Proposal kajian tindakan bahasa malaysia

8
SJK ( C ) BAN FOO, JOHOR BAHRU, KG. BARU BAN FOO, 81800 ULU TIRAM, JOHOR BAHRU, JOHOR KOD SEKOLAH : JBC 1029 ”SEKOLAHKU KEBANGGAANKU’ KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2009

description

harap usaha kecil saya ini memberi manfaat buat rakan2 semua.

Transcript of Proposal kajian tindakan bahasa malaysia

Page 1: Proposal kajian tindakan bahasa malaysia

SJK ( C ) BAN FOO, JOHOR BAHRU,KG. BARU BAN FOO, 81800 ULU TIRAM,

JOHOR BAHRU, JOHORKOD SEKOLAH : JBC 1029

”SEKOLAHKU KEBANGGAANKU’

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

2009

PROPOSOL

Page 2: Proposal kajian tindakan bahasa malaysia

KAJIAN TINDAKAN

NAMA SEKOLAH : SJK ( C ) BAN FOO

ALAMAT : 81800 ULU TIRAM, JOHOR

PENYELARAS : EN. KAMARUL AMIR RAZAIZAT BIN KAMALUDIN

TAJUK KAJIAN : TEKNIK MEMBINA LIMA AYAT BERDASARKAN GAMBAR DALAM BAHAGIA A (KERTAS 2)

1. REFLEKSI MASALAH.

Saya di SJKC Ban Foo Masalah utama saya ialah kelemahan murid dalam membina ayat. Situasi ini berlaku kerana murid tidak dapat membina ayat seperti yang diinginkan oleh guru. Hasil ayat yang dibina melalui latihan dan ujian yang diberikan amat tidak memuaskan. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid apabila membuat latihan membina ayat dan semasa menjawab soalan ujian Bahasa Malaysia Bahagian A, kertas 2. Murid tidak dapat memperkembangkan idea serta tidak memahami teknik-teknik bagi menjawab soalan yang dikemukakan dengan bernas dan tepat. Senario ini menyebabkan hasil jawapan murid tidak menarik dan kurang tepat. Kesukaran murid untuk membina ayat adalah disebabkan kurangnya imaginasi murid, kurang pembacaan bahan Bahasa Malaysia serta pengaruh bahasa ibunda murid yang kuat. Selain itu, murid juga tidak mengetahui teknik-teknik yang betul untuk mengetengahkan idea mereka dalam bentuk rangka ayat terlebih dahulu sebelum membina ayat yang lengkap. Justeru itu, murid ketandusan idea ketika membina ayat. Pertautan idea diantara ayat juga sukar dilakukan kerana murid tidak dapat berfkir dalam ruang lingkup yang lebih besar. Idea mereka hanya terbatas kepada contoh yang diberikan oleh guru.

Melalui pemerhatian yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid tidak berfikir secara kreatif dan kritis untuk membina ayat yang menarik dan gramatis. Justeru itu, melalui kemahiran yang akan dicadangkan oleh saya, diharap dapat membantu mengurangkan dan seterusnya mengatasi masalah murid ini.

2. FOKUS KAJIAN.

Page 3: Proposal kajian tindakan bahasa malaysia

Berdasarkan refleksi diatas, didapati bahawa , murid tidak berfikir secara kreatif dan kritis untuk membina ayat yang menarik dan gramatis dan murid tidak dapat memperkembangkan idea serta tidak memahami teknik-teknik bagi menjawab soalan yang dikemukakan dengan bernas dan tepat. Masalah ini berlaku dalam kalangan 10 orang murid dari kelas 5M. suatu langkah yang sewajarnya perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Justeru itu, kajian yang akan dijalankan nanti menekankan kepada aspek membina ayat. Hal ini adalah penting kerana dapat melatih murid dari peringkat awal supaya mereka dapat membina ayat yang menarik dan bermutu.

Fokus kajian yang akan dijalankan ini menekankan supaya murid dapat menguasai lima ayat berpandukan gambar. Hal ini penting kerana membina lima ayat berpandukan gambar merupakan komponen penting daripada soalan kertas 2 dan sekiranya murid menguasai kemahiran ini maka peratusan murid untuk lulus dengan baik Bahagian A adalah tinggi khususnya dan dapat mempertingkatkan peratusan murid yang lulus kertas 2 Bahasa Malaysia amnya.

3. OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakaan pelbagai kaedah dan pendekatan agar dapat mengatasi permasalahan kelemahan murid dalam membina ayat dan seterusnya dapat meningkatkan peratus kecemerlangan murid dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk;

3.2.1. Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Bahasa Malaysia

3.2.2. Meningkatkan pengguasaan murid ketika membina ayat

3.2.3 Memantapkan kreativiti murid ketika membina ayat dengan perkataan yang sesuai dan bermutu

3.2.4 Meningkatkan peratusan murid yang lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Kertas 2, Bahagian A.

3.2.5 Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran.

Page 4: Proposal kajian tindakan bahasa malaysia

3.2.6 Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok.

4. KUMPULAN SASARAN.

Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 10 orang murid dari kelas 5M. Murid-murid ini disasarkan kerana kelemahan mereka dalam membina ayat dan sekiranya mereka dapat menguasai kemahiran yang diberikan maka peratusan untuk murid mendapat markah yang baik pada Bahagian A, Kertas 2 mata pelajaran Bahasa Malaysia adalah tinggi.

5. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan maka beberapa cadangan telah dikenalpasti bagi meenjalankan kajian tindakan ini, iaitu;

A) Tinjauan masalahMengesan masalah daripada latihan yang diberi semasa pengajaran

dan pembelajaran, latihan kerja rumah dan juga ujian bulanan.

Keputusan UPPM 1 Kertas 2 Bahasa Malaysia

BIL NAMA KERTAS 2    

A B C % GRED

1.SIAK YAW JOE 1% 11% 1%

22.0% D

2.TYE ZHI YONG 1% 0% 1%

3.0% E

3. LING KAH YI 3% 11% 4% 30.0% D

4.CHONG SHI QI 3% 10% 1%

23.0% D

5. LOOI ZI QING 3% 11% 8% 37.0% D

6.NEO YONG TING 4% 5% 4%

22.0% D

7. POH WEN LI 3% 11% 1% 25.0% D

8POON KAH YEE 2% 10% 1%

22.0% D

9.SAW CHING CHUAN 2% 16% 4%

37.0% D

10.SOH QIAO SHI 1% 10% 1%

20.0% D

B) Ujian pra (pre test)

Page 5: Proposal kajian tindakan bahasa malaysia

Satu ujian akan dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dan jumlah murid yang tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Bilangan ayat adalah lima.

Keputusan Ujian Pra Bahagian A

BIL NAMA KERTAS 2

A

1.SIAK YAW JOE 2%

2.TYE ZHI YONG 1%

3. LING KAH YI 2%

4.CHONG SHI QI 2%

5. LOOI ZI QING 3%

6.NEO YONG TING 3%

7. POH WEN LI 3%

8POON KAH YEE 2%

9.SAW CHING CHUAN 3%

10.SOH QIAO SHI 1%

C) Ujian pra (pre test)Satu ujian akan dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dan

jumlah murid yang tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Bilangan ayat adalah lima.

D) Teknik menjawab Teknik membina lima ayat akan diajar kepada murid. Setiap murid

akan menerima satu soalan untuk membina ayat. Guru meminta murid meneliti aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut. Murid akan mengenalpasti aktiviti-aktiviti dan kata kerja serta nilai murni yang sesuai. Murid juga akan diminta membulatkan dan menomborkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut. Seterusnya semasa murid menulis, mereka akan menulis ayat berdasarkan nombor dan aktiviti-aktivi ang telah bertanda. Justeru itu, murid akan mendapat idea untuk menulis. Akhir sekali sebagai galakan dan untuk menimbulkan keseronokan kepada murid mereka diminta mewarnakan gambar tersebut.

E) Ujian (post test)

Page 6: Proposal kajian tindakan bahasa malaysia

Satu ujian sebenar akan dijalankan semula untuk menilai kefahaman dan penguasaan murid berdasarkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan. Sekiranya 80 peratus murid pada kumpulan sasaran dapat menjawab dengan baik, maka jelaslah bahawa keberkesanan teknik yang akan diperkenalkan. Justeru itu, teknik ini akan dapat diaplikasikandan diperluaskan kepada kumpulan lain.

7. JADUAL PERLAKSANAAN UJIAN

BIL. AKTIVITI TEMPOH PERLAKSANAAN

1. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu2. Menulis proposol awal kajian tindakan 1 minggu3. Merancang tindakan individu/kumpulan 1 hari4. Melaksanakan aktiviti 3 hari5. Membincangkan masalah yang wujud dalam tindakan

yang dilaksanakan3 hari

6. Ujian penapaian untuk mengesan perubahan klien 1 hari7. Refleksi kajian 2 hari8. Menulis laporan kajian 1 minggu9. Pembentangan dapatan kajian di sekolah 1 hari

8. ANGGARAN PERUNTUKAN KEWANGAN PEMBELANJAAN KAJIAN

Bil. Perkara Jumlah Kos1. Kertas A4 3 x RM 9.50 RM 28.50 2. Kertas warna 20 x RM 0.50 RM 10.003. Fotostat bahan dan laporan kajian RM 30.004. kad manila 20 x RM 5.00 RM 10.005. Pen marker 1 kotak x RM 18 RM 18.006. CD 3 x RM 2.00 RM 6.007. Buku Catatan 1 x RM 5.00 RM 5.00

JUMLAH RM 117.50