Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

17
PROSES PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DALAM BAHASA MELAYU OLEH: DR. HJ. MORSIDI HJ MUHAMMAD

Transcript of Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

Page 1: Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

PROSES PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU DALAM BAHASA MELAYU

OLEH:DR. HJ. MORSIDI HJ MUHAMMAD

Page 2: Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

• Dalam pembentukan kata baharu sesuatu bahasa, akan berlaku proses pengayaan yang melibatkan bidang-bidang bunyi bahasa (fonologi), pembentukan kata (morfologi) dan perbendaharaan kata (leksikon)

• Dari segi bunyi bahasa: akibat pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris maka bahasa melayu mengalami proses peminjaman bunyi-bunyi bahasa daripada bahasa-bahasa tersebut. Bunyi-bunyi bahasa itu dipinjam untuk menampung kemasukan sekian banyak bentuk kata pinjaman untuk memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa melayu. Kini bahasa melayu telah menerima sebanyak lapan konsonan pinjaman.

Page 3: Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

Konsonan asli bahasa Melayu• Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat

atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara melalui rongga mulut atau rongga hidung.

• Berikut adalah keseluruhan huruf/bunyi konsonan:

[p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [ny], [ng], [f], [v], [s], [z], [x], [h], [r], [l], [w], [y]

• Daripada jumlah komsonan di atas, dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli, iaitu:

[p], [b], [t], [d], [k], [g], [c], [j], [m], [n], [ny], [ng], [s], [h], [r], [l], [w], [y]

• Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.

• Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan

Page 4: Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

• Seperti yang telah dihuraikan bahasa Melayu mempunyai 18 fonem konsonan yang dianggap sebagai konsonan asli. Apabila kata-kata asing yang di serap itu mengandungi konsonan selain daripada konsonan di atas, maka konsonan asing itu akan diganti dengan konsonan bahasa Melayu yang paling hampir, sama ada dari segi cara artikulasinya atau pun daerah artikulasinya.

• Antara perubahan konsonan yang berlaku adalah seperti di bawah:

• Bahasa Asing ke Bahasa Melayu:SANSKRIT PORTUGIS ARAB

Vinasa- binasa Festa- pesta Fatwa- petua Ijma’- takrif

Vicara- bicara Varanda- beranda Fasal- pasal Ijtima- ijtimak

Purva- purba Viola- biola La’nah- laknat Ruku’- rukuk

Ni’mah- nikmat

Ta’rif- takrif

Page 5: Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

Unsur Asing (Pinjaman) dalam Bahasa Melayu• Faktor menyebabkan wujud unsur asing dalam Bahasa Melayu.1. Apabila lahir tamadun/ ilmu baru, bahasa Melayu terpaksa meminjam unsur

asing untuk memberikan kefahaman kepada fonemena atau benda baru itu. Contohnya: ketika agama Hindu mula memasuki alam Melayu banyak perkara baru yang berkaitan agama baru itu perlu diperjelaskan, lalu lahirlah pinjaman daripada bahasa sanskrit seperti syurga, neraka dan sembahyang, puasa dan sebagainya. Begitu juga dengan bahasa Arab/Parsi, iaitu pendakwah-pendakwah Arab/Parsi, misalnya perkataan daif (daripada perkataan dhaif), azab (daripada perkataan adzab) dan lain-lain. Kemudian apabila ilmu sains dan teknologi melahirkan benda serta ciptaan baru, Bahasa Melayu perlu meminjam perkataan Bahasa Inggeris seperti komputer dan televisyen.

2. Ada juga perkataan Bahasa Melayu yang tidak menepati maksud bahasa asing, terutamanya bagi perkataan bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Contohnya perkataan radio lebih tepat jika dibandingkan dengan tetuang udara. Juga perkataan riba lebih tepat berbanding bunga.

3. Selain itu, sikap orang Melayu yang suka meniru bahasa asing juga menyebabkan wujud perkataan pinjaman seperti boikot (pulau), daddy dan mummy.

Page 6: Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

Proses pinjaman

1. Proses penyebaran agama menyebabkan banyak bahasa asing mempengaruhi Bahasa Melayu. Dalam konteks ini, unsur sanskrit dan Arab dianggap dominan, terutama dalam bidang agama.

2. Pendidikan juga menyebabkan unsur asing meluas dalam bahasa Melayu, khususnya Inggeris dan Arab. Istilah baru kadangkala di ambil daripada kedua-dua bahasa itu apabila bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan yang benar-benar tepat.

3. Perniagaan dan perdagangan- proses ini sudah berlaku sejak dahulu hingga sekarang. Jika dahulu perkataan sanskrit dan Arab digunakan sebagai ukuran seperti gantang, kati dan dirham digunakan, tetapi ketika ini Inggeris pula berperanan besar seperti kilogram, komoditi dan sebagainya.

4. Penjajahan politik- Dalam konteks ini, selain Inggeris unsur asing yang terdapat akibat penjajahan melibatkan Bahasa Belanda dan Portugis , sekalipun tidak banyak.

Page 7: Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

Pembentukan kata baharu

• Dengan 3 cara:1) Meminjam unsur-unsur imbuhan dalam bahasa asing:, sama ada

imbuhan-imbuhan asing itu diterima secara sepenuhnya (mempertahankan bentuk asalnya) atau diubahsuai mengikut sistem tatabahasa bahasa Melayu.

2) Penggunaan Popular: penciptaan perkataan baharu secara penggunaan popular yang sering digunakan oleh para penulis sama ada untuk siaran dalam media massa (akhbar, majalah, radio, televisyen, dan sebagainya), ataupun dalam tulisan-tulisan kreatif (cerpen, novel dan sajak)

3) Perancangan bahasa yang rasmi: penciptaan perkataan baharu melalui perancangan bahasa yang rasmi. Di Malaysia pada umumnya dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, di Brunei Darussalam dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, dan di Indonesia dilakukan oleh Badan Pengembangan dan pembinaan Bahasa. Selanjutnya ketiga-tiga negara bersepakat menubuhkan Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia.

4) Penyerapan bahasa asing ke dalam bahasa Melayu.

Page 8: Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

1) Meminjam unsur-unsur imbuhan dalam bahasa Melayu

• Tekanan yang kuat untuk menerima unsur asing datang daripada kemajuan sains dan teknologi. Ini memaksa bahasa Melayu mengambil imbuhan asing. Pada masa dahulu, yang dipinjam hanyalah imbuhan daripada bahasa Sanskrit, Jawa dan Arab, tetapi kegunaannya terhad. Bermula 1960-an, peminjaman dilakukan dengan terancang. Imbuhan yang dipinjam berbentuk awalan dan akhiran kata nama

Page 9: Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

(b) Imbuhan kata Sanskrit(i) Awalan• Dwi- (“dua”) dwibahasa, dwifungsi, dwiguna.• Eka- (“satu”) ekabahasa, ekabunyi, ekasuku, ekawarna• Maha- (“agung”, “besar”, “tinggi”) mahaguru, mahasiswa,

mahasiswi• Panca- (“lima”, “bermacam-macam) pancabentuk, pancawarna.• Pasca- (“selepas”) paskamerdeka, pascaperang• Tuna- (“tidak mempunyai”) tunabudaya, tunasusila, tunabusana.• Pra- (“sebelum”) prakata, pramoden, prauniversiti, prasangka.

(ii) Akhiran• -man: budiman, seniman.• -wan: (“memiliki sesuatu, “ahli”) cendiakawan, hartawan,

usahawan.• -wati: (merujuk feminin) perniagawati, seniwati

Page 10: Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

(b) Imbuhan Bahasa Arab• Pinjaman imbuhan daripada bahasa Arab tidak produktif, dan

hanya berbentuk akhiran.

(i) Akhiran • -ah (merujuk perempuan): Sultanah, Ustazah, Siswazah.• -at (merujuk perempuan): hadirat, muslimah.• -lah (“bersifat”): ilmiah, rohaniah, wataniah.• -in (“merujuk lelaki”): hadirin, muslimah.• -wi (“bersifat”): duniawi, manusiawi

(c) Imbuhan Bahasa Jawa• Imbuhan bahasa Jawa tidak produktif. Yang selalu digunakan

hanyalah berupa awalan.

(i) Awalan• Tata- (“peraturan”) : tatabahasa, tatacara, tatasusila, tatatertib

Page 11: Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

(d) Imbuhan Bahasa Inggeris• Imbuhan daripada bahasa Inggeris yang dipinjam oleh bahasa

Melayu meliputi awalan dan akhiran.(i) Awalan• anti- (“melawan”, “menentang”) : anti-Amerika, antibiotik.• pan- (“seluruh”), “genap”): pan-Amerika, pan-Asia.• Pro- (“menyokong”): pro-Amerika, prodemokrasi, pro-Russia• Sub- (“pecahan”, “bawahan”): suprakebangsaan, supranasional,

suprasegmental.• Ultra- (“keterlaluan”, “terlampau”): ultralembayung,

ultramerah, ultraungu

(ii) Akhiran• --is (“ahli”): artis, cerpenis, kartunis, novelis, sosialis.• -isme (“fahaman”, “ideologi”): komunisme, nasionalisme,

sosialisme.

Page 12: Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

(2) Penggunaan Popular:• Perkataan baharu mula-mula diperkenalkan

secara ciptaan sendiri, melalui terjemahan atau secara ambilan keseluruhan. Bentuk-bentuk ini kemudian menjadi popular dan digunakan umum.

• Contoh Berita gempar biro Gencatan senjata Naskhah asalBuang negeri Kempen Sari kata Sidang kemuncaklIbu kota kudupan gram Tajuk beritaKata dua pencen Siaran langsung Tajuk beritaKempen Kenyataan akhbar Sidang akhbar Tajuk kecilPaling tadah Campur tangan Lidah pengarang Perang dinginawda komisen Mata-mata gelap Perang saudaraPencakar langit Derma kilat Meja berita Pilihan raya

Page 13: Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

(3) Perancangan bahasa yang rasmi• DBP Malaysia dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa

Melayu (1993) menjelaskan tentang penggunaan dan perancangan bahasa rasmi:

• i) penggunaan perkataan bahasa Melayu yang lazim digunakan dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilah.

• Contoh: gaya, garis pusat, hasil keluaran, tapak, daya.• ii) penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang kurang lazim digunakan.• Contoh: peka, cerakin, mendap, hablur, jisim.• iii) penggunaan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim

digunakan. • Contoh: dermaga (klasik), kamir (Kelantan), labur (N.Sembilan), gambut

(Banjar), baloi/berbaloi (Brunei)• iv) penggunaan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang sudah tidak

lazim digunakan.• Contoh: dening (Kelantan), riam (Johor), engkabang (Iban), nyeri (Sunda)• Vi) penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain.• Contoh: weltanschauung, in toto, espirit de corp, ad hoc, de facto.

Page 14: Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

(4) Penyerapan bahasa asing ke dalam bahasa melayu.

(i) Penyerapan bahasa Sanskrit ke dalam bahasa Melayu:

(a) Agama dan falsafah:• Syurga, agama, bidadari, dewa, dewi, budi, dewata, puasa, sakti, sengsara.

(b) Bunga dan tumbuh-tumbuhan• Amra, angsara, cempaka, melati.

(c) Istilah Abstrak:• Asmara, bencana, cinta, cedera, dirgahayu, dusta, gembira, guna, jasa, sentosa,

usaha.

(d) Hubungan dan kekeluargaan• Bangsa, belia, dara, isteri, suami, janda, saudari, saudara, seteru

(e) Alam semula jadi:• Angkasa/udara, bumi, bayu, gua, samudera, ombak, suria, cahaya, nyala.

Page 15: Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

(e) Bahagian tubuh badan:• Anggota, bahu, badan, kepala, muka, nadi.

(f) Kenegaraan dan hubungan kekerabatan:• Desa, kota, pengawal, raja, maharaja, permaisuri, putera, puteri,

mulia, menteri

(g) Penyakit:• Salesma, demam, kusta.

(h) Haiwan dan Margusta• Angsa, gajah, ketam, serigala, singa, unta, jelawat.

(i) Perdagangan dan barangan:• arak, gangsa, curiga, bahara, kunci, biaya, warna, berat.

Page 16: Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

(ii) Perkataan Arab yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu.

Antara perkataan Arab yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah:

(a) Bekenaan agama:• Islam, iman, syarat, rukun, sah, anbia, nabi, wali, tauhid, syariat, malaikat, syariah,baligh, rukuk, ajal, haji,

kiblat, fitrah, syaitan, masjid, al-quran dsb.

(b) Berkenaan ilmu:• Ilmu, nahu, syarat, jahit, maktab, kitab, sejarah, riwayat, hisab, tafsir, tasawuf, kamus, fikir, hafaz, loghat,

tarikh, tawarikh, darah, alim, kertas,huruf, baki dsb.

(c) Berkenaan fikiran dan Perasaan• Akal, faham, syak, yakin, nafsu, khusus, yakin, khas, ikhlas, ijtihad, nasib, nasihat, aib, hajat, hawa, ilham,

musibah dsb.

(d) Berkeanaan hukuman dan peraturan• Hukum, hakim, adil, zalim, tertib, wilayah, wakil, wali, kadi, makam, sultan, wakaf, wazir, mansuh, uzur,

daftar dsb.

(e) Adat dan pergaulan manusia:• Kaum, umat, awam, nikah, muhrim, tahniah, layak, syukur, lazat, martabat, watan, mastautin, lazim,

manusia, rezeki, darjat, batin, fitrah.

(f) Benda-benda kejadian dan perbuatan• Haiwan, insan, wajah, sifat, wujud, nahas, maut, roh, kubur, jubah, kubah, dunia, alam, akhirat, rezeki, jati,

ijazah, kuat, jenazah, musafir, darurat, sihat, fitnah, berkat dsb.

Page 17: Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu

(iii) Penyerapan bahasa-bahasa lain:• Inggeris: antara perkataan awal yang meresap masuk ke dalam bahasa

Melayu ialah notis, berek, pensel, gelas, sistem, hotel, tiub, basikal, lesen, bil, lokap, kompas, biskut, setokin, drebar, mesin, telefon, biro dan banyak lagi.

• Belanda: engsel, duit, polisi, kantor, kamar, peleser, permisi, dansa dsb.• Portugis: baldi, bangku, meja, bomba, bendera, kemeja, garpu, kebaya,

paderi, tuala, dadu, mentega, keju, pita, lampu, palsu, beranda, wizurai, gereja, merinyu, lelong, sepatu, almari, nanas, tembakau, tangki, pita dsb.

• Tamil: bapa, kakak, emak (amma), Cuma, macam, pinggan, bagai, bagaimana, segala, cuci, kedai, modal, tirai, cuma, percuma, nelayan dsb.

• Parsi: agar, bakhtiar, banjir, bazar, badam, cap, kolah, nakhoda, syabas, taj, andai, pasar, daftar, khurma, lasykar, pelampung dsb.

• Cina: tauke, tong, tauhu, loteng, laici, kuli, cap, majnun, cawan, taugeh, cat, sampan, kongsi, ping pong, taufan, mi, buhun, kue tiaw, pau, kueh dsb.