Proses Catan Cat Air.docx

34
Proses Catan Cat Air 1 . Penyediaan Kertas Cat Air Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape) 2. Penetapan Tajuk Catan Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi 3. Membuat Lakaran Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam. 4. Proses Mewarna Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span. (ke link teknik cat air) 5. Kemasan dan Persembahan

description

Proses Catan Cat Air.docx star

Transcript of Proses Catan Cat Air.docx

Page 1: Proses Catan Cat Air.docx

Proses Catan Cat Air

1. Penyediaan Kertas Cat Air

Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan lekatkan pada

papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper tape)

2. Penetapan Tajuk Catan

Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam semulajadi 

3. Membuat Lakaran 

Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya perlu. Elakkan

daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika dipadam.

4. Proses Mewarna 

Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih

berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau pantulan

cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air yang perlu bagai

kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit atau laut, teknik basah

atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz besar atau span. (ke link

teknik cat air)

5. Kemasan dan Persembahan

Catan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan perlu dibingkaikan

agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran matahari.

Page 2: Proses Catan Cat Air.docx

PROSES PENGHASILAN KARYA

Proses mencetak

Proses mencetak merupakan proses terakhir. Kerja mencetak sebaliknya dilakukan di

tempat mencetak, perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatian.

Langkah:

1- setelah selesai kerja-kerja pendedahan foto,

2- foto disapukan menggunkan minyak masak.tujuan adalah untuk menampakkan dan

memudahkan proses penerapan pada playwood

3- periksa permukaan playwood agar cetakan yang dihasilkan berkualiti tidak

mempunyai kecacatan pada permukaan kayu

4- foto diterapkan menggunakan kertas karbon dan diterapkan keatas playwood.

5- Motif objek diukir menggunkan alat ukiran.ukiran dilakukan dengan teliti tanpa

memcacatkan rupa sebenar

6- Dakwat lino diratakan ditempat cetakan yang telah disediakan

7- Kemudian lino disapukan pada permukaan kayu dan diterap menggunakan kertas

rice paper.

8- Proses cetakan dilakukan dengan berhati-hati dan cetakan seturusnya dilakukan

Cetakan Timbulan

1.   Cetakan timbulan ialah proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian

yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak.

2.   Antara jenis cetakan timbulan ialah :

a.   cetakan lino

b.   cetakan blok kayu

c.   cetakan timbul/kolograf/kolaj

Page 3: Proses Catan Cat Air.docx

3.   Bahan-bahan yang digunakan dalam seni cetakan timbulan dan kegunaannya:

-  Kepingan linolium

-  Blok kayu

-  Bahan yang mempunyai jalinan seperti daun kering atau kertas dilekatkan di atas

kadbod     untuk diletakkan warna cetakan ke atas Cetakan kolograf dan kolaj

- Set alat ukiran   Mengukir imej yang dikehendaki (lino & blok kayu)

- Penggelek warna / roller   Meratakan warna pada blok yang hendak dicetak

- Kepingan kaca (digunakan untuk menggelek warna dan meratakan warna)

- Dakwat cetakan lino atau blok kayu  (- untuk mendapatkan imej yang dikehendaki)

- Minyak linsid   (untuk mencairkan dakwat cetakan)

- 'Newsprint' (untuk mendapatkan imej cetakan)

4.   Proses penghasilan cetakan blok kayu

       i)  Selepas melakar di atas sekeping blok kayu,  alat pengukir digunakan untuk

mengukir  corak  atas lakaran pada blok tersebut.  

       ii)  Bahagian yang dibuang atau diukir tidak akan menerima dakwat.  Ia akan

meninggalkan kesan putih pada permukaan cetakan. Bahagian blok yang timbul pula

akan disapu dakwat cetak dengan menggunakan penggelek.  

      iii)  Dakwat akan digelek dipermukaan cermin sehingga tiada kesan 'bubble' dan

kemudian penggelek berdakwat itu akan digelek ke atas permukaan blok kayu yang

siap diukir. 

     iv)  Sehelai kertas akan diletak di atas permukaan blok kayu dan digosok dengan

belakang lengkungan sudu untuk meratakan dakwat.  Kertas diangkat daripada blok

kayu.  Kesan cetakan terhasil.  Bahagian yang timbul pada blok kayu dicetak secara

terbalik dan bahagian yang tenggelam kekal kosong.  Jika menggunakan lebih daripada

satu warna, blok yang berasingan akan digunakan untuk setiap warna. 

Page 4: Proses Catan Cat Air.docx

TEKNIK

 

TUNJUKCARA

 

Ialah satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan

melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-proseduryang tertentu.

Ia melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan kelas

untuk menunujukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau

langkah pembelajaran.

Memerlukan murid mendengar, demonstrasi memerlukanmurid memerhati.

Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memeriksa

proses, maklumat dan idea.

Membolehkan murid-murid memerhati benda-bemdamaujud dan bagaimana mereka

berfungsi. 

Terdapat demonstrasi tulin, demonstrasi dengan komen ataudemonstrasi dengan penglibatan

dari murid-murid.

Lazimnya, guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti

sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu.

Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaanoleh murid-murid.

Digunakan unruk mengilustrasikan hujah-hujah atau prosedur

secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik,

memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadarperubahan.

Page 5: Proses Catan Cat Air.docx

Demonstrasi yang berkesan, guru rancang secara teliti,

mempraktikkan, membentuk rangka , memastikan setiap murid

memerhatikan, meperkenalkan untuk memfokus perhatian danmenggalakkan soalan

serta merancangkan tindakan susulan.

 

KEBAIKAN KAEDAH TUNJUK CARA

Memberi peluang kepada murid untuk benar-benarmemahami apa yang hendak

dipelajari setelah melihatprosedur-prosedur yang ditunjukkan oleh guru.

Membenarkan murid-murid untuk mencontohi sesuatu

perlakuan dengan mudah.

Guru perlu memberikan penerangan yang jelas supayamurid-murid dapat memerhati

apa yang ditunjukkan.

Memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada

murid-murid melalui deria penglihatan danpendengaran.

Tunjuk Cara.

Kaedah pengajaran Tunjuk Cara adalah satu teknik pengajaran yang melibatkan kedua-

dua belah pihak iaitu guru dan juga para pelajar. Kedua-dua ini hendaklah saling terlibat

dalam proses ini bagi membentuk pemahafam yang khusus kepada pelajar. Guru

memainkan peranan dengan memberikan tunjuk cara atau tunjuk ajar khususnya bagi

penghasilan sesuatu tugasan, manakala pelajar akan cuba memahaminya untuk

menghasilkannya samada dengan mengikuti sepenuhnya teknik yang ditunjukkan oleh

guru dengan erti kata lain adalah teknik ini adalah sebagai pengajaran praktikal.

Page 6: Proses Catan Cat Air.docx

Guru juga boleh mengaplikasikan teknik ini dengan menggunakan alat bantu mengajar

seperti komputer dan projektor seterusnya memaparkan video terlebih dahulu agar

pelajar dapat memahami tugasan tersebut sebelum melaksanakannya. Kaedah tunjuk

cara ini juga mampu memberi pemahaman kepada pelajar dengan    paparan video

yang mampu menarik minat dan perhatian para pelajar untuk memerhatikan setiap

langkah yang perlu dilakukan untuk menghasilkan sesebuah tugasan.

Kelebihan teknik tunjuk cara pula adalah dapat memperkenalkan bahan pembelajaran

yang baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran. Terdapat tiga jenis

tunjuk cara iaitu melalui model hidup, model simbolik dan juga model persepsi.

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI

· KONSEP STRATEGI

o Kebijaksanaan memilih pendekatan

o Kecekapan merancang kaedah dan teknik

o Berdasarkan objektif / hasil pembelajaran

o Terdapar 4 strategi iaitu

§ Berpusat guru

§ berpusatkan murid

§ Berpusatkan tugasan

§ Berpusatkan bahan

PENDEKATAN

o satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran

sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya.

Page 7: Proses Catan Cat Air.docx

PENDEKATAN BERSEPADU

o gabungjalin ilmu,bahan yang interaktif,penerapan nilai 

INDUKTIF

o dimulakan dengan contoh-contoh,kaji,perhati, analisis dan barulah dibuat

generalisasi 

DEDUKTIF

o dimulakan dengan memberikan teori,hukum, fakta,konsep,diikuti dengan contoh-

contoh

EKLEKTIK

o gabungan antara induktif dan deduktif

TEMATIK

o mengajar sesuatu mengikut tema yang diberikan 

·KAEDAH & TEKNIK

o cara untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

• Siri tindakan guru yang sistematik

• Berlandaskan pendekatan

• Cara capai objektif

• Rancangan langkah-langkah yang akan digunakan

o Berikut adalah contoh kaedah dan teknik

-Pembelajaran Melalui Permainan

-Main Peranan

-Sumbangsaran

-Bercerita

-Perbincangan

Page 8: Proses Catan Cat Air.docx

-Pembelajaran Masteri

-Tematik

STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-

kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta

kemudahan secara optimum. Dalam proses pengajaran pula, seseorang guru biasanya

menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu dalam

usaha untuk mencapai objektif-objektif pengajaran. Rancangan gabungan pendekatan

dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi

pengajaran. Konsep strategi pula merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan serta

kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu- satu pengajaran berdasarkan

objektif pelajaran yang telah ditelah ditentukan. 

Dalam pengajaran pendidikan Seni Visual pula, guru-guru perlu bijak menggunakan

strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar. Guru-guru perlu

membuat perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak

membosankan dan objektif pengajaran akan tercapai. Dalam membuat dan merancang

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, guru-guru perlu

mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang strategi-strategi pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru menjalankan pengajaran

mereka dengan berkesan, manakala pelajar pula merasa seronok belajar pendidikan

seni. 

Page 9: Proses Catan Cat Air.docx

Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual

boleh digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah : 

1. Pembelajaran masteri 

2. Kajian masa depan 

3. Konstruktivisme 

4. Belajar cara belajar 

5. Kecerdasan pelbagai 

6. Pembelajaran akses kendiri 

7. Kemahiran berfikir 

8. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) 

9. Pembelajaran konseptual 

10. Pembelajaran Kontekstual 

Guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai dengan keadaan dan pengetahuan

sedia ada pelajar-pelajar dalam kelas mereka. Melalui pemilihan strategi yang sesuai,

pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, seronok dan objektif akan

tercapai dengan mudah dan berkesan. Penggunaan strategi yang sesuai membolehkan

pelajar-pelajar memahami isi pelajaran dengan mudah dan berkesan yang seterusnya

memberi kebaikan kepada guru dan pelajar

Selain itu, guru-guru juga boleh menggunakan strategi berikut dalam menyampaikan

pengajaran kepada pelajarnya. Strategi tersebut ialah:

1. Mencari jalan ke arah aktiviti yang berguna dan menyeronokkan yang membolehkan

pelajar berkongsi idea serta dapat bercakap mengenainya. 

2. Memahami dan menghormati idea, penerangan dan pemahaman pelajar-pelajar

dengan cara mendengar, melihat dan memberi maklum balas. 

3. Meninggalkan paradigma lalu dengan menyoal diri kita dan belajar daripada mereka

melalui cara yang berbeza.

4. Melihat dan mendekati pelajar-pelajar ketika mereka sedang menjalankan aktiviti

amali di samping membantu mereka secara individu atau kumpulan.

Page 10: Proses Catan Cat Air.docx

5. Berkongsi tentang apa yang telah pelajar-pelajar hasilkan melalui pendekatan dan

personaliti mereka sendiri. 

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika guru mengajar pelajar-pelajar

yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang

berbeza-beza. Guru perlu merancang pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk

mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Guru perlu memikirkan strategi

pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan

semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta

rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah,

nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid yang berbeza. Lantaran itu,

seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi

lebih penting ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu

untuk membentuk strategi pengajaran yang lebih berkesan dalam pengajarannya.

PENDEKATAN 

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk

menuju ke sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau

aspek yang digunakan untuk memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, mata

pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-

pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan pelajar, cara-

cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan

pengajaran mata pelajaran lain. Terdapat beberapa ciri-ciri pendekatan dalam

pengajaran yang telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan ini. Ciri-ciri tersebut

ialah: 

a. Daripada konkrit kepada abstrak

b. Daripada mudah kepada kompleks

c. Daripada keseluruhan kepada bahagian

d. Daripada umum kepada spesifik (deduktif)

e. Daripada spesifik kepada umum (induktif)

f. Daripada diketahui kepada belum diketahui

Page 11: Proses Catan Cat Air.docx

Manakala pendekatan-pendekatan pengajaran ini juga terbahagi kepada beberapa

bahagian. Antaranya 

(i) Pendekatan pengajaran berpusatkan guru 

(ii) Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar 

(iii) Pendekatan pengajaran berpusatkan bahan 

(iv) Pendekatan induktif 

(v) Pendekatan deduktif

(vi) Pendekatan inkuiri 

(vii) Pendekatan masteri 

Setiap jenis pendekatan itu mempunyai kaedah pelaksanaannya yang tersendiri. Bagi

pendekatan berpusatkan guru, mereka boleh menggunakan kaedah-kaedah seperti

syarahan, demonstrasi, bercerita serta pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak

memberi peluang kepada palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P. Mereka

hanya mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru. Manakala pendekatan

berpusatkan pelajar lebih menarik dan berkesan. Dalam pelaksanaannya, pelajar

berpeluang untuk mengambil bahagian serta memberi pendapat dan idea berkenaan

dengan topik yang dipelajari. Pendekatan ini lebih berkesan kerana pelajar dapat

menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka. Antara pendekatan yang boleh

digunakan ialah pendekatan kumpulan, pendekatan individu, kaedah lawatan, kaedah

penyelesaian masalah, kaedah projek, simulasi dan bermain. Pelaksanaan pendekatan

ini membuatkan pelajar lebih seronok kerana mereka mengalami sendiri pengalaman

terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu. 

Bagi pendekatan pengajaran berpusatkan bahan pula memerlukan guru untuk lebih

kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan pengajaran untuk menarik minat

pelajar. Antaranya ialah melalui penggunaan sudut atau ruang bilik darjah, bahan

pengajaran guru dan bahan pembelajaran pelajar. Guru-guru boleh menggunakan

bahan-bahan seperti video, gambar, kertas mahjung, dan sebagainya bagi membuka

minda serta menarik perhatian pelajar dalam menyampaikan isi pelajaran. Melalui

tayangan video contohnya, pelajar-pelajar akan berfikir mengenai isi kandungan yang

cuba disampaikan oleh guru mereka pada hari berkenaan. 

Page 12: Proses Catan Cat Air.docx

Selain itu, pendekatan induktif, deduktif, inkuri dan masteri pula mempunyai maksud

yang tersendiri. Keempat-empat pendekatan itu dapat diterjemahkan sebagai: 

(a) Pendekatan induktif merupakan satu proses penaakulan yang tinggi di mana

pelajar-pelajar tidak diajar sesuatu bahan pengajaran itu secara langsung, mereka

hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut.

(b)Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar murid kepada hukum-

hukum tertentu dengan mengaplikasikan peraturan-peraturan yang telah diberikan

untuk menuju ke suatu fakta.

(c)Pendekatan inkuiri- pelajar akan menjalankan penyelidikan tentang masalah yang

hendak diselidiki. guru membimbing pelajar untuk mengutarakan soalan yang

jawapannya boleh diperolehi melalui aktiviti yang telah pun dirancang sebelumnya. 

(d)Pendekatan masteri- ujian diagnos dijalankan untuk memastikan pelajar menguasai

sepenuhnya isi pelajaran, kemahiran atau sikap yang dinyatakan dalam objektif. 

KAEDAH DAN TEKNIK

Menurut Kamus Dewan, kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu),

hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang

sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran pula

terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu.

Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan

perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu,

kaedah-kaedah pengajaran ini terbahagi kepada beberapa jenis. Ianya merangkumi:

• Kaedah terus 

• Kaedah semulajadi 

• Kaedah askar atau tentera 

• Kaedah ajuk-hafaz 

• Kaedah linguistik 

• Kaedah oral-aural 

• Kaedah terjemahan 

Page 13: Proses Catan Cat Air.docx

• Kaedah psikologi 

• Kaedah kod-kognitif 

• Kaedah khusus 

Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ialah kaedah pengajaran secara

perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. Menurut

Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan

psikologi pelajar. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu: 

Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan

fikiran atau sebaliknya. 

Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada. 

Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah

dirancangkan. 

Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang

hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus

dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang

kompleks. 

Kaedah Semulajadi pula hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan

dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-

perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang

telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan dalam kaedah ini.

Manakala Kaedah Oral-Aural pula merupakan kaedah mendengar dan kemudiannya

bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi

dan dialog dijalankan dalam cara yang realistic dengan memberi perhatian kepada

intonasi yang betul. Seterusnya kaedah Linguistik yang membolehkan murid-murid

menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari

segi bunyi. Aktiviti dimulakan dengan latihan pendengaran yang kemudiannya diikuti

oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif

(Kamarudin Hj. Husin,1988). 

Page 14: Proses Catan Cat Air.docx

Manakala teknik pengajaran pula adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang

terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru tidak dapat menguasai teknik-

teknik yang terdapat dalam sesuatu kaedah, kemungkinan matlamat kaedah itu tidak

akan berhasil. Terdapat pelbagai teknik yang boleh diamalkan oleh seoarang guru

dalam sesi P&P. antaranya ialah:

• Teknik main peranan 

• Teknik permainan bahasa 

• Teknik latih tubi 

• Teknik bercerita 

• Teknik inkuiri 

• Teknik perbahasan 

• Teknik kuiz 

• Teknik sumbangsaran 

• Teknik soal jawab 

• Teknik simulasi 

• Teknik drama 

• Teknik perbincangan 

Bagi teknik perbincangan, ianya berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan

pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Teknik brainstorming ialah teknik yang

berbentuk perbincangan yang mana pelajar digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan

aktif bagi menghuraikan pendapatnya. Seterusnya teknik soal jawab yang merupakan

teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan

pelajar-pelajarnya. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan

pelajar akan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan yang ditanya mempunyai aras

kesukaran yang tertentu. Bagi teknik main peranan pula, ianya melibatkan gambaran-

gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa

sebarang bantuan skrip. Hal ini berlaku secara spontan yang mana pelajar-pelajar perlu

bijak dalam memainkan peranan mereka semasa sesi ini berlangsung. 

Page 15: Proses Catan Cat Air.docx

Teknik bercerita pula membawa maksud guru memilih cerita yang sesuai dengan

pelajar dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan

yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak

diajarkan. Manakala teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses

pengajaran yang memerlukan pelajar bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang

betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, pelajar-pelajar juga diminta untuk

menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum pelajar menunjuk cara, guru

perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus

dicakapkan. Seterusnya adalah teknik penyelesaian masalah di mana teknik ini

dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Pelajar-pelajar diberi masalah dan cuba

menyelesaikan masalah tersebut. Teknik latih tubi pula merupakan pengulangan fakta-

fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan

kemahiran tersebut dan di samping untuk menjamin pengekalannya. Teknik terakhir

ialah teknik permainan bahasa iaitu guru membentuk satu situasi yang memerlukan

pelajar menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas

permainan yang diberi.

Rumusan :         Terdapat pelbagai kaedah, pendekatan, teknik serta strategi yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Para guru seharusnya bijak menggunakan kemahiran mengajar berpandukan elemen-elemen tersebut untuk menarik minat pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran yang ditetapkan. Para guru juga seharusnya memainkan peranan penting dalam menyusun proforma atau rancangan pengajaran supaya setiap sukatan dipelajari oleh pelajar dengan jayanya. Hal ini bermakna para guru tidak seharusnya hanya mengajar bermatlamatkan untuk menghabiskan silibus semata tanpa menghiraukan hasil yang diterima pelajar. Seharusnya, sukatan pelajaran perlu dihabiskan seiring dengan pelajar dapat memahami dan menjadi pakar dalam setiap silibus yang telah dipelajari.         Para guru juga seharusnya bijak mengawal atau mengetahui keadaan serta keperluan semasa pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan dilaksanakan dalam keadaan bosan. Para guru seharusnya menggunakan kemudahan teknologi seperti pertunjukan video, atau memasang lagu diawal kelas dan penghujung kelas agar murid tidak merasa bosan dan supaya mereka berasa seronok. penggunaan alat teknologi ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk berfikir lebih kreatif dan mengasah bakat mereka untuk berkarya lebih dinamik dan tidak terikat dengan teknik atau hasil yang sama. Kesimpulannya, para guru seharusnya mengaplikasikan

Page 16: Proses Catan Cat Air.docx

setiap teknik, pendekatan, kaedah mahupun strategi yang terkini dan berkesan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan demi mencapai matlamat  yang terkandung dalam dasar pendidikan negara.

Teori Pengajaran dan Pembelajaran

Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan . Ia juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduanuntuk menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan maklumat baru. Pada asasnya,  teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada  behavioris, kognitif,  humanis, psiko-analitik dan kontrukstivisme.

1.1.1  Teori Behaviourisme

Behaviouris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Teori ini  berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kajian mereka kebanyakannya dihasilkan melalui ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori pembelajaran ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

1.1.2  Teori Kognitif

Teori Kognitif  berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, di mana semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di

dalam ingatan.

Page 17: Proses Catan Cat Air.docx

1.1.3  Teori Humanis

Teori Humanis  berpendapat bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah mengambil kira kendiri murid dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

1.1.4  Teori Psiko-Analitik

Teori Psiko-Analitik diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Pendekatan teori ini berdasarkan kepercayaan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses psikologi yang tidak sedar (kita sendiri tidak sedar). Ia berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa atau membincangkan seni visual.  Terapi psiko-analitik merangkumi teori perkembangan personaliti, falsafah sifat manusia(nature)  dan kaedah psikoterapi yang memfokus kepada faktor-faktor di luar kesedaran (unconscious) yang mempengaruhi tingkah laku. Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan hasil karya mereka boleh mewujudkan perasaan dan emosi.  Sehubungan dengan itu penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi adalah sangat penting bagi kanak-kanak. Ia dikenali sebagai kaedah psikoterapi.

Menurut Freud, seni mampu meluahkan emosi seseorang. Beliau percaya bahawa seni visual adalah bahan perantara paling penting dan utama dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia . Tahap ini boleh dicapai dengan menganalisis proses-proses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visual

1.1.5  Teori Konstruktivisme

Teori Konstruktivisime sebagai satu proses pembelajaran  menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan universiti.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid  dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar bagi pihak murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema 

Page 18: Proses Catan Cat Air.docx

aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka sendiri.Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuai dan diserapkan menjadi sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

1.2    Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 

         1.2.1  Pendekatan Proses dan Produk

Pendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam(1971). Tugas para penilai ialah mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih tindakan alternatif dan melaporkan. Penilaian “proses” tertumpu kepada proses yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat program.  Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa untuk mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini penilaian “proses” ialah cara pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projek dan kursus PSV yang diikuti oleh guru.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian  disarankan. Ini termasuklah kerja amali, projek, tunjuk cara, kerja luar, main peranan,  sumbang saran, dan kaji siasat.  Adalah diharapkan suasana yang diwujudkan dapat  memberi murid pengalaman dan keyakinan untuk mengaitkan pengetahuan PSV dengan kemahiran dan amalannya dalam kehidupan seharian.

   Program ini mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan kaedah penyampaian yang beragam, beberapa kajian telah menunjukkan keputusan yang agak memeranjatkan. Penilaian “produk’ tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan. Penilaian “produk” dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar dan pencapaian objektif PSV. Sikap pelajar juga merupakan faktor yang dapat menentukan  pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Rummers dan Gage (1987) menyatakan bahawa sikap mempengaruhi dan mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah. Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat proses sikap yang mempengaruhi pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan, kejutan, dan penerimaan.  Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.

Page 19: Proses Catan Cat Air.docx

         1.2.2  Pendekatan Discipline Based of Art Education  (DBAE)

DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang bermula pada awal 1980an oleh ‘Getty Center For Art Education’ (dikenali sebagai Getty Education Institute). Ianya merupakan sebahagian daripada ‘J.Paul Getty Trust’ sebuah yayasan swasta yang mendedikasikan  sumbangan kepada Seni Visual dan Kemanusiaan. DBAE bukanlah teori yang asli tetapi lebih merupakan kerangka konsep yang menggabungkan elemen-elemen daripada teori-teori pendidikan yang lain (contoh;  Visual Thinking Strategies).

DBAE meliputi 4 Asas Disiplin Senii.              Produk Seni

Murid  mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya secara tersendiri.

ii.            Sejarah SeniMurid mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau dan semasa bagi memotivasikan diri, contohnya gaya serta teknik, atau pun perbincangan tentang perhubungan dengan kebudayaan, politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi dan pergerakan seni.  

iii.           Kritikan SeniMurid akan menyata, menganalisa, membuat intepretasi dan membuat penilaian sesuatu hasil karya. Aktiviti ini dikenali sebagai membuat apriesiasi  seni.

iv.           EstetikaMurid akan menimbangkan  keaslian, maksud serta impak dan nilai sesuatu hasil karya yang menjana formula yang mencerminkan pendapat yang ilmiah serta penghakiman terhadap karya seni itu. Di samping mengkaji karya serta membuat penilaian sesuatu hasil karya itu.

Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja tetapi secara beransur-ansur  terarah  mengkaji pelbagai bidang termasuk, tarian, drama dan muzik. Ia juga digunakan dalam kepelbagaian bidang pendidikan, seperti penkajian tinggi, pembelajaran sepanjang hayat, muzium seni tetapi lebih digunakan dalam kelas Pendidikan Seni Visual.

Page 20: Proses Catan Cat Air.docx

Seperti kedua-dua ‘Visual Thinking Strategies’ (VIS) dan ‘New Muzeum Model (NMM), DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training), di mana fokusnya kepada murid dengan minat, pertimbangan, penaakulan serta kemahiran pemikiran kritikal mereka. Inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan serta penyelesaian masalah memainkan peranan yang penting di dalam kurikulum dan bilik darjah di mana guru dilihat sebagai pemudah-cara di dalam proses ini. DBAE berbeza dari kedua-dua model ini (VTS dan NMM) kerana mempunyai matlamat pendidikan yang luas dan lebih berstruktur serta kurikulum  yang lebih terarah.

         1.2.3       Pendekatan Chapman

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:

(i)   Pemerhatian(ii)  Penerokaan(iii) Penghasilan (pembuatan)(iv) Apresiasi dan perlanjutan

Pemerhatian yang aktifAspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu   diberi kepada perkara berikut:

•  pengetahuan sedia ada murid•  benda yang konkrit•  minat, kecenderongan dan latar belakang murid•   bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi•   mencetus idea dan imaginasi

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahanAspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:

ii.   Penerokaan•   aktiviti kecil mudah ringkas•   cuba mencuba, suaikenal dengan bahan•   penemuan oleh murid sendiri, uji menguji•   mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain•   bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba•   aktif melibatkan pelbagai kecerdasan•   menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafikPenghasilan / membuat penggunaan alat bahan dan teknik•   tatacara, langkah dan proses membuat•   amalan tertib kerja

Page 21: Proses Catan Cat Air.docx

•   keselamatan semasa bekerja•   penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil

iii   ApresiasiAspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis  aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:•   aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna,         ton, rupabentuk dan bentuk

•   aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda•   aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik•   penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya•   perasaan, penghargaan dan refleksi diri•   penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan

kandungan.

Definisi Bahan Bantu MengajarDefinisi Bahan Bantu Mengajar

Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)“ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu  pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.”

Menurut Ngui Kuen Sang (1981: 35 )“ mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun padakeseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandanganseseorang.”  Atan Long ( 1982: 174 )“ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkanpada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.”

Penggunaan bahan bantu mengajar member sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (OmardinAshaari, 1999).

Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran danpembelajaran ini adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapatmenyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa

Page 22: Proses Catan Cat Air.docx

menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah denganpenggunaan bahan bantu mengajar, lebih–lebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaiandengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru. Antara lain rasionalnya adalah untukmencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi pengalak dalampenyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yangsesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberipenerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 )merumuskan kepentingan BBM seperti berikut: •memberi rangsangan dan minat murid-muird.•menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran danmengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.•membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal•menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain,menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.

•dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaankata.•ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkanlagi bacaan murid-murid.

Sebagairumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat:•menjimatkan masa•dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid•menyeronokkan murid-murid Ciri-ciri Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Yang Berkesan                 Dalam penyesuaian bahan-bahan bahasa, guru perlu memastikan bahawa

butir-butir dalam kandungan bahasa itu mengandungi unsur-unsur bahasa dan

penerangan bahasa yang selari dengan kehendak kriteria-kriteria yang telah ditetapkan

oleh Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Disamping itu, guru hendaklah juga

memastikan bahawa aktiviti-aktiviti bahasa yang terdapat dalam bahan-bahan tersebut

dapat membantu murid-murid membentuk kecekapan bahasa dan kecekapan

berbahasa mereka. Semasa menyesuaikan semula bahan-bahan pengajaran dan

pembelajaran, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian.

Page 23: Proses Catan Cat Air.docx

a)    Inspirasi dan kreativitiAspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan menggalakkan daya cipta dan kreativiti para elajar. Ini bermakna, daripada bahan-bahan itu, mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat mereka, mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru dan sebagainya.b)   Menjadikan dialog bersifat komunikatifAspek ini ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat peluang berinteraksi sesama sendiri dan menguasai kecekapan berbahasa.c)    Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan bergunaBahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan objektif pembelajaran dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat dikuasai.d)   Mengadakan beberapa contoh yang praktikalBahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal membolehkan pelajar-pelajar memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik di samping dapat pula bekerja dalam konteks dan situasi yang bermakna.e)    Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologiDari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar pelajar-pelajar. Ini bermakna, bahan-bahan itu harus boleh membantu para pelajar dalam kerjaya mereka atau membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik. Dari segi psikologi pula, bahan-bahan itu haruslah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar terutama dari segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya.

Pembinaan Bahan-Bahan PembelajaranPembinaan bahan-bahan pengajaran dilakukan setelah guru-guru dapat memilih

dan mengolah bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada murid-murid mereka. Sebenarnya ada banyak faktor yang harus dilibatkan dalam proses pembinaan bahan. Walau bagaimanapun, di bahagian ini, penulis hanya akan menekankan aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru.a)    KetahananAlat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.b)   KosBahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaannya akan lebih bererti jika bahan tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri. Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi juga boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai.

Page 24: Proses Catan Cat Air.docx

c)    Aspek-aspek TeknikalAlat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya.d)   Ketepatan MaklumatBahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.e)    Mudah AlihGuru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu sahaja, atau dalam keadaan tertentu.

f)     Saiz/Pengelolaan KelasSaiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran. Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih besar. Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan tersebut akan digunakan, sama ada untuk kuliah umum di dewan, atau pengajaran biasa di bilik darjah, atau untuk pengajaran berkumpulan, atauun pengajaran individu.g)   Jangka MasaGuru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan dijalankan supaya alat atau bahan boleh digunakan semaksimum yang mungkin. Bagi waktu pengajaran yang pendek alat atau bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak berlaku pembaziran masa.h)   Strategi Pengajaran PembelajaranUntuk strategi pengajaran pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat atau bahan yang dipilih dengan objektif pelajaran, taraf penguasaan bahasa pelajar, pengetahuan dan pengalaman pelajar, minat pelajar, dan situasi bahasa yang dirancang.i)     Bentuk dan FungsiIstilah fungsi merujuk kepada proses menyampaikan maksud. Biasanya maksud disampaikan melalui bentuk-bentuk bahasa. (perkataan dan bunyi disusun mengikut peraturan-peraturan bahasa). Walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu maksud boleh disampaikan melalui ‘non-verbal means’ tetapi penggunaan bentuk-bentuk bahasa adalah lebih kerap digunakan. Dalam hal ini, bahan-bahan engajaran haruslah dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa yang dapat menyatakan fungsi. Bahan mestilah mengajar bentuk-bentuk bahasa kerana bentuk dan fungsi adalah dinyatakan melaluinya. Tanpa bentuk komunikasi verbal tidak akan berlaku.j)     Ketepatan

Page 25: Proses Catan Cat Air.docx

Ketepatan bermaksud bagaimana bahasa itu dapat digunakan secara tepat, terutamanya yang berhubungan dengan fungsi dan konteks sosial. Ketepatan kadangkala disebut sebagai ketepatan konteks stilistik. Konsep ini berdasarkan daripada ‘communicative competence’ yang menekankan bahawa ada terdapat peraturan-peraturan penggunaan, tanpanya peraturan-peraturan tatabahasa adalah tidak berguna. Apabila kita menggunakan bahasa, kita harus dapat menerap situasi sosial. Kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan situasi ketika itu.k)    KepelbagaianKepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan mendedahkan kepada para pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam  masyarakat. Pengetahuan pelajar-pelajar terhadap variasi-variasi bahan membolehkan mereka memilih variasi-variasi yang sesuai untuk digunakan dalam konteks dan situasi-situasi tertentu.           Kepelbagaian melibatkan variasi-variasi bahasa seperti dialek (kelas dan geografi), style (formal, neutral dan informal), laras (occupational register), dan medium (lisan dan tulisan). Dalam pengajaran dan pembelajaran bahan variasi-variasi bahasa seperti ini adalah penting untuk ketepatan stilistik.l)     Kemahiran BahasaAspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran membaca dan mendengar dan kemahiran pada aras penglahiran iaitu kemahiran menulis dan bertutur. Aspek-aspek bahasa ini harus dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya. Oleh yang demikian, kemahiran-kemahiran ini harus digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna.m)  Standardisasi dan SimplikasiProses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan pengajaran yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. Dalam proses ini, bahan-bahan tersebut disunting, diubahsuai selaras dengan kebolehan para pelajar. Biasanya melalui proses standardisasi, bahan-bahan akan disuaikan berdasarkan perbezaan umur dan jantina, perbezaan kawasan, perbezaan pendidikan dan sosial dan sebagainya.n)   Penyerapan Nilai dan PengetahuanSatu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar daat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan.