Proposal.pptx

10
Meningkatkan Kemahiran Operasi Tolak Dalam Lingkungan 18 Tanpa Mengumpul Semula Dalam Bentuk Lazim Menggunakan ‘Hanging Colourful Clips’. SANDRA YOHANA UKOH@JEREMMY

Transcript of Proposal.pptx

Meningkatkan Kemahiran Operasi Tolak Dalam Lingkungan 18 Dalam Bentuk Lazim Menggunakan Hanging Colourful Clips.

Meningkatkan Kemahiran Operasi Tolak Dalam Lingkungan 18 Tanpa Mengumpul Semula Dalam Bentuk Lazim Menggunakan Hanging Colourful Clips.SANDRA YOHANA UKOH@JEREMMY

1.0PENDAHULUAN

1.1PengenalanSecara umumnya, program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira).Koh Boh Boon (1982) menyatakan bahawa pendidikan pemulihan adalah terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid lambat iaitu mereka yang lambab atau lambat mencapai pembalajaran pada tahap yang sepatutnya dicapai.

Sampson (1975) pula mentafsirkan pendidikan pemulihan merupakan tindakan-tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

1.2Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu (berserta sorotan literatur kajian)

Melalui hasil dapatan saya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan semasa menjalani Praktikum Fasa I dan Fasa II di sekolah rendah di daerah Tawau, saya telah mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi oleh murid dalam mata pelajaran Matematik Tahun 2. Dapatan awal menunjukkan murid membuat persepsi awal bahawa mata pelajaran ini agak sukar dan kurang diminati. Murid kurang memberikan perhatian apabila mata pelajaran ini diajar kerana mereka beranggapan bahawa mata pelajaran ini agak sukar difahami menyebabkan mereka boson dan tidal meminati mata pelajaran ini. Selain itu, murid sering kali mengeluh dan merasa jauh ketinggalan daripada rakan-rakan lain apabila mendapat markah yang rendah apabila diberi lembaran kerja oleh guru diakhir langkah pengajaran. Hal ini menyebabkan murid berputus asa kesan daripada motivasi yang rendah dalam mempelajari mata pelajaran ini. Namun punca utama murid mendapat markah yang rendah dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru adalah disebabkan oleh murid yang tidak memahami konsep operasi tolak dalam bentuk lazim. Misalnya, murid iii tidak dapat menyelasikan soalan operasi tolak apabila ditukarkan kepada bentuk lazim.1.3Refleksi Nilai Pendidikan (berserta sorotan literatur kajian)

Masalah yang dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran operasi tolak dalam bentuk lazim merupakan masalah yang tidak boleh dipandang mudah oleh guru kerana kegagalan murid adalah disebabkan oleh kegagalan guru dalam menangani masalah dalam pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar. FOKUS KAJIAN

2.1Pengenalan (berserta sorotan literatur kajian)Bahagian ini menerangkan tentang isu dan pernyataan masalah serta literatur dan kajian lalu berkaitan dengan isu.2.2Isu dan Penyataan Masalah Kajian (berserta sorotan literatur kajian)

Penggunaan kaedah pengajaran matematik yang biasa dalam bilik darjah seperti kaedah tunjukcara kurang berkesan untuk meningkatkan kemahiran mengingat murid jika tidak diikuti diaplikasikan menggunakan model tunjukcara yang sesuai diikuti dengan contoh yang mudah difahami oleh murid. Hal ini kerana ilmu yang didapati oleh murid hanya tersimpan dalam ingatan jangka pendek. .Sehubungan dengan itu, saya menggunakan bahan kitar semula sebagai bahan bantu mengajar iaitu penyangkut baju dan penyepit kain untuk meningkatkan kemahiran tolak dalam lingkungan 18 dalam bentuk lazim dalam mata pelajaran Matematik.2.3Tinjauan Literatur dan Kajian Lalu Berkaitan dengan Isu Kajian

Bahagian ini membincangkan tentang definisi berkaitan dengan kajian dan kajian lalu berkaitan dengan isu kajian.2.3.1 Definisi Berkaitan Kajian

3.0OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

3.1Pengenalan Bahagian ini akan menerangkan tujuan kajian, objektif kajian dan persoalan kajian. Hal ini adalah sebagai garis panduan kepada pengkaji dalam pelaksanaan kajian ini.

3.2 Tujuan KajianTujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran tolak dalam lingkungan 18 dalam bentuk lazim dalam Mata pelajaran Mathematik Tahun 2 menggunakan Hanging Colourful Clips.