Prosedur

15
KURSUS PRA-PERKAHWINAN Langkah 1 : Kalau nak nikah kena KURSUS RM80-RM120 Kursus Perkahwinan dan dapatkan SIJIL KURSUS PERKAHWINAN (jangan hilang) Kursus ini harus anda hadiri sekurang-kurangnya sebulan (1) sebelum menikah. Kedua-dua pasangan : – Lelaki yang berumur 45 tahun ke bawah – Perempuan yang berumur 40 tahun ke bawah. Mereka yang disebutkan diatas, diwajibkan menghadiri Kursus Perkahwinan ini. Arakian ini merupakan syarat PERMOHONAN PERKAHWINAN DI MALAYSIA. Warga asing tidak diwajibkan mengikutinya. Walau bagaimanapun jika kursus pra perkahwinan diadakan dalam bahasa yang boleh difahami oleh bakal suami/isteri saudari/saudara, mereka digalakkan untuk menyertainya. ü Waktu Kursus 2-3 hari. ü Fotokopi Kad Pengenalan ü Gambar ukuran Passport bagi lelaki – memakai songkok

description

:)

Transcript of Prosedur

KURSUS PRA-PERKAHWINANLangkah 1 : Kalau nak nikah kena KURSUS RM80-RM120

Kursus Perkahwinan dan dapatkan SIJIL KURSUS PERKAHWINAN (jangan hilang) Kursus ini harus anda hadiri sekurang-kurangnya sebulan (1) sebelum menikah.

Kedua-dua pasangan :

Lelaki yang berumur 45 tahun ke bawah

Perempuan yang berumur 40 tahun ke bawah.

Mereka yang disebutkan diatas, diwajibkan menghadiri Kursus Perkahwinan ini. Arakian ini merupakan syarat PERMOHONAN PERKAHWINAN DI MALAYSIA.

Warga asing tidak diwajibkan mengikutinya. Walau bagaimanapun jika kursus pra perkahwinan diadakan dalam bahasa yang boleh difahami oleh bakal suami/isteri saudari/saudara, mereka digalakkan untuk menyertainya.

Waktu Kursus 2-3 hari.

Fotokopi Kad Pengenalan

Gambar ukuran Passport bagi lelaki memakai songkok

Gambar ukuran passport bagi perempuan berhijab dan memakai baju kurung

bORANG PERMOHONAN NIKAH - LOVEINGLASS

Langkah 2 : JOM pi beli Borang Permohonan Nikah :

HEHEHE SEKARANG INI MALAYSIA DAH TAK PAKAI BORANG2 MACAM DULU DAH. SEMUA PERMOHONAN TUK BERKAHWIN/PERMOHONAN MENIKAH DAH BOLEH BUAT ONLINE??? !!!! YEW KER..??? JAWABANNYA IYA.

JUST GO DEKAT HALAMAN WEB JABATAN AGAMA DI NEGERI ANDA AND CARI -PERMOHONAN NCR CONTOH LAMAN NCR BAGI JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR :

Sila Rujuk Sumber : PERMOHONAN PERNIKAHAN ONLINE NCR TERKINI !!!!

Borang Permohonan Nikah dibeli dengan hatga : RM 5/setbagi sesetengah Pejabat Agama, pembelian borang tersebut tidak boleh diwakilkan kepada sesiapa. Sesetengah Pejabat Agama mungkin boleh menerima wakil dengan syarat salinan kad pemohon disertakan

Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar seawal 3 bulan atau paling lewat 2 hingga 4 minggu sebelum tarikh bernikah. Semasa membeli borang, pastikan segala senarai dokumen yang diperlukan diperolehi dari Pejabat Agama daerah masing-masing. Jika pasangan dari negeri lain, pasangan perlu mendapatkan Borang Permohonan Nikah dari negeri asalnya.

Borang Permohonan Nikah negeri Johor adalah di dalam tulisan jawi, tetapi pemohon boleh mengisinya di dalam tulisan rumi.

Borang permohonan terdiri daripada 2 jenis borang :

Borang 1 Borang Permohonan oleh Lelaki untuk kebenaran berkahwinBorang 2 Borang Permohonan oleh Perempuan untuk kebenaran berkahwin Borang Ujian Saringan HIV lengkap dengan sampul juga disertakan bersama tetapi perlu dibeli dengan harga RM5/set

Dapatkan Surat Akuan Status Diri / Surat Akuan Bujang dari Pejabat Agama

DAPATKAN SURAT PENGESAHAN PASSPORT DI BAHAGIA UNDANG-UNDANG SYARIAH DI JABATAN AGAMA BAGI PERNIKAHAN WARGANEGARA DENGAN WARGANEGARA ASING

BAWA SURAT INI KE PEJABAT IMIGRASI UNTUK PENGESAHAN PASSPORT PASANGAN ANDA

SURAT PENGESAHAN PASSPORT TERSEBUT DILAMPIRKAN BERSAMA DOKUMEN-DOKUMEN DIATAS.

Langkah 3 : Isi Borang Permohonan lengkap Pra-syarat berkahwin yang kedua-dua pihak perlu patuhi :-

Sekiranya janda atau duda, dapatkan sijil penceraian atau kematian pasangan yang sebelumnya.

Sekiranya masih bujang, dapatkan pengesahan mengenai status bujang dari Penghulu atau Ketua Kampung atau Majikan yang beragama Islam.

Sekiranya saudara baru, dapatkan Akuan Memeluk Agama Islam atau Sijil Pengenalan Saudara Baru yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah.

Sekiranya tinggal di alamat yang berlainan dari yang dicatat pada kad pengenalan, perlu mendapat Pengesahan Bermastautin dari Ketua Kampung atau Penghulu.

(syaratnya harus tinggal ditempat baru melebihi 6 bulan)

Langkah 4 : Mendapatkan tandatangan 2 saksi untuk Borang Permohonan dan tandatangan Wali

Saksi untuk borang permohonan terdiri daripada 2 orang lelaki yang bukan di kalangan keluarga dan ia hanyalah untuk saksi dalam bagi borang permohonan nikah ini sahaja.

Wali diperlukan untuk menandatangani borang permohonan nikah ini.

NOTA : SEANDAINYA WALI ANDA (AYAH KANDUNG/WALI YANG SAH MENGIKUT SUSUNAN WALI) TIDAK MAHU MEWALIKAN PERNIKAHAN ANDA/ TIDAK DAPAT HADIR PADA HARI DIMANA MAJLIS AKAD NIKAH DI ADAKAN, ATAS ALASAN KESEHATAN ATAU PERIBADI LAINNYA, SILA LENGKAPKAN SURAT IZIN WAKALAH YANG BISA DI MUAT TURUN/ MENDAPATKANNYA DI KAUNTER PEJABAT NIKAH KAHWIN, CERAI DAN RUJUK DI JABATAN AGAMA TERDEKAT. SETELAH MENGISI SURAT PERMOHONAN IZIN WAKALAH TERSEBUT, ANDA PERLU MEMBUAT PENGESAHAN DARI PEJABAT AGAMA SETEMPET DAN PASTIKAN ANDA MENDAPATKAN PENGESAHAN TERSEBUT. TANPA PENGESAHAN DARI PIHAK PERWAKILAN AGAMA SETEMPAT INI, SURAT WAKALAH ANDA TIDAK SAH DAN TIDAK DAPAT DIGUNAKAN.

Sila Rujuk : SURAT WAKALAH DALAM HAL PERWALIAN PANDUAN MENGISI SURAT PERMOHONAN IZIN WAKALAH

Sila Rujuk : WALI HAKIM SUSUNAN WALI

Sila Rujuk : PROSEDUR PERMOHONAN WALI HAKIM

surat pengesahan bujang-LOVEINGLASS

Langkah 5 : Surat Akuan Status Diri

Dapatkan Surat Akuan Status Diri / Surat Akuan Bujang dan hanya ianya boleh diperolehi oleh satu satu daripada berikut :

PenghuluKetua KampungMajikan beragama Islam;Surat kebenaran PDRM (untuk anggota polis)Surat Kebenaran KAGAT (untuk anggota tentera) Sila bawa seorang saksi semasa hendak menandatangani surat ini

Maklumat penghulu atau ketua kampung boleh dirujuk di Pejabat Tanah dan Daerah yang berdekatan tempat tinggal masing-masing.

Langkah 6 : Ujian Saringan HIV:

Laporan Pengesahan Pemeriksaan Kesihatan (HIV) hanya boleh diperolehi dari Hospital atau Klinik Kerajaan Malaysia Sahaja.

Ujian di klinik Kerajaan hanya perlu bayar RM1 sahaja tetapi perlu merujuk kepada jadual waktu tertentu untuk menjalani ujian ini.

Berbanding jika ujian saringan HIV di klinik swasta, jumlah perkhidmatan yang dikenakan adalah RM25.

Sebelum ujian HIV dijalankan, pemohon perlu mengisi satu borang yang dikeluarkan oleh pihak klinik terlebih dahulu.

Langkah 7 : Menyediakan salinan dokumen berkenaan :- Pastikan salinan dokumen seperti berikut disediakan : Kad pengenalan bakal pengantin lelaki

Kad pengenalan bakal pengantin perempuan

Kad pengenalan Wali

Kad pengenalan Saksi Borang (2 lelaki)

Sijil Kursus Pra Perkahwinan

Surat Akuan Status Diri

Sijil asal dan salinan Nikah ibubapa (Untuk pengantin perempuan anak pertama sahaja)

Antara dokumen tambahan (JIKA BERKAITAN SAHAJA)

Salinan surat mati wali ( jika wali meninggal dunia )

Surat/kad akuan memeluk Islam ( jika saudara baru )

Sijil Cerai asal (jika duda atau janda)

Salinan Sijil Kematian (jika balu)

Surat Kebenaran Berkahwin Luar Kariah @ Luar Negeri (jika bakal suami tinggal berlainan daerah Pejabat Agama Daerah atau di lain negeri)

Surat Sokongan dari Jabatan Imigresen Malaysia (jika pemohon warganegara yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara )

Surat Pengesahan Tandatangan Wali jauh (jika wali tinggal jauh dari tempat permohonan)

Surat kebenaran Berkahwin bawah umur oleh Hakim Syarie (jika pemohon bawah umur)

Surat Kebenaran Berpoligami daripada Mahkamah Syariah (jika berpoligami)

Surat Pernyataan Tiada Halangan Berkahwin daripada Kedutaan Negara Pemohon (warganegara asing)

Surat Pengesahan Pas Bagi Tujuan Perkahwinan Warganegara Asing daripada Jabatan Imigresen Malaysia (warganegara asing)

Surat Kebenaran KAGAT Borang BAT D 193 (jika anggota tentera)

Surat Kebenaran PDRM (jika anggota polis)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN JIKA PENGANTIN LELAKI/PEREMPUAN PEMEGANG KAD PENGENALAN MERAH, HIJAU, COKLAT

Salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk;Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen.DOKUMEN YANG DIPERLUKAN JIKA PENGANTIN LELAKI (WARGANEGARA ASING)

Salinan PassportSurat Keterangan diri dari pihak agama / berkuasa negara asal (surat izin tumpang menikah di Malaysia)Bagi pemohon duda- sertakan Akuan Perceraian atau Sijil Kematian pasangan terdahulu.Surat kebenaran menikah daripada Kedutaan / Embassy di MalaysiaDOKUMEN YANG DIPERLUKAN JIKA PENGANTIN PEREMPUAN (WARGANEGARA ASING)

Salinan PassportSurat Keterangan diri dari pihak agama / berkuasa negara asal (surat izin tumpang menikah di Malaysia)Surat Wakalah (bagi pernikahan yang tidak dihadiri oleh wali sewaktu pernikahan berlansung) Surat ini dari Wali yang sudah disahkan benar dari pihak agama / pihak berkuasa setempat Negara asal.Bagi pemohon janda / balu sertakan Akuan Perceraian atau Sijil Kematian pasangan terdahulu.Surat kebenaran menikah daripada Kedutaan / Embassy / Konsulat di MalaysiaAPABILA PASANGAN ANDA MERUPAKAN KERAKYATAN WARGANEGARA ASING

Bawa bakal isteri/suami anda ke PEJABAT IMIGRESEN berdekatan dan serahkan SURAT PERMOHONAN PENGESAHAN PASSPORT yang anda ambil di BAHAGIAN UNDANG-UNDANG SYARIAH tadi dan serahkan ke kaunter imigresen untuk disahkan/dicop.Langkah 8 : Menghantar borang permohonan lengkap

Bawa semua dokumen yang sudah lengkap ke bahagian Undang Undang Syariah di Jabatan Agama.

Submit semua dokumen.

Pastikan sijil asal Sijil Nikah ibubapa (Untuk pengantin perempuan (ANAK PERTAMA) sahaja) dibawa bersama.

Setelah itu anda harus ke Kaunter Semakan dan Temubual.

Temubual ringkas akan dibuat dan soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan soalan-solan yang biasa sebagai seorang Islam.

APABILA PASANGAN ANDA MERUPAKAN KERAKYATAN WARGANEGARA ASING :

Pasangan anda dibenarkan pulang ke negara asal beliau setelah pemotongan permit kerja.Sila bawakan SURAT PENGESAHAN PASSPORT (SALINAN) tersebut bersama dengannya untuk URUSAN VISA ketika berada di negara beliau. Tujuannya adalah untuk memudahkan anda mendapatkan PASS LAWATAN SOSIAL dari Pejabat Imigresen di Negara beliau.Pasangan anda di perbolehkan kembali ke MALAYSIA setelah mendapatkan PASS LAWATAN SOSIAL dari Negara-nya untuk melanjutkan RESEPSI PERNIKAHAN TANPA SEBARANG MASALAH.Langkah 9 : Membeli 2 Borang terakhir (dah boleh senyum ni, sebab step ni yang paling menbahagiakan dalam mengurus prosedur pernikahan

BORANG 3 KEBENARAN MENIKAH akan dikeluarkan setelah semua dokumen anda lengkap serta sessi temubual sudah selesai.

BELI BORANG 6 RM 2 (PERMOHONAN MENDAFTARKAN NIKAH)

BELI BORANG 8 RM10 (SIJIL NIKAH)

Pihak Agama setempat akan menyertakan seberondong dokumen untuk anda bawa bertemu orang terakhir yang memainkan peranan sebagai JURUNIKAH.

Aduhai bahagianyer.. apalagi kalau pasangan yang mengurus sendiri semua prosedur ni. Rasa bangga menjalar-jalar diurat saraf. Manis kawan, seperti berendam di telaga madu.. suuuiiitt, suuuiiittt lepas ni, dah boleh jumpa JURUNIKAH / IMAM MUKIM untuk urusan aduh aduh AKAD NIKAH SubhanAllah bahagia bukan buatan ya

Langkah 10 : Menghantar Borang 3, 6 & 8 kepada JURUNIKAH / IMAM

MasyAllah, senyum manis tak dapat dibuat-buat kawan.. Senyum bakal raja sehari akan sendirinya terpancar tanpa diminta. J sabra kawan kena tunggu beberapa waktu lagi. J

Bawalah seberondong dokumen yang isinya adalah ketiga-tiga dokumen diatas menghadap JURUNIKAH yang sudah di sertakan alamatnya, serta no telefon oleh PIHAK PEJABAT AGAMA. Namun disini siapa pun boleh menyerahkan dokumen ini. Sebaiknya WALI dari pihak perempuan atau ayahanda dari pihak lelaki yang menghantarnya. Lebih manis kawan J biar orang tua memainkan peranan mereka untuk penyempurnaan setengah dari dien anakanda tercinta.

nikah-persandinganabadi-loveiscinta

Langkah 11 : HARI AKAD NIKAH Thats your day my dear smile

Pastinya ini adalah detik-detik yang dinanti.

Ingatkanlah ayahanda tercinta agar beliau dapat menghubungi JURUNIKAH 2 atau 3 hari sebelum saatnya.

Pastikan semua Wali dan Saksi untuk majlis akad nikah dimaklumkan terlebih dahulu dan membuat persediaan.

Dengan perancangan yang betul dan baik, segalanya akan dipermudahkanNya. InsyAllah Allahumma Amin.

SEMOGA PERNIKAHAN KALIAN BERJALAN DENGAN LANCAR SAKINAH, MAWADDAH DAN WA ROHMAH AMIN

DOA PENGANTIN LELAKI PAS NIKAH

Ya Allah Ya Tuhan kami dengan barakah dan inayah daripadaMu kedua-dua mempelai ini telah selamat diijab kabulkan pada pagi yang berbahagia ini, maka Engkau berkatilah pasangan ini dan Engkau suburkanlah perasaan kasih sayang dan lemah lembut antara mereka berdua. Ya Allah sesungguhnya pasangan ini telah mengikut sunnah NabiMu Muhammad s.a.w maka tunjukkanlah pada mereka jalan ketaqwaan dan petunjukMu. Panjangkanlah umur kedua mempelai ini di dalam kesenangan dan kebahagiaan, kegembiraan yang berkekalan dan hati yang lapang.

Ya Allah Engkau jadikanlah kedua-duanya qanaah yakni merasa cukup dengan apa yang Engkau rezekikan) dan sentiasa memelihara rumah tangga mereka. Kurniakanlah mereka kesabaran dan ketenangan di dalam menghadapi segala cubaan hidup berumah tangga yang penuh pancaroba lebih-lebih lagi di akhir zaman ini. Rezekikanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta taat pada kedua ibu bapanya.

Ya Allah sempurnakanlah nikmat-nikmatMu dan luaskanlah rezeki kedua-dua mempelai ini, peliharalah kedua-duanya daripada akhlak-akhlak yang buruk hasil bisikan jin dan syaitan yang sentiasa cemburu terhadap anak Adam yang mendirikan rumah tangga.

Ya Allah, limpahkanlah kepada pasangan pengantin ini cinta yang Engkau jadikan pengikat rindu Rasulullah s.aw dan Khadijah, yang engkau jadikan mata air kasih sayang Saidina Ali kw dan Saidatina Fatimah ra, yang Engkau jadikan penghias keluarga nabiMu yang suci.

Ya Allah, kami memohon redhaMu, satukanlah keduanya sebagai suami isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingatkan di kala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan, saling menyempurnakan dalam beribadat kepadaMu.

Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

Doa pengantin lelaki

Langkah 12 : Pendaftaran dan Borang Permohonan Kad Perakuan Nikah

Dah nikah kan.. kena g daftar.. pas tu baru leh frame kan

Pendaftaran Perkahwinan hendaklah dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari setelah majlis pernikahan dijalankan dengan menggunakan Borang 6 Borang Permohonan Untuk Mendaftar Perkahwinan

Kad Perakuan Nikah boleh diperolehi dengan memohon di Bahagian Undang-Undang Syariah Pejabat Agama Daerah dengan bayaran sebanyak RM30 dengan menyertakan borang berikut :a) Borang permohonan yang lengkapb) Salinan Kad Pengenalan kedua-dua pihakc) Salinan Sijil Nikahd) Gambar berukuran passport (pengantin lelaki dan perempuan).

Pemohon akan dipanggil semula apabila kad siap.

PENDAFTARAN PERNIKAHAN YANG DILANSUNGKAN DI LUAR NEGARA DENGAN KEBENARAN PENJABAT NIKAH KAHWIN RUJUK DAN CERAI MALAYSIA

Pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan mengisi Borang Permohonan Pendaftaran Nikah Luar Negara:

1) Dokumen yang perlu dilampirkan

Kad pengenalan suami dan isteri (salinan)Muka surat hadapan pasport suami dan isteri beserta tarikh keluar masuk kenegara berkenaan untuk tujuan perkahwinan itu. [Salinan]Surat akuan atau kad Akuan Masuk Islam bagi Saudara Muslim. [Salinan]Surat Kebenaran Berkahwin daripada JAWI. [Salinan]Surat Perakuan Nikah dalam bahasa tempatan yang telah disahkan oleh Kedutaan Malaysia di Negara berkenaan atau Kedutaan Negara berkenaan di Malaysia dan Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra di Putrajaya. [Asal dan salinan]Surat Perakuan Nikah dalam bahasa tempatan yang telah disahkan oleh Kedutaan Malaysia di Negara berkenaan atau Kedutaan Negara berkenaan di Malaysia dan Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra di Putrajaya. [Asal dan salinan]Surat makluman perkahwinan dari Kedutaan /Konsulat Malaysia di negara di mana akad nikah dijalankan.Terjemahan Surat Perakuan Nikah daripada badan yang diiktiraf bagi Surat Perakuan Nikah selain dari Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris [Salinan]Akta Nikah Model N jika perkahwinan berlaku di Indonesia [Salinan]Surat mati suami atau isteri pasangan bagi duda/ balu kematian suami /isteri. [Salinan]Surat Perakuan Cerai bagi duda /janda. [Salinan]Surat Kebenaran Berkahwin menggunakan wali hakim jika berkahwin menggunakan wali hakim. [Salinan]Sekeping gambar bercetak majlis akad nikah yang jelas menunjukkan pasangan pengantin, wali, saksi-saksi dan jurunikah.2) Hadir bersama pasangan pada tarikh yang ditetapkan untuk proses soal selidik, bacaan taliq dan pendaftaran.