Proposal pt

download Proposal pt

of 33

description

proposal kajian tindakan

Transcript of Proposal pt

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KERATAN EKONOMI DALAM MEMBANTUMENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID TAHUN 5 MEMBUATHUBUNGKAIT ANTARA BENTUK MUKA BUMIDENGAN SEKTOR EKONOMI DI MALAYSIA

OlehMuhammad Haniffuddin Bin NasirInstitut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur

Pendahuluan

Pendidikan merupakan salah satu faktor penting dalam membangunkan masyarakat dan meningkatkan minda masyarakat pada masa kini daripada berfikiran mundur kepada masyarakat berminda kelas pertama. Melalui kecemerlangan dalam bidang pendidikan,banyak modal insan ataupun human capital dapat dihasilkan di negara kita. Hal ini banyak bergantung kepada faktor pengurusan, kepimpinan, pentadbiran, persekitaran institusi dan organisasi, budaya, sistem dan penstafan serta guru (Baharom & Iliyas, 2010).

Department Of Education And Science (1990, seperti dinyatakan dalam Nurul, 2010) menyatakan bahawa hasil pendidikan di Malaysia seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dimuridi dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Kajian Tempatan merupakan subjek teras yang diajar kepada murid tahap dua di sekolah rendah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) (Ikhsan & Norila, 2005). Matapelajaran ini juga terkandung di bawah disiplin ilmu Kajian Sosial dan merupakan cabang dari disiplin Sains Sosial yang menggabungkan elemen geografi, sejarah dan ekonomi, antropologi, sosiologi dan politik ( Abdul Rahim, 2002).

Pelbagai bentuk pembelajaran yang menarik dapat dilaksanakan menerusi tema tertentu yang terkandung dalam topik pembelajaran. Tajuk yang terdapat dalam tema-tema ini akan diperluaskan sehingga ke peringkat menengah rendah menerusi mata pelajaran Sejarah dan Geografi.Sesungguhnya, pengetahuan yang mendalam terhadap topik pembelajaran menerusi bidang Sains Sosial ini mampu meluaskan horizon pemikiran dan idea hipotetikal iaitu kemahiran menterjemah maklumat dalam kalangan murid. Pelbagai nilai murni boleh diterapkan kepada murid melalui subjek ini seperti amanah, bekerjasama dan berbangga dengan khazanah negara (KPM, 2001).

Penggabungan beberapa disiplin ilmu dalam satu mata pelajaran menjadikan mata pelajaran Kajian Tempatan lebih menyeluruh dari aspek kurikulumnya dan memberi ruang kepada murid mempelajari pelbagai ilmu dalam satu mata pelajaran secara integrasi dan lengkap. Sebagai contoh, melalui mata pelajaran ini, selain gabungan elemen ilmu berkaitan di atas secara integrasi, murid juga dapat memahami perihal kawasan setempat, bentuk muka bumi, kedudukan negeri-negeri di Malaysia, sejarah negara dan juga kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia melalui perkaitan secara holistik. Gabungan komponen yang terlibat dalam mata pelajaran Kajian Tempatan juga dilihat berfungsi sebagai mata pelajaran khusus untuk menerapkan nilai-nilai murni dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid sekolah.

Sebagai contoh guru mengajar topik Identiti Negara, nilai berbangga dengan Identiti Negara seperti mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan boleh dijalinkan dalam setiap langkah pengajaran supaya murid cintakan negara dapat dibentuk. Hal ini disokong oleh Larrivee (2009), menyatakan bahawa guru seharusnya memainkan peranan dalam menerapkan nilai murni dalam pengajaran. Menurut Noriati, Boon dan Sharifah (2009), kaedah pengajaran merangkumi pengelolaan dan penggunaan teknik isi pelajaran serta bahan bantu mengajar (BBM) dapat mencapai objektif pengajaran.

Kaedah pengajaran harus disokong dengan beberapa elemen supaya dapat memantapkan proses penerangan input kepada murid. Teknik pula didefinisikan sebagai suatu kemahiran guru untuk mengelolakan dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu isi pelajaran (Noriati et al.,2009). Selain itu, teknik pengajaran adalah satu kemahiran atau cara untuk melaksanakan semua langkah dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai hasil segera yang maksimum (Haliza & Joy, 2008).

Oleh itu, guru seharusnya bersikap proaktif seperti yang diutarakan oleh Covey (2004) supaya dapat mengaplikasikan kaedah pengajaran dengan baik. Dalam meningkatkan pembelajaran seseorang murid, guru perlu menggunakan satu kaedah yang dapat membantu murid iaitu melalui penggunaan alat bantu mengajar ( ABM). Penggunaan ABM dapat membantu guru untuk memperkukuhkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat menarik minat murid untuk belajar.

Pendidikan adalah aktiviti perkembangan dan penyuburan pemikiran serta kuasa semulajadi melalui pembelajaran yang sudah dirancang di mana meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan formal (Najeemah, 2006). Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan berlandaskan kurikukulum yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seterusnya menghasilkan modal insan yang berpendidikan sempurna dan holistik seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menyarankan kepentingan perkembangan daya intelek (Ragbir, 2006).

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) pada tahun 1994 kepada guru dengan tujuan untuk mendedahkan pendekatan pendidikan baru yang menekankan elemen berfikir secara berfokus dan terancang. Walau bagaimanapun, hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi (High Order Thinking Skills atau HOTS) dalam amalan pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan murid di Malaysia masih berada di tahap rendah (Thinking School SK Kiaramas,n.d., seperti dinyatakan dalam Norlida, Hawa & Adibah, 2012).

Refleksi pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lalu

Saya menjalankan praktikum fasa III di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur bermula pada 27 Januari 2014. Saya merupakan seorang guru pelatih yang mengambil opsyen Pengajian Sosial di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Pada minggu pertama praktikum, saya membuat perancangan awal dalam mengenal pasti masalah untuk kajian saya. Perancangan strategi dalam proses mengenal pasti masalah dirancang supaya tidak berlaku sebarang masalah semasa proses mengenal pasti masalah murid.

Dalam pengajaran saya di kelas 5 Sayang, murid dikehendaki untuk membuat hubungkait dalam sesuatu isu atau isi pelajaran. Berdasarkan pemerhatian saya, murid tidak dapat membuat hubungkait dengan baik. Hal ini disebabkan murid kurang menguasai aspek kemahiran berfikir iaitu menghubungkait sesuatu perkara dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan dan dibincangkan. Perkara ini juga berlaku disebabkan murid tidak memahami sepenuhnya isi pelajaran sebaliknya mereka lebih kepada menghafal sesuatu perkara. Hal ini mungkin kerana penekanan kaedah hafalan oleh guru sebelum ini yang masih selesa dengan cara lama yang menyumbangkan kepada kurang motivasi pelajar untuk belajar khususnya untuk mata pelajaran seperti Kajian Tempatan. Guru lebih menekankan kaedah mengajar bercorak hafalan dan berpusatkan guru (Aini, 1998; Khoo, 2000).

Apabila sesi soal jawab dilakukan antara guru dan murid, jawapan yang diterima oleh guru agak mengecewakan kerana murid tidak dapat menjawab dengan baik sebaliknya memberikan jawapan yang tiada kaitan dengan topik yang dibincangkan. Murid juga hanya memberikan jawapan berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka tanpa membuat hubungkait dengan pelajaran yang lepas sedangkan mereka telah pun belajar topik tersebut. Hal ini amat membimbangkan saya sebagai guru yang dipertanggungjawabkan mengajar subjek Kajian Tempatan bagi kelas tersebut.

Menurut John Dewey dalam Noraini Idris (2009) idea menghubungkait pengalaman lepas dengan perkara baru ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar dimana beliau menyatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan melalui pengalaman sedia ada pelajar.

Oleh hal yang demikian, saya merasakan bahawa masalah ini iaitu kemahiran berfikir menghubungkait harus diberikan perhatian yang lebih serius kerana sering diabaikan terutamanya dalam matapelajaran kajian tempatan disebabkan matapelajaran ini dianggap kurang penting dan tiada penilaian dalam ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR). Berdasarkan pemerhatian yang dilihat terhadap pengajaran guru sedia ada, aspek kemahiran berfikir diabaikan sebaliknya pengajaran berasaskan buku teks menjadi rutin dan kebiasaan bagi matapelajaran ini. Soalan yang ditujukan kepada murid juga lebih bersifat umum dan tidak menekankan aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Daripada hasil dapatan ini, saya berpendapat bahawa masalah menghubungkait dalam kalangan murid-murid ini harus diperbaiki dalam membantu mereka meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga menjalankan pemerhatian ke atas hasil kerja murid semasa lembaran kerja diberikan kepada murid. Hasil daripada pemerhatian yang dijalankan, jawapan yang diberikan oleh murid sering kali tidak tepat dan menepati kriteria yang ditetapkan oleh guru iaitu dalam aspek menghubungkait sesuatu isi pelajaran. Kesalahan ini mungkin disebabkan murid tidak menguasai sepenuhnya terhadap isi pelajaran yang disampaikan melalui aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Selain itu, kaedah hafalan sesuatu isi pelajaran juga menyebabkan murid tidak dapat membuat hubungkait dengan baik kerana mereka hanya menghafal tetapi sebenarnya mereka tidak memahaminya.Oleh hal yang demikian, murid tidak dapat menghubungkait sesuatu isu dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Sehubungan dengan itu, saya telah menemu bual dengan guru kelas 5 Sayang bagi matapelajaran kajian Tempatan untuk mengetahui lebih lanjut masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini. Hasil daripada temu bual yang dijalankan, saya dapat merumuskan bahawa masalah tidak dapat menghubungkait ini berpunca daripada peringkat awal lagi iaitu ketiadaan latihan dan penerangan yang terancang dan berstruktur. Selain itu, pengabaian guru terhadap aspek ini dengan tidak menggunakan strategi berpusatkan murid dimana murid perlu diransang dengan soalan-soalan yang membolehkan mereka membuat hubungkait dalam sesuatu topik atau isi pelajaran.

Hal ini juga mungkin kerana pendekatan yang digunakan lebih berpusatkan guru dan penjelasan yang digunakan terlalu panjang dan berjela-jela menyebabkan murid menjadi bosan dan hilang tumpuan. Penyataan ini disokong oleh pendapat Carl Roger (n.d seperti yang dinyatakan dalam Muhammad Firdaus, 2011) yang menyatakan bahawa musuh bagi sesuatu sesi pembelajaran ialah penjelasan guru yang terlalu panjang. Pembelajaran akan berlangsung dalam suasana yang kondusif dan lebih interaktif sekiranya murid melibatkan sepenuhnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kepentingan penggunaan teknik yang berpusatkan murid adalah ia mampu untuk menarik perhatian murid di dalam pengajaran kita. Selain itu, guru juga akan mendapat maklumbalas segera daripada murid samada mereka memahami ataupun tidak pengajaran guru pada hari tersebut. Ini kerana strategi pengajaran berpusatkan murid menyaksikan murid mengambil alih sedikit tanggungjawab di dalam kelas daripada guru untuk proses pembelajaran pada hari tersebut. (Noriati et al. 2009).

Selain itu, sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran, saya memfokuskan kepada kemahiran menghubungkait terutamanya pada langkah penerangan. Saya akan merangsang murid dalam sesi soal jawab sehinggakan murid boleh membuat hubungkait dan perkaitan berdasarkan ransangan yang dibina oleh guru dalam sesi soal jawab setiap kali berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini penting dalam membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lebih berkesan dimana murid lebih memahami isi kandungan sesuatu topik yang ingin disampaikan dan bukannya sekadar mengahafal isi pelajaran yang disampaikan. Oleh itu, saya akan mengkaji tentang keberkesanan pengunaan teknik brosur bagi membantu dalam meningkatkan keupayaan murid dalam menghubungkait sesuatu isi pelajaran.

Nilai pendidikan

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam seperti penyaluran pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu matlamat asas pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi (Choong, 2011).

Menurut Ismail Yusoff (2001) pengajian sosial boleh didefinisikan sebagai disiplin kemasyarakatan mencakupi disiplin ilmu seperti antropologi, sosiologi, ekonomi, sains politik dan kelompok sains sosial. Sehubungan itu, subjek Kajian Tempatan mempunyai kaitan dengan subjek sejarah, ekonomi, geografi dan sebagainya. Subjek ini menjadi titik asas permulaan murid sekolah rendah untuk pengenalan terhadap subjek-subjek yang diperkenalkan di sekolah menengah nanti.

Menurut Sharifah Maimunah Syed Zain (2001), kurikulum Kajian tempatan yang terangkum dalam bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan bertujuan membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, mengamalkan demokrasi, penyayang, progresif, sejahtera serta bersemangat patriotik. Sehubungan itu, subjek Kajian Tempatan menerapkan nilai murni dan lebih terdorong kepada kehidupan seharian murid. Tambahan pula, murid lebih tertarik sekiranya pelajaran yang dipelajari oleh mereka adalah tentang persekitaran yang mereka lalui. Oleh hal yang demikian, guru perlu menyediakan pendekatan, teknik dan strategi dalam menarik minat murid untuk melibatkan mereka secara aktif dalam subjek Kajian Tempatan.

Menurut Tyler (1949, seperti dinyatakan dalam PPK, 2001), kurikulum ialah sesuatu yang diarah, dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan. Justeru, teknik dan strategi guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlu dirancang terlebih dahulu supaya hasil pembelajaran dapat disampikan dengan berkesan. Menurut Dunn dan Dunn (1977, seperti dinyatakan dalam PPK, 2001), pengajaran menjadi lebih efektif jika guru melaksanakan kaedah pengajaran yang bersesuaian melalui usaha memadankan kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran murid. Pemilihan kaedah adalah perkara utama sebelum proses pengajaran. Sehubungan itu, guru perlu memperkenalkan teknik yang dapat meningkatkan penglibatan murid.

Oleh hal yang demikian, guru harus menggunakan strategi, kaedah atau teknik pengajaran yang sesuai. Strategi bererti suatu kemahiran merancang serta menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran. Teknik pengajaran adalah satu kemahiran atau cara untuk melaksanakan semua langkah dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai hasil segera yang maksimum (Haliza & Joy, 2008). Kaedah pula merupakan cara bagaimana melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara sistematik yang menggambarkan langkah-langkah yang disusun secara logik. Contohnya, kaedah deduktif bermula dengan proses menyampaikan idea umum atau konsep keseluruhan dan diikuti oleh maklumat spesifik seperti contoh-contoh yang dapat memantapkan pemahaman murid tentang konsep berkenaan.

Selain itu, kreativiti dalam menghasilkan sesuatu bahan, menggunakan sesuatu kaedah dan teknik oleh guru memudahkan murid untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran. Menurut Abdul Ghafar Md. Din (2003), kreativiti guru dalam mengajar bergantung kepada beberapa faktor seperti masa pengajaran, jumlah murid di dalam kelas, bahan bantu belajar dan lain-lain. Justeru, teknik atau kaedah pengajaran yang bersesuaian akan dapat membantu guru untuk menjadikan pengajaran menjadi lebih menarik dan berkesan, secara tidak langsung murid akan berasa seronok dan mudah memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Penggunaan teknik brosur yang mempunyai elemen bergambar dan tulisan berwarna untuk meningkatkan keupayaan murid untuk berfikir pada aras tinggi iaitu kemahiran menghubungkait merupakan salah satu cara yang digunakan untuk membolehkan murid mencapai proses belajar dengan baik dan tahap penguasaan yang tinggi dalam proses pemerolehan ilmu di bilik darjah. Teknik brosur ini juga disediakan secara maujud dan digunakan bagi memudahkan murid untuk memahami sesuatu isi pelajaran dengan cara yang lebih berkesan.

Fokus Kajian/isu keprihatinanFokus kajian adalah untuk membantu murid meningkatkan keupayaan menghubungkait dalam tajuk jenis bentuk muka bumi yang mempengaruhi sektor ekonomi negara Malaysia menggunakan teknik brosur. Kajian ini juga secara tidak langsung membantu murid dalam meningkatkan keupayaan murid untuk berfikir pada aras tinggi (KBAT) dalam sesuatu perkara.

Dalam kajian ini, saya memfokuskan kepada masalah murid yang tidak dapat menghubungkait jenis bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia dengan sektor ekonomi negara. Dalam kajian ini juga, penggunaan brosur akan digunakan bagi meningkatkan keupayaan murid dalam menghubungkait jenis bentuk muka bumi iaitu tanah tinggi, tanah pamah, saliran dan pinggir laut serta kepulauan dengan sektor ekonomi di negara Malaysia.

Tinjauan masalahTinjauan masalah adalah satu kaedah yang digunakan oleh saya dalam mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid. Dalam menjalankan tinjauan masalah ini, saya menggunakan kaedah saintifik dalam mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid 5 Sayang terutamanya dalam aspek kemahiran berfikir iaitu masalah menghubungkait. Selain itu, ia juga bertujuan bagi membuktikan masalah yang dihadapi oleh murid itu dapat dibuktikan dan dikenal pasti melalui instrument kajian yang telah saya pilih. Saya telah memilih beberapa kaedah dalam mengumpul data seperti pemerhatian tidak berstruktur, temu bual dan penelitian dokumen sebagai alat dalam mengumpul data untuk mengenal pasti masalah murid. Melalui pemerhatian yang dijalankan di dalam kelas 5 Sayang, saya mendapati kebanyakan murid 5 Sayang mempunyai masalah dalam menghubungkait sesuatu perkara. Kebanyakan di antara mereka mempunyai masalah untuk berfikir menggunakan kemahiran berfikir pada aras tinggi. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk memahami perkara yang telah diajarkan kepada mereka. Melalui pemerhatian tidak berstruktur, saya mendapati bahawa kebanyakan di antara mereka hanya menjawab soalan yang diajukan tanpa membuat hubungkait dengan pelajaran yang lepas walaupun mereka telah belajar topik yang berkaitan dengan jenis bentuk muka bumi dan kaitannya dengan sektor ekonomi negara.

Selain itu, saya juga ada membuat pemerhatian terhadap murid yang langsung tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti P&P sebaliknya hanya bertindak sebagai pendengar yang pasif terutamanya dalam kalangan murid yang berada di tepi tingkap dan dibahagian belakang kelas. Mereka ini juga sering memberikan jawapan yang mengecewakan saya seperti saya tidak tahu dan malas nak jawab. Keadaan ini menyebabkan saya kurang senang untuk meneruskan aktiviti apabila penglibatan aktif murid sebagaimana yang diharapkan tidak dapat dicapai dengan baik.

Saya memikirkan bahawa masalah ini perlu diberikan perhatian kerana perkara ini memberi kesan yang besar kepada keberkesanan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pemerhatian yang dilihat terhadap pengajaran guru sedia ada, murid lebih diberikan penekanan terhadap aktiviti membaca buku teks dan menjawab soalan berdasarkan buku teks semata-mata. Hal ini terbukti ketika saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dimana murid tidak dapat memberi respons dan membuat perkaitan dalam sesuatu topik dengan baik sebaliknya menjawab berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka sahaja. Murid juga tidak dapat memikirkan sesuatu yang berada diluar kotak pemikiran mereka. Selain itu, saya juga menggunakan alat kajian penelitian dokumen di mana saya melihat hasil kerja murid melalui lembaran kerja semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui penelitian dokumen ini, saya mendapati terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid terutamanya dibahagian soalan dimana murid dikehendaki untuk membuat hubungkait terhadap sesuatu perkara namun murid tidak mampu untuk membuat perkaitan mungkin disebabkan penguasaan yang lemah dalam mengaplikasikan kemahiran berfikir pada aras tinggi iaitu menghubungkait.Berdasarkan pengamatan yang telah dibuat ini, saya membuat rumusan bahawa sesuatu perlu dilakukan terhadap murid-murid tahun 5 Sayang ini untuk membantu mereka memantapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu keupayaan untuk menghubungkait terhadap sesuatu perkara agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lebih berkesan.

Analisis Masalah Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh murid tahun 5 Sayang, saya mula menyedari masalah tersebut semasa pengajaran pertama diadakan. Murid agak sukar untuk memberikan respons terhadap sesuatu perkara yang dibincangkan. Didapati 15 daripada 27 responden tidak dapat memberikan respons yang baik terhadap soalan yang memerlukan mereka membuat hubungkait dalam sesuatu perkara. Berdasarkan pemerhatian tidak berstruktur yang saya jalankan terhadap murid kelas 5 Sayang, saya mendapati bahawa kebanyakan murid tidak mahu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P menyebabkan mereka tidak memahami dan menguasai isi pelajaran seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat menghubungkait dengan baik. Murid ini juga tidak memberi perhatian sepanjang sesi P&P berlangsung menyebabkan respons yang diterima ketika memberi jawapan adalah agak mengecewakan.

Melalui contoh pemerhatian tidak berstruktur di atas saya dapat memberi penekanan kepada masalah yang ingin dikaji di mana saya memberi penekanan terhadap masalah murid dalam menghubungkait bentuk muka bumi dengan sektor ekonomi negara malaysia. Melalui kaedah ini, saya dapat mengesan masalah ini semasa menjalankan aktiviti tersebut semasa murid menjawab soalan ketika sesi soal jawab dan menjawab soalan dalam lembaran kerja.

Seterusnya pengenal pastian tinjauan masalah melalui penelitian dokumen. Pengumpulan data mengenai masalah yang dihadapi oleh murid direkodkan ke dalam jadual senarai semak seperti di bawah.

BilItemYaTidak

1. Meneyenaraikan jenis bentuk muka bumi di Malaysia.

2. Menyatakan sektor ekonomi yang berkaitan dengan bentuk muka bumi.

3. Membuat hubungkait antara bentuk muka bumi dengan sektor ekonomi negara.

Masalah dianalisis melalui penggunaan Ya atau Tidak bagi menganalisis tentang tinjauan masalah yang dilakukan ke atas murid. Kriteria untuk mendapat Ya ialah murid dapat meneyenaraikan jenis bentuk muka bumi dan menyatakan sektor ekonomi yang berkaitan dengan bentuk muka bumi yang telah dipelajari dan mengikut kehendak item soalan sama ada dalam bentuk soal jawab dan juga dalam hasil kerja murid termasuklah brosur dan lembaran kerja. Aspek keupayaan menghubungkait juga dilihat dalam mendapatkan kriteria Ya tersebut. Manakala kriteria untuk Tidak pula ialah murid secara keseluruhannya tidak menepati kriteria yang dikehendaki dan murid sering memberikan jawapan yang tiada kaitan dan mengulangi tindakan tersebut walaupun jawapan yang diberikan adalah berbeza namun masih tidak tepat.

PesertaTemu bualRefleksi penyelidik

Guru Kajian Tempatan Tahun 5Adakah murid mempunyai masalah dalam memahami isi pelajaran?Terdapat beberapa murid yang mempunyai sedikit masalah dalam memahami isi pelajaran kerana tidak memberikan perhatian sepanjang sesi P&P.

Adakah murid mempunyai kesukaran untuk membuat hubungkait dalam sesuatu perkara?Kebanyakan murid tidak dapat membuat hubungkait sebaliknya memberikan jawapan berdasarkan soalan pada aras rendah seperti contoh bentuk muka bumi dan sebagainya.

Adakah murid sering menjawab soalan tanpa mengambilkira konteks pelajaran yang telah dipelajarinya ?Hasil temu bual didapati bahawa murid sukar mengingati pelajaran lepas kerana tidak mengulangkaji subjek ini dan ia juga tidak dinilai dalam UPSR.

Analisis dibuat berdasarkan refleksi yang dibuat bagi mendapatkan maklumat dan refleksi merupakan satu rumusan hasil daripada temu bual tersebut.Kajian literaturNarayanasamy (2000), dalam kajiannya yang bertajuk Pengajaran kemahiran berfikir sebagai satu alternatif oleh pengurusan grafik menggalakkan murid berfikir secara eksplisit, konkrit dan juga aktif. Murid dapat melihat secara visual dan konkrit kerana pengurusan grafik meningkatkan proses berfikir secara abstrak. Selain daripada itu saya juga dapati teknik pengurusan grafik ini berkemampuan untuk melatih teknik menyelesaikan masalah dalam kalangan murid.

Nur Izrin Farah Hani bt Ismail (2012) dalam kajiannya yang bertajuk Keberkesanan Teknik Pengurusan Grafik Dalam Membantu Murid Tahun 5 Mengingati Fakta Pelajaran Lepas Bagi Topik Bentuk Muka Bumi menunjukkan murid dapat mengingati fakta pelajaran lepas bagi topik tersebut. Oleh hal yang demikian, saya juga turut menggunakan grafik (gambar) bagi meningkatkan keupayaan murid untuk menghubungkait dalam topik bentuk muka bumi dan kaitannya dengan sektor ekonomi negara Malaysia.

Maizurah omar (2000) dalam kajiannya yang bertajuk kelebihan penggunaan grafik, televisyen dan video secara sistematik dapat meningkatkan daya ingatan dan kemahiran pelajar. Menurutnya lagi, grafik juga sesuai untuk digunakan untuk tujuan pemulihan dan pengayaan. Oleh hal yang demikian, penggunaan grafik member banyak faedah kepada murid khususnya dalam proses pembelajaran mereka.

Wan Ali Akbar Wan Abdullah (2012) dalam kajiannya yang bertajuk Aplikasi Grafik Pegun dalam meningkatkan ingatan pelajar dalam bidang hadis menyatakan bahawa penggunaan grafik amat membantu dan berkesan dalam meningkatkan ingatan pelajar. Kekuatan ingatan amat penting dalam bidang hadis kerana ia merupakan antara syarat-syarat yang sangat diberi perhatian oleh perawi hadis. Oleh hal yang demikian, penggunaan grafik amat sesuai dan berkesan untuk membantu pelajar dalam mengingat hadis bukan sahaja untuk peperiksaan tetapi juga dalam meningkatkan amalan seharian mereka.

Mohan dan Balakrishnan (2004, seperti yang dinyatakan dalam Nur Ezaini, 2010) dalam kajiannya mengakui teknik pengurusan grafik atau peta minda membolehkan murid mempelajari bahan yang diajar dengan cepat apabila pengajaran yang dibuat menggunakan lakaran yang berbentuk gambar atau bentuk perkataan tersusun. Murid akan menggunakan kemahiran intelek untuk menyelesaikan masalah yang diberi.

Ab Fatah (1994) dalam kajiannya yang bertajuk Penggunaan minda yang optimum turut menyatakan bahawa penggunaan pengurusan grafik dalam Kajian Tempatan boleh membantu murid mengorganisasi maklumat, membantu pengekalan ingatan, membuat perkaitan antara pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu pengekalan konsep baru, memperjelas dan menvisualisasikan struktur kognitif murid dan menggalakkan kreativiti. Secara tidak langsung, boleh menarik perhatian murid terhadap pengajaran guru.

Menurut Gagne (1996), penggunaan pengurusan grafik merupakan strategi kognitif yang mudah diamalkan dan menggalakkan murid menggunakan kemahiran intelek untuk menyelesaikan masalah berdasarkan mata pelajaran yang diajar. Gambar yang digunakan dalam pengurusan grafik menjadi panduan kepada murid untuk membantu proses menyelesaikan masalah (Eggen & Kauchak, 2004). Penggunaan gambar yang menggalakkan perkembangan kercerdasan pelbagai visual spatial murid dapat meningkatkan keupayaan murid untuk berfikir untuk menyelesaikan masalah kerana menurut Fisher (2005) pemikiran visual juga merupakan kunci utama kepada penyelesaian masalah. Menurut Fisher lagi, beliau menyatakan bahawa penggunaan gambar dan warna mampu menarik perhatian murid disamping meningkatkan inkuiri mereka dalam sesuatu perkara.

Menurut Mohd Nor Fadzli (2010), pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan terlalu banyak penerangan daripada guru mungkin berkesan jika semua murid memiliki kecerdasan verbal linguistik yang tinggi, namun ia tidak berkesan bagi murid yang memiliki tahap kecerdasan visual spatial yang lebih berminat kepada pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan ruang, warna dan corak. Menurut Hilgenfeld dan Sponder (1994), mereka berpendapat bahawa grafik boleh digunakan untuk menjelaskan hampir sebarang fakta, konsep, atau sesuatu prosedur. Penggunaan grafik juga membolehkan maklumat disampaikan dengan pantas dan disimpan dalam ingatan bagi tempoh yang lebih lama (Jamalludin & Zaidatun, 1999). Oleh hal yang demikian, saya telah memilih untuk menggunakan gambar yang memaparkan bentuk dan gambaran sebenar bentuk muka bumi yang terdapat di malaysia supaya dapat membawa pengalaman yang sebenar ke dalam bilik darjah.

Mengikut Kolb (1984, seperti dinyatakan dalam Noriati, Boon dan Sharifah, 2009), murid perlu mengalami kemahiran menghubungkait pengetahuan baru dengan pengalaman hidup. Seperti kaedah penghasilan brosur yang menggunakan bahan grafik (gambar) dan warna dan tulisan yang saya gunakan ini, hal ini amat bertepatan kerana murid dikehendaki menghubungkait bentuk muka bumi dengan sektor ekonomi negara Malaysia.

Mengikut Model Gardner (1983), setiap individu mempunyai kesemua lapan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan. Salah satu kecerdasan yang terdapat dalam Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner ialah Kecerdasan Visual Ruang yang berkait rapat dengan kajian ini. Menurut Gardner (1983), kecerdasan visual ruang yang ada pada manusia membolehkan manusia mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual, peka terhadap warna, garis, bentuk dan ruang (terjemahan,42). Dalam kajian ini, saya telah menggunakan gabungan visual, warna dalam menghasilkan brosur bagi menarik perhatian murid serta meningkatkan ingatan mereka terhadap fokus utama kajian ini iaitu menghubungkait bentuk muka bumi dengan sektor ekonomi negara Malaysia.

Oleh itu, pelbagai cara dan teknik digunakan untuk meningkat ingatan, antaranya dengan menggunakan kekuatan visual. Menurut Abd Ghafar Md Din (2003) dan Muhammad Hasan (2000), penglibatan deria penglihatan mencatatkan peratusan yang tertinggi dalam membantu manusia mengumpul ilmu pengetahuan atau belajar iaitu sebanyak 83% berbanding deria-deria yang lain. Ismail Zain (2003) turut menyebut bahawa perbuatan melihat kepada gambar dan visual boleh meningkatkan daya ingatan seseorang itu kepada 40 %. Penggunaan gambar sebagai elemen dalam grafik pegun bertepatan dengan kepentingan visual dalam membantu pemahaman dan ingatan (Nor Azman 1999).

Menurut Chin Yoon Poh (2009), grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat. Ia selari dengan istilah grafik yang digunakan oleh Calo (2011) dalam istilah puisi grafik (graphic poetry) bagi merujuk kepada penggunaan gambar dan teks serta pengaruh warna dalam puisi grafik. Menurut Nor Azman (1999) pula, grafik adalah objek yang digunakan bertujuan untuk memberikan gambaran tentang sesuatu fakta atau konsep.

Menurut Lohr (2003), kajian oleh Moreno dan Mayer menyokong idea penggunaan gambar dan tulisan akan dapat memberikan kesan yang positif dalam meningkatkan ingatan, jika direka bentuk dengan cara yang betul. Menurut Faridah et al (2012) menyenaraikan empat elemen yang perlu ada dalam sesuatu visual, tiga antaranya ialah; warna, gambar dan tulisan. Pertama, berkenaan dengan warna. Pemilihan warna perlu menimbulkan kesan visual popout mengikut Teori Visualisasi Maklumat (Norasikin Fabil et al 2011). Contohnya jika ada seribu bola bewarna kuning, maka objek utama perlu bewarna merah. Itulah kesan visual popout yang menimbulkan tarikan atau pengecaman kepada objek yang khusus. Sebaliknya, jika objek utama juga bewarna kuning, maka proses pengecaman adalah sangat susah dilakukan (Norasikin Fabil et al 2011). Ia selari dengan apa yang disebutkan oleh Chin Yoon Poh (2009), Sharifah Alwiyyah (1987) dan Rozinah Jamaluddin (2005) yang menyebut bahawa antara prinsip pemilihan warna adalah membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan dan memudahkan suatu item dilihat. Selain mudah dilihat, penampilan warna yang kontra dan menarik juga akan memudahkan pengguna grafik mengingatinya (Faridah et al 2012).

Kedua, berkenaan dengan gambar. Terdapat beberapa ciri dalam gambar yang perlu diberi perhatian. Pertama, penggunaan gambar mestilah besar dan jelas mengikut saiz kelas dan jumlah pelajar (Kamarul Azmi & Ab Halim 2007) kerana ia boleh menarik lebih tumpuan berbanding sesuatu yang bersaiz kecil (Jamaludin & Zaidatun 2006) serta sesuai untuk pengajaran (Muhammad Hasan 2000). Kedua, ia juga tidak boleh terlalu banyak kerana kuantiti yang banyak akan mengganggu proses pembelajaran pelajar (Kamarul Azmi & Ab Halim 2007). Ketiga, pemilihan imej visual yang unik dan berbeza mampu merangsang ingatan sensori untuk diproses (Calo 2011). Keempat, elemen warna (Muhammad Hasan 2000). Setiap foto atau gambar yang diambil untuk tujuan pengajaran perlu mengandungi warna yang benar dan asli kerana elemen warna boleh menggambarkan perasaan dan idea tertentu.

Objektif Kajian Objektif kajian yang saya jalankan ini adalah untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah brosur dalam membantu murid Tahun 5 dalam meningkatkan keupayaan menghubungkaitkan jenis bentuk muka bumi dengan sektor ekonomi di Malaysia.

Objektif khusus

Meningkatkan keupayaan murid untuk menghubungkait jenis bentuk muka bumi dengan sektor ekonomi di malaysia.

Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu menghubungkait dalam topik ini.

Meningkatkan penguasaan kemahiran menghubungkait melalui penghasilan brosur.

Soalan Kajian

1. Adakah teknik brosur dapat meningkatkan keupayaan murid untuk menghubungkait jenis bentuk muka bumi dengan sektor ekonomi di malaysia?

2. Adakah teknik brosur dapat meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir pada aras tinggi iaitu menghubungkait dalam sesuatu topik?

3. Adakah teknik brosur dapat mendorong murid untuk menghubungkait sesuatu perkara dengan baik?Responden/kumpulan sasaran

Kajian ini dijalankan di SK Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur. Kumpulan murid yang dipilih ialah murid dari kelas 5 Sayang yang mempunyai bilangan murid seramai 27 orang. Murid dari kelas ini terdiri daripada kumpulan murid yang mempunyai tahap kebolehan yang tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Murid kelas ini terdiri daripada 16 orang murid lelaki dan 11 murid perempuan. Di samping itu, saya juga telah mendapatkan maklumat tentang prestasi murid bagi mendapatkan gambaran awal tentang keputusan ujian lepas.

Oleh kerana kelas ini merupakan kelas yang agak lemah, pencapaian yang ditunjukkan mereka masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Namun, apa yang menjadi perhatian saya ialah purata murid memperoleh gred B, C dan D sahaja untuk subjek ini. Jika dibandingkan dengan keputusan gred mereka bagi mata pelajaran subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dengan mata pelajaran Kajian Tempatan adalah jauh berbeza. Kebanyakan mereka hanya mengulangkaji subjek peperiksaan dan tiada persediaan yang rapi dilaksanakan untuk mempersiapkan diri untuk menduduki ujian bagi subjek Kajian Tempatan. Oleh itu, kajian ini dijalankan keatas murid 5 Sayang kerana masalah ini amat ketara berlaku dalam kalangan murid kelas ini.

PELAKSANAAN KAJIAN

Perancangan Langkah-Langkah Tindakan

Langkah-langkah tindakan akan diambil berasaskan model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Terdapat lima peringkat yang dinyatakan dalam model ini. Peringkat-peringkat tersebut dinyatakan seperti dalam gambar rajah di bawah.

1MENGENALPASTI ASPEK AMALANPemerhatianPemerhatian khususSoal selidikTemubual

2

PERANCANGANPenggunaan brosurMembimbing responden menghasilkan brosur

REFLEKSIMelihat kekuatan dan kelemahan penggunaan brosurTindakan susulan

5

3MELIHAT KESAN TINDAKANMenganalisis dataMarkah ujian yang dijalankanPemerhatianTINDAKANPenggunaan brosur dalam pengajaran dan pembelajaranDilaksanakan sebanyak 3 kali intervensi

4

Rajah 1 Model Lewin (1946) dan Model Laidlaw (1992)

Pada peringkat pertama adalah untuk mengenal pasti aspek amalan. Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya telah mengenal pasti kelemahan kemahiran berfikir iaitu menghubungkait yang dialami oleh responden. Seramai 27 orang murid telah diambil sebagai responden. Responden ini dipilih adalah untuk meningkatkan kemahiran mereka menghubungkaitkan bentuk muka bumi dengan sektor ekonomi negara. Hasil daripada proses pengajaran didalam kelas, saya mendapati bahawa kelemahan menghubungkait oleh responden berdasarkan respons yang diberikan ketika sesi soal jawab dan lembaran kerja yang telah diedarkan. Beberapa perkara telah dijalankan pada peringkat pertama ini seperti pemerhatian telah dijalankan semasa pengajaran, temu bual bersama guru dan soal selidik terhadap responden untuk menyokong kajian ini.

Pada peringkat kedua iaitu peringkat perancangan, saya merancang untuk menyusun kaedah dan strategi yang akan digunakan untuk melaksanakan kajian. Pada peringkat ini, saya merancang untuk menggunakan brosur dalam membantu murid untuk membuat hubungkait bentuk muka bumi dengan sektor ekonomi negara. Dengan penggunaan teknik brosur ini juga, murid akan dibimbing untuk memahami isi kandungan brosur dan langkah-langkah untuk menghasilkannya. Penghasilan brosur dengan menggabungkan elemen gambar dan penggunaan warna adalah untuk menarik minat murid dalam menghasilkan bahan yang menarik dan secara tidak langsung mengukuhkan pemahaman murid dalam topik ini. Seterusnya murid dikehendaki menghasilkan brosur mengikut kreativiti masing-masing dengan bimbingan guru. Penggunaan kaedah ini juga adalah bertujuan membantu murid dalam membolehkan mereka menghubungkait sesuatu perkara dengan baik.Semasa di peringkat ketiga, tindakan akan dijalankan. Pada peringkat ini, penggunaan brosur yang dirancang akan digunakan untuk menjalankan sesi intervensi. Penggunaan brosur ini mengandungi beberapa bentuk muka bumi yang terdapat di malaysia seperti tanah tinggi, tanah pamah, saliran dan pinggir laut. Di samping itu, murid akan dibimbing untuk memahami isi pelajaran terlebih dahulu sebelum membuat hubungkait dengan sektor ekonomi negara dengan menghasilkan brosur. Penghasilan brosur dengan penggunaan gambar bentuk muka bumi dan penggunaan warna yang sesuai mengikut kreativiti sendiri bertujuan menarik minat murid dan memberi kebebasan kepada murid untuk menghasilkan brosur dengan cara yang tersendiri. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk membaca brosur yang telah dihasilkan oleh mereka. Penggunaan gambar dalam menghasilkan brosur juga adalah bertujuan untuk memudahkan murid untuk membuat hubungkait berdasarkan bahan ransangan yang disediakan berbanding ransangan dalam bentuk tulisan sahaja. Semasa proses intervensi dijalankan, pengkaji melakukan pemerhatian dalam mendapatkan dapatan daripada kaedah yang digunakan. Saya akan merekodkan data hasil dapatan daripada kaedah yang digunakan.

Seterusnya kajian akan melalui peringkat keempat iaitu melihat kesan tindakan. Data yang dikumpulkan dalam bentuk rakaman dan catatan akan dianalisis untuk melihat keberkesanan teknik penghasilan brosur dalam membantu responden meningkatkan keupayaan kemahiran berfikir iaitu menghubungkaitkan bentuk muka bumi dengan sektor ekonomi negara. Pada peringkat kelima, sesi refleksi akan dijalankan. Saya akan menilai kembali segala data pemerolehan dan pemerhatian untuk melihat kelemahan dan kekuatan teknik penghasilan brosur dalam membantu responden meningkatkan keupayaan menghubungkait dalam topik ini. Setiap kelemahan yang dikenal pasti akan diadakan cara penyelesaian dan dijalankan tindakan susulan untuk memastikan kelemahan tersebut dapat diatasi dengan baik.

Perancangan Cara Mengumpul Data

Perancangan yang telah dibuat melibatkan tiga kali sesi intervensi akan dijalankan. Instrumen pengumpulan data dalam kajian ini adalah berasaskan pemerhatian dan perbincangan dengan rakan-rakan serta guru-guru lain. Saya menggunakan beberapa kaedah dalam pengumpulan data. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data iaitu pemerhatian, temu bual, soal selidik dan juga penelitian dokumen iaitu berdasarkan lembaran kerja (ujian 1 dan ujian 2).Pemerhatian Dalam melakukan kajian, saya menggunakan instrumen pemerhatian berstruktur untuk mengenal pasti masalah murid. Pemerhatian dijalankan semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam bilik darjah. Pemerhatian semasa pembelajaran bertujuan untuk melihat cara murid-murid memberi respons dan melihat kebolehan dan keupayaan murid menghubungkait semasa mereka melakukan aktiviti. Segala pemerhatian yang dijalankan semasa proses pembelajaran dicatatkan di dalam borang pemerhatian.Soal Selidik Soal selidik akan saya jalankan untuk mendapatkan maklum balas daripada responden terhadap pelaksanaan teknik penghasilan brosur yang dijalankan terhadap mereka. Data akan dianalisis mengikut kekerapan sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi setiap item yang dinyatakan dalam borang soal selidik. Temu bualInstrument temu bual digunakan terhadap guru Kajian Tempatan Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda. Saya menggunakan temu bual berstruktur bagi mendapatkan maklumat tentang murid yang bermasalah dalam menghubungkait dalam sesuatu perkara. Temu bual dijalankan untuk mendapatkan gambaran mengenai tahap penguasaan kemahiran menghubungkait dan faktor masalah yang dihadapi oleh mereka selain mendapatkan kepastian masalah murid.Penelitian dokumen (ujian 1 dan ujian 2)Instrumen penelitian dokumen digunakan terhadap murid selepas selesai mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya mengumpul maklumat berdasarkan hasil kerja dan lembaran kerja murid yang dijalankan di dalam kelas. Saya menggunakan hasil kerja murid kerana dengan cara ini saya lebih mudah mengesan hasil kerja yang dilakukan dengan baik dan lemah dari aspek keupayaan memahami dan seterusnya membuat hubungkait berdasarkan topik yang dipelajari.

PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA Segala data yang melibatkan penilitian dokumen (ujian 1 dan 2), pemerhatian, dan soal selidik, temu bual akan dikumpulkan dan akan dibuat analisis.

Penelitian dokumen (Ujian 1 dan ujian 2)Markah ujian akan disemak bagi melihat markah yang diperoleh responden. Analisis akan dibuat bagi melihat responden yang menunjukkan perubahan dalam setiap intervensi yang diadakan. Perubahan ini merangkumi perubahan yang positif, perubahan yang negatif atau perubahan yang statik. Rakaman dan gambar yang telah ditangkap akan ditonton kembali untuk melihat perubahan-perubahan tersebut.

Jadual 1 : Kriteria Pemarkahan Untuk Soalan Ujian.

MarkahKriteria pemarkahan

0Tiada jawapan diberikan / fakta yangdinyatakan tidak tepat dengan kehendaksoalan.

1Mengandungi satu ataupun dua faktayang tepat tetapi tiada perkaitan dibuat.

2-3Mengandungi fakta yang tepat tetapiperkaitan yang kurang jelas.

4-5Fakta yang tepat dan mempunyaiperkaitan yang sangat jelas.

PemerhatianCatatan yang dilakukan akan disemak dan dianalisis. Analisis akan dilaksanakan bagi melihat sejauh mana perubahan yang dilalui oleh responden dalam peningkatan keupayaan menghubungkait dalam topik ini. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta perjumpaan yang diadakan, bimbingan akan diadakan kepada semua responden iaitu seramai 27 orang dalam meningkatkan keupayaan mereka membuat hubungkait dalam topik bentuk muka bumi dengan sektor ekonomi negara. Dan pada masa yang sama, pemerhatian akan dijalankan ke atas responden bagi melihat perubahan yang dialami sepanjang melalui beberapa siri sesi intervensi. Catatan pemerhatian akan dibuat. Melalui pemerhatian yang dijalankan, murid akan dinilai berdasarkan pemerhatian guru semasa proses pembelajaran dan selepas pembelajaran berlansung. Aspek penguasaan murid diperhatikan semasa dan selepas hasil kerja murid siap. Semua hasil pemerhatian akan dimasukkan ke dalam rekod borang pemerhatian yang telah disediakan.Hasil daripada pemerhatian direkodkan di dalam borang pemerhatian seperti di jadual 1.0.

Pemerhatian terhadap respondenBilItemYa Tidak

1Adakah murid memberi perhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran?

2Adakah murid memberi respons yang baik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran?

3Adakah murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

Jadual 1.0Pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran

Analisis pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran sebelum menggunakan brosur bagi mengenal pasti masalah murid.Soalan 1Adakah murid memberi perhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran? Pemerhatian dilakukan bagi mengenal pasti tahap tumpuan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjahSoalan 2Adakah murid memberi respons yang baik ketika sesi pengajaran dan pembelajaran ?Pemerhatian dilakukan untuk melihat dan seterusnya menilai setiap respon yang diberikan oleh murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan aktif dalam memberikan respon juga penting dalam meransang murid untuk mencuba dalam membolehkan mereka membuat hubungkait.Soalan 3Adakah murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran?Pemerhatian dilakukan bagi melihat penglibatan murid dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalaui pemerhatian yang dijalankan, penglibatan murid yang kurang dan pasif juga dapat dikenalpasti dengan lebih baikSoal selidik Kutipan data soal selidik akan dikaji bagi melihat maklum balas responden terhadap pelaksanaan teknik brosur yang telah dijalankan terhadap mereka. Hasil yang diperoleh akan dijadikan satu graf yang terperinci bagi melihat pengumpulan data dengan lebih jelas. Borang Soal SelidikSila tandakan ( / ) sebagai maklum balas anda pada ruang kosong yang telahdisediakan mengikut panduan di bawah:

1- Sangat tidak setuju2- Tidak setuju3- Tidak pasti4- Setuju5- Sangat setuju

BilSoalan12345

1Saya boleh mengaitkan bentuk muka bumi dengan sektor ekonomi di Malaysia.

2Kaedah yang guru gunakan membantu sayamengaitkan bentuk muka bumi dengan sektorekonomi.

3Saya boleh menjawab soalan tentang hubungkait antara bentuk muka bumi dengan sektor ekonomi.

Temu bualInstrumen temu bual digunakan dalam mengumpul data di mana temu bual digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, kehendak mengikut persoalan kajian (Mohd Majid, 2000). Saya telah menemu bual guru Kajian Tempatan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan masalah murid dan berbincang dengan guru Kajian Tempatan cara penyelesaian yang lebih efektif dan efisien dalam menangani masalah murid ini. Selain itu, saya juga telah menemu bual responden yang terdiri daripada murid 5 Sayang bagi mendapatkan maklumat tentang keberkesanan teknik yang digunakan bagi meningkatkan keupayaan murid untuk menghubungkait dalam topik ini. Temu bual dipilih di dalam pengumpulan data ialah temu bual berstruktur. Berikut merupakan hasil temu bual.PesertaTemu bualRefleksi penyelidik

Guru Kajian Tempatan Tahun 5Adakah murid mempunyai masalah dalam memahami isi pelajaran?Terdapat beberapa murid yang mempunyai sedikit masalah dalam memahami isi pelajaran kerana tidak memberikan perhatian sepanjang sesi P&P.

Adakah murid mempunyai kesukaran untuk membuat hubungkait dalam sesuatu perkara?Kebanyakan murid tidak dapat membuat hubungkait sebaliknya memberikan jawapan berdasarkan soalan pada aras rendah seperti contoh bentuk muka bumi dan sebagainya.

Adakah murid sering menjawab soalan tanpa mengambilkira konteks pelajaran yang telah dipelajarinya ?Hasil temu bual didapati bahawa murid sukar mengingati pelajaran lepas kerana tidak mengulangkaji subjek ini dan ia juga tidak dinilai dalam UPSR.

Soalan temu bual (responden)

1. Adakah anda bermasalah dalam membuat hubungkait antara bentuk muka bumi dengan sektor ekonomi di Malaysia? Mengapa?

2. Adakah anda dapat membuat hubungkait antara bentuk muka bumi dengan sektor ekonomi di Malaysia setelah mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru? Mengapa?

3. Adakah anda bersetuju bahawa kaedah pengajaran yang digunakan oleh saya dapat membantu anda dalam membuat hubungkait? Mengapa?

PERANCANGAN PELASANAAN TINDAKAN

Jadual 1: Jadual pelaksanaan tindakan

BilAktiviti / TindakanTarikh pelaksanaanCatatan

1Mengenal pasti isu dan pengumpulan data awal

Minggu pertama-minggu kedua

2Menulis cadangan penyelidikan tindakan

Minggu kedua

3Merancang tindakan

Minggu ketiga

4Melaksanakan tindakan

Minggu ketiga minggu keempat

5Membincangkan masalah yang timbul semasa pelaksanaan tindakan

Minggu keempat

6Membuat refleksi mengenai penyelidikan tindakan

Minggu kelima

7Menulis laporan penyelidikan tindakan

Minggu keenam- minggu kelapan

8Membentangkan dapatan penyelidikan tindakanSelepas tamat intership

Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bagi melaksanakan kajian ini, saya telah membuat beberapa perancangan. Yang berikut ialah jadual pelaksanaan kajian tindakan yang telah dirancang.

BilTindakan\ MingguM1M2M3M4M5M6M7M8M9M 10M 11M 12

1Mengenal pasti isu dan pengumpulan data awal

2Menulis cadangan pemyelidikan tindakan

3Merancang tindakan

4Melaksanakan tindakan

5Membincangkan masalah yang timbul semasa pelaksanaan tindakan

6Membuat refleksi mengenai penyelidikan tindakan

7Menulis laporan penyelidikan tindakan

8Menghantar proposal

9Membentangkan dapatan penyelidikan tindakanSelepas tamat intership

Kos Kajian

Peruntukan kewangan amat diperlukan untuk menjalankan sesuatu kajian. Dalam menjalankan kajian ini, saya memerlukan bantuan kewangan untuk digunakan sebagai perbelanjaan. Oleh itu, saya telah merancang penggunaan kos melalui anggaran perbelanjaan seperti yang tertera dalam jadual di bawah.

Jadual 5: Kos kajian

BilKos seunitunitJumlah kos

Kertas ujianRM 0.10 (2 set)20RM 2.00

Kertas A4

RM 9.50 (1 rim)

1RM 9.50

Kertas A4 warna

RM 6.50

1RM 6.50

Pensel warna

RM 5.501RM 5.50

Pen warna

RM 6.00

1RM 6.00

Dakwat pencetak

RM 46.00

1RM 46.00

Jumlah keseluruhan

RM 75.50

Rujukan DR BOON PONG YING, DR NORIATI ABDUL RASHID dan WAN KAMARUDDIN, TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, OXFORDFAJAR, (2009)

Pengajaran dan pembelajaran sains sosial : teori dan amalan / Abd Rahim Abd Rashid - : Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 2002.Amir Hasan Dawi. (2002). Penteorian sosiologi dalam pendidikan. (2nd ed.).Tanjung Malim. Quantum Books.

Baharom Mohamad & Iliyas Hasyim (2010), Pengajaran Dan Pembelajaran, Batu Caves Selangor, PTS

Falsafah pendidikan kebangsaan. (1988). Diperoleh Januari 8, 2013, daripadaupu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php

Woolfolk, A. (1995). Refleksi. Diperoleh Januari 12, 2013, daripadawww.ipbl.edu.my/portal/praktikum/KPLI/08)%20&%20REFLEKSI.pdf

Yeong, S. Y. (1999). Borang soal selidik. Diperoleh Januari 11, 2013, daripadahttp://www.hbp.usm.my/PlanningStudio206/GrpThree/DataPrimer/Survey/q1.htm

Zainuddin Abu Bakar. (2010). Teori-teori perkembangan. Diperoleh Januari 10, 2013,daripada eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdfJamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (1999). Pengenalan kepada multimedia. KualaLumpur: Venton Publishings.Mohd Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka bentuk tinjauan soal selidik pendidikan. Skudai:Penerbit Universiti Teknologi MalaysiaPusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Kurikulum bersepadu sekolah rendah, sukatankajian tempatan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku / Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. Haliza Hamzah : Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar, 2009.Konsep Pendidikan/ Najeemah Md.Yusof Najeemah Md.Yusof : Bentong,Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, 2006.

Abd. Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip dan amalan pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan. Publications & Distributors. Abdullah Hassan, & Ainon Mohd. (2006).

10