PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

106
PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI PENYELENGGARAAN KAPAL ROZANA BINTI OSMAN @ OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

Page 1: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI PENYELENGGARAAN

KAPAL

ROZANA BINTI OSMAN @ OTHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

ii

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOTA : * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh kerahsiaan atau sekatan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Nama Penuh Pengarang : ROZANA BINTI OSMAN @ OTHMAN

Tarikh lahir : 26 MAC 1992

Tajuk : PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI

KERJA PENYELENGGARAAN KAPAL

Sesi Pengajian : 2014/2015 II

Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai:

SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Rahsia Rasmi 1972) *

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan organisasi/badan

di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK Saya bersetuju bahawa tesis ini akan diterbitkan sebagai akses terbuka

TERHAD dalam talian (teks penuh)

Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian.

Disahkan oleh

. .

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

920326-01-5512 DR. FARA DIVA BINTI MUSTAPA

(NO KAD PENGENALAN) (NAMA PENYELIA)

Tarikh: Tarikh: 0

Page 3: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

iii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia :

Tarikh :

Tandatangan :

Nama Pembaca :

Tarikh :

Page 4: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

iv

PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI PENYELENGGARAAN

KAPAL

ROZANA BINTI OSMAN @ OTHMAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

JUN, 2015

Page 5: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

v

PENGAKUAN

Saya akui karya yang bertajuk “Proses dan Teknik Anggaran Kos Bagi

Penyelenggaraan Kapal” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : Rozana Binti Osman @ Othman

Tarikh : ………………………………..…………

Page 6: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

vi

DEDIKASI

Khas buat mak dan ayah yang tersayang

Osman @ Othman Bin Mohamed & Sabariah Binti Abu Bakar

dan adik-beradik yang disayangi

Mohd Firdaus Bin Osman @ Othman

Mohd Firezhar Bin Osman @ Othman

Mohd Firfauzi Bin Osman @ Othman

Noor Firzaannderina Binti Osman @ Othman

Siti Zaharah Binti Osman @ Othman

Siti Hajal Binti Osman @ Othman

Terima kasih atas segala sokongan, dorongan dan pengorbanan kalian

Buat para pensyarah

Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan dan tunjuk ajar yang diberikan

Buat rakan-rakan 4 SBEC 2014/2015

Terima kasih diatas bantuan anda semua.

Terima kasih kalian kerana sentiasa ada saat saya memerlukan pertolongan

Semoga Allah sentiasa merahmati hidup kalian

Page 7: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

vii

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan izinnya

dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Ribuan terima kasih juga ditujukan

kepada mereka yang telah membantu saya sepanjang kajian. Penyelidikan ini tidak

akan berjaya tanpa sokongan, pengorbanan dan sumbangan daripada pelbagai pihak.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

penyelia saya iaitu Dr Fara Diva binti Mustapa yang telah banyak membantu saya

dengan memberi tunjuk ajar, nasihat serta dorongan sepanjang proses penyiapan

penulisan kajian in. Tanpa bantuan beliau penyelidikan ini tidak akan dapat

dihasilkan dengan jayanya. Jasa beliau amatlah saya hargai. Jutaan terima kasih juga

saya ucapkan kepada Encik Md. Wazir Shafiq B. Mohd Anuar, Encik Zulfadli bin

Jantan dan Puan Noorhanan Binti Talib yang merupakan responden di MMHE diatas

bantuan mereka dalam mendapatkan maklumat dan data untuk penyelidikan ini.

Buat rakan-rakan, terima kasih atas segala bantuan yang diberikan dari segi

perkongsian idea dan pandangan. Ribuan terima kasih juga buat kedua ibu bapa dan

ahli keluarga atas segala sokongan dan dorongan kalian sehingga saya berjaya

menyiapkan kajian. Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua pihak untuk

segalanya.

Page 8: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

viii

ABSTRAK

Projek pembinaan diukur dengan tiga spektrum iaitu masa, kos dan kualiti

dan penentu kejayaan projek dari segi kos adalah ketepatan dalam memastikan

projek itu tidak melebih anggaran. Baru-baru ini, kos projek pembinaan tidak hanya

tertumpu kepada kos pembinaan tetapi juga kos penyelenggaraan. Ini kerana,

menyelenggara aset penting untuk mengekalkan nilai aset. Di samping itu, tugas

juruukur bahan adalah pelbagai dan juruukur bahan boleh bekerja dalam industri

yang berbeza. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat penglibatan juruukur

bahan bagi penyelenggaraan kapal. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji sama

ada juruukur bahan boleh melibatkan diri dalam proses penyelenggaraan kapal. Ia

juga mengenalpasti teknik anggaran kos untuk penyelenggaraan kapal. Data

dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur dengan pengurus kos kawalan

MMHE dan analisis dokumen. Skop kajian ini adalah penyelenggaraan dan

pembaikan kapal dalam syarikat MMHE di Pasir Gudang, Johor. Hasil kajian

menunjukkan bahawa penyelenggaraan kapal hanya memberi tumpuan kepada

bahagian yang rosak manakala penyelenggaraan bangunan dilakukan dengan teliti

dan sistematik. Teknik-teknik yang digunakan untuk anggaran kos penyelenggaraan

kapal adalah sama dengan penyelenggaraan bangunan. Oleh itu, tidak ada teknik

anggaran kos khusus yang disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan kapal.

Anggaran teknik yang digunakan bergantung kepada keadaan, pengalaman kerja dan

kerja organisasi. Kesimpulannya, juruukur bahan boleh mempelbagaikan profesion

mereka bukan sahaja untuk membina bangunan, tetapi juga kerja-kerja

penyelenggaraan kapal. Pengetahuan asas juruukur bahan terutamanya dalam teknik

anggaran boleh digunakan untuk menganggarkan kos penyelenggaraan kapal.

Perbezaan hanya dari segi kemahiran, waktu kerja, kadar buruh, terma, kualiti,

keselamatan, kesihatan dan keadaan kerja dan kontrak. Oleh itu, adalah

sesungguhnya bahawa juruukur bahan adalah satu profesion yang pelbagai yang

boleh bekerja dengan industri lain selain daripada industri pembinaan.

Page 9: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

ix

ABSTRACT

Construction projects are measured by three spectrum namely the time, cost

and quality and that the determinant of project success in terms of costing is accuracy

in ensuring the project did not go overbudget. Recently, the cost of construction

projects did not only concentrate on the construction cost but also the maintenance

cost. This is because, maintaining the asset is crucial to retain the value as well as the

asset. In addition, the job of quantity surveyors is very diverse and that quantity

surveyors can work in other industry. Hence, this research aims to look at the

involvement of the quantity surveyor for ship maintenance. This research was carried

out to investigate whether the quantity surveyor can be involved in maintenance

process of ships. It is also to identify cost estimation techniques are used for ship

maintenance. Data was collected through semi-structured interview with cost

controlled manager of MMHE and document analysis. The scope of this research is

ship maintenance and repair vessels in MMHE company at Pasir Gudang, Johor. The

results showed that maintenance ship repairs and installation only focuses on

defective parts while building maintenance was done thoroughly and systematically.

The estimating techniques used to cost ship maintenance are somewhat similar to

building maintenance. Therefore, no specific cost estimation techniques available for

ship maintenance works. The estimating technique used depends on the situation,

work experience and work of the organization. In conclusion, quantity surveying can

diversify their profession to not only building works but also ship maintenance

works. The basis of quantity surveying knowledge especially in estimating

techniques is applicable to estimate the cost of maintaining a ship. The only

differences is in terms of skills, working hours, labor rates, terms, quality, safety,

health and work conditions and contract. Hence, it is indeed that a quantity surveyor

is a diverse profession that can work with other industries apart from the construction

industry.

Page 10: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

x

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

MUKA SURAT TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI vi

PENGHARGAAN vii

ABSTRACT viii

ABSTRAK ix

ISI KANDUNGAN x

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1.0 PENGENALAN

1.1 Pengenalan Kajian 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 6

Page 11: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

xi

1.6 Skop Kajian 7

1.7 Kajian Lepas 7

1.8 Kepentingan Kajian 8

1.9 Metodologi Kajian 9

1.10 Cadangan Tentatif Bab 10

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 12

2.2 Penyelenggaraan 13

2.2.1 Definisi Penyelenggaraan 13

2.2.2 Tujuan Penyelenggaraan 14

2.2.3 Klasifikasi Penyelenggaraan 15

2.2.3.1 Penyelenggaraan Terancang 15

2.2.3.2 Penyelenggaraan Tidak Terancang 17

2.2.3.3 Penyelenggaraan Pencegahan 18

2.2.4 Proses Penyelenggaraan 19

2.3 Anggaran Kos Kerja Bangunan 20

2.3.1 Kos Penyelenggaraan 21

2.3.2 Jenis-Jenis Kos Penyelenggaraan 22

2.3.3 Proses Anggaran Kos 23

2.3.4 Teknik Anggaran Kos 23

2.3.5 Kepentingan Anggaran 26

2.4 Pengenalan Kapal 27

2.4.1 Definisi Penyelenggaraan Kapal 28

2.4.2 Tujuan Penyelenggaraan 28

2.4.3 Jenis-jenis Kapal Dagang 28

2.4.3.1 Kapal Kargo 29

2.4.3.2 Kapal Kontena 29

2.4.3.3 Kapal Tangki Minyak 30

2.4.3.4 Kapal Pengangkut Gas 31

2.4.3.5 Kapal Penumpang 32

2.4.4 Klasifikasi Penyelenggaraan bagi Kapal 33

2.4.4.1 Penyelenggaraan Terancang 34

Page 12: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

xii

2.4.4.2 Penyelenggaraan Tidak Terancang 34

2.4.5 Proses Penyelenggaraan Kapal 34

2.5 Teknik Anggaran Kos Penyelenggaraan Kapal 35

2.6 Kesimpulan 36

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Metodologi Kajian 40

3.2.1 Objektif Pertama 40

3.2.2 Objektif Kedua 41

3.3 Proses Kajian 41

3.4 Pendekatan Kajian 43

3.4.1 Kajian Kuantitatif 43

3.4.2 Kajian Kualitatif 45

3.4.3 Perbandingan Di Antara Kajian Kuantitatif dan

Kajian Kualitatif 46

3.4.4 Triangulasi 47

3.4.5 Pluralism 48

3.5 Kaedah Kajian Lepas 48

3.6 Rekabentuk Kajian 49

3.6.1 Kajian Kes 49

3.6.2 Responden Kajian 50

3.6.3 Temubual 51

3.6.4 Analisis Kajian 53

3.7 Analisis Data Kajian 53

3.8 Kesimpulan 54

4.0 ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 55

4.2 Temubual dengan Responden 56

4.3 Profil Responden 57

4.4 Analisis Kandungan Temu bual 58

Page 13: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

xiii

4.4.1 Objektif 1 : Mengkaji sama ada juruukur

bahan boleh melibatkan diri dalam proses

penyelenggaraan kapal. 58

4.4.2 Objektif 2 : Mengenalpasti teknik anggaran kos

yang digunakan untuk penyelenggaraan kapal 62

4.5 Kesimpulan 65

5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Rumusan Am Kajian 67

5.2.1 Objektif 1 : Mengkaji sama ada juruukur

bahan boleh melibatkan diri dalam proses

penyelenggaraan kapal. 67

5.2.2 Objektif 2 : Mengenalpasti teknik anggaran kos

yang digunakan untuk penyelenggaraan kapal 68

5.3 Had dan Permasalahan Kajian 69

5.4 Cadangan Penyelidikan Lanjut 70

RUJUKAN 71

LAMPIRAN 73

Page 14: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

xiv

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.1 Kelebihan dan kekurangan kajian

kualitatif dan kajian kuantitatif 46

Jadual 4.1 Teknik anggaranyang digunakan oleh

MMHE 64

Page 15: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

xv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 2.1 Klasifikasi kerja-kerja penyelenggaraan 18

Rajah 2.2 Prosedur kerja-kerja penyelenggaraan 20

Rajah 2.3 Kapal kargo am 29

Rajah 2.4 Kapal kontena 30

Rajah 2.5 Kapal tangki minyak 31

Rajah 2.6 Kapal pengangkut gas 32

Rajah 2.7 Kapal penumpang 33

Rajah 3.1 Hubungan antara melakukan penyelidikan

dan menulis laporan 39

Rajah 3.2 Kitaran proses kajian 41

Rajah 3.3 Proses kajian penyelidikan 42

Rajah 3.4 Kaedah temu bual 51

Rajah 4.1 Proses Penyelenggaraan Kapal di MMHE 61

Page 16: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

xvi

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN NAMA PENUH

MMHE Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings

Berhad

Page 17: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A BORANG SOALAN TEMU BUAL

B TRANSKRIP TEMU BUAL

Page 18: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Kajian

Bangunan adalah aset fizikal yang bernilai dan memerlukan penyelenggaraan

yang sempurna (Ahmad bin Ramly, 2002). Keseluruhan struktur dan bahan-bahan

bangunan yang ada lama-kelamaan akan menjadi pudar, rosak, lusuh dan usang jika

tiada kerja-kerja penyelenggaraan. Keadaan ini bukan sahaja akan menyusutkan nilai

bangunan, malah akan menjadikan bangunan tidak bernilai. Penyelenggaraan

seringkali diberikan pertimbangan terakhir apabila pemilik bangunan bercadang

memberikan suatu peruntukan atau menyediakan belanjawan untuk organisasi. Selain

itu, apabila ekonomi pemilik menghadapi kemerosotan perkara pertama yang akan

dikurangkan dalam belanjawan adalah peruntukan bagi penyelenggaraan.

Page 19: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

2

Menurut (Hasnan Abdullah, 1994), penyelenggaraan tidak kurang pentingnya

di mana ia memerlukan pelbagai kemudahan, pengetahuan teknikal dan pengalaman

di tapak untuk memenuhi kehendak penyelenggaraan. Ia memerlukan pemahaman

dalam teknologi moden, pengurusan perniagaan, pengetahuan undang-undang kerana

ia melibatkan orang ramai, hartanah dan kontrak. Bangunan tidak boleh menahan

kerosakan akibat daripada pengaruh cuaca dan faktor usia. Oleh itu penyelenggaraan

diperlukan bagi menjamin keselesaan dan setiap bangunan berfungsi dengan baik.

Aktiviti penyelenggaraan bermula sebaik sahaja projek siap sepenuhnya dan

telah diserahkan kepada pihak pemilik. Sebarang kerosakan atau kerja yang tidak

sempurna dikesan dalam tempoh enam bulan dikenali dengan tempoh tanggungan

kecacatan, maka kontraktor perlu menanggung segala kos pembaikan. Setelah

tempoh tanggungan kecacatan selesai, barulah pihak pengurusan penyelenggaraan

memulakan tugas mereka. Kerja-kerja pembersihan atau servis, pemeriksaan,

pembaikan dan penilaian akan dilakukan bagi memastikan fungsi bangunan berjalan

dengan lancar dan juga bangunan selamat digunakan mengikut piawaian rekabentuk.

Antara manfaat yang boleh diterima daripada penyelenggaraan ini adalah

dapat menepati tujuan sebenar atau fungsi bangunan tersebut dibina, memperoleh kos

penyelenggaraan yang minimum, memperolehi pulangan kos atau keuntungan yang

maksimum dan melaksanakan pengurusan yang efisien dan lebih ekonomi (Ahmad

bin Ramly, 2002). Oleh itu, kerja-kerja penyelenggaraan mestilah dibuat secara

sistematik dan teratur. Setiap kerja diselia baik dan pengurusannya mestilah

mempunyai kakitangan yang terlatih dan kompeten dalam hal-hal berkaitan

penyelenggaraan.

Page 20: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

3

1.2 Latar Belakang Kajian

Satu aspek yang sangat penting dalam sesuatu projek adalah kos (Ashworth,

2004). Anggaran dalam industri pembinaan memerlukan pelaburan yang tinggi untuk

menjalankan aktiviti dan operasinya. Begitu juga dengan industri lain iaitu industri

perkapalan pelaburan yang tinggi diperlukan. Anggaran adalah untuk menyediakan

ramalan yang paling realistik pada masa dan kos di mana-mana peringkat yang

diberikan dalam sesuatu projek. Pemilik perlu membuat anggaran dan sokongan

kewangan untuk projek manakala perunding perlu menyediakan anggaran kasar

kepada pemilik. Sepanjang tempoh projek, penganggar akan dapat menghasilkan satu

siri anggaran, daripada anggaran awal pada permulaan ke akaun akhir (Smith N. J.,

1995).

Menurut (Singh & Singh, 2010) ketepatan dalam anggaran adalah penting.

Jika penganggar menyediakan anggaran dengan berhati-hati dan mengambil kira

semua keadaan, ia berkemungkinan hanya sedikit perbezaan jumlah yang dianggar

dengan kos sebenar pembinaan. (Smith N. J., 1995) menegaskan bahawa tujuan

anggaran kos adalah untuk menyediakan ramalan munasabah yang paling realistik

untuk masa dan kos setiap fasa projek. Sepanjang jangka hayat projek, jurukur bahan

seharusnya boleh menghasilkan satu siri anggaran kos bermula daripada anggaran

kos awalan pada peringkat permulaan projek hingga ke peringkat penyediaan

perakuan muktamad supaya tahap ketepatan dalam anggaran kos akan terbukti.

Bilangan peringkat dalam projek adalah dipengaruhi oleh strategi perolehan

yang diambil. Menurut (Smith N. J., 1995) projek kejuruteraan awam tradisional

boleh dibahagikan kepada enam peringkat iaitu identification, appraisal, definition,

approval, implementation and operation. Sesebuah organisasi menggunakan

anggaran kos untuk tiga tujuan utama iaitu untuk membuat keputusan, perancangan

serta penetapan piawaian dan pengurusan kos (Well & Maher, 2005).

Page 21: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

4

Menurut (Smith N. J., 1995), secara umumnya, jenis-jenis teknik yang

terdapat dalam anggaran adalah seperti umum, faktoran, waktu-kerja, kadar unit dan

operasi. Pembinaan dan anggaran kos tidak terhad hanya pada bangunan dan kerja-

kerja awam sahaja. Pembinaan kapal turut mempunyai proses-proses tertentu yang

melibatkan segala perancangan pembinaan dan kewangan. Persoalan adakah proses

dan teknik anggaran kos bagi penyelenggaraan kapal mempunyai persamaan dengan

bangunan.

1.3 Penyataan Masalah

Anggaran awal bagi kos pembinaan atau anggaran pada pra tender perlu

disediakan oleh juruukur bahan. Ini bertujuan untuk mengetahui anggaran kos dalam

sesebuah projek. Juruukur bahan juga hendaklah membuat perbandingan di antara

kos sebenar dengan anggaran yang telah disediakan (Kay, 2013). Menurut Seeley

(1997) seperti mana dinyatakan dalam UKEssay (2013), juruukur bahan merupakan

pakar dalam penilaian kos dan memberi nasihat praktikal mengenai kos.

Berdasarkan Lembaga Jurukur Bahan Malaysia, jumlah bilangan jurukur

yang telah mendaftar terus meningkat naik dari 980 orang pada tahun 2013 kepada

1038 orang pada tahun 2014. Peningkatan jumlah bilangan jurukur ini menunjukkan

profession sebagai jurukur bahan dalam pembinaan tidaklah tertumpu pada industri

pembinaan bangunan semata-mata, ia merupakan kerjaya yang fleksibel dalam

melakukan skop kerja lain. Kenyataan ini disokong oleh Smith (2004), dimana

juruukur bahan tidak hanya terlibat dalam industi pembinaan malahan turut terlibat

dalam industri lain seperti penglibatan dalam industri minyak dan gas. Oleh itu

penggunaan sumber terutamanya iaitu sumber manusia perlu digunakan dengan betul

agar pelaksanaan aktiviti berjalan mengikut perancangan yang telah dijadualkan.

Page 22: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

5

Kepelbagaian skop dalam industri binaan biasanya akan melibatkan

pendekatan pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang berbeza walaupun

pada asasnya iaitu keperluan seperti latihan dan kaunseling, penilaian, gaji kedua

belah pihak perlu dipenuhi adalah sama. Pembangunan keupayaan sumber manusia

dalam industri pembinaan telah menjadi satu keperluan kerana produktiviti, kualiti

dan inovasi menjadi semakin penting bagi industri pembinaan Malaysia. Kenyataan

ini turut disokong oleh (CIDB, 2007), Construction Industry Master Plan (CIMP)

teras strategi keempat menyatakan untuk membangunkan keupayaan dan

kemampuan sumber manusia dalam industri pembinaan. Amalan dalam menggajikan

tenaga kerja tidak mahir telah menyekat produktiviti dalam sektor ini.

Selain itu juga, (CIDB, 2007), industri pembinaan di Malaysia dapat

meningkatkan penggunaan tenaga kerja mahir dengan menggunakan lima peringkat

pendekatan kepada pembangunan sumber manusia yang meliputi penilaian terhadap

keperluan modal insan, pembangunan latihan dan pendidikan, dan dorongan dari

pembangunan kontraktor berterusan (CIDB, 2007).

1.4 Persoalan Kajian

Skop kerja juruukur bahan bukan hanya sebagai penasihat dalam projek

pembinaan khususnya di peringkat perancangan mengenai peruntukan kos. Juruukur

bahan juga bertanggungjawab menyediakan kajian bagi menyelidik sama ada

sesebuah projek mampu memberi keuntungan serta kerja-kerja yang dirancang dapat

mengikut perancangan yang telah dijadualkan. Adakah juruukur bahan mampu

mempelbagaikan skop kerja dan mengaplikasikan dalam industri perkapalan.

Page 23: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

6

Berdasarkan pernyataan masalah di atas, beberapa persoalan kajian telah

dikenal pasti seperti berikut:

1.4.1 Adakah juruukur bahan boleh melibatkan diri dalam proses

penyelenggaraan kapal?

1.4.2 Apakah teknik anggaran kos yang digunakan untuk penyelenggaraan

kapal?

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1.5.1 Mengkaji sama ada juruukur bahan boleh melibatkan diri dalam

proses penyelenggaraan kapal.

1.5.2 Mengenalpasti teknik anggaran kos yang digunakan untuk

penyelenggaraan kapal.

Page 24: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

7

1.6 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji proses dan teknik anggaran kos bagi

penyelenggaraan kapal. Sehubungan dengan itu, individu yang terlibat dalam proses

dan anggaran kos bagi penyelenggaraan kapal telah dipilih sebagai responden iaitu

juruukur bahan serta pengurus kawalan kos bagi penyelenggaraan kapal bagi

membantu mencapai objektif kajian ini.

Skop kajian ini telah dikecilkan dengan memfokuskan kepada proses dan

teknik anggaran kos bagi penyelenggaraan kapal di Malaysia Marine and Heavy

Engineering Holdings Berhad (MMHE). Lokasi firma terletak di Pasir Gudang.

1.7 Kajian Lepas

Terdapat beberapa kajian sebelum ini dilakukan oleh penyelidik lain dari

Malaysia dan negara lain mengenai kos membuat keputusan dalam amalan

penyelenggaraan bangunan dan penyelenggaraan penjadualan kapal oleh algoritma

genetik dan berdasarkan kekangan. Dalam kajian ini, beberapa kertas kerja ini boleh

digunakan sebagai rujukan untuk kajian ini.

Kajian yang telah dilakukan oleh (Azlan Shah Ali, 2009) menyatakan

terdapat enam pembolehubah dominan dalam membuat keputusan, yang memberi

kesan kepada pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan. Objektif utama penyelidikan

adalah mengenal pasti faktor-faktor penting yang perlu dipertimbangkan dalam

membuat keputusan kos penyelenggaraan dan bagaimana faktor-faktor ini memberi

kesan kepada prestasi penyelenggaraan. Seiring dengan itu, teknik triangulasi

digunakan di mana digabungkan pendekatan kuantitatif iaitu kajian soal selidik dan

Page 25: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

8

pendekatan kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur. Ia mengesahkan bahawa

faktor-faktor penting adalah keadaan bangunan yang sedia ada dan aduan yang

diterima mengenai prestasi bangunan.

Selain itu, kajian mengenai penjadualan penyelenggaraan kapal dimodelkan

sebagai kekangan masalah kepuasan yang telah dilakukan oleh (Deris, Sigeru Omatu,

Kutar, & Samat, 1999) yang bertajuk penyelenggaraan penjadualan kapal oleh

algoritma genetik dan berdasarkan kekangan. Dalam kajian ini, penjadualan

penyelenggaraan kapal dimodelkan sebagai masalah kepuasan kekangan. Model ini

kemudiannya diselesaikan dengan hibrid GA dan pendekatan CBR. GA telah

digunakan untuk mencari gabungan permulaan aktiviti penyelenggaraan pertama dan

CBR digunakan untuk membina jadual yang memenuhi kekangan duniawi dan

sumber. Ukuran prestasi untuk menilai jadual yang mengoptimumkan ketersediaan

adalah purata wajaran bilangan pertindihan aktiviti. Objektifnya adalah untuk

mencari jadual dengan paling sedikit pertindihan aktiviti.

1.8 Kepentingan Kajian

Melalui kajian sebelum ini, ia tidak dapat dinafikan bahawa proses dan

anggaran kos penting bagi penyelenggaraan dalam industri pembinaan bagi

memenuhi keperluan pemilik serta bernilai pada wang dan jaminan kualiti yang

tinggi. Dapatan yang diperolehi daripada kajian ini adalah mengetahui proses

penyelenggaraan kapal. Proses penyelenggaraan adalah sangat penting bagi

membantu merancang dan menguruskan kerja serta aktiviti yang perlu dilakukan

mengikut susunan dan peringkat yang betul. Ianya juga akan dapat memberikan

gambaran tentang kemajuan kerja yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor pada

bulan yang terbabit.

Page 26: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

9

Selain itu, dapat memastikan kos yang dianggarkan tepat. Jika terdapat

perubahan kerja semasa penyelenggaraan, maka pihak juruukur bahan dan pengurus

kawalan kos adalah bertanggungjawab untuk menilai semula kerja-kerja yang

terbabit. Dengan mengira perubahan kerja terbabit dapat mengetahui kos sebenar

kerja-kerja terbabit sama ada ianya bertambah ataupun berkurangan daripada kos

yang asal.

Adalah diharapkan bahawa pihak-pihak yang berkenaan akan menerima dan

melaksanakan penambahbaikan yang sewajarnya untuk meningkatkan pengurusan

proses penyelenggaraan yang lancar dan dapat mengurangkan modal pembinaan

dalam mana-mana projek pembinaan.

1.9 Metodologi Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, metodologi yang digunakan telah ditentukan

untuk memenuhi objektif yang telah digariskan sebelum ini. Gambaran keseluruhan

metodologi penyelidikan yang digunakan di peringkat awal adalah untuk memastikan

kefahaman tentang proses penyelidikan serta memastikan maklumat yang diperolehi

mencukupi. Kaedah termasuk membaca dan mengeluarkan maklumat dari sumber-

sumber yang berkaitan dengan isu terutama analis mengenai penyelenggaraan supaya

pengetahuan menyeluruh mengenai teori penyelidikan dan konsep lebih difahami.

Sumber termasuk buku, jurnal, tesis sebelumnya, surat khabar dan internet.

Pengumpulan data bagi kajian ini adalah analisis dokumen dan temu bual

dengan responden yang berkaitan. Bagi mencapai objektif, temu bual melibatkan

pengurus kawalan kos dan juruukur bahan yang terlibat bagi anggaran kos di bawah

kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kapal di Malaysia Marine and Heavy

Engineering Holdings Berhad (MMHE). Selain itu, temu bual dianalisis untuk

Page 27: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

10

mengkaji sama ada juruukur bahan boleh melibatkan diri dalam proses

penyelenggaraan kapal dan mengenalpasti teknik anggaran kos yang digunakan

untuk penyelenggaraan kapal.

Langkah seterusnya selepas pengumpulan data adalah analisis data. Kaedah

ini termasuk menyusun semua data yang telah dikumpul dan diterima.

1.10 Cadangan Tentatif Bab

Dicadangkan Tentatif Bab untuk topik penyelidikan yang terdiri daripada lima (5)

bab. Bab-bab ini adalah:

a) Bab 1 : Pengenalan

Bab ini berkaitan dengan latar belakang kajian, penyataan masalah, persoalan

kajian, objektif kajian, skop kajian, kajian lepas, kepentingan kajian dan

metodologi kajian.

b) Bab 2 : Kajian Literatur

Bab ini menerangkan data dan maklumat yang diperolehi daripada sumber

yang berkaitan seperti artikel, jurnal, buku dan kajian lepas. Ia mengandungi

gambaran keseluruhan bagi penyelenggaraan dan proses serta teknik

anggaran kos penyelenggaraan.

Page 28: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

11

c) Bab 3 : Metodologi Kajian

Bab ini menjelaskan pendekatan penyelidikan yang digunakan untuk

pengumpulan data, metodologi penyelidikan yang digunakan, prosedur

penyelidikan dan analisis data

d) Bab 4 : Analisis Data

Bab ini membentangkan data yang dikumpul melalui temu bual dirakam.

Data ini dianalisis dan dibincangkan.

e) Bab 5 : Kesimpulan dan Cadangan

Bab ini merumuskan hasil penyelidikan dan kesimpulan dalam kajian ini.

Beberapa cadangan untuk kajian akan datang telah dibuat melalui analisis.

Page 29: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

12

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan kajian literatur yang mana menjadi asas di dalam

penyelidikan ini. Ia terdiri daripada gambaran keseluruhan bagi kajian iaitu

penyelenggaran, proses penyelenggaraan dan juga teknik anggaran kos bagi

penyelenggaraan. Selain itu, kajian literatur juga dijalankan ke atas dua objektif

kajian yang telah ditetapkan iaitu mengkaji sama ada juruukur bahan boleh

melibatkan diri dalam proses penyelenggaraan kapal dan mengenalpasti teknik

anggaran kos yang digunakan untuk penyelenggaraan kapal.

Page 30: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

13

2.2 Penyelenggaraan

Penyelenggaraan kini dikaitkan dengan pulangan pelaburan dan nilai

bangunan itu sendiri. Menurut (Mohammed & Mat, 1991), semakin besar modal

awal yang diperlukan untuk membangunkan sesuatu projek bangunan, maka semakin

besar pulangan yang diterima. Oleh sebab itu, bangunan seperti hotel, kompleks

membeli belah, pejabat ataupun pangsapuri perlu sentiasa dalam keadaan seperti baru

untuk memenuhi fungsi bagi mendapatkan pulangan yang tinggi.

Penyelenggaraan diperlukan sebaik sahaja bangunan siap dan telah diduduki.

Sepanjang proses pembinaan, setiap pindaan reka bentuk yang dikeluarkan oleh

arkitek ditanggung oleh pemilik. Sebaliknya, semasa pembinaan berlaku kecacatan

disebabkan oleh kecuaian, maka ianya akan ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor.

Tempoh masa tanggungan ada diperuntukkan dalam kontrak binaan iaitu selama

enam bulan atau dua belas bulan. Selepas tempoh tanggungan, pemilik harus

menyediakan perancangan untuk penyelenggaraan selanjutnya.

2.2.1 Definisi Penyelenggaraan

Menurut piawaian BS 3811: 1984 penyelenggaraan bangunan adalah untuk

menjaga dan memulihkan setiap kemudahan bangunan yang telah sedia ada. Perkara

tersebut termasuk semua bahagian binaan, iaitu meliputi tapak, bangunan dan

kandungannya berada pada tahap yang setara (standard) dan boleh diterima.

Penyelenggaraan juga bermaksud kerja-kerja yang perlu dibuat mengikut tempoh

atau jangka masa tertentu sama ada secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau

tahunan bagi memastikan sesuatu aset itu berfungsi dengan baik sepanjang tempoh

penggunaannya.

Page 31: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

14

Institusi Bangunan Berkanun meyokong definisi berikut : “Penyelenggaraan

bangunan ialah kerja yang dilakukan untuk menjaga, memulih atau

mempertingkatkan setiap kemudahan, iaitu setiap bahagian bangunan, kemudahan-

kemudahannya dan sekitarnya kepada suatu standard yang dipersetujui, yang

ditentukan oleh perseimbangan antara kehendak dengan sumber-sumber yang ada”.

2.2.2 Tujuan Penyelenggaraan

Menurut (Ahmad bin Ramly, 2002), tujuan penyelenggaraan dapat dilihat

dalam empat (4) aspek utama iaitu fungsi bangunan, rupabentuk bangunan, nilai

pelaburan dan juga bahan warisan. Fungsi bangunan dapat dikekalkan dan bangunan

dapat digunakan sepenuhnya pada setiap masa apabila kerja-kerja penyelenggaraan

dilakukan.

Bagi rupabentuk bangunan, penyelenggaraan dapat mengurangkan seberapa

mungkin kegagalan dan kecacatan terhadap elemen dan peralatan bangunan secara

efektif dan sistematik. Secara tidak langsung, segala aspek keselamatan dan

keselesaan akan lebih terjamin bukan sahaja kepada pengguna malah kepada pemilik

dan organisasi.

Selain itu, tujuan lain adalah untuk mendapatkan nilai pasaran yang maksima

bagi memastikan pulangan kos serta keuntungan yang lumayan dapat diberikan

kepada pemilik. Sesebuah pembinaan adalah melibatkan suatu pelaburan yang besar.

Penyelenggaraan yang baik dapat membantu pemilik dalam menjimatkan

pengeluaran wang. Oleh itu, setiap pemilik haruslah mampu menilai dan memastikan

pelaburan yang dilakukan mendapat untung lebih daripada modal yang dikeluarkan.

Page 32: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

15

Kesedaran dan minat masyarakat serta negara kepada bahan warisan bukan

sahaja dipengaruhi oleh faktor sejarah atau nilai asset mahupun rekabentuk, tetapi

juga berkait rapat dengan bahan atau daya tarikan pelancong. Ia dapat memberikan

satu daripada sumber pendapatan negara. Oleh itu, bangunan yang lama perlu

diselenggara dan dijaga dengan baik agar bahan warisan ini sentiasa dalam keadaan

baik dan cantik.

2.2.3 Klasifikasi Penyelenggaraan

Menurut (Ahmad bin Ramly, 2002), penyelenggaraan terbahagi kepada tiga

kategori yang utama, iaitu penyelenggaraan terancang, penyengggaraan tidak

terancang dan pencegahan penyelenggaraan. Sistem bagi penyelenggaraan adalah

berbeza-beza mengikut jenis bangunan dan masa mengambilalih tugas tersebut,

maka perancangan peyelenggaraan mestilah dibuat dengan teliti bersesuaian dengan

keperluan tersebut.

2.2.3.1 Penyelenggaraan Terancang

Penyelenggaraan yang terancang adalah kerja-kerja penyelenggaraan yang

dirancang, dilaksanakan dan dikawal dengan mengambil kira kemungkinan yang

akan berlaku pada masa hadapan (Mohammed & Mat, 1991). Ini berdasarkan rekod

dan pengalaman masa lalu. Penyelenggaraan dilaksanakan dengan kawalan dan

penggunaan rekod serta perancangan ditentukan terlebih dahulu. Penyelenggaraan

terancang ini terbahagi kepada dua jenis iaitu penyelenggaraan bersifat mencegah

dan penyelenggaraan bersifat membaik pulih.

Page 33: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

16

a) Penyelenggaraan bersifat mencegah

Ia merupakan kerja yang diarahkan untuk mencegah kegagalan kemudahan,

ini boleh termasuk kontrak perkhidmatan untuk pemeriksaan biasa dan servis

peralatan. Penyelenggaraan ini dilakukan mengikut sela masa yang telah ditentukan

mengikut jenis kerja. Ini bagi mengawal kemungkinan berlakunya kegagalan dan

kemerosotan prestasi sesuatu elemen dalam sesebuah bangunan. Penyelenggaraan

bersifat mencegah boleh dibahagikan kepada dua iaitu penyelenggaraan berjadual

dan penyelenggaraan berdasarkan keadaan.

i) Penyelenggaraan berjadual : Penyelenggaraan jenis ini dilakukan berasaskan

suatu jangka masa tertentu, jumlah operasi perlu dilakukan dan juga tanpa

memerlukan alat khas untuk mengukur. Manakala, jenis-jenis kerosakan yang

diperiksa hanyalah jenis biasa seperti memeriksa elemen-elemen berdasarkan

kekerapan penggunaan bangunan.

ii) Penyelenggaraan berdasarkan keadaan : Ia merupakan aktiviti yang dilakukan

setiap kali selepas pemeriksaan berjadual dilakukan. Pemeriksaan tersebut

merupakan pemeriksaan yang teliti pada sesuatu anggota struktur. Bukti

seperti laporan yang lengkap beserta gambar-gambar, gambarajah dan lukisan

diperlukan untuk menjadi panduan pada penyelenggaraan seterusnya dan juga

masa hadapan.

Page 34: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

17

b) Penyelenggaraan bersifat membaik pulih

Penyelenggaraan yang dibuat selepas kegagalan telah berlaku dan bertujuan

untuk mengembalikan item untuk keadaan di mana ia boleh melakukan fungsi yang

diperlukan. Ia termasuk perubahan ketara yang melebihi had yang dibenarkan serta

perubahan terhadap struktur bangunan. Oleh itu, penyelenggaraan diperlukan dengan

membaikpulih item yang rosak untuk mengembalikan fungsi yang telah rosak atau

cacat.

2.2.3.2 Penyelenggaraan Tidak Terancang

Menurut BS 3811 : 1984, penyelenggaraan yang dijalankan tanpa mempunyai

perancangan awal, tiada ramalan dilakukan. Penyelenggaraan tidak terancang juga

boleh disamakan dengan penyelenggaraan kecemasan. Penyelenggaraan ini berlaku

secara mengejut di luar jangkaan atau kecemasan yang tidak dirancang seperti banjir,

kebakaran, letupan, paip air pecah dan sebagainya. Ia bergantung kepada kerosakan

yang berlaku oleh sesebuah bangunan dan kebiasaan kerja-kerja penyelenggaraan

yang dilakukan tidak teliti dan sempurna. Hal ini kerana tujuan utama adalah untuk

memberikan tindakan segera supaya kerosakan dapat ditutup dan ketiadaan masa

untuk merancang pembaikan yang teratur. Penyelenggaraan ini meliputi kerja-kerja

berasaskan panggilan, laporan dan siasatan segera.

Page 35: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

18

Penyelenggaraan

Penyelenggaraan berancang

Penyelenggaraan bersifat mencegah

Penyelenggaraan berjadual

Penyelenggaraan berdasarkan

keadaan

Peyelenggaraan bersifat baik pulih

Penyelenggaraan tidak berancang

Penyelenggaraan kecemasan

Penyelenggaraan pencegahan

2.2.3.3 Penyelenggaraan Pencegahan

Penyelenggaraan pencegahan adalah program berjadual bagi pemeriksaan

biasa, pelarasan, pelinciran atau penggantian bahagian yang mempunyai kerosakan

atau kecacatan untuk mengekalkan fungsi aset dan kecekapan (Cruzan, 2009).

Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya sebarang

kerosakan atau kecacatan terhadap prestasi sesuatu item. Penyelenggaraan jenis ini

dilihat sebagai suatu tindakan segera yang diambil dalam mencegah kerosakan

sesuatu item tertentu bangunan. Sekiranya tindakan awal ini diabaikan, kemungkinan

kerosakan daripada item tersebut boleh menyebabkan kerosakan kepada item-item

bangunan yang lain.

Rajah 2.1 Klasifikasi Kerja-Kerja Penyelenggaraan (Ahmad bin Ramly, 2002)

Page 36: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

19

2.2.4 Proses Penyelenggaraan

Tujuan proses penyelenggaraan diwujudkan adalah untuk menghasilkan

proses penyelenggaraan yang berkesan (Ahmad bin Ramly, 2002). Proses pertama

adalah mendapat laporan sesuatu kerosakan. Aduan ini diterima terus dari pengguna

atau laporan staf. Laporan dibuat secara peribadi, telefon atau bersurat. Penerima

laporan pastikan dapat maklumat serta butiran yang lengkap mengenai kerosakan

atau penyelenggaraan yang diperlukan.

Seterusnya, penerima aduan pergi ke lokasi untuk melihat keadaan sebenar

dan buat penilaian. Kemudian, sediakan bahan yang sesuai dan kemudahan untuk

penyelenggaraan dan pembaikan. Perlaksanaan kerja penyelenggaraan dan

pembaikan dilakukan mengikut kepakaran dan kemahiran yang dimiliki. Setelah

siap, semak semula kerja untuk memastikan kualiti kerja terjamin.

Menurut (Cooper & Badzinski, 1971), kerja-kerja anggaran kos memerlukan

pengetahuan bagi semua peringkat yang terlibat dalam kerja-kerja bangunan. Oleh

itu, proses dan anggaran kos mempunyai saling berkait dalam industri pembinaan.

Penilaian dan melaporkan kos kerja yang telah dilakukan untuk membuat tuntutan

kepada pembuat aduan. Setelah tuntutan diterima, kerja yang telah dilakukan perlu

dipantau dan penyemakan pembaikan dibuat mengikut tempoh jaminan yang

diberikan. Pantau prestasi dan rekodkan ke dalam buku supaya ia boleh dirujuk

sekiranya berlaku permasalahan pada masa akan datang.

Page 37: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

20

Ya Tidak

Ya Tidak

Tidak Ya

Ya

Rajah 2.2 Prosedur Kerja-Kerja Penyelenggaraan (Seeley, 1987)

2.3 Anggaran Kos Kerja Bangunan

Menurut (Singh & Singh, 2010), jika wang yang ada adalah lebih daripada

anggaran kos, tidak ada masalah. Tetapi jika kos yang dianggarkan adalah lebih

daripada wang yang ada, maka percubaan dilakukan untuk mengurangkan kos

samada dengan mengurangkan kerja yang terlibat atau dengan mengurangkan

spesifikasi.

Adakah perancangan

dirancang?

Adakah sebarang

kegagalan

Jalankan

penyelenggaraan

segera

Adakah sebarang

kegagalan

Jalankan

penyelenggaraan

membaiki

Adakah ia pada

tahap kecemasan?

Apakah kegagalan

memberi kesan

Jalankan

penyelenggaraan

dalam masa 24 jam

Buat pemeriksaan

dan ujian bagi

menyediakan

laporan maklum

balas

Page 38: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

21

Anggaran adalah penilaian awal kos bersih daripada menjalankan kerja-kerja

tertentu seperti yang ditunjukkan dalam dokumen. Ia terdiri daripada buruh, bahan

dan loji kos bersama-sama dengan kos menyediakan semua perkhidmatan tapak

seperti telefon sementara, papan iklan, pengangkutan, elektrik, penyeliaan tapak, dan

lain-lain

2.3.1 Kos Penyelenggaraan

Menurut (Stanford, 2010) kos penyelenggaraan adalah satu perkara penting

yang perlu dipertimbangkan jika kadar pulangan dijangka tinggi. Bagi tujuan

perniagaan, pemaju perlu memikirkan bagaimana untuk membina rumah dengan kos

permulaan yang paling rendah dan mempunyai pendapatan yang berkualiti tinggi.

Oleh itu, pemaju akan membuat kos permulaan ke tahap yang paling rendah dan ini

dan akan memberi kesan kepada kualiti bangunan. Walaupun nilai yang diterima

tinggi, tetapi bangunan perlu kerap diselenggara dan jumlah kosnya adalah lebih

tinggi kerana kualiti yang digunakan rendah.

Kebiasaannya, nilai harta boleh ditentukan pada peringkat awal pembinaan.

Pada peringkat kemungkinan dan reka bentuk, pereka harus tahu apakah tujuan

bangunan dan pemilik perlu ada maklumat berkaitan dengan pembinaan bangunan.

Daripada peringkat ini, pereka perlu menjangka kesan reka bentuk yang dihasilkan

ke atas kos penyelenggaraan. Menurut (Miles & Syagga, 1987), dari kemungkinan

dan jumlah reka bentuk yang hanya 8% daripada jumlah kos projek, keputusan yang

dibuat pada peringkat ini hampir 95% daripada kos keseluruhan hayat bangunan.

Dari fakta ini, jelas bahawa kos penyelenggaraan boleh diramal dari peringkat awal

pembinaan.

Page 39: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

22

Apabila kos untuk tempoh perakaunan telah dikumpulkan, perbandingan

harus dilakukan dengan anggaran asal. Ia akan menjadi penting untuk melihat

dengan teliti pada item di mana anggaran kos yang telah melebihi dan untuk

menyiasat sebab-sebab bagi lebihan itu.

2.3.2 Jenis-Jenis Kos Penyelenggaraan

Kos penyelenggaraan dapat dikategorikan kepada tiga bahagian, kos komited,

kos berubah dan kos terurus (Ahmad bin Ramly, 2002).Kos komited adalah kos yang

tetap yang biasanya tidak boleh diubah dalam tempoh perakaunan tertentu sebagai

kontrak tetap wujud dengan pembekal, contohnya meliputi sewa peralatan pejabat.

Kos ini mudah disediakan dan menjadi kemestian di dalam belanjawan. Walau

bagaimanapun, kos ini boleh berubah apabila telah melampaui tempoh kontrak

ataupun kerana perubahan kontrak dalam jangka masa panjang.

Manakala kos berubah dikenali sebagai kos teknikal atau kos kerja. Ia berkait

rapat dengan bayaran kerja-kerja dalam organisasi dan saiz mereka agak rapat

berkaitan dengan pengeluaran unit. Kos ini biasanya berdasarkan produktiviti buruh

dan bahan yang digunakan. Setelah sesuatu kerja itu siap dan telah dibayar

sepenuhnya, maka kos ini tidak akan wujud lagi dalam daftar belanjawan. Harga asas

seunit boleh diperolehi melalui jadual kadar harga tetap ataupun harga semasa dalam

pasaran. Contohnya ialah bayaran kerja-kerja konkrit, pembelian mesin dan lain-lain.

Kos terurus adalah kos yang tidak melibatkan jumlah aktiviti atau kuantiti

kerja, tetapi berasaskan kepada budi bicara pengurusan (Miles & Syagga, 1987). Di

antara sebab mengapa pengurusan menyediakan cara bayaran seperti itu adalah

disebabkan masalah-masalah kecemasan ataupun masa yang terlalu suntuk untuk

menyiapkan kerja. Kos ini hanya wujud sekali sekala sahaja atau one off nature.

Page 40: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

23

Contoh kos terurus adalah korosakan peralatan penting secara mengejut, kecemasan

kerana kemalangan, persediaan sesuatu kerja kerana lawatan orang-orang penting

dan lain-lain lagi.

2.3.3 Proses Anggaran Kos

Terdapat beberapa proses untuk membuat anggaran. Proses ini perlu ada bagi

setiap penganggar untuk memastikan anggaran yang dilakukan dilaksanakan dengan

betul dan tepat.

1) Mesyuarat permulaan pasukan membuat anggaran kos

2) Perancangan kerja membuat anggaran kos

3) Penyediaan anggaran kos

4) Dokumentasi anggaran kos

5) Prosedur-prosedur anggaran kos

6) Penyemakan anggaran kos

7) Maklum balas anggaran kos untuk pembaikan berterusan

2.3.4 Teknik Anggaran Kos

Teknik anggaran yang pertama adalah sidangan penganggaran. Ia adalah satu

teknik yang boleh digunakan untuk penyediaan awal bagi anggaran harga untuk

diberikan kepada pelanggan (Ashworth, 2004). Ia berdasarkan pandangan kolektif

sekumpulan individu dan pada peringkat ini tidak diukur untuk mendapatkan hasil

yang terbaik. Kaedah ini telah menunjukkan bahawa kumpulan yang berkenaan mesti

mempunyai pengalaman yang berkaitan menganggarkan kos projek yang sama dan

juga untuk projek-projek prototaip serta tiada data sejarah

Page 41: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

24

Teknik kedua adalah kewangan. Teknik ini menetapkan had kos pada reka

bentuk bangunan, berdasarkan sama ada unit penginapan atau sewa nilai; contohnya

perumahan dalam menentukan kemungkinan harga jualan, pembina akan memotong

kos pembangunan lain dan keuntungan serta bakinya mewakili jumlah kos yang akan

dibelanjakan untuk membina dan harga bagi tanah itu. Teknik ini digunakan untuk

mengurangkan risiko pengurangan untung serta penilaian akan berlaku pada

peringkat awal dan sebelum pembelian tapak (Ashworth, 2004).

Teknik ketiga adalah teknik unit. Teknik unit daripada anggaran terdiri

daripada memilih satu unit standard rumah dan mendarabkan seorang kos anggaran

seunit. Unit standard tempat penginapan, kos bagi setiap murid (sekolah), kos setiap

katil (hospital), kos bagi setiap ruang tempat letak kereta (letak kereta) dan

bertambah bagi seorang anggaran kos seunit. Kadar diperolehi daripada analisis

projek dari jenis yang sama, saiz dan pembinaan serta memerlukan yang mahir untuk

mengambil kira keadaan tapak yang berbeza-beza, spesifikasi perubahan, keadaan

pasaran, perubahan serantau dan inflasi (Ashworth, 2004).

Teknik keempat ini biasa digunakan untuk anggaran awal harga. Ia adalah

teknik kawasan luaran. Teknik. yang sama menggunakan kawasan lantai projek dan

mendarabkan kos setiap persegi meter/kaki. Bagi memberikan perbandingan antara

pelbagai skim, kawasan lantai dikira dari dimensi dalaman bangunan itu. Menurut

(Ashworth, 2004), tiga pertimbangan perlu diambil untuk teknik ini iaitu pemilik

boleh menyatakan projek itu dari segi ruang yang boleh digunakan, projek

menawarkan piawaian atau jenis tempat penginapan yang berbeza dan item kerja

yang tidak boleh dikaitkan dengan kawasan lantai perlu berharga .

Teknik seterusnya adalah perimeter luaran. Kawasan luaran perlu diukur

dengan tepat. Ini turut disokong oleh (Ashworth, 2004) bahawa perubahan pada

teknik keluasan lantai yang luaran diukur. Ia direka oleh John Southwell dan

diterbitkan dalam RICS kertas Building Cost Forecasting (1971). Southwell

menyedari bahawa kawasan lantai adalah pembolehubah tunggal yang paling besar

Page 42: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

25

dan harga adalah berkait rapat. Oleh itu, satu formula dihasilkan untuk menunjukkan

peningkatan dalam ketepatan ramalan harga awal. Formula kawasan lantai

digabungkan dengan panjang di luar bangunan perimeter.

Teknik kiub merupakan teknik yang digunakan secara menyeluruh oleh

arkitek. Sebahagian besarnya tidak digunakan; kos dikira dengan kelantangan dan

didarab dengan satu kadar yang sesuai mengikut kaedah-kaedah tertentu dalam

formula. Teknik-teknik pengukuran untuk kandungan kiub bangunan telah

ditakrifkan oleh RIBA (1954).

Teknik tingkat terkurung diperkenalkan untuk mengatasi kelemahan daripada

teknik lain tunggal-harga penganggaran, James (1954) mencipta satu teknik baru

menggunakan kaedah-kaedah pengiraan yang berikut: Kaedah tunggal harga

menganggarkan; kaedah-kaedah pengiraan adalah untuk menambah sehingga dua

kali kawasan lantai paling rendah, kawasan bumbung diukur pada pelan, kawasan

dua kali dari tingkat atas ditambah dengan tambahan 15% untuk tingkat 1, 30%

untuk tingkat 2, 45% untuk lantai dan lain-lain 3 dan kawasan dinding luar; sesuai

kadar mustahil untuk sumber.

Teknik seterusnya adalah analisis sumber. Ia adalah secara tradisional yang

diamalkan oleh kontraktor dengan menentukan kadar individu untuk perkara diukur

dalam senarai kuantiti; setiap item diukur oleh individu dan dianalisis ke dalam

bahagian konstituennya buruh, bahan dan loji; setiap bahagian kemudian di koskan

berdasarkan output, saiz kumpulan, kuantiti bahan, jam tumbuhan dan lain-lain.

Teknik terakhir adalah kos model di mana masih di peringkat awal;

penggunaan kaedah berangka seperti statistik dan teknik penyelidikan operasi; model

matematik atau formula adalah bentuk yang paling tepat menggambarkan data yang

dikumpul dari segi kos atau harga; contoh adalah analisis regresi linear, simulasi.

Page 43: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

26

2.3.5 Kepentingan Anggaran

Anggaran pertama yang diterbitkan untuk semakan dan kelulusan memainkan

peranan penting kerana ia adalah asas untuk melepaskan dana untuk kajian lanjut dan

anggaran, dan kerana ia menjadi penanda yang berkemungkinan anggaran berikutnya

dibandingkan (Smith N. J., 1995). Anggaran yang tepat penting kerana ia akan

dirujuk semula oleh penganggar sekiranya terdapat sebarang kekeliruan dan masalah.

Selain itu, membuat anggaran mempunyai risiko yang tinggi dan perlu

beberapa data yang boleh dipercayai kepada penganggar. Pengalaman dan kepakaran

penganggar dalam membuat anggaran berdasarkan maklumat kos yang diperolehi

dari projek yang lepas diperlukan (Smith N. J., 1995). Anggaran penting bagi

membantu penggangar dapat menganggarkan kos dengan tepat dan tidak mengalami

sebarang kerugian.

Kepentingan anggaran juga bertujuan penilaian ekonomi, kos modal projek

(Smith N. J., 1995). Ia dapat membantu pemilik dalam menyediakan peruntukkan

dana untuk melaksanakan cadangan projek. Peruntukkan kewangan yang cukup

diperlukan bagi memastikan kelancaran proses untuk projek berjalan dengan lancar.

Kos modal yang tidak boleh ubah adalah paling sensitif dalam apa-apa penilaian,

tetapi ia boleh menjadi penentu dalam keputusan sama ada untuk meneruskan projek

atau melaburkan dana di tempat lain.

Page 44: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

27

2.4 Pengenalan Kapal

Kapal adalah salah satu kaedah pengangkutan tertua yang merupakan objek

bergerak yang terbesar pernah dibina oleh manusia (Mainal, 1999). Ia merupakan

sistem kejuruteraan yang kompleks serta melibatkan kos yang tinggi. Reka bentuk

kapal melibatkan integrasi pelbagai teknologi.

Antara faktor yang dijangka proses perubahan dan perkembangan kapal akan

berterusan menurut (Mainal, 1999):

Wujudnya paten perdagangan baru serta kargo-kargo unik yan menimbulkan

cabaran baru. Ini memerlukan geometri kapal yang agak rumit.

Perkembangan dalam reka bentuk kapal-kapal piawai yang dihasilkan dengan

jumlah yang banyak dan seterusnya memerlukan darjah kos efisien yang

tinggi.

Keperluan untuk melindungi keselamatan dan pencemaran alam sekitar

ketika memindahkan kargo-kargo berbahaya seperti bahan radioaktif, gas,

minyak dan sebagainya.

Perkembangan pesat jenis struktur terapung di lautan untuk mencari gali

bahan mentah dari dasar lautan.

Keunikan kapal moden serta permintaan untuk menghasilkan kapal yang

lebih efesien dan ekonomik memerlukan satu kaedah saintifik yang berkesan dan

serba boleh untuk mereka bentuk struktur kapal tersebut.

Page 45: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

28

2.4.1 Definisi Penyelenggaraan Kapal

Penyelenggaraan kapal adalah langkah-langkah teknikal yang diambil untuk

memelihara atau memperbaiki infrastruktur kapal bagi memastikan ianya selamat

kepada pengguna dan operasi pengendalian kargo. Penyelenggaraan kapal yang

dinamik sangat penting bagi menjamin keselamatan serta meningkatkan keyakinan

untuk belayar.

2.4.2 Tujuan Penyelenggaraan

Terdapat beberapa tujuan perlunya sebuah kapal itu diselenggara dengan

baik. Di antaranya adalah seperti berikut :

a) Selamat digunakan serta mengekalkan fungsi kapal.

b) Memanjangkan ketahanan yang semaksima selari dengan perbelanjaan yang

telah dikeluarkan.

c) Mengekalkan nilai pelaburan.

2.4.3 Jenis Kapal Dagang

Kini terdapat pelbagai jenis kapal dagang yang dibina untuk mengangkut

pelbagai jenis barangan dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain (Mainal, 1999).

Menurut (Eyres & Bruce, 2012), reka bentuk kapal akan mengambil kira kos awalan,

kos operasi dan kos penyelenggaraan pada masa hadapan. Oleh itu, semakin rumit

reka bentuk kapal yang dihasilkan, semakin tinggi kos yang diperlukan.

Page 46: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

29

2.4.3.1 Kapal Kargo Am

Kapal ini direka bentuk khas untuk membawa barangan pelbagai bentuk

seperti guni, kotak, palet, kontena dan sebagainya serta ruangan untuk membawa

barangan berbentuk pukal seperti bijirin dan minyak khas. Kapal tersebut dilengkapi

kren atau derik untuk kerja-kerja pemunggahan. Ruangan kargonya terdiri daripada

beberapa geladak atau sering dinamai geladak antara.

Rajah 2.3 Kapal Kargo Am (Mainal, 1999)

2.4.3.2 Kapal Kontena

Kapal ini direka bentuk khas untuk membawa barangan dalam bentuk

kontena piawai. Kontena-kontena disusun di dalam ruangan kargo dan di atas

penutup hac di atas geladak atas. Kebiasaannya, kapasiti kargo kapal tersebut dalam

angka TEU (Tonnes Each Unit – Tan Setiap Unit),iaitu setara dengan unit 20 kaki.

Kenyataan ini diterbitkan daripada kontena piawai Organisasi Piawaian

Antarabangsa yang mempunyai dimensi nominal panjang 20 atau 40 kaki (6.09 atau

12.19 m), lebar 8 kaki (2.33 m) dan tinggi 8 kaki 6 inci (2.59 m). Berat maksimum

yang dibenarkan ialah 24 tan untuk kontena 20 kaki dan 30 tan untuk kontena 40

Page 47: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

30

kaki. Sebahagian daripada kontena tersebut dilengkapi sistem penyejukan untuk

membawa bahan mudah rosak seperti daging dan buah-buahan.

Rajah 2.4 Kapal Kontena (Mainal, 1999)

2.4.3.3 Kapal Tangki Minyak

Kapal jenis ini digunakan untuk mengangkut minyak mentah yang diisi di

dalam beberapa tangki berasingan untuk memudahkan kerja-kerja pemunggahan

serta mengawal kesan terhadap kestabilan dan kekuatan kapal tersebut. Tangki-

tangki tersebut diasingkan oleh beberapa dinding sekat melintang dan sekurang-

kurangnya dua dinding sekat membujur. Saiz serta lokasi tangki tersebut mestilah

memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Konvensyen Antarabangsa terhadap

Pencegahan Pencemaran oleh Kapal (MARPOL 73/78). Antara syarat tersebut ialah

perlunya tangka balast berasingan untuk menghalang tumpahan minyak ke lautan

jika berlaku kemalangan atau perlanggaran.

Page 48: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

31

Rajah 2.5 Kapal Tangki Minyak (Mainal, 1999)

2.4.3.4 Kapal Pengangkut Gas

Kapal jenis ini merupakan kapal pengangkut bahan kimia yang dilengkapi

dengan tangka-tangki khas untuk mengangkut bahan gas asli yang disejukkan atau

dimampatkan dalam bentuk cecair. Terdapat dua jenis kapal pengangkut gas yang

popular, iaitu kapal pengangkut gas asli cecair dan kapal pengangkut gas petroleum

cecair.

Page 49: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

32

Kapal pengangkut gas asli cecair digunakan untuk membawa bahan yang lebih

ringan seperti metana. Gas ini akan hanya cair pada suhu di bawah -82’C pada

sebarang tekanan dan mempunyai takat didih pada tekanan atmosfera pada -162’C.

Gas ini diangkut pada suhu -165’C di dalam tangka tertebat yang diperbuat daripada

logam khas. Terdapat tiga jenis tangki yang digunakan iaitu tangki sokong kendiri,

tangki selaput yang disokong oleh beban galas di antara tangka dengan badan kapal,

dan tangki separuh selaput yang berkeratan rentas segi empat tepat.

Rajah 2.6 Kapal Pengangkut Gas (Mainal, 1999)

2.4.3.5 Kapal Penumpang

Menurut Konvensyen SOLAS, sebarang kapal yang membawa 12

penumpang atau lebih diklasifikasikan sebagai kapal penumpang. Saiz kapal

penumpang berkadar dari sebuah bot penumpang hinggalah cruiser dengan berat

kasar 70 000 tan yang membawa 2500 penumpang. Kebanyakan kapal cruiser

mempunyai halaju antara 20 knot hingga 24 knot. Walau bagaimanapun, bagi kapal

penumpang kecil, halajunya boleh mencapai 45 knot.

Page 50: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

33

Kapal penumpang direka bentuk mengikut keadaan pasaran tertentu, samada

untuk pengangkutan awam ataupun persiaran mewah. Kesemua kapal penumpang

mestilah mematuhi peraturan keselamatan khas yang telah disyaratkan oleh

Organisasi Maritim Antarabangsa. Perhatian khusus perlu diberikan pada kedudukan

superstruktur, tiang, dinding sekat geladak dan sebagainya bagi memenuhi syarat-

syarat yang diperuntukan oleh organisasi tersebut.

Rajah 2.7 Kapal Penumpang (Mainal, 1999)

2.4.4 Klasifikasi Penyelenggaraan bagi Kapal

Terdapat dua (2) jenis penyelenggaraan bagi kapal iaitu penyelenggaraan

terancang dan penyelenggaraan tidak terancang.

Page 51: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

34

2.4.4.1 Penyelenggaraan Terancang

Menurut (C.N. Hughes, 1987), sistem penyelenggaraan yang dirancang

menjadi popular di sekitar 43 tahun lalu. Penyelenggaraan in boleh dibahagikan

kepada beberapa bahagian iaitu penyelenggaraan tahunan iaitu setahun sekali,

penyelenggaraan pertengahan iaitu 5 tahun sekali dan penyelenggaraan sepenuhnya

10 tahun sekali. Penyelenggaraan ini adalah dirancang di mana untuk memastikan

setiap elemen dan struktur yang terdapat pada kapal dapat berfungsi dengana baik

serta selamat

2.4.4.2 Penyelenggaraan Tidak Terancang

Penyelenggaraan jenis ini adalah agak sukar untuk diramalkan. Walaupun

sebuah kapal cekap, sekiranya berlaku kerosakan ia akan mengganggu jadual kerja

dan juga melibatkan kos yang agak besar (C.N. Hughes, 1987).

2.4.5 Proses Penyelenggaraan Kapal

Penyelenggaraan kapal boleh dibuat melalui emel dimana pemilik kapal akan

terus beritahu di mana lokasi mereka. Kemudian pihak kapal akan menghantar

pekerja pergi melawat kapal bagi memeriksa kerosakan yang sebenar. Laporan akan

diberikan dan anggaran kos akan dilakukan berdasarkan kerosakan yang diberikan

dan kerja penyelenggaraan dilakukan.

Page 52: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

35

2.4.6 Kos Penyelenggaraan Kapal

Menurut (Shields, Sparshott, & Cameron, 1975), kos penyelenggaraan kapal

boleh dibahagikan kepada dua iaitu diukur kos secara langsung atau kos secara tidak

langsung.

Kos secara langsung adalah seperti peralatan dan bahan-bahan seperti alat

ganti, besi, tembaga, penyambungan yang perlu untuk menyelenggara kapal. Kos ini

diukur secara langsung kerana ia merupakan kos utama bagi kerja-kerja

penyelenggaraan. Tanpa peralatan dan bahan-bahan, kerja-kerja menyelenggara serta

membaiki tidak dapat dijalankan.

Seterusnya pekerja laut dan pekerja pantai terlibat dalam penyelenggaraan

kapal sama ada mengecat atau penyelenggaraan struktur, baikpulih satu unit enjin

utama, atau membaiki pendakap kapal. Pekerja diperlukan di semua peringkat dan

mereka memerlukan bayaran. Pekerja merupakan kos secara langsung dalam aktiviti

penyelenggaraan kerana tanpa pekerja, kerja penyelenggaraan tidak dapat dilakukan.

2.5 Teknik Anggaran Kos Penyelenggaraan Kapal

Terdapat beberapa teknik anggaran kos seperti senarai kuantiti, harga unit,

kuantiti nilaian hampir dan juga item asas iaitu cukai. Senarai kuantiti adalah senarai

segala bahan-bahan yang telah diukur dari lukisan-lukisan dengan tepat dan

kemudian dikumpulkan bahan-bahan tersebut dalam bentuk bilangan mengikut

pecahan kerja. Ia juga memperincikan terma-terma dan syarat-syarat pembinaan atau

pembaikan kontrak dan menyenaraikan semua kerja bagi membolehkan meletakkan

harga untuk tender.

Page 53: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

36

Teknik seterusnya adalah harga unit. Harga unit terdiri daripada harga tenaga

kerja, bahan-bahan, penggunaan jentera dan peralatan serta keuntungan. Pengiraan

harga tenaga buruh mengikut kepakaran dan kemahiran mereka serta tempoh masa

mereka bekerja. Semakin lama masa bekerja, semakin tinggi kos tenaga kerja. Bagi

harga bahan serta penggunaan jentera dan peralatan, anggaran hendaklah

menggunakan harga pasaran semasa. Keuntungan dikira dengan menggunakan

peratus (percentage) ke atas jumlah kegunaan bahan-bahan dan upah buruh.

Kuantiti nilaian hampir adalah kaedah bagi mencari nilaian setiap unit kerja

secara kasar. Kos penyelenggaraan dianggarkan berdasarkan lukisan terperinci dan

spesifikasi yang diterima. Teknik ini dapat membantu mempercepatkan kiraan

anggaran kos. Cukai perlu di semak dari tahun ke tahun kerana berkemungkinan

terdapat perubahan dan ralat. Hanya kapal tertentu sahaja yang ada cukai seperti

kapal gas, kapal perang dan kapal tanki. Persetujuan cukai di antara pemilik kapal

perlu dilakukan dan dinyatakan dalam kontrak.

2.6 Kesimpulan

Penyelenggaraan terbahagi kepada tiga kategori yang utama, iaitu

penyelenggaraan terancang, penyelengggaraan tidak terancang dan pencegahan

penyelenggaraan. Penyelenggaraan adalah penting kepada industri pembinaan dan

perkapalan dalam memastikan pengekalan fungsi dan prestasi asal terjaga.

Dalam melakukan penyelenggaraan, terdapat proses-proses dan perancangan

yang perlu diikuti agar selaras dalam sesebuah organisasi. Prinsip penyelenggaraan

hendaklah bermula daripada kos. Kos diperlukan dalam menjalankan kerja-kerja

penyelenggaraan. Oleh itu, anggaran kos disediakan bagi penilaian awal kos bersih

dalam menjalankan kerja-kerja tertentu seperti yang ditunjukkan dalam dokumen.

Page 54: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

37

Proses penyelenggaraan mempunyai kaitan dengan anggaran kos yang akan

dihasilkan oleh penganggar. Hal ini untuk memastikan anggaran selari dengan

tugasan serta kerja sebenar. Begitu juga dengan proses penyelenggaraan bagi

bangunan dan kapal perlulah selari dengan perancangan yang telah ditetapkan.

Page 55: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

38

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan metodologi kajian yang terlibat sepanjang proses

penyelidikan dijalankan. Perancangan penting bagi setiap penyelidik untuk

memastikan proses penyelidikan berjalan dengan lancar. Kajian penyelidikan

melibatkan beberapa proses yang bermula dari pemilihan topik kajian sehinggalah

penilaian hasil kajian (Naoum, 2007). Proses kerja bagi setiap penyelidik di setiap

peringkat mungkin akan berbeza bergantung kepada jenis atau bidang yang dikaji.

Menurut (Tandon, 2010) terdapat banyak cara untuk mendapatkan maklumat. Bab ini

juga membincangkan metodologi kajian, proses kajian, pendekatan kajian, kaedah kajian

lepas, reka bentuk kajian dan analisis data kajian.

Page 56: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

39

Laporan kajian penyelidikan adalah satu laporan yang ditulis oleh penyelidik

sebagai medium untuk menyampaikan hasil yang diperoleh dari kajian yang telah

dijalankan (Majid, et al., 2007). Hubungan antara melakukan penyelidikan dan

menulis laporan ditunjukkan dalam rajah di bawah.

=

=

=

=

=

=

Rajah 3.1 Hubungan antara melakukan penyelidikan dan menulis laporan

(Majid, et al., 2007)

MELAKUKAN KAJIAN MENULIS LAPORAN

KAJIAN

Mengenal pasti masalah, tujuan,

hipotesis dan objektif kajian

Membuat kesimpulan

Menganalisis data

Mengumpul data, menjalankan

eksperimen

Kajian literatur Menulis bahagian kajian literatur

Menulis pengenalan

Menulis bahagian kaedah

pengumpulan data

Menulis hasil dan bahagian

perbincangan

Menulis bahagian kesimpulan

dan cadangan

Page 57: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

40

3.2 Metodologi Kajian

Menurut (Kumar, 2008), metodologi kajian adalah satu kaedah di mana

masalah kajian boleh diselesaikan secara sistematik. Sebenarnya, pilihan antara

kaedah penyelidikan yang berbeza perlu bergantung kepada apa yang cuba untuk

diketahui (Silverman, 2006). Secara umumnya, terdapat dua jenis pendekatan kajian

digunakan dalam metodologi kajian untuk mengumpul data iaitu pendekatan

kualitatif dan pendekatan kuantitatif (Silverman, 2006).

Terdapat banyak kaedah untuk di kategorikan, pelbagai jenis kaedah yang ada

untuk reka bentuk, menjalankan dan menganalisis keputusan kajian (Loraine Blaxter,

2006). Bagi kajian ini, terdapat dua objektif telah ditetapkan beserta dengan

pendekatan kajian di peringkat awal yang ingin dicapai di akhir kajian. Dua objektif

tersebut adalah seperti berikut:

3.2.1 Objektif Pertama

Objektif pertama bagi kajian ini lebih fokus dengan mengkaji sama ada

juruukur bahan boleh melibatkan diri dalam proses penyelenggaraan kapal. Kajian

tersebut dilakukan dengan pengumpulan data dan hasil temu bual daripada

responden.

Page 58: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

41

3.2.2 Objektif Kedua

Bagi objektif yang kedua pula, penyelidik ingin mengenalpasti teknik

anggaran kos yang digunakan untuk penyelenggaraan kapal. Teknik tersebut boleh

diperolehi melalui analisis dokumen dan kajian kes hasil daripada temu bual yang

dijalankan.

3.3 Proses Kajian

Dilihat dari sudut ini, penyelidikan adalah kitaran, boleh dimasukkan di

mana-mana tempat, adalah satu proses yang tidak berkesudahan dan akan kembali ke

tempat permulaan yang berbeza (Loraine Blaxter, 2006). Sifat kitaran berbeza-beza

antara reka bentuk penyelidikan.

Rajah 3.2 Kitaran Proses Kajian (Loraine Blaxter, 2006)

Page 59: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

42

Sebagai contoh, dalam projek-projek penyelidikan kuantitatif, keputusan

mengenai analisis perlu diambil sebelum sebarang kerja lapangan atau pengumpulan

data dijalankan. Ini kerana jenis teknik statistik berbeza dengan jenis data yang

dikumpul. Bagi penyelidikan kualitatif, sebaliknya, pengumpulan data, menyusun,

analisis dan bacaan boleh berlaku pada masa yang sama (Loraine Blaxter, 2006). Ini

akan membolehkan penyelidik untuk memilih proses penyelidikan yang paling sesuai

untuk keperluan dan minat.

Setiap kajian penyelidikan melibatkan beberapa proses seperti yang

ditunjukkan di dalam Rajah 3.3. Proses pengumpulan data merupakan proses yang

terpenting bagi sesebuah kajian kerana ianya akan menentukan hasil yang diperoleh

di akhir kajian. Setiap kajian memerlukan pengumpulan data bagi menjawab dan

menyokong objektif yang telah ditetapkan di peringkat awal kajian. Pengumpulan

data adalah proses mengumpul data dari pelbagai sumber (Majid, et al., 2007).

Rajah 3.3 Proses Kajian Penyelidikan (Naoum, 2007)

Pemilihan topik dan penulisan cadangan kajian

Membuat kajian literatur bagi mendapatkan data sekunder

Pemilihan kaedah pengumpulan data dan pengumpulan data primer

Analisa data primer

Penulisan laporan penyelidikan yang lengkap

Penilaian hasil kajian

Page 60: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

43

3.4 Pendekatan Kajian

Pendekatan yang akan digunakan untuk menjalankan penyelidikan ini,

bergantung kepada jenis penyiasatan dan jenis data dan maklumat yang diperlukan

dan boleh didapati (Naoum, 2007). Bagi mendapatkan keputusan yang tepat untuk

kajian, pendekatan kualitatif telah dipilih untuk kajian ini. Ini adalah disebabkan oleh

penyelidikan kualitatif membolehkan subjek yang dikaji dapat memberikan lebih

banyak jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan kepada penyelidik.

3.4.1 Kajian Kuantitatif

Kajian jenis kuantitatif digunakan di dalam kajian sains semulajadi untuk

mengkaji fenomena semulajadi (Faisol, 2010). Kajian ini juga bertujuan untuk

mendapatkan sebab mengapa sesuatu perkara itu berlaku (Mamia, 2006). Menurut

(InSites, 2007), kajian kuantitatif kebiasaannya melibatkan kaedah pengiraan dan

statistik bagi menunjukkan hasil data yang diperoleh dari sesebuah kajian. Setiap

kaedah penyelidikan mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

Salah satu pendekatan kuantitatif adalah kaji selidik. Kebiasaannya,

instrumen yang digunakan untuk kaji selidik adalah soal selidik. Soal selidik adalah

senarai bertulis daripada soalan untuk dijawab oleh responden (Kumar, 2008).

Penggunaan kaedah ini adalah sangat mudah dan boleh menampung populasi yang

luas. Soal selidik boleh diberikan dalam pelbagai cara seperti kaji selidik, mel,

telefon dan internet.

Page 61: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

44

Menurut (Majid, et al., 2007), ada dua kategori soalan yang termasuk dalam

soal selidik iaitu open-ended dan closed-ended. Soalan open-ended menjangkakan

responden untuk memberi pendapat, idea, cadangan atau komen. Soalan-soalan ini

membolehkan responden untuk memberikan maklumbalas panjang lebar. Manakala,

closed-ended memerlukan responden untuk memberi pendapat, idea atau komen

berdasarkan pilihan yang diberikan di dalam soal selidik yang sama.

Satu lagi jenis pendekatan kuantitatif adalah kajian eksperimen. Menurut

(Majid, et al., 2007), perkara-perkara berikut perlu dibincangkan secara terperinci

dalam menggunakan eksperimen dalam penyelidikan

Apakah reka bentuk eksperimen?

Apa perkara atau bahan adalah eksperimen yang dilakukan?

Bagaimana perkara dipilih?

Apa mesin dan peralatan yang digunakan dalam eksperimen?

Apa turutan kejadian akan berlaku?

Walau bagaimanapun, ia telah diperhatikan bahawa kaedah penyelidikan

kuantitatif tidak cukup untuk menjawab mengapa fenomena berlaku atau bagaimana

ia berlaku (Silverman, 2006). Penyelidikan kuantitatif tidak mengkaji perkara dalam

persekitaran yang semula jadi, atau membincangkan maksud perkara yang ada untuk

orang yang berbeza. Selain itu, ia memerlukan sampel yang besar daripada penduduk

untuk penyelidikan.

Page 62: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

45

3.4.2 Kajian Kualitatif

Kaedah kajian jenis kualitatif kebiasaannya digunakan di dalam kajian sains

sosial untuk mengkaji fenomena sosial dan budaya (Faisol, 2010). (InSites, 2007),

turut menyatakan bahawa kajian kualitatif melibatkan pendapat dan pandangan

seseorang. Menurut (Tandon, 2010), tafsiran data kualitatif biasanya sangat subjektif,

dan penyelidik yang berbeza boleh mencapai kesimpulan yang berbeza daripada data

yang sama.

Menurut (Silverman, 2006), terdapat empat kaedah utama untuk mengumpul

data dalam penyelidikan kualitatif iaitu pemerhatian, menganalisis teks dan

dokumen, temu bual dan kumpulan fokus, dan imej visual.

Kajian pemerhatian telah menjadi asas kepada kebanyakan penyelidikan

kualitatif. ia bertujuan untuk mengumpul maklumat secara langsung mengenai proses

sosial dalam konteks semula jadi berlaku. Data boleh dikumpul oleh bukan peserta

pemerhati atau peserta pemerhati. Dalam kajian ini, penyelidik perlu menjadi

tenggelam dalam atau menjadi sebahagian daripada populasi yang sedang dipelajari,

supaya dapat memahami secara terperinci daripada nilai-nilai dan kepercayaan yang

dipegang oleh ahli-ahli populasi (Silverman, 2006).

Teks dan dokumen kadang-kadang hanya penting sebagai bahan latar

belakang untuk analisis yang sebenar (Silverman, 2006). Analisis kandungan adalah

cara terbaik untuk menganalisis teks dan dokumen. Di mana teks dianalisis, ia sering

dibentangkan sebagai rasmi atau versi logik fenomena sosial.

Page 63: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

46

Manakala, temu bual adalah kaedah yang biasa digunakan dalam metodologi

kajian. Kajian temubual kualitatif sering dijalankan dengan sampel kecil dan

hubungan penemuduga-ditemu duga itu boleh ditakrifkan dalam politik dan bukan

istilah-istilah sains (Silverman, 2006). Ia jarang melibatkan set soalan yang telah

ditetapkan, seperti dalam pendekatan kuantitatif. Sebaliknya, ia menggalakkan untuk

menyatakan pandangan dan pendapat dengan panjang lebar.

Imej visual seperti audio dan video rakaman memainkan peranan penting

dalam penyelidikan kualitatif. Transkrip rakaman berdasarkan pertemuan yang

seragam, menyediakan rekod cemerlang dan interaksi berlaku secara semula jadi

(Silverman, 2006).

3.4.3 Perbandingan Di Antara Kajian Kualitatif dan Kajian Kuantitatif

Jadual 3.1: Kelebihan dan Kekurangan Kajian Kualitatif dan Kajian

Kuantitatif (Faisol, 2010; InSites, 2007; Kumar, 2008; Mamia, 2006; Moore,

2006; Silverman, 2006; Tandon, 2010).

Kelebihan Kekurangan

Kajian

Kuantitatif

Data yang diperoleh

berbentuk objektif dan

memudahkan proses

menganalisis data

Data dapat dinalisis

dalam jangka masa

yang pendek

Data yang diperoleh

mudah diuruskan

Melibatkan kaedah

yang biasa digunakan

Data yang diperoleh

tidak terlalu terperinci

berbanding dengan

kaedah kualitatif

Tidak sesuai digunakan

dalam keadaan tertentu

seperti melibatkan

pendapat

Page 64: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

47

dalam proses

penganalisaan data

Data dianalisis dalam

bentuk yang mudah

untuk difahami

Kajian

Kualitatif

Membantu penyelidik

memperoleh

pemahaman yang lebih

mendalam terhadap

pendapat responden

Membantu penyelidik

mendapatkan

pandangan yang lebih

terperinci terhadap

perkara yang dikaji

Data berbentuk subjektif

dan sukar untuk

dianalisis

Kurang sesuai untuk

kumpulan sampel yang

besar

Memerlukan masa yang

panjang untuk

menganalis data

3.4.4 Triangulasi

Triangulasi adalah satu kaedah yang digunakan oleh penyelidik kualitatif

untuk menyemak dan menentukan kesahihan dalam pelajaran (Guion, 2002). Data

triangulasi melibatkan penggunaan sumber yang berlainan data atau maklumat. Ia

melibatkan penggunaan pelbagai kaedah kualitatif atau kuantitatif atau kedua-dua

untuk mengkaji program ini. Jika kesimpulan daripada setiap kaedah adalah sama,

maka kesahihan dapat dibuktikan.

Namun secara amalan, kaedah ini memerlukan lebih banyak sumber-sumber

bagi menilai program yang menggunakan kaedah yang berbeza. Lebih-lebih lagi, ia

akan memerlukan lebih banyak masa untuk menganalisis data atau maklumat yang

dihasilkan oleh kaedah yang berbeza.

Page 65: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

48

3.4.5 Pluralism

Pluralism adalah toleransi pelbagai kaedah dalam penyelidikan sosiologi,

kerana kaedah harus dilihat sebagai sebahagian daripada proses penyelidikan secara

keseluruhan.

3.5 Kaedah Kajian Lepas

Terdapat beberapa kajian sebelum ini dilakukan oleh penyelidik lain dari

Malaysia dan negara lain mengenai kos membuat keputusan dalam amalan

penyelenggaraan bangunan dan penyelenggaraan penjadualan kapal oleh algoritma

genetik dan berdasarkan kekangan. Dalam kajian ini, dapat dilihat kaedah yang

digunakan oleh penyelidik untuk menjalankan kajian.

Kajian yang telah dilakukan oleh (Azlan Shah Ali, 2009) menyatakan

terdapat enam pembolehubah dominan dalam membuat keputusan, yang memberi

kesan kepada pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan. Seiring dengan itu, teknik

triangulasi digunakan dimana gabungan pendekat kualitatif dan kuantitatif. Kajian

bermula dengan mengenal pasti faktor-faktor dominan melalui kajian literatur diikuti

dengan temu bual separa berstruktur dengan sepuluh pengurus bangunan dan kajian

soal selidik. Hasil daripada soal selidik yang telah siap membentuk pangkalan data

untuk analisis kuantitatif.

Page 66: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

49

Selain itu, kajian mengenai anggaran kos pembinaan kapal telah dilakukan

oleh (Deris, Sigeru Omatu, Kutar, & Samat, 1999) menggunakan pendekatan analisis

dokumen dan kajian kes sebagai metodologi kajian. Sebagai contoh, kajian kes akan

menggambarkan pendekatan penganggaran kos dengan sebuah kapal tangki kapal.

Dalam kajian ini, penjadualan penyelenggaraan kapal dimodelkan sebagai masalah

kepuasan kekangan (CSP).

3.6 Reka Bentuk Kajian

Pemilihan kaedah penyelidikan merupakan antara faktor utama yang

menyumbang kepada keberkesanan dan kelancaran proses penyelidikan. Pemilihan

kaedah yang tepat dapat membantu penyelidik menganalisa data dengan lebih mudah

tanpa sebarang masalah dan keraguan. Data yang diperoleh akan menentukan samada

objektif kajian berjaya dicapai ataupun tidak. Pengumpulan data menghuraikan

bagaimana maklumat dikumpul (Tandon, 2010).

Apabila data dapat dianalisa dengan mudah, cara bagaimana objektif kajian

dicapai juga akan menjadi lebih jelas dan mudah untuk difahami oleh pembaca. Bagi

tujuan penyelidikan ini, temu bual telah dipilih sebagai instrumen yang akan

digunakan bagi mendapatkan data.

Page 67: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

50

3.6.1 Kajian Kes

Penyelidikan kajian kes boleh juga sesuai kepada tesis sarjana muda (Smith,

Todd, & Waldman, 2009). Pendekatan ini untuk penyelidikan menggunakan lensa

yang kecil untuk membina penerangan yang banyak bagi organisasi tunggal atau

individu. Menurut (Smith, Todd, & Waldman, 2009), penyelidikan kajian kes

biasanya digunakan dalam kerja sosial dan pendidikan. Kajian kes boleh

menggunakan pelbagai jenis data termasuk bahan temubual, pemerhatian dan analisis

dokumen.

Menurut (Naoum, 2007), sebagai sifat kajian kes yang memberi tumpuan

kepada satu aspek masalah, kesimpulan yang diambil tidak akan umum tetapi

sebaliknya berkaitan dengan satu peristiwa. ini bukan untuk mengatakan bahawa

pendekatan kajian kes adalah nilai yang terhad. Sebaliknya, ia memberikan analisis

yang mendalam mengenai masalah tertentu

3.6.2 Responden Kajian

Menurut (Majid, et al., 2007), sampel adalah kumpulan atau individu yang

terlibat di dalam sesebuah kajian sebagai responden. Responden akan membantu

penyelidik memperoleh data atau maklumat yang diperlukan bagi kajian yang

dijalankan.

Responden bagi kajian ini telah ditetapkan di peringkat awal bertepatan

dengan kajian yang ingin dibuat iaitu mengkaji sama ada juruukur bahan boleh

melibatkan diri dalam proses penyelenggaraan kapal dan mengenalpasti teknik

anggaran kos yang digunakan untuk penyelenggaraan kapal. Oleh yang demikian,

Page 68: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

51

Temu bual

Kumpulan atau individu

Secara peribadi

Face-to-face

Telefon - telefon mudah alih lebih

fleksibiliti

Dalam talian - emel

Struktur atau separa struktur

juruukur bahan dan pengurus kawalan kos yang terlibat bagi anggaran kos telah

dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Bagi menepati lagi kehendak kajian,

responden difokuskan kepada yang terlibat dalam penyelenggaraan kapal dan telah

memilih Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MMHE)

sebagai kajian kes.

3.6.3 Temubual

Data kualitatif dalam kajian ini daripada hasil temu bual. Menurut (Tandon,

2010), temu bual adalah satu teknik pengumpulan data yang melibatkan soal lisan

daripada responden, samada secara individu atau berkumpulan. Bagi jawapan kepada

soalan yang dikemukakan semasa temu bual boleh dirakam dengan menulis atau

melalui pita rakaman maklum balas atau gabungan kedua-duanya.

Rajah 3.4 Kaedah Temu Bual (Smith, Todd, & Waldman, 2009)

Page 69: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

52

Kaedah temu bual yang digunakan bagi kajian kes ini adalah temu bual

berstruktur secara face-to-face. Ia adalah satu keadaan memainkan peranan face-to-

face perseorangan di mana penyelidik meminta responden menjawab soalan yang

direka untuk mendapatkan jawapan yang berkaitan dengan objektif kajian. Menurut

(Naoum, 2007), teknik temubual adalah sesuai dalam keadaan berikut :

Apabila individu yang di temu bual adalah homogen dan berkongsi ciri-ciri

yang sama.

Apabila penyelidik kenal individu yang di temu bual supaya tahu bagaimana

dan hanya bertanya apa yang penting.

Bila hubungan perseorangan adalah penting untuk menerangkan dan

menghuraikan soalan.

Bila kajian kes perlu disiasat secara terperinci dan perlu bertanya soalan

seperti bagaimana dan mengapa sesuatu perkara berlaku

Bila penyelidikan yang memerlukan penjelasan mengapa responden

menjawab atau yang lakukan, iaitu memerlukan lebih daripada satu Ya atau

Tidak atau Setuju atau Tidak Setuju jawapan.

Bagi kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah temu bual untuk mengetahui

dengan lebih jelas tentang proses penyelenggaraan dan teknik anggaran kos yang

digunakan bagi kapal. Temu bual ini dilakukan dengan juruukur bahan dan pengurus

kawalan kos. Hasil temu bual dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan

maklumat serta boleh dijadikan panduan untuk mengetahui dengan lebih mendalam

skop kerja yang dilakukan berkaitan proses dan anggaran kos bagi penyelenggaraan

kapal.

Page 70: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

53

3.6.4 Analisis Kajian

Kajian bermula dengan menganalisis dokumen berkaitan dengan

penyelenggaraan dan juga anggaran kos. Semasa kajian sebenar, data dikumpul

melalui pendekatan kualitatif melalui temu bual. Ia adalah temu bual berhadapan

yang membolehkan data yang mendalam didapati berbanding dengan soal selidik.

Soalan-soalan telah dirancang dan disediakan sebelum temu bual. Responden yang

dipilih dapat memberikan maklumat data yang diperlukan dan temu janji telah

dilakukan berdasarkan keselesaan responden.

i) Bahagian A : Profil responden

ii) Bahagian B : Mengkaji sama ada juruukur bahan boleh melibatkan

diri dalam proses penyelenggaraan kapal.

iii) Bahagian C : Mengenalpasti teknik anggaran kos yang digunakan

untuk penyelenggaraan kapal.

3.7 Analisis Data Kajian

Sesi temu bual telah dijalankan pada Februari 2015 untuk satu bulan

pengumpulan data. Data daripada temu bual yang dicatatkan telah ditranskripsikan

dan dianalisis. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data

temubual. Menurut (Creswell, 2009), analisis data temu bual perlu dianalisis

menggunakan teknik pengekodan dengan mengenal pasti kategori corak dan tema

yang muncul daripada analisis. Apabila data diproses dan dianalisis, ia boleh ditukar

menjadi maklumat yang mempunyai nilai dan makna (Moore, 2006).

Page 71: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

54

3.8 Kesimpulan

Daripada kajian literatur, analisis dokumen dan temu bual dijalankan dengan

pengurus kawalan kos yang bertanggungjawab terhadap proses dan teknik anggaran

kos penyelenggaraan kapal. Analisis dokumen dan temu bual merupakan sumber

utama data untuk kajian ini. Sumber lain yang diterima juga dimasukkan untuk

menyokong data.

Daripada kajian literatur dan temu bual, hasilnya telah digabungkan dan

disenaraikan, berdasarkan penilaian temu bual, bagi mengukur secara umum dan

mengetahui pelbagai faktor kepentingan untuk ditekankan. Daripada faktor ini,

kesimpulan dan idea telah dikenal pasti.

Page 72: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

55

BAB 4

ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan hasil dapatan dan bagaimana data dianalisis terhadap

kajian yang telah dijalankan berdasarkan metodologi dan reka bentuk kajian yang

telah diterangkan di dalam Bab 3. Di dalam bab ini, analisis kajian dibuat ke atas

analisis dokumen dan data yang diperoleh daripada hasil temubual yang telah

dijalankan kepada responden.

Data yang diperoleh dianalisis bagi mencapai objektif yang telah diterangkan

di dalam Bab 1 iaitu untuk mengkaji sama ada juruukur bahan boleh melibatkan diri

dalam proses penyelenggaraan kapal. Selain itu, analisis ini juga dibuat untuk

mengenalpasti teknik anggaran kos yang digunakan untuk penyelenggaraan kapal.

Page 73: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

56

Bahagian A : Profil responden.

Bahagian B : Mengkaji sama ada juruukur bahan boleh melibatkan diri

dalam proses penyelenggaraan kapal.

Bahagian C : Mengenalpasti teknik anggaran kos yang digunakan untuk

penyelenggaraan kapal.

4.2 Temu Bual Dengan Responden Terpilih

Tiga responden iaitu juruukur bahan dan pengurus kawalan kos telah dipilih

dan di temu bual dalam sesi pengumpulan data. Soalan temu bual dibahagikan

kepada tiga (3) bahagian utama. Dua belas (12) soalan terbuka separa berstruktur

telah diberikan untuk memenuhi objektif kajian.

Sebelum melantik untuk menjadi responden, pengesahan melalui emel dan

perbualan telefon telah dibuat untuk memastikan kelayakan daripada responden dan

kesediaan untuk ditemu bual. Soalan-soalan yang dijawab oleh responden yang

ditemu bual telah direkodkan dan disalin dalam bentuk transkrip seperti yang

ditunjukkan dalam Lampiran B.

Page 74: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

57

4.3 Profil Responden

Dalam bahagian ini, soalan-soalan untuk mengetahui secara ringkas latar

belakang responden telah direka. Soalan ini adalah secara umum. Responden terdiri

daripada yang bekerja di Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MMHE)

dan memegang jawatan sebagai juruukur bahan dan pengurus kawalan kos bagi

penyelenggaraan dan pembaikan kapal. Hal ini kerana, setiap individu di dalam

sesebuah organisasi mempunyai maklumat dan pendapat yang berbeza.

Selain itu, kelayakan responden adalah Sarjana Muda Ukur Bahan dan

Sarjana Muda Bangunan. Kelayakan ini dapat menunjukkan bahawa kursus juruukur

bahan dan juga pembinaan boleh melibatkan diri sama ada secara langsung dan tidak

langsung dalam penyelenggaraan dan pembaikan kapal.

Tugas juruukur bahan dan pengurus kawalan kos dalam penyelenggaraan dan

pembaikan kapal adalah menyediakan kos belanjawan, memantau bil dan harga

sepanjang tempoh projek, menyediakan anggaran dan sebut untuk perubahan

pesanan, membantu jabatan kewangan untuk semua bayaran kemajuan, rundingan

serta memuktamadkan bil dan juga pengaturcaraan kontrak (semak semula).

Page 75: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

58

4.4 Analisis Kandungan Temu Bual

Analisis kandungan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk

menganalisis data yang diambil daripada kandungan dalam bahagian temu bual.

Terdapat dua belas (12) soalan dalam bahagian B dalam soalan temu di mana soalan-

soalan yang telah direka untuk mencapai objektif kajian yang pertama. Di bahagian

ini, kaedah analisis kandungan digunakan untuk mengkaji sama ada juruukur bahan

boleh melibatkan diri dalam proses penyelenggaraan kapal. Data yang diperolehi

untuk bahagian ini telah ditranskripsikan dan dilampirkan di Lampiran B.

Kaedah analisis kandungan telah digunakan dalam soalan terbuka separa

berstruktur. untuk tujuan kajian ini, analisis telah menjurus ke arah mencapai objektif

kajian, yang untuk mengkaji sama ada proses penyelenggaraan kapal mempunyai

persamaan sepertimana proses penyelenggaraan bangunan dan mengenalpasti sama

ada terdapat teknik anggaran kos yang khusus untuk penyelenggaraan kapal.

4.4.1 Objektif 1 : Mengkaji sama ada juruukur bahan boleh melibatkan diri

dalam proses penyelenggaraan kapal.

Responden 1, Encik Md. Wazir Shafiq B. Mohd Anuar: Daripada dapatan

temu bual yang dilakukan proses yang terlibat bagi penyelenggaraan kapal adalah

boleh dikatakan mempunyai persamaan dengan proses bagi penyelenggaraan

bangunan. Menyelenggara kapal biasanya sama seperti industri bangunan secara

design and build. Perbezaan cuma pada kemahiran yang digunakan, tempoh bekerja,

kadar tenaga kerja, syarat pembayaran, kualiti, keselamatan, kesihatan serta

persekitaran kerja dan kontrak.

Page 76: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

59

Responden 2, Encik Zulfadli B. Jantan : Kapal boleh disamakan seperti kereta

kerana ia perlu diselenggara mengikut jangka hayat dimana berapa lama usia kapal

telah dibina serta jarak perjalanan kapal, keadaan kapal, serta jenis dan gred bahan

yang digunakan. Semakin lama jangka hayat sesebuah kapal, semakin kerap

penyelenggaraan perlu dilakukan. Hal ini bagi memastikan kapal dapat berlayar

dengan baik dan tiada kerosakan berlaku. Kapal yang dalam berkeadaan baik dapat

mengekalkan fungsi dan penggunaannya. Sekiranya pintu kapal rosak, tangki minyak

bocor, ia perlu diselenggara supaya kapal dapat digunakan dengan selamat.

Responden 3, Puan Noorhanan Binti Talib : Proses yang terlibat bagi

penyelenggaraan kapal adalah proses tender dan juga pengurusan projek. Terdapat 4

elemen yang terlibat iaitu kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pemasangan. Bagi

kejuruteraan adalah membantu dalam menukar reka bentuk yang dikehendaki. Pihak

MMHE akan mengupah jurutera daripada luar untuk bantu dalam menghasilkan reka

bentuk mengikut pemilik kapal. Manakala perolehan adalah melalui pemerhatian dan

siasatan fizikal ke atas kapal secara terus. Ia boleh dirujuk pada lukisan terperinci

yang disediakan oleh pemilik kapal. Bagi pembinaan, kapal adalah berdasarkan

daripada pemilik kapal. Segala kerja pembinaan perlu dapatkan pengesahan daripada

pemilik kapal sebelum melakukan sebarang kerja ke atas kapal mereka. Elemen

pemasangan adalah perlu dilihat daripada spesifikasi dan peruntukkan yang

disediakan oleh pemilik kapal.

Secara keseluruhannya, terdapat beberapa jenis penyelenggaraan kapal iaitu

penyelenggaraan tahunan iaitu setahun sekali, penyelenggaraan pertengahan iaitu 5

tahun sekali dan penyelenggaraan sepenuhnya 10 tahun sekali. Penyelenggaraan ini

adalah penyelenggaraan terancang di mana untuk memastikan setiap elemen dan

struktur yang terdapat pada kapal dapat berfungsi dengan baik serta selamat.

Page 77: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

60

Manakala pembaikan kecemasan adalah penyelenggaraan yang dijalankan

secara mengejut. Kebiasaanya, penyelenggaraan ini tidak diketahui masanya kerana

ia rosak secara tiba-tiba tanpa disedari oleh pemilik kapal. Oleh itu, pemilik kapal

akan menghubungi MMHE untuk membuat aduan kerosakan. Kemudian pihak

MMHE akan memeriksa kapal tersebut dan membuat anggaran kos bagi

penyelenggaraan dan pembaikan tersebut. Setelah pemilik kapal bersetuju dengan

kos yang telah diberikan maka kerja-kerja membaiki kapal dilakukan. Setelah kerja-

kerja penyelenggaraan dan pembaikan siap, pemilik kapal akan menerima jaminan

selama tempoh 6 bulan selepas daripada penukaran berdasarkan kontrak terutamanya

pada komponen dan item enjin. Pihak MMHE akan menanggung kos bagi

pemeriksaan dan membaik pulih kerosakan yang berlaku dalam tempoh jaminan

yang telah diberikan. Penyelenggaraan penukaran juga terdapat dalam perkapalan di

mana mengikut kehendak dan keperluan pemilik kapal.

Selain itu, proses untuk penyelenggaraan kapal adalah secara terus dan tidak

memerlukan prosedur yang banyak. Pihak MMHE akan menggunakan e-mel sebagai

perantaraan untuk menerima aduan penyelenggaraan dan pembaikan. Kertas kerja

tidak diperlukan kerana penyelenggaraan dan pembaikan kapal kebanyakkannya

adalah projek fast track. Projek ini adalah secara langsung dimana sekiranya pemilik

kapal mengalami kerosakan, maka mereka akan terus beritahu di mana lokasi

mereka.

Kemudian pihak MMHE akan menghantar pekerja pergi melawat kapal bagi

memeriksa kerosakan yang sebenar. Laporan akan diberikan dan anggaran kos akan

dilakukan berdasarkan kerosakan yang diberikan. Setelah dipersetujui kerja-kerja

penyelenggaraan dan pembaikan dilakukan. Setelah selesai kerja, kapal adalah di

bawah jaminan pihak MMHE selama 6bulan. Sekiranya terdapat kerosakan, pihak

kapal akan selenggara dan tanggung kerosakan tersebut.

Page 78: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

61

Rajah 4.1 Proses Penyelenggaraan Kapal di MMHE

Hasil analisis yang dibuat menunjukkan proses penyelenggaraan kapal adalah

lebih mudah dan ringkas berbanding penyelenggaraan bangunan yang telah

ditunjukkan di dalam Bab 2. Kapal perlu diselenggara mengikut jarak perjalanan.

Jenis dan gred bahan yang berkualiti perlu digunakan untuk selenggara kapal.

Apabila semua item ini diambil kira, proses dan anggaran kos penyelenggaraan kapal

senang dan cepat dihasilkan dan memudahkan tugas juruukur serta pengurus kawalan

kos.

E-mel sebagai perantaraan untuk menerima

aduan penyelenggaraan dan pembaikan

Pemilik kapal memberitahu lokasi kerosakan

Dalam masa 6 bulan, pemilik kapal di bawah

jaminan pihak MMHE

Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan

dilakukan

Laporan akan diberikan dan anggaran kos

akan dilakukan

Pihak MMHE menghantar pekerja ke lokasi

kejadian

Page 79: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

62

Proses dan anggaran kos mempunyai saling kait dalam penyelenggaraan

kapal yang melibatkan juruukur bahan dan pengurus kawalan kos. Oleh itu, juruukur

bahan dan pengurus kawalan kos perlu mengetahui dan memahami setiap kerja dan

tindakan yang perlu diambil dalam proses penyelenggaraan kapal. Hal ini kerana

mereka terlibat secara langsung bagi memantau dan mengikuti perkembangan bagi

menyediakan anggaran kos bagi setiap peringkat kerja yang terlibat.

4.4.2 Objektif 2 : Mengenalpasti teknik anggaran kos yang digunakan untuk

penyelenggaraan kapal.

Antara teknik anggaran kos yang digunakan untuk penyelenggaraan kapal di

MMHE adalah seperti senarai kuantiti, harga unit, kuantiti nilaian hampir dan juga

item asas iaitu cukai. Senarai kuantiti adalah senarai segala bahan-bahan yang telah

diukur dari lukisan-lukisan dengan tepat dan kemudian dikumpulkan bahan-bahan

tersebut dalam bentuk bilangan mengikut pecahan kerja. Ia juga memperincikan

terma-terma dan syarat-syarat pembinaan atau pembaikan kontrak dan

menyenaraikan semua kerja bagi membolehkan pihak MMHE meletakkan harga

untuk tender.

Teknik seterusnya adalah harga unit. Harga unit terdiri daripada harga tenaga

kerja, bahan-bahan, penggunaan jentera dan peralatan serta keuntungan. Pengiraan

harga tenaga buruh mengikut kepakaran dan kemahiran mereka serta tempoh masa

bekerja. Semakin lama masa bekerja, semakin tinggi kos tenaga kerja. Bagi harga

bahan serta penggunaan jentera dan peralatan, pihak MMHE membuat anggaran

dengan menggunakan harga pasaran semasa. Keuntungan dikira dengan

menggunakan peratus (percentage) ke atas jumlah kegunaan bahan-bahan dan upah

buruh.

Page 80: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

63

Kuantiti nilaian hampir adalah kaedah bagi mencari nilaian setiap unit kerja

secara kasar. Kos penyelenggaraan dianggarkan berdasarkan lukisan terperinci dan

spesifikasi yang diterima. Teknik ini dapat membantu mempercepatkan kiraan

anggaran kos.

Cukai perlu di semak dari tahun ke tahun kerana berkemungkinan terdapat

perubahan dan ralat. Hanya kapal tertentu sahaja yang ada cukai seperti kapal gas,

kapal perang dan kapal tanki. Persetujuan cukai di antara pemilik kapal perlu

dilakukan dan dinyatakan dalam kontrak. Rundingan antara pihak MMHE dan

pemilik kapal akan diadakan sekiranya ada yang tidak disetujui dan keputusan

muktamad akan dilakukan.

Kaedah standard yang boleh digunakan untuk anggaran kos bagi

penyelenggaraan kapal adalah kos mengikut pembahagian kerja penyelenggaraan.

Kaedah ini membahagikan kos dengan kerja dan bahan yang digunakan. Dari kaedah

ini, boleh dilihat aliran kos dengan jelas. Setiap kerja yang dilakukan akan

dihargakan dan disenaraikan supaya urutan kerja difahami dan pemilik kapal jelas

dengan kos yang dikenakan.

Bagi anggaran kos penyelenggaraan kapal yang dilakukan oleh pihak MMHE

adalah secara visual dan melalui lukisan terperinci. Pekerja MMHE pergi melawat ke

lokasi kapal bagi memeriksa kerosakan yang sebenar serta melihat lukisan yang telah

diberikan oleh pemilik kapal. Selepas itu, buat perbandingan dan sahkan kerosakan

adalah betul. Kemudian, anggaran kuantiti bagi penyelenggaraan akan dibuat sebagai

permulaan sebutharga.

Page 81: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

64

Penyemakan akan dilakukan oleh ketua juruukur untuk pastikan tiada

kesalahan dan pengiraan adalalah betul. Sekiranya terdapat perubahan kerja,

pengiraan perlu kira semula dan anggaran muktamad akan dikeluarkan dimana

anggaran tersebut telah dipersetujui oleh pihak kapal dan pemilik kapal. Anggaran

kos ini penting bagi pemilik kapal supaya dapat menyediakan peruntukkan wang

yang secukupnya untuk selenggara dan baiki kapal mereka.

Selain itu adalah saiz dan jenis penyelenggaraan serta kerosakan kapal. Jika

kerja penyelenggaran yang dilakukan adalah pada kapal yang bersaiz besar dan

banyak, maka anggaran kos mestilah mahal dan mengikut kerja yang telah dilakukan

dan ikut harga pasaran. Lokasi dermaga juga memainkan peranan dalam membuat

anggaran kos. Semakin jauh lokasi dermaga dengan kapal, semakin mahal dan

banyak kos yang terlibat. Kos yang terlibat adalah jarak yang menggunakan minyak

yang banyak serta kadar tenaga kerja dimana pekerja perlu kerja lebih masa

disebabkan perjalanan jauh.

Kekerapan sesebuah kapal beroperasi juga perlu dikenalpasti sebelum

membuat anggaran kos. Apabila kapal aktif dan giat menjalankan operasi, maka ia

menunjukkan bahawa kapal tersebut banyak menjalankan aktiviti dan kerja

penyelenggaraan yang berkualiti perlu dilakukan supaya tahan lama. Oleh itu kos

adalah tinggi disebabkan kualiti yang digunakan terjamin.

Jadual 4.1 : Teknik AnggaranYang Digunakan oleh MMHE

Teknik Anggaran Kos Huraian

Senarai kuantiti Bahan-bahan yang telah diukur dari lukisan-lukisan

dengan tepat.

Harga unit Harga tenaga kerja, bahan-bahan, penggunaan jentera

dan peralatan serta keuntungan.

Kuantiti nilaian hampir Nilaian setiap unit kerja secara kasar.

Cukai Mengikut persetujuan cukai di antara pemilik kapal

perlu dilakukan dan dinyatakan dalam kontrak.

Page 82: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

65

4.5 Kesimpulan

Bab ini menganalisis semua data hasil jawapan daripada responden dan

diringkaskan untuk mengeluarkan hasil untuk perbincangan. Kesimpulan, cadangan

dan penyelidikan lanjutan telah dibincangkan dalam bab seterusnya.

Page 83: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

66

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Di dalam bab ini, hasil daripada kajian yang telah dijalankan dirumuskan dan

beberapa cadangan akan dibuat. Secara keseluruhannya, objektif kajian mengkaji

sama ada juruukur bahan boleh melibatkan diri dalam proses penyelenggaraan kapal

dan juga mengenalpasti sama ada terdapat teknik anggaran kos yang khusus untuk

penyelenggaraan kapal. Persamaaan proses penyelenggaraan kapal dan bangunan

dapat dikenalpasti dan hasil kajian menunjukkan bahawa proses penyelenggaraan

bangunan adalah rumit berbanding penyelenggaraan kapal. Proses-proses tersebut

seperti yang diterangkan di dalam Bab 4.

Teknik anggaran kos bagi penyelenggaraan kapal tidak ada yang spesifik.

Teknik yang digunakan adalah senarai kuantiti, harga unit, kuantiti nilaian hampir

dan juga item asas iaitu cukai. Secara asas, teknik anggaran kos ini sama seperti

bangunan. Teknik boleh digunakan mengikut keadaan,pengalaman kerja serta cara

kerja sesebuah organisasi.

Page 84: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

67

5.2 Rumusan Am Kajian

Secara keseluruhannya kajian ini dijalankan bagi mengetahui proses serta

teknik anggaran kos penyelenggaraan bagi bangunan dan kapal. Disamping itu,

kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti bidang ilmu yang diperlukan oleh juruukur

bahan untuk melibatkan diri dalam industri minyak dan gas ini. Penerangan secara

terperinci telah dibuat pada Bab 2 iaitu pada kajian literatur.

5.2.1 Objektif Pertama : Mengkaji sama ada juruukur bahan boleh

melibatkan diri dalam proses penyelenggaraan kapal.

Objektif pertama kajian ini ialah mengkaji sama ada juruukur bahan boleh

melibatkan diri dalam proses penyelenggaraan kapal. Bagi mencapai objektif ini

analisis dokumen dan temu bual telah dilakukan kepada responden yang terdiri

daripada juruukur bahan dan pengurus kawalan kos yang terlibat didalam

penyelenggaraan dan pembaikan kapal. Objektif pertama ini telah dikaji pada

bahagian B didalam soalan temu bual. Pada bahagian B penyelidik telah

menyenaraikan soalan yang berkaitan dan responden akan memberikan jawapan

berdasarkan kepada pengalaman dan penglibatannya dalam bidang ini.

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, juruukur bahan dan pengurus

kawalan kos terlibat secara langsung bagi proses penyelenggaraan kapal. Hal ini

kerana proses dan anggaran kos mempunyai saling kait dalam penyelenggaraan

kapal. Proses penyelenggaraan bagi kapal adalah mudah dan tidak memerlukan

proses yang banyak berbanding dengan penyelenggaraan bangunan.

Penyelenggaraan kapal hanya tertumpu kepada pembaikan dan pemasangan bahagian

yang rosak manakala bagi penyelenggaraan bangunan adalah secara menyeluruh dan

banyak seperti penyelenggaraan ke atas struktur utama, binaan dalaman, kemasan

Page 85: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

68

dan perlekapan, perkhidmatan sanitari dan perpaipan, perkhidmatan mekanikal,

perkhidmatan elektrik dan kerja-kerja bangunan, awam dan luaran (Ahmad bin

Ramly, 2002).

Selain itu, bahan dan peralatan yang digunakan dalam penyelenggaraan kapal

adalah sedikit berbanding penyelenggaraan bangunan. Bahan bagi bangunan banyak

daripada jenis, jenama, saiz dan harga berbanding dengan bahan kapal. Keutamaan

penyelenggaraan kapal adalah pada komponen dan item enjinnya. Sekiranya enjin

rosak, maka kapal tidak boleh bergerak dan menjalankan aktivitinya seperti biasa.

Jika bangunan rosak, ia masih boleh digunapakai tetapi dari segi keselamatan ia

membahayakan kepada pengguna. Oleh itu, penyelenggaraan kapal adalah tertumpu

hanya kepada enjin dan juga strukturnya sahaja dan tidak memerlukan bahan serta

peralatan yang rumit.

Kesimpulannya, juruukur bahan tidak hanya melibatkan diri bagi

penyelenggaraan bangunan sahaja tetapi juga penyelenggaraan kapal. Oleh itu,

juruukur bahan perlu mengetahui dan memahami setiap kerja dan tindakan yang

perlu diambil dalam proses penyelenggaraan kapal bagi memastikan proses

penyelenggaraan berjalan lancar.

5.2.2 Objektif Kedua : Mengenalpasti teknik anggaran kos yang digunakan

untuk penyelenggaraan kapal.

Objektif kedua bagi kajian ini ialah mengenalpasti teknik anggaran kos yang

digunakan untuk penyelenggaraan kapal. Bagi mencapai objektif yang kedua ini,

penyelidik telah membuat kajian dengan menghasilkan soalan temu bual seperti

objektif kedua. Objektif kedua ini telah dimasukkan kedalam bahagian C dalam

borang soal selidik yang sama dengan objektif pertama.

Page 86: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

69

Melalui analisis yang telah dilakukan pada Bab 4, penyelidik dapat

mengetahui teknik anggaran kos yang digunakan bagi menyelenggara kapal. Teknik

yang digunakan adalah senarai kuantiti, harga unit, kuantiti nilaian hampir dan juga

item asas iaitu cukai. Senarai kuantiti adalah senarai segala bahan-bahan yang telah

diukur dari lukisan-lukisan dengan tepat dan kemudian dikumpulkan bahan-bahan

tersebut dalam bentuk bilangan mengikut pecahan kerja. Harga unit terdiri daripada

harga tenaga kerja, bahan-bahan, penggunaan jentera dan peralatan serta keuntungan.

Kuantiti nilaian hampir adalah kaedah bagi mencari nilaian setiap unit kerja secara

kasar. Kos penyelenggaraan dianggarkan berdasarkan lukisan terperinci dan

spesifikasi yang diterima. Cukai perlu di semak dari tahun ke tahun kerana

berkemungkinan terdapat perubahan dan ralat.

Teknik-teknik ini sama juga digunakan dalam penyelenggaraan bangunan

yang telah diterangkan dalam Bab 2. Pengetahuan asas juruukur bahan terutamanya

dalam teknik anggaran boleh digunakan untuk menganggarkan kos penyelenggaraan

kapal. Perbezaan hanya dari segi kemahiran, waktu kerja, kadar buruh, terma, kualiti,

keselamatan, kesihatan dan keadaan kerja dan kontrak. Oleh itu, juruukur bahan

adalah satu profesion yang pelbagai yang boleh bekerja dengan industri lain selain

daripada industri pembinaan.

5.3 Had dan Permasalahan Kajian

Semasa tempoh menjalankan kajian ini, terdapat beberapa had kajian yang

dihadapi oleh penyelidik semasa melaksanakan kerja pengumpulan data. Antara had

kajian yang dihadapi adalah seperti berikut:

i. Kekurangan bahan bacaan serta bahan rujukan seperti buku yang

berkaitan menjadi salah satu halangan dalam membuat kajian ini. Sebagai

jalan penyelesaian, pihak-pihak yang mempunyai pengalaman dan

Page 87: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

70

pengetahuan yang berkaitan dirujuk bagi mendapatkan sumber-sumber

yang boleh membantu di dalam membuat kajian ini.

ii. Oleh sebab juruukur bahan yang ingin ditemuramah terlibat dengan kerja

di luar kawasan dan amat sibuk dengan kerja yang banyak, tarikh sesi

temuramah sentiasa diubah dan dibatalkan. Oleh itu, penyelidik terpaksa

menukar responden untuk mendapatkan maklum balas.

Namun begitu semua masalah telah dapat diatasi dengan jayanya.

5.4 Cadangan Penyelidikan Lanjutan

Walaupun skop kajian ini adalah hanya di Malaysia Marine and Heavy

Engineering Berhad (MMHE) jadi tidak ramai responden terlibat dalam memberikan

pendapat mereka terhadap kajian ini. Oleh yang demikian, terdapat beberapa

cadangan kajian lanjutan yang boleh dibuat pada masa akan datang iaitu:

i. Menjalankan kajian yang sama namun dibesarkan skopnya samada dari

industri perkapalan negeri lain dan pihak perunding yang terlibat.

ii. Kajian ke atas semua peringkat berdasarkan RIBA Plan of Work 2013.

iii. Kajian ke atas keberkesanan anggaran kos bagi penyelenggaraan kepada

juruukur bahan.

Page 88: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

71

RUJUKAN

Ahmad bin Ramly, *. (2002). Prinsip dan Praktis Pengurusan Penyenggaraan

Bangunan. Selangor: Pustaka Ilmi.

Ashworth, A. (. (2004). Cost studies of Buildings. Harlow, England : Pearson/Prentice

Hall.

Azlan Shah Ali, *. (2009). Cost Decision Making in Building Maintenance Practice in

Malaysia. Journal of Facilities Management, 298 – 306.

C.N. Hughes, C. E. (1987). Ship Performance. London: Lloyd's of London Press Ltd.

CIDB, C. I. (2007). Construction Industry Master Plan Malaysia 2006-2015. Kuala

Lumpur: Construction Industry Development Board.

Cooke, R. (2009). Planning, Measurement and Control for Building. United Kingdom:

John Wiley & Sons Ltd.

Cooper, G. H., & Badzinski, S. (1971). Building Construction Estimating. London:

McGraw-Hill Book Company.

Creswell, J. W. (2009). Research Design : Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods

Approaches . California: SAGE Publications.

Cruzan, R. (2009). Manager's Guide to Preventive Building Maintenance. Lilburn: The

Fairmont Press.

Deris, S., Sigeru Omatu, H. O., Kutar, L. C., & Samat, P. A. (1999). Ship maintenance

scheduling by genetic algorithm and constraint-based reasoning. European

Journal of Operational Research, 489 - 502.

Eyres, D., & Bruce, G. (2012). Ship Construction. USA: Butterworth-Heinemann.

Faisol, N. (2010). An Investigation of Relational Contracting Norms in Construction

Projects in Malaysia. Doctor Philosophy, Loughborough University,United

Kingdom.

Guion, L. A. (2002). Triangulation: Establishing the Validity of Qualitative Studies.

Institute of Food and Agricultural Sciences, University of Florida, Gainesville,

1-3.

Hasnan Abdullah, *. (1994). Pengurusan Penyelenggaraan. Johor: Universiti Teknologi

Malaysia.

InSites. (2007). Tips on Qualitative and Quantitative Data Collection Methods. InSites.

Kumar, R. (2008). Research Methodology. New Delhi: APH Publishing Corporation.

Loraine Blaxter, C. H. (2006). How To Research.

Page 89: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

72

Mainal, M. R. (1999). Asas Seni Bina Kapal : Struktur Kapal. Johor: Universiti

Teknologi Malaysia.

Majid, N. A., Yusoff, M. A., Abdullah, T., Marzuki, S., Salleh, Z. M., Muhammad, F., et

al. (2007). Academic Report Writing. Malaysia: Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Mamia, T. (2006). Quantitative Research Methods. Retrieved December 05, 2014, from

http://people.uta.fi/~tm47874/opetus/luennot/lecture1.pdf

Miles, D., & Syagga, P. (1987). Building Maintenance A Management Manual. London:

Intermediate Technology Publications Ltd.

Mohammed, A. H., & Mat, W. M. (1991). Teknologi Penyenggaraan Bangunan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Moore, N. (2006). How To Do Research - A Practical Guide To Designing And

Managing Research Projects. London: Facet Publishing.

Naoum, D. S. (2007). Dissertation Research & Writing For Construction Students.

USA: Butterworth-Heinemann.

Seeley, I. H. (1987). Building maintenance. Macmillan Education,.

Shields, S., Sparshott, K., & Cameron, E. (1975). Ship Maintenance A Quantitative

Approach. London: The Institute of Marine Engineers.

Silverman, D. (2006). Interpreting Qualitative Data. London: SAGE Publications Ltd.

Sinclair, D. (2013). Guide to Using the RIBA Plan of Work 2013. London: RIBA

Publishing.

Singh, G., & Singh, J. (2010). Estimating Costing And Valuation. Delhi: Nem Chand

Jain, Ajay Kumat Jain.

Smith, K., Todd, M., & Waldman, J. (2009). Doing Your Undergraduate Social Science

Dissertation. USA and Canada: Routledge, Taylor & Francis Group.

Smith, N. J. (1995). Project Cost Estimating . London: Thomas Telford Ltd .

Stanford, H. W. (2010). Effective Building Maintenance Protection of Capital Assets.

USA: The Fairmont Press.

Tandon, D. A. (2010). Research Methodology Methods and Techniques. India: Anmol

Publication Pvt. Ltd.

Well, R. L., & Maher, M. W. (2005). Handbook of Cost Management. Canada: John

Wiley & Sons.

Page 90: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

73

LAMPIRAN A

BORANG SOAL SELIDIK

Page 91: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

74

BORANG SOALAN TEMUBUAL

TAJUK KAJIAN:

Perbandingan Proses dan Teknik Anggaran Kos Bagi Penyelenggaraan Kapal Dengan

Bangunan

OBJEKTIF:

i) Mengkaji sama ada juruukur bahan boleh melibatkan diri dalam proses

penyelenggaraan kapal.

ii) Mengenalpasti teknik anggaran kos yang digunakan untuk penyelenggaraan

kapal.

MAKLUMAT:

Temu bual ini mengandungi dua bahagian seperti:

Bahagian A: Latar Belakang Responden

Bahagian B: Soalan Temu bual

Semua maklumat yang diberikan adalah SULIT dan hanya untuk tujuan

penyelidikan di bawah projek ini. Data yang dikumpul tidak akan

dipaparkan atau disiarkan kepada orang ramai.

PENYELIDIK : ROZANA BINTI OSMAN @ OTHMAN

NOMBOR K/P : 920326-01-5512

KURSUS : IJAZAH SARJANA MUDA (SAINS) PEMBINAAN

PENYELIA : DR FARA DIVA BINTI MUSTAPA

JABATAN UKUR BAHAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKULTI ALAM BINA

Page 92: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

75

BAHAGIAN A

LATAR BELAKANG RESPONDEN

NAMA : ……………………………………………………………

JAWATAN : ……………………………………………………………

SYARIKAT : ……………………………………………………………

ALAMAT SYARIKAT : ……………………………………………………………

…………………………………………………………...

……………………………………………………………

KELAYAKAN : ……………………………………………………………

NOMBOR TELEFON : ……………………………………………………………

E-MEL : ……………………………………………………………

Bahagian B

OBJEKTIF 1: Mengkaji sama ada juruukur bahan boleh melibatkan diri

dalam proses penyelenggaraan kapal.

Soalan 1 : Adakah anda terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

proses penyelenggaraan bagi kapal?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Soalan 2 : Apakah proses penyelenggaraan yang terlibat bagi kapal? Sila jelaskan

proses secara umum

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Page 93: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

76

Soalan 3 : Berdasarkan pengalaman (amalan) atau pemerhatian anda, apakah proses

yang biasa digunakan serta diamalkan oleh pihak MMHE dalam menyelenggara

kapal?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Soalan 4 : Bagaimanakah pihak MMHE menerima kerja-kerja penyelenggaraan

kapal?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Soalan 5 : Apakah jenis penyelenggaraan bagi kapal? Adakah mempunyai

persamaan dengan jenis penyelenggaraan bangunan seperti penyelenggaraan

terancang, penyelenggaraan tidak terancang dan juga pencegahan penyelenggaraan.

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Soalan 6 : Pada pendapat anda, adakah proses penyelenggaraan bagi kapal

mempunyai persamaan dengan proses penyelenggaraan bangunan?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Page 94: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

77

Soalan 7 : Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda, adakah terdapat kaedah

standard yang boleh digunakan sebagai panduan untuk penyelenggaraan dalam

industri perkapalan? Sila terangkan

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Bahagian C

OBJEKTIF 2: Mengenalpasti teknik anggaran kos yang digunakan untuk

penyelenggaraan kapal.

Soalan 8 : Apakah teknik anggaran kos yang digunakan bagi menyelenggara kapal?

Terangkan secara terperinci.

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Soalan 9 : Bagaimana anda melakukan teknik anggaran kos bagi penyelenggaraan

kapal?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Page 95: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

78

Soalan 10 : Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda, adakah terdapat kaedah

standard yang boleh digunakan sebagai panduan untuk anggaran kos bagi

penyelenggaraan dalam industri perkapalan? Sila terangkan.

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Soalan 11 : Bagaimanakah pihak MMHE membuat anggaran kos bagi meyelenggara

kapal?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Soalan 12 : Bagaimana anda mengawal teknik anggaran kos yang digunakan agar ia

selari dan boleh diterima oleh rakan-rakan kerja?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Terima kasih untuk masa dan maklum balas anda. Maklum balas anda amat dihargai

dan akan dikategorikan sebagai sulit.

Tandatangan Responden: Cop Rasmi:

......................................................................

......................................................................

Page 96: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

79

LAMPIRAN B

TRANSKRIP TEMUBUAL

Page 97: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

80

Bahagian A

Latar Belakang Responden 1

NAMA Md. Wazir Shafiq B. Mohd Anuar

JAWATAN Pengurus Kawalan Kos

SYARIKAT Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad

(MMHE)

ALAMAT SYARIKAT PLO 3, Jalan Pekeliling, P.O.Box 77

81700 Pasir Gudang

Johor, Malaysia.

KELAYAKAN Sarjana Muda Ukur Bahan

NOMBOR TELEFON 019-3316263

E-MEL [email protected]

Latar Belakang Responden 2

NAMA Zulfadli B. Jantan

JAWATAN Juruukur Bahan

SYARIKAT Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad

(MMHE)

ALAMAT SYARIKAT PLO 3, Jalan Pekeliling, P.O.Box 77

81700 Pasir Gudang

Johor, Malaysia.

KELAYAKAN Sarjana Muda Bangunan

NOMBOR TELEFON 013-7797305

E-MEL [email protected]

Page 98: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

81

Latar Belakang Responden 3

NAMA Noorhanan Binti Talib

JAWATAN Pengurus Penganggar

SYARIKAT Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad

(MMHE)

ALAMAT SYARIKAT PLO 3, Jalan Pekeliling, P.O.Box 77

81700 Pasir Gudang

Johor, Malaysia.

KELAYAKAN Sarjana Muda Ukur Bahan

NOMBOR TELEFON 012-7676940

E-MEL [email protected]

Bahagian B

OBJEKTIF 1: Mengkaji sama ada juruukur bahan boleh melibatkan diri

dalam proses penyelenggaraan kapal.

Soalan 1 : Adakah anda terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam

proses penyelenggaraan bagi kapal?

Jawapan 1 : Ya, saya terlibat secara langsung. Tugas juruukur bahan dan pengurus

kawalan kos dalam penyelenggaraan dan pembaikan kapal adalah menyediakan kos

belanjawan, memantau bil dan harga sepanjang tempoh projek, menyediakan

anggaran dan sebut untuk perubahan pesanan, membantu jabatan kewangan untuk

semua bayaran kemajuan, rundingan serta memuktamadkan bil dan juga

pengaturcaraan kontrak (semak semula).

Page 99: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

82

Soalan 2 : Apakah proses penyelenggaraan yang terlibat bagi kapal? Sila jelaskan

proses secara umum

Jawapan 2 : Proses yang terlibat bagi penyelenggaraan kapal adalah proses tender

dan juga pengurusan projek. Terdapat 4 elemen yang terlibat iaitu kejuruteraan,

perolehan, pembinaan dan pemasangan. Bagi kejuruteraan adalah membantu dalam

menukar reka bentuk yang dikehendaki. Pihak MMHE akan mengupah jurutera

daripada luar untuk bantu dalam menghasilkan reka bentuk mengikut pemilik kapal.

Manakala perolehan adalah melalui pemerhatian dan siasatan fizikal ke atas kapal

secara terus. Ia boleh dirujuk pada lukisan terperinci yang disediakan oleh pemilik

kapal. Bagi pembinaan, kapal adalah berdasarkan daripada pemilik kapal. Segala

kerja pembinaan perlu dapatkan pengesahan daripada pemilik kapal sebelum

melakukan sebarang kerja ke atas kapal mereka. Elemen pemasangan adalah perlu

dilihat daripada spesifikasi dan peruntukkan yang disediakan oleh pemilik kapal.

Soalan 3 : Berdasarkan pengalaman (amalan) atau pemerhatian anda, apakah proses

yang biasa digunakan serta diamalkan oleh pihak MMHE dalam menyelenggara

kapal?

Jawapan 3 : Kebiasaannya pihak MMHE akan menggunakan e-mel sebagai

perantaraan untuk menerima aduan penyelenggaraan dan pembaikan. Kertas kerja

tidak diperlukan kerana penyelenggaraan kapal di MMHE kebanyakkannya adalah

projek fast track. Projek ini adalah secara langsung dimana sekiranya pemilik kapal

mengalami kerosakan, maka mereka akan terus beritahu di mana lokasi mereka.

Kemudian pihak MMHE akan menghantar pekerja pergi melawat kapal bagi

memeriksa kerosakan yang sebenar. Laporan akan diberikan dan anggaran kos akan

dilakukan berdasarkan kerosakan yang diberikan. Setelah dipersetujui kerja-kerja

penyelenggaraan dilakukan. Setelah selesai kerja, kapal adalah di bawah jaminan

pihak MMHE selama 6bulan. Sekiranya terdapat kerosakan, pihak MMHE akan

selenggara dan tanggung kerosakan tersebut.

Page 100: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

83

Soalan 4 : Bagaimanakah pihak MMHE menerima kerja-kerja penyelenggaraan

kapal?

Jawapan 4 : Pihak MMHE menerima kerja-kerja penyelenggaraan kapal melalui

pengesahan dan pelantikan daripada pemilik kapal. Pemilik kapal terbahagi kepada

dua iaitu antarabangsa dan tempatan. Mereka akan membuka tender pada pihak-

pihak kapal untuk menyelenggara kapal berdasarkan lokasi mereka. Tender terbuka

hanya kepada lokasi terdekat. Lokasi yang terdekat untuk mereka menurunkan

muatan barang seperti gas, kontena dan sebagainya akan dipilih dan diberikan tender

kepada pihak kapal. Pemilik kapal akan menyediakan lukisan dan spesifikasi kepada

pihak kapal. Pihak kapal akan mengemukan sebutharga kepada pemilik kapal dan

mereka akan menilai pihak kapal yang bersesuaian. Pemilik kapal akan melihat dari

segi harga, prestasi syarikat, kualiti kerja dan juga tempoh bayaran. Setelah dipilih,

pemilik kapal akan mengesahkan tarikh dan lokasi untuk pergerakan kapal masuk ke

MMHE dan persediaan tempat untuk kapal diselenggara dilakukan. Tempat untuk

menyelenggara dan meletak kapal biasanya mengikut saiz kapal. Penglibatan oleh

perunding iaitu juruukur pemilik kapal adalah penting pada peringkat ini bagi

memeriksa, menandakan pada struktur seperti pintu dan tangki sekiranya

penyelenggaraan dan pembaikan perlu dilakukan di kawasan tersebut. Apabila

terdapat kegagalan disebabkan kesalahan dan kecuaian juruukur, maka jaminan

adalah atas tanggungjawab juruukur dan kapal tidak boleh belayar. Kerja

penambahan dan pembetulan diperlukan dan terdapat pesanan tambahan serta

variasi. Oleh itu, berlaku penambahan kos serta tempoh kerja. Kerja penyelenggaraan

adalah berdasarkan keperluan pemilik kapal serta tempoh kerja di antara 4hari, 7hari

atau sebulan mengikut jenis penyelenggaraan dan kerosakan. Bagi kerja ubah bentuk

kapal tempoh masa yang diambil adalah dalam 6bulan.

Soalan 5 : Apakah jenis penyelenggaraan bagi kapal? Adakah mempunyai

persamaan dengan jenis penyelenggaraan bangunan seperti penyelenggaraan

terancang, penyelenggaraan tidak terancang dan juga pencegahan penyelenggaraan.

Page 101: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

84

Jawapan 5 : Terdapat beberapa jenis penyelenggaraan kapal iaitu penyelenggaraan

tahunan iaitu setahun sekali, penyelenggaraan pertengahan iaitu 5 tahun sekali dan

penyelenggaraan sepenuhnya 10 tahun sekali. Penyelenggaraan ini adalah

penyelenggaraan terancang di mana untuk memastikan setiap elemen dan struktur

yang terdapat pada kapal dapat berfungsi dengan baik serta selamat. Manakala

pembaikan kecemasan adalah penyelenggaraan yang dijalankan secara mengejut.

Kebiasaanya, penyelenggaraan ini tidak diketahui masanya kerana ia rosak secara

tiba-tiba tanpa disedari oleh pemilik kapal. Oleh itu, pemilik kapal akan

menghubungi MMHE untuk membuat aduan kerosakan. Kemudian pihak MMHE

akan memeriksa kapal tersebut dan membuat anggaran kos bagi penyelenggaraan

dan pembaikan tersebut. Setelah pemilik kapal bersetuju dengan kos yang telah

diberikan maka kerja-kerja membaiki kapal dilakukan. Setelah kerja-kerja

penyelenggaraan dan pembaikan siap, pemilik kapal akan menerima jaminan selama

tempoh 6 bulan selepas daripada penukaran berdasarkan kontrak terutamanya pada

komponen dan item enjin. Pihak MMHE akan menanggung kos bagi pemeriksaan

dan membaik pulih kerosakan yang berlaku dalam tempoh jaminan yang telah

diberikan. Penyelenggaraan penukaran juga terdapat dalam perkapalan di mana

mengikut kehendak dan keperluan pemilik kapal.

Soalan 6 : Pada pendapat anda, adakah proses penyelenggaraan bagi kapal

mempunyai persamaan dengan proses penyelenggaraan bangunan?

Jawapan 6 : Pada pendapat saya, proses penyelenggaraan bagi kapal dan bangunan

boleh dikatakan mempunyai persamaan dengan proses penyelenggaraan bangunan.

Menyelenggara kapal biasanya sama seperti industri bangunan secara design and

build. Perbezaan cuma pada kemahiran yang digunakan, tempoh bekerja, kadar

tenaga kerja, syarat pembayaran, kualiti, keselamatan, kesihatan serta persekitaran

kerja dan kontrak. Kapal boleh disamakan seperti kereta kerana ia perlu diselenggara

mengikut jangka hayat dimana berapa lama usia kapal telah dibina serta jarak

perjalanan kapal, keadaan kapal, serta jenis dan gred bahan yang digunakan.

Semakin lama jangka hayat sesebuah kapal, semakin kerap penyelenggaraan perlu

dilakukan. Hal ini bagi memastikan kapal dapat berlayar dengan baik dan tiada

Page 102: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

85

kerosakan berlaku. Kapal yang dalam berkeadaan baik dapat mengekalkan fungsi

dan penggunaannya. Sekiranya pintu kapal rosak, tangki minyak bocor, ia perlu

diselenggara supaya kapal dapat digunakan dengan selamat. Seterusnya adalah jenis

dan gred bahan yang digunakan perlulah berkualiti tinggi dan tahan lasak.

Kebiasaannya, bahan yang berkualiti memerlukan kos yang tinggi kerana ia tahan

lama. Sekiranya bahan yang tidak berkualiti dan murah digunakan, kekerapan

penyelenggaraan berlaku kerana bahan rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Oleh

itu kos penyelenggaraan sesebuah kapal adalah tinggi.

Soalan 7 : Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda, adakah terdapat kaedah

standard yang boleh digunakan sebagai panduan untuk penyelenggaraan dalam

industri perkapalan? Sila terangkan

Jawapan 7 : Dalam industri perkapalan kebanyakkan akan mengikut spesifikasi

yang telah disediakan oleh pemilik kapal. Liabiliti dan susunan serta arahan kerja apa

yang perlu dibaiki dan diselenggara bergantung pada pemilik kapal. Selepas siap dan

kapal boleh berlayar, pemilik akan membuat bayaran penuh. Pihak MMHE hanya

boleh mencadangkan serta mengesyorkan kepada pemilik kapal apa yang mereka

perlu untuk selenggara dan baiki seperti tukar minyak atau enjin. Pemilik kapal akan

tanya harga dan jika terdapat perubahan pesanan, perlu isi borang dan ditandatangani

bagi persetujuan lulus oleh pemilik kapal. Kemudian kerja-kerja penyelenggaraan

akan dilakukan. Pemilik kapal dan juruukur memainkan peranan penting dalam

penyelenggaraan kapal. Standard kontrak membaiki mengikut jenis kapal hanya

digunakan bergantung pada keadaan dan keperluan pemilik kapal. Kapal boleh

berlayar apabila sudah ada bukti bahawa telah diselenggara dan sijil surat kebenaran

berlayar akan dikeluarkan oleh juruukur. Hal ini kerana keselamatan kapal untuk

belayar adalah penting dalam industri kapal.

Page 103: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

86

Bahagian C

OBJEKTIF 2: Mengenalpasti teknik anggaran kos yang digunakan untuk

penyelenggaraan kapal.

Soalan 8 : Apakah teknik anggaran kos yang digunakan bagi menyelenggara kapal?

Terangkan secara terperinci.

Jawapan 8 : Penyelenggaraan dilakukan sepenuhnya oleh MMHE mengikut

spesifikasi yang telah diberikan oleh pemilik kapal. Terdapat beberapa teknik

anggaran kos seperti senarai kuantiti, harga unit, kuantiti nilaian hampir dan juga

item asas iaitu cukai. Senarai kuantiti adalah senarai segala bahan-bahan yang telah

diukur dari lukisan-lukisan dengan tepat dan kemudian dikumpulkan bahan-bahan

tersebut dalam bentuk bilangan mengikut pecahan kerja. Ia juga memperincikan

terma-terma dan syarat-syarat pembinaan atau pembaikan kontrak dan

menyenaraikan semua kerja bagi membolehkan pihak MMHE meletakkan harga

untuk tender. Teknik seterusnya adalah harga unit. Harga unit terdiri daripada harga

tenaga kerja, bahan-bahan, penggunaan jentera dan peralatan serta keuntungan.

Pengiraan harga tenaga buruh mengikut kepakaran dan kemahiran mereka serta

tempoh masa mereka bekerja. Semakin lama masa bekerja, semakin tinggi kos

tenaga kerja. Bagi harga bahan serta penggunaan jentera dan peralatan, pihak MMHE

membuat anggaran dengan menggunakan harga pasaran semasa. Keuntungan dikira

dengan menggunakan peratus (percentage) ke atas jumlah kegunaan bahan-bahan

dan upah buruh. Kuantiti nilaian hampir adalah kaedah bagi mencari nilaian setiap

unit kerja secara kasar. Kos penyelenggaraan dianggarkan berdasarkan lukisan

terperinci dan spesifikasi yang diterima. Teknik ini dapat membantu

mempercepatkan kiraan anggaran kos. Cukai perlu di semak dari tahun ke tahun

kerana berkemungkinan terdapat perubahan dan ralat. Hanya kapal tertentu sahaja

yang ada cukai seperti kapal gas, kapal perang dan kapal tanki. Persetujuan cukai di

antara pemilik kapal perlu dilakukan dan dinyatakan dalam kontrak.

Page 104: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

87

Soalan 9 : Bagaimana anda melakukan teknik anggaran kos bagi penyelenggaraan

kapal?

Jawapan 9 : Saya melakukan teknik anggaran kos bagi penyelenggaraan kapal

melalui pengalaman kerja serta projek sebelum ini. Melalui projek-projek sebelum

ini saya akan menjadikan ia sebagai panduan dan rujukan bagi saya untuk membuat

penambahbaikan. Selain itu, saya merujuk semula kepada organisasi dan mereka-

mereka yang mempunyai kemahiran serta kepakaran dalam membuat anggaran.

Kami akan berbincang dan membuat kata putus bagi mendapatkan persetujuan oleh

semua pihak. Pihak MMHE akan selaraskan peratusan harga untuk keuntungan. Hal

ini dapat dirujuk dan memudahkan kerja mereka yang bertanggungjawab dalam

membuat anggaran kos.

Soalan 10 : Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda, adakah terdapat kaedah

standard yang boleh digunakan sebagai panduan untuk anggaran kos bagi

penyelenggaraan dalam industri perkapalan? Sila terangkan.

Jawapan 10 : Kaedah standard yang boleh digunakan untuk anggaran kos bagi

penyelenggaraan kapal adalah kos mengikut pembahagian kerja penyelenggaraan.

Kaedah ini membahagikan kos dengan kerja dan bahan yang digunakan. Dari kaedah

ini, boleh dilihat aliran kos dengan jelas. Seterusnya adalah pengiraan secara

sekaligus (lump sum) dimana satu harga akan dikeluarkan. Sebagai contoh, sebuah

syarikat telah membuat persetujuan dengan pihak MMHE di mana dalam 10tahun

syarikat tersebut akan menghantar sebanyak 10buah kapal untuk diselenggara.. Oleh

itu, mereka merupakan klien tetap pihak MMHE dan harga yang ditawarkan pada

mereka lebih murah kerana mereka adalah sumber tetap pendapatan pihak MMHE.

Mereka menerima harga secara sekaligus daripada pihak MMHE. Penambahan kos

adalah dimana anggaran kos di tambah dengan peratusan kos unit sesuatu kerja

penyelenggaraan. Pihak MMHE akan membuat penambahan sekiranya terdapat

perubahan pada cukai dan harga daripada pembekal. Kadar tenaga kerja berdasarkan

jenis penyelenggaraan, tempoh masa kerja serta kemahiran. Semakin sukar serta sulit

kerja penyelenggaraan yang dilakukan, semakin tinggi kadar bayaran yang diterima

Page 105: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

88

oleh pekerja. Rundingan antara pihak MMHE dan pemilik kapal akan diadakan

sekiranya ada yang tidak disetujui dan keputusan muktamad akan dilakukan.

Soalan 11 : Bagaimanakah pihak MMHE membuat anggaran kos bagi meyelenggara

kapal?

Jawapan 11 : Bagi anggaran kos penyelenggaraan kapal yang dilakukan oleh pihak

MMHE adalah secara visual atau lukisan terperinci. Pekerja akan pergi melawat

kapal bagi memeriksa kerosakan yang sebenar serta melihat lukisan yang telah

diberikan oleh pemilik kapal. Selepas itu, buat perbandingan dan sahkan kerosakan

adalah betul. Kemudian, anggaran kuantiti bagi penyelenggaraan akan dibuat sebagai

permulaan sebutharga. Penyemakan akan dilakukan oleh ketua juruukur untuk

pastikan tiada kesalahan dan pengiraan adalalah betul. Sekiranya terdapat perubahan

kerja, pengiraan perlu kira semula dan anggaran muktamad akan dikeluarkan dimana

anggaran tersebut telah dipersetujui oleh pihak MMHE dan pemilik kapal. Anggaran

kos ini penting bagi pemilik kapal supaya dapat menyediakan peruntukkan wang

yang secukupnya untuk selenggara dan baiki kapal mereka.

Soalan 12 : Bagaimana anda mengawal teknik anggaran kos yang digunakan agar ia

selari dan boleh diterima oleh rakan-rakan kerja?

Jawapan 12 : Kawalan teknik anggaran kos boleh dilakukan dengan mengambil kira

beberapa faktor seperti penggunaan piawaian cukai yang telah ditetapkan mengikut

jenis kapal. Semua pihak dalam MMHE menggunakan dan merujuk piawaian cukai

yang sama untuk membuat anggaran kos. Selain itu adalah saiz dan jenis

penyelenggaraan serta kerosakan kapal. Jika kerja penyelenggaran yang dilakukan

adalah pada kapal yang bersaiz besar dan banyak, maka anggaran kos mestilah mahal

dan mengikut kerja yang telah dilakukan dan ikut harga pasaran. Lokasi dermaga

juga memainkan peranan dalam membuat anggaran kos. Semakin jauh lokasi

dermaga dengan kapal, semakin mahal dan banyak kos yang terlibat. Kos yang

terlibat adalah jarak yang menggunakan minyak yang banyak serta kadar tenaga

Page 106: PROSES DAN TEKNIK ANGGARAN KOS BAGI …

89

kerja dimana pekerja perlu kerja lebih masa disebabkan perjalanan jauh. Kekerapan

sesebuah kapal beroperasi juga perlu dikenalpasti sebelum membuat anggaran kos.

Apabila kapal aktif dan giat menjalankan operasi, maka ia menunjukkan bahawa

kapal tersebut banyak menjalankan aktiviti dan kerja penyelenggaraan yang

berkualiti perlu dilakukan supaya tahan lama. Oleh itu kos adalah tinggi disebabkan

kualiti yang digunakan terjamin.