Proposal Koordinasi

download Proposal Koordinasi

of 23

description

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PERGERAKAN LOKOMOTOR DI KALANGAN MURID

Transcript of Proposal Koordinasi

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PERGERAKAN LOKOMOTOR DI KALANGAN MURID TAHUN DUA SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 20, SHAH ALAM

1.0 PENDAHULUANPENGENALANPendidikan Jasmani juga berperanan membangun serta membina aspek kognitif murid melalui aktiviti-aktiviti penerokaan, penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir. Mata pelajaran ini merupakan satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek mahupun sosial. Melalui Pendidikan Jasmani, pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettifor, dalam Wee Eng Hoe, 2005). Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif melalui penyediaan skop pengalaman pembelajaran yang berturutan serta rapi. Secara ringkasnya, Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Kerelevanan Pendidikan Jasmani untuk diajar di sekolah juga disebabkan subjek ini memiliki kesepaduan di antara domain psikomotor dan domain kognitif. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamik dan reprogresif (Asiah Abu Samah, 1993).Kecerdasan kinestetik merupakan suatu gerakan yang dilakukan oleh manusia dengan mengikuti kemampuan sendiri untuk menggerakkan seluruh tubuh yang melibatkan anggota tubuhnya dapat berupa gerakan tangan, kepala, kaki, ataupun menggunakan bagian perut. Hasil yang ditimbulkan dari gerakan dapat berupa karya benda atau seni gerak yang menarik. Selain itu, kecerdasan kinestetik sangat berperanan dalam pertumbuhan dan perkembangan anak terutama dalam mengembangkan keterampilan gerak dasar yang difokuskan pada gabungan dari pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor yang aktiviti seperti berjalan, berjinjit, mengayunkan lengan, membongkok, gerak berputar dan melingkar. Hal ini sangat membantu agar anak dapat mengembangkan gerak koordinasi antara tangan, kaki dan mata serta gerak keseimbangan maupun gerak kelincahan dan gerak kelenturan (Musfiroh, 2005; Sujiono, dkk, 2008). Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestatik yang baik akan dapat melakukan pergerakan dengan berkesan seperti menari, bersukan atau bermain bola serta cekap dalam aktiviti yang melibatkan penggunaan motor anggota badan mereka. Melalui aktiviti permainan, kanak-kanak akan dapat meningkatkan koordinasi tubuh badan mereka.Koordinasi adalah kemampuan dan kebolehan menggunakan anggota badan dan mengaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana lakuan yang dikehendaki. Kebolehan ini merupakan panduan di antara pelbagai kebolehan yang disatukan bagi menghasilkan suatu pergerakan yang licin. Koordinasi juga boleh ditakrifkan sebagai keberkesanan dan keseragam yang cekap dalam pergerakan tubuh badan individu. Barrow dan Mc Gee (1979) telah mengatakan bahawa koordinasi mempunyai kaitan dengan imbangan, kelajuan dan ketangkasan. Umur didapati mempengaruhi koordinasi motor kasar dan koordinasi mata dengan tangan dan mata dengan kaki.Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan, Contohnya, berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembangkan kesedaran dan kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan.Menurut Doherty dan Brennan (2008), pendidikan fizikal adalah sebahagian daripada proses pendidikan yang berlaku melalui pengalaman dalam pelbagai situasi. Permainan motor dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Kemahiran motor yang melibatkan pergerakan otot-otot kasar dan halus kanak-kanak, dapat dikembangkan melalui aktiviti fizikal. Kemahiran motor halus melibatkan kemahiran manipulatif otot-otot kecil seperti menggenggam, mengoyak, menggunting, meramas, menggentel dan menguli. Kemahiran motor halus penting untuk kanak-kanak mempelajari konsep-konsep asas seperti menjalankan tugas-tugas harian. Contohnya membutang baju, memegang pensel, mengikat tali kasut dan sebagainya. Manakala kemahiran motor kasar melibatkan kemahiran manipulatif otot-otot kasar pada seluruh badan seperti melompat, berlari dan memanjat. Semasa kanak-kanak bermain, kanak-kanak membuat gerakan otot-otot kasar dan halus mereka. Pada masa ini juga kanak-kanak menggunakan koordinasi mata dan tangan mereka untuk mengawal segala pergerakan. Kemahiran motor dan pengawalannya berkaitan dengan kemahiran kecekapan otak, iaitu semasa pergerakan, sistem saraf pada otak dan otot badan bekerja bersama.Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Misalnya, seorang kanak- kanak yang cerdas tidak akan dapat mencapai kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau persekitarannya kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan dalam cara amalan dan langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut.Menurut Haji Gapor Ahmad (2007), kecergasan adalah keupayaan dan kemampuan melakukan sesuatu dengan sempurna. Ia juga melibatkan aspek fisiologikal, psikologikal dan sosiologikal. Kecergasan secara menyeluruh boleh digambarkan sebagai keupayaan menjalani kehidupan sempurna serta mampu memberi sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik dan kecergasan merangkumi aspek fizikal, mental, emosi dan sosial. Setiap satu saling bantu-membantu, jika satu terganggu maka yang lain akan terjejas dan prestasi individu berkenaan akan mendapat kesan. Kecergasan bermaksud berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental, berkeupayaan melaksanakan tugas harian dengan efisyen tanpa merasa letih atau kelesuan dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti riadah disamping itu masih memiliki tenaga untuk menghadapi saat-saat yang tidak terduga dan kecemasan. Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Perkembangan adalah suatu proses yang kompleks.Menurut Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah keseimbangan (stability), pergerakan (locomotion), manipulasi (manipulation). Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkah laku kanak-kanak tersebut. Manakala manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya. Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model peralihan, mereka mengaitkan kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Schmidt dan Wrisberg (2000) menjelaskan bahawa kemahiran fizikal kanak-kanak perlu dlilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka. Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup bermakna kanak-kanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka pula bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah. Kedua-dua kategori ini perlu dalam memperkembangkan kemahiran kanak- kanak. Contohnya untuk melatih sesuatu pergerakan kanak-kanak memerlukan persekitaran yang tertutup. Manakala dalam sesuatu permainan kanak-kanak akan melalui persekitaran yang terbuka.

PERNYATAAN MASALAHKebolehan anggota tubuh badan melakukan aktiviti merupakan salah satu komponen dalam kecergasan. Koordinasi merupakan satu elemen yang penting untuk seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran dalam permainan atau sukan. Koordinasi juga boleh dikaitkan dengan imbangan, ketangkasan, kuasa, masa tindak balas dan kepantasan. Pergerakan lokomotor boleh dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan. Beberapa kemahiran pergerakan lokomotor boleh dilakukan oleh murid adalah seperti berlari, berjalan, skip, congklang dan sebagainya. Kesemua kemahiran pergerakan asas ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau kumpulan kecil. Pada masa kini, keadaan yang terdapat di sekolah menunjukkan terdapat ramai murid terutamanya murid tahap rendah tidak mempunyai prestasi koordinasi tubuh badan yang baik dan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani yang banyak melibatkan aktiviti fizikal. Murid Tahun 2 tidak dapat melakukan pergerakan lokomotor dengan baik akan membataskan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian yang dijalankan ke atas murid tahun 2 Bumi di Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam juga menunjukkan terdapat ramai murid tahun dua yang tidak dapat menyelaraskan anggota tubuh badan dengan baik semasa aktiviti pendidikan jasmani.

2.0 FOKUS KAJIAN

ISU KEPRIHATINAN/ FOKUS KAJIANKajian ini difokuskan kepada murid tahun 2. Isu yang diberi perhatian untuk kajian ini ialah masalah murid tahun 2 semasa melakukan pergerakan lokomotor semasa aktiviti Pendidikan Jasmani. Ramai murid tahun 2 tidak dapat melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi. Koordinasi tubuh badan merupakan satu platform untuk seseorang murid itu menguasai kemahiran yang lebih kompleks contohnya seperti congklang, skip, berlari, melompat ketingting, lari sisi, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi, galop dan sebagainya.

TINJAUAN LITERATURKoordinasi adalah perpaduan gerak dari dua atau lebih persendian, yang satu sama lainnya saling berkaitan dalam menghasilkan satu keterampilan gerak. Jadi koordinasi merupakan hasil perpaduan kinerja dari kualitas otot, tulang, dan persendian dalam menghasilkan satu gerak yang efektif dan efesien (Schmidt, 1988, dikutip oleh sridadi, 2009). Koordinasi ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang individu. Ianya melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota badan. Ianya merupakan paduan di antara berbagaibagai kebolehan yang disatukan bagi menghasilkan suatu pergerakan yang licin. Kemampuan kebolehan menggunakan pancaindera bersama tubuh badan dan mengaitkannya dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki. Koordinasi juga boleh ditafsirkan sebagai paduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu kerja / lakuan itu lancar / licin atau keupayaan menyesuaikan deria dengan otot-otot supaya memperoleh suatu lakuan yang licin, kemas dan tepat. Ada juga berpendapat koordinasi merupakan Kemampuan untuk mengabungkan pelbagai pergerakan dan keseimbangan.Menurut Gallahue (1982) telah mencadangkan dua konsep bagi pembelajaran kenestatik atau pergerakan badan (a) pergerakan dari mudah ke pergerakan yang lebih kompleks (b) kemahiran meningkat secara beransur dari kemahiran umum kepada kemahiran khusus. Contohnya kanak-kanak perlu menguasai kemahiran pergerakan lokomotor seperti berjalan dan berlari sebelum mereka menguasai kemahiran yang lebih khusus seperti melompat melepasi halangan.Kajian Barrow Mc Gee (1979) telah mengatakan bahawa koordinasi mempunyai kaitan dengan imbangan, kelajuan dan ketangkasan. Umur didapati akan mempengaruhi koordinasi motor kasar dan koordinasi mata dengan tangan serta mata dengan kaki. Koordinasi tubuh badan merupakan salah satu komponen kecergasan. Maka, terbuktilah bahawa topik ini adalah topik asas bagi melatih motor pergerakan kanak kanak dan pergerakan asas tubuh badan merupakan perkara penting dalam mengkoordinasi tubuh badan kanak kanak. Oleh itu, guru seharusnya melatih murid melakukan aktiviti asas sehingga cekap sebelum melakukan aktiviti yang lebih kompleks atau mempunyai gabungan beberapa aktiviti kecil. Koordinasi tubuh badan merupakan suatu elemen yang penting bagi murid menguasai sesuatu aktiviti permainan atau sukan yang ingin diceburi kelak dengan baik. Selain itu, ia juga mampu mengasah potensi yang terdapat dalam diri seseorang murid untuk mahir dalam sesuatu permainan dan sukan.Koordinasi juga boleh dikaitkan dengan masa, kuasa, imbangan, ketangkasan, kepantasan dan tindak balas seseorang. Kelancaran menyelaras koordinasi tubuh badan dapat dilatih melalui gabungan aktiviti yang melibatkan pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan seperti melambung, menyambut, manampar, melantun, memukul, berlari, berjalan dan skip. Kesemua aktiviti ini dapat dilakukan secara individu, berpasangan mahupun melalui beberapa kumpulan kecil. Namun kebanyakan sekolah menunjukkan bahawa terdapat ramai murid Tahun Satu mempunyai koordinasi tubuh badan yang kurang baik. Hal ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kelancaran proses P&P guru mata pelajaran Pendidikan Jasmanidan Kesihatan di sekolah (Bucher, 1999). Murid yang mempunyai masalah dalam menyelaras anggota badan akan membataskan proses pengajaran dan pembelajaran.Hasil kajian Revie dan Larkin (1993) menunjukkan bahawa guru Pendidikan Jasmani tidak berupaya mengenal pasti murid yang mempunyai masalah perkembangan motor. Perkara tersebut berlaku kerana didapati guru kurang latihan profesional dalam aspek lakuan motor kanak-kanak. Pada tahun 2001, Achuldheisz dan Mars telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti perhubungan antara penyeliaan aktif guru dengan tahap aktiviti pelajar. Oleh itu, beliau telah melakukan kajian ke atas lapan orang pelajar dari sekolah menengah rendah yang dipilih secara rawak menjalani ujian selama dua minggu. Aktiviti yang dipilih adalah kemahiran dalam permainan bola keranjang. Kajian mendapati, peningkatan tahap aktif daripada 60% kepada 76% pada hari ke empat dan ke lima penyeliaan aktif guru. Manakala pada hari ke enam, penurunan tahap aktif berlaku daripada 76% kepada 46% apabila guru melakukan penyeliaan yang pasif. Hasil daripada kajian tersebut, Achuldheisz dan Mars telah membuat rumusan bahawa penyeliaan aktif berupaya meningkatkan penguasaan dalam kemahiran berkaitan dengan aktiviti fizikal. Kurangnya pengetahuan dan kemahiran menyebabkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani diabaikan oleh guru.Sebagaimana pendapat Prof. Khoo Kay Kim (1995) yang mengatakan bahawa sebab utama pengabaian ini adalah kerana kurangnya guru yang berkelayakan. Pendapat ini telah disokong oleh Rahman Shaari (1996). Beliau berpendapat bahawa pelajaran ini diabaikan kerana kurangnya daya kreativiti di kalangan guru. Faktor ini juga menyebabkan pengajaran menjadi lemah dan kurang berkesan. Selain itu, kekurangan ini secara tidak langsung turut mempengaruhi kesungguhan pengajaran guru. Keadaan ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak menarik dan membosankan. Pelajar hanya didedahkan dengan satu atau dua jenis permainan atau kemahiran sahaja dalam setahun. Aspek-aspek lain seperti kecergasan dan pendidikan sukan tidak disentuh langsung. Akhirnya pelajar hanya tahu serba sedikit bermain sesuatu permainan tetapi skop lain dalam kandungan mata pelajaran ini langsung tidak dipelajari.Bukan sahaja masalah koordinasi tubuh badan menyebabkan pergerakan lokomotor, mahupun umur, jantina dan komposisi badan juga mempengaruhi kanak-kanak dalam melaksanakan kebolehan asas motor. Ini terbukti apabila pada tahun 1983, penyelidik Pissanos, Moore dan Reeve (petikan Isaacs & Payne, 2002) membuat kajian terhadap kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berusia 6 hingga 10 tahun dengan menggunakan Skinfold Fat Test.Kajian ini juga disokong oleh Isaac dan Pohlmans (2000) di mana mereka menyatakan bahawa peningkatan berat badan akan mempengaruhi pencapaian keupayaan kemahiran asas motor sepertimana penyelidik membuat ujian lompat berdiri (vertical jump) terhadap murid sekolah rendah yang berumur 7 hingga 11 tahun. Kanak-kanak lelaki dan perempuan mempunyai tahap kemahiran motor yang berbeza. Kanak-kanak perempuan lebihbaik pada pergerakan dan flexibiliti badannya seperti keseimbangan, menari dan gimnastik Manakala kanak-kanak lelaki pula lebih baik pada kekuatan dan ketangkasan (Tanner, 1970; Cratty, 1997) dalam Gallahu et. al (2006).Miller (1978) menyatakan bahawa proses pembelajaran kemahiran pergerakan asas berlaku ketika kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun. Beliau telah menjalankan kajian mengenai program pengajaran yang berkaitan dengan arahan yang boleh meningkatkan kemahiran asas pergerakan, apabila mereka mencapai tahap kematangannya. Pembinaan motor kanak-kanak juga berlaku ketika usia mereka 2 hingga 6 tahun.Kajian ini dilakukan pada tahun 1973 oleh Sinclair (petikan Gallahue, 2002), apabila keputusan daripada analisis longitudinal film yang dibuat menyatakan bahawa 25 pergerakan dalam andaian permulaan untuk memberi galakan ianya maju adalah dalam jarak masa 6 bulan. Oleh itu, kemahiran pergerakan boleh diperolehi ketika awal kanak-kanak lagi. Manakala Williams (1970), membuat kesimpulan bahawa keupayaan pergerakan kanak-kanak berlak ketika berusia antara 3 hingga 6 tahun lagi dan pergerakannya lebih meningkat seiring dengan peningkatan umur mereka.Johnson (1962) menyatakan bahawa umur dan motor performance mempunyai hubungkait. Beliau membuat kajian terhadap kanak-kanak lelaki dan perempuan daripada tahun 1 hingga tahun 6 dan di dapati skor variasi motor yang diperolehinya dapat menunjukkan dengan jelas ketika mereka pada tahap yang ke-5. Pada tahun 1969 Cratty dan Martin (petikan Gallahue, 2002) juga menyatakan bahawa umur dan motor performance mempunyai hubungkait. Kajian ini dilakukan terhadap kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun dan didapati ianya mengikut urutan dalam hasil kajian yang diperolehinya dari segi variasi lokomotor, manipulatif dan persepsi abiliti (keupayaan).Kajian mengenai perbezaan umur dan jantina terhadap kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun telah dilakukan oleh Morris, William, Atwater & Willmore (1982). Dari segi faktor jantina, murid lelaki dalam kumpulan umur yang sama, mempunyai skor ujian yang lebih baik berbanding dengan murid perempuan dalam ujian membaling, lari pecut dan lompat berdiri. Perbezaan di antara jantina dalam prestasi kemahiran motor telah berlaku lebih awal lagi, iaitu semasa murid di peringkat prasekolah lagi (Morris et al.,1982). Perbezaan ini lebih ketara lagi apabila murid perempuan sedang meningkat umur.Rubin, Fein & Vandenburg (1983) dan Rogers & Sawyers (1988) dalam satu kajian telah dilakukan ke atas murid-murid prasekolah berkaitan kemahiran motor melalui bermain. Beliau berpendapat bahawa bermain, bergerak dan melakukan aktiviti fizikal adalah sangat penting dalam perkembangan sosial mereka. Beliau juga berpendapat bahawa Pendidikan Kemahiran Motor adalah satu tanggungjawab untuk menyediakan maklumat kepada kanak-kanak tersebut berkaitan dengan kebolehan dirinya dan juga prestasinya.Berdasarkan Johnson dan Nelson (1986), didapati bahawa kekerapan latihan dan pembelajaran membolehkan kanak-kanak terencat akal mengatasi kanak-kanak normal dalam beberapa aktiviti lakuan motor. Menurut Mc Cullagh, Stient dan Neiss (1990), pelajar yang lebih tua di sekolah rendah dapat melakukan aktiviti kemahiran motor yang lebih baik berbanding dengan pelajar yang lebih muda.Branta (1982), juga memperoleh dapatan yang sama di mana beliau mendapati bahawa kumpulan pelajar sekolah rendah yang lebih tua mempunyai prestasi lakukan kemahiran asas motor yang baik. Perkara ini berlaku kerana pelajar tersebut mempunyai kelebihan tisu-tisu otot, kepanjangan ruas tulang, kecekapan koordinasi, kuasa otot dan kekuatan otot yang meningkat baik. Selain itu, pelajar yang mengalami perkembangan fizikal yang lebih awal menunjukkan kelebihan dalam aktiviti larian pecut, membaling dan memukul bola. Ini jelas menggambarkan bahawa faktor umur memberi pengaruh terhadap prestasi kemahiran asas motor. Oleh itu, masalah koordinasi tubuh badan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pergerakan lokomotor murid Tahun Satu. Mereka masih belum membina tubuh badan yang baik dan menyebabkan mereka tidak dapat melakukan gerakan dengan baik.Prestasi lakuan motor boleh dipengaruhi oleh perubahan biologi yang berbeza pada murid. Perkara ini telah dirumuskan oleh Thomas dan French pada tahun 1985. Pengaruh persekitaran yang berbeza di antara murid lelaki dan perempuan juga boleh mempengaruhi prestasi dalam perlakuan motor mereka. Bentuk alatan, jenis permainan dan kemudahan yang disediakan oleh ibu bapa, guru dan masyarakat juga boleh membezakan perlakuan motor di antara murid lelaki dan perempuan (Morris, 1981). Di sini kita dapat lihat, bahawa kanak-kanak lelaki mempunyai otot lengan yang lebih kuat berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Faktor-faktor biologikal seperti berat badan, komposisi badan dan diameter sendi mempengaruhi prestasi kanakkanak perempuan. Dalam balingan pula, kanak-kanak perempuan tidak dapat membuat balingan sejauh kanak-kanak lelaki kerana tahap perkembangan dan corak pergerakan mereka kurang diberi galakan dalam latihan.Pergerakan mempunyai karektor yang dilakukan dalam keadaan sedar, rela tanpa paksaan, secara langsung dan dengan niat adalah lebih semulajadi dan boleh dikategorikan sebagai pergerakan terutamanya jika dibandingkan dengan tindakbalas atau refleksi perlakuan (Arnold, 1979). Dalam melakukan pergerakan, semua fungsi badan bergerak seiring bagi menghasilkan pergerakan yang lancar. Gabbard (2004) menyatakan bahawa kajian aksi dan persepsi adalah berdasarkan kepada hipotesis umum iaitu koordinasi dan kawalan motor muncul daripada interaksi yang berterusan dan rapat antara sistem saraf dan penglihatan, anggota badan dan bahagian lain badan. Ini menjelaskan hubungan rapat antara anggota badan yang digerakkan dengan sistem saraf yang membawa maklumat dan pancaindera yang menyampaikan maklumat. Motor yang dikawal oleh saraf akan mengawal pergerakan otot-otot bagi menghasilkan pergerakan yang diingini.Menurut Rathus (1998) lagi, perkembangan kemahiran lokomotor kanak-kanak adalah berbeza antara satu individu dengan yang lain. Namun begitu, secara keseluruhannya kanak-kanak berusia 2 tahun seharusnya sudah boleh berjalan dengan baik dapat menendang bola yang besar dan melompat 12 inci. Kanak-kanak 3 tahun pula sudah boleh berdiri sebelah kaki, melompat dari tangga dan melompat dengan 2 kaki. Manakala kanakkanak 4 tahun sudah boleh mengayuh basikal 3 roda atau 4 roda, berlari dengan lancar, melontar bola dan melompat pada satu kaki. Manakala kanak-kanak 5 tahun pula seharusnya boleh berjalan dalam satu garis lurus, berkawad, menangkap bola yang melantun dan menuruni tangga dengan tumit tidak mencecah lantai. Kanak-kanak 6 tahun pula menunjukkan mereka telah dapat mempelbagaikan aktiviti apabila mampu untuk melompat dan memanjat manakala kanak-kanak 7 tahun sudah mampu menyeimbangkan badan dan menunggang basikal.Perkembangan fizikal kanak-kanak dipengaruhi oleh genetik, pemakanan, kewangan keluarga, dan bangsa. Perkembangan aktiviti motor adalah perlu bagi kanak-kanak untuk melihat identiti mereka dari segi jantina, saiz badan serta kekuatan fizikal dan mental mereka. Kanak-kanak lebih selesa untuk menguasai lakuan kemahiran motor kasar sebelum menguasai lakuan kemahiran motor halus. Menurut Rasmussen (2004), perkembangan kemahiran motor halus bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh masa, pengalaman dan pengetahuan. Pergerakan neuromotor mempunyai kepelbagaian kompleksiti terutamanya dari aspek pergerakan berulang-ulang dan pergerakan berurutan yang menggunakan kemahiran motor halus kanak-kanak. Selain daripada itu, perkembangan kemahiran motor halus bagi kanak-kanak adalah berbeza mengikut tahap peningkatan peringkat umur mereka (Keen Mary ,1993).Kajian Berkaitan Kecergasan Fizikal dan Kemahiran motor yang dibuat oleh Yusof boon, Halikah Ibrahim dan Asha Hasnimy Mohd hashim (2008) menyatakan lelaki dan perempuan tidak banyak berbeza dari segi kemahiran motor mereka. Menurut Rathus (1988), kanak-kanak perempuan mempunyai koordinasi anggota badan dan kelenturan yang lebih baik berbanding kanak-kanak lelaki, manakala kanak-kanak lelaki mempunyai tahap kekuatan yang tinggi secara keseluruhannya.Wang, Joanne Hui- Tzu (2004) membuat kajian yang bertajuk Kajian terhadap kemahiran motor kasa kanak kanak prasekolah mendapati bahawa kemahiran motor kasar boleh dipengaruhi oleh rancangan pergerakan yang sesuai. Asas belajar untuk anak-anak adalah interaksi fizikal dengan dunia (Hagens, 1994). Hanya berjalan di sekitar taman bermain tidak cukup. Perancangan untuk seluruh anak harus meliputi perancangan untuk pengambilalihan program pergerakan. Folio dan Fewell (2000) menunjukkan bahawa konsep pembangunan motor telah banyak diteliti sejak tahun 1930-an. Teori pada 1980-an mencadangkan agar kemahiran motor boleh dipertingkatkan melalui latihan, pembelajaran dan interaksi persekitaran yang mempromosikan integrasi tahap urutan kematangan perkembangan motor dikenalpasti (Gallahue, 1993; Gallahue & Ozmun, 1995).

3.0 OBJEKTIF KAJIANOJEKTIF KAJIANa) Umum :i. Menimbulkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani.ii. Memperkenalkan aktiviti Pendidikan Jasmani yang menyeronokkan kepada murid.b) Khusus :i. Membantu murid tahun 2 mengetahui konsep pergerakan lokomotor.ii. Membantu murid tahun 2 mengetahui konsep koordinasi.iii. Merancang satu program untuk membantu pelajar mengatasi masalah untuk menyelaraskan anggota tubuh badan.iv. Murid dapat menguasai pergerakkan yang melibatkan koordinasi tubuh badan dengan lebih baik.

SOALAN KAJIANi. Apakah tahap penguasaan kemahiran pergerakan lokomotor murid tahun 2 Bumi di Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam?ii. Adakah program yang dirancang dapat membantu murid tahun 2 mengatasi masalah untuk menyelaraskan anggota tubuh badan semasa pergerakan lokomotor?

4.0 KUMPULAN SASARANKUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan murid tahun 2 Bumi di Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam yang terdiri daripada 30 orang murid, 16 orang murid perempuan dan 14 orang murid lelaki.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKANPERLAKSAAN KAJIANReka Bentuk KajianReka bentuk penyelidikan yang saya gunakan ialah kaedah kuantitatif dan kualitatif. Penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan ketepatan. Menurut Chua (2006), pennyelidikan kuantitatif menyatakan tingkahlaku yang diperhatikan dengan menggunakan angka-angka dan operasi matematik. Manakala, penyelidikan kualitatif mengambil banyak bentuk dan keputusan dari pengumpulan data instrumen seperti pemerhatian, temubual, soal selidik dan analisis dokumen. Saya hanya menggunakan teknik pemerhatian berstruktur sahaja untuk mengumpul data bagi mengetahui keberkesanan latihan yang telah diberikan dan menanda hasil pemerhatian. Menurut Kidder (1981) pemerhatian dianggap satu alat kajian apabila ia digunakan untuk mencapai tujuan kajian, dirancang dengan rapi, direkod secara sistematik dan diperiksa dan dikawal kesahan dan kebolehpercayaannya.Model Kemmis dan McTaggart (1988) digunakan oleh saya sebagai kerangka konseptual utama dalam kajian dengan membuat refleksi ke atas sesuatu masalah yang telah dirancang semasa melaksanakan perancangan ujian. Seterusnya saya membuat pemerhatian ke atas pelaksanaan ujian dan membuat refleksi sama ada objektif kajian tercapai atau tidak.Setiap masalah yang dikenalpasti tidak semestinya boleh diselesaikan pada kiraan pertama saya maka saya akan membuat kitaran kedua setelah mengkaji semula data yang telah diperolehi. Tindakan seterusnya akan dimulakan sekali lagi dengan membuat kitaran kedua untuk mendapatkan data yang dikehendaki.

Perancangan Langkah

Langkah TindakanPelan tindakan untuk kajian ini adalah diubahsuai daripada Model Kajian Tindakan KurtLewin (1946).

a) Langkah Pertama : MerancangMerancang sebelum melaksanakan kajian tindakan, penyelidik perlu membuat perancangan.b) Langkah Kedua : Meninjau Analisis MasalahMenentukan aktiviti-aktiviti dan tempoh masa perlaksanaan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar.c) LangkahKetiga : Perlaksanaan TindakanDalam melaksanakan tindakan, setiap tindakan akan mengikut jadual pelaksanaan kajian tindakan yang telah dirangka dan akan sentiasa dikemaskini.

d) Langkah keempat : Pemerhatian dan Menganalisis DataPemerhatian akan dilaksanakan sepanjang kesemua sesi latihan murid-murid ini dan pada penghujung sesi latihan, hasil dapatan data akan diperolehi dan dianalisis.e) Langkah Kelima : Refleksi dan PenilaianHasil dapatan yang diperolehi akan dinilai untuk tindakan penambah baikan pada masa akan datang dan untuk tujuan lanjutan kajian pada masa akan datang.

6.0 CARA PENGUMPULAN DATAPerancangan Cara Mengumpul DataData akan dikumpul mengikut dua fasa iaitu data kuantitati dan data kualitatif. Menerusi fasa pertama, data kuantitatif akan dikumpul jumlah murid yang tidak dapat menguasai atau melakukan aktiviti yang dijalankan. Dapatan yang diperolehi kemudiannya dianalisis bagi mendapatkan jumlah murid yang tidak dapat melakukan aktiviti.Fasa kedua melibatkan pungutan data secara kualitatif di mana guru menjalankan kajian ke atas tiga puluh orang murid yang dpilih secara menyeluruh dengan menggabungkan kaedah temubual dan pemerhatian guru untuk mengumpul data. Guru memperuntukkan masa 30 minit selama dua bulan untuk tujuan tersebut.Pengumpulan data secara kualitatif yang dijalankan dalam fasa kedua ini dapat membantu dalam membuat intrepetasi ke atas keseluruhan kajian.Fasa ketiga melibatkan tindakan yang dijalankan ke atas murid yang mengalami masalah dalam melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi tubuh badan. Murid dikehendaki menjalankan aktiviti fizikal secara berterusan selama 15 minit setiap hari atau 30 minit dua kali seminggu dilakukan pada masa mata pelajaran Pendidikan Jasmani.PerancanganMenganalisisn DataGuru akan menggunakan hasil dapatan data daripada Ujian Pra dan Ujian Pasca untuk mengukur keberkesanan kaedah ini dalam membantu murid meningkatkan kemahiran pergerakan lokomotor dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani mereka. Perisian Microsoft Excel digunakan sebagai instrumen analisis data. Pengukuran yang akan diambil kira dalam analisis ini pula adalah melalui perbandingan skor min, median dan sisihan piawai terhadap markah kedua-dua pencapaian murid.

Perancangan Pelaksanaan TindakanMurid akan diberi masa untuk berlatih dan melakukan aktiviti seperti yang dirancang selama 2 bulan bagi mamastikan keberkesanan kaedah yang dijalankan.

7.0 PELAN TINDAKANPelan Tindakan Jangka Pendek KajianBerikut adalah pelan tindakan jangka pendek yang disediakan oleh penyelidik untuk subjek kajian yang dikategorikan sebagai tidak mempunyai koordinasi tubuh badan yang baik. Pelan tindakan jangka pendek ini akan dilaksanakan selama dua bulanHARIMASAAKTIVITI

ISNIN5.00 5.30 PETANG- congklang- melompat- melompat ketingting- congklang, melompat dan melompat ketingting secara individu- berlari

SELASA

5.30 6.00 PETANG- congklang berpasangan- melompat berpasangan-melompat ketingting secara kumpulan kecil- berlari berpasangan

KHAMIS5.00 5.30 PETANG

- congklang, melompat dan melompat ketingting secara berkumpulan- berlari berkumpulan- Permainan Musang dan Ayam

JUMAAT5.30 6.00 PETANG- Permainan menggunakan tali skipping* skipping berpasangan* lompat tali skipping berpasangan

Setelah tempoh berlatih tamat, murid akan diuji semula dengan ujian pasca bagi menilai keberkesanan kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Dalam ujian tersebut, murid akan dinilai secara individu dan guru akan menjadi penilai ke atas keupayaan murid melakukan sesuatu aktiviti tersebut.Ujian PostUjian ini adalah ujian yang sama bagi ujian Pra yang dilakukan sebelum ini bagi meninjau masalah murid terhadap aktiviti dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ujian ini dilakukan di padang dan semua responden wajib melaksanakannya. Prosedur perlaksanaan ujian adalah seperti di bawah :a) Guru meminta murid melakukan pemanasan badan (warm up) dan regangan badan(stretching muscles) mengikut langkah yang ditunjukkan oleh guru.b) Setelah selesai, murid dikehendaki beratur dalam satu barisan yang lurus mengikut nama yang dipanggil oleh guru tersebut.c) Ujian dilakukan secara individu dan guru dikehendaki menilai pada masa yang sama.d) Ujian dilaksanakan tanpa mengikut tempoh masa dan santai sahaja.e) Murid diberi dua kali percubaan bagi melakukan setiap aktiviti bagi ujian tersebut.f) Ujian ditamatkan apabila semua responden selesai melakukan aktiviti.