PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBANGUNAN PROFESIONAL ... · diambil di peringkat mesyuarat Lembaga....

14
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN BAGI AHLI GEOLOGI BERDAFTAR LEMBAGA AHLI GEOLOGI MALAYSIA JAWATANKUASA PROGRAM PEMBANGUNAN & PROFESIONAL LEMBAGA AHLI GEOLOGI MALAYSIA

Transcript of PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBANGUNAN PROFESIONAL ... · diambil di peringkat mesyuarat Lembaga....

Page 1: PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBANGUNAN PROFESIONAL ... · diambil di peringkat mesyuarat Lembaga. (d) Pengecualian: Ahli berdaftar boleh memohon kepada Lembaga untuk pengecualian keperluan

GARIS PANDUAN

PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN BAGI AHLI GEOLOGI

BERDAFTAR LEMBAGA AHLI GEOLOGI MALAYSIA

JAWATANKUASA PROGRAM PEMBANGUNAN & PROFESIONAL LEMBAGA AHLI GEOLOGI MALAYSIA

Page 2: PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBANGUNAN PROFESIONAL ... · diambil di peringkat mesyuarat Lembaga. (d) Pengecualian: Ahli berdaftar boleh memohon kepada Lembaga untuk pengecualian keperluan

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN

BAGI AHLI GEOLOGI BERDAFTAR

LEMBAGA AHLI GEOLOGI MALAYSIA

1. PENDAHULUAN

Pembangunan Profesional Berterusan (Continuing Professional Development

(CPD)) ditakrifkan sebagai mengekal, menambahbaik dan memperluas

pengetahuan dan kemahiran secara sistematik serta membangunan kualiti

peribadi untuk melaksanakan tugas profesional dan teknikal sepanjang hayat

kerja ahli yang berdaftar dengan Lembaga Ahli Geologi Malaysia. CPD adalah

komitmen holistik profesional ke arah peningkatan kemahiran peribadi dan

kecekapan sepanjang kerjaya mereka.

Objektif CPD untuk ahli berdaftar adalah supaya mereka mengekalkan

pengetahuan teknikal dan kemahiran iaitu kompetensi untuk melakukan

pekerjaan. Pada masa yang sama semua ahli perlu mengikuti perkembangan

geosains terkini dalam bidang mereka dan perubahan dalam kod dan

peraturan. Adalah sangat penting bagi semua ahli berdaftar komited dalam

CPD supaya mereka dapat menghadapi cabaran-cabaran semasa dan

memanfaatkan peluang yang mendatang.

2. OBJEKTIF DAN PROGRAM CPD:

Garis panduan ini adalah untuk menggariskan proses memulakan, membangun,

melaksana dan menilai program CPD. Objektif Program CPD adalah:

(a) Memastikan pembelajaran menjadi suatu kehendak dan proaktif, bukannya

pasif dan reaktif.

(b) Membantu ahli berdaftar menghadapi perubahan dalam halatuju kerjaya

dengan mengekalkan kualiti profesional dalam kerja-kerja perundingan,

perkhidmatan dan produk geosains agar berupaya menangani cabaran

baru.

(c) Memastikan bahawa kedua-dua kelayakan akademik dan praktikal tidak

ketinggalan zaman atau usang; membolehkan semua ahli geologi untuk

terus meningkatkan kemahiran diri, tanpa mengira pekerjaan, umur atau

tahap pendidikan.

Page 3: PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBANGUNAN PROFESIONAL ... · diambil di peringkat mesyuarat Lembaga. (d) Pengecualian: Ahli berdaftar boleh memohon kepada Lembaga untuk pengecualian keperluan

2

Memberikan manfaat kepada ahli berdaftar sebagai seorang individu dalam

memahami serta menggunakan kemajuan sains bagi membantu mereka

menjadi lebih produktif, meningkatkan kerjaya dan memenuhi aspirasi untuk

mempertingkatkan lagi tahap profesional mereka. Dalam masa yang sama,

pelanggan dan masyarakat juga mendapat manfaat yang lebih baik.

3. KUASA UNTUK MELAKSANA CPD

Seksyen 4 (1)(k) Akta Ahli Geologi 2008 (Akta 689): mengadakan atau

menyebabkan supaya diadakan program pembangunan profesional bagi ahli

geologi berdaftar dan pengamal berdaftar untuk mempertingkatkan

pengetahuan mereka dalam pembangunan terkini yang berhubungan dengan

profesion geologi.

4. KEPERLUAN CPD

(a) Semua ahli berdaftar dengan Lembaga diwajibkan untuk mengumpul

sekurang-kurangnya 10 mata kredit CPD sepanjang tahun, bermula dari

Januari setiap tahun sehingga Disember tahun yang sama.

(b) Semua ahli berdaftar melebihi umur 65 tahun diwajibkan untuk mengumpul

sekurang-kurangnya 5 mata kredit CPD sepanjang tahun; bermula dari

Januari setiap tahun sehingga Disember tahun yang sama.

(c) Kegagalan Mengumpul Mata Kredit Minimum CPD

i. Ahli berdaftar yang gagal untuk mencapai mata kredit tahunan minimum pada 15 Disember, pendaftaran mereka tidak akan diperbaharui untuk tahun berikutnya.

ii. Apa-apa rayuan bertulis daripada ahli berdaftar yang gagal memperolehi mata kredit minimum boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pelaksana CPD dan keputusan muktamad akan diambil di peringkat mesyuarat Lembaga.

(d) Pengecualian: Ahli berdaftar boleh memohon kepada Lembaga untuk pengecualian keperluan CPD, sekiranya:

a. Ahli tersebut cuti sakit melebihi 6 bulan. Dokumen sokongan perlu dikemukakan.

b. Ahli geologi asing yang bekerja kurang 12 bulan di Malaysia.

Page 4: PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBANGUNAN PROFESIONAL ... · diambil di peringkat mesyuarat Lembaga. (d) Pengecualian: Ahli berdaftar boleh memohon kepada Lembaga untuk pengecualian keperluan

3

5. PROGRAM CPD

Ahli berdaftar mesti merancang pengisian CPD mereka merangkumi bidang

kepakaran masing-masing, bidang-bidang geosains yang lain dan bidang-

bidang semasa yang diperlukan. Ahli berdaftar juga mesti berusaha untuk

meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang-bidang seperti kerja berpasukan

pelbagai disiplin, pengurusan, profesionalisme, komunikasi interpersonal, sikap

dan tingkah laku.

(a) Program CPD untuk ahli berdaftar akan terdiri daripada enam kumpulan

utama aktiviti:

i. Aktiviti Pendidikan dan Latihan Formal

ii. Aktiviti Pembelajaran Tidak Formal

iii. Persidangan dan Lawatan Lapangan

iv. Pembentangan dan Penerbitan

v. Sumbangan kepada Pembangunan Profesion

vi. Penglibatan Industri, Akademik dan Sektor Awam

Penjelasan bagi aktiviti di atas seperti di Lampiran A.

(b) Fungsi yang dilakukan secara rutin sebagai sebahagian daripada

pekerjaan biasa tidak boleh diambilkira - contohnya pensyarah universiti /

perunding tidak boleh menyenaraikan di bawah "Pembentangan dan

Kertas kerja" apa-apa kuliah / laporan perundingan yang mereka sediakan

sebagai sebahagian daripada pekerjaan mereka.

(c) Jika ahli berdaftar percaya bahawa dia menjalankan jenis CPD lain yang

mematuhi definisi am CPD, dia harus membuat permohonan itu untuk

diiktiraf bagi mendapatkan mata kredit.

6. AKTIVITI CPD YANG DILULUSKAN

Aktiviti CPD yang diluluskan ertinya aktiviti pembelajaran itu telah mencapai

standard CPD yang diperlukan. Nilai pembelajaran akan diteliti oleh

Jawatankuasa Pelaksanan CPD untuk memastikan integriti dan kualiti.

(a) Pengiktirafan rasmi CPD akan dilaksanakan oleh Lembaga. Aktiviti CPD

akan dijalankan oleh Lembaga sendiri atau organisasi lain yang

dipersetujui oleh Lembaga.

(b) Semua Institusi yang mengambil bahagian dalam program CPD akan

didaftarkan di Lembaga selepas permohonan dibuat menggunakan borang

permohonan CPD (Lampiran B). Berikut adalah kriteria yang boleh

digunakan untuk meluluskan atau menolak kursus CPD.

Page 5: PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBANGUNAN PROFESIONAL ... · diambil di peringkat mesyuarat Lembaga. (d) Pengecualian: Ahli berdaftar boleh memohon kepada Lembaga untuk pengecualian keperluan

4

Kriteria program CPD Y/N/NA

1. Penilaian aktiviti rekod terdahulu >75% memuaskan

2. Matlamat dan objektif pembelajaran telah disebutkan

3. Kandungan adalah tepat, relevan, terkini disokong

oleh bukti

4. Memenuhi keperluan pendidikan profesional dengan

memberi tumpuan kepada sekurang-kurangnya satu

aspek berkaitan geosains

5. Bahan pendidikan yang sesuai

6. Tempat yang sesuai

7. Penceramah mempunyai rekod maklum balas yang

baik

8. Aktiviti CPD adalah bukan promosi

9. Aktiviti CPD bukan untuk publisiti diri

(c) Pengiktirafan sebagai penyedia CPD yang diluluskan akan dikendalikan

oleh Jawatankuasa Pelaksana CPD.

(d) Semua pembekal CPD dikehendaki mengisytiharkan apa-apa konflik

kepentingan bagi setiap program CPD yang dianjurkan.

(e) Lembaga akan menyimpan senarai semua institusi yang diluluskan dan

senarai akan dikaji semula setiap 3 tahun atau sekiranya perlu.

(f) Jawatankuasa Pelaksana CPD boleh menghantar pemerhati untuk menilai

kualiti dan prestasi pembekal CPD.

7. MATA KREDIT CPD

(a) Mata kredit CPD ditentukan oleh Jawatankuasa Pelaksana CPD dan

diluluskan oleh Lembaga seperti berikut:

Kumpulan Aktiviti Utama

(Lampiran A)

Jenis Program CPD Mata Kredit

Aktiviti Pendidikan dan Latihan Formal

Sepenuh masa pengajian selama sekurang-kurangnya dua belas (12) bulan atau lebih mengenai subjek yang berkaitan dengan geologi (maks. 5 tahun)

10

Belajar sepenuh masa selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan mengenai subjek yang berkaitan dengan geologi (maks. 3 tahun)

5

Kursus Pengajian Separuh Masa / Kursus Jarak Jauh selama tempoh tidak kurang dari dua (2) tahun yang membawa kepada Ijazah Pascasiswazah berkaitan dengan geologi (maks. 8 tahun)

5

Pengajian lain seperti yang diluluskan oleh Lembaga (cth. Kursus pendek)

1 - 5

Page 6: PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBANGUNAN PROFESIONAL ... · diambil di peringkat mesyuarat Lembaga. (d) Pengecualian: Ahli berdaftar boleh memohon kepada Lembaga untuk pengecualian keperluan

5

Aktiviti Pembelajaran Tidak formal

Kursus/ aktiviti yang diluluskan oleh Lembaga (cth. Kursus dalaman, online, makmal dll.)

1 - 5

Persidangan dan Lawatan Lapangan

Dianjurkan oleh Lembaga/ IGM/ PGM: i. Kurang dari separuh hari ii. Satu hari iii. Melebihi satu hari

i. 1

ii. 2

iii. 3

Dianjurkan oleh pihak lain seperti yang diluluskan oleh Lembaga:

i. Peringkat Nasional ii. Peringkat antarabangsa (Melebihi satu

hari)

i. 1

ii. 1 - 6

Pembentangan dan Penerbitan

i. Memberi syarahan ii. Ketua kerja lapangan/ makmal iii. Pengerusi / pemudahcara sidang iv. Menerbitkan kertas dalam jurnal

berindeks v. Menerbitkan kertas dalam prosiding dll. vi. Mengarang sebuah buku yang diluluskan

oleh Lembaga

i. 3

ii. 2

iii. 2

iv. 5

v. 2

vi. 1 - 6

Sumbangan kepada Pembangunan Profesion

Profesion geologi (keahlian majlis/ jawatankuasa BoG, IGM & PGM) yang telah menghadiri mesyuarat tetap dengan sekurang-kurangnya 70% kehadiran keseluruhan bagi mana-mana jawatan berikut yang dipegang:

i. Pengerusi/ Presiden ii. Setiausaha/ Editor iii. Ahli Majlis dan Jawatankuasa iv. Ahli biasa IGM dengan kehadiran di

Mesyuarat Agung Tahunan IGM

i. 6

ii. 5

iii. 3

iv. 1

i. Pewasit jurnal, penilai teknikal ii. Keahlian jawatankuasa badan/ profesion

lain iii. Jangkauan masyarakat (sekolah,

komuniti & dll.) iv. Perkhidmatan yang dimandatkan oleh

Lembaga

i. 2

ii. 2

iii. 2

iv. 2

Penglibatan Industri, Akademik dan Sektor Awam

i. Penyelia/ mentor latihan industri (bukan ahli akademik)

ii. Penyelia tesis (bukan ahli akademik) iii. Penilai tesis (bukan ahli akademik) iv. Sabatikal di sektor awam / industri (ahli

akademik)

i. 3

ii. 3

iii. 3

iv. 3

(b) Mana-mana aktiviti profesional tempatan, yang membawa kepada mata

kredit CPD akan diiklankan di laman web Lembaga.

(c) Senarai penyedia CPD / institusi / persatuan tempatan boleh didapati di

laman web Lembaga. Penyedia CPD akan bekerjasama dengan Lembaga

untuk membolehkan ahli geologi memenuhi keperluan CPD mereka.

Page 7: PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBANGUNAN PROFESIONAL ... · diambil di peringkat mesyuarat Lembaga. (d) Pengecualian: Ahli berdaftar boleh memohon kepada Lembaga untuk pengecualian keperluan

6

8. AKTIVITI CPD OLEH INSTITUSI TIDAK BERDAFTAR DAN ANTARABANGSA

(a) Ahli berdaftar yang menghadiri aktiviti CPD yang ditawarkan oleh institusi

yang tidak berdaftar dan institusi antarabangsa akan mendapat mata kredit

sekiranya kursus itu adalah berkaitan dengan profesional geosains.

9. E-PEMBELAJARAN

(a) Mata kredit yang diperoleh melalui E-pembelajaran modul geosains juga

akan diterima dengan syarat modul memenuhi keperluan pembelajaran.

10. MEREKODKAN CPD

(a) Ahli berdaftar perlu menyimpan rekod aktiviti CPD tahunan mereka pada

lembaran rekod CPD (Lihat Lampiran C) dan perlu memastikan bahawa ia

betul, terkini dan memenuhi keperluan Lembaga.

(b) Pembekal CPD yang diluluskan boleh memberikan panduan kepada

individu untuk menentukan berapa banyak mata diperolehi daripada aktiviti

CPD yang dilaksanakan, seperti persidangan, kursus latihan atau seminar.

(c) Pembekal CPD perlu mengesahkan aktiviti yang dijalankan dalam bentuk

sijil, senarai keputusan, rekod kehadiran, penerimaan pembayaran kursus,

atau pengesahan bertulis.

(d) Pembekal CPD perlu menyimpan rekod bagi setiap peserta anjuran

mereka. Pembekal perlu mengemukakan senarai kehadiran kepada

Lembaga Adalah dinasihatkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya

sijil penyertaan kepada individu bagi setiap aktiviti yang telah selesai dalam

tempoh 2 minggu.

(e) Ahli berdaftar perlu mengemukakan satu salinan Borang CPD mereka

kepada Lembaga bagi setiap 6 bulan; Mei dan November.

(f) Mata kredit yang berlebihan boleh dibawa ke hadapan untuk setahun yang

berikutnya sahaja.

(g) Rekod akan diperiksa dan disahkan telah mematuhi keperluan CPD

berdasarkan dokumentasi sokongan yang dikemukakan. Jika penjelasan

lanjut diperlukan, maklumat tambahan akan diminta atau temuramah akan

diatur di tempat dan waktu yang bersesuaian bagi kedua dua pihak.

Page 8: PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBANGUNAN PROFESIONAL ... · diambil di peringkat mesyuarat Lembaga. (d) Pengecualian: Ahli berdaftar boleh memohon kepada Lembaga untuk pengecualian keperluan

7

11. PENYIMPANAN REKOD CPD DI LEMBAGA

(a) Semua kertas rekod CPD setiap ahli berdaftar akan diletakkan dalam fail

ahli dan mata kredit CPD pada tahun-tahun berkenaan akan

didokumenkan. Semua data akan dipindahkan ke dalam pangkalan data

di mana setiap ahli akan dapat memantau mata kredit CPD yang

terkumpul.

(b) Peringatan e-mel automatik akan dihantar kepada setiap ahli pada akhir

bulan April dan Oktober setiap tahun menggunakan format di bawah:

‘Tuan/Puan Ahli Geologi,

Sila hantar borang CPD dwi tahunan anda kepada Lembaga. Sila abaikan

e-mel jika anda telah berbuat demikian. Sila ambil perhatian bahawa ini

adalah satu peringatan automatik. Jangan balas e-mel ini.‘

(c) Semua ahli berdaftar mesti mengemaskini sebarang perubahan dalam

alamat surat-menyurat dan e-mel mereka dengan Lembaga.

12. DOKUMEN PALSU

Bagi rekod CPD ahli berdaftar yang ditemui gagal dalam pengauditan,

cadangan akan dibuat untuk tindakan pembetulan yang perlu supaya tidak

berulang. Sekiranya didapati palsu, tindakan boleh diambil di bawah Peraturan

Tatatertib Lembaga sebagai pelanggaran etika yang serius. Dalam kes

ketidakpatuhan, tindakan berikut mungkin mengakibatkan:

(i) Ahli berkenaan perlu menjalani aktiviti CPD yang khusus sebelum

pembaharuan pendaftaran sebagai ahli berdaftar.

(ii) Penggantungan pendaftaran sebagai Ahli Geologi Berdaftar sehingga

tindakan tertentu telah selesai.

(iii) Pembatalan pendaftaran sebagai Ahli Berdaftar.

(iv) Lembaga menetapkan apa apa syarat lain yang dianggap sesuai oleh

Lembaga sebelum pembaharuan pendaftaran dibenarkan.

13. JAWATANKUASA PELAKSANA CPD

Jawatankuasa Program Pembangunan dan Profesional bertanggungjawab

terhadap pelaksanaan CPD. Tanggungjawab jawatankuasa ini adalah seperti

berikut:

(a) Menguruskan program CPD untuk kelulusan Lembaga.

(b) Mengawalselia pematuhan garis panduan CPD dan mengkaji semula

kriteria penilaian CPD setiap 3 tahun, atau sekiranya perlu.

Page 9: PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBANGUNAN PROFESIONAL ... · diambil di peringkat mesyuarat Lembaga. (d) Pengecualian: Ahli berdaftar boleh memohon kepada Lembaga untuk pengecualian keperluan

8

(c) Mengkaji semua permohonan pembekal CPD dan bertanggungjawab untuk

memberikan kelulusan.

(d) Melakukan pemeriksaan rawak terhadap lembaran rekod CPD ahli

berdaftar yang diurus oleh Pendaftar adalah tepat.

(e) Mengkaji maklum balas daripada pelanggan, ahli geologi, institusi dan

persatuan dengan tujuan untuk meningkatkan program CPD.

(f) Menghadiri sebagai pemerhati program CPD bagi membuat penilaian

program CPD.

(g) Mengadakan mesyuarat berkala atau sebagaimana yang difikirkan perlu

oleh pengerusi.

(h) Memastikan Pendaftar mengedarkan prosedur operasi standard CPD

kepada semua ahli berdaftar dan mempamerkannya di laman web

Lembaga Ahli Geologi.

(i) Mengambil maklum dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap

sebarang pertikaian yang dibangkitkan oleh mana-mana pihak.

14. SETIAUSAHA CPD

Lembaga akan menentukan Setiausaha CPD. Tugasan yang berkaitan dengan

CPD seperti berikut:

(a) Menyimpan rekod penilaian CPD yang diterima.

(b) Menjalankan pemeriksaan terhadap fail ahli berdaftar dan melaporkan

kepada Jawatankuasa Pelaksana CPD.

(c) Mengumpulkan maklumat pemohonan kursus CPD yang ditawarkan oleh

pembekal CPD termasuk institusi profesional, institusi pendidikan, majikan,

dan industri untuk pengesahan Jawatankuasa Pelaksana CPD.

(d) Menghebahkan peluang CPD kepada ahli berdaftar.

15. TARIKH KUATKUASA

a) CPD akan berkuatkuasa secara mandatori bermula 1 Januari 2022

untuk pembaharuan perakuan pendaftaran tahun 2023.

b) CPD secara sukarela untuk tempoh peralihan selama 2 tahun bermula

1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021.

c) Mata kredit CPD kumulatif tahun 2020 hingga 2022 boleh dibawa untuk

pembaharuan perakuan pendaftaran tahun 2023.

Page 10: PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBANGUNAN PROFESIONAL ... · diambil di peringkat mesyuarat Lembaga. (d) Pengecualian: Ahli berdaftar boleh memohon kepada Lembaga untuk pengecualian keperluan

9

LAMPIRAN A

PENJELASAN BAGI AKTIVITI CPD

JENIS AKTIVITI CPD

Aktiviti Program CPD untuk Ahli Geologi Profesional terdiri daripada enam kumpulan utama:

i. Aktiviti Pendidikan dan Latihan Formal

ii. Aktiviti Pembelajaran Tidak Formal

iii. Persidangan dan Lawatan Lapangan

iv. Pembentangan dan Penerbitan

v. Sumbangan kepada Pembangunan Profesion

vi. Penglibatan Industri, Akademik dan Sektor Awam

i. Aktiviti Pendidikan dan Latihan Formal

Kursus dengan institusi berdaftar dan diperakui oleh Lembaga. Ini termasuk pendidikan

bersemuka secara formal, pendidikan jarak jauh, kursus pendek, dan. Mereka akan

sentiasa mengambilkira masa yang digunakan dalam persediaan dan susulan dan

kebanyakan akan melibatkan penilaian.

Satu kes khas berkaitan dengan mengambil kira keseluruhan kerja kursus untuk ijazah

yang lebih tinggi atau diploma, pasca siswazah, sama ada melalui mod bersemuka atau

jarak jauh. Penyiapan itu akan meliputi keperluan CPD untuk tempoh tiga tahun yang

mengandungi kursus tersebut.

Kursus pendek ditakrifkan sebagai melibatkan penyampai yang berada di luar tempat

kerja Ini termasuk kursus di institusi pengajian tinggi yang diambil untuk tujuan

pengijazahan.

ii. Aktiviti Pembelajaran Tidak Formal

Aktiviti pembelajaran tidak formal termasuk pembelajaran di tempat kerja, dan/atau yang

diadakan kerana keperluan tempat kerja dan pembelajaran peribadi (self learning).

Keperluan pembelajaran di tempat kerja biasanya timbul apabila anda menjalankan projek

baru dan mengenal pasti bidang-bidang di mana anda perlu memperluas asas kecekapan

anda. Pembelajaran peribadi adalah peluang untuk anda mempertingkatkan cara kerjaya

profesion anda berkembang.

Page 11: PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBANGUNAN PROFESIONAL ... · diambil di peringkat mesyuarat Lembaga. (d) Pengecualian: Ahli berdaftar boleh memohon kepada Lembaga untuk pengecualian keperluan

10

Lazim aktiviti ini adalah membaca buku, jurnal, manual, dan sebagainya dan pengenalan

dengan operasi bantuan teknologi, program komputer, peralatan, dll.

Dalam kedua-dua kes, apa-apa aktiviti yang dituntut mesti dibuktikan bahawa ia

menyumbang kepada pembangunan kerjaya anda sebagai ahli geologi profesional.

iii. Persidangan dan Lawatan Lapangan

Ini termasuk semua persidangan, simposium, bengkel, lawatan lapangan, mesyuarat dan

perjumpaan lain yang diiktiraf oleh Lembaga Ahli Geologi Malaysia.

iv. Pembentangan dan Penerbitan

Pembentangan dan penyediaan bahan untuk kursus, persidangan, seminar, dan

simposium boleh dituntut jika kegiatan ini menyumbang kepada kemajuan kecekapan

geosains yang berkaitan dengan orang lain. Penerbitan berwasit akan diberi mata kredit

yang lebih tinggi.

v. Sumbangan kepada Pembangunan Profesion

Sumbangan kepada pembangunan profesion boleh dipertimbangkan terutamanya di

mana ia melibatkan pembangunan profesion dan penyebaran ilmu kepada masyarakat.

Kumpulan sasaran sumbangan termasuk profesion geologi (keahlian jawatankuasa BoG,

IGM & GSM); ilmu geosains (pewasit, penilai teknikal); profesion lain (keahlian

jawatankuasa badan lain); serta jangkauan masyarakat (sekolah, komuniti & kumpulan

lain).

vi. Penglibatan Industri, Akademik dan Sektor Awam

Penglibatan industri, akademik dan sektor awam adalah penting untuk pendidikan

geosains dan pembangunan profesion. Keperluan ini juga memastikan bahawa ahli

akademik terdedah kepada perkembangan dalam bidang geosains di luar universiti

mereka (sabatikal, latihan industri). Pada masa yang sama, pihak industri dan sektor

awam juga dapat menyumbang kepada pembangunan program akademik (pensyarah

jemputan, panduan kerjaya).

Page 12: PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBANGUNAN PROFESIONAL ... · diambil di peringkat mesyuarat Lembaga. (d) Pengecualian: Ahli berdaftar boleh memohon kepada Lembaga untuk pengecualian keperluan

11

LAMPIRAN B

LEMBAGA AHLI GEOLOGI MALAYSIA

d/a Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Aras 8, Menara PjH, No.2, Jalan Tun Abdul Razak,

Presint 2, 62100 Putrajaya, Malaysia.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BORANG PERMOHONAN UNTUK

PEMBEKAL CPD

MAKLUMAN UNTUK PEMBEKAL

1. Gunakan borang berlainan bagi setiap program.

2. Borang lengkap hendaklah dikemukakan bersama bahan sokongan.

3. Permohonan dikemukakan dalam tempoh 2 bulan sebelum program dilaksanakan.

4. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan bayaran pemprosesan sebanyak

RM50.00. Bayaran ini tidak dikembalikan.

5. Senarai kehadiran hendaklah dikemukakan kepada Lembaga dalam tempoh 2 minggu

selepas program.

6. Salinan bahan yang diedarkan kepada peserta hendaklah dikemukakan kepada

Lembaga dalam tempoh 2 minggu selepas program.

7. Bayaran pengurusan bersamaan dengan 5% daripada jumlah yuran pendaftaran

program hendaklah dijelaskan kepada Lembaga bersama-sama dengan senarai

peserta.

8. Kelulusan Lembaga adalah tertakluk kepada maklumat program yang dikemukakan.

Sebarang perubahan hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga dan Lembaga berhak

membatalkan kelulusan jika kurang berpuashati terhadap perubahan tersebut.

9. Makluman kelulusan program CPD akan dimuat naik ke dalam laman sesawang

Lembaga dan Lembaga tidak bertanggung jawab terhadap sebarang perubahan.

10. Logo Lembaga tidak boleh digunakan dalam sebarang urusan berkaitan dengan

program yang diluluskan.

11. Semua keputusan Lembaga adalah muktamad.

1. Maklumat Penganjur

i. Nama Organisasi:

ii. Alamat:

iii. No Telefon:

iv. E-mail:

v. Nama Pegawai Perhubungan:

vi. Jawatan:

Page 13: PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBANGUNAN PROFESIONAL ... · diambil di peringkat mesyuarat Lembaga. (d) Pengecualian: Ahli berdaftar boleh memohon kepada Lembaga untuk pengecualian keperluan

12

2. Maklumat Penganjur Bersama

i. Nama Organisasi:

ii. Alamat:

iii. No Telefon:

iv. E-mail:

v. Nama Pegawai Perhubungan:

vi. Jawatan:

3. Maklumat Program CPD

i. Tajuk program:

ii. Tarikh:

iii. Tempat:

iv. Bilangan Jam:

v. Matlamat dan Objektif Pembelajaran

vi. Aspek berkaitan Geosains:

vii. Bilangan peserta: (minimum 15 peserta kecuali kes khas)

viii. Jenis program (sila tanda /)

Seminar Persidangan

Simposium Lawatan lapangan

Bengkel Mesyuarat

Perjumpaan lain. Nyatakan: .....

ix. Bahan sokongan perlu disertakan (sila tanda /)

Brosur

Senarai Topik

Senarai Pembentang dan CV

Lampiran Bahan Pembentangan/ Pendidikan

(Pegawai bertanggungjawab)

Tarikh

Cop syarikat

Page 14: PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMBANGUNAN PROFESIONAL ... · diambil di peringkat mesyuarat Lembaga. (d) Pengecualian: Ahli berdaftar boleh memohon kepada Lembaga untuk pengecualian keperluan

13

LAMPIRAN C

LEMBAGA AHLI GEOLOGI MALAYSIA

d/a Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Aras 8, Menara PjH, No.2, Jalan Tun Abdul Razak,

Presint 2, 62100 Putrajaya, Malaysia.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BORANG PENYERAHAN CPD UNTUK AHLI GEOLOGI BERDAFTAR

REKOD BAGI TAHUN …………

Nama: …………………………………………………………………….

No Pendaftaran: …………………………..

Bil Program CPD Keterangan Tarikh Mata Kredit

A Mata kredit yang lepas

B Aktiviti CPD tahun ini

i. Aktiviti Pendidikan dan Latihan Formal

ii. Aktiviti Pembelajaran Tidak Formal

iii. Persidangan dan Lawatan Lapangan

iv. Pembentangan dan Penerbitan

v. Sumbangan kepada Pembangunan Profesion

vi. Penglibatan Industri, Akademik dan Sektor Awam

C Jumlah mata kredit tahun ini

D Mata kredit dibawa ke hadapan

Saya mengaku semua maklumat di atas adalah benar

……………………………………. Tarikh:…………

(Tandatangan Pemohon)

Sila tanda sebelum menghantar borang

Borang telah dilengkapkan dan ditandatangan

Dokumen sokongan dilampirkan

Ahli berdaftar digalakkan untuk menghantar sebarang komen secara terus kepada Lembaga bagi

membantu Lembaga meningkatkan proses melaksanakan program CPD.