Proposal Menjaring

28
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sukan bola sepak merupakan sukan nombor satu di dunia, oleh itu setiap lapisan masyarakat termasuk murid-murid di peringkat sekolah. Bola sepak dengan murid merupakan perkara sinonim di peringkat sekolah terutama dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Murid-murid seolah- olah tidak mempunyai permainan lain selain daripada bola sepak dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Perkara ini dikuatkan lagi dengan budaya guru Pendidikan Jasmani pada masa kini yang lebih gemar membiarkan murid mereka bermain bola sepak semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani berlangsung. Bola sepak dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani bukanlah semata-mata bermain namun ianya meliputi pelbagai aspek terutama aspek kemahiran. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) kemahiran adalah bermaksud kecekapan atau kepandaian. Kemahiran dalam bola sepak merangkumi kemahiran menendang, menahan, mengelecek dan kemahiran menjaring. Guru yang peka akan situasi bahawa penguasaan kemahiran asas adalah penting di kalangan murid-murid bagi permainan bola sepak akan melakukan sesuatu di dalam pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk meningkatkan mutu permainan murid-murid di sekolah serta dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Penguasaan kemahiran asas bukan sahaja penting untuk murid membuat sepakan atau gerakan dalam permainan bola sepak malah penting untuk mengubah mutu permainan. Sekiranya masalah penguasaan kemahiran asas ini tidak dapat diatasi di kalangan murid, ia akan merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran guru.

description

kja krs

Transcript of Proposal Menjaring

Page 1: Proposal Menjaring

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sukan bola sepak merupakan sukan nombor satu di dunia, oleh itu setiap lapisan

masyarakat termasuk murid-murid di peringkat sekolah. Bola sepak dengan murid

merupakan perkara sinonim di peringkat sekolah terutama dalam matapelajaran

Pendidikan Jasmani. Murid-murid seolah-olah tidak mempunyai permainan lain

selain daripada bola sepak dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Perkara ini

dikuatkan lagi dengan budaya guru Pendidikan Jasmani pada masa kini yang lebih

gemar membiarkan murid mereka bermain bola sepak semasa proses pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Jasmani berlangsung.

Bola sepak dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani bukanlah semata-mata

bermain namun ianya meliputi pelbagai aspek terutama aspek kemahiran. Menurut

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) kemahiran adalah bermaksud kecekapan atau

kepandaian. Kemahiran dalam bola sepak merangkumi kemahiran menendang,

menahan, mengelecek dan kemahiran menjaring.

Guru yang peka akan situasi bahawa penguasaan kemahiran asas adalah

penting di kalangan murid-murid bagi permainan bola sepak akan melakukan

sesuatu di dalam pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk

meningkatkan mutu permainan murid-murid di sekolah serta dalam matapelajaran

Pendidikan Jasmani. Penguasaan kemahiran asas bukan sahaja penting untuk

murid membuat sepakan atau gerakan dalam permainan bola sepak malah penting

untuk mengubah mutu permainan. Sekiranya masalah penguasaan kemahiran asas

ini tidak dapat diatasi di kalangan murid, ia akan merencatkan proses pengajaran

dan pembelajaran guru.

Page 2: Proposal Menjaring

Justeru itu, sebagai seorang guru yang sedar akan situasi yang dihadapi dan

merasakan bahawa salah satu tanggungjawab guru ialah menyelesaikan masalah

ini, saya akan menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan kemahiran asas

menjaring tepat ke sasaran menggunakan teknik ansur maju terhadap murid-murid

ini. Penyelidikan ini dijalankan terhadap beberapa orang murid tahun 4 yang telah

dikenalpasti menghadapi masalah di salah satu Sekolah Rendah di daerah

Semporna. Beberapa jenis ujian digunakan untuk mengenalpasti punca masalah

dan beberapa jalan penyelesaian akan digunakan bagi mengatasi masalah yang

dihadapi oleh murid tersebut.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Sepanjang berada di Sekolah ini, saya telah diberikan tanggungjawab untuk

mengajar beberapa kelas dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Salah satu

daripada kelas tersebut ialah tahun 4 Cerdik. 4 Cerdik merupakan kelas terakhir bagi

semua kelas tahun 4 di Sekolah ini. Boleh dikatakan bahawa murid di dalam kelas

ini merupakan murid yang aktif.

Kemahiran menjaring merupakan asas paling utama dalam permainan Bola Sepak

kerana jaringan adalah penentu kepada kemenangan dalam sesuatu perlawanan.

Perkara ini menyebabkan saya kecewa kerana pada peringkat ini murid-murid

seharusnya telah menguasai kemahiran asas tersebut.

Sepanjang pemerhatian saya ketika melakukan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani kepada murid-murid tahun 4 Cerdik. Saya dapat

membuat rumusan awal bahawa hanya beberapa orang daripada murid lelaki dari

kelas ini mempunyai tahap penguasaan kemahiran asas yang lemah. Melalui

pemerhatian yang saya lakukan terhadap murid-murid bagi merungkai

Page 3: Proposal Menjaring

permasalahan ini, saya telah mendapat beberapa jawapan iaitu mereka tidak pernah

diajar teknik yang betul semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mereka juga

kurang latihan serta tiada pendedahan terhadap kepentingan penguasaan

kemahiran. Bagi saya masalah ini tidak sepatutnya timbul kerana kemahiran asas

telah ditetapkan dalam sukatan.

Saya juga sempat berkolaborasi dengan guru-guru matapelajaran Pendidikan

Jasmani yang lain mengenai masalah ini. Mereka juga pernah melakukan sesuatu

untuk mengurangkan masalah ini tetapi mungkin kaedah yang digunakan gagal

menarik minat murid serta sukar dipraktikkan oleh murid. Hal ini menyebabkan

masalah penguasaan kemahiran asas ini tidak dapat diatasi dengan baik dan gagal

diselesaikan. Saya juga sempat melakukan perbualan secara tidak formal bersama

murid-murid dan ternyata mereka tidak berapa tertarik dengan cara atau teknik yang

diterapkan oleh guru yang melatih mereka. Bagi saya penyelesaian terhadap

permasalahan ini perlu disegerakan kerana mutu permainan bola sepak bergantung

kepada penguasaan kemahiran asas.

Saya akan mencuba sedaya upaya untuk menangani masalah ini kerana

ianya merupakan tanggungjawab saya untuk melahirkan murid yang bermutu.

Memandangkan permasalahan yang dihadapi oleh murid lelaki 4 Cerdik ini berpunca

daripada masalah penguasaan kemahiran asas, maka saya telah membuat satu

anjakan paradigma untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid

meningkatkan kemahiran asas menjaring menggunakan teknik ansur maju.

Sekiranya saya tidak mengatasi pada peringkat ini, mungkin masalah ini akan

berlarutan dan saya yakin murid-murid tidak akan berjaya ke peringkat yang lebih

tinggi sekiranya mereka menceburi diri dalam bidang sukan permainan bola sepak

serta seterusnya akan melenyapkan semangat mereka untuk terus bersaing.

Page 4: Proposal Menjaring

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Pengenalan

Fokus kajian saya ini adalah mengenai masalah penguasaan kemahiran asas

menjaring ke sasaran di kalangan murid.Murid saya mempunyai tahap penguasaan

yang lemah berbanding dengan murid-murid lain yang sebaya dengan

mereka.Mereka tidak dapat membuat sepakan yang tepat ke arah sasaran serta

tidak menggunakan teknik yang betul semasa melakukan kemahiran tersebut.

Secara amnya, permainan bola sepak adalah salah satu sukan yang

memerlukan kekuatan, kepantasan dan ketangkasan kaki. Ketangkasan bergantung

kepada koordinasi, kekuatan dan reaksi individu mengatasi momentum berat badan.

Jika murid dapat menguasai kemahiran ini dengan menggunakan kaki dengan baik

maka jaringan tepat dapat dilakukan semasa bermain bola sepak. Kemahiran ini

bukan sahaja dapat diaplikasikan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Jasmani sahaja malah mereka juga dapat menunjukkan kemahiran

mereka semasa mereka menghadiri pemilihan dan semasa perlawanan bola sepak,

sehubungan dengan itu, sudah pasti jurulatih akan memilih pemain yang dapat

menguasai kemahiran asas sebagai pemain sekolah atau di mana-mana peringkat.

Sekiranya penguasaan kemahiran ini tidak dapat dilakukan oleh murid dengan

baik maka ianya akan memberikan impak yang besar serta kesan negatif terhadap

diri mereka serta rakan pasukan. Jaringan gol merupakan satu motivasi kepada

rakan sepasukan serta dapat meletakkan seseorang itu di tahap yang lebih baik.

Page 5: Proposal Menjaring

2.2 . Isu Dan Penyataan Masalah Kajian

Pengkaji telah melakukan beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran di

dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani termasuk permainan-permainan dalam

sukatan yang sedia ada. Pengkaji juga sempat mengadakan perlawanan bola sepak

semasa matapelajaran Pendidikan Jasmani tetapi malangnya murid-murid gagal

bermain dengan baik kerana mereka sukar untuk menguasai kemahiran asas

menjaring menyebabkan permainan mereka kurang bermutu dan tiada jaringan

dapat dilakukan. Mereka tidak dapat bermain dengan baik kerana mereka tidak

dapat menguasai kemahiran yang paling asas dalam permainan bola sepak ini iaitu

kemahiran menjaring.

2.3 Tinjauan Literatur Kajian

Sesuatu permainan yang menarik memerlukan penguasaan kemahiran yang

baik.Bagi meningkatkan penguasaan kemahiran, seseorang itu memerlukan

pelbagai bentuk latihan.Latihan memerlukan matlamat yang jelas sesuai dengan

kemahiran yang hendak dipelajari.Latihan yang disesdiakan juga haruslah memberi

fokus kepada pemain dari pelbagai aspek terutama fizikal dan kognitif.Ianya

bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pemain untuk menjalani

latihan.Menurut Mosston (1992) bagi mencapai objektif latihan yang luas seperti

menggalakkan minat, motivasi dan keseronokan, stail pengajaran yang luas

diperlukan kerana setiap satu mempunyai struktur stail pengajaran tingkah laku yang

khas dan guru memerlukan stail kerangka campuran.

Menurut Turner (1996) pendekatan model kemahiran terlampau berstruktur dan

tidak memberi peluang kepada murid untuk bermain secara berkesan dalam situasi

permainan.Dalam model kemahiran, berikut adalah aktiviti pelajaran yang dikatakan

Page 6: Proposal Menjaring

berstruktur.Mula-mula dijalankan aktiviti memanaskan badan dan diikuti pula dengan

fasa kemahiran yang merupakan tumpuan utama pelajaran dan hanya pada

penghujung pelajaran murid-murid diberi peluang untuk bermain. Model kemahiran

dianggap tidak sesuai digunakan dalam situasi permainan kerana pemain tidak

dapat memindahkan kemahiran yang dipelajari dalam situasi permainan (Mitchell,

Griffin & Oslin,1994; Werner, Thorpe & Bunker,1996).

Di Malaysia, model latihan yang biasa digunakan untuk mengajar dan melatih

murid ialah model kemahiran dan belum ada yang menggunakan model latihan

taktikal (TGFU) seperti huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani (PPK, 2002).

Disarankan jurulatih dan guru melatih murid menggunakan pelbagai bentuk model

latihan yang dapat meningkatkan kemahiran, pengetahuan, kecergasan, taktik,

minat dan sikap murid (Strand & Reeder, 1996).Bagi menjalankan program latihan

yang berkualiti dalam Pendidikan Jasmani, stail latihan dan bentuk latihan hendaklah

berfokus ke arah pelajar supaya minat dan motivasi serta prestasi dalam permainan

dapat ditingkatkan (Dyson, Griffin & Hastie, 2004; Pangrazi & Darst, 1991).

Prinsip-prinsip latihan menekan bahawa program latihan perlu dijalankan secara

beransur maju seiring dengan perkembangan psikomotor, kognitif, afektif serta

sosial (Bompa, 1999; Sanderson, 1989).Sehubungan dengan ini, program latihan

permainan ini dilatih dan diuji menggunakkan komponen permainan seperti taktikal,

kemahiran serta membuat keputusan (menggunakan pengetahuan deklaratif dan

prosedural) secara beransur maju melalui permainan mini. Program latihan

permainan yang berkesan dan diminati oleh murid boleh memberi kesan positif

untuk meningkatkan prestasi dan penglibatan diri dalam permainan sepanjang hayat

bagi menjaga tahap kecergasan dan kesihatan iaitu selari dengan Play Theory

(Sidentop, 2002)

Page 7: Proposal Menjaring

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

3.1 Tujuan Kajian

i. Meningkatkan tahap kemahiran asas menjaring dalam permainan bola

sepak dalam kalangan murid tahun 4.

3.2 Objektif Kajian

ii. Melihat kesan kaedah latihan ansur maju dalam meingkatkan tahap

penguasaan kemahiran asas menjaring dalam bola sepak dalam

kalangan murid.

iii. Mengukur perubahan pencapaian murid dalam meingkatkan

kemahiran asas menjaring.

iv. Meningkatkan minat murid terhadap permainan bola sepak.

3.3 Persoalan Kajian

i. Adakah tahap penguasaan kemahiran asas menjaring dapat di

tingkatkan?

ii. Adakah kesan kaedah latihan ansur maju dapat meningkatkan tahap

penguasaan menjaring murid tahun 4.

iii. Adakah terdapat perubahan pencapaian murid dalam meningkatkan

penguasaan kemahiran asas menjaring.

Page 8: Proposal Menjaring

4.0. REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian pengkaji adalah secara kualitatif dan kuantitatif berdasarkan

Model Kemmis (1988). Model ini mengandungi langkah-langkah perancangan,

tindakan dan peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan atau keputusan

sesuatu tindakan itu. Model ini dipilih kerana ianya mudah difahami, diikuti dan

memberi saya idea yang jelas untuk melaksanakan kajian ini. Proses kajian tindakan

melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani.

Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah

yang dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam

proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang

dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama

dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses

semula ke Gelungan Kedua sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan

Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau.

Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya.

Berikut adalah pelaksanaan tindakan yang telah dilakukan dalam menjayakan kajian

ini :

Page 9: Proposal Menjaring

MODEL KAJIAN

Rajah 1 : Model Kemmis (1988)

MENGENAL PASTI MASALAH & REFLEK

Kenal pasti isuAnalisis IsuReflek punca

MERANCANGMerancang program latihanProsedur pelaksanaan aktivitiTempoh masa Bahan yang diperlukanTentukan cara penilaian

BERTINDAKMelaksanakan program latihan

MEMERHATIUjian Pos dan Ujian PraPemerhatianTemu bual

REFLEKMembuat kesimpulanMerumuskan dapatanMencadangkan penambahbaikanMencadangkan kajian lanjutan

Page 10: Proposal Menjaring

4.2. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ialah responden yang dipilih berdasarkan masalah yang

akan dikaji oleh pengkaji. Mereka ini terdiri daripada responden yang

mempunyai kemahiran paling minimum di dalam kelas mereka. Pengkaji

telah mengenalpasti mereka sewaktu melakukan proses pengajaran dan

pembelajaran bagi tajuk kemahiran menjaring dalam bola sepak. Mereka ini

akan diberikan latihan yang telah pengkaji nyatakan di atas iaitu latihan

ansur maju selama empat minggu sewaktu pengkaji menjalani program

internship di Sekolah Rendah ini. Segala butiran mengenai mereka telah

pengkaji rekodkan bagi tujuan penyelidikan.

4.2.1 Latar Belakang Kumpulan

Kajian ini akan melibatkan 10 orang responden tahun 4 Cerdik. Pengkaji

hanya memilih 10 orang responden ini kerana mereka mempunyai

kelemahan penguasaan kemahiran asas menjaring yang paling ketara di

kalangan responden kelas mereka.

4.3. PELAKSANAAN TINDAKAN

Pengkaji telah merancang satu latihan bagi mengatasi permasalahan

yang timbul ini untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas menjaring

di kalangan responden kea rah gol. Latihan ini dinamakan latihan ansur maju

yang melibatkan tiga aktiviti yang mungkin dapat membantu murid-murid

ini.Antara aktiviti yang terdapat dalam latihan ini ialah sepakan tanpa alat,

sepakan menggunakan alat dan sepakan gawang gol.

10

Page 11: Proposal Menjaring

4.3.1.Tindakan

Program latihan ini dirancang khas untuk murid-murid yang

bermasalah ini.Latihan ini dirancang secara berperingkat selama 4

minggu.Latihan ini dinamakan latihan ansur maju.Beberapa langkah dan

aktiviti perlu dilalui oleh murid-murid ketika melakukan latihan ini. Kaedah

latihan ini akan dijalankan seperti berikut :-

a) Teori Asas Kemahiran Menjaring

b) Menjaring Tanpa Bola & Menjaring Menggunakan Bola

c) Menjaring Berkumpulan

d) Menjaring Ke Arah Penjuru Gawang Gol

Pelaksanaan Tindakan

a) Teori Asas Kemahiran Menjaring

Latihan dijalankan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan iaitu

bermula dengan memberikan responden gambaran cara atau teknik yang

betul dalam kemahiran menjaring menggunakan kaedah teori. Kaedah ini

digunakan agar responden dapat melihat gambaran awal cara untuk

membuat kemahiran menjaring. Ini kerana kaedah teori ini memberi ingatan

kepada responden menggunakan kognitif mereka dahulu sebelum mereka

mengaplikasikan teori asas ini dalam membuat jaringan pada peringkat

seterusnya.

Latihan ini memerlukan saya sebagai pengkaji menyediakan beberapa

gambar cara menjaring menggunakan gambar sebenar ataupun

menggunakan kaedah ICT untuk ditunjukkan kepada responden. Kaedah ini

digunakan untuk memudahkan responden untuk memahami cara untuk

11

Page 12: Proposal Menjaring

menyepak bola dengan betul kerana kebiasaannya responden sukar

mengaplikasikan teori dalam permainan yang mereka ceburi.

Oleh itu setelah latihan ini dibuat pengkaji menyediakan latihan ansur

maju yang memerlukan responden mengingati apa yang dipelajari oleh

mereka dalam langkah yang pertama ini agar mereka boleh mengaplikasikan

teori yang dipelajari ini dalam permainan bola sepak.

b) Menjaring Tanpa Bola & Menggunakan Bola

Latihan seterusnya ini merupakan latihan di mana setiap murid akan

melakukan menjaring tanpa menggunakan bola dan seterusnya

menggunakan dua biji bola sepak. Responden dikehendaki menjaring bola

pertama dengan perlahan manakala bola kedua ditendang dengan kuat.

Tujuan latihan ini adalah untuk sepakan responden tetap pada sasaran

ketika menjaring walaupun menyepak dengan perlahan atau kuat ke arah

gawang gol.

Rajah 1 : Menjaring Tanpa Bola & Menjaring Guna Bola

12

Sepakan Pertama

( Perlahan )

Sepakan Kedua

( Kuat )

Page 13: Proposal Menjaring

c) Menjaring Berkumpulan

latihan peringkat seterusnya merupakan latihan menjaring dalam jarak 10

meter daripada gawang gol.Setiap responden akan menyepak bola

(menjaring) ke arah gawang gol sebanyak lima (5) kali dan sekiranya

responden dapat melakukannya serta memuaskan. Maka jarak di ubah

Skepada 20 meter.

Rajah 2 : Menjaring Berkumpulan

13

Page 14: Proposal Menjaring

d) Menjaring Ke Arah Penjuru Gawang Gol

Peringkat terakhir fasa latihan ansur maju ialah merupakan latihan yang

untuk Menjaring ke arah penjuru gawang gol dari pelbagai sudut. Semua

responden perlu bergilir-gilir menjadi penjaring ke arah penjuru gawang gol

dalam lima (5) sudut yang berbeza..

Rajah 3 : Menjaring Ke Arah Penjuru Gawang Gol

14

Sudut 1 Sudut 5

Sudut 2

Sudut 4

Sudut 3

Page 15: Proposal Menjaring

4.4. PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data adalah penting dalam melakukan sesuatu Kajian

Tindakan.Ianya bertujuan untuk memperolehi segala maklumat dan asas

yang kukuh supaya tindakan dapat dijalankan dengan tepat.Dalam kajian

yang saya lakukan, saya telah menggunakan beberapa kaedah

pengumpulan data yang relevan dengan kajian ini seperti kaedah

pemerhatian, ujian dan soal selidik.

4.4.1. Ujian Pra & Pasca

Kajian akan dijalankan dengan melaksanakan ujian pra bagi

mengambil skor responden melalui menjaring ke arah sudut gawang gol.

Ujian pra ini dilakukan bertujuan untuk melihat tahap penguasaan responden

terhadap menjaring ke arah gawang gol sebelum latihan diberikan. Satu

program latihan akan dilaksanakan setelah mendapat skor hasil daripada

ujian pra dan latihan ini dilakukan dalam tempoh masa empat minggu.

Setelah latihan dilakukan mengikut prosedur, satu ujian pasca akan

dilakukan bagi melihat sebarang perubahan terhadap peningkatan ataupun

penurunan prestasi responden terhadap penguasaan kemahiran menjaring

dalam permainan bola sepak.

15

Page 16: Proposal Menjaring

Jadual 1 :Prosedur Ujian Menjaring

PERKARA KETERANGAN

Objektif Menguji ketepatan menjaring yang dilakukan oleh

responden.

Alatan

Bola Sepak

Gawang gol

Kaedah

Perlaksanaan

Ujian Pra akan dilakukan terlebih dahulu.

Subjek berdiri di belakang bola di garisan yang

ditetapkan di hadapan gawang gol yang telah

disusun di hadapan sejauh 10 meter.

Setelah wisel dibunyikan subjek perlu menjaring

bola dengan menggunakan teknik yang betul ke

arah penjuru gawang gol dalam jarak 10 meter.

Subjek diberikan lima (5) kali percubaan

menjaring.

Skor yang akan di kira hanya jaringan yang

tepat ke arah penjuru gawang gol sahaja.

Langkah yang sama akan digunakan dalam

ujian pasca.

16

Page 17: Proposal Menjaring

Rajah 4 : Ujian Menjaring 10 Meter

4.5. PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Jadual 2 : Rubrik Pemarkahan Ujian Menjaring

KRITERIA

PEMARKAHAN

LEMAH

0-1

SEDERHANA

2-3

BAIK

4-5

KETERANGAN

Responden

dapat menjaring

ke arah penjuru

gawang gol

hanya satu kali

dari lima

percubaan.

Responden dapat

menjaring ke

arah penjuru

gawang gol

hanya dua hingga

tiga kali dari lima

percubaan

. Responden

dapat menjaring

ke arah penjuru

gawang gol

hanya empat

hingga kali lima

dari lima

percubaan

17

Sudut 1 Sudut 5

Sudut 2

Sudut 4 Sudut 3

Page 18: Proposal Menjaring

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

Jadual Pelaksanaan Kajian

Tarikh

Aktiviti2014 2014 2014 2014 2014 201

42014 2014 2014 2014

Tinjauan

masalah

Penulisan

proposal

Merancang

kajian

tindakan

Pelaksanaan

kajian

tindakan

Perbincangan

berkenaan

masalah yang

timbul

sepanjang

pelaksanaan

kajian tindakan

18

Page 19: Proposal Menjaring

Penulisan

refleksi kajian

Penulisan

laporan kajian

Pembentangan

hasil kajian

Kos Kajian

Bil

.

Jenis Bahan Kuantiti x Harga Seunit Jumlah

Kos

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

7.

Jumlah

19

Page 20: Proposal Menjaring

RUJUKAN

Bompa, T. O. (1999). Periodization Theory and methodology of training. Champaign, IL,Human Kinetics.

Chandler, P., & Sweller, J. (1991). “Cognitive Load Theory and the Format of Instruction.”Cognition & Instruction, 8(4), 293-240.

Mitchell, S. A., Griffin, L. L., & Oslin, J. L. (1994). Tactical awareness as a developmentally appropriate focus for the teaching of games in elementary and secondary physical education. The Physical Educator, 51(1), 21-28.

Mosston, M., & Ashworth, S. (2002).Teaching physical education.(5th Ed). New York: Benjamin Cummings

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah rendah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

20

Page 21: Proposal Menjaring

Turner, A. (1996). Teaching for understanding: Myth or reality?.Journal of Physical Education, Recreation and Dance, 67(4), 46-48.

Shamuga, N. (2007). Kesan program latihan menggunakan model taktikal dengan stail pengajaran berbeza terhadap murid pelbagai tahap kemahiran permainan hoki. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak

Soni Nopembri. (2004) Pembelajaran Terpadu Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Dasar. Universitas Negeri Yogyakarta. Jurnal Pendidikan Indonesia, Volume 1, No.1, 2004

http://lelakibelalang.blogspot.com/2010/11/ penggunaan-kaki-bukan-dominan- dalam .html dimuat turun pada 20 Ogos 2011

http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2011/04/ kajian- berkaitan-perkembangan-kemahiran .html dimuat turun pada 19 Ogos 2011

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/GAYADRIAP9800542004TTP.pdf dimuat turun pada 20 Ogos 2011

http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/2011/03/ jenis-jenis-tendangan .html dimuat turun pada21 Ogos 2011

LAMPIRAN A

Skor Ujian Pra

Sampel

Percubaan

Bilangan

Jaringan

1 2 3 4 5

Murid A

Murid B

21

Page 22: Proposal Menjaring

Murid C

Murid D

Murid E

Murid F

Murid G

Murid H

Murid I

Murid J

LAMPIRAN B

Skor Ujian Pasca

Sampel

Percubaan

Bilangan 1 2 3 4 5

22

Page 23: Proposal Menjaring

Jaringan

Murid A

Murid B

Murid C

Murid D

Murid E

Murid F

Murid G

Murid H

Murid I

Murid J

23