proses membuat cover buku

10
Langkah 1 Buka file pada perisian adobe photoshop CS2 kemudian tetapkan ukuran tinggi, lebar, dan resolusi bagi layout yang akan dihasilkan. Kemudian klik pada mod warna, tetapkan menjadi RGB 8 bit dan latar belakang bagi layar tetapkan menjadi putih. Klik (CTRL + R) untuk ukuran pada layar.Tarik garisan ke tengah sebanyak dua kali sebagai ‘tulang’ buku Langkah 2 Setelah itu klik (file-> open) untuk muat naik gambar melalui fail data peribadi. Setelah gambar pilihan dimuat naik edit tahap warna pada gambar tersebut. Seterusnya klik image > adjustment > level. Buang latar pada gambar tersebut dengan cara; klik pada tool- > magic wand 1

description

tak perlu susah menggunakan AI, step ni khas untk individu yang berminat menghasilkan kulit buku dengan cara yang mudah.

Transcript of proses membuat cover buku

Page 1: proses membuat cover buku

Langkah 1

Buka file pada perisian adobe photoshop CS2 kemudian tetapkan ukuran tinggi, lebar, dan

resolusi bagi layout yang akan dihasilkan. Kemudian klik pada mod warna, tetapkan menjadi

RGB 8 bit dan latar belakang bagi layar tetapkan menjadi putih. Klik (CTRL + R) untuk ukuran

pada layar.Tarik garisan ke tengah sebanyak dua kali sebagai ‘tulang’ buku

Langkah 2

Setelah itu klik (file-> open) untuk muat naik gambar melalui fail data peribadi. Setelah gambar

pilihan dimuat naik edit tahap warna pada gambar tersebut. Seterusnya klik image > adjustment

> level. Buang latar pada gambar tersebut dengan cara; klik pada tool-> magic wand tools-> klik

kawasan yang hendak dibuang. Setelah itu klik dua kali pada layer background > entre > delete.

1

Page 2: proses membuat cover buku

Langkah 3Muat naik gambar untuk latar melalui fail data di dalam komputer anda. Edit tahap warna pada

gambar tersebut seperti proses sebelumnya. Klik pada tool > eye dropper tool untuk ambil warna

pada gambar sedia ada. Klik pada latar kosong kemudian klik pada paint bucket tools kemudian

klik pada latar kosong tadi.

Langkah 4

Tarik gambar kayu tersebut, kemudian selaraskan saiznya dengan klik CTRL+T. Pastikan

gambar kayu tersebut tidak menutupi kesemua latar. Kemudian tarik gambar gadis yang sudah

dibuang latarnya dan selaraskan saiznya supaya gambar tersebut berada tepat di bahagian tulang

kulit buku.

2

Page 3: proses membuat cover buku

Langkah 5

Klik pada tool > eraser. Pastikan saiz pemadam ialah 75 supaya tidak merosakkan gambar. Pilih

pemadam yang kabur dan tetapkan kadar 85 peratus supaya gambar yang hendak di edit dapat

efek yang menarik.

Langkah 6

Klik pada ikon berus > load brushes. Setelah itu pilih efek berus yang sudah di muat turun dan

pilih efek asap. Klik pada

gmbar

menggunakan eye dropper

tool utk

mendapatkan warna yang

sama dengan gambar

3

Page 4: proses membuat cover buku

Langkah 7

Berikutnya, pelbagaikan efek pada gambar dengan menggunakan berus yang berlainan motif

seperti flora atau percikan air seperti contoh di bawah.

Langkah 8

Seterusnya klik pada ikon

berbentuk T pada tools dan

pilih jenis tulisan yang

diminati. Setelah itu klik

4

Page 5: proses membuat cover buku

blending option > outer glow untuk memberi kesan cahaya pada tulisan. Saiz tulisan boleh di

ubah dengan menetapkan saiznya atau klik pada edit> transform

Langkah 9

Klik pada file > open muat naik logo yang sudah tersedia ada di dalam data komputer anda.

Buang latar logo terlebih dahulu dengan klik dua kli pada latar belakang asal >entre> delete.

Tarik gambar tersebut pada gambar utama.

Langkah 10

Muat turun nombor siri buku melalui internet dan letakkan pada bahagian belakang buku. Logo

pula perlu berada pada bahagian depan, tengah, dan belakang buku.

5

Page 6: proses membuat cover buku

Langkah 11

Klik pada berus dan pilih warna oren. Tetapkan kepekatan warna tersebut dengan selaraskan

peratus opacity kepada 75 peratus. Lukis bentuk segi empat sama.

Langkah 12

Taip sinopsis atau petikan ayat pada bahagian belakang kulit buku dengan bentuk tulisan yang

dikehendaki. Bentuk segi empat sama tersebut boleh dikemaskan lagi dengan menggunakan

pemadam yang bersaiz 75 dan kabur.

6

Page 7: proses membuat cover buku

Langkah 13

Klik rectangle marquee tools kemudian buat segi empat tepat bersesuaian dengan saiz ukuran

tulang buku. Pilih warna yang sama dengan latar kulit buku dengan menggunakan eye dropper

tool dan klik warna tersebut pada bahagian tulang buku dengan menggunakan paint bucket tools.

Pastikan opacity warna tersebut 57 peratus atau lebih rendah.

Langkah 14Langkah terakhir ialah

klik pada ikon T dan

7

Page 8: proses membuat cover buku

taip nama pada bahagian bawah kulit buku. Tulisan pada bahagian tulang buku tidak perlu klik

horizontal kerana kedudukannya boleh diselaraskan iaitu dengan cara klik CTRL dan tahan

sehingga dapat kedudukan yang sesuai dengan tulang buku. klik layer > merge down untuk

menggabungkan semua layer. Klik file> save as> JPEG atau PNG.

8