proses menanda

24
Proses Menanda, Memotong dan Memegang X PENGENALAN Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan dengan jenis-jenis alat menanda yang akan digunakan dalam bengkel kejuruteraan mekanikal. Anda juga akan mempelajari tentang proses menanda benda kerja dengan menggunakan peralatan menanda. Selain daripada itu, dalam topik ini anda juga diperkenalkan pelbagai jenis alat pemotong benda kerja dan kegunaan. Proses kerja memotong menggunakan alat tangan adalah sebahagian kerja utama dalam bengkel kejuruteraan. Pada akhir topik ini, anda akan mempelajari tentang cara-cara mengendalikan benda kerja dalam bengkel. T T o o p p i i k k 2 X 2 Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti jenis-jenis alat menanda untuk bengkel kejuruteraan; 2. Menjelaskan proses menanda benda kerja dalam bengkel; 3. Menyenaraikan jenis-jenis alat memotong yang digunakan dalam kerja kejuruteraan; 4. Menyatakan proses pemotongan benda kerja dalam bengkel; dan 5. Mengenal pasti pelbagai jenis alat pemegang benda kerja dan kegunaannya. HASIL PEMBELAJARAN

Transcript of proses menanda

Page 1: proses menanda

Proses Menanda, Memotong dan Memegang

PENGENALAN

Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan dengan jenis-jenis alat menanda yang akan digunakan dalam bengkel kejuruteraan mekanikal. Anda juga akan mempelajari tentang proses menanda benda kerja dengan menggunakan peralatan menanda. Selain daripada itu, dalam topik ini anda juga diperkenalkan pelbagai jenis alat pemotong benda kerja dan kegunaan. Proses kerja memotong menggunakan alat tangan adalah sebahagian kerja utama dalam bengkel kejuruteraan. Pada akhir topik ini, anda akan mempelajari tentang cara-cara mengendalikan benda kerja dalam bengkel.

TTooppiikk

22

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti jenis-jenis alat menanda untuk bengkel kejuruteraan;

2. Menjelaskan proses menanda benda kerja dalam bengkel;

3. Menyenaraikan jenis-jenis alat memotong yang digunakan dalam kerja kejuruteraan;

4. Menyatakan proses pemotongan benda kerja dalam bengkel; dan

5. Mengenal pasti pelbagai jenis alat pemegang benda kerja dan kegunaannya.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: proses menanda

TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

25

KERJA MENANDA DALAM BENGKEL 2.1

Proses menanda ialah suatu yang perlu dilakukan sebelum anda menghasilkan suatu benda kerja/komponen. Proses ini bertujuan untuk membantu anda melakukan kerja seperti memotong, menggerudi dan sebagainya. Oleh itu, berbagai-bagai jenis peralatan menanda akan digunakan untuk menghasilkan kerja yang tepat dalam bengkel.

2.1.1 Alat-alat Menanda

Terdapat berbagai-bagai jenis alat yang digunakan dalam kerja menanda. Alat-alat ini adalah seperti penggarit, tolok permukaan, pembahagi/jangka tolok, jangkarit dan sebagainya. (a) Penggarit

Penggarit ialah sejenis alat untuk melukis garisan pada permukaan benda kerja. Ia kebiasaannya akan digunakan bersama alat yang lain seperti pembaris keluli. Ia diperbuat daripada keluli alat yang dikeraskan dan dibaja. Rajah 2.1 menunjukkan sebuah penggarit yang biasa digunakan dalam bengkel.

Rajah 2.1: Penggarit

(b) Pembahagi/Jangka Tolok

Pembahagi/jangka tolok biasanya digunakan untuk menanda bahagian-bahagian dalam benda kerja. Ia juga boleh digunakan untuk melukis bulatan atau lengkuk pada benda kerja. Kadangkala pembahagi akan digunakan untuk mengukur dan menguji jarak. Rajah 2.2 menunjukkan sebuah tolok/pembahagi yang biasa digunakan dalam bengkel. Rajah 2.3 pula menunjukkan kaedah menggunakan pembahagi/jangka tolok untuk melukis bulatan.

Page 3: proses menanda

26 TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

Rajah 2.2 : Pembahagi/jangka tolok

Rajah 2.3: Melukis bulatan dengan pembahagi/jangka tolok

(c) Jangkarit

Jika bulatan atau lengkuk saiznya terlalu besar dan tidak boleh dilukis dengan menggunakan pembahagi, sebuah jangkarit akan digunakan untuk tujuan ini. Jangkarit terdiri daripada sebatang rusuk yang lurus dan panjang. Dua kepala penggarit boleh digerakkan pada batang rusuk memegang matanya. Rajah 2.4 menunjukkan sebuah jangkarit. Rajah 2.5 pula menunjukkan kaedah melukis bulatan dengan menggunakan jangkarit.

Page 4: proses menanda

TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

27

Rajah 2.4: Jangkarit

Rajah 2.5: Melukis bulatan dengan jangkarit

(d) Angkup Jenny/Angkup Hermophrodite

Angkup Jenny atau angkup Hermophrodite mempunyai satu kaki berbentuk angkup dan satu lagi kaki berbentuk jangka lukis (lihat Rajah 2.6). Tujuan alat ini adalah untuk melukis garisan selari dengan tepi benda kerja. Rajah 2.7 menunjukkan bagaimana menggunakan angkup Jenny untuk melukis garisan selari.

Rajah 2.6: Angkup Jenny/angkup Hermophrodite

Page 5: proses menanda

28 TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

Rajah 2.7: Melukis garisan selari dangan angkup Jenny

(e) Tolok Permukaan

Tolok permukaan (lihat Rajah 2.8) mempunyai gabungan beberapa bahagian iaitu penggarit, spindel, tapak dan skru pelaras. Kegunaan utama tolok permukaan ialah menanda garisan selari pada ketinggian tertentu seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.9.

Rajah 2.8: Tolok permukaan

Page 6: proses menanda

TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

29

Rajah 2.9: Menanda garisan selari dengan tolok permukaan

(f) Tolok Tinggi Vernier

Tolok tinggi vernier ialah sejenis alat menanda yang tepat (lihat Rajah 2.10). Alat ini digunakan untuk menanda jarak yang menegak seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.11.

Rajah 2.10: Tolok tinggi Vernier

Rajah 2.11: Menanda jarak tinggi dengan tolok tinggi Vernier

Page 7: proses menanda

30 TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

(g) Jangka Sudut Jangka sudut digunakan untuk menanda sudut. Ia juga boleh digunakan untuk menguji bahagian yang bersudut pada benda kerja. Rajah 2.12 menunjukkan sebuah jangka sudut berbentuk separuh bulatan dan mempunyai skala antara 00 hingga 1800.

Rajah 2.12: Jangka sudut

(h) Set Sesiku (Sesiku Bergabung)

Dalam sebuah Set sesiku bergabung (lihat Rajah 2.13) ia mempunyai beberapa bahagian seperti berikut:

(i) Pembaris keluli Mempunyai skala dan bahagian belakang serta mempunyai lurah membolehkan bahagian kepala berkesot.

(ii) Kepala sesiku Mempunyai sudut tepat 900 dan 450. Bersama dengan pembaris keluli ia boleh digunakan untuk menanda garisan selari atau garisan yang bersudut tepat dengan tepi.

(iii) Kepala jangka sudut Kepala jangka sudut disenggatkan kepada 00 hingga 1800 dan 900 sebelah menyebelah. Kepala jangka sudut membolehkan pembaris keluli disetkan kepada sebarang sudut yang dikehendaki.

(iv) Kepala pusat Ia digunakan untuk menanda pusat benda kerja yang bulat.

Page 8: proses menanda

TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

31

Rajah 2.13: Set sesiku bergabung

SEMAK KENDIRI 2.1

1. Nyatakan empat jenis alat penanda dalam bengkel.

2. Berikan satu fungsi bagi setiap jenis alat penanda tersebut.

2.1.2 Proses Kerja Menanda

Kerja menanda merupakan satu proses yang penting dalam bengkel untuk menghasilkan benda kerja yang jitu. Ia memerlukan rancangan yang betul dan persediaan yang lengkap dari segi peralatan. Sebelum anda memulakan kerja menanda, anda perlu membaca kerja lukisan dengan teliti seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.14. Kemudian anda boleh mula menyediakan bahan yang diperlukan.  

 Rajah 2.14: Contoh kerja lukisan menanda

Page 9: proses menanda

32 TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

Langkah untuk menanda diterangkan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Langkah-langkah Menanda

Langkah-langkah Lakaran

Langkah 1 Menentukan dan melukis garisan tapak

Langkah 2 Menentukan semua pusat lubang dan lengkuk

Langkah 3 Lukiskan semua lubang dan lengkuk

Langkah 4 Melukis garisan yang condong/bersudut

Langkah 5 Lukiskan garisan-garisan lain

Langkah 6 Kerja menanda sudah dihasilkan.

Page 10: proses menanda

TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

33

SEMAK KENDIRI 2.2

Apakah jenis-jenis peralatan yang diperlukan untuk menandakan benda kerja seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.13? Bincangkan.

KERJA MEMOTONG 2.2

Kerja memotong merupakan satu proses penghasilan benda kerja dalam bengkel. Proses memotong ini termasuk mengikir, menggergaji dan memahat. Alat-alat utama yang akan digunakan dalam kerja memotong ialah kikir, pahat dan gergaji besi.

2.2.1 Kikir

Kikir merupakan alat pemotong yang diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi dan ia dikeraskan dengan tindakan haba. Kikir dibuat mengikut bentuk dan saiz. Kegunaan utama kikir ialah untuk menipis, memotong dan melicinkan permukaan benda kerja. (a) Bahagian-bahagian Kikir

Rajah 2.15 menunjukkan bahagian-bahagian sebuah kikir.

Rajah 2.15: Bahagian-bahagian kikir

(b) Pengelasan kikir

Kikir boleh dikelaskan mengikut beberapa cara seperti berikut:

(i) Panjang diukur dari hujung hingga ke bahunya.

(ii) Bentuk bentuk kikir ialah segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga tirus, bulat dan separuh bulat. Rajah 2.16 menunjukkan bentuk kikir.

Page 11: proses menanda

34 TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

Rajah 2.16: Bentuk kikir

(iii) Jenis-jenis gigi kikir (lihat Rajah 2.17):

Gigi selari untuk kerja penyudahan.

Gigi bersilang untuk kerja am.

Gigi lengkung untuk mengikir logam yang lembut.

Gigi parut untuk mengikir bahan yang lembut seperti timah, kayu.

Rajah 2.17: Jenis-jenis gigi kikir

(c) Jenis-jenis Kikir

Untuk menghasilkan kerja yang tepat, cepat dan permukaan yang licin, terdapat berbagai-bagai jenis kikir digunakan dalam bengkel kejuruteraan seperti berikut:

(i) Kikir pipih kasar untuk kerja am.

(ii) Kikir pipih halus untuk kerja penyudahan.

Page 12: proses menanda

TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

35

(iii) Kikir belah rotan untuk menyudahkan bahagian-bahagian yang

sudah siap.

(iv) Kikir bulat untuk membesarkan lubang bulat atau mengikir bahagian yang melengkung.

(v) Kikir segi empat sama untuk membesarkan lubang yang berbentuk segi empat sama atau sudut tegak.

(vi) Kikir segi tiga untuk mengikir sudut yang tajam. Rajah 2.18 di bawah menunjukkan pemilihan kikir untuk jenis kerja tertentu.

Rajah 2.18: Pemilihan kikir untuk kerja tertentu

SEMAK KENDIRI 2.3

1. Senaraikan empat jenis jenis gigi potongan kikir.

2. Nyatakan jenis-jenis kikir dan kegunaannya.

(d) Gaya Mengikir

Cara dan gaya memegang kikir bergantung kepada kerja yang diperlukan. Rajah 2.19 menunjukkan cara dan gaya memegang kikir untuk kerja tertentu.

Page 13: proses menanda

36 TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

Mengikir biasa untuk kerja am

Mengikir kasar/berat untuk membuang logam yang banyak daripada benda kerja.

Mengikir jitu untuk kerja yang jitu Mengikir rata - Untuk mengikir permukaan yang rata

Mengikir tarik untuk kerja penyudahan

Rajah 2.19: Gaya/cara memegang kikir

Page 14: proses menanda

TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

37

(e) Penjagaan dan penyenggaraan kikir

(i) Sebelum kikir digunakan, pastikan kikir itu dipasang dengan hulu yang baik dan sesuai seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.20.

Rajah 2.20: Hulu kikir

(ii) Selepas kikir digunakan, ia mesti dibersihkan dengan menggunakan berus kikir (lihat Rajah 2.21).

Rajah 2.21: Berus kikir

(iii) Kikir hendaklah disimpan dengan cara menggantung seperti cara yang ditunjukkan dalam Rajah 2.22.

Rajah 2.22: Cara menyimpan kikir

2.2.2 Pahat

Pahat juga merupakan sejenis alat tangan memotong. Ia diperbuat daripada keluli yang bermutu tinggi dan dibajakan. Pahat merupakan sejenis alat yang digunakan untuk menatal, memotong dan membuang logam. Ia digunakan bersama dengan tukul. Rajah 2.23 menunjukkan sebuah pahat dengan menunjukkan bahagian-bahagian utamanya.

Page 15: proses menanda

38 TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

Rajah 2.23: Bahagian-bahagian pahat

(a) Jenis-jenis pahat

Terdapat empat jenis pahat yang biasa digunakan dalam bengkel kejuruteraan untuk kerja memotong benda kerja. Rajah 2.24 menunjukkan jenis-jenis pahat yang biasa digunakan.

Rajah 2.24: Jenis-jenis pahat

(i) Pahat mata rata

Digunakan untuk kerja am. Saiz pahat ialah 25mm lebar dan 200mm panjang. Sudut pemotong bergantung kepada jenis dan kekerasan bahan. Cara menggunakan pahat ditunjukkan pada Rajah 2.25. (A) kedudukan pahat pada permulaan memotong. (B) kekalkan pemotongan pada dalam tertentu. (C) jika sudut pemotongan semakin kecil akan menyebabkan pahat itu terkeluar daripada memotong.

Page 16: proses menanda

TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

39

Rajah 2.25: Cara menggunakan pahat rata

(ii) Pahat mata melintang Pahat mata melintang digunakan untuk membuangkan kepala rivet dan juga digunakan untuk memotong alur/alur kunci seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.26.

Rajah 2.26: Kegunaan pahat mata melintang

Page 17: proses menanda

40 TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

(iii) Pahat mata bulat untuk memotong alur minyak dan membetulkan bahagian penjuru yang berbentuk bulat.

(iv) Pahat mata bentuk intan memotong penjuru yang tajam dan membetulkan kedudukan lubang telah teranjak dari pusatnya semasa menggerudi.

(b) Saiz pahat ditentukan oleh lebar mata gigi (c) Sudut pemotongan

Permukaan yang membentuk mata pemotongan pahat dikenali sebagai facet. Pahat mata rata dan pahat mata melintang mempunyai dua facet. Pahat mata bulat dan pahat mata bentuk intan hanya mempunyai satu facet. Bagi tujuan memahat, sudut pemotongan bagi pahat mata rata dan melintang adalah 600 jika memotong keluli, 700 jika memahat besi tuang, 400 hingga 500 jika memahat logam yang lembut seperti aluminium dan tembaga. Dengan kata lain, sudut pemotongan pahat adalah antara 400 hingga 700 bergantung kepada jenis logam yang dipotong.

(d) Keselamatan menggunakan pahat

(i) Kepala pahat adalah lembut dan setelah digunakan akan menjadi seperti kepala cendawan (lihat Rajah 2.27). Bahagian kepala cendawan yang terbentuk perlu dicanai bagi mengelakkan kecederaan semasa menggunakan pahat.

(ii) Semasa memahat, pegang pahat itu hampir pada kepalanya dan hendaklah melihat pada bahagian yang hendak dipotong.

(iii) Gunakan cermin mata untuk keselamatan.

(iv) Pastikan tiada rakan anda berdekatan semasa memahat bahan kerja.

Rajah 2.27: Kepala cendawan pahat

Page 18: proses menanda

TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

41

SEMAK KENDIRI 2.4

1. Namakan empat jenis pahat.

2. Berikan dua langkah keselamatan semasa menggunakan pahat.

3. Bagaimanakah bahagian saiz pahat ditentukan?

2.2.3 Gergaji Besi

Gergaji besi ialah sejenis alat pemotong logam. Ia digunakan untuk memotong logam kepada saiz tertentu dan juga bahagian-bahagian logam yang merupakan lebihan daripada bahagian yang ditanda. Rajah 2.28 menunjukkan sebuah gergaji besi.

Rajah 2.28: Gergaji besi

Sebuah gergaji besi mempunyai empat bahagian seperti berikut:

(i) Bingkai untuk memegang bilah gergaji supaya tegang dan tidak terpiuh atau terkilas.

(ii) Hulu untuk dipegang oleh tangan bagi mengawal pergerakan gergaji.

(iii) Nat pelaras diguna untuk menegang dan mengendurkan bilah gergaji.

(iv) Bilah mata pemotong yang dipasang pada bingkai.

(a) Pemilihan Bilah Gergaji Pemilihan bilah gergaji adalah penting sebelum memulakan kerja. Bahan yang digunakan untuk membuat bilah gergaji ialah keluli berkarbon tinggi atau keluli tahan lasak. Bilah gergaji dikelaskan mengikut saiz/panjang, bilangan gigi dalam seinci dan bahan. Terdapat pelbagai jenis saiz/panjang gergaji. Antaranya ialah 8 inci, 10 inci dan 12 inci. Ia diukur antara jarak dua lubang cemat. Jadual 2.2

Page 19: proses menanda

42 TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

menunjukkan bilangan gigi seinci dan bahan-bahan yang sesuai dipotong.

Jadual 2.2: Bilangan Gigi Bilah Gergaji dan Penggunaan

Bilangan gigi seinci Bahan yang sesuai dipotong

14 Keluli lembut, aluminium, loyang, gangsa, aloi kuprum,

18 Kelui alat, aluminium, aloi kuprum yang tebalnya antara 6mm 25mm, besi sudut

24 Logam yang tebal antara 1.5mm hingga 6mm, besi paip, besi sudut yang lembut

32 Logam yang nipis atau kurang daripada 1.5mm, tiub nipis dan besi sudut yang nipis.

(b) Bentuk dan Kuak Gigi Gergaji

Gigi gergaji dikuakkan ke kiri dan ke kanan untuk mengelakkan bilah gergaji daripada melekat semasa menggergaji. Terdapat tiga jenis bentuk kuak bilah gergaji seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.29.

Rajah 2.29: Jenis kuak bilah gergaji

(c) Cara Menggergaji

(i) Pemasangan bilah gergaji mestilah menuju ke arah hadapan pemotongan.

(ii) Benda kerja hendaklah dicantum dengan cara yang betul seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.30.

Page 20: proses menanda

TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

43

Rajah 2.30: Kedudukan bilah semasa menggunakan gergaji

2.2.4 Membenang

Membenang ialah satu proses untuk menghasilkan ulir skru. Ulir skru yang dihasilkan adalah untuk kerja-kerja penyambungan dan pemasangan komponen. Terdapat dua jenis kerja membenang iaitu membenang dalam dan membenang luar. (a) Membenang dalam

Kerja membenang dalam akan menggunakan tiga jenis pembenang dalam yang mempunyai fungsi berlainan (lihat Rajah 2.31). Sebuah perengkuh akan digunakan untuk memegang set pembenang dalam itu (lihat Rajah 2.32).

Rajah 2.31: Set Pembenang Dalam

Page 21: proses menanda

44 TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

Rajah 2.32: Perengkuh Pembenang Dalam

(i) Tirus digunakan semasa permulaan.

(ii) Palam digunakan selepas pembenang dalam tirus.

(iii) Pengalasan digunakan pada peringkat akhir dan untuk membenang dalam lubang bantu.

Semasa melakukan kerja membenang dalam, anda perlu mengambil kira tentang saiz gerudi yang diguna. Saiz gerudi yang dipilih adalah lebih kecil daripada saiz pembenang dalam. Tujuan pemilihan saiz gerudi ialah untuk menghasilkan lubang benang yang tepat. Cara pengiraan saiz gerudi adalah seperti berikut:

Saiz gerudi = Garis pusat ulir Pic ulir

Setiap set pembenang akan ditanda tentang saiz ulir, contohnya benang Matrik:

M5 X 0.8 M5 bermaksud garis pusat ulir, manakala 0.8 ialah pic ulir Saiz gerudi yang sesuai untuk ulir M5 ialah: Saiz gerudi = 5.0 0.8 = 4.2mm

Page 22: proses menanda

TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

45

(b) Membenang luar

Pembenang luar digunakan untuk membenang bahan logam berbentuk rod. Rajah 2.33 menunjukkan jenis-jenis pembenang luar yang lazim digunakan.

Rajah 2.33: Pembenang luar

Jenis padu digunakan untuk memotong dan membaiki ulir yang rosak. Jenis belah pula untuk membuat benang yang baru.

CARA-CARA MEMEGANG BENDA KERJA 2.3

Cara memegang benda kerja adalah penting dalam kerja bengkel kerana ia boleh memudahkan kerja kita. Dalam bengkel mesin, terdapat beberapa cara yang digunakan untuk memegang benda kerja seperti ragum dan pengapit. (a) Ragum Meja

Ragum ialah alat untuk memegang benda kerja dengan teguh ketika kerja dijalankan. Ragum yang biasa digunakan dalam bengkel ialah ragum meja (lihat Rajah 2.34). Ia diperbuat daripada besi tuang.

Rajah 2.34: Ragum meja

(b) Ragum Tangan

Ragum tangan (lihat Rajah 2.35) digunakan untuk memegang benda kerja yang kecil yang dipegang dengan tangan.

Page 23: proses menanda

46 TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

Rajah 2.35: Ragum tangan

(c) Pengapit G dan Pengapit Selari

Kedua-dua jenis pengapit G dan pengapit selari digunakan untuk memegang benda kerja yang kecil. Rajah 2.36 menunjukkan pengapit G yang sering digunakan.

Rajah 2.36: Pengapit G

Dalam bengkel mesin, kerja menanda adalah satu proses yang penting untuk

menghasilkan kerja yang jitu.

Proses memotong dalam kerja bengkel mesin melibatkan kerja mengikir, menggergaji dan memahat.

Ragum dan pengapit merupakan dua cara yang biasa digunakan untuk memegang benda kerja.

Page 24: proses menanda

TOPIK 2 PROSES MENANDA, MEMOTONG DAN MEMEGANG

47

Gergaji besi

Jangka sudut

Kikir Pahat

Pembenang dalam

Pembenang luar

Penggarit

Set sesiku bergabung

Tolok permukaan

Tolok Tinggi Vernier

Chapman, W.A.J. (1972). Workshop technology (5th ed.). London: ELBS.

Lascoe, O.D, Nelson, C.A & Porter, H.W. (1976). Machine shop operation & setup (5th ed.). Chicago: America Technical Society.

Walker, J.R. (1981). Modern metal working. USA: Goodheart-Willcox.