Proposal Kt Sains

11
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SAINS MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM MENGENALPASTI PERBEZAAN PERKATAAN ‘FUR’ DAN ‘HAIR’ DALAM MATA PELAJARAN SAINS. SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS UDA JALAN SEKOI, BANDAR BARU UDA, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR

description

hhh

Transcript of Proposal Kt Sains

Page 1: Proposal Kt Sains

KERTAS CADANGAN

KAJIAN TINDAKAN SAINS

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID

DALAM MENGENALPASTI PERBEZAAN

PERKATAAN ‘FUR’ DAN ‘HAIR’ DALAM

MATA PELAJARAN SAINS.

SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS

UDA

JALAN SEKOI, BANDAR BARU UDA,

81200 JOHOR BAHRU, JOHOR

Page 2: Proposal Kt Sains

JAWATANKUASA KAJIAN TINDAKAN

SAINS

PENASIHAT

PUAN HAJAH HAMIDAH BT ISMAIL

( GURU BESAR SEK. KEB. KOMPLEKS UDA )

PENGERUSI

PUAN ROSNAINI BT ISMAIL

( GURU PENOLONG KANAN 1 )

NAIB PENGERUSI

PUAN TENGKU JAMILAH BT ABDUL RAHMAN

( GURU PENOLONG KANAN HEM )

SETIAUSAHA

CIK RAUHIYAH BT CHE MD NOR @ CHE MUHAMMAD

BENDAHARI

PUAN SITI MASRIAH BT PANIRAN

AJK

PUAN NORMAHNUM

CIK NORHUDA BT MOHD SALLEH

Page 3: Proposal Kt Sains

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya merupakan seorang guru yang baru ditugaskan di Sekolah Kebangsaan

Kompleks Uda dan pengalaman saya mengajar hanyalah 1 tahun dan 1 bulan

sahaja. Saya telah diamanahkan untuk mengajar mata palajaran Sains Tahun 3

Dedikasi di mana kelas ini adalah kelas keempat daripada lima kelas tahun 3.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, saya dapati masalah

utama yang dihadapi oleh murid-murid saya ialah mereka tidak begitu

memahami maksud ‘vocabulary’ yang penting untuk topik yang sedang dipelajari

walaupun mereka menunjukkan minat terhadap pembelajaran Sains.

Berdasarkan keputusan Ujian Penilaian Pertama yang telah diadakan pada

bulan 16 Februari untuk Sains, didapati seramai 10 orang murid (40%) daripada

25 orang murid telah gagal dalam ujian penilaian tersebut. Daripada semakan

kertas jawapan, saya dapati ada diantara murid-murid ini tidak menjawab

langsung soalan bahagian B iaitu sebanyak 20% (5 orang murid) manakala 60%

(15 orang murid) menjawab soalan bahagian B tetapi masih gagal menjawab

dengan tepat. Hanya 20% (5 orang murid) sahaja yang dapat menjawab

bahagian B dengan tepat.

Apabila saya menemubual 5 orang murid-murid ini, mereka menyatakan bahawa

mereka tidak tahu untuk menjawab soalan tersebut. Antara sebab-sebabnya

ialah, mereka tidak membaca arahan soalan, mereka tidak memahami kehendak

soalan, mereka tidak faham apa yang guru ajar, mereka tidak faham perkataan

Bahasa Inggeris, mereka susah untuk menyebut perkataan-perkataan tersebut,

dan mereka keliru maksud di antara perkataan-perkataan ‘fur’, ‘hair’, dan

‘feathers’.

Saya juga menyedari kelemahan pengajaran saya dan masih banyak yang perlu

diperbaiki memandangkan saya masih baru dalam bidang pendidikan.

Tambahan pula ini merupakan tahun pertama saya mengajar mata pelajaran

Sains dan mengajar menggunakan Bahasa Inggeris. Disebabkan pengajaran

Page 4: Proposal Kt Sains

saya yang tidak begitu mantap dan kurang menarik, ini telah menyebabkan

kurangnya minat dan pemahaman murid-murid dalam menjawab soalan

bahagian B dan dan gagal dalam ujian. Saya harus mengambil langkah untuk

memperbaiki pengajaran saya dengan mewujudkan pelbagai aktiviti supaya

menarik minat dan meningkatkan pemahaman serta mengurangkan kekeliruan

murid-murid dalam menjawab soalan Bahagian B.

2.0 FOKUS KAJIAN

Sewaktu saya mula-mula mengajar kelas ini pada awal Januari yang lalu, saya

telah diberikan penerangan oleh guru yang mengajar Bahasa Melayu kelas ini

pada tahun lepas sewaktu mereka berada di tahun 2. Guru tersebut telah

memberitahu saya bahawa tahap kemahiran membaca dan menulis murid-murid

ini adalah sederhana malah ada diantara mereka yang masih mengeja untuk

membaca. Sikap mereka yang tidak menumpukan perhatian semasa guru

mengajar juga menyebabkan prestasi mereka tidak begitu memuaskan.

Sepanjang saya mengajar di kelas ini, saya juga mendapati perkara yang sama

berlaku. Selain itu mereka juga agak pasif apabila saya mengutarakan solan

secara lisan, hanya terdapat 2 orang murid sahaja yang selalu cuba untuk

menjawab. Daripada keadaan ini, saya merasakan mereka pasif kerana tidak

memahami pengjaran dan pertanyaan saya. Oleh itu, saya harus berfikiran

positif dan mencari langkah terbaik untuk mengatasi masalah-masalah ini.

Sebenarnya masalah ini merupakan satu cabaran kepada saya supaya lebih

berusaha untuk memperbaiki kaedah pengajaran saya.

Walaupun saya telah mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid, saya

hanya memfokuskan masalah murid yang sukar untuk membezakan perkataan-

perkataan ‘fur’ dan ‘hair’. Ini kerana kekeliruan di antara maksud 2 perkataan ini

di kalangan murid-murid menyebabkan mereka gagal menjawab soalan

bahagian B dengan betul.

Page 5: Proposal Kt Sains

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam

mengenalpasti perbezaan perkataan ‘fur’ dan ‘hair’ dalam mata pelajaran

Sains.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

Murid-murid dapat mengingati makna-makna perkataan dengan

mudah.

Murid-murid dapat menjawab soalan bahagian B dengan betul.

Murid-murid lebih berminat dan dapat meningkatkan kefahaman

mereka dengan bantuan pelbagai aktiviti dan bahan bantuan

mengajar.

Guru dapat mempelbagaikan aktiviti dan kaedah dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Guru dan murid-murid dapat mewujudkan hubungan yang lebih mesra

supaya tidak menjadi halangan kepada komunikasi yang berkesan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

10 orang murid-murid Tahun 3 Dedikasi. Mereka terdiri daripada 5 lelaki dan 5

perempuan.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Sebelum melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan, tinjauan

terhadap masalah-masalah yang dikenalpasti akan dibuat bertujuan untuk

mengesan ketidakupayaan mengenalpasti perbezaan maksud perkataan

‘fur’ dan ‘hair’ dengan lebih teliti. Saya perlu mengetahui sejauh manakah

tahap keupayaan murid-murid kelas ini dalam menjawab soalan yang

melibatkan perkataan ‘fur’ dan ‘hair’. Tinjauan dilakukan dengan mengutip

data seperti berikut;

Page 6: Proposal Kt Sains

Analisis markah Ujian Penilaian 1 untuk mengetahui prestasi murid-

murid dalam menjawab soalan bahagian B.

Ujian Pra menjawab soalan yang melibatakan perkataan ‘fur’ dan ‘hair’

untuk memperkukuhkan andaian bahawa pemahaman maksud

perkataan merupakan asas utama dalam menjawab soalan bahagian

B.

5.2 AKTIVITI 1 ‘WARMING-UP WITH ANIMALS’

Cara pelaksanaan:

I. Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi 10 gambar

pelbagai haiwan dan perkataan nama haiwan tersebut kepada murid-

murid.

II. Murid-murid dikehendaki mengasingkan haiwan-haiwan tersebut

kepada 2 kumpulan iaitu haiwan yang mempunyai ‘fur’ dan haiwan

yang mempunyai ‘hair’ dalam masa 10 minit.

III. Aktiviti senaman ayat ini akan diulangi dengan dua lagi lembaran kerja

iaitu lembaran kerja yang mengandungi 10 gambar haiwan dan

lembaran kerja yang mengandungi 20 perkataan nama haiwan sahaja.

IV. Aktiviti ini dijalankan selama tiga hari iaitu 10 minit waktu pertama P&P

Sains.

5.3 AKTIVITI 2 ‘MINI DICTIONARY’

Cara pelaksanaan:

I. Murid-murid menyediakan satu buku skrap yang mengandungi

sekeping gambar haiwan untuk setiap muka surat. ( 20 helai )

II. Guru meminta murid mencatat satu perkataan ‘fur’ atau ‘hair’, iaitu ciri

fizikal yang dimiliki oleh haiwan tersebut dan dicatat di bawah gambar

menggunakan pensel warna.

III. Selepas 2 minggu, murid-murid akan bertukar-tukar buku-buku skrap

sesama sendiri dan membacanya serta cuba untuk mengenalpasti

haiwan yang memiliki ‘fur’ dan haiwan yang memiliki ‘hair’.

Page 7: Proposal Kt Sains

IV. Guru akan menguji pengetahuan dan pemahaman murid-murid

dengan pop kuiz secara lisan berdasarkan gambar haiwan yang

diperolehi.

5.4 AKTIVITI 3 ‘BANK OF ANIMALS’

I. Guru akan meminta setiap orang murid menyediakan dua tabung yang

bersaiz sederhana, tabung pertama dilabelkan ‘FUR’ dan tabung

kedua dilabelkan ‘HAIR’.

II. Murid-murid diminta menyediakan kepingan kad berbentuk bulat (duit

syiling) daripada manila kad menggunakan dua warna yang berbeza.

III. Murid-murid juga diminta menyediakan kepingan kad berbentuk empat

segi tepat (wang kertas) daripada manila kad menggunakan dua

warna yang berbeza.

IV. Guru akan meminta murid-murid memilih satu warna untuk haiwan

yang mempunyai ‘fur’ dan satu warna lagi untuk haiwan yang

mempunyai ‘hair’. Kad ‘duit syiling’ digunakan nama haiwan manakala

kad ‘wang kertas’ untuk gambar haiwan. ‘Duit-duit’ simpanan ini akan

dimasukkan ke dalam tabung mengikut ciri fizikal yang betul.

V. Aktiviti ini akan dilaksanakan selama 10 hari persekolahan di mana 2

keping gambar dan 2 keping nama setiap hari.

6.0 BAHAN DAN ANGGARAN KOS

BIL JENIS ALATAN / BAHAN JUMLAH KOS

01 Kertas A4 1 rim x RM10.00 RM 10.00

02 Marker Pen 5 set x RM5.00 RM 25.00

03 Disket 5 keping x RM1.00 RM 5.00

04 Dakwat Printer 1 x RM60.00 RM 60.00

05 Kad Manila 10 x RM0.50 RM 5.00

06 Gunting 5 x RM3.00 RM 15.00

07 Buku nota guru 1 x RM3.00 RM 3.00

JUMLAH RM123.00

Page 8: Proposal Kt Sains

7.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

BIL AKTIVITI TARIKH

PERLAKSANAAN

01 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data

awal

19 FEBRUARI 2005

02 Menulis kertas cadangan 26 FEBRUARI 2005

03 Merancang tindakan 28 FEBRUARI 2005

04 Menjalankan Tinjauan Awal (Ujian Pra atau lain-

lain)

2 MAC 2005

05 Melaksanakan tindakan, membuat pemerhatian dan

refleksi bagi Aktiviti 1

28 MAC 2005

06 Melaksanakan tindakan, membuat pemerhatian dan

refleksi bagi Aktiviti 2

31 MAC 2005

07 Melaksanakan tindakan, membuat pemerhatian dan

refleksi bagi Aktiviti 3

11 APRIL 2005

08 Menjalankan penilaian 14 MEI 2005

09 Penilaian ( Ujian Pos/ Topikal ) 16 MEI 2005

09 Refleksi kajian 21 MEI 2005

10 Menulis laporan kajian 1 JUN 2005