PROSES ZIKIR BICARA HATIPROSES ZIKIR BICARA HATI Tips Pasangan Bahagia Membahagiakan Ya Rahman Ya...

2
PROSES ZIKIR BICARA HATI Tips Pasangan Bahagia Membahagiakan Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud Allahumma Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud, alirkan rasa cinta antara kami agar saling mencintai keranaMu untuk menuju cintaMu yang sempurna dan hakiki. Tips Ketika Memegang Tangan / Menatap Wajah Pasangan Ya Nuur Ya Hadi Ya Haq Allahumma Ya Nuur, Ya Hadi, Ya Haq, bimbinglah kami agar menjadi pasangan yang saling berkasih sayang keranaMu, ingat mengingati dan bimbing membimbing ke jalan taqwa yakni jalan syurgaMu. Tips Ketika Membasuh Beras / Memasak Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami’ Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, satukan hati-hati kami seisi keluarga dengan kasih sayangMu Ya Jaami’. Terangkan mata hati kami Ya Nuur agar dapat membezakan yang Haq dan Bathil. Lembutkan hati kami semua Ya Latif agar menjadi insan yang taat kepadaMu RasulMu dan kedua orang tua kami. Tips Kekalkan Keharmonian Rumahtangga Ya Baaqi Ya Rouf Ya Salam Ya Mukmin Allahumma Ya Baaqi Ya Rouf, kekalkanlah ikatan ini agar kami saling berkasih sayang keranaMu. Allah Ya Salam Ya Mukmin, berkatilah perkahwinan ini dan alirkanlah rasa aman dan tenteram ke dalam jiwa kami dengan selalu berzikir mengingatiMu agar harmoni rumahtangga kami. Tips Anak Mendengar Kata Ya Qohhar Ya Latif Allahumma Ya Qohhar, tundukkanlah anak ini supaya patuh kepadaMu, Rasulmu, dan kedua orang tuanya. Allah Ya Latif, lembutkan hatinya agar menjadi sebaik-baik hamba dan khalifahMu. Alirkan kesabaran yang tinggi dalam diri kami untuk mendidik dan membesarkan mereka iaitu amanah dariMu. Tips Meredakan Pasangan Yang Panas Baran Ya Qohhar Ya Ghaffar Ya Quddus Ya Jalil Ya Sobur Allahumma Ya Qohhar, tundukkanlah nafsu amarah pasanganku ini agar tunduk patuh kepadaMu. Ampunkan dosa-dosanya Ya Ghaffar, bersihkan hatinya Ya Quddus Ya Jalil. Lembutkanlah hatinya Ya Latif, masukkan kesabaran yang tinggi ke dalam dirinya Ya Sobur. www.universityofasmaulhusna.com International University Of Asmaul Husna www.klinikasmaulhusna.com Klinik Asmaul Husna

Transcript of PROSES ZIKIR BICARA HATIPROSES ZIKIR BICARA HATI Tips Pasangan Bahagia Membahagiakan Ya Rahman Ya...

Page 1: PROSES ZIKIR BICARA HATIPROSES ZIKIR BICARA HATI Tips Pasangan Bahagia Membahagiakan Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud Allahumma Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud, alirkan rasa cinta antara

PROSES ZIKIR BICARA HATI

Tips Pasangan Bahagia Membahagiakan

Ya RahmanYa RahimYa Wadud

Allahumma Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud, alirkan rasa cinta antara kami agar saling mencintai keranaMu untuk menuju cintaMu yang sempurna dan hakiki.

Tips Ketika Memegang Tangan / Menatap Wajah Pasangan

Ya NuurYa HadiYa Haq

Allahumma Ya Nuur, Ya Hadi, Ya Haq, bimbinglah kami agar menjadi pasangan yang saling berkasih sayang keranaMu, ingat mengingati dan bimbing membimbing ke jalan taqwa yakni jalan syurgaMu.

Tips Ketika Membasuh Beras / Memasak

Ya RahmanYa RahimYa Jaami’

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, satukan hati-hati kami seisi keluarga dengan kasih sayangMu Ya Jaami’. Terangkan mata hati kami Ya Nuur agar dapat membezakan yang Haq dan Bathil. Lembutkan hati kami semua Ya Latif agar menjadi insan yang taat kepadaMu RasulMu dan kedua orang tua kami.

Tips Kekalkan Keharmonian Rumahtangga

Ya BaaqiYa Rouf

Ya Salam Ya Mukmin

Allahumma Ya Baaqi Ya Rouf, kekalkanlah ikatan ini agar kami saling berkasih sayang keranaMu. Allah Ya Salam Ya Mukmin, berkatilah perkahwinan ini dan alirkanlah rasa aman dan tenteram ke dalam jiwa kami dengan selalu berzikir mengingatiMu agar harmoni rumahtangga kami.

Tips Anak Mendengar Kata

Ya QohharYa Latif

Allahumma Ya Qohhar, tundukkanlah anak ini supaya patuh kepadaMu, Rasulmu, dan kedua orang tuanya. Allah Ya Latif, lembutkan hatinya agar menjadi sebaik-baik hamba dan khalifahMu. Alirkan kesabaran yang tinggi dalam diri kami untuk mendidik dan membesarkan mereka iaitu amanah dariMu.

Tips Meredakan Pasangan Yang Panas Baran

Ya QohharYa GhaffarYa Quddus

Ya JalilYa Sobur

Allahumma Ya Qohhar, tundukkanlah nafsu amarah pasanganku ini agar tunduk patuh kepadaMu. Ampunkan dosa-dosanya Ya Ghaffar, bersihkan hatinya Ya Quddus Ya Jalil. Lembutkanlah hatinya Ya Latif, masukkan kesabaran yang tinggi ke dalam dirinya Ya Sobur.

www.universityofasmaulhusna.com International University Of Asmaul Husnawww.klinikasmaulhusna.com Klinik Asmaul Husna

Page 2: PROSES ZIKIR BICARA HATIPROSES ZIKIR BICARA HATI Tips Pasangan Bahagia Membahagiakan Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud Allahumma Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud, alirkan rasa cinta antara

PROSES ZIKIR BICARA HATI

Tips Menangani Pasangan Yang Berfoya-foya

Ya QohharYa Ghaffar

Ya WaliyYa Raqib

Ya Qoreeb

Allahumma Ya Qohhar, tundukkan nafsu pasanganku yang berlebihan agar tunduk patuh kepadaMu. Ampunkan dosa-dosanya Ya Ghaffar, bersihkan hatinya dari cinta dunia yang melalaikan. Allah Ya Waliy, lindungilah dia dari bisikan nafsu, dari godaan syaitan dan manusia. Tiada dayaku mengawasinya 24 jam, maka Engkaulah Ya Raqib Ya Qoreeb yang Maha Mengawasi dan sangat dekat dengannya. PadaMu aku berserah dan bergantung harap, awasilah dia mengikut caraMu.

Tips Erat Silaturahim Bersama Keluarga Mertua

Ya RahmanYa RahimYa Jaami’

Ya QuddusYa Barr

Ya Karim

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami’, satukanlah hatiku dan keluarga mertuaku dengan kasih sayangMu. Bersihkan hati kami Ya Quddus agar sentiasa bersangka baik dan hormat menghormati Ya Barr Ya Karim.

Tips Saat Diuji Keretakan Hubungan Suami Isteri

Ya Rahman Ya RahimYa QowiyYa Fattah

Ya MukminYa Jaami’Ya Alim

Ya MumitYa Bathin

Ya QuddusYa Jalil

Ya Baari’Ya Somad

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, sungguh ujian yang sedang daku lalui ini adalah tanda kasih dariMu agar daku sentiasa mencari cintaMu yang kekal abadi. Berikanku kekuatanMu Ya Qowiy dalam melalui ujian ini. Andai perkahwinanku ini baik untukku, bukakanlah jalan penyelesaian bagi kesulitan ini Ya Fattah. Tautkanlah dan makmurkanlah semula hubunganku dengannya Ya Mukmin Ya Jaami’. Andai perkahwinan ini tidak lagi baik buat kami kerana Engkau Ya Alim lebih mengetahui apa yang terbaik buat kami, maka leraikanlah mengikut caraMu Ya Mumit Ya Bathin Ya Quddus Ya Jalil. PadaMu aku berserah dan bergantung harap Ya Baari’ Ya Somad.

Tips Perlindungan dari Gangguan Sihir

Ya AffuwYa Ghaffar

Ya WaliyYa Barr

Allahumma Ya Affuw, maafkanlah kelalaian kami sepanjang perkahwinan kami. Ampunkan dosa-dosa kami Ya Ghaffar. Terimalah taubat kami dan bersihkan hati-hati kami sebersihnya. Ya Allah Ya Waliy, pagari hati kami sekeluarga dari bisikan nafsu sendiri, gangguan jin/syaitan dan hasad dengki manusia. Lindungilah kami sekeluarga dari tipudaya dunia dan fitnah dajjal. Lindungilah kami dengan kebaikanMu Ya Barr. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pelindung.

1B

Handwriting Analysis Academy Malaysia www.handwritinganalysis.my

Medina Essential medinaessential