Proses menterjemah

15
OLEH: Ahmad Zaidi Bin Baharudin OLEH: Ahmad Zaidi Bin Baharudin (A144990) (A144990) Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam, UKM Fakulti Pengajian Islam, UKM

Transcript of Proses menterjemah

Page 1: Proses menterjemah

OLEH: Ahmad Zaidi Bin BaharudinOLEH: Ahmad Zaidi Bin Baharudin(A144990)(A144990)

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun IslamJabatan Pengajian Arab dan Tamadun IslamFakulti Pengajian Islam, UKMFakulti Pengajian Islam, UKM

Page 2: Proses menterjemah
Page 3: Proses menterjemah

MENYUNTING

TEKS SASARAN

Page 4: Proses menterjemah

Secara umumnya, terjemahan bermaksud untuk menterjemah makna, teks sumber dan bukannya meterjemah bentuk bahasa teks sumber ke dalam bahasa sasaran. Maka penterjemah perlu fokus kepada makna. Proses penterjemahan dimulakan dengan pentafsiran makna dan diakhiri dengan pengalihan makna ini ke dalam bahasa sasaran. Secara terperinci lagi, proses penterjemahan akan melalui peringkat seperti berikut:

Page 5: Proses menterjemah

1) MENTERJEMAHKAN KATA:

Kata-kata teks sumber perlu ditafsir menurut konteks ayat. Ini kerana kata-kata dalam sesuatu bahasa mungkin mempunyai lebih daripada satu makna (polisemi). Selepas mengenal pasti makna kata-kata teks sumber, maka penterjemah perlu mencari kata bahasa sasaran yang sepadan dengan makna kata itu. Kata yang dicarikan perlu mempunyai makna terdekat dengan istilah yang diterjemahkan.

Satu masalah umum yang sentiasa dihadapai oleh penterjemah ialah tiada kata-kata bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber. Keadaan ini akan timbul apabila sesuatu konsep itu tidak pernah ada dalam budaya bahasa sasaran. Maka, masalah ini dapat diselesaikan melalu cara di bawah:

1.Memadankan perkataan bahasa sumber dengan serangkai kata bahasa sasaran.2.Memadankan perkataan bahasa sumber dengan perkataan ciptaan penterjemah.3.Mengambil terus perkataan bahasa sumber ke dalam teks terjemahan dengan mengubahsuai sebutan/ejaannya menurut ciri-ciri fonologi bahasa sasaran.

Page 6: Proses menterjemah

2) MENTERJEMAHKAN UNGKAPAN:

Dalam menafsir makna teks sumber, penterjemah juga

perlu mentafsir makna pada peringkat ungkapan, yakni peringkat

frasa. Ini bermaksud penterjemah akan menerjemah satu frasa

demi satu frasa. Ini adalah kerana ungkapan ini mungkin akan

membawa maksud kiasan dan dengan itu kita tidak boleh menafsir

makna ungkapan berkenaan berdasarkan makna kata-kata yang

membentuknya. Contohnya, ungkapan "panjang tangan" tidak

boleh diterjemahkan sebegai "long handed", kerana dalam bahasa

Melayu "panjang tangan" membawa makna kiasan "suka mencuri".

Page 7: Proses menterjemah

3) MENTERJEMAHKAN AYAT:

Dalam menterjemahkan ayat, unsur makna dalam ayat teks asal boleh dipindahkan ke dalam sebuah ayat bahasa sasaran, ataupun ke dalam beberapa ayat bahasa sasaran. Ini bermaksud satu ayat daripada teks asal tidak semestinya dipadankan dengan satu ayat teks sasaran; tetapi boleh dipadankan dengan beberapa ayat teks sasaran.

Tindakan satu kepada banyak dalam penerjemahan adalah supaya ayat yang dihasilkan daripada penerjemahan tidak terlalu panjang dan bertele-tele sehingga menyusahkan pemahaman para pembaca. Dalam keadaan tertentu, ayat dalam teks asal mungkin terlalu panjang dan sekiranya diterjemahan terus ke dalam satu ayat akan menghasilkan kesan yang buruk.

Page 8: Proses menterjemah

4) MENTERJEMAHKAN WACANA

Pada tanggapan umum, penterjemah wacana adalah himpunan daripada tindakan menterjemah perkataan, menterjemah ungkapan dan juga menterjemah ayat. Bagi penterjemahan yang baik, wacana seharusnya dijadikan fokus utama dalam penterjemahan. Penterjemahan wacana boleh dikaitkan dengan konsep "tiruan".

Page 9: Proses menterjemah

Proses berlaku dalam fikiran penterjemah. Melibatkan pencarian makna: kotak memori / kamus. Makna:

1. Perkataan2. Ayat3. Seluruh wacana

Pelbagai ciri istimewa bahasa sumber: Idiom / Peribahasa

PROSES ANALISIS

Page 10: Proses menterjemah

Paling penting dalam proses penterjemahan. Perlu mencari padanan terjemah yang sesuai /

sepadan / sejadi. Proses batin: berlaku dalam fikiran penterjemah. Dipindahkan ke bentuk bahasa sasaran. Ada kalanya berlaku sedikit pemincangan makna dan

konotasi.

PROSES PEMINDAHAN

Page 11: Proses menterjemah

Teks perlu distruktur semula mengikut struktur bahasa

sasaran. Gaya memainkan peranan penting. Gaya bahasa yang digunakan hendaklah memudahkan

pembaca memahami teks terjemahan itu dengan mudah.

Struktur ayat hendaklah mudah dan ringkas. Ayat hendaklah jelas. Tanda baca perlu digunakan dengan betul / baik.

MENSTRUKTUR SEMULA

Page 12: Proses menterjemah

Boleh dilakukan sendiri. Penterjemah bersemuka dengan pakar bidang. Baca teks dengan suara lantang, secara bersemuka

dengan orang lain. Periksa dari segi ketepatan terjemah. Tugas yang sukar.

PROSES MEMERIKSA

Page 13: Proses menterjemah

Tugas pemeriksa dan penyemak kerap kali bertindan. Teks terjemahan dianggap sebuah teks yang berdiri

sendiri. Satu cara untuk menyesuaikan teks terjemahan dengan

kehendak pembaca sasaran.

MENYEMAK

Page 14: Proses menterjemah

Bukan sebahagian daripada proses terjemahan

sebenarnya, tetapi ia penting. Teks perlu disunting bagi:

1. Membuang bahan yang tidak perlu.2. Menwujudkan gaya yang seragam sekiranya teks

itu diterjemahkan oleh ramai orang.

MENYUNTING

Page 15: Proses menterjemah

Semua proses perlu difahami dengan baik agar tugas-

tugas penterjemahan dapat dilakukan dengan sempurna dan berkesan.

Memeriksa, menyemak, dan menyunting ibarat penjamin kualiti bagi faedah dan kegunaan pembaca sasaran.

KESIMPULAN