Proses Penghasilan Air Kencing
description
Transcript of Proses Penghasilan Air Kencing
P r o s e s
P e n g h a s i l a n
A i r
K e n c i n g
P E N G E N A L A N
• Salah satu fungsi ginjal adalah membantu dalam penghasilan
air kencing dan dengan penghasilan air kencing ini, ia dapat
membuang bahan- bahan kumuh yang ada dalam tubuh
badan manusia seperti urea, pigmen, kreatin yang tidak
diperlukan melalui pengeluaran air kencing. Pengeluaran air
kencing ada 3 proses iaitu:
S a m b …
a)Proses penapisanb)Proses penyerapanc)Proses rembesan
Samb…
• Untuk pengetahuan anda, warna air kencing yang dihasikan oleh
tubuh badan manusia berwarna kuning jerami padi dan setiap
nefron yang berada didalam ginjal kita akan memproses 180
liter hasil turasan glomerulus dan hanya 1.5 liter air kencing
sahaja yang akan dikeluarkan manakala yang selebihnya,
semuanya akan diserap semula ke dalam darah.
Samb…
• Tanpa kedua-dua ginjal pada tubuh badan seseorang manusia, manusia tidak dapat
hidup dengan baik seumur hidupnya kerana ginjal merupakan organ yang penting
untuk mengawal keseimbangan antara osmosis oleh bendalir luar sel.
• Ia juga berperanan dalam melaras kadar penyerapan semula garam dan air pada
bahagian tubuh uriniferus dalam proses pembentukan air kencing , tetapi perkara
ini dapat dibantu dengan menggunakan mesin dialisis (haemodialysis) untuk
mencuci darah atau seseorang boleh membuat ‘kidney tansplant’.
Samb..
• Jadi mari kita sama-sama belajar sedikit
sebanyak tentang cara pemprosesan air
kencing berlaku dalam tubuh badan kita
dengan lebih mendalam.
KIDNEY
• Berbentuk seperti biji kacang, panjang 12cm terletak pada bahagian dorsal rongga
abdomen.• Mempunyai 3 salur yang menghubungkan setiap ginjal.
1 ) Arteri renal - menyalurkan darah beroksigen
yang mempunyai urea untuk dituraskan.
2 ) Vena renal - mengembalikan darah yang dituraskan dalam ginjal kembali ke vena kava. 3 ) Ureter - membawa air kencing ke pundi kencing.
• Mempunyai tiga bahagian utama: a ) Korteks ( bahagian luar ) b )Medula ( bahagian dalam ) c ) Pelvis ( ruang berbentuk corong )• Fungsi ginjal ialah: - Menyingkirkan bahan-bahan kumuh bernitrogen khususnya urea. - Memelihara keseimbangan osmosis darah. - Memelihara keseimbangan pH darah. - Menyingkirkan bendasing daripada darah. - Tentukan kadar normal bahan – bahan seperti glukosa, urea dan lain – lain. - Menyingkirkan garam yang berlebihan.
• Setiap ginjal mempunyai berjuta-juta tubul yang dikenali sebagai nefron.
• Nefron ialah unit yang paling penting, berperanan menjalankan tugas perkumuhan di dalam ginjal.
• Setiap nefron terdiri daripada satu gumpalan kapilari darah iaitu glomerulus, kapsul bowman, tubul uriniferus.
• Tubul uriniferus di nefron ini pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :
1 - Tubul berlingkar proksimal di dalam korteks. 2 - Liku henle di dalam medula. 3 - Tubul berlingkar distal di dalam korteks.• Tubul berlingkar distal bersambung ke duktus
pengumpul yang seterusnya menyalurkan kandungannya dalam pelviks.
• Nefron merupakan unit fungsional dari ginjal yang menjalankan fungsi pembuangan zat limbah dari darah.
• Nephron menghasilkan urin dalam proses pembuangan limbah dan zat-zat berlebihan dari darah.
• Sekitar 1.000.000 nephron dalam setiap ginjal di tubuh badan manusia. Struktur luar biasa ini, terletak antara korteks dan medulla.
• Nefron ini berbentuk seperti pembuluh atau saluran kusut, namun setiap nephron memiliki susunan yang tertentu sehingga memungkinkan proses penyaringan limbah dalam darah.
• Setiap nefron pada ginjal mamalia dapat mencapai panjang 30-55 mm.
PENGHASILAN AIR KENCING
• Pengeluaran air kencing ada 3 proses iaitu:
a) Proses penapisanb) Proses penyerapanc) Proses rembesan
PENAPISAN
• Peringkat pertama dalam pembentukan air kencing.• Berlaku antara glomerulus dan kapsul glomerular.• Semasa darah mengalir melalui glomerulus,kandungan
plasma darah akan tertapis keluar secara mekanikal dari glomerulus ke dalam kapsul glomerular.
• Faktor utama proses ini berlaku ialah disebabkan perbezaan antara tekanan darah di glomerulus
dengan tekanan bahan turasan di kapsul glomerular.
• Tekanan hidrostatik sebanyak lebih kurang 70mmHg yang berada di glomerulus akan ditentang oleh tekanan osmosis darah sebanyak lebih kurang 30mmHg dan tekanan hidrostatik di kapsul glomerular sebanyak 5mmHg.
• Jadi perbezaan tekanan ialah:-70 – (30 + 5) = 35mmHg.
• Perbezaan tekanan membolehkan air dan bahan-bahan bermolekul kecil seperti asid amino,garam galian,asid lemak,glukosa,urea,asid urik,kreatinin dan sebagainya ditapis melalui dinding glomerulus ke dalam kapsul glomerular ( bowman’s capsule ).
• Hanya bahan-bahan koloid(bahan bermolekul besar) seperti protein,plasma darah dan sel-sel darah tidak tertapis keluar.
PENYERAPAN• Hasil turasan glomerulus seperti glukosa, asid amino, vitamin dan
beberapa garam galian dari kapsul bowman yang diperlukan oleh tubuh untuk seimbangkan airan, elektrolit dan PH darah diserap balik dalam kapilari darah yang mengelilingi tubul kidney .
• Di sini, 75% glukosa dan asid amino diserap ke dalam kapilari darah melalui proses pengangkutan aktif yang menggunakan ATP dengan menentang cerun kepekatan.
• Selain daripada itu air juga diserap semula melalui proses osmosis dibawah kawalan hormon autidiuretik.
• Lebih kurang 25% hasil turasan glomerulus daripada tubul berlingkar proksimal akan masuk gelung Henle. Di sini lebih kurang 5% garam mineral dan air diserap semula kedalam kapilari darah.
• Penyerapan semula garam galian( natrium) dan rembesan potassium dipengaruhi oleh hormon aldostron.
• Dari gelung Henle, hasil turasan masuk ke dalam tubul berlingkar distal.
• Di tubul berlingkar distal dan tubul pengumpul, peratus garam mineral dan air yang serap semula dikawal oleh sistem endokrina badan.
• Ditubul berlingkar distal, urea dirembeskan secara aktif didalamnya.
• Turasan terakhir muncul dari tubul pengumpul sebagai air kencing.
Bahan kumuh yang tidak diperlukan, disingkir melalui air kencing.
KOMPOSISI JUMLAH
Air 96 %
Urea 2 %Kreatinin Natrium
PotassiumKlorida Fosfat Sulfat
Oksalat Urobilinogen
2 %
REMBESAN
• Bahan-bahan yang tidak perlu oleh tubuh dan juga bahan-bahan asing seperti dadah akan dirembeskan dari salur darah ke dalam tubul berlingkar dan terus mengalir keluar kidney dalam air kencing.
L AMPIRAN
RUMUSAN
• Diakhir projek ini, apa yang dapat kami rumuskan melalui keseluruhan projek
ini adalah, kami dapat mempelajari betapa kompleksnya proses penghasilan
air kencing ini dalam tubuh badan kita. Proses ini terdapat tiga fasa iaitu pada
peringkat yang pertama dalam pembentukan air kencing adalah penapisan
glomerular.Di peringkat kedua pula, adalah proses penyerapan semula selektif
iaitu apabila bahan-bahan turasan yang diperlukan oleh tubuh diserap balik ke
dalam kapilari darah.
Samb…
• Pada peringkat yang terakhir, adalah fasa rembesan iaitu bahan-bahan yang
tidak diperlukan oleh tubuh badan dan bahan-bahan asing akan dirembeskan
dari salur darah dan mengalir keluar terus dari ginjal / kidney melalui air
kencing. Proses penyerapan dan rembesan ini berlaku secara resapan osmosis
dan mekanisma pengangkutan aktif. Jumlah penghasilan air kencing juga
bergantung kepada jumlah air yang diminum, saraf dan sedikit sebanyak
hormon insulin.
SEKIAN TERIMA KASIH~