Proposal Kajian Tindakan Skhas

download Proposal Kajian Tindakan Skhas

of 4

description

Contoh kertas kerja Kajian tindakan

Transcript of Proposal Kajian Tindakan Skhas

JABATAN PELAJARAN PERAK,

JABATAN PELAJARAN KEDAH,

KOMPLEKS PENDIDKAN, JLN. STADIUM

05460 ALOR SETAR, KEDAH.KERTAS CADANGAN

KAJIAN TINDAKAN

2011TAJUK

MEMUPUK MINAT MURID PEMULIHAN KHAS

TERHADAP PEMBELAJARAN DI DALAM

KELAS PEMULIHAN KHAS

OLEH:

EN. MOHD IZHAM BIN KASIMSEKOLAH KEBANGSAAN HAJI ABDULLAH SADUN,

KUAR JAWA, ALOR JANGGUS,

06250 ALOR SETAR, KEDAH

KELOLAAN

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KOTA SETAR1.REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUSepanjang saya mengajar kelas pemulihan, saya mendapati murid-murid kurang berminat untuk belajar dan membuat latihan yang diberikan oleh guru. Kebanyakkan mereka bersikap malas untuk memberi tumpuan dan membuat latihan. Mereka tidak bersungguh-sungguh dalam menjawab soalan latihan yang diberikan. Mereka tidak menjawab dengan penuh penelitian atau mencuba dengan bersungguh-sungguh untuk menjawabnya. Untuk menghabiskan latihan dengan cepat, mereka akan menjawab secara membuta tuli tanpa memikirkan jawapan itu betul ataupun tidak. Hal ini menyukarkan guru untuk membantu murid-murid pemulihan khas ini mengatasi masalah pembelajaran mereka. Sikap malas dan kurang minatnya murid-murid dalam memberi tumpuan dan membuat latihan yang diberikan guru semasa kelas Pemulihan Khas dijalankan akan menyebabkan mereka sentiasa gagal untuk memperbaiki kelemahan mereka di dalam pembelajaran, dan akan menyebabkan mereka terus gagal dalam ujian dan peperiksaan. Oleh itu satu teori yang mengandungi beberapa kaedah P&P perlu diwujudkan bagi memupuk minat mereka di dalam pembelajaran.2.OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum:

Tujuan kajian ini adalah untuk mengatasi sikap kurang berminat murid Pemulihan Khas untuk membuat latihan yang diberikan guru, dengan memupuk minat mereka agar dapat mereka habiskan latihan semasa di dalam kelas Pemulihan Khas.

Objektif Khusus:

a) Murid dapat menghabiskan latihan yang diberikan guru semasa kelas Pemulihan Khas dijalankan.

b) Murid menjawab soalan atau latihan dengan lebih serius.

c) Mengurangkan kelekaan murid semasa membuat latihan.d) Meningkatkan keupayaan guru dalam menangani masalah murid yang malas dalam pembelajaran, khususnya membuat latihan yang diberikan.3.KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran ialah seramai 9 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 3 yang kini berada di kelas Pemulihan Khas.

4.PELAKSANAAN KAJIAN

4.1 Tinjauan masalahDaripada pemerhatian, didapati murid-murid kurang berminat untuk belajar dan membuat latihan yang diberikan oleh guru. Mereka tidak bersungguh-sungguh dalam menjawab soalan latihan yang diberikan. Mereka tidak menjawab soalan latihan dengan penuh penelitian atau mencuba dengan serius untuk menjawabnya dengan betul. 4.2 Analisis Tinjauan Masalah

Murid-murid sering kali tidak dapat menghabiskan latihan yang diberikan guru sepanjang kelas Pemulihan Khas dijalankan. Ada kalanya, untuk menghabiskan latihan dengan cepat, mereka akan menjawab secara membuta tuli tanpa memikirkan jawapan itu betul ataupun tidak. Hal ini bagi saya adalah suatu yang perlu diambil berat kerana jika dibiarkan bermakna setiap latihan yang diberikan tidak akan mendatangkan apa-apa kesan terhadap pembelajaran mereka.Jadual di bawah menunjukan jumlah soalan latihan yang dibuat oleh murid Pemulihan Khas daripada jumlah sebenar soalan latihan yang diberikan guru.Bil.Nama Murid Kelas Pemulihan Khas

Tahum 3Jumlah Soalan Latihan Yang DiberiJumlah Soalan Yang Dibuat

1Muhd Anas Danial108

2Mohd Azam103

3Putera Hakim106

4Mohd Haikal Aizat106

5Nur Hidayah108

6Norasma Izawati107

7Nur Syarafana107

8Nur Syazliana104

9Nur Sri Shafiza107

44.3Tindakan Yang Akan DijalankanBagi mengatasi masalah ini satu teori akan dihasilkan bagi membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Pemulihan Khas. Teori ini menjelaskan kaedah pelaksanaan P&P yang menarik dan kawalan kelas yang berkesan.

4.4Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Manila Kad

2.Pen Maker

3.Papan putih (saiz kecil)

4.Lembaran kerja

5.Buku latihan

6.Cop bintang

7.Buah dadu

8.Permainan dam ular

5.KESIMPULAN

Melalui kajian ini diharapkan sedikit sebanyak dapat memupuk minat murid-murid kelas Pemulihan Khas dalam pembelajaran mereka, terutamanya ketika membuat latihan yang diberikan guru, dan mampu memberi tumpuan yang lebih serius.PAGE 4