prosiding azizah

download prosiding azizah

of 13

description

wee

Transcript of prosiding azizah

Format Proposal_Kajian_PPG.doc.docx

KEBERKESANAN TEKNIK BUTANG BAJU DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENAMBAHAN NOMBOR PERPULUHAN

DENGAN NOMBOR BULAT

Noor Azizah Binti Hashim

IPG Kampus Perempuan Melayu, [email protected] tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan Teknik Butang Baju, untuk membantu subjek meningkatkan kefahaman dalam kemahiran menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat. Subjek kajian terdiri daripada 10 orang murid tahun 5 di salah sebuah sekolah di pinggir bandar Melaka. Tinjauan awal menunjukkan subjek menghadapi masalah semasa menyusun nombor perpuluhan dan nombor bulat dalam bentuk lazim. Hasil ujian pra didapati hanya seorang subjek memperolehi markah 40%, seorang 20% dan selebihnya 0%. Dalam kajian ini, data dikumpul dengan menggunakan Ujian Pra dan Pos, semakan buku latihan dan temu bual. Melalui semakan buku tulis subjek didapati subjek membuat kesalahan menyusun mengikut nilai tempat dan kecuaian menambah. Manakala hasil temu bual pula mendapati, terdapat miskonsepsi terhadap perbezaan antara nombor perpuluhan dan nombor bulat. Hasil kajian mendapati, dengan menggunaan Teknik Butang Baju, terdapat peningkatan kefahaman subjek dalam kemahiran tersebut. Hasil analisis Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan iaitu seramai 4 orang subjek memperolehi markah 100% manakala selebihnya memperoleh markah 80%. Justeru itu penggunaan Teknik Butang Baju ini, amat sesuai digunakan untuk meningkatkan kefahaman dalam kemahiran menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat.

Kata Kunci

Teknik Butang Baju, nombor perpuluhan, nombor bulat dan penambahan.PengenalanPada tahun ini pengkaji diamanahkan oleh pentadbir sekolah untuk mengajar 3 buah kelas bagi matapelajaran Matematik. Salah satu daripadanya ialah kelas tahun 5. Pengkaji mula mengajar murid kelas ini ketika mereka masih lagi di tahun 4. Hasil pemerhatian pengkaji mendapati murid kelas ini terdiri dari kalangan murid-murid yang lemah. Kelas ini merupakan kelas yang ketiga daripada tiga buah kelas tahun lima yang ada di sekolah ini. Antara masalah yang dihadapi oleh murid ( selepas ini disebut subjek kajian ) kelas ini ialah ketika mempelajari kemahiran menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat. Sepanjang pemerhatian pengkaji mengajar di kelas ini, subjek kajian mudah lupa, bersikap cuai dan belajar sambil lewa. Muridmurid yang berpencapaian rendah dalam Matematik tidak mahir dalam penambahan dengan mengumpul semula (Sofwan, 2010). Tanpa penguasaan yang baik di tahap satu, masalah ini pasti akan berlarutan ke tahap dua. Menurut Amar Sadi (2007), dua kesilapan yang biasa berlaku adalah berkaitan dengan kedudukan nombor dalam bentuk lazim dan proses mengumpul semula. Murid yang menghadapi masalah ini akan mengalami masalah menulis kedudukan nombor dan menambah dengan mengumpul semula. Keadaan ini akan menyebabkan murid sukar untuk menguasai konsep tambah dan seterusnya membantutkan penguasaan murid untuk tajuk-tajuk lain. Hal ini disokong oleh Chua (2005), di mana kebanyakan murid melakukan kesilapan dalam menjawab soalan penambahan ketika proses mengumpul semula. Pengajaran Matematik yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran Matematik yang mudah dan menyeronokkan. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang isi kandungan, kaedah mengajar (pedagogi) dan gaya pembelajaran murid ( psikologi ) mestilah dikuasai sepenuhnya oleh para guru.

Selain daripada itu, menurut Nagaraja a/l Palaniappan, Jayakumar a/l Supramaniam dan Thanaletchumy a/p Kuttianan ( 2007 ) dalam kajian mereka yang bertajuk Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Perpuluhan Dalam Operasi Tambah Bagi Murid-Murid Tahun 5 Melalui Kad Petak pula, mendapati bahawa alat yang sesuai dan bimbingan guru yang baik dapat meningkatkan kefahaman murid. Objektif Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran subjek kajian menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat menggunakan Teknik Butang Baju.Metodologi KajianKumpulan sasaran

Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah di pinggir Bandar Melaka. Merupakan sebuah sekolah Gred A yang mempunyai 533 orang murid. Subjek kajian dipilih berdasarkan pemerhatian guru semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan mereka terdiri daripada murid tahun 5, di mana kesemuanya belajar di kelas ketiga daripada 3 buah kelas tahun 5 yang terdapat di sekolah ini. Prestasi akademik subjek kajian berada pada tahap yang sangat lemah. Seramai 10 orang subjek kajian telah dikenalpasti, di mana 8 daripadanya ialah lelaki manakala selebihnya adalah perempuan. Murid lelaki semuanya berbangsa Melayu manakala murid perempuan masing-masing terdiri daripada seorang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa India. Tiga daripada subjek kajian iaitu dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan India merupakan bekas murid pemulihan matematik. Pelaksanaan tindakan . Kajian ini akan dijalankan mengikut Model Kemmis dan McTaggart ( 1988 ). Di dalam model ini terdapat empat elemen utama iaitu :TINDAKAN 1 - Mereflek

Langkah pertama ialah melakukan refleksi terhadap hasil pengajaran dan pembelajaran yang lalu serta pengkaji juga membuat pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Didapati, subjek kajian menghadapi masalah melakukan penambahan nombor perpuluhan dengan nombor bulat. TINDAKAN 2 - Merancang

Pengkaji menjalankan ujian pra dengan tujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam sebab masalah ini berlaku. Seterusnya pengkaji menganalisis hasil ujian tersebut bagi mengetahui kesilapan yang dilakukan oleh subjek kajian. Sebagai menyokong hasil dapatan daripada analisis ujian pra, pengkaji juga memeriksa latihan yang dibuat oleh subjek kajian di dalam buku tulis mereka. Didapati kesalahan yang sering dilakukan oleh subjek kajian ialah kesalahan menyusun soalan dalam bentuk lazim, kesalahan mengubah soalan dan juga kecuaian. Langkah seterusnya ialah mengadakan sesi temubual dengan subjek kajian. Temubual berstruktur ini dijalankan secara lisan dalam suasana yang santai bagi memberikan subjek kajian perasaan tenang dan tidak menganggapnya sebagai satu ujian. Hasil daripada temubual yang dijalankan, didapati ada subjek kajian yang tidak dapat membezakan antara nombor bulat dan nombor perpuluhan. Kebanyakan subjek kajian menyatakan bahawa perkara paling penting dalam penambahan nombor perpuluhan dengan nombor bulat ialah tanda tambah itu sendiri.Setelah mengetahui sebab subjek kajian tidak dapat menguasai kemahiran tambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat ini, pengkaji mula merangka dan merancang strategi seterusnya iaitu teknik yang akan digunakan bagi mengatasi masalah ini. Pengkaji membuat keputusan untuk menggunakan Teknik Butang Baju di mana subjek kajian akan menyusun nombor pada ruangan yang betul sebelum menambah nombor tersebut.

+

Rajah 1 : Teknik Butang Baju

Rajah 1 menunjukkan gambarajah Teknik Butang Baju. Titik di tengah berfungsi sebagai pemisah dan subjek kajian diingatkan bahawa nombor yang tidak mempunyai titik perpuluhan iaitu dikenali sebagai nombor bulat harus diletak di depan manakala bahagian belakang ( selepas titik ) ditambah dengan 0.

TINDAKAN 3 - BertindakSetelah mengetahui punca permasalahan dan merancang strategi untuk mengatasinya maka, pengkaji mula bertindak menggunakan strategi yang dirancang bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Murid-murid diajar menggunakan Teknik Butang Baju bagi menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat.Intervensi pertama ( letak titik letak sifar ).Intervensi pertama ini dijalankan dengan memperkenalkan nombor bulat dan nombor perpuluhan. Subjek kajian disuruh menyebut ayat tersebut berulang kali dan ditanya tentang perbezaan antara nombor perpuluhan dan nombor bulat. Subjek kajian diingatkan bahawa titik perpuluhan bagi nombor bulat tidak kelihatan kerana ianya berada di belakang digit terakhir. Subjek kajian juga diingatkan bahawa sekiranya diletakkan titik maka perlu ditambah 0 ( sifar ) di belakang titik. Pada peringkat ini, pengkaji menyuruh subjek kajian menyebut secara berulang kali iaitu letak titik letak sifar. Tujuannya agar subjek kajian dapat mengingat dengan baik.Intervensi kedua ( jom tulis semula ).

45.63 + 12 =

Rajah 2 : Soalan asal 45.63 + 12.0 =

Rajah 3 : Soalan tulis semulaRajah 2 menunjukkan soalan asal yang diberi kepada subjek kajian setelah menjalankan intervensi pertama. Setelah menyebut secara berulang kali, subjek kajian diminta menulis semula soalan dengan meletakkan titik perpuluhan dan sifar pada nombor bulat. Rajah 3 menunjukkan soalan yang telah ditulis semula oleh subjek kajian. Dapat diperhatikan berlaku perbezaan ketika menulis nombor 12.

Intervensi ketiga (Menambah menggunakan Teknik Butang Baju)Subjek diajar tentang Teknik Butang Baju dalam intervensi ketiga. Subjek kajian diajar melukis butang baju terlebih dahulu sebelum diajar menyusun kembali ayat matematik ke dalam bentuk lazim menggunakan teknik butang baju. Setelah itu, barulah subjek kajian menambah seperti biasa bagi mendapatkan jawapan.TINDAKAN 4 MemerhatiSetelah melalui kesemua proses intervensi, satu ujian pos diadakan dan subjek kajian menggunakan strategi baru iaitu Teknik Butang Baju bagi menjawab ujian ini. Tujuan ujian pos ini diadakan ialah untuk membuat perbandingan prestasi subjek kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan dan untuk menilai sejauh mana teknik ini membantu dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. Soalan yang diberi kepada subjek kajian bagi ujian pos ini ialah sama seperti soalan ujian pra. Cara Mengumpul DataUjian Pra

Satu ujian pra diadakan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh subjek kajian. Markah diambil dan pengkaji menganalisis kesalahan subjek kajian dengan lebih terperinci dan mendalam berdasarkan hasil ujian ini. Markah ujian dan analisis kesalahan dimasukkan kedalam jadual. Pemerhatian

Buku latihan subjek kajian diperiksa bagi menyokong analisis ujian pra. Bukti permasalahan dikumpul dalam bentuk gambar. TemubualTemubual berstruktur ini dijalankan secara lisan. Tujuannya adalah untuk mencari sebab mengapa subjek kajian tidak dapat menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat dengan betul. Hasil temubual dicatat. Ujian PosSubjek kajian akan diberi ujian pos setelah melalui proses intervensi. Soalan yang sama semasa menjawab ujian pra akan digunakan. Analisis data dibuat berdasarkan ujian ini. Markah ujian dimasukkan ke dalam jadual untuk dibuat perbandingan dengan ujian pra.Dapatan KajianAnalisis dan interpretasi data pemerhatian buku tulis / lembaran kerja subjek kajian.

Rajah 4 : Sebelum intervensi ( buku tulis )Rajah 4 menunjukkan latihan yang dibuat oleh subjek kajian di dalam buku latihan mereka sebelum intervensi dijalankan. Kesalahan yang dilakukan adalah seperti kesalahan menyusun soalan dalam bentuk lazim, kesalahan mengubah soalan dan juga kecuaian semasa proses menambah.

Rajah 5 : Selepas intervensi ( lembaran kerja )

Rajah 5 pula menunjukkan latihan yang dibuat oleh subjek kajian pada lembaran kerja setelah proses intervensi dijalankan. Didapati subjek kajian tidak lagi melakukan kesalahan seperti yang dilakukan di dalam buku tulis.

Jika dianalisa dan dibandingkan dua rajah ini, didapati subjek kajian menunjukkan peningkatan prestasi di dalam kemahiran menambah nombor perpuluhan dan nombor bulat. Subjek kajian mula menggunakan Teknik Butang Baju, seperti yang diajar kepada mereka.Analisis dan interpretasi data temubual.

Hasil daripada pemerhatian data temubual iaitu sebelum intervensi dijalankan, subjek kajian tidak dapat menyebut contoh nombor perpuluhan dengan betul. Subjek kajian juga tidak dapat membezakan dengan baik antara nombor perpuluhan dan nombor bulat. Tetapi, setelah intervensi dijalankan, dan hasil pertanyaan pengkaji secara rawak kepada subjek kajian, mereka sudah dapat menyebut dengan betul contoh nombor perpuluhan dan nombor bulat serta dapat membezakan antara nombor perpuluhan dan nombor bulat.

Analisis dan interpretasi ujian pra dan ujian pos.

Selepas ujian pra dan ujian pos dijalankan, analisis data dibuat berdasarkan perbezaan peratusan yang diperolehi dalam kedua-dua ujian. Ujian pra dan ujian pos ini mengandungi soalan yang sama. Setiap jawapan yang betul akan diberi markah mengikut kriteria pemarkahan seperti yang telah ditetapkan.

Analisis kesalahan ujian pra.

Jadual 1 menunjukkan analisis kesalahan ujian pra yang dilakukan oleh subjek kajian. Kesalahan yang dilakukan dianalisis menggunakan kod seperti berikut iaitu K1 untuk kesalahan menyusun soalan dalam bentuk lazim, K2 untuk kesalahan mengubah soalan dan K3 untuk kecuaian semasa menambah. Hasil analisis mendapati, semua subjek kajian melakukan kecuaian semasa proses menambah. Manakala untuk kesalahan menyusun soalan dalam bentuk lazim, hanya subjek M1 yang tidak melakukannya, sementara untuk kesalahan mengubah soalan hanya subjek M4 yang tidak melakukannya. Jadual 1 : Analisis kesalahan jawapan ujian pra.

Subjek kajianKod kesalahan

K1K2K3

M1XX

M2XXX

M3XXX

M4XX

M5XXX

M6XXX

M7XXX

M8XXX

M9XXX

M10XXX

Jumlah9910

Analisis kesalahan ujian pos.

Jadual 2 menunjukkan analisis kesalahan ujian pos yang dilakukan oleh subjek kajian. Seperti mana analisis yang dilakukan semasa ujian pra, analisis ujian pos juga turut menggunakan kod. Kod yang digunakan adalah sama seperti kod kesalahan ujian pra iaitu K1 untuk kesalahan menyusun soalan dalam bentuk lazim, K2 untuk kesalahan mengubah soalan dan K3 untuk kecuaian semasa menambah. Hasil analisis ujian pos mendapati, subjek kajian hanya melakukan kecuaian semasa menambah dan tidak lagi terdapat kesalahan menyusun soalan dalam bentuk lazim serta kesalahan mengubah soalan.Jadual 2 : Analisis kesalahan jawapan ujian pos.

Subjek kajianKod kesalahan

K1K2K3

M1

M2X

M3X

M4

M5X

M6X

M7X

M8X

M9

M10

Jumlah006

Jika dibandingkan kesalahan yang dilakukan semasa ujian pra dan ujian pos, didapati subjek kajian tidak lagi melakukan kesalahan yang sama. Hanya kecuaian yang mungkin disebabkan sikap tidak berhati-hati. Dapat dirumuskan bahawa teknik ini sangat membantu subjek kajian dalam membuat penambahan nombor perpuluhan dengan nombor bulat.

Analisis perbandingan ujian pra dan ujian pos.

Hasil daripada ujian pra dan ujian pos ini juga, pengkaji telah membina satu lagi jadual bagi membuat analisis perbandingan markah antara ujian pra dan ujian pos. Ini adalah untuk memudahkan pengkaji melihat pencapaian subjek kajian secara peratus markah, dan juga perbezaan markah yang diperolehi oleh subjek kajian semasa menjawab ujian pra dan ujian pos. Jadual 3 menunjukkan perbandingan markah antara ujian pra dan ujian pos. Semasa ujian pra seorang subjek kajian mendapat markah 40%, seorang mendapat markah 20%, manakala selebihnya mendapat markah 0%. Semasa ujian pos pula, empat orang subjek kajian mendapat markah 100% sementara enam yang lain mendapat markah 80%. Hasil daripada jadual 6 ini juga, pengkaji telah membina satu graf bagi melihat perbezaan markah secara individu dengan lebih terperinci.

Jadual 3 : Perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Subjek KajianPeratus Markah

Ujian PraPeratus Markah

Ujian PosPerbezaan Markah

M140%100 %60 %

M20%80 %80 %

M30%80 %80 %

M420%100 %80 %

M50%80 %80 %

M60%80 %80 %

M70%80 %80 %

M80%80 %80 %

M90%100 %100 %

M100%100 %100 %

Rajah 6, jelas menunjukkan perbezaan markah antara ujian pra dan ujian pos. Semasa ujian pra dijalankan, subjek kajian M1 memperoleh markah sebanyak 40% manakala ketika Ujian Pos, subjek kajian yang sama memperoleh markah sebanyak 100%. Ini menunjukkan peningkatan markah sebanyak 60%.

Bagi subjek kajian M2, M3, M5, M6, M7 dan M8 mereka berkongsi markah yang sama semasa ujian pra iaitu 0%. Semasa ujian pos, mereka sekali lagi berkongsi markah yang sama iaitu sebanyak 80%. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 80% untuk setiap subjek kajian.

Seterusnya bagi subjek kajian M4. Ketika ujian pra dilakukan, subjek kajian memperoleh markah sebanyak 20% manakala ketika ujian pos, subjek kajian memperoleh markah sebanyak 100%. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 80%.

Subjek kajian M9 dan M10 berkongsi markah yang sama semasa ujian pra iaitu 0% dan ketika ujian pos, mereka masih lagi berkongsi markah yang sama iaitu sebanyak 100%. Ini menunjukkan peningkatan yang amat baik iaitu sebanyak 100%.

Rajah 6 : Graf perbezaan markah antara ujian pra dan ujian pos.

Peningkatan peratusan markah yang ditunjukkan dalam ujian pos menunjukkan keberkesanan Teknik Butang Baju dalam meningkatkan kemahiran penambahan nombor perpuluhan dengan nombor bulat. Ini sekaligus menjawab persoalan asal kajian ini iaitu samaada penggunaan Teknik Butang Baju dapat membaiki amalan subjek kajian semasa menyusun nombor perpuluhan serta nombor bulat dengan betul dalam bentuk lazim untuk proses penambahan dan samaada penggunaan Teknik Butang Baju dapat meningkatkan kemahiran menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat. Perbincangan dan rumusanSabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal dan Aziz Omar (2006/7) menyatakan bahawa perubahan dan pengubahsuaian dalam strategi pengajaran Matematik perlu dalam usaha mengatasi kelemahan murid untuk menguasai konsep dan kemahiran asas sesuatu tajuk. Semasa kajian ini dijalankan, pengkaji telah memggunakan satu teknik baru yang diberi nama Teknik Butang Baju. Penggunaan teknik ini adalah bertujuan untuk memudahkan subjek kajian menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat tanpa ada kekeliruan.

Sebelum teknik ini diperkenalkan, didapati subjek kajian banyak melakukan kesalahan semasa menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat seperti mengubah soalan dan meletakkan titik perpuluhan pada digit soalan. Di samping itu, ada juga subjek kajian yang tidak dapat menyusun soalan dalam bentuk lazim dengan betul serta masalah kecuaian menambah. Safinaz, Nellie dan Oon ( 1999 ) dalam kajian mereka yang bertajuk Satu Tinjauan Kesilapan Murid Dalam Penyelesaian Masalah Operasi Bahagi Di Dua Buah Sekolah menyatakan bahawa beberapa punca kesilapan yang berlaku di kalangan subjek kajian antaranya ialah tidak berhati-hati atau cuai, tidak menulis sifar di tempat yang sepatutnya dan tidak menguasai nilai tempat.

Melihat kepada hasil ujian pra, prestasi subjek kajian adalah amat mendukacitakan. Seramai lapan orang subjek kajian mendapat markah 0% , seorang mendapat markah 20% manakala seorang lagi mendapat markah 40%. Ke semua markah ini adalah di bawah markah lulus yang ditetapkan oleh pengkaji iaitu sebanyak 60%. Namun apabila teknik ini diperkenalkan, prestasi subjek kajian meningkat secara mendadak. Buktinya dapat dilihat apabila ujian pos dijalankan, di mana empat orang subjek kajian mendapat markah 100% manakala bakinya iaitu seramai enam orang lagi mendapat markah sebanyak 80%.

Ini bermakna, subjek kajian sudah berjaya menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat menggunakan Teknik Butang Baju. Hasil daripada analisis ujian pos juga, didapati subjek kajian telah berjaya menyusun soalan dengan betul dalam bentuk lazim apabila diberikan soalan yang berbentuk penambahan nombor perpuluhan dengan nombor bulat. Kesalahan yang dilakukan oleh subjek kajian semasa menjawab ujian pos hanyalah kesalahan kecuaian dalam melakukan penambahan sahaja.

Tengku Zawawi Tengku Zainal (2005), dalam kajian beliau yang bertajuk Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik : Satu Kerangka Umum menyatakan bahawa pengajaran Matematik yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran Matematik yang mudah dan menyeronokkan. Sepanjang melakukan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa subjek kajian menunjukkan perubahan sikap terhadap mata pelajaran Matematik. Sudah tidak ada perkataan susah atau tidak faham yang keluar dari mulut subjek kajian. Malah mereka kelihatan bersungguh-sungguh dan sentiasa bersemangat untuk mendapatkan jawapan bagi latihan yang diberi. Di samping itu, mereka juga meminta agar diberikan soalan latihan yang lebih banyak. Perkara ini terjadi kerana mereka mula merasa seronok dengan teknik baru yang diperkenalkan.

Semasa melakukan kajian tindakan ini, pengkaji juga turut memperolehi pengetahuan dan pengalaman baru . Melalui kajian yang dilakukan ini, pengkaji menyedari akan kepentingan menjadi pengamal reflektif bagi seorang guru. Menurut Boon (2002), refleksi menyediakan satu asas yang kaya dan komprehensif mengenai pengajaran dan pembelajaran. Ia bukan sahaja membolehkan pengertian mengenai tugasnya tetapi ia memberi pelbagai perspektif terhadap pengajaran yang boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain. Melalui cara ini, seorang guru akan dapat mengimbas kembali serta mengenal pasti masalah-masalah yang timbul dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui kajian ini juga, pengkaji berpeluang mendalami ilmu kajian tindakan yang mana ianya amat berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan sebagai pendidik alaf 21. Disamping itu, etika-etika untuk menjadi seorang penyelidik juga dapat dipelajari oleh pengkaji.

Tidak dinafikan, selain perkara-perkara positif di atas, perkara yang paling berkesan di dalam diri pengkaji sepanjang melakukan kajian ini ialah, pengkaji dapat menambah baik amalan kendiri. Melalui kajian ini, pengkaji menjadi lebih peka terhadap permasalahan yang timbul, menjadi lebih kreatif dalam menyampaikan ilmu, sentiasa berusaha untuk mempelajari teknik-teknik baru bagi kebaikan bersama serta dapat mengenali subjek kajian dengan lebih dekat.

Kesimpulannya, menerusi kajian tindakan ini, bukan sahaja subjek kajian dapat meningkatkan kefahaman mereka dalam menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat, malah pengkaji juga dapat memperbaiki amalan pengajarannya. Adalah diharapkan agar kajian ini dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan pada masa akan datang.

Implikasi Kajian dan CadanganHasil daripada kajian yang dijalankan ini, pengkaji dapati bahawa Teknik Butang Baju dapat membantu subjek kajian dalam kemahiran menambah nombor perpuluhan dengan nombor bulat. Oleh itu, pengkaji membuat keputusan untuk menggunakan teknik ini dalam pengajarannya yang akan datang.

Pengkaji mencadangkan agar teknik ini digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mengambil keputusan untuk memperkenalkan teknik ini kepada rakan guru yang lain melalui In House Training . Ini adalah supaya mereka turut sama dapat mengaplikasikan teknik ini ketika mengajar kelak. Teknik ini diharapkan dapat diperkenalkan seawal yang mungkin kepada murid supaya mereka merasa seronok belajar Matematik.

Seterusnya pengkaji juga ingin mencadangkan agar kajian ini diteruskan dengan menggunakan sampel yang lebih besar. Ini adalah untuk menguatkan lagi dapatan kajian ini. Pada masa yang sama, lebih ramai subjek kajian akan diperkenalkan dengan teknik ini.

Selain daripada itu, pengkaji juga mencadangkan agar teknik ini diperluaskan penggunaannya bagi tajuk-tajuk lain yang relevan seperti wang, jisim, isipadu dan sebagainya. Ini kerana teknik ini bukan sahaja direka untuk penambahan nombor perpuluhan dengan nombor bulat tetapi juga untuk kegunaan tajuk-tajuk lain.

Jika kajian ini memfokuskan tentang penambahan, pengkaji juga ingin mencadangkan agar teknik yang sama digunakan untuk penolakan.

Pengkaji ingin mencadangkan supaya pada kajian seterusnya dapat dihasilkan aktiviti-aktiviti lain yang lebih menarik dan kreatif dengan menggunakan teknik ini. Contohnya aktiviti jual beli untuk tajuk wang.

Akhir sekali, pengkaji ingin mencadangkan penggunaan warna untuk melukis Butang Baju. Ini adalah kerana warna memainkan peranan yang besar dalam membangkitkan motivasi, perasaan, perhatian dan kesediaan murid untuk belajar.

Kesimpulannya, pengkaji merasakan bahawa kajian-kajian harus sentiasa dilakukan dengan mencipta teknik dan kaedah yang bersesuaian agar murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran dapat dibantu dan tidak diabaikan. Selain mengatasi masalah pembelajaran, ia juga dapat membantu murid cemerlang dalam pelajaran. Pada masa yang sama juga, para pengkaji dapat memperkembangkan tahap profesionalisme mereka melalui proses penemuan kendiri.

BIBLIOGRAFI

Ab. Ghani Hj. Taib.(2003). Kertas Kerja : Meningkatkan Profesionalisme Keguruan Melalui Penyelidikan Tindakan Dan Amalan Refleksi Di Bilik Darjah.

Amar Sadi.(2007).Misconception In Numbers.UGRU Journal

Azizi Yahaya , et.al.(2006).Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan.Kuala Lumpur:PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Boon.P.Y.(2002).Pelaksanaan Kerja Kursus Berfortfolio Di Kalangan Guru Praperkhidmatan.Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.

Buku Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP.(2010).Penyelidikan Tindakan Ke Arah Peningkatan Nilai-Nilai Keguruan.IPG Kampus DatoRazali Ismail.Kuala TerengganuChua Lay Ing.(2005).Jari dan Kertas Warna Untuk Membaiki Kemahiran Penambahan Secara Kumpul Semula Di Kalangan Murid Tahun Dua Dalam Nombor Lingkungan 1000

Dr. David Lim Chong Lim, et.al.(2010).HBEF2503 Kaedah Penyelidikan Dalam

Pendidikan.Open Universiti Malaysia (OUM )Koleksi Kajian Tindakan Di IPG Perempuan Melayu Melaka.(2008).Guru Sebagai Penyelidik Di Bilik Darjah.Melaka:Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

Koleksi Kajian Tindakan Guru-Guru Negeri Melaka.(2007).Kajian Tindakan Pemangkin P&P Berkesan.Melaka.

Muhammad Sofwan.(2010).Meningkatkan Kemahiran Penambahan Dengan Mengumpul Semula Bagi Murid Tahun 2 Yang Berpencapaian Rendah Menggunakan Bahan Manipulatif Straws & Board.

Nagaraja a/l Palaniappan, Jayakumar a/l Supramaniam dan Thanaletchumy a/p Kuttianan. (2007). Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Perpuluhan Dalam Operasi Tambah Bagi Murid-Murid Tahun 5 Melalui kad Petak.Melaka:IPPM

Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal dan Aziz Omar.(2006/7).Isu-isu Dalam Pendidikan Matematik.Kuala Lumpur:Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Safinaz M. Annuar, Nellie Gan Hong Suan dan Oon Boey Lay.(1999).Satu Tinjauan Kesilapan Murid Dalam Penyelesaian Masalah Operasi Bahagi Di Dua Buah Sekolah.

Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal.( 2005 ). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Satu Kerangka Umum

Model Kemmis dan McTaggart ( 1988 ).http://sahc.kedah.edu.my/dokumentasi/lainlain%20dokumentasi/buku%20manual%20kajian%20tindakan%20edisi%20ketiga.pdf