PROSES HIDUP HAIWAN

4
labah- labah burung katak belalang ikan monyet PROSES HIDUP HAIWAN 6.1 PERKUMUHAN DAN PENYAHTINJAAN DALAM HAIWAN 1. Perkumuhan ialah proses hidup untuk menyingkirkan hasil pembuangan daripada badan kita melalui organ perkumuhan. 2. Hasil pembuangan yang disingkirkan daripada badan dikenal sebagai hasil perkumuhan. 3. Hasil perkumuhan haiwan adalah karbon dioksida, wap air, dan air kencing. 4. Penyahtinjaan ialah proses hidup di mana makanan tidak tercerna, tinja disingkirkan daripada badan melalui dubur. 5. Haiwan mengumuh dan menyahtinja. Haiwan mengumuh untuk menyingkirkan hasil perkumuhan dan menyahtinja untuk menyingkirkan makanan tidak tercerna daripada badannya. 6. Haiwan berlainan akan mengumuhkan hasil perkumuhan dalam cara berlainan. Contohnya, ikan menyingkirkan hasil perkumuhan seperti karbon dioksida melalui insang. Monyet mengumuhkan hasil perkumuhan seperti karbon dioksida melalui peparu. 7. Perkumuhan dan penyahtinjaan adalah proses hidup penting untuk mengekalkan kesihatan badan. 8. Hasil perkumuhan dalah sebatian beracun. Sebatian ini boleh memudaratkan sel- sel badan jika ia tidak disingkirkan daripada badan. Tinja perlu disingkirkan untuk mengekalkan kesihatan badan. 6.2STRUKTUR PERNAFASAN HAIWAN 1. Haiwan bernafas untuk hidup. 2. Haiwan bernafas menggunakan struktur pernafasannya. 3. Gambar-gambar yang berikut menunjukkan struktur pernafasan haiwan tertentu. 4. Struktur pernafasan untuk haiwan berlainan jenis adalah berbeza. Struktur pernafasan haiwan.

Transcript of PROSES HIDUP HAIWAN

Page 1: PROSES HIDUP HAIWAN

labah-labahburung katakbelalangikan monyet

PROSES HIDUP HAIWAN

6.1 PERKUMUHAN DAN PENYAHTINJAAN DALAM HAIWAN

1. Perkumuhan ialah proses hidup untuk menyingkirkan hasil pembuangan daripada badan kita melalui organ perkumuhan.

2. Hasil pembuangan yang disingkirkan daripada badan dikenal sebagai hasil perkumuhan.

3. Hasil perkumuhan haiwan adalah karbon dioksida, wap air, dan air kencing.4. Penyahtinjaan ialah proses hidup di mana makanan tidak tercerna, tinja

disingkirkan daripada badan melalui dubur. 5. Haiwan mengumuh dan menyahtinja. Haiwan mengumuh untuk menyingkirkan

hasil perkumuhan dan menyahtinja untuk menyingkirkan makanan tidak tercerna daripada badannya.

6. Haiwan berlainan akan mengumuhkan hasil perkumuhan dalam cara berlainan. Contohnya, ikan menyingkirkan hasil perkumuhan seperti karbon dioksida melalui insang. Monyet mengumuhkan hasil perkumuhan seperti karbon dioksida melalui peparu.

7. Perkumuhan dan penyahtinjaan adalah proses hidup penting untuk mengekalkan kesihatan badan.

8. Hasil perkumuhan dalah sebatian beracun. Sebatian ini boleh memudaratkan sel-sel badan jika ia tidak disingkirkan daripada badan. Tinja perlu disingkirkan untuk mengekalkan kesihatan badan.

6.2STRUKTUR PERNAFASAN HAIWAN

1. Haiwan bernafas untuk hidup.2. Haiwan bernafas menggunakan struktur pernafasannya.3. Gambar-gambar yang berikut menunjukkan struktur pernafasan haiwan tertentu. 4. Struktur pernafasan untuk haiwan berlainan jenis adalah berbeza.

Struktur pernafasan haiwan.

Page 2: PROSES HIDUP HAIWAN

6.3PEMBIAKAN DALAM HAIWAN1. Haiwan membiak untuk memastikan kemandirian spesiesnya.2. Haiwan berlainan membiak dengan cara yang berbeza.3. Sesetengah haiwan melahirkan anak sementara haiwan lain bertelur.

Anak ayam menetas dari telur.

Zirafah melahirkan anak.

4. Jadual yang berikut menunjukkan sesetengah haiwan dikelaskan kepada dua kumpulan mengikut cara pembiakannya.

Melahirkan anak

Bertelur

MonyetIkan pausLembuBadak sumbuKelawarHarimauSingaKangaruGajahKucing

KatakPenyuIkanCicakUlarBelalangSemutLabah-labahItikBurung

Page 3: PROSES HIDUP HAIWAN

pupadewasa

larva telur

telur

berudu

dewasa

tikus belanda selepas dilahirkan

anak tikus belanda

dewasa

6.4KITAR HIDUP HAIWAN YANG BERBEZA1. Haiwan boleh mempunyai kitar hidup yang berlainan.2. Gambar-gambar yang berikut menunjukkan beberapa contoh kitar hidup haiwan.

Kitar hidup rama-rama.

Kitar hidup katak.

Kitar hidup tikus belanda.

3. Dalam setiap peringkat kitar hidup haiwan yang berlainan, terdapat perubahan saiz dan

rupa bentuk badan. 4. Contohnya, pada setiap peringkat kitar hidup tikus belanda, saiz badan tikus

belanda bertambah dari peringkat anak hingga ke peringkat dewasa.5. Perubahan rupa bentuk berlaku dalam kitar hidup rama-rama. Setiap

peringkat kitar hidup, daripada telur hingga ke peringkat dewasa, perubahan bentuk berlaku dalam pertumbuhannya.