diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sahaja. Dalam pada itu, ia mula dikuatkuasa pada tahun 1992 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1992 (KP(BS)8591/Jld.VI / (75) ) bertarikh 22 Januari 1992. Dalam pekeliling tersebut untuk memaklumkan mengenai penggunaan sepenuhnya Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan Oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (PEJYD) bermula dari tarikh surat tersebut. Petikan surat siaran tersebut seperti di bawah:

" ...Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (PEJYD) itu hendaklah digunakan di semua sekolah rendah, sekolah menengah, maktab-maktab perguruan, di dalam buku teks dan peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia serta dalam semua sektor dan masyarakat di seluruh negara ....".

(Kementerian Pelajaran Malaysia)Pelaksanaan sistem ejaan PEJYD telah mengalami perubahan sekali lagi pada tahun 2005 dengan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM) yang dimasukkan dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (2005). PUEJBM merupakan sistem ejaan jawi yang terkini berdasarkan perubahan-perubahan terhadap sistem ejaan PEJYD (1993) dan Daftar Ejaan Jawi-Rumi (1989). Perubahan-perubahan ini menyebabkan wujud kecelaruan dalam mengeja Jawi dalam kalangan guru Pendidikan Islam dan j-QAF.Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat anjakan paradigma apabila memasukkan unsur-unsur baru dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam bagi memenuhi kehendak dan cabaran semasa. Ahmad Mohd Salleh dan Mohd Farid Hafidz Ahmad (2008) menyatakan tumpuan utama pendidikan Islam sekolah rendah adalah kepada empat bidang utama iaitu Tilawah al-Quran, Ulum Syariah, Asas Akhlah Islamiah dan Jawi.Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (2005) menyatakan bahawa Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu muslim merangkumi aspek keimanan, kemasyarakatan dan kenegaraan selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam iaitu :" Pendidikan Islam merupakan satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarkat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat."

(Kementerian Pelajaran Malaysia)

Dalam bidang jawi ia menumpukan kemahiran berikut :

i. Mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi tunggal.

ii. Mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi sambung.

iii. Mengenal membaca dan menulis suku kata terbuka.

iv. Mengenal membaca dan menulis suku kata tertutup.

v. Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat.

vi. Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman.

vii. Mengenal, membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek.

Usaha-usaha ke arah memperkasakan penguasaan jawi di peringkat sekolah, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah mengadakan pemulihan jawi menerusi program j-Qaf di sekolah rendah. Program tersebut menampakkan hasil memberangsangkan apabila semakin ramai murid sekolah rendah 'celik jawi' berbanding sebelum pelaksanaan program tersebut.Namun tulisan Jawi pada peringkat sekolah rendah diajar melalui pelajaran Pendidikan Islam yang dalam tempoh 30 minit seminggu. Kesuntukan masa dan penggunaan murid dalam tulisan jawi yang terbatas boleh melambatkan dan melemahkan tumpuan murid pada ejaan jawi.

Selain itu, perubahan sistem ejaan Jawi terkini menyebabkan tidak semua guru Pendidikan Islam menguasai kaedah mengeja yang betul dalam sistem ejaan Jawi. Mereka lebih terdedah kepada sistem ejaan Jawi Zaaba dan PEJYD. Lantaran itu wujud kecelaruan ejaan Jawi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Steven (1984) mengatakan bahawa perlu ada tiga perkara asas dalam pembelajaran bahasa, iaitu (i) meniru dan mengajuk (exhautation), (ii) latihan-latihan dan permainan-permainan khusus untuk melatih bunyi (speech training), bentuk penekanan, ritma dan intonasi (sequence of sound) dan(iii) huraian tentang alat artikulasi, huraian bunyi artikulasi, huraian tekanan ritma dan intonasi, latihan pendengaran dan latihan-latihan penghasilan bunyi huruf, perkataan dan ayat secara terpisah dan mengikut peraturan (in nonsense sequence).Kesukaran menguasai sistem ejaan dalam mempelajari sesuatu bahasa merupakan masalah sejagat yang diakui oleh pengkaji dan ahli bahasa. Oleh sebab abjad Jawi merupakan adaptasi daripada abjad bahasa arab dan tulisannya pula berbentuk kursif seperti bentuk abjad arab, maka kesukaran menguasai sistem ejaan ini banyak dipengaruhi oleh kesulitan penguasaan sistem ejaan abjad bahasa arab (Che Siah, 2007).Kebanyakan murid biasanya dikesan apabila gagal membezakan antara vokal e pepet dengan e taling.Vokal depan separuh sempit disebute taling(e tanda) seperti (e)lok, (e)lak. Zaba menggunakan istilah bawah kasar. Manakalahuruf e bertanda atas yang merupakan vokal tengah separuh luasdisebute pepetseperti (e)mas, (e)mpat. Zaba menggunakan istilah atas halus.Menurut Wan Mohd Saophy Amizul Mansor (2007), dalam pengejaan tulisan jawi vokal [e] pepet tidak dilambangkan dengan apa-apa huruf sekiranya hadir di awal perkataan dan huruf ya sekiranya hadir diakhir perkataan. Manakala dalam pengejaan jawi e taling, vokal e taling dilambang dengan dua cara iaitu :

i. Vokal ini dilambang dengan huruf alif-ya apabila vokal ini hadir di awal kata. Contoh pengejaan tulisan jawi seperti di dalam jadual 2.1.

Ejaan RumiEjaan Jawi

dar

lok

mpayar

ngsel

volusi

Jadual 2.1 : Cara pengejaan bagi vokal e taling hadir di awal kata.

ii. Vokal [e] taling dilambang dengan huruf ya apabila hadir pada suku kata terbuka atau tertutup di tengah atau di akhir kata. Contoh pengejaan jawi bagi kategori ini dapat digambarkan dalam jadual 2.2 di bawah:Ejaan RumiEjaan Jawi

Becak

Cerek

Selekeh

Sepak

Tauge

tempe

Jadual 2..2 : cara pengejaan bagi vokal e taling pada sukukata

terbuka dan tertutup di tengah dan akhir kata.

Bagi Tan Boon Chye (2009) menjelaskan bahawa huruf [e] pepet tidak dilambangkan dalam tulisan jawi. Biasanya huruf [e] pepet ditinggalkan dan tidak ditulis ketika membentuk suku kata atau perkataan dalam tulisan Jawi seperti ejaan beli dieja dengan sahaja. Manakala [e] pepet banyak digunakan dalam imbuhan awalan seperti meN-, beR-, teR-, se- dan ke- tidak ditanda dalam perkataan berimbuhan awalan seperti ejaan bagi perkataan "mendaki" dieja dengan sahaja dan huruf ya pada [e] pepet dibuang. Apabila pengkaji mengutarakan perkataan untuk dibaca, murid-murid teragak-agak untuk membacanya. Mereka hanya sekadar meneka perkataan yang diberikan tanpa mengejanya terlebih dahulu. Dalam pengajaran yang dijalankan, pengkaji telah membimbing murid-murid menyebut huruf dan mengeja suku kata bagi perkataan yang diberi terlebih dahulu sebelum murid-murid membacanya. Setelah beberapa kali membuat latih tubi, barulah murid-murid dapat mengeja semula perkataan yang ada vokal e dengan betul melalui bimbingan guru.2.2.2Analisa Temubual

Hasil daripada temubual dan perbincangan pengkaji bersama guru Pendidikan Islam dan guru j-Qaf kelas tersebut, pengkaji dimaklumkan bahawa murid-murid 2 Ghazali adalah murid-murid pemulihan Jawi. Oleh itu, penguasaan mereka dalam pelajaran jawi sangat lemah termasuklah bagi mata pelajaran lain.

Hasil daripada temubual bersama peserta kajian pula, mereka mengatakan bahawa mereka lemah dalam membaca jawi dan ada dalam kalangan mereka yang masih tidak dapat mengenal huruf jawi dengan baik.

2.2.3Analisa Ujian Saringan

Pengkaji telah menjalankan Ujian Saringan terhadap peserta kajian. Ujian yang dijalankan ialah ujian berbentuk lisan di mana pesrta kajian dikehendaki mengeja dan membaca perkataan jawi secara individu di hadapan guru.

Daripada Ujian Saringan tersebut, dapat dirumuskan bahawa penguasaan murid-murid sangat lemah dalam Jawi di mana hanya tiga orang murid sahaja daripada 16 orang murid yang dapat dikategorikan sebagai boleh membaca Jawi dengan baik berbanding rakan-rakan mereka.

2.2.4Analisa Fail Perkembangan Murid

Pengkaji telah membuat analisa Fail Perkembangan peserta kajian kelas 4 Abu Daud. Setelah membuat analisa tersebut, pengkaji dapati hanya lima orang murid sahaja yang dapat menguasai eviden jawi bagi Standard Prestasi B1 D18 E1 yang telah dijalankan oleh guru j-Qaf yang telah mengajar kelas tersebut.

Standard prestasi B1 D18 E1 merujuk kepada membaca perkataan yang terdiri daripada dua suku kata terbuka dan tertutup dengan betul. Setelah membuat analisa terhadap eviden-eviden jawi lain, pengkaji dapat melihat tahap pencapaian murid-murid yang sangat lemah dalam membaca jawi.

Melalui Fail Perkembangan peserta kajian juga, pengkaji telah melihat pencapaian prestasi murid bagi mata pelajaran lain juga. Pengkaji dapati kebanyakan murid-murid tahun 4 Abu Daud juga sedang mengikuti kelas pemulihan Bahasa Melayu dan Matematik.

2.2.5Analisa Soal Selidik

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan bagi mengenalpasti tahap minat peserta kajian terhadap pelajaran jawi, didapati 8 daripada 16 orang murid sahaja yang berminat mempelajari jawi dan bagi mereka, pelajaran jawi adalah sukar dan membosankan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah untuk melihat murid-murid dapat penguasai kemahiran-kemahiran menyebut, membaca, mengeja dan menulis jawi bagi vokal [e] di sekolah.

3.1.1 Meningkatkan kemahiran murid dalam mengeja vokal [e] dalam sistem ejaan jawi terkini.3.1.2 Mengesan aspek-aspek permasalahan atau kesalahan murid dalam kemahiran menyebut dan membaca dan menulis Jawi khususnya bagi perkataan yang mengandungi huruf [e].

3.1.3 Mengemukakan kaedah atau teknik yang sesuai dalam membantu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menyebut, membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal [e].

3.1.4 Mengemukakan sampel bahan sumber pengajaran yang dapat membantu guru dalam meningkatkan kemahiran murid dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi.

3.2 Soalan KajianSoalan-soalan kajian adalah seperti berikut :

3.2.2 Apakah murid-murid Tahun 4 Abu Daud dapat mengeja perkataan yang mengandungi vokal [e].

3.2.3 Sejauhmanakah murid-murid telah melakukan kesilapan dalam kemahiran menyebut, mengeja dan menulis perkataan yang mengandungi vokal [e].

3.2.4 Apakah guru Pendidikan Islam mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam mengatasi masalah murid yang tidak dapat membezakan vokal [e] dalam perkataan.

3.2.5 Apakah bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mengeja jawi. 3.3.Kepentingan Kajian

Keberkesanan Kaedah ini memberi kesan yang nyata kepada pengkaji, murid dan guru-guru lain yang berkaitan. Seandainya kaedah ini akan dilaksanakan maka pengkaji akan dapat menentukan kesesuaian Kaedah ini. Kajian ini mempunyai kepentingan kepada beberapa pihak, antaranya:3.3.1 Kementerian Pendidikan atau JabatanKementerian perlu membuat penyelidikan tentang kemampuan guru menguasai kemahiran mengeja jawi terkini. Adakah jabatan perlu menyediakan kursus-kursus pendek bagi guru Pendidikan Islam dan j-QAF agar mereka menguasai kemahiran mengeja jawi terkini.3.3.2 Guru-guruMemberi kesedaran kepada guru tentang perlunya penambahbaikan terhadap sistem ejaan Jawi yang terkini. Mereka juga berperanan mengambil inisiatif sendiri menguasai sistem ejaan Jawi terkini. Guru yang baik sentiasa berusaha menambah ilmu dan kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru sekolah rendah akan dapat memilih kaedah bersesuaian untuk dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 3.3.3 PelajarMemberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang perlunya menguasai kaedah ejaan jawi yang betul dan tidak menghafal satu perkataan demi satu perkataan. Ini kerana merekalah nanti yang akan menggantikan guru yang ada pada masa akan datang. Oleh yang demikian, kefahaman sistem ejaan jawi terkini berasaskan kaedah ejaan mampu melahirkan pelajar yang menguasai ilmu dan keyakinan. Di samping itu ia akan memberi impak kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran mengeja jawi. 3.4 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah yang perlu difahami dengan jelas dalam menjayakan kajian ini. 3.4.1 Meningkatkan

Mengikut Kamus Dewan (2007) meningkatkan boleh diertikan sebagai meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat. Dalam kajian ini ia bermaksud menambah kefahaman dan keyakinan terhadap kemahiran yang diajar.3.4.2 Kemahiran

Menurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke 4) kemahiran diertikan sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Dalam konteks pengajaran pula , ia merujuk kepada kebolehan, keupayaan dan kecekapan seseorang murid menguasai isi pelajaran yang diajar sehingga mereka mampu mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri.3.4.3 Kemahiran jawi

Merujuk kepada kemahiran mengenal, menyebut dan menulis tulisan Jawi samada menyalin kembali dari sumber bertulis dan juga merangkumi kemahiran mengeja tulisan Jawi yang didengari secara audio, la melibatkan kemahiran mengenal pasti dan membezakan huruf Jawi di samping bunyi sesuatu sebutan seterusnya melibatkan kemahiran menulis kembali dalam tulisan jawi.

3.4.4 Kemahiran mengeja

Kemahiran mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca perkataan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(2005), mengeja ialah perbuatan membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan. Takrif ini menyarankan dua cara untuk mengeja. Yang pertama ialahmenyebutnama huruf secara berturut-turut yang terdapat pada sesuatu suku kata/perkataan danmembunyikansuka kata/perkataan itu. Yang kedua ialahmenulishuruf dengan mematuhi tiga syarat (seperti yang telah dibincangkan) untuk membentuk suku kata/perkataan.

Ada dua cara menyebut huruf untuk menjadi suku kata dan perkataan.Yang pertama ialah menyebut huruf dalam perkataan itu satu demi satu tanpa hentian dan tanpa menyebut suku kata dalam perkataan itu. Misalnya, bola dieja b o l a.

Yang kedua ialah menyebut huruf, diikuti dengan penyebutan suku kata dan seterusnya penyebutan perkataan. Contohnya, bola dieja b o, diikuti penyebutan suku kata bo. Seterusnya disebut pula nama huruf l a, diikuti dengan penyebutan suku kata la. Akhirnya disebut perkataan bola.

3.4.5 Vokal e

Terdapat juga beberapa definisi tentang vokal yang diberi oleh para pengkaji linguistik. Sejajar dengan sifat-sifat vokal yang mengeluarkan bunyi, hasil daripada pengaliran udara tanpa sekatan daripada paru-paru.

Danel Jones dalam bukunya Outline of English Phonetics mengatakan:

Vokal adalah bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran (Arbak Othman 1983:54)

Kamus Dewan pula (1998:1341) mengemukakan definisi seperti berikut:

Vokal tulin, huruf hidup atau huruf saksi ( a, e, , i, o, u )"Daripada definisi-definisi di atas dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara yang dihasilkan tatakala udara daripada paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan.Menurut Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim dalam menggubal sistem ejaan baharu, beberapa perubahan dibuat agar sistemnya menjadi lebih sempurna dan kemas. Salah satu perubahan adalah dengan meniadakan lambang e bertanda. Huruf e tanda (e), ialah huruf yang bunyinya seperti yang terdapat dalam perkataan emak dan emas. Dalam ilmu bahasa, (e) begini disebut e pepet dan lambangnya dalam ejaan baharu ialah e. Selain e pepet terdapat satu lagi bunyi yang dilambangkan juga oleh huruf e, iaitu e taling () seperti yang terdapat dalam perkataan elok dan belok.

Dalam Sistem Ejaan Zaba, e pepet diberi tanda, sedangkan jumlah perkataan dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada e pepet amat banyak. Maka penuhlah tulisan kita dengan huruf e yang bertanda. Sebagai contoh, perhatikan ayat ini: " Perkara itu telah disetujui olh semua pelajar yang menyertai pertandingan tersebut". Dalam sistem ejaan baharu, diputuskan supaya ditiadakan lambang e tanda atau e pepet.Tambahan pula, dalam kamus yang disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (Kamus Dewan), perkataan dengan huruf e taling diberi tanda di atasnya, iaitu (). Dengan demikian, sesiapa yang kurang pasti dengan cara menyebut sesuatu perkataan yang mengandungi huruf e boleh merujuk kamus dan melihat sama ada wujud tanda di atas huruf tersebut atau tidak.Dengan kata lain, jikalau kita kurang pasti, kita hendaklah berusaha menyemaknya di dalam kamus. Demikianlah juga dengan pasangan perkataan yang ejaannya serupa kecuali pada huruf e, iaitu e pepet dan e taling (), misalnya perkataan; 'semak'/'smak, selak/ 'slak dan perang/prang. Selain kamus, kita dapat memahami makna dan cara sebutannya dari segi penggunaannya dalam ayat. Misalnya, jika kita bertemu de-ngan ayat kedua-dua pihak mula berperang sudah tentu sebutan huruf e dalam perang, ialah e pepet. Lain pula jika ayat itu berbentuk: Seperti ayahnya, anak itu mempunyai rambut perang, dalam hal ini sebutan e dalam perang ialah bunyi e taling ().3.4.6 Vokal e dalam jawi

Menurut Tan Boon Chye (2009) bahawa huruf [e] pepet tidak dilambangkan dengan huruf ya dalam tulisan jawi. Manakala [e] taling pula dilambangkan dengan hurus ya seperti perkataan emak (e pepet) hanya dieja dengan " " bukan ' " dan perkataan elok (e taling) dieja ' "3.5 Batas KajianKajian ini terbatas ke atas peserta kajian yang akan dipilih daripada murid-murid Tahun 4 Abu Daud di Sekolah Kebangsaan Tok Kah Dungun Terengganu yang terletak di pertengahan jalan menuju ke Jerangau, kira-kira 15 kilometer dari bandar Dungun. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah dalam Pejabat Pelajaran Daerah Dungun yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Latar belakang keluarga peserta kajian terdiri 10% peratus anak kakitangan awam dan selebihnya penoreh getah dan kerja sendiri. Tahap pencapaian akademik peserta kajian secara purata adalah baik dan dalam bidang jawi pula, 63 peratus mampu membaca jawi secara sederhana, 17.5 peratus mampu mengeja jawi bagi perkataan yang sering dieja dan selebihnya hanya mampu mengenal huruf jawi tetapi amat lemah dalam mengeja jawi.

Dalam kajian ini pengkaji akan fokus kepada kemahiran menyebut, membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal e dalam sistem ejaan jawi sahaja. Peserta kajian akan dinilai dan dibimbing oleh pengkaji dalam mengenali bunyi vokal e dan cara-cara mengeja dalam ejaan jawi. Dalam melaksanakan kajian ini juga, beberapa kemungkinan yang boleh dipersoalkan akan timbul. Memandangkan kajian dibuat di Sekolah Kebangsaan Tok Kah, Dungun ke atas peserta kajian Tahun Empat Abu Daud sahaja, maka keputusannya akan berkemungkinan:

1.6.1 Keputusan kajian ini boleh digeneralisasikan dalam konteks kelas dan sekolah yang dikaji.

1.6.2 Peserta kajian terhad kepada murid Tahun 4 Abu Daud sahaja.

1.6.3 Kesesuaiannya hanya terhadap bidang jawi sahaja.

4.0 KUMPULAN SASARAN4.1 Sasaran KajianKajian ini melibatkan peserta kajian yang terdiri dari pelajar Tahun Empat Abu Daud seramai 16 0rang di Sekolah Kebangsaan Tok Kah Dungun Terengganu. Saya memilih murid-murid darjah Empat Abu Daud sebagai peserta kajian kerana saya diamanahkan mengajar di kelas tersebut. Pemilihan kelas yang diajar sebagai sampel kajian bagi memudahkan saya berurusan dengan mereka. Kumpulan sasar bagi kajian ini seramai 4 orang iaitu 1 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Kesemua murid yang dipilih sebagai peserta kajian terdiri daripada mereka yang sudah mampu membaca jawi pada peringkat sederhana.JantinaBilangan PelajarPeratus

Lelaki 125%

Perempuan 375%

jadual 2.3 : Taburan bilangan peserta kajian 5.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN5.1 Perancangan TindakanDalam kajian ini, pengkaji akan meninjau tahap kemahiran mengenal dan mengeja vokal [e] dalam ejaan Jawi. Di samping itu, pengkaji akan mengemukakan perhubungan antara latihan dengan prestasi murid-murid. Ianya juga akan memfokuskan kepada beberapa perkara yang berkaitan dengan kajian. Perkara-perkara tersebut adalah seperti reka bentuk penyelidikan sampel, tempat kajian atau lokasi, instrumen-instrumen, prosedur, teknik pengutipan data dan kaedah analisa data Setelah memilih kaedah dan bahan sumber pengajaran yang sesuai untuk dilaksanakan, Pengkaji akan melaksanakan tindakan ke atas peserta kajian. Dalam kajian ini, pengkaji akan mengemukakan beberapa perkataan yang mengandungi vokal e bagi membolehkan peserta kajian mengenal e pepet dan e taling. Berdasarkan perkataan tersebut, murid akan dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh.

Konsep induktif boleh ditakrifkan sebagai suatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu contoh-contoh khusus ,rumus, prinsip, peraturan dan diikuti dengan kesimpulan ( Ahmad Mohd Salleh , 2008). Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan. Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.Sebelum pengajaran dan rawatan dilakukan, satu Ujian Pra diberikan terlebih dahulu terhadap peserta kajian. Peserta kajian akan dinilai sekali lagi melalui Ujian Post dengan menggunakan sampel yang sama (Ujian Pra). Perbezaan skor antara ujian pra dan ujian post akan diperolehi. Di samping itu soalan Ujian Pra juga dijadikan sebagai soalan latih tubi murid.

5.1.2 Rangka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan Model Bessey (1998) dan Hand (2001). Dalam model ini terdapat 5 peringkat iaitu mengenalpasti masalah, mengumpul data dan merancang kaedah, melaksanakan tindakan, membuat refleksi atas tindakan yang diambil (tindakan) dan membuat semakan terhadap perubahan peserta kajian jika perlu.

Rajah 4.0 : Model Kajian 5.2 Prosedur Mengumpul DataKaedah pengumpulan data dalam sesuatu tindakan adalah sebagai salah satu bukti untuk melihat keesahan sesuatu kajian. Data untuk kajian ini dikumpul melalui pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan tinjauan melalui soal selidik.

Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, pengkaji akan membuat tinjauan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid bagi mengenalpasti masalah secara mendalam. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data-data melalui kaedah berikut:

5.2.1 Tinjauan Melalui Soal Selidik

Data untuk kajian ini dikumpulkan melalui soal selidik, ujian pra, ujian pos temubual. Selidik adalah kaedah pengumpulan data yang kerap digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kehendak dan perasaan. Soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan gerak balas subjek terhadap rangsangan soalan yang diberi. Borang soal selidik peserta kajian menjurus kepada maklumat, persekitan dan minat mereka terhadap jawi dan faktor yang menggalakkan mereka menguasai Jawi.5.2.2 Instrumen kajian ini mengandungi tiga bahagian iaitu :-Bahagian A : Soalan-soalan di dalam bahagian ini untuk mengetahui latar belakang keluarga peserta kajian. Bahagian ini mengandungi 5 soalan yang bermula item 1 hingga 5.Bahagian B : Berkaitan tentang pengetahuan keluarga tentang ejaan jawi serta penglibatan ahli keluarga membantu anak-anak menguasai ejaan jawi. Bahagian ini mengandungi 5 soalan yang bermula dari item 6 hingga 10.

Bahagian C : Soalan-soalan yang dikemukan dalam bahagian in berkaitan tentang minat, penguasaan jawi dan cara pengajaran pengkaji di bilik darjah. Peserta kajian diberi pilihan untuk memilih satu jawapan yang sesuai dan ditandakan mengikut pilihan skala iaitu dari skala 1 (tidak setuju) hingga skala 4 (sangat setuju). Borang Soal selidik ada ditunjukkan di lampiran A.

5.2.3 Pemerhatian

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pengkaji memerhati pola ejaan jawi peserta kajian. Hasil dari pemerhatian tersebut, pengkaji akan membuat catatan ringkas tentang kekuatan dan kelemahan responden dalam ejaan jawi.

5.3 Perancangan Cara Mengumpul Data

Pengkaji akan melakukan pemerhatian bertujuan untuk melihat masalah sebenar yang dihadapi oleh peserta kajian dalam kemahiran mengeja Jawi. Pemerhatian dibuat untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Penilaian dan analisis berkaitan kesalahan peserta kajian dalam latihan dan bentuk pertanyaan yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji.

Selain pemerhatian, pengkaji juga akan memungut data melalui ujian pra ke atas peserta kajian. Dalam ujian ini, peserta kajian akan diuji dengan 20 soalan yang mengandungi 3 unsur iaitu (i) mengenal dan membezakan bunyi e pepet dan e taling. (ii) memilih jawapan berpandukan padanan rumi dan jawi, dan (iii) menjawikan teks rumi ke dalam ejaan jawi yang mengandungi e pepet dan e taling.

Hasil keputusan ujian pra, pengkaji akan membuat analisis terhadap punca kelemahan peserta kajian dalam ujian tersebut. Setiap kesalahan peserta kajian akan dianalisis bagi mendapatkan maklumat-maklumat punca peserta kajian melakukan kesalahan. Kelemahan yang dikesan dalam ujian tersebut sebagai panduan kepada pengkaji untuk menyediakan bahan sumber rawatan dan pendekatan pengajaran yang sesuai dengan masalah yang dihadapi. Dalam proses rawatan yang akan dijalankan pengkaji akan menggunakan bahan sumber pengajaran berasaskan ICT (power point) kerana ia lebih interaktif dan mampu menarik minat responden. Proses rawatan akan dijalankan di bilik makmal komputer sesuai dengan kemudahan ICT dan mampu menampung bilangan peserta kajian. Semasa rawatan peserta kajian akan dibimbing mengenali vokal e pepet dan e taling dalam perkataan dan mereka akan didedahkan cara mengeja dalam ejaan jawi melalui pendekatan pengajaran yang dipilih berasaskan latih tubi.

Setelah selesai proses rawatan, peserta kajian akan diuji sekali lagi dengan mengunakan soalan pra. Pengkaji akan melihat perbandingan markah ujian pra dan ujian post dalam setiap bahagian iaitu bahagian A mengenal vokal e, bahgian B menukar perkataan rumi ke ejaan jawi dan menyalin semula teks rumi ke dalam ejaan jawi. Perbezaan markah akan dijadikan indikator penilaian terhadap keberkesanan kaedah yang dipilih. 5.4 Perancangan Cara Menganalisis Data Dalam mengumpul data kajian ini, pengkaji akan menganalisis data melalui analisis dokumen. Analisis dokumen ini boleh dirujuk melalui soalan pra dan post yang telah ditentukan oleh pengkaji. Data-data yang dikumpulkan dalam bentuk dokumen adalah bagi menyokong dapatan pemerhatian dan soal selidik. Ia akan dianalisis secara kuantitatif bagi mendapatkan peratus dan min sesuatu data. Data-data tersebut akan ditukar ke dalam bentuk carta bar untuk menunjukkan perbezaan pencapaian peserta kajian sebelum dan selepas kajian.5.5 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

BIL.AKTIVITITEMPOH PELAKSANAANCATATAN

1.Menerima tugas kajian tindakan dari pensyarah19 Julai 2014

2.Merancang tindakan28 Julai 2014

3.Mengenal pasti masalah disekolah30 Julai 2014

4.Melaksanakan tindakan meninjau masalah2 Ogos 2014

5.Membincang masalah yang dihadapi oleh murid18 Ogos 2014

6.Memilh tajuk proposal dan berbincang dengan penyarah pembimbing20 Ogos 2014

7.Menulis proposal dan dihantar ke pensyarah untuk pembetulan22 Ogos 2014

8.Melaksanakan tindakan pembetulan23 Ogos 2014

9.Membincangkan masalah yang timbul dalam menulis proposal26 Ogos 2014

10.Ujian menulis proposal dan hantar kepada pensyarah20 Sept 2014

11.Refleksi kajian

12.Membuat laporan kajian

13.Pembentangan dapatan kajian

Rajah 5.1: Jadual Pelaksanaan Kajian5.6 Bahan Dan Anggaran KosBILJENIS ALAT /BAHANKOS (RM)

1.Kertas A4 = 1 x RM13.0013.00

2.Kos percetakan ( dakwat printer )50.00

3.Photostat 15 x 30 x RM0.1045.00

4.Komputer riba

5.LCD projektor

6.Kertas Manila Kad 10 keping 5.00

JUMLAH113.00

Rajah 5.2: Anggaran Bahan dan kos PENUTUP

Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat semakan terhadap kurikulum pelajaran terutama bidang Jawi adalah bukti kerajaan ingin memartabatkan tulisan dan ejaan jawi. Selain itu, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan program j-QAF yang untuk memulihkan pelajar yang gagal menguasai jawi.

Namun demikian, sistem ejaan jawi yang diguna pakai sekarang juga mengalami beberapa perubahan dan penambahbaikan. Kebanyakan guru yang mengajar bidang Jawi terlepas dari sistem ejaan Jawi yang terkini, lantaran itu wujud ketidak seragaman dalam sistem ejaan jawi di sekolah. Ketidak seragaman sistem ejaan dalam kalangan guru sendiri bagi perkataan tertentu boleh mewujudkan satu kecelaruan fahaman pelajar terhadap sistem ejaan yang betul.

Maka kajian ini lebih berfokus kepada meningkatkan kemahiran murid mengeja Jawi bagi perkataan yang mengandungi vokal [e] berdasarkan kaedah ejaan Jawi yang terkini dengan menggunakan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai. Diharapkan tajuk kajian ini mampu menyelesaikan sebahagian daripada masalah pembelajaran Jawi di dalam bilik darjah.

Penguasaan Sistem Ejaan Jawi yang terkini berasaskan kaedah ejaan, pengurusan bahan sumber yang menarik dan berkesan serta penggunaan teknik pengajaran yang afektif akan mampu melahirkan murid yang bermotivasi mempelajari jawi. Semoga kajian ini dapat menghasilkan data-data yang menunjukkan bahawa mempelajari jawi sesuatu yang mudah jika dilaksanakan secara berurutan dan sistematik.LAMPIRAN A

Borang soal selidik

Nama : _________________________________

Bahagian A: Latar Belakang Responden

Anda dikehendaki menandakan [ X ] atau mengisi mana-mana ruang mengenai diri anda.

1.Jantina

a. Lelaki

[]

b. Perempuan

[]

2.Anda tinggal bersama

a. Ibubapa

[]

b. Ibu

[]

c. Bapa

[]

Lain-lain. Sila nyatakan. ______________________

3.Jarak rumah ke sekolah

a. Kurang dari 2 km

[]

b. 2- 5 km

[]

c. Lebih dari 5km

[]

4.Pekerjaan ibubapa

i. Bapa

a. Guru

[]

b. Kerja kerajaan (bukan guru)[]

c. Kerja swasta

[]

d. Kerja sendiri

[]

ii. Ibu

a. Guru

[]

b. Kerja kerajaan (bukan guru)[]

c. Kerja swasta

[]

d. Kerja sendiri

[]

Bahagian B : Peranan Ahli Keluarga RespondenAnda dikehendaki menandakan [ X ] atau mengisi mana-mana ruang mengenai diri anda.

5.Ibubapa anda

a. Pandai membaca jawi

[]

b. Pandai menulis jawi

[]

6.Ibubapa anda suka membeli buku jawi

a. Ya

[]

b. Tidak

[]

7.Adakah anda bertanya ibu bapa jika tidak mampu membaca dan mengeja jawi

a. Ya

[]

b. Tidak

[]

8.Adakah anda bertanya abang / kakak jika tidak mampu membaca dan mengeja jawi

a. Ya

[]

b. Tidak

[]

9.Adakah anda membaca buku jawi dalam sehari

a. Tidak membaca

[]

b. Kadang-kadang

[]

c. Selalu

[]

10.Mampu memahami kaedah mengeja jawi

a. Ya

[]

b. Tidak

[]

Bahagian C

Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan bulatkan nombor yang paling sesuai menandakan tahap persetujuaan anda mengikut skala nilaian yang disediakan.

Skala :1 = Tidak setuju2 = Kurang setuju3 = Setuju4 = Sangat setuju1.Saya suka belajar jawi1234

2.Saya dapat mengeja dan menulis jawi1234

3.Saya boleh mengenal pasti kaedah mengeja yang betul1234

4.Saya yakin setiap perkataan dieja dengan betul1234

5.Saya dapat mengeja dan menulis jawi dengan baik1234

6.Guru membimbing saya mengeja jawi dengan cara yang betul1234

7.Semua guru Pendidikan Islam mengajar cara mengeja jawi1234

8.Ibubapa saya sering membimbing saya mengeja dan menulis jawi dengan baik1234

9.Jawi merupakan mata pelajaran yang sangat saya minat1234

10.Saya yakin, jika saya faham kaedah mengeja jawi, saya mampu menulis jawi dengan baik1234

LAMPIRAN B

: ________________ : A. " "

2 1

1.1.

2.2.

3.3.

4.4.

5.5.

B. .6

C A

D B

.7

C A

D B

.8

C A

D B

.9

C A

D B

.10

C A

D B

C. .1. teksi roda tiga__________________________________________2. ruang letak kereta

__________________________________________3. perkara remeh temeh

__________________________________________4. Bendera Malaysia mempunyai empat belas jalur

___________________________________

5. Proton mengeluarkan model kereta baru

LAMPIRAN B

: ________________ : A. " "

2 1

1.1.

2.2.

3.3.

4.4.

5.5.

B. .6

C A

D B

.7

C A

D B

.8

C A

D B

.9

C A

D B

.10

C A

D B

C. .1. teksi roda tiga___________________________________________2. ruang letak kereta

___________________________________________3. perkara remeh temeh

___________________________________________4. Bendera Malaysia mempunyai empat belas jalur

___________________________________

5. Proton mengeluarkan model kereta baru

___________________________________

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim Ab. Halim Tamuri. (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Abdullah al-Amin al-Namiy. (1994). Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibnu.

Khaldun Dan Al-Qabisi. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.Ee Ah Meng (2003) , Pedagogi Untuk Bakal Guru : Siri Pendidikan

Fajar Bakti, Selangor Darul Ehsan : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat.(2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaHanisah Shaari. (2010). Meningkatkan Kemahiran Menghafal Fakta Dalam Tajuk

Israk Mikraj Tahun lima Melalui Kaedah Cerna. Kuala Terengganu. Institut

Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.Kamrudin Hj Husin, Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Penguasaan Kemahiran

Membaca: Kaedah Dan Teknik Membaca. Kuala Lumpur. Kumpulan BudimanSdn Ab. Halim Tamuri. (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Bhd.Ismail Abbas, Fadzillah Mustapa, (2007) HBIS 1103 Pengenalan Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn.Bhd.Isahak Haron, Abdul Rahim Razali, Zainiah Mohamed Isa, Samri Sainuddin & Nordin Mamat. 2005. Kajian Keberkesanan Pengajaran Jawi di Sekolah Rendah menggunakan kaedah Gabungan Bunyi-Kata.Kamarudin Husin. (1999). Pengajaran Lisan; Kemahiran Mendengar dan Bertutur.

Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Mohd Daud Hamzah. (1990). Emosi Dalam Pembelajaran. Kuala Lumpur. Dewan

Bahasa dan Pustaka.Mok Soon Sang, Lee Shok Mee. (1989). Latihan Mengajar Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Mok Soon Sang. (1996). Pedagogi 1: Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah.

Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Nik Rosila Nik Yaakob. 2007. Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 22, 161172. Universiti Sains Malaysia.PISMP Januari 2007. (2010). Buku Prosiding Penyelidikan Tindakan 2010. Kota Samarahan: IPTAR.Sabariah Bahrun. 2008. Model Pemulihan Jawi: satu analisis pelaksanaannya di Sekolah Rendah Sabah. Prosiding Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-6, hlm: 523-534.Sulaiman Ngah Razali (1997) , Pedagogi : Teori dan Praktik, Selangor Darul Ehsan , Percetakan Dewan dan Bahasa

Siti Fatimah Ahmad, Normizan Abang & Zamri Rajab. 2007. Tahap Penguasaan Huruf Tunggal Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun Satu Kelas Pemulihan Jawi Program j-QAF di sebuah sekolah di Sarikei, Sarawak. Jurnal Penyelidikan Ipera 2008. Bintangor: Institut Perguruan Rajang.

http://rmc.upsi.edu.my/v2/ewacana/Jawi.htm.

KUMPUL DATA & RANCANG KAEDAH P&P

KENAL PASTI MASALAH

REFLEKSI ATAS TINDAKAN

MELAKSANAKAN TINDAKAN

SEMAK PERUBAHAN DAN ULANG JIKA PERLU

e

lemak

enak

helah

enam

emas

penat

petak

detik

ego

tauge

Teres

Jeli

Selekoh

Perak

Selekeh

e

lemak

enak

helah

enam

emas

ego

detik

petak

penat

tauge

Selekeh

Selekoh

Jeli

Teres

Perak

12