Proposal Kerja Rumah - Dk Hasimah.docx

32
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM TAJUK CADANGAN HUBUNGAN KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TAHUN 9 DI SEKOLAH MENENGAH OLEH DK HASIMAH BINTI PG HAJI HASHIM 14M8133 1

Transcript of Proposal Kerja Rumah - Dk Hasimah.docx

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

TAJUK CADANGAN HUBUNGAN KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK

PELAJAR TAHUN 9 DI SEKOLAH MENENGAH

OLEH DK HASIMAH BINTI PG HAJI HASHIM

14M8133SARJANA PENDIDIKAN [BAHASA MELAYU]

1

1.0 Pendahuluan

Pencapaian akademik pelajar sering dikaitkan dengan pelbagai faktor yang mempengaruhinya

seperti faktor sosioekonomi, tahap pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga, motivasi diri, gaya

pengajaran guru dan juga gaya pembelajaran pelajar itu sendiri (Considine & Zappla, 2002;

Fraser & Killen, 2003; Harb & El-Shaarawi, 2006) termasuk juga kerja rumah ( …..) . Menurut

Considine dan Zappla (2002), faktor tahap sosioekonomi dan taraf pendidikan keluarga

merupakan antara faktor yang sering dibincangkan dalam kajian prestasi akademik yang menjadi

faktor penarik (pull factors) bagi mencapai akademik yang tinggi.

Namun kajian juga membuktikan hubungan kerja rumah juga menjadi faktor yang menyumbang

kepada pencapaian akademik dalam kalangan pelajar (Kevin C. Costley:2013;Ainul Hakimah

Karim:2010 dan Arbayah Yahya:2010). Kevin C. Costley (2013) menyatakan bahawa latar

belakang kajian mengenai kerja rumah bermula pada awal tahun 1920-an yang menjadi salah

satu cara untuk mendisiplinkan pelajar dalam usaha untuk mengukuhkan daya ingatan seorang

pelajar. Manakala pada hujung tahun 1940-an, kerja rumah kurang mendapat perhatian

memandangkan kaedah penyelesaian masalah telah diterapkan sehingga mampu menyediakan

pelajar yang berdaya saing, insiatif dan bersikap positif.

Walau bagaimanapun, hal ini telah kembali kembali semula menjadi perhatian dan kajian oleh

pelbagai lapisan masyarakat padasemenjak tahun 1980-an, iaitu pelbagai lapisan masyarakat

mengkaji tentang kerja rumah. Antaranya Paschal et.al (1984) dengan sebulat suara bersetuju

bahawa kerja rumah memberi kesan positif kepada pelajar. Bagi Selain itu, Marshall (1982) juga

menyatakan bahawa pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran

Matematik ialah pelajar yang sering menyiapkan kerja rumah mereka. Dengan ini, walaupun

kerja rumah itu berbeza dari aspek jenis, jumlah dan tempoh masa yang diberikan namun

matlamatnya tetap sama, iaitu kerja rumah adalah sebagai peneguhan dan latihan yang dapat

memberikan rangsangan kognitif seorang pelajar.

2

Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Knapa tidak dimasukkan tentang kerja rumah di dalam bahagian ini.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Nyatakan nama penulisan yang lain jika pertama kali disentuh.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Jangan gunakan nama penuh, gunakan surnamenya sahaja.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Bahagian ini masukkan selepas El-Shaarawi, 2006)
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
say ras tidak perlu dimasukkan. Fokuskan perbincangan pada kerja rumah sahaja.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
italickan

1.1 Pernyataan Masalah

Dalam mengorak langkah SPN 21, pendidikan negara berlandaskan falsafah dan mencapai

wawasan negara 2035 merupakan satu perspektif yang dapat menjana perubahan dalam

menaiktarafkan negara kita sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang

berpendidikan tinggi. Selaras dengan arus inilah, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran

telah diusahakan pelaksanaannya di sekolah-sekolah. Begitu juga dengan pelbagai kaedah telah

didedahkan untuk menggalakkan mereka sentiasa berfikir dan mengurangkan hafalan semata-

mata untuk menguasai ilmu yang dipelajari.

Selain aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kerja rumah (homework) juga merupakan

salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah lama dipraktikkan yang harus dikaji

keberkesanannya. Beberapa kajian yang berkaitan dengan amalan kerja rumah telah dijalankan.

Antaranya kajian yang menunjukkan bahawa jumlah masa yang digunakan masih lagi di tahap

yang rendah. Menurut Hasil kajian yang telah dijalankan oleh Tamir (1985) telah

menyenaraikanmenunjukkan terdapatnya kesan pemberian kerja rumah kepada para pelajar.

Antara faedah yang ditemui dari amalan ini ialah para pelajar dapat menguasai isi pelajaran

dengan baik. Kerja rumah juga memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar dari berbagai-

bagai sumber. Dengan cara ini, para pelajar akan memperbaiki kelemahan mereka di bilik darjah

Sehubungan iniDi samping itu, kKajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan

United Kingdom khususnya ahli akademik dari ………yang disiarkan oleh akhbar The Guardian

pada 29 Mac 2012 menyatakan bahawa kajian utama dilakukan oleh ahli akademik dari Institut

Pendidikan Universiti Oxford dan Kolej Birkbeck, Universiti London menjejak perkembangan 3

ribu murid prasekolah hingga umur 14 tahun, sejak 15 tahun yang lalu dan mendapati bahawa

mereka menghabiskan masa lebih dari dua jam semalam untuk menyiapkan kerja rumah boleh

dikaitkan dengan pencapaian yang lebih baik dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Selari dengan dapatan ini, murid yang menghabiskan masa lebih tiga jam untuk menyelesaikan

kerja rumahnya cemerlang. Kajian ini lebih tertumpu dengan yang dilakukan oleh murid tersebut

berbanding jumlah kerja yang sekolah tetapkan.

3

Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Perbaiki lagi ayat.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Kurang jelas.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Ini perlu diletakkan lebih awal iaitu ketika pertama kali menyentuh mengenainya.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Siapa mereka?
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Kurang jelas- perbaiki lagi.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Nyatakan dengan penuh apa SP21.

Dengan ini, hubungan kerja rumah merupakan salah satu strategi dalam meningkatkan prestasi

akademik pelajar itu. Amalan melaksanakan kerja rumah ini memang sudah sebati dalam diri

pelajar serta guru, namun pelaksanaannya menghadapi masalah disebabkan oleh beberapa faktor

antaranya kekangan masa, sikap dan asuhan pelajar dan juga gaya pengajaran dan pembelajaran

yang diterima oleh pelajar itu. Oleh itu, pengkaji ingin membuat satu tinjauan mengenai

pandangan pelajar tentang hubungan kerja rumah dengan pencapaian akademik pelajar sekolah

menengah. Aspek yang ingin dikaji meliputi sikap pelajar, faktor asuhan, faktor gaya pengajaran

dan pembelajaran yang diterima oleh pelajar dalam keutamaan pelajar untuk menyiapkan kerja

rumah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

1.2 Objektif Umum

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara kerja rumah bagi mata

pelajaran Bahasa Melayu dengan pencapaian akademik pelajar Tahun 9 di sekolah Menengah.

1.3 Objektif khusus

Objektif khusus kajian ini adalah:

1.2.1 Mengenal pasti hubungan antara peruntukan masa dalam menyiapkan kerja rumah dengan

pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

1.2.2 Mengenal pasti hubungan antara sikap dan asuhan ibu bapa pelajar dengan pencapaian

akademik pelajar.

1.2.3 Mengenal pasti hubungan antara cara pengajaran guru terhadap kerja rumah dengan

pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

1.2.4 Mengenal pasti hubungan antara cara pembelajaran pelajar terhadap kerja rumah yang

diberikan dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran bahasa Melayu.

4

Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Apa maksud cg dk dengan pencapaian akademik di sini? Adakah pencapaian bhs melayu?

1.2.5 Mengenal pasti tahap pencapaian akademik pelajar mengikut lokasi sekolah.

1.3 Persoalan Kajian

Daripada objektif yang telah dibentuk, penyelidik telah mengenal pasti beberapa persoalan kajian

dalam kajian ini, antaranya ialah:

1.3.1 Apakah Adakah terdapat hubungan antara peruntukan masa untuk membuat kerja rumah

bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu dengan pencapaian akademik pelajar?

1.3.2 Apakah Adakah terdapat hubungan antara sikap dan asuhan ibu bapa terhadap pelajar

dengan pencapaian

akademik pelajar?

1.3.3. Apakah Adakah terdapat hubungan antara cara pengajaran guru terhadap kerja rumah bagi

mata pelajaran

Bahasa Melayu dengan pencapaian akademik pelajar?

1.3.4 Apakah Adakah terdapat hubungan antara cara pembelajaran pelajar an terhadapdalam

melaksanakan kerja rumah

dengan pencapaian akademik pelajar?

1.3.5 Apakah tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah?

1.3.6 Apakah tahap pencapaian akademik pelajar mengikut lokasi sekolah?

5

1.4 Kepentingan kajian

Pencapaian akademik sering menjadi perhatian masyarakat di negara ini kerana isu ini

merupakan salah satu isu penting sama ada di peringkat rendah, menengah atau pengajian tinggi.

Justeru itu, pelajar yang rendah pencapaiannya sering di katakakan mempunyai masalah di dalam

pelajaran mereka. Banyak faktor yang dikaitkan dengan masalah ini. Oleh itu, kajian ini akan

memberi satu perspektif kepada salah satu kaedah pembelajaran, iaitu kerja rumah.ingin melihat

hubungan kerja rumah dengan pencapaian akademik pelajar.

Maklumat ini penting kepada pihak guru, kerana perkara ini akan dapat digunakan untuk melihat

kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru selepas waktu persekolahan pelajar. Dengan itu,

guru akan dapat membuat penilaian apakah situasi yang menyebabkan pelajar kurang mencapai

keputusan yang cemerlang di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini juga akan dapat juga

dijadikan panduan kepada guru-guru untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di dalam

pengajaran mereka, terutamanya dari segi pemberian kerja rumah. Menilai keberkesanaan

memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan lagi kualitipembelajaran dan pengajaran melalui

kerja rumah pada masa akan datang.

Kajian ini juga mempunyai kepentingan terhadap pelajar kerana kadangkala pelajar itu sendiri

tidak mengetahui masalah yang menyebabkan mereka kurang menguasai mata pelajaran Bahasa

Melayu. Di dalam kajian ini, pelajar akan dapat mengetahui penggunaan masa ketika membuat

kerja rumah dan jenis-jenis kerja rumah yang berkesan. Dengan adanya kajian ini penyelidik

berharap agar pelajar boleh mengambil inisiatif dan menjadikan panduan mengaplikasikan dalam

mengaplikasikan kerja rumah dengan lebih efektif dan berkesan bagi mendapat keputusan yang

cemerlang.

Maklumat daripada kajian ini juga akan dapat digunakan oleh pihak pengurusan sekolah sebagai

garis panduan dalam merencana dan merangka sesuatu rancangan yang sewajarnya untuk

meningkatkan pencapaian pelajar melalui pengamalan membuat kerja rumah di samping

mengekalkan aspek-aspek yang mendatangkan kebaikan.

6

Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Perbaiki lagi ayat.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Peraiki lagi ayatnya.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Tukar kepada rasional kajian – perbaiki lagi.

1.5 Definisi operastional

Peruntukan Masa

Menurut Kamus Dewan (2005), istilah peruntukan merupakan perkataan yang terbit dari kata dasar

‘untuk’ yang memberikan maksud sesuatu yang telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll) yang

ditetapkan (ditentukan). Maksud masa pula ialah waktu, ketika, jangka waktu yang panjang atau tertentu.

Dengan istilah ini peruntukan masa boleh didefinisikan dengan penggunaan ataupun penyediaan masa

yang ditetapkan mahupun digunakan. Oleh itu, penyelidik ingin Peruntukan masa didefinisikan dengan

penggunaan ataupun penyediaan masa yang ditetapkan mahupun digunakan. Oleh itu, penyelidik ingin

mengkaji bagaimanakah penyediaan masa oleh pelajar untuk melaksanakan kerja rumah yang diberi oleh

guru di sekolah.

Sikap dan Asuhan Ibu Bapa

Cara Pengajaran Guru

Cara pengajaran guru dengan kerja rumah adalah berkaitan dengan pengurusan kerja rumah yang

diberikan oleh guru. Perkara ini meliputi peringkat semasa dan selepas. Peringkat semasa merupakan

arahan sebelum kerja rumah dilakukan, iaitu arahan yang diberikan kepada pelajar sewaktu kerja rumah

diberikan. Seterusnya peringkat selepas merangkumi respons atau tindakbalas guru dengan kerja rumah

yang telah diberikan.

Cara Pembelajaran Pelajar

Kerja Rumah

7

Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/17/15,
Dari mana diperoleh?
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/17/15,
Definisi dari mana?

Kerja rumah (homework) didefinisikan sebagai kerja atau tugasan yang diberikan kepada pelajar

oleh guru di sekolah sewaktu pelajar masih di sekolah untuk disiapkan atau diperpanjangkan

pada bukan waktu persekolahan yang mungkin boleh disiapkan ketika masa belajar peribadi, masa

penggunaan perpustakaan mahupun di kelas tambahan.

Peruntukan masa

Peruntukan masa didefinisikan dengan penggunaan ataupun penyediaan masa yang ditetapkan

mahupun digunakan. Oleh itu, penyelidik ingin mengkaji bagaimanakah penyediaan masa oleh

pelajar untuk melaksanakan kerja rumah yang diberi oleh guru di sekolah.

Cara pengajaran guru dengan kerja rumah

Cara pengajaran guru dengan kerja rumah adalah berkaitan dengan pengurusan kerja rumah yang

diberikan oleh guru. Perkara ini meliputi peringkat semasa dan selepas. Peringkat semasa

merupakan arahan sebelum kerja rumah dilakukan, iaitu arahan yang diberikan kepada pelajar

sewaktu kerja rumah diberikan. Seterusnya peringkat selepas merangkumi respons atau

tindakbalas guru dengan kerja rumah yang telah diberikan.

Pencapaian akademik

Dalam kajian ini, pencapaian akademik pelajar diukur daripada peperiksaan akhir tahun SPE

Tahun 8. Pencapaian ini akan menentukan bagaimana kerja rumah yang diterima dan

dilaksanakan oleh pelajar membantu pelajar untuk menguasai mata pelajaran ini. Pemboleh ubah

ini diukur dengan kategori markah yang diperolehi pelajar, iaitu 0% - 39% (rendah), 40% - 59%

(sederhana), 60% - 79% (tinggi), dan 80% - 100% (cemerlang).

8

Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Dari mana diperoleh?
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Dari mana diperoleh?
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Definisi dari mana?
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Dalam kajian ini apa yang dimaksudkan kerja rumah dan defines homework ani daripada siapa?

1.6 Batasan kajian

Kajian mengenai kerja rumah sebenarnya terlalu luas dan umum. Penyelidik tidak akan mampu

melakukan kajian yang merangkumi kesemua aspek yang berkaitan dengan kerja rumah. Oleh

itu, penyelidik mengecilkan skop kepada peruntukan masa oleh pelajar untuk membuat kerja

rumah, jenis-jenis kerja rumah yang dilakukan serta cara pengajaran guru dengan kerja rumah

yang diberikan yang menghubungkannya dengan pencapaian akademik pelajar dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu. Penyelidik juga membataskan kajian kepada pelajar-pelajar Tahun 9

kluster 3 sahaja.

1.7 Kerangka Teori

Teori tingkahlaku yang dibina dari pandangan Skinner (1954) ini menekankan hasil tindakbalas

(respon) individu terhadap rangsangan (stimulus) yang diterima dari persekitaran. Skinner

terkenal dengan Teori Rangsangan Tindakbalas. Dalam pengajaran terancang yang dipelopori

oleh Skinner pada tahun 1968, menekankan tentang pengajaran rantaian latihan seharusnya

dalam kerangka model Rangsangan – Gerak balas (S → R). Kerangka ini bertujuan untuk

mendedahkan pelajar kepada kandungan mata pelajaran secara berperingkat. Pastikan pelajar

membuat tindak balas untuk setiap kerangka dan juga menerima maklum balas dengan segera.

Soalan-soalan yang diberikan kepada pelajar sebagai kerja rumah hendaklah disusun tahap

kesukarannya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pemberian kerja rumah kepada pelajar sebagai

satu strategi pembelajaran menepati ciri-ciri dalam Teori tingkahlaku.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran pula perlulah sesuai dengan aras perkembangan kognitif

sama ada kepada guru dan juga pelajar. Di sini guru boleh menggunakan pelbagai kaedah atau

strategi untuk menyusun pengajarannya dengan lebih berkesan manakala bagi pembelajaran

pelajar juga boleh menggunakan kognitifnya untuk menerima sebarang pesan atau pembelajaran

yang diperoleh dalam bilik darjah. Sehubungan ini, teori perkembangan kognitif Piaget boleh

diaplikasikan untuk membantu guru menyediakan kerja rumah yang bersesuaian dengan tahap

pembelajaran pelajar untuk melaksanakan tugasan yang diberikan kepada mereka.

9

Berdasarkan teori tingkah laku dan teori kognitif dapat digambarkan seperti rajah berikut:-

2.0 Tinjauan literature

10

PENCAPAIAN AKADEMIK

PELAJAR

KERJA RUMAH

PELAJAR

KERJA RUMAH

KERJA RUMAH

KERJA RUMAH

Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Di mana kedudukan teori tingklaku dan kognitif di dalam gambar rajah berikut.

Pengukuran pencapaian pelajar dalam bidang akademik semakin menjadi suatu keperluan. ,

dimana sSetiap sekolah akan mewujudkan pelbagai kaedah dan formula untuk meningkatkan

pencapaian pelajarnya. Salah satu kaedah yang sangat berkesan untuk tujuan ini adalah menerusi

pemberian kerja rumah (homework). Walau bagaimanapun, hanya segelintir sekolah yang

membangunkan polisi kerja rumah yang menjadi rujukan kepada pihak guru khususnya untuk

menentukan jumlah serta jenis kerja rumah yang harus diberikan kepada pelajar. Kerja rumah

merupakan suatu keperluan, maka polisi yang dibangunkan haruslah menitikberatkan keperluan

dan tahap pembelajaran pelajar.

Ketika proses pengajaran dan pembelajaran terus berjalan, hanya terdapat segelintir sekolah yang

mempunyai polisi kerja rumahnya. Dalam kajian yang dilakukan oleh W. Roderique and Edward

A. Polloway pada tahun 1994, didapati bahawa hanya 35.2% daripada sekolah-sekolah yang

dikaji mempunyai polisi kerja rumah . (Roderique et al. 1984). Beberapa tahun selepasnya, Stan

Hill et al. tTelah menerbitkan satu kajian yang dijalankan di North Carolina yang telah

menunjukkan bahawa bilangan sekolah yang telah memiliki polisi kerja rumah yang diiktiraf

adalah 51%.(Hill et al. 1986).

Sikap pelajar memainkan peranan untuk menjayakan proses pembelajaran. Di Malaysia, kajian

yang dilakukan oleh Hui (1992) terhadap pelajar-pelajar di bandar tentang cara mereka

menggunakan masa selepas waktu persekolahan mendapati adanya perbezaan sikap antara

pelajar-pelajar dari tahap pencapaian akademik tinggi dengan pelajar yang mempunyai tahap

pencapaian yang kurang ….. Pelajar dari tahap pencapaian akademik didapati melebihkan masa

kepada aktiviti-aktiviti berorientasikan peperiksaan seperti membuat kerja rumah, mengulangkaji

pelajaran, membaca buku teks dan buku rujukan, serta menghadiri tuisyen. Pelajar-pelajar yang

mempunyai tahap pencapaian yang kurang pula lebih cenderung mengisi masa lapang mereka

dengan aktiviti-aktiviti fizikal seperti menonton wayang, bermain, atau berbual-bual kosong

dengan kawan-kawan.

Atan Long (1980) menjelaskan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan apabila seseorang guru

memberi kerja rumah kepada pelajarnya. Antaranya ialah memastikan agar tugasan yang diberi

bersifat menyeluruh tetapi tidak terlalu banyak bilangannya. Guru-guru juga perlu

11

mempertimbangkan kemudahan-kemudahan yang boleh didapati oleh pelajar untuk

menyelesaikan kerja rumah mereka sesuai dengan peringkat keupayaan masing-masing.

Penyelidik amat bersetuju dengan pandangan ini, supaya objektif yang ingin dicapai melalui

pemberian kerja rumah tercapai.

Pada tahun 1994, Polloway bersama-sama dengan Michael Epstein telah melakukan suatu kajian

untuk mengkaji pengamalan kerja rumah dalam pendidikan umum dimana guru mengajar pelajar

yang mempunyai kekurangan. Mereka mendapati bahwa terdapat beberapa strategi yang boleh

digunakan untuk sebahagian pelajar manakala tidak sebahagian pelajar yang lain. Dalam aspek

jenis kerja rumah yang diberikan, mereka mendapati bahawa guru lebih berjaya apabila bahan

yang diberikan tidak terlalu kompleks ataupun bahan baharu yang pelajar belum pernah temui.

Tugasan apapun yang memerlukan pelajar mengintegrasikan konsep adalah lebih sukar dan

pelajar tidak dapat menyiapkannya. Manakala apabila kerja rumah yang melibatkan latihan atau

penyempurnaan konsep yang telah diajar oleh guru di dalam kelas diberi, pelajar dapat

menyelesaikannya dengan sempurna. (Skandera et al. 2001).

3.0 Metodologi Kajian

Dalam bab Dalam bahagian ini, penyelidik akan menghuraikan metodologi kajian yang telah

dijalankan. Perkara yang berkaitan dengan reka bentuk kajian, tempat kajian, populasi kajian,

sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis

data.

3.1 Reka bentuk Kajian

[3.2]

12

Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Kurang jelas.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Gantikan dengan perkataan yang lebih sesuai.

Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif yang berbentuk kKaedah

tinjauan berdasarkan dengan menggunakan instrumen yang diterjemah daripada Senarai Semak

Mooney (MPCL) yang mengandungi 60 soalan/item berskala likert. Dalam kajian ini penyelidik

ingin melihat tahap pembolehubah utama, iaitu kerja rumah sebagai pembolehubah bersandar

seperti aspek peruntukan masa, asuhan ibu bapa pelajar, gaya pengajaran dan pembelajaran

pelajar dalam aspek kerja rumah. Selain daripada itu, penyelidik ingin juga ingin melihat

perbezaan pencapaian pelajar dibandingkan denganberdasarkan faktor demografi subjek iaitu

jantina dan lokasi sekolah . Dalam hal ini faktor demografi bertindak sebagai pembolehubah

tidak bersandar, manakala masalah pelajar merupakan pembolehubah bersandar.

Kajian yang dijalankan merupakan kajian yang berbentuk tinjauan di mana analisis yang

dijalankan diperoleh dalam bentuk peratusan. Menurut Mohd. Majid (1994), kajian tinjauan

sesuai digunakan dalam penyelidikan kerana ia bermatlamat untuk mengumpul maklumat

mengenai pembolehubah. Oleh itu, menerusi kajian ini penyelidik mengkaji permasalahan yang

dihadapi oleh pelajar-pelajar Tahun 9 di sekolah menengah kluster 3 dengan menggunakan

Senarai Semak Masalah Mooney daripada Ross L. Mooney dan telah dialih bahasa oleh Sidek

Mohd Noah (2009).

3.2 Populasi Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih kawasan sekolah menengah kluster 3, di daerah

Brunei dan Muara sebagai tempat menjalankan kajian, populasinya adalah seramai 250 orang

pelajar Daerah Brunei dan Muara. Pelajar-pelajar ini dipilih kerana mereka merupakan pelajar-

pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan awam dan memenuhi keperluan kajian.

3.3 Sampel Kajian

13

Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Perbaiki ayat – kurag jelas.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Lebih sesuai diletakkan pada bahagaian awal sebagai alas an mengapa memilih kaedah tinjauan.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Perbaiki ayat –kurang jelas.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Semak pernyatan ini.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Perbaiki ayat.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Semak kembali – adakah pernyataan ini betul?
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Yang mana satu instrument soal selidik yang digunakan – senarai semak Mooney atau soal selidik yang diadaptasi daripada Arbayah Yahya? – Perlu lebih jelas lagi.

Kajian ini dilakukan di Sekolah Menengah Daerah Brunei dan Muara dalam kluster 3, iaitu

sekolah Menengah Berakas, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Sekolah Menengah Lambak

Kiri, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Sekolah Menengah Sayiddina Abu Bakar

Lambak Kanan dan Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al Khatab.

3.4 Instrumen Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini, penyelidik telah menyediakan satu set borang soal selidik

(Questionaire survey method) yang digunakan sebagai instrumen kajian. Menurut Azizi Yahaya

et al (2007), soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan.

Perkara ini digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan fakta-fakta seperti

kepercayaan, perasaan dan sebagainya. Soal selidik lebih praktikal dan berkesan serta dapat

mencapai tujuan kajian dengan perbelanjaan yang sederhana. Kaedah soal selidik secara tinjauan

dengan menggunakan borang soal selidik mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data

yang diperoleh juga mudah dianalisis.

Oleh itu, bagi memudahkan penyelidik mendapat kerjasama daripada responden, penggunaan

instrumen ini amat bertepatan kerana responden bebas memilih dan menilai sehingga

mengeluarkan satu keputusan yang benar-benar diingini tanpa rasa tertekan. Ini jelas dinyatakan

oleh Siegel (1988), iaitu penggunaan soal selidik lebih mudah untuk mendapatkan kerjasama

daripada responden.

Borang soal selidik yang disediakan oleh penyelidik mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian

A dan Bahagian B. Bahagian A, melibatkan latar belakang pelajar. Bahagian ini

mengandungi empat item soalan yang memerlukan pelajar menandakan ( / ) pada kotak jawapan

yang disediakan. Responden dikehendaki menyatakan maklumat yang berkaitan dengan dirinya

iaitu jantina, bangsa, lokasi sekolah dan pencapaian akademik. Bahagian B pula pula

mengandungi 60 item soalan yang dibina berdasarkan pengubahsuaian soal selidik yang dibuat

14

Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Pencapaian akademik keseluruhan atau pencapaian dalam Bahasa Melayu?
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Jangan dinyatakan nama sekolah yang sebenar. Gunakan kod bagi setiap nama sekolah.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Gabungkan keduanya di bawah subtajuk Sampel Kajian.

dihasilkan oleh Arbayah Yahya (2010). Daripada senarai semak Mooney berdasarkan objektif

kajian dan persoalan kajian. Item-item dalam bahagian B disusun mengikut perkara yang dikaji

bagi memudahkan penyelidik membuat analisis pada item-item yang telah dijawab oleh

responden. Jadual 1 di bawah ditunjukkan menunjukkan susunan item-item yang dibina oleh

penyelidik.

Jadual 1 : Susunan item mengikut senarai semak Mooney

BilKonstruk Item

01 Sikap dan asuhan ibbu bapa 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20

02 Gaya Pengajaran dan pembelajaran

21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30,31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 46, 47, 48,

49, 50,51, 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59, 60

Untuk menganalisis data, pPenyelidik telah menggunakan analisis data berbentuk nominal, di

manaiaitu data yang telah di peroleh dikelaskan mengikut kumpulan-kumpulan tertentu.

Menurut Azizi Yahaya et al (2007), nominal adalah jenis data yang membuat pengelasan antara

objek. Dengan adanya pengelasan tersebut, penyelidik boleh menentukan kekerapan, peratusan

dan min sebagai analisis yang digunakan untuk mengukur setiap item. Menurut Mohd Majid

(1994), meskipun fakta adalah hak semua organisasi, tafsiran terhadap fakta adalah hak individu

penyelidik untuk membuat penilaian.

Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer untuk

mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min mengikut item dan persoalan kajian. Penyelidik

menggunakan kaedah Skala Likert 5 dalam membina item-item untuk soal selidik ini dan ianya

bertujuan dengan tujuan memudahkan responden memberikan jawapan yang dikehendaki

mereka. Responden akan menandakan jawapan tentang sesuatu kenyataan berdasarkan kepada

15

Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
SPPS versi ?
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Inda perlu
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Tukarkan kepada pengkaji
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Kenapa tidak dibahagikan kepada 3 bahagian?

satu skala dari satu ekstrem kepada satu ekstrem yang lain (Azizi Yahaya et al, 2007). Kaedah

skala Likert ini, terdapat lima 5 pemeringkatan digunakan bagi mengukur jawapan yang diberi

oleh responden. Berikut ditunjukkan pemeringkatan skala tersebut.

Jadual 2 : Jadual Pemeringkatan Skor Skala Likert

(Sumber : Azizi Yahaya et al, 2007)

Responden yang menjawab borang soal selidik pada bahagian B dikehendaki menjawab soalan-

soalan yang dikemukakan dengan membuat pilihan jawapan yang dikehendaki mengikut

kesesuaian responden.

3.5 Kajian Rintis

Penyelidik telah akan membuat kajian rintis sebelum kajian sebenar dijalankan ke atas

responden. Kajian rintis ini dijalankan adalah bertujuandengan tujuan untuk menguji kesahan

dan keboleh percayaan soal selidik. Menurut Azizi Yahaya et al (2007), objektif kajian rintis

dilakukan adalah:-

i) Memastikan kesahan item-item terutamanya dari sudut kefahaman responden sama ada dari

segi ketepatan, isi kandungan dan penjelasan maksud.

16

Pemeringkatan Skor

Sangat Setuju (SS) 5

Setuju (S) 4

Tidak Pasti (TP) 3

Tidak Setuju (TS) 2

Sangat Tidak Setuju (STS) 1

Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Kalau pertama kali digunakan perlu dinyatakan semua nama penulis.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Tidak perlu

ii) Mengetahui jangka masa yang digunakan oleh responden untuk menjawab semua item

dalam borang soal selidik.

Seramai 30 orang responden terdiri daripada pelajar-pelajar Maktab Sains PSBS Daerah Brunei

dan Muara akan menjawab soal selidik ini. Untuk mencari nilai Alpha Cronbach, pPekali

kebolehpercayaan bagi kajian rintis ini adalah ditentukan dengan menggunakan perisian

komputer Statistical Package For Social Science (SPSS/PC) versi 22.0 .

3.6 Kebolehpercayaan Instrumen

Menurut Kerlinger (1973), kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan, kesetabilan dan

ketepatan skor yang dihasilkan dalam satu-satu ujian. Anastasi (1972) pula berpendapat,

kebolehpercayaan adalah ketekalan skor yang diperolehi individu apabila diuji pada ujian yang

sama atau ujian yang berlainan. Kajian sebenar telah akan dijalankan ke atas 250 orang

responden dalam kalangan pelajar-pelajar Tahun 9 kluster 3 yang dipilih melalui persampelan

rawak berperingkat (Kluster atas kluster).

Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (2003), kebolehpercayaan perlu dibuktikan melalui ujian

statistik iaitu sekiranya menggunakan kaedah bahagi-dua, nilai kolerasi antara item perlu dikira

dan dinyatakan. Satu lagi ujian statistik yang popular ialah ujian Alpha Cronbach yang melihat

kolerasi satu item dengan item lain yang setara dengannya atau yang menyoal konsep yang sama.

Nilai indeks adalah antara 0 hingga 1. Nilai hampir 0 bermakna tahap kebolehpercayaan yang

sangat rendah dan nilai yang hampir kepada 1 ialah tahap kebolehpercayaan yang sangat tinggi.

Nilai 0.8 didapati memadai untuk diterima sebagai tahap kebolehpercayaan yang sesuai untuk

sesuatu alat. Sekiranya nilai adalah lebih rendah daripada 0.8, penyelidik perlu mengubahsuai

item dan seterusnya melaksanakan kajian rintis sekali lagi sehingga mencapai tahap nilai 0.8 ke

atas.

17

Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Cuba cari rujukan yang terkini
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
cuba cari rujukan yang terkini.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Perbaiki ayat.

3.7 Tatacara Prosedur Kajian

Berikut adalah turutan yang dilakukan oleh penyelidik bagi mendapatkan maklumat dan data-

data kajian.

3.7.1 Memohon kebenaran dari Bahagian Jabatan Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan.

3.7.2 Mendapatkan surat pengesahan untuk menjalankan kajian sekolah daripada pihak

Universiti Brunei Darussalam.

3.7.3 Memohon kebenaran daripada pengetua/ Guru Penolong Kanan dan guru mata

pelajaran / kelas untuk menjalankan kajian di sekolah berkenaan.

3.7.4 Menjalankan Mengedarkan soal selidik terhadap kepada pelajar-pelajar di salah sebuah

sekolah menengah daerah Brunei dan Muara. Semua set soal selidik diedarkan oleh pihak

penyelidik sendiri kepada pelajar-pelajar melalui kerjasama Guru kaunselor sekolah

terlibat. Penyelidik terlebih dahulu menerangkan kepada responden beberapa maklumat

penting berhubung dengan soal selidik supaya lebih jelas dan mudah difahami oleh

pelajar yang terlibat. Mereka diberi masa yang mencukupi untuk menjawab soal selidik

tersebut. Soal selidik dikumpulkan semula setelah selesai dijawab oleh responden.

3.8 Kaedah Pengumpulan Data

18

Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
maksudnya – nyatakan berapa lama pelajar perlu menjawab soal selidik yang diberikan.
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
pengkaji
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Sebuah sekolah?
Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Adakah ini perlu ?

Sebelum kajian dapat dijalankan, kebenaran untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah

berkenaan dipohon daripada Bahagian Jabatan Sekolah-sekolah dan Fakulti Pendidikan Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Universiti Brunei Darussalam.

Setelah kelulusan diperolehi, penyelidik telah melawat ke sekolah-sekolah yang terlibat untuk

mengedar borang soal selidik serta surat memohon kerjasama daripada Pengetua sekolah

menengah yang terlibat. Borang kaji selidik diedarkan semasa pelajar-pelajar berada di dalam

kelas dan penyelidik bertindak sebagai guru ganti dan dibantu oleh rakan-rakan pengkaji.

Responden dikehendaki menjawab kertas soal selidik ini selama lebih kurang 1 jam dengan

diawasi oleh penyelidik dan dibantu oleh guru mata pelajaran masing-masing. Setelah selesai

menjawab soalan, penyelidik mengumpul semula kertas soal selidik untuk diproses.

3.9 Penganalisisan Kaedah Analisis Data

Data-data yang diperoleh daripada ujian kaji selidik merupakan data mentah yang diperoleh

untuk dianalisis bagi melihat penyelidikan yang dijalankan. Menurut Majid (1994), pemprosesan

data merupakan teknik untuk pengumpulan, pengolahan, penganalisisan, penyimpanan dan

pengeluaran data. Matlamat pemprosesan data ialah untuk mendapat maklumat yang berguna

dan bermakna daripada data.

Semua data yang diperoleh daripada soal selidik akan dikumpul dan dianalisi dengan

menggunakan Penganalisisan data dijalankan dengan menggunakan kaedah peratusan bagi

setiap item dalam soal selidik ini. Data-data yang diperolehi dari soal selidik ini di analisis

dan diproses menggunakan program perisian komputer The Statistical Packages For the Social

Sciences (SPSS / PC) versi 22.0. Kaedah statistic yang digunakan untuk menganalisis data ialah

Selaras dengan objektif kajian, untuk mengenal pasti hubungan kerja rumah dengan pencapaian

akademik pelajar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Tahun 9 di sekolah menengah Kluster

3 dan hubungannya dengan demografi pelajar iaitu jantina dan lokasi sekolah. Data profil

demografi responden dalam bahagian A dianalisis secara analisis deskriptif, iaitu dengan

19

Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Adakah bahagian ini tidak sama dengan bahagian sebelumnya?

menggunakan kekerapan dan peratusan. Manakala data dalam bahagian B borang soal selidik

pula dianalisis untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Selain itu ,

analisis …………

i. Kaedah deskriptif (frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai)

Kaedah ini digunakan untuk menganalisis demografi pelajar. Selain itu, Ia juga digunakan untuk

mengenal pasti permasalahan utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Tahun 9 di sekolah

menengah yang dikaji.

iii. Ujian-t

Ujian-t digunakan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara

kerja rumah dengan pencapaian akademik pelajar seperti peruntukan masa, gaya asuhan ibu bapa

dan gaya pengajaran dan pembelajaran pelajar dengan data dua kumpulan seperti jantina dan

lokasi sekolah. Oleh kerana faktor jantina, iaitu lelaki dan perempuan sahaja maka ujian t

digunakan bagi menganalisinya. Begitu juga bagi lokasi sekolah. Secara ringkasnya, perbezaan

yang signifikan wujud sekiranya hipotesis nol dalam kajian ditolak atau sebaliknya. Penentuan

hipotesis nol adalah seperti berikut :

Jadual 3.10: Penentuan Hiopotesis Nol Berdasarkan Nilai Signifikan

Nilai Signifikan Penentuan Hipotesis Nol (Ho)

20

< 0.05 Hipotesis nol (Ho) ditolak

> 0.05 Hipotesis nol (Ho) diterima

(Sumber : Azizi Yahaya et al. 2007)

Hasil daripada penganalisisan data yang diperolehi, penyelidik membuat dapatan kajian yang

seterusnya memberi maklumat kepada penyelidik untuk membuat rumusan, cadangan dan

perbincangan pada bab-bab seterusnya.

3.10 Andaian Kajian

Beberapa andaian telah dibuat dalam kajian ini:

3.10.1 Responden faham semua persoalan termasuk istilah-istilah yang dikemukakan dalam

borang soal selidik.

3.10.2 Responden telah memberikan maklum balas dengan jujur dan ikhlas semasa menjawab

borang soal selidik.

3.10.3 Soalan-soalan dalam soal selidik untuk tujuan kajian ini bersesuaian untuk mengenal pasti

hubungan kerja rumah dengan pencapaian pelajar mengikut jantina dan lokasi sekolah.

3.10.4 Dapatan kajian hanya merujuk kepada tempat dan sampel yang dikaji sahaja. Perkara ini

tidak semestinya mewakili semua sekolah dan sampel kajian di tempat lain.

3.11 Kesimpulan

21

Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Semak lagi adakah ujian-t yang akan digunakan untuk menguji hubungan kerja rumah dengan pencapaian?

Berdasarkan perbincangan ini, penyelidik telah memberikan gambaran secara keseluruhan

mengenai kaedah kajian yang diikuti dalam melaksanakan serta menyempurnakan kajian ini.

Reka bentuk kajian yang dibincangkan dalam bab ini penting dalam menentukan objektif

kajian yang dijalankan tercapai.

22

Dyg Hjh Suraya binti Hj Tarasat, 04/15/15,
Tidak perlu dimasukkan.