Proposal Kajian Tindakan Mengatasi Masalah Ponteng Kelas Dalam Kalangan Pelajar

download Proposal Kajian Tindakan Mengatasi Masalah Ponteng Kelas Dalam Kalangan Pelajar

of 4

Transcript of Proposal Kajian Tindakan Mengatasi Masalah Ponteng Kelas Dalam Kalangan Pelajar

  • 7/29/2019 Proposal Kajian Tindakan Mengatasi Masalah Ponteng Kelas Dalam Kalangan Pelajar

    1/4

    PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN MENGATASI MASALAH PONTENG KELAS

    DALAM KALANGAN PELAJAR

    1. ISU

    1.1.Didapati pelajar selalu ponteng kelas secara berpola.

    1.2.Aduan daripada guru matapelajaran pelajar tiada di dalam kelas semasa

    PdP.

    1.3.Rakan kelas mengadu tentang kawan-kawan mereka yang selalu ponteng

    kelas.

    1.4.Terdapat juga aduan daripada masyarakat setempat pelajar berkeliaran di

    luar sekolah.

    2. REFLEKSI MASALAH

    2.1. Apabila dipantau dan dianalisis terhadap buku pengesanan ponteng, Buku

    Jadual Kedatangan Pelajar, didapati pelajar yang sama tiada dalam kelas

    semasa PdP dan mempunyai pola tertentu. Iaitu selepas waktu rehat,

    matapelajaran tertentu dan dua waktu akhir sebelum tamat sesi

    persekolahan.

    2.2. Menurut Kamus Dewan, ponteng didifinasikan sebagai lari daripada

    tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi

    kes ketidakhadiran yang berpunca daripada pelajar itu sendiri dan bukannya

    kes-kes yang dimaafkan seperti sakit kemalangan dan sebagainya

    ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri ke sekolah tetapi

    tidak menghadiri kelas samaada salah satu kelas, beberapa kelas atau ke

    semua kelas dalan satu-satu hari.

    2.3.Faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng kelas

    2.3.1. Pengaruh rakan sebaya.

    2.3.2. Beban kerja sekolah yang banyak.

    2.3.3. Pelajar tidak berminat belajar matapelajaran tertentu.

  • 7/29/2019 Proposal Kajian Tindakan Mengatasi Masalah Ponteng Kelas Dalam Kalangan Pelajar

    2/4

    2.3.4. Keadaan bilik darjah yang tidak kondusif.

    2.3.5. Jadual matapelajaran pada masa yang kritikal.

    2.3.6. Guru selalu tidak masuk kelas.

    2.3.7. PdP guru kurang berkesan/tidak menarik.

    3. OBJEKTIF

    3.1. Am

    3.1.1. Menarik minat pelajar berada dalam kelas.

    3.2. Khusus

    3.2.1. Mengurangkan kadar ponteng kelas.

    3.2.2. Menyedarkan pelajar tentang kesan negative ponteng kelas.

    3.2.3. Meningkatkan sasiah pelajar.

    3.2.4. Meningkatkan pencapaian akademik.

    4. KUMPULAN SASARAN

    4.1.10 orang pelajar yang ponteng tegar tingkatan 4.

    5. JANGKA MASA KAJIAN

    5.1.Julai Ogos 2013.

    6. TINDAKAN YANG DIAMBIL

    6.1. JOM MASUK KELAS

  • 7/29/2019 Proposal Kajian Tindakan Mengatasi Masalah Ponteng Kelas Dalam Kalangan Pelajar

    3/4

    6.1.1. Guru matapelajaran mengalu-alukan pelajar masuk ke kelas.

    6.1.2. Melibatkan pelajar tersebut dalam aktiviti PdP yang dijalankan.

    6.1.3. Kelas disusun-atur dengan memberi nafas baru dan kondusif.

    6.1.4. Guru mesra pelajar.

    6.2. MEMBERI GANJARAN

    6.2.1. Memberi ganjaran/sijil sekiranya hadir penuh kelas seminggu.

    6.2.2. Memberi ganjaran/sijil kepada seluruh kelas yang berjaya

    mengekalkan kehadiran penuh selama seminggu.

    6.2.3. Memberi ganjaran/sijil kepada kelas yang dapat mengekalkan

    kehadiran penuh dalam seminggu.

    6.2.4. Memberi ganjaran bercuti dilokasi tertentu dengan menaiki keretapi.

    6.3. MEMBERI MERIT

    6.3.1. Memberi merit tertentu kepada pelajar tersebut.

    6.4. TALIAN KASEH / MOTIVASI

    6.4.1. Bersemuka dengan waris pelajar yang terlibat.

    6.4.2. Home visit pelajar terlibat.

    6.4.3. Bersama dengan PIBG dan kaunselor serta guru disiplin.

    6.4.4. Pentadbir perihatin/cakna terhadap kalangan pelajar tersebut.

    6.5. IDOLAKU ( Ceramah oleh pelajar yang berjaya tetapi ada rekod

    ponteng kelas tegar )

    6.5.1. Ceramah kesedaran kepada pelajar terlibat oleh contoh individu yang

    berjaya.

    7. KESIMPULAN

  • 7/29/2019 Proposal Kajian Tindakan Mengatasi Masalah Ponteng Kelas Dalam Kalangan Pelajar

    4/4

    7.1.Diharap cadangan proposal dapat membantu sekolah dalam menangani

    masalah ponteng kelas dikalangan 10 orang pelajar ponteng tegar tingkatan

    4. Ia juga membantu untuk meningkatkan kehadiran dan mencapai

    matlamat kehadiran 93%.