Proposal Thesis

19

Click here to load reader

description

Proposal Thesis

Transcript of Proposal Thesis

1.1 PengenalanKelantan merupakan salah satu daripada negeri di Malaysia yang mempunyai sempadan antarabangsa dengan negara Thailand. Sempadan Malaysia-Thailand adalah sempadan antarabangsa yang memisahkan Malaysia dan Thailand yang merentasiKuala Perlis,Perlisdi barat ke muara Sungai Golok diPengkalan Kubur,Kelantandi timur.Sempadan ini telah wujud semenjak tahun 1909, berikutanPerjanjian Inggeris-Siam 1909. Perjanjian Inggeris-Siam 1909, dikenali juga sebagaiPerjanjian Bangkok 1909, ialah perjanjian antaraUnited Kingdomdan Thailandpada 1909. Perjanjian ini ditandatangani di Istana Raja Siam diBangkok pada 10 Mac 1909 dan diratifikasikan pada 9 Julai 1909. Kajayaan perjanjian ini sebenarnya diusahakan dan dimulakan bersungguh-sungguh oleh Edward Henry Strobel Penasihat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Siam. Melalui Perjanjian Bangkok 1909 itu, kerajaan Siam menyerahkan negeri-negeriseperti Kedah,Perlis,KelantandanTerengganuuntuk bernaung di bawah pemerintahan Inggeris. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pemecahan sempadan di antara dua negara iaitu Malaysia dan Thailand.Rantau Panjang merupakan sebahagian daripada mukim di negeri Kelantan yang bersempadan dengan Thailand. Rantau Panjang mempunyai penduduk yang sering berinteraksi dengan penduduk di pinggiran sempadan Thailand yang dipisahkan dengan Sungai Golok. Interaksi antara penduduk dua negara berjiran ini telah mewujudkan satu perhubungan sosial diantara mereka. Perhubungan ini dilihat memberi kesan dalam pelbagai aspek seperti ekonomi,sosial dan budaya seperti pengamalan budaya dan adat resam, makanan, pakaian, tutur bahasa dan sebagainya lagi.

1.2 Pemasalahan KajianBanyak penulisan berkaitan dengan teori pertembungan budaya serta asimilasi telah dihasilkan. Namun penulisan ini kebanyakkan hanya menumpukan dalam satu bentuk sahaja iaitu budaya yang terhasil daripada pertembungan dua kelompok masyarakat berbeza. Oleh itu, penulis juga cuba untuk menghasilkan kajian mengenai pertembungan dua kelompok berbeza di Rantau Panjang iaitu masyarakat Melayu di sempadan Malaysia dan juga masyarakat di sempadan Thailand atau Siam.Penulis juga ingin menghasilkan kajian ini kerana tertarik dengan pertembungan budaya ini kerana latar belakang penulis juga sama dengan aspek kajian yang ingin dihasilkan. Penulis mempunyai tali persaudaraan dengan masyarakat di Thailand iaitu ayah penulis berasal daripada Thailand.Penulis memilih Rantau Panjang sebagai kawasan kajian berbanding kawasan sempadan yang lain seperti di Bukit Bunga kerana melihat komunikasi antara dua masyarakat sempadan Malaysia dan Thailand di Rantau Panjang adalah lebih aktif berbanding di tempat yang lain.

1.3 Objektif KajianAntara objektif kajian ini ialah:i. Mengkaji aktiviti hubungan yang wujud antara penduduk di sempadan di Rantau Panjang.ii. Mengenal pasti masalah yang berlaku dalam hubungan antara dua masyarakat di sempadan.iii. Menganalisis kesan hubungan penduduk sempadan di Rantau panjang ke atas ekonomi dan sosio-budaya penduduk setempat.

1.4 Skop Kajiani. Skop AspekDalam kajian ini, penulis ingin mengkaji mengenai aspek ekonomi dan sosio budaya penduduk di Rantau Panjang hasil interaksi dengan masyarakat Thailand di sempadan. Dalam aspek ekonomi, penulis akan mengkaji dari beberapa sudut seperti hubungan perniagaan antara kedua-dua masyarakat tersebut, jenis barang dagangan dan beberapa sudut lagi. Manakala dari sudut sosio budaya pula, penulis akan menyelidik dalam beberapa aspek yang berkaitan dengan sosio budaya seperti adat resam, cara bertutur, aspek pemakanan dan sebagainya.ii. Skop MasaDalam kajian ini, penulis akan mengkaji perhubungan yang wujud antara dua masyarakat di sempadan Malaysia Thailand bermula semasa pemecahan yang berlaku ekoran daripada Perjanjian Enggeris-Siam 1909 dan kesan perhubungan yang wujud itu pada masa sekarang.iii. Skop Sempadan/ TempatKajian ini akan dibuat di salah satu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Rantau Panjang. Kajian ini akan menfokuskan kepada penduduk yang tinggal di kawasan sempadan negara ini dan juga di tempat-tempat yang dijadikan kawasan perniagaan yang ada aktiviti dua hala antara masyarakat sempadan Malaysia dan Thailand.

1.5 Kawasan KajianRantau Panjang merupakan daerah yang terletak di Pasir Mas, Kelantan. Jajahan Pasir Mas meliputi kawasan seluas 577.52 km persegi. Manakala seluas 139 km persegi terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Pasir Mas. Kawasan di luar Penguasa Tempatan ialah seluas 438.52 km persegi. Jajahan Pasir Mas terbahagi kepada 10 Daerah, 48 Mukim Tanah dan 83 Mukim Penghulu.Rantau Panjang merupakan sebuahpekanyang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantandalam kawasan baratjajahan Pasir Mas. Rantau Panjang berada 39kilometerdi barat daya bandarKota Bharudan terletak berhampiran dengan Sungai Golok,Thailand. Terdapat beberapa cara untuk sampai ke rantau panjang. Antaranya ialah melalui jalan darat seperti dari Kuala Lumpur boleh menggunakan jalan raya Gua Musang Kota Bharu Pasir Mas, dari utara semenanjung (Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis boleh dihubungkan melaui Jalan Raya Timur Barat (Grik) Kota Bharu Pasir Mas dan sebagainya lagi. Melalui jalan udara pula boleh diakses melalui Melalui kapal terbang Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan seterusnya menaiki teksi di lapangan terbang kemudian bas terus ke Pasir Mas melalui jalan Pengkalan Chepa Kota Bahru Salor Pasir Mas dan jalan Pengkalan Chepa Kota Bahru Pasir Pekan Pasir Mas- Rantau panjang serta melalui jalan kereta api Kuala Lumpur Tumpat.Rantau Panjang berkeluasan 93.37 kilometer persegi. Daerah ini meliputi 16.16 peratus daripada jumlah keseluruhan keluasan Pasir Mas. Jumlah keseluruhan penduduk di Rantau Panjang yang dicatatkan pada tahun 2010 ialah seramai 3864 orang. Penduduk Melayu merupakan penduduk yang paling ramai di kawasan ini iaitu seramai 3555 orang diikuti penduduk Cina 127 orang, India seramai 3 orang dan selebihnya adalah golongan lain-lain.

1.6 Metodologi KajianUntuk mengumpulkan data dan mendapatkan maklumat yang tepat, beberapa metodologi kajian perlu digunakan. Justeru, untuk tujuan kajian ini penulis akan menggunakan beberapa cara. Metodologi kajian pertama yang digunakan penulis ialah kajian lapangan. Penulis turun ke lapangan kajian iaitu di Rantau Panjang untuk mendapatkan data yang lengkap dan juga untuk menjalankan pemerhatian dan soal selidik terhadap sampel yang telah ditetapkan. Sampel dalam kajian ini ialah penduduk Rantau Panjang yang bersempadan dengan Thailand.Selain itu, kaedah lain yang digunakan oleh penulis untuk menjayakan kajian ini ialah kajian ke perpustakaan (library research). Kaedah ini membolehkan data-data dan maklumat-maklumat penting dikumpulkan daripada jurnal-jurnal, artikel-artikel, akhbar-akhbar lama, tesis atau disertasi, buku-buku dan penerbitan-penerbitan rasmi yang lain yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian. Dalam melaksanakan kajian ini, pembacaan dan penyelidikan dilakukan di Pustaka Negeri Kelantan, Perpustakaan Muzium Negara, dan Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI, dan perpustakaan-perpustakaan lain. Dengan data-data yang telah dikumpulkan, ulasan keseluruhan akan dilakukan.Antara instrumen yang akan digunakan oleh penulis dalam penyelidikan ini ialah soal selidik. Soal selidik dipilih kerana ia adalah antara langkah yang mudah dan efektif dalam mengumpulkan data. Selain itu ia juga menjimatkan masa, kos dan tenaga. Jumlah soalan dalam borang soal selidik ini bilangannya dianggap releven untuk tujuan kajian ini. Soal selidik yang akan digunakanolehpenyelidikadalahbutiran responden dalam Bahagian A. Manakala soalan dalam Bahagian Bmerangkumipenjelasanbagiobjektifkajian iaitu mengkaji sejauhmana aktiviti hubungan yang wujud antara penduduk sempadan di Rantau Panjang, menganalisis kesan hubungan penduduk sempadan di Rantau Panjang ke atas ekonomi penduduk setempat dan menganalisis kesan hubungan penduduk sempadan di Rantau panjang ke atas sosio-budaya penduduk setempat.1.7 Kajian LepasBerdasarkan kepada tinjauan yang dilakukan, terdapat banyak penulisan kajian lepas yang memaparkan bentuk kajian yang mempunyai kaitan dengan tajuk yang ingin dikaji. Saya berjaya mengumpul beberapa kajian lepas yang relevan dengan permasalahan kajian. Kajian ini terdapat dalam pelbagai bentuk seperti penulisan tesis atau kajian ilmiah, jurnal dan sebagainya lagi. Antara kajian lepas yang dirujuk untuk kajian ini ialah :1. Hubungan Rentas Sempadan Dan Pengaruhnya Terhadap Pembentukan Pemikiran Hukum Islam Di Kelantan ( 2011 ) oleh Noor Naemah Abdul Rahman dan Mohamad Nabil Mohamad Shukri. Kajian ini cuba menyoroti hubungan antara tahap intelektualisme hukum sesebuah masyarakat serta aliran pendidikan dan pemikiran hukum yang dikuti oleh masyarakat yang berlaku di negeri Kelantan dengan menggunakan pendekatan analisis historis.Penelitian terhadap fakta yang ada mampu menjelaskan rantaian hubungan dan jaringan pemikiran rentas sempadan antara pusat pendidikan asal dengan nilai intelektualisme yang terbentuk dalam sempadan tempatan.Fakta sejarah yang diadun dalam kajian ini telah menemukan empat pusat pendidikan utama yang berpengaruh besar kepada pembentukan nilai intelektualisme hukum di negeri Kelantan. Empat pusat tersebut adalah al-Haramain, Patani, Mesir dan India. Artikel ini akan membincangkan bagaimanakah bentuk rentas hubungan yang wujud antara keempat-empat pusat tersebut dengan bentuk pendidikan di negeri Kelantan dan pengaruhnya kepada pembentukan nilai intelektualisme hukum dalam masyarakat tempatan.

2. Asimilasi Bangsa Melayu Di Patani: Keberkesanan Dasar Dan Survival Budaya Minoriti ( 2012) oleh Che Mohd Aziz Yaacob. Dalam kajian ini, penulis kajian ini cuba menerangkan dan mengkaji hubungan masyarakat Melayu Patani dengan Masyarakat Budha Thailand. Konflik Patani merupakan rentetan pertembungan dua budaya dan identiti manusia yang berbeza yang melibatkan Orang Melayu Islam Patani (OMIP) dan Orang Thai Buddha. Pertembungan yang masih belum berkesudahan ini bermula apabila OMIP bangkit secara kekerasan (setelah cara lembut tidak berjaya) untuk mempertahankan identiti dan budaya mereka daripada polisi-polisi kerajaan Thailand yang dilihat cuba mengasimilasikan OMIP ke dalam identiti dan budaya Thai-Buddha. OMIP merasakan polisi asimilasi ini menafikan hak golongan minoriti dan tidak membawa apa-apa kebaikan kepada mereka.

3. Jati Diri Kaum Dan Perpaduan: Kajian Kes Cina Peranakan Kelantan Di Malaysia (2014) oleh Mohd Shahrul Imram Lim Abdullah.Kajian ini memperlihatkan cara bagaimana komuniti Cina peranakan Kelantan mengidentifikasikan diri mereka serta kesannya ke atas isu perpaduan di Malaysia dan di Kelantan khususnya. Kepelbagaian budaya di Malaysia sebahagian besarnya berkait dengan pelbagai budaya serantau di negara ini, yang terus wujud, dan dalam beberapa kes, membangun dan maju. Budaya yang berbeza ini bertembung dan berinteraksi dalam konteks kesatuan negara dan budaya Malaysia. Dari sudut yang sama, terdapat orang yang berasal luar Malaysia, terutama orang Cina, membawa bersama budaya dan adat istiadat tanah asal mereka dan diintegrasikan budaya ini secara berperingkat dalam negara yang mereka sedang menetap ini. Artikel ini membincangkan cara orang Cina memilih kerakyatan Malaysia dan menjadi anggota masyarakat Malaysia yang pelbagai budaya.

4. Aktiviti Ekonomi Sempadan di Perairan Sg. Golok-Rantau Panjang: Isu dan cabaran (2013) oleh Fauzi Hussin, Norehan Abdullah, Hussin Abdullah, dan Selamah Maamor. Kajian ini akan membincangkan mengenai ekonomi dan cabaran serta masalah di sempadan Sg Golok. Perairan Sungai Golok sepanjang kira-kira 29.9 kilometer bermula dari Pengkalan Kubor, Tumpat hingga Rantau Panjang, Kelantan menjadi sempadan utama yang memisahkan negeri Kelantan (Malaysia) dengan wilayah Narathiwat, Thailand. Dari segi penguatkuasaan di sempadan perairan Sungai Golok dan zon bebas cukai Rantau Panjang didapati terdapat pelbagai kesukaran yang dihadapi oleh anggota-anggota keselamatan dari agensi-agensi tertentu yang bertugas mengawal sempadan berkenaan. Walaupun terdapat anggota keselamatan seperti Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), Unit Kastam (bahagian penguatkuasaan), dan tentera (menggantikan tugas Pasukan Gerak Am) yang mengawal keluar-masuk barangan secara haram melalui Sungai Golok ke/dari zon bebas cukai Rantau Panjang tetapi kemasukan barangan secara haram ini masih berlaku.

5. Bahasa Sempadan Malaysia-Thailand: Pengekalan Vs Peralihan Bahasa (2013) oleh Mohammad Fadzeli Jaafar, Norsimah Mat Awal, Mohammed Azlan Mis, dan Hayati Lateh.Kajian ini membincangkan isu bahasa sempadan di Malaysia-Thailand, yang akan dihubungkan dengan konsep pengekalan bahasa (language maintenance) dan peralihan bahasa (language shift). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bahasa yang paling dominan digunakan di sempadan Malaysia-Thailand dan sebab pemilihan bahasa tersebut. Kajian ini tertumpu di Rantau Panjang yang terletak dalam negeri Kelantan, Malaysia dan Golok (Sungai Kolok), dengan bandar utamanya Narathiwat, Thailand. Kajian ini telah mendapatkan 202 responden yang dapat mewakili komuniti penutur di kedua-dua kawasan kajian. Responden kajian hanya terdiri dari komuniti penutur yang tinggal di Rantau Panjang dan Golok sahaja. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat penggunaan bahasa ialah soal selidik. Kajian ini turut menggunakan dua kaedah lain, iaitu pemerhatian langsung dan temu bual sebagai pelengkap. Hasil kajian menunjukkan bahawa situasi pengekalan bahasa telah berlaku di sempadan Malaysia-Thailand, khususnya di Golok, apabila majoriti responden memilih dialek Melayu Patani berbanding bahasa Thai. Berdasarkan pemerhatian dan temu bual dengan responden, didapati bahawa pemilihan dialek Melayu Patani di Golok ditentukan oleh faktor budaya, politik dan bahasa.

1.8 Organisasi BabKajian ini dibahagikan kepada lima bab termasuk pengenalan. Dalam bab pengenalan, dijelaskan mengenai masalah yang diselidiki, tujuan kajian, skop kajian, dan prosedur keseluruhan kajian ini.Bab II menjelaskan secara ringkas sejarah pemisahan wilayah-wilayah di utara Semenanjung Malaysia sekitar tahun 1800 terutamanya wilayah di negeri Kelantan. Dalam bab ini juga menceritakan mengenai latar belakang demografi, geografi dan geologi negeri Kelantan khususnya Rantau Panjang. Dalam bab ini juga, penulis akan membincangkan sejauh mana perhubungan yang wujud antara dua masyarakat ini.Dalam bab III pula, akan membincangkan mengenai masalah yang sering timbul dalam aktiviti hubungan yang dilakukan oleh penduduk di Rantau Panjang dengan penduduk di sempada Thailand.Bab IV pula, penulis akan membincangkan hasil kajian mengenai kesan ke atas aspek ekonomi dan juga sosio budaya hasil daripada perhubungan dan interaksi yang wujud ini.Bab V pula akan merumuskan semua hasil kajian yang telah dilakukan oleh penulis mengenai kesan perhubungan masyarakat sempadan Malaysia-Thailand.

1.9 Tempoh Kajian BulanHariJanFebMacAprMeiJunJulaiOgsSeptOtbNovDis

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

2.0 KesimpulanKesimpulannya, dalam mengkaji kesan hubungan antara masyarakat di sempadan Malaysia Thailand ini, dua kesan akan ditumpukan iaitu kesan dari sudut ekonomi dan kesan dari sudut sosio budaya. Dalam sudut ekonomi, kajian akan bertumpu kepada sejauh mana perhubungan dua masyarakat ini dalam aktiviti ekonomi yang seterusnya akan mewujudkan kesan ekonomi ke atas penduduk di sempadan Malaysia iaitu penduduk di Rantau Panjang. Manakala kesan ke atas sosio budaya pula akan ditumpukan kepada beberapa sudut atau bahagian seperti kesan perhubungan ke atas adat resam, bahasa pertuturan, cara pemakaian, makanan dan sebagainya lagi.

11