Proses Kelahiran

10
PENGENALAN Kelahiran anak atau bersalin adalah suatu proses pada akhir kehamilan, iaitu janin/fetus keluar dari rahim ibu. Malaysia telah menetapkan peratusan kelahir bayi yang selamat semasa melahirkan anak secara normal adalah yang paling ting Oleh yang demikian, staff-staff perubatan yang membantu dalam proses kelahiran adalah amat penting untuk mengetahui selok-belok anatomi tubuh badan wanita da keadaan ibu mengandung serta keadaan embrio pada ibu. Kebanyakan wanita yang berpotensi hamil adalah sihat. Mereka dijangka dapat mengandung dan bersalin tanpa komplikasi serta melahirkan bayi yang sihat. Apa yang kita sedari bahawa jangka masa bersalin setiap ibu hamil itu adalah berbea-bea. !anita yang ham kali pertama mungkin mengambil masa "# jam untuk bersalin berbanding jangka masa $ jam untuk wanita yang pernah bersalin. %roses kelahiran manusia adalah lebih sukar dan menyakitkan berbanding haiwan. &ni kerana secara relatifnya, b tulang pinggul ibu dan rangka kepala janin yang lebih besar. 'amun, kini terda banyak kaedah untuk mengurangkan rasa sakit sewaktu bersalin. 1

description

semoga bermanfaat utk kita

Transcript of Proses Kelahiran

PENGENALANKelahiran anak atau bersalin adalah suatu proses pada akhir kehamilan, iaitu janin/fetus keluar dari rahim ibu. Malaysia telah menetapkan peratusan kelahiran bayi yang selamat semasa melahirkan anak secara normal adalah yang paling tinggi. Oleh yang demikian, staff-staff perubatan yang membantu dalam proses kelahiran ini adalah amat penting untuk mengetahui selok-belok anatomi tubuh badan wanita dan keadaan ibu mengandung serta keadaan embrio pada ibu. Kebanyakan wanita yang berpotensi hamil adalah sihat. Mereka dijangka dapat mengandung dan bersalin tanpa komplikasi serta melahirkan bayi yang sihat. Apa yang kita sedari bahawa jangka masa bersalin setiap ibu hamil itu adalah berbeza-beza. Wanita yang hamil kali pertama mungkin mengambil masa 13 jam untuk bersalin berbanding jangka masa 8 jam untuk wanita yang pernah bersalin. Proses kelahiran manusia adalah lebih sukar dan menyakitkan berbanding haiwan. Ini kerana secara relatifnya, bentuk tulang pinggul ibu dan rangka kepala janin yang lebih besar. Namun, kini terdapat banyak kaedah untuk mengurangkan rasa sakit sewaktu bersalin.

REKOD KESIHATAN IBU

No. Pendaftaran : HK 000514384No. Kad pengenalan :940727-12-5110Tarikh Lahir :27/07/94 Umur : 21 tahunKumpulan Etnik : Dusun Warganegara : MalaysiaTaraf Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Pekerjaan : Kerani Bank Alamat Rumah : Kg. Kikiran, Keningau.Tarikh Perkahwinan : 31/06/2014

Gravida :01 Pariti :0LMP : 15/07/2014EDD : 08/04/2015

PENYATAAN MASALAHPuan Y berumur 21 tahun dengan nombor pendaftaran HK 000514384 merupakan salah seorang ibu yang mendapatkan pemeriksaan pra-natal di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Apin-apin. Beliau datang ke Hospital Keningau di unit Maternity dengan aduan mengalami kekejangan pada bahagian subrapubic region pada abdomen sebanyak 1:10 selama lebih 25 saat. Selain itu, ibu mengadu pecah air dan sakit sehingga ke belakang. Ibu ialah primigravida.

LITERATURBersalin bermaksud, Suatu proses pengeluaran iaitu hasil konsep yang dapat hidup dari dalam uterus melalui vagina ke dunia luar. (Sarwono, 1999: 180)Suatu proses pengeluaran hasil konsep (janin dan uterus) yang telah cukup bulan atau dapat hidup di luar kandungan melalui jalan lahir atau melalui jalan lain tanpa bantuan (kekuatan sendiri). (Manuaba, 1998: 134)Suatu proses alamiah dimana terjadi dilatasi pada serviks, Lahirnyafetus yang dikenali sebagai newborn babydan pengeluaran plasenta dari rahim ibu. (APN, 2002: -1)Proses pengeluaran fetus yang terjadi apabila kehamilan cukup bulan (37 42 minggu) lahir spontan dengan presentasi belakang kepala yang berlangsung dalam 18 jam, tanpa komplikasi baik pada ibu mahupun pada fetus. (Prawirohardjo, 2001 : 180)Proses membuka dan penipisan pada serviks dan fetus yang akan dikeluarkan dari pintu rahim ibu. Kelahiran adalah proses dimana fetus dan plasenta di dorong keluar melalui pintu rahim. Jadi persalinan dan kelahiran normal adalah proses pengeluaran fetus yang berlaku apabila kehamilan cukup bulan 37-40 minggu. Lahir spontan dengan presentasi belakang kepala yang berlangsung dalam 18 jam tanpa komplikasi baik pada ibu maupun pada janin. (Sarwono, 1999: 1000)

Etiologi Menurut Mochtar (1998:92)Apa yang menyebabkan persalinan belum diketahui benar, yang ada hanyalah merupakan teori-teori yang kompleks antaranya ialah:1.Teori penurunan hormone,1-2 minggu sebelum penghantaran, bermulanya penurunan kadar hormone esterogen dan progesterone. Progesterone bekerja sebagai penerang otot-otot polos rahim yang akan menyebabkan kekejangan pembuluh darah sehingga timbul his bila kadar progesterone turun.2.Teori placenta menjadi tua,Yang menyebabkan turunnya progesterone dan esterogen yang menyebabkan kekejangan pembuluh darah. Hal ini akan dapat menimbulkan kontraksi rahim.3.Teori distensi Rahim,Rahim yang akan membesar dengan merenggang menyebabkan riskemia otot-otot rahim, sehingga mengganggu sirkulasi uterus ke plasenta.4.Teori iritasi mekanik,Tertekannya flexus frankeheuser oleh kepala fetus akan menghasilkan kontraksi pada rahim.5.Induksi penghantaran (induction of labour) penghantaran juga dapat dihasilkan dengan cara,a. Gangguan laminariab. Beberapa laminaria dimasukkan dalam kanalis servikalis dengan tujuan merangsang flexus prankehauserc. Amniotomi : pemecahan ketuband. Oksitosin : pemberian oksitosin menurut titisan per infuse

PERBINCANGANProses kelahiran yang boleh di bahagi kepada 3 peringkat:1. Fasa pertama2. Fasa kedua3. Fasa ketiga

Fasa pertama kelahiran1. Kelahiran bermula dengan mulanya fasa pertama proses kelahiran.2. Rahim akan mengecut setiap 10-30 minit pada mulanya dan pengecutan berlaku untuk jangka masa 40 saat.3. Kadar pengecutan rahim akan meningkat perlahan-lahan setiap 2 minit.4. Setiap kali rahim mengecut, pangkal rahim akan membuka sehingga mencapai 10cm atau (4") lebar.5. Biasanya pangkal rahim diselaputi lapisan mukus yang menolong mencegah jangkitan lapisan tersebut akan dikeluarkan sebelum proses kelahiran bermula (show).6. Ini boleh diikuti dengan pecahnya selaput air ketuban (water bag membrane).Fasa kedua kelahiran1. Bayi / janin dikeluarkan dari rahim melalui vagina. Ianya berlaku apabila otot rahim dan abdomen mengecut dengan kuat.2. Biasanya kepala bayi dilahirkan dahulu.3. Sekiranya bayi berkedudukan songsang bahagian punggungnya akan dikeluarkan dahulu. Dalam keadaan ini kaki bayi terlipat ke atas. Kini, bagi ibu yang kali pertama hamil, selalunya bayi akan dikeluarkan melalui pembedahan "caesarean".4. Selepas dilahirkan, tali pusat bayi yang menghubungkan bayi kepada uri akan dikepit dan dipotong.Fasa ketiga kelahiran1. Fasa ketiga kelahiran berlaku lebih kurang - jam selepas bayi dilahirkan.2. Uri akan dikeluarkan. Uri bersambung kepada bayi melalui tali pusat yang terdiri daripada saluran darah dan tisu kolektif.

PENEMUAN/ PROSEDURPengurusanPengurusan pesakit- :1. Pengambilan tanda-tanda vital, iaitu tekanan darah, suhu badan, kadar nadi, kadar pernafasan, isi padu nadi dan pain score.2. Set up IV line untuk pemberian cecair seperti normal saline untuk menyeimbangkan cecair badan ibu jika ibu mengalami dihidrasi dan sebagai persediaan awal jika berlaku bleeding untuk transfusi darah.3. Menilai keadaan fetus dengan melakukan pemeriksaan jantung bayi menggunakan fetal dopler setiap 2 jam. (jika OS belum terbuka sepenuhnya) Kemudian jika OS sudah mencapai 6-8cm, CTG dipasang untuk menilai keadaan fetus.4. Lakukan Vagina Examination VE untuk memastikan pembukaan os.5. Pemberian oksigen (3L via nasalprong)6. Pemasangan CBD untuk memudahkan pembuangan urine sebelum bayi dikeluarkan.7. Selepas sahaja bayi dilahirkan, pemberian INJ. Syntometrine (untuk ibu yang tidak berisiko) atau INJ Pitocin (untuk ibu yang berisiko) diberi pada fasa ketiga.8. Sebelum toilet and suture dilakukan pesakit telah diberi spray lignocaine untuk mengurangkan rasa sakit.

RUMUSANKesimpulannya, bersalin normal adalah kurang risiko berbanding dengan Lower Segment Cesarian Section (LSCS). Ibu yang tidak mempunyai risiko yang bahaya contohnya tidak mengalami placenta previa, abnormal lie fetus dan sebagainya. Pengawasan dan pengurusan yang betul dan teratur akan mempermudahkan pengeluaran janin. Untuk ibu primigravida, sedikit kesukaran dalam melahirkan anak akan di alami. Namun sesetengah ibu tetap ada yang mengalami kesukaran untuk kelahiran anak kedua dan ketiga.Oleh yang demikian, penjagaan jahitan selepas bersalin adalah amat penting agar tidak berlaku infeksi pada bahagian kemaluan dan luka akan cepat sembuh.

RUJUKANa) http://khikmatulleli.blogspot.com/p/definisi-persalinan.html b) http://bayi-ibu.com/proses-kelahiran-bayi/ c) http://myservik.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=95&Itemid=102 d) http://www.uptodate.com/contents/management-of-normal-labor-and-delivery/abstract/3 e) Cousins LM, Teplick FB, Poeltler DM. Pre-cesarean blood bank orders: a safe and less expensive approach. Obstet Gynecol 1996; 87:912.

9