Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ......

46
83 Laporan Tahunan 2017 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 85 Prospek Ekonomi Antarabangsa 86 Ekonomi Malaysia 90 Sektor Luaran 92 Prospek Inflasi 93 Dasar Monetari 95 Dasar Fiskal 98 Rencana: Gaji Kehidupan Wajar: Bukan Sekadar Menampung Keperluan Asas 109 Rencana: Kecanggihan dan Pertumbuhan: Kedudukan Malaysia dan Implikasi Dasar 119 Rencana: Merungkaikan Masa Hadapan Ekonomi Digital Malaysia: Peluang, Cabaran dan Tindak Balas Dasar Prospek dan Dasar pada Tahun 2018

Transcript of Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ......

Page 1: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

83Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

85 Prospek Ekonomi Antarabangsa86 Ekonomi Malaysia90 Sektor Luaran92 Prospek Infl asi93 Dasar Monetari95 Dasar Fiskal98 Rencana: Gaji Kehidupan Wajar: Bukan Sekadar Menampung Keperluan Asas109 Rencana: Kecanggihan dan Pertumbuhan: Kedudukan Malaysia dan Implikasi Dasar 119 Rencana: Merungkaikan Masa Hadapan Ekonomi Digital Malaysia: Peluang, Cabaran dan Tindak Balas Dasar

Prospek dan Dasarpada Tahun 2018

Page 2: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

84 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Page 3: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

85Laporan Tahunan 2017

Prospek dan Dasar pada Tahun 2018

PROSPEK EKONOMI ANTARABANGSA

Pertumbuhan meningkat segerak bagi kebanyakan ekonomi utama pada tahun 2018

Ekonomi global diramalkan berkembang pada kadar yang lebih cepat pada tahun 2018, dengan mendapat manfaat daripada momentum positif yang kukuh dari tahun sebelumnya. Pertumbuhan akan dipacu terutamanya oleh penggunaan swasta dan terus disokong oleh aktiviti pelaburan dalam ekonomi maju. Di Asia, aktiviti perdagangan akan terus berkembang, walaupun pada kadar yang lebih sederhana berbanding dengan tahun 2017. Prospek ini akan terus dirangsang oleh sokongan dasar dari segi monetari dan fi skal. Walaupun dasar monetari global mungkin akan terus kembali ke paras yang wajar secara beransur-ansur, keadaan pembiayaan dijangka secara relatif kekal akomodatif. Selain itu, perbelanjaan tambahan terhadap infrastruktur dalam ekonomi seperti Thailand, Korea dan Filipina dijangka merangsang pertumbuhan serantau. Memandangkan prospek pada umumnya positif, penilaian adalah bahawa trajektori pengembangan semasa akan kekal.

Kekukuhan pelaburan dalam ekonomi maju dijangka berterusan sepanjang tahun 2018. Sentimen perniagaan kekal memberangsangkan dan keuntungan kekal kukuh dalam persekitaran permintaan global yang lebih baik. Data ekonomi menunjukkan bahawa masih terdapat keperluan untuk meningkatkan stok modal sedia ada. Selain itu, Akta Potongan Cukai dan Pekerjaan di AS yang diluluskan baru-baru ini dijangka menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam jangka masa terdekat kerana perniagaan mendapat manfaat daripada potongan cukai korporat dan potongan perbelanjaan modal yang lebih besar. Di RR China, pembaharuan dasar yang berterusan bagi mengimbangi semula ekonomi dijangka menjadi penyebab kepada pertumbuhan yang lebih sederhana.

Walau bagaimanapun, ekonomi di rantau Asia akan terus meraih manfaat daripada permintaan dalam negeri yang kukuh dalam ekonomi maju melalui saluran perdagangan.

Pertumbuhan dalam ekonomi sedang pesat membangun yang lain dari Asia, Timur Tengah dan Amerika Latin juga diunjurkan meningkat. Bagi pengeksport komoditi, harga yang lebih tinggi, terutamanya bagi minyak mentah, akan menyokong peningkatan semula permintaan dalam negeri berikutan beberapa tahun pertumbuhan di bawah trend. Selain itu, aktiviti dalam beberapa ekonomi diunjurkan pulih daripada impak negatif dasar pembaharuan pada tahun 2016 dan 2017, contohnya India yang menerima kesan penyahwangan dan pelaksanaan GST.

Secara umumnya, risiko terhadap prospek pertumbuhan global dijangka lebih seimbang. Ini berbeza daripada penilaian selama beberapa tahun lalu tentang tersebar luasnya risiko yang boleh menyebabkan pertumbuhan lebih perlahan. Dari aspek positif, dalam ekonomi maju, terdapat kemungkinan pelaburan akan terus meningkat, dan kadar upah bertambah disebabkan oleh pasaran pekerja yang semakin kukuh. Keadaan ini akan memberikan kesan positif kepada perbelanjaan perniagaan dan isi rumah, dan menjana lebih banyak limpahan kepada ekonomi global melalui perdagangan. Di samping itu, rancangan pentadbiran AS baru-baru ini untuk meningkatkan perbelanjaan bantuan bencana dan infrastruktur pada tahun fi skal 2018-2019 juga boleh menyebabkan risiko positif yang lebih tinggi terhadap prospek. Walau bagaimanapun, masih wujud beberapa risiko yang kekal dari tahun 2017. Pertama, terdapat ketidakpastian berhubung dengan impak pengembalian dasar monetari ke paras yang wajar secara serentak merentas ekonomi utama. Ekonomi global kini beralih daripada tahap keadaan monetari akomodatif yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pasaran kewangan mungkin mengalami pembetulan secara mendadak

Page 4: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

86 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

jika tindakan dasar tidak sejajar dengan jangkaan pelabur. Kedua, dasar perdagangan pandang ke dalam kekal menjadi ancaman terhadap perdagangan global. Risiko timbul terutamanya daripada langkah perlindungan oleh pentadbiran AS dan ketidakpastian di Eropah disebabkan oleh perjanjian perdagangan baharu UK-EU yang belum selesai serta pembentukan kerajaan-kerajaan utama. Akhir sekali, risiko geopolitik berhubung dengan konfl ik dalam negeri, serangan pengganas dan pertikaian wilayah masih menjadi isu. Keadaan ini boleh menjejaskan sentimen pasaran kewangan global dan melembapkan aktiviti ekonomi.

EKONOMI MALAYSIA

Dalam persekitaran yang positif ini, Malaysia diunjurkan terus berada pada landasan pertumbuhan yang stabil sebanyak 5.5% – 6.0% (2017: 5.9%).

Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 5.5% - 6.0% pada tahun 2018

Asas ekonomi yang kukuh, kepelbagaian struktur, dan dinamisme yang wujud terus menjadi faktor utama mendorong pertumbuhan ekonomi Malaysia. Bagi tahun 2018, prospek pertumbuhan ditingkatkan lagi dengan pengukuhan keadaan ekonomi global. Pertumbuhan akan disokong oleh pengembangan yang berterusan dalam aktiviti sektor swasta. Momentum pertumbuhan yang kukuh juga akan disokong oleh limpahan positif yang berterusan daripada sektor luaran kepada aktiviti ekonomi

dalam negeri. Prestasi perdagangan Malaysia akan mendapat manfaat daripada permintaan global yang menggalakkan, dedahan kepada kitaran teknologi global, dan kapasiti pengeluaran eksport baharu. Di dalam negeri, pertumbuhan pendapatan dan guna tenaga yang berterusan akan mengekalkan perbelanjaan isi rumah yang mampan, yang disokong pula oleh langkah-langkah Kerajaan yang berterusan dan sentimen pengguna yang bertambah baik. Aktiviti pelaburan swasta juga dijangka dapat dikekalkan melalui perbelanjaan modal bagi projek yang sedang dilaksanakan dan projek baharu, dalam keadaan sentimen perniagaan yang meningkat. Sebaliknya, perbelanjaan sektor awam dijangka sederhana berikutan usaha konsolidasi fi skal yang berterusan dan beberapa projek utama oleh syarikat awam yang hampir siap.

Prospek ekonomi juga dipengaruhi oleh beberapa risiko dari aspek positif yang berpunca daripada faktor-faktor luaran dan dalam negeri. Permintaan global yang lebih kukuh daripada jangkaan akan mencerahkan prospek bagi industri berorientasikan eksport. Keadaan ini boleh meningkatkan hasil dan keuntungan perniagaan dan pendapatan isi rumah, yang mengukuhkan lagi sentimen perniagaan dan pengguna. Potensi peningkatan dalam gaji minimum dan pelaksanaan kemudahan pengeluaran yang sedia ada dan baharu yang lebih cepat daripada jangkaan dalam pelbagai industri, termasuk minyak dan gas, perkilangan berasaskan sumber dan E&E, akan turut menyokong prospek pertumbuhan yang lebih baik. Namun begitu, risiko pertumbuhan menjadi perlahan masih wujud. Anjakan dasar monetari dan kawal selia yang tidak

Permintaan Dalam Negeri Kekal sebagai Pemacu Pertumbuhan

Pada tahun 2018, ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 5.5% – 6.0%. Perbelanjaan sektor swasta akan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan, disokong terutamanya oleh pertumbuhan upah dan guna tenaga yang berterusan, keyakinan perniagaan dan permintaan yang menggalakkan. Perbelanjaan sektor awam dijangka merosot disebabkan oleh penguncupan dalam pelaburan awam dalam keadaan pertumbuhan penggunaan awam yang lebih sederhana. Sektor luaran dijangka mendapat manfaat daripada pertumbuhan global yang lebih baik, dan akan menjana limpahan positif kepada aktiviti ekonomi dalam negeri.

Pertumbuhan penggunaan swasta dijangka kekal mampan pada 7.2% pada tahun 2018. Faktor utama yang akan menyokong perbelanjaan penggunaan sepanjang tahun ini termasuklah pertumbuhan yang berterusan dalam guna tenaga dan pendapatan, infl asi yang lebih rendah, dan sentimen yang bertambah baik. Khususnya, prestasi eksport yang kukuh dijangka menyokong upah dalam industri berorientasikan eksport dalam suasana pertumbuhan aktiviti ekonomi dalam negeri yang berterusan. Langkah-langkah Kerajaan yang berterusan juga akan meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah pada tahun 2018. Langkah-langkah ini termasuk pindahan tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diteruskan, pengurangan cukai pendapatan individu sebanyak dua mata peratusan bagi pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000 setahun, dan bayaran khas kepada semua penjawat awam dan pesara.

Page 5: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

87Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Pada tahun 2018, keadaan pasaran pekerja dijangka kekal menggalakkan dan menyokong pertumbuhan. Keadaan ini disokong oleh aktiviti ekonomi yang terus kukuh dan sentimen pengambilan pekerja yang bertambah baik. Guna tenaga dijangka terus berkembang, dan pertumbuhan pekerjaan akan cukup teguh untuk menyerap pekerja baharu ke dalam tenaga kerja. Oleh itu, kadar pengangguran secara relatifnya dijangka tidak berubah (3.2% - 3.5%; 2017a: 3.4%). Berkuat kuasa pada 1 Januari 2018, Malaysia telah melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan (Employment Insurance System, EIS) dan Aku Janji Majikan (Employers Undertaking). Tindakan ini kemudiannya akan disusuli oleh kajian semula upah minimum. Walaupun pembaharuan ini mungkin memerlukan sedikit pelarasan jangka pendek, tetapi langkah-langkah ini dianggap perlu untuk meletakkan pasaran pekerja Malaysia pada landasan yang lebih berdaya saing, berdaya tahan dan fl eksibel untuk masa depan.

Pertumbuhan pelaburan swasta dijangka kekal mampan pada 9.1% pada tahun 2018, disokong oleh perbelanjaan modal yang berterusan dan baharu dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, dan diperkukuh oleh sentimen perniagaan yang terus positif. Pelaburan perlombongan, walaupun kekal sederhana, dijangka kurang memberi tekanan kepada pertumbuhan berikutan peningkatan harga komoditi. Pelaburan dalam industri yang berorientasikan eksport (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat manfaat daripada pengembangan yang dijangka dalam pertumbuhan global. Mengikut jenis aset, pelaburan dalam jentera dan kelengkapan dijangka terus mendapat manfaat daripada langkah-langkah Kerajaan baru-baru ini untuk menggalakkan automasi dan inovasi. Pelaburan dalam struktur akan disokong terutamanya oleh projek berbilang tahun yang sedang dijalankan dalam sektor harta tanah secara umum.

Penggunaan awam dijangka mencatat pengembangan kecil sebanyak 0.6% pada tahun 2018 disebabkan oleh pertumbuhan emolumen yang lebih sederhana dalam keadaan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan yang berhemat. Perkara ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan untuk menyusun semula keutamaan dan merasionalisasikan perbelanjaan tidak kritikal.

Pelaburan awam diunjurkan menguncup sebanyak 3.2% disebabkan oleh perbelanjaan modal yang lebih rendah oleh syarikat awam berikutan projek berskala besar yang hampir siap. Pelaburan oleh Kerajaan Am dijangka meningkat, mencerminkan terutamanya pelaburan yang lebih tinggi untuk menambah baik infrastruktur awam dan rangkaian pengangkutan.

Jadual 1

KDNK Benar Mengikut Perbelanjaan (2010=100)

2017a 2017a 2018r 2017a 2018r

% daripadaKDNK

Perubahan tahunan (%)Sumbangan kepada pertumbuhan

(mata peratusan)

Permintaan Dalam Negeri1 92.2 6.5 5.7 6.0 5.3

Perbelanjaan sektor swasta 71.2 7.5 7.6 5.3 5.4

Penggunaan 53.7 7.0 7.2 3.7 3.8

Pelaburan 17.4 9.3 9.1 1.6 1.6

Perbelanjaan sektor awam 21.0 3.3 -0.9 0.7 -0.2

Penggunaan 13.0 5.4 0.6 0.7 0.1

Pelaburan 8.0 0.1 -3.2 0.0 -0.3

Perubahan dalam stok 0.0 0.0 0.0

Eksport Bersih Barangan dan Perkhidmatan 7.8 -1.1 5.5 -0.1 0.4

Eksport 72.9 9.6 8.8 6.7 6.4

Import 65.1 11.0 9.1 6.8 5.9

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Benar 100.0 5.9 5.5 ~ 6.0 5.9 5.5 ~ 6.0

1 Tidak termasuk stoka Awalanr Ramalan

Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

Page 6: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

88 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Pengembangan Berterusan Merentas Semua Sektor Ekonomi

Semua sektor ekonomi diunjurkan berkembang pada tahun 2018. Sektor perkhidmatan dan perkilangan kekal menjadi pendorong utama pertumbuhan keseluruhan.

Sektor perkhidmatan dijangka mencatat pengembangan yang mampan. Subsektor perdagangan borong dan runcit, makanan & minuman dan penginapan dijangka mendapat manfaat daripada keadaan pasaran guna tenaga yang menggalakkan. Pertumbuhan dalam subsektor maklumat dan komunikasi juga dijangka kekal kukuh, mencerminkan permintaan yang mampan terhadap perkhidmatan telekomunikasi dan komputer. Dalam subsektor pengangkutan dan penyimpanan, pertumbuhan akan didorong oleh kekukuhan aktiviti perdagangan yang berterusan.

Pertumbuhan dalam sektor perkilangan diunjurkan mampan. Dalam industri berorientasikan eksport, pertumbuhan akan disokong terutamanya oleh permintaan yang berterusan untuk keluaran berkaitan bahan kimia dalam kelompok keluaran berkaitan sumber asas. Pengeluaran produk E&E akan terus mampan, sejajar dengan jangkaan permintaan semikonduktor global akan kembali normal. Pertumbuhan juga akan disokong oleh kapasiti pengeluaran baharu dalam industri berasaskan sumber seperti petrokimia dan sarung tangan getah. Dalam industri berorientasikan dalam negeri, pertumbuhan akan didorong oleh pengeluaran bahan berkaitan pembinaan yang lebih tinggi untuk projek infrastruktur baharu dan yang sedang dijalankan serta kekuatan yang berterusan dalam permintaan untuk produk berkaitan makanan.

Sektor pembinaan dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh. Pertumbuhan ini akan dipacu terutamanya oleh projek kejuruteraan awam berbilang tahun yang berskala besar yang baharu dan sedia ada. Projek-projek ini sebahagian besarnya adalah dalam segmen pengangkutan dan utiliti.

Dalam sektor komoditi, sektor perlombongan dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi, mencerminkan peningkatan pengeluaran gas asli yang berterusan dari medan dan fasiliti pengeluaran gas baharu. Sektor pertanian dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih sederhana. Ini mencerminkan terutamanya pertumbuhan pengeluaran minyak sawit mentah akan kembali normal susulan peningkatan luar biasa selepas El Niño pada tahun 2017.

Jadual 1

KDNK Benar Mengikut Sektor (2010=100)

2017a 2017a 2018r 2017a 2018r

% daripadaKDNK

Perubahan tahunan(%)

Sumbangan kepada pertumbuhan

(mata peratusan)

Perkhidmatan 54.4 6.2 6.1 3.4 3.3

Perkilangan 23.0 6.0 5.9 1.4 1.4

Perlombongan dan pengkuarian 8.4 1.1 1.8 0.1 0.2

Pertanian 8.2 7.2 3.6 0.6 0.3

Pembinaan 4.6 6.7 7.3 0.3 0.3

KDNK Benar 100.01 5.9 5.5 ~ 6.0 5.91 5.5 ~ 6.0

1Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan dan pengecualian komponen duti import a Awalanr Ramalan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

Page 7: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

89Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Keluaran Potensi dan Jurang Keluaran Ekonomi Malaysia

Keluaran potensi ialah paras keluaran maksimum yang boleh dihasilkan oleh sesebuah ekonomi dengan sumber sedia ada yang merangkumi modal, pekerja dan teknologi, tanpa mewujudkan tekanan infl asi. Keluaran yang melangkaui potensi ini menunjukkan kemungkinan akan wujudnya tekanan infl asi, manakala keadaan sebaliknya mencerminkan tekanan disinfl asi. Memandangkan matlamat Bank adalah untuk mengekalkan kestabilan harga1, keluaran potensi dan perbezaan antara paras keluaran sebenar dengan keluaran potensi (juga dikenali sebagai jurang keluaran2) merupakan penunjuk infl asi yang penting.

Bank menganggarkan bahawa keluaran potensi Malaysia berkembang sebanyak 5.4% pada tahun 2017 (2016: 5.3%; purata 2010-2015: 5.0%), berikutan perbelanjaan modal yang lebih tinggi dalam sektor swasta dan sektor awam. Kadar pengembangan modal yang lebih cepat adalah selaras dengan permintaan yang lebih tinggi untuk sumber sedia ada, apabila pertumbuhan global yang mantap menghasilkan limpahan kepada ekonomi dalam negeri. Keadaan permintaan yang lebih kukuh dicerminkan oleh penggunaan kapasiti yang lebih tinggi dalam sektor perkilangan pada tahun 2017 (kadar purata penggunaan kapasiti yang diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia pada tahun 2017: 82.6%; 2016: 77.5%).

Meskipun pertumbuhan KDNK lebih cepat (2017: 5.9%; 2016: 4.2%), jurang keluaran kekal pada saiz yang sangat kecil pada tahun 2017 (2016: -0.6%), disebabkan oleh pertumbuhan lebih cepat ini berlaku serentak dengan peningkatan keluaran potensi. Kenaikan infl asi kepada 3.7% (2016: 2.1%) pada tahun 2017 sebahagian besarnya disebabkan oleh faktor kos (khususnya harga bahan api dalam negeri yang lebih tinggi dan harga komoditi global yang kembali pulih) dan dijangka menjadi sederhana selepas ini.

Melihat ke hadapan, jurang keluaran dijangka menjadi sedikit positif pada tahun 2018, selaras dengan momentum pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Namun demikian, pertumbuhan tenaga kerja yang berterusan dan pengembangan modal akan menghasilkan peningkatan keluaran potensi, lalu mengurangkan peningkatan tekanan infl asi yang didorong oleh permintaan.

Dalam jangka masa yang lebih panjang, kewujudan dasar-dasar yang seterusnya akan meningkatkan keluaran potensi, dan selanjutnya mengekalkan pertumbuhan ekonomi pada paras yang lebih tinggi. Beberapa dasar yang ada ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja dan menggalakkan penggunaan modal yang lebih cekap. Sebagai contoh, dasar untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan menggalakkan aktiviti ekonomi perkongsian akan meningkatkan penggunaan aset yang sebelum ini terbiar. Selain itu, inisiatif Kerajaan untuk mempercepat pembangunan ekonomi digital akan meningkatkan produktiviti. Antara lain, inisiatif ini termasuklah pelaksanaan Zon Perdagangan Bebas Digital (Digital Free Trade Zone, DFTZ) yang akan menyediakan platform digital bersepadu bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (Small and Medium Enterprises, SMEs) untuk membolehkan mereka mendapat akses ke pasaran global. Pembaharuan seperti ini akan menjamin kemampanan jangka panjang dan kualiti pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Rajah 1: Keluaran Sebenar dan Keluaran Potensi

Jurang keluaran menjadi sedikit positif pada tahun 2018

a Anggaranr Ramalan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan anggaran Bank Negara Malaysia

Jurang keluaran (skala kanan)

Keluaran sebenar Keluaran potensi

Tahun Pertumbuhan Tahunan Keluaran Potensi (%)

2016 5.32017a 5.42018r 5.0 ~ 5.5

-10

-5

0

5

0

50

100

150

200

250

300

350

1998 2002 2006 2010 2014 2018r

RM bilion % Potensi

Krisis Kewangan Asia

Krisis Kewangan GlobalLetusan GelembungTeknologi

Keluaran Potensi (skala kiri)

Keluaran Sebenar (skala kiri)

1 Akta Bank Negara Malaysia 2009.2 Defi nisi rasmi jurang keluaran ialah (Keluaran sebenar - Keluaran potensi)

Keluaran potensix 100%

Page 8: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

90 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

menggalakkan dalam ekonomi maju, peningkatan perlindungan perdagangan oleh rakan dagangan utama serta pertumbuhan yang lebih sederhana daripada jangkaan di RR China, boleh memberi kesan kepada kekuatan eksport Malaysia ke rakan perdagangan utama. Kemunculan semula ketidaktentuan harga komoditi atau pembetulan yang mendadak dalam pasaran kewangan antarabangsa juga boleh menjejaskan sentimen, seterusnya melemahkan kekuatan aktiviti ekonomi dalam negeri.

Malaysia masih berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi rintangan ini sekiranya risiko pertumbuhan yang perlahan menjadi kenyataan. Pengalaman masa lalu telah memperlihatkan bahawa Malaysia mempunyai keupayaan membuat penyesuaian dalam mengurus risiko-risiko ekonomi dan kewangan ini. Dasar strategik yang sangat mustahak dan pembaharuan struktur yang telah dilaksanakan selama ini telah mengurniakan ekonomi Malaysia dengan pelbagai sumber pertumbuhan, penampan yang lebih daripada mencukupi, dan rangka kerja dasar yang teguh. Pada masa hadapan, persekitaran ekonomi yang positif akan menyediakan ruang dasar yang cukup banyak kepada penggubal dasar untuk meneruskan pembaharuan yang diperlukan. Pasaran kewangan dalam negeri mempunyai daya tahan dan berada pada kedudukan yang baik untuk mengantara perubahan aliran modal yang besar, sekiranya berlaku peningkatan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan, dengan itu memelihara keadaan pasaran untuk menjadi lebih teratur bagi menyokong ekonomi sebenar. Pada asasnya, penggubal dasar mempunyai instrumen, keupayaan dan fl eksibiliti untuk melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan bagi mengemudi ekonomi ke arah pertumbuhan yang stabil.

SEKTOR LUARAN

Eksport dan lebihan akaun semasa Malaysia diunjur kekal kukuh pada tahun 2018

Sektor luaran dijangka terus berdaya tahan berikutan pengukuhan ekonomi global pada tahun 2018. Prestasi eksport Malaysia akan disokong oleh permintaan yang menggalakkan daripada rakan perdagangan utama, peningkatan yang berterusan dalam kitaran teknologi global, dan harga komoditi yang terus mampan. Eksport dan import kasar diunjurkan meningkat pada kadar yang lebih tinggi daripada trend purata, namun pada kadar yang lebih mampan, iaitu masing-masing

sebanyak 8.4% dan 8.6%. Dalam keadaan aktiviti perdagangan yang terus kukuh, lebihan barangan bagi akaun semasa dijangka meningkat. Walau bagaimanapun, defi sit dalam akaun perkhidmatan dan pendapatan akan terus mempengaruhi imbangan akaun semasa. Secara keseluruhannya, imbangan akaun semasa Malaysia dijangka mencatat lebihan 2.0 – 3.0% daripada PNK.

Eksport mendapat manfaat daripada permintaan luaran yang menggalakkan

Pertumbuhan eksport kasar Malaysia akan disokong oleh permintaan daripada rakan dagangan utama Malaysia, seperti AS, EU dan ekonomi serantau. Penambahbaikan secara meluas dalam penunjuk masa depan seperti indeks keyakinan perniagaan rakan perdagangan utama, indeks pengeluaran perkilangan dalam ekonomi maju dan serantau, serta indeks US Technology Pulse menunjukkan kekuatan eksport perkilangan yang berterusan pada suku awalan tahun 2018. Khususnya, pelaburan yang berterusan ekonomi maju akan memberi sokongan kepada kitaran elektronik global sewaktu rangsangan permintaan terhadap telefon pintar menurun. Eksport semikonduktor Malaysia (2017: 19.0% bahagian eksport kasar) akan mendapat manfaat yang besar daripada penggunaan meluas semikonduktor dalam automobil dan barangan elektronik pengguna seperti peranti berangkaian dan peralatan pintar. Maklumat yang diperoleh

Jadual 4.1

Perdagangan Luar Negeri

Purata 2012-2016

2017a 2018r

Perubahan tahunan (%)

Eksport kasar 2.5 18.9 8.4

antaranya:

Perkilangan 5.0 18.9 9.5

Pertanian -5.4 10.9 3.5

Mineral -5.7 23.9 3.7

Import kasar 4.1 19.9 8.6

antaranya:

Barangan modal 4.9 15.3 3.4

Barangan pengantara 0.8 20.0 5.8

Barangan penggunaan 10.5 6.1 2.5

Imbangan perdagangan (RM bilion)

85.9 97.2 104.2

a Awalanr Ramalan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

Page 9: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

91Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

daripada pengawasan ekonomi serantau oleh Bank membayangkan eksport semikonduktor untuk pasaran automotif berkemungkinan kekal kukuh disebabkan oleh pertambahan kandungan semikonduktor dalam kenderaan dan permintaan yang meningkat untuk sistem keselamatan kenderaan yang canggih, serta sistem maklumat hibur (infotainment) dan keselesaan. Bagi eksport bukan E&E seperti petroleum, bahan kimia dan produk logam, pertumbuhan akan disokong oleh permintaan yang mantap daripada kebanyakan negara serantau. Walau bagaimanapun, usaha pengimbangan semula oleh RR China (2017: 13.5% bahagian eksport kasar) mungkin memperlahankan eksport produk-produk ini.

Peningkatan dalam kapasiti produktif dalam negeri akan menyokong pertumbuhan eksport

Pengembangan kapasiti terutamanya dalam sektor perkilangan dan perlombongan berorientasikan eksport juga dijangka menyokong pertumbuhan eksport. Permulaan beberapa pelaburan yang diluluskan, termasuk sebuah talian pengeluaran E&E yang besar ke Malaysia akan menyumbang kepada eksport cip komunikasi tanpa wayar yang bernilai tinggi. Syarikat dalam industri perkilangan berasaskan sumber, seperti petrokimia dan sarung tangan getah, telah mengumumkan permulaan operasi loji pengilangan baharu. Peningkatan yang dijangkakan dalam pengeluaran minyak mentah dan LNG daripada kemudahan yang sedia ada dan baru bermula juga sedikit sebanyak akan memberikan sokongan kepada pertumbuhan jumlah eksport komoditi. Hasil daripada perkembangan ini, pertumbuhan dalam eksport perkilangan Malaysia dijangka kekal pada trend yang lebih tinggi daripada purata, walaupun kadarnya dijangka menurun. Sejajar dengan prestasi eksport perkilangan, import bagi input barangan pengantara akan terus berkembang untuk menampung pengeluaran perkilangan yang berorientasikan eksport.

Import disokong oleh pengembangan yang berterusan dalam permintaan dalam negeri

Import untuk input pengantara bagi pengeluaran dalam negeri1 akan disokong oleh perbelanjaan sektor swasta yang mampan. Import penggunaan juga akan

berkembang, mencerminkan permintaan isi rumah yang stabil untuk pakaian, makanan dan minuman yang diimport. Namun begitu, penurunan perbelanjaan modal oleh syarikat awam, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada import barangan modal memandangkan projek-projek utama hampir siap. Pertumbuhan yang sederhana dalam import barangan modal juga mencerminkan asas yang tinggi pada tahun 2017, disebabkan oleh penghantaran platform minyak dan gas pada suku pertama 2017.

Pertumbuhan harga komoditi yang lebih sederhana

Harga eksport komoditi utama dijangka mengambil haluan berbeza pada tahun 2018, selepas meningkat segerak dan melonjak dengan kukuh pada tahun 2017. Harga sumber galian akan terus meningkat, tetapi pada kadar yang lebih kecil berbanding dengan tahun 2017. Peningkatan harga yang secara relatif kecil akan menyumbang kepada pertumbuhan eksport minyak mentah yang lebih perlahan. Begitu juga kenaikan dalam harga LNG yang lebih perlahan akan menyebabkan pengembangan yang lebih sederhana dalam eksport LNG. Berbeza pula daripada harga eksport pertanian utama, terutamanya minyak sawit mentah (CPO) yang mungkin menurun mencerminkan paras inventori yang tinggi ekoran pemulihan output CPO yang berterusan selepas El Niño. Pertumbuhan yang lebih perlahan dalam harga komoditi juga akan ditunjukkan dalam eksport yang lebih rendah bagi hasil perkilangan berasaskan sumber (seperti petrokimia dan oleokimia) dan import barangan pengantara (seperti bahan api dan pelincir) yang menggunakan komoditi mentah ini sebagai bahan mentah.

Secara keseluruhannya, prospek eksport Malaysia akan terus kukuh, disokong oleh kekuatan yang berterusan dalam jumlah eksport dalam keadaan pertumbuhan harga eksport yang sederhana. Walaupun kadar pengembangan eksport dan import keseluruhan dijangka menyederhana, pertumbuhan ini masih melebihi prestasi purata lima tahun yang lalu. Hasilnya, lebihan akaun barangan dalam Imbangan Pembayaran diramalkan meningkat kepada RM120.5 bilion.

Akaun sektor perkhidmatan dijangka mencatat defisit yang lebih besar sebanyak RM23.2 bilion, berikutan pembayaran pengangkutan bersih

1 Berdasarkan jadual input-output 2010 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 51.7% daripada keseluruhan import kasar adalah untuk penggunaan domestik.

Page 10: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

92 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

yang lebih tinggi, kerana syarikat tempatan terus bergantung kepada penyedia tambang muatan asing untuk mengangkut barangan. Di samping itu, bayaran bagi perkhidmatan profesional dan teknikal juga dijangka meningkat apabila syarikat menggunakan khidmat kepakaran asing untuk pembinaan projek komersial mewah dan projek kejuruteraan awam yang menggunakan teknologi yang kompleks. Akaun perjalanan, yang merupakan akaun perkhidmatan yang mencatat lebihan terbesar, akan meningkat dengan jangkaan ketibaan pelancong yang lebih tinggi dan perbelanjaan per kapita yang meningkat. Tourism Malaysia menyasarkan ketibaan pelancong akan melonjak kepada 33.1 juta pada tahun 2018, daripada 25.9 juta pada tahun 2017.

Akaun pendapatan juga dijangka mencatat defisit yang lebih besar. Defisit pendapatan utama akan meningkat kepada RM39.1 bilion kerana syarikat multinasional yang diperbadankan di Malaysia dijangka terus memperoleh keuntungan yang besar, terutamanya dalam sektor perkilangan, selaras dengan permintaan global yang bertambah baik. Hal ini akan lebih daripada mengimbangi peningkatan pendapatan yang terakru kepada syarikat Malaysia yang melabur di luar negeri, khususnya dalam sektor perlombongan yang mencakupi lebih daripada satu pertiga daripada penerimaan pendapatan pelaburan. Akaun pendapatan sekunder dijangka mencatat defisit yang lebih besar sebanyak RM19.3 bilion disebabkan oleh pengiriman wang ke luar negeri yang lebih tinggi oleh pekerja asing.

PROSPEK INFLASI

Infl asi keseluruhan akan menjadi sederhana pada tahun 2018 berikutan kesan daripada faktor kos global yang lebih kecil

Inflasi keseluruhan dijangka berpurata antara 2.0%–3.0% pada tahun 2018 (2017: 3.7%). Walaupun harga tenaga dan komoditi global dijangka meningkat pada tahun 2018, tahap inflasinya yang lebih tinggi pada tahun 2017 akan menyebabkan kesan peningkatan harga ini menjadi lebih kecil kepada inflasi keseluruhan. Selain itu, kadar pertukaran ringgit yang lebih kukuh berbanding dengan tahun 2017 akan mengimbangi sebahagian kesan kenaikan harga tenaga dan komoditi global. Pengukuhan kadar pertukaran ringgit juga akan membendung kenaikan dalam kos import. Memandangkan inflasi dalam negeri bergantung pada trajektori harga minyak global, masih wujud banyak ketidakpastian tentang unjuran inflasi. Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, juga dijangka menurun pada tahun 2018 disebabkan oleh kesan pindahan kos yang lebih kecil kepada harga runcit berbanding dengan tahun sebelumnya. Tekanan inflasi daripada faktor permintaan dalam negeri akan dikekang oleh peningkatan produktiviti pekerja dan pelaburan berterusan untuk pengembangan kapasiti.

Harga minyak global dijangka meningkat pada tahun 2018 disokong oleh keadaan pasaran minyak global yang terus ketat berikutan pelanjutan perjanjian pengurangan pengeluaran minyak global antara Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dengan beberapa pengeluar bukan OPEC, terutamanya Rusia, sehingga akhir tahun 2018. Harga minyak juga akan disokong oleh permintaan minyak global yang lebih tinggi ekoran pertumbuhan ekonomi global yang bertambah baik. IMF mengunjurkan harga purata minyak mentah akan berada pada paras USD60 setong pada tahun 20182, peningkatan sebanyak 11.7% berbanding dengan tahun 2017 (2017: +23.1%). Walaupun harga minyak global yang lebih tinggi akan menyebabkan harga bahan api dalam negeri meningkat pada tahun 2018, asas yang lebih

2 Unjuran IMF disiarkan dalam IMF World Economic Outlook pada bulan Januari 2018. Harga ini merupakan harga purata bagi minyak mentah Dated Brent, West Texas Intermediate (WTI) dan Dubai Fateh, menggunakan wajaran yang sama.

Jadual 4.2

Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran1

Butiran (Bersih)2017a 2018r

RM bilion

Barangan 118.1 120.5

Perkhidmatan -23.1 -23.2

Pendapatan primer -36.1 -39.1

Pendapatan sekunder -18.6 -19.3

Imbangan akaun semasa 40.3 38.9

% daripada PNK 3.1 2.0 ~ 3.0

1 Data disusun mengikut Manual Imbangan Pembayaran dan Kedudukan Pelaburan Antarabangsa Edisi Keenam (BPM6) oleh Tabung

Kewangan Antarabangsa (IMF) a Awalan r Ramalan

Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

Page 11: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

93Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

tinggi bagi harga bahan api dalam negeri pada tahun 2017 dan pengukuhan kadar pertukaran ringgit pada tahun 2018 mungkin akan menyebabkan sumbangan harga bahan api dalam negeri kepada infl asi keseluruhan dalam negeri menjadi kecil.

Seperti harga minyak global, faktor kos luaran lain juga dijangka mencatat sedikit peningkatan. Permintaan makanan global yang lebih tinggi dalam keadaan bekalan yang mencukupi dijangka menyebabkan harga makanan meningkat sedikit pada tahun 2018. Selain itu, kadar infl asi berwajaran rakan import Malaysia diunjurkan meningkat sedikit pada tahun 2018, berikutan pemulihan dalam permintaan global yang berterusan. Walau bagaimanapun, bagi beberapa ekonomi utama, masih terdapat risiko berlakunya infl asi yang lebih tinggi daripada jangkaan kerana keadaan pasaran pekerja yang semakin ketat, yang mungkin akan mempercepat pertumbuhan upah dan seterusnya mewujudkan tekanan infl asi.

Peningkatan yang lebih kecil dalam faktor kos luaran ini dan pengukuhan kadar pertukaran ringgit dijangka menyebabkan persekitaran kos bagi fi rma menjadi lebih rendah. Walau bagaimanapun, dalam keadaan pertumbuhan permintaan dalam negeri yang mampan, sesetengah fi rma yang masih belum memindahkan sepenuhnya kos lebih tinggi yang ditanggung pada tahun-tahun sebelum ini mungkin akan terus menaikkan harga runcit pada tahun 2018. Namun begitu, tahap kenaikan harga yang disebabkan oleh faktor ini dijangka lebih kecil. Pasukan Pemantauan Ekonomi Wilayah (Regional Economic Surveillance, RES) Bank melaporkan bahawa dalam keadaan persaingan yang lebih sengit, fi rma merasakan lebih sukar untuk memindahkan kos yang lebih tinggi kepada harga runcit, kerana pengguna kini lebih peka pada perkembangan harga.

Pengembangan keadaan permintaan yang berterusan dijangka menyebabkan jurang keluaran menjadi sedikit positif pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, tekanan harga yang timbul daripada faktor permintaan dijangka terhad, kerana dikekang oleh peningkatan produktiviti pekerja dan pelaburan berterusan untuk meningkatkan kapasiti. Dalam pasaran pekerja, kadar pengangguran dijangka kekal stabil kerana tenaga kerja akan mengembang pada kadar yang sama dengan pertumbuhan guna tenaga yang tinggi. Selain itu, pertumbuhan upah dijangka kekal stabil. Persekutuan Majikan Malaysia3 (Malaysian Employers Federation,

MEF) melaporkan bahawa majikan menjangkakan purata kenaikan gaji sekitar 5.5% bagi tahun 2018 (2017: 5.5%). Keadaan stok modal yang ketat pada tahun 2017 juga dijangka tidak akan berterusan, ekoran peningkatan dalam keupayaan produktif fi rma. Pelaburan swasta meningkat 9.3% pada tahun 2017 (2016: 4.3%) dan dijangka terus berkembang pada tahun 2018, dengan itu meningkatkan lagi keupayaan produktif fi rma.

Walau bagaimanapun, prospek infl asi tertakluk kepada dua risiko utama. Dari segi luaran, peningkatan dalam harga minyak global yang lebih kukuh daripada jangkaan mungkin akan menyebabkan infl asi keseluruhan berpurata lebih tinggi. Pergerakan harga minyak global masih tidak menentu dan tertakluk kepada risiko geopolitik dan perkembangan dalam industri minyak syal di AS. Dalam negeri pula, pertumbuhan permintaan yang lebih kukuh daripada jangkaan mungkin akan mendorong kesan pindahan kos yang lebih besar kepada harga, dan menimbulkan risiko tekanan harga yang didorong oleh permintaan yang lebih tinggi.

DASAR MONETARI

Dasar monetari pada tahun 2018 akan tertumpu pada memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan dengan kestabilan harga

Prospek pertumbuhan ekonomi global dijangka lebih kukuh berbanding dengan setahun yang lalu. Pertumbuhan dijangka terus meluas, kukuh dan terselaras merentas rantau. Aktiviti ekonomi global yang bertambah mantap akan disokong oleh pelaburan yang lebih memberangsangkan dalam ekonomi maju. Ekonomi di Asia, termasuk Malaysia, akan terus mendapat manfaat daripada keteguhan perdagangan global biarpun pertumbuhan diramalkan menjadi sederhana sedikit berbanding dengan pertumbuhan kukuh yang dicatat pada tahun 2017.

Pada masa ini, prospek pertumbuhan global adalah lebih baik, berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini yang lebih dipengaruhi oleh risiko pertumbuhan yang lebih perlahan. Peningkatan besar dalam potensi yang lebih baik ini sebahagian besarnya dipengaruhi oleh prospek pertumbuhan upah yang meningkat dalam ekonomi maju dan limpahan besar daripada pertumbuhan yang kukuh dalam

3 Merujuk Kaji Selidik Gaji MEF untuk Eksekutif dan Bukan Eksekutif 2017. Angka kenaikan gaji yang digunakan ialah purata jangkaan majikan bagi kenaikan gaji eksekutif dan bukan eksekutif.

Page 12: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

94 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

ekonomi maju ke dalam ekonomi global menerusi perdagangan. Walau bagaimanapun, prospek akan terus dipengaruhi oleh kemungkinan bertambahnya ketidakpastian mengenai perkembangan geopolitik, kesan yang timbul berikutan ketegangan perdagangan, harga minyak dan komoditi global, serta peralihan aliran modal disebabkan oleh pengembalian dasar monetari ke paras yang wajar dalam beberapa ekonomi maju. Selain itu, kemungkinan berulangnya volatiliti dalam pasaran kewangan antarabangsa menimbulkan kebimbangan besar. Perkara ini mungkin tercetus sekiranya haluan dasar monetari dalam ekonomi maju untuk kembali ke paras yang wajar tersasar daripada jangkaan asal, risiko geopolitik yang meningkat dan pembetulan aset kewangan yang terlebih nilai pada peringkat global. Setelah mengambil kira kesemua faktor tersebut, risiko kepada prospek pertumbuhan global pada keseluruhannya adalah seimbang.

Ekonomi Malaysia dijangka mengalami momentum pertumbuhan yang berterusan pada tahun 2018 dalam julat 5.5% – 6.0%, selepas mencatat kadar perkembangan yang di luar jangkaan pada tahun 2017. Permintaan dalam negeri akan terus memacu pertumbuhan, disokong oleh keadaan pendapatan dan guna tenaga yang memberangsangkan, serta projek infrastruktur yang baharu dan yang sedang dilaksanakan dan perbelanjaan modal. Pertumbuhan eksport dijangka menjadi sederhana4, tetapi masih melebihi purata jangka panjang5. Ekonomi dalam negeri akan terus mendapat manfaat daripada limpahan positif daripada sektor luaran, terutamanya daripada pelaburan yang berterusan oleh firma untuk mengembangkan kapasiti produktif mereka bagi memenuhi permintaan global.

Sentimen pengguna dan perniagaan yang bertambah baik juga memberi petanda pertumbuhan perbelanjaan swasta yang lebih kukuh. Namun begitu, sentimen pengguna masih belum mencecah ambang optimis6, dan ini boleh menjejaskan prospek

penggunaan swasta. Sentimen pengguna yang lembap mungkin sebahagiannya mencerminkan isu pengagihan pertumbuhan dan pendapatan yang perlu ditangani oleh dasar struktur. Namun begitu, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) menyedari akan pentingnya usaha untuk memantau bagaimana dasar monetari boleh saling mempengaruhi isu-isu sedemikian. Setelah memberi pertimbangan pada faktor-faktor ini dengan prospek pertumbuhan global yang optimistik dan permintaan dalam negeri yang mampan, prestasi keseluruhan pertumbuhan dalam negeri dijangka berada pada landasan pertumbuhan yang mapan.

Purata inflasi keseluruhan diunjurkan lebih rendah, dalam julat 2.0% – 3.0% pada tahun 2018. Inflasi yang lebih rendah berbanding dengan tahun 2017 disebabkan terutamanya oleh sumbangan yang lebih kecil daripada harga tenaga dan komoditi global. Pengukuhan kadar pertukaran ringgit berbanding tahun 2017 juga akan mengurangkan kos import. Tekanan inflasi daripada faktor permintaan dalam negeri akan dibendung oleh produktiviti pekerja yang bertambah baik dan pelaburan yang berterusan untuk menambah kapasiti. Namun begitu, prospek inflasi bergantung pada trajektori harga minyak global yang amat tidak menentu.

Memandangkan prospek makroekonomi yang kekal positif dan kadar pertumbuhan yang kukuh, MPC mengambil keputusan untuk mengembalikan dasar akomodatif monetari ke paras yang wajar pada mesyuarat MPC bulan Januari 2018. MPC menaikkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25%. Ini adalah sejajar dengan tumpuan dasar monetari untuk tahun ini, iaitu bagi memastikan pendirian dasar monetari adalah sesuai untuk prospek pertumbuhan mampan pada masa hadapan. MPC juga menyedari akan perlunya untuk mengelak daripada berlakunya pertambahan risiko yang mungkin timbul daripada kadar faedah yang terlalu rendah untuk tempoh masa yang lama, meskipun risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa ini masih terkawal.

Paras OPR semasa akan terus menyokong ekonomi Malaysia. MPC akan memantau dengan teliti prospek ekonomi, termasuklah impak pelarasan OPR pada bulan Januari 2018. Operasi monetari Bank akan terus memastikan mudah tunai sistem kewangan dalam negeri kekal mencukupi untuk menyokong pasaran kewangan domestik supaya berfungsi secara teratur.

4 Pertumbuhan eksport yang dijangka menjadi sederhana sebahagiannya disebabkan oleh asas yang tinggi pada tahun 2017 dan sokongan yang merosot daripada harga komoditi.

5 Merujuk kepada purata 5 tahun (2012-2016: 2.5%) dan purata 10 tahun (2007-2016: 3.3%).

6 Indeks Sentimen Pengguna Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (Malaysian Institute of Economic Research (MIER) Consumer Sentiments Index) pada suku keempat tahun 2017, Indeks Keyakinan Pengguna Nielsen (Nielsen Consumer Confi dence Index) pada suku ketiga tahun 2017 dan Indeks Keyakinan Pengguna Mastercard (Mastercard Index of Consumer Confi dence) pada separuh kedua tahun 2017, kesemuanya di bawah ambang optimis.

Page 13: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

95Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

DASAR FISKAL

Sasaran defi sit fi skal yang lebih rendah sebanyak 2.8% daripada KDNK pada tahun 2018

Dasar fiskal pada tahun 2018 akan terus memberikan tumpuan pada pengukuhan kedudukan fiskal Kerajaan, di samping memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan lebih inklusif. Selaras dengan persekitaran pertumbuhan yang mantap, defisit fiskal Kerajaan Persekutuan dijangka terus mengecil kepada 2.8% daripada KDNK pada tahun 2018 (2017: -3.0%, dari paras defi sit tertinggi 6.7% daripada KDNK pada tahun 2009), disokong oleh hasil yang meningkat dengan lebih tinggi. Konsolidasi fi skal bagi tahun kesembilan berturut-turut ini mencerminkan komitmen Kerajaan ke arah pembaharuan fi skal.

Pembaharuan fi skal sejak beberapa tahun yang lalu telah memastikan Kerajaan mengekalkan kedudukan fi skalnya pada landasan konsolidasi. Pembaharuan ini dicapai melalui inisiatif untuk mengoptimumkan perbelanjaan dan meningkatkan hasil. Pertumbuhan yang sederhana bagi item utama perbelanjaan mengurus mencerminkan usaha Kerajaan untuk mengawal perbelanjaan. Bahagian perbelanjaan mengurus sebagai peratusan KDNK menurun kepada 16.1% pada tahun 2017 berbanding dengan 17.1% pada tahun 2016 disebabkan oleh rasionalisasi subsidi dan pengurangan perbelanjaan yang tidak kritikal untuk geran dan pindahan. Bagi tahun 2018, bahagian perbelanjaan mengurus dijangka berjumlah 16.2% daripada KDNK. Kerajaan juga terus mempelbagaikan sumber hasilnya melalui pengenalan langkah-langkah baharu yang termasuk lelongan spektrum7, permit masuk kenderaan dan cukai pelancongan. Langkah untuk menambah baik pematuhan cukai telah diperkukuh lagi oleh Pengaturan Perisikan Kutipan (Collection Intelligence Arrangement, CIA) melalui perkongsian maklumat bersepadu merangkumi Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Seperti yang digariskan dalam Bajet 2018, sumber fi skal pada tahun 2018 akan mengutamakan projek-projek

infrastruktur dengan kesan pengganda yang besar, program yang membina keupayaan dan inisiatif untuk meningkatkan produktiviti. Antara projek tersebut ialah projek infrastruktur awam seperti lebuh raya, landasan kereta api dan pengangkutan awam di kawasan bandar8. Bagi memperkukuh revolusi perindustrian keempat (Revolusi Perindustrian 4.0) dan ekonomi digital, Kerajaan akan terus menggalakkan langkah-langkah untuk memberikan insentif bagi mendorong

7 Lelongan spektrum ialah proses yang dilakukan oleh Kerajaan dengan cara melelong hak kepada syarikat untuk menggunakan frekuensi radio atau gelombang radio tertentu, untuk pelbagai tujuan termasuk telekomunikasi, aeronautik, dan penggunaan industri. Lelongan yang dirangka dengan baik boleh menguntukkan sumber dengan cekap kepada pihak yang paling menghargai sumber tersebut, di samping menjana hasil untuk Kerajaan.

8 Projek infrastruktur awam termasuk Lebuhraya Pan Borneo, Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (East Coast Rail Link, ECRL), Rel Berkelajuan Tinggi (High Speed Rail, HSR) dan Transit Aliran Massa Laluan 2 (Mass Rapid Transit Line 2, MRT2).

RM bilion

Rajah 4.1: Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan

RM bilion

% daripada KDNK

Bahagian perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan sebagai peratusan daripada KDNK telah menurun secara beransur-ansur sejak tahun 2012

% daripada KDNK (skala kanan)

a Awalan

B Bajet

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

153.5

217.7 234.3

19.9

16.1 16.2

0

5

10

15

20

25

0

50

100

150

200

250

2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017a 2018B

RM bilion

Rajah 4.2: Hasil Kerajaan Persekutuan

% daripada jumlah hasil

Bahagian hasil berkaitan minyak telah menurun didorong oleh langkah mempelbagaikan hasil

Lain-lainHasil berkaitan minyak

GSTCukai pendapatan individuCukai pendapatan syarikat

Bahagian hasil berkaitanminyak (skala kanan)

a Awalan

B Bajet

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

159.8

220.4239.9

40.2

15.7 15.7

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

0

50

100

150

200

250

2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017a 2018B

Page 14: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

96 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

inovasi dan automasi9 untuk meningkatkan daya saing Malaysia. Penekanan juga diberikan pada pembangunan modal insan melalui peningkatan pelbagai program pasaran pekerja aktif10 selaras dengan aspirasi Transformasi Nasional 205011, supaya sumber ditumpukan pada pembangunan kemahiran yang berkaitan dengan masa depan.

Bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif, Bajet ini juga menyalurkan bantuan kepada segmen berpendapatan rendah dan sederhana melalui program peningkatan kebajikan dan bantuan fi skal12. Program ini akan memberikan sokongan kepada perbelanjaan penggunaan swasta memandangkan

9 Insentif ini termasuk geran yang sepadan di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik untuk meningkatkan kemudahan perkilangan pintar dan skim Pembiayaan Teknologi Hijau untuk menggalakkan pelaburan dalam industri teknologi hijau.

10 Contoh termasuk pelaksanaan Pelan Induk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical Vocational Education Training, TVET), penubuhan pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (Science, Technology, Engineering, and Mathematics, STEM), serta program perantisan dan temu duga terbuka di bawah Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).

11 Transformasi Nasional 2050 (TN50) ialah inisiatif untuk merancang masa depan Malaysia dalam tempoh antara tahun 2020 hingga 2050.

12 Program peningkatan kebajikan dan bantuan fi skal termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pengurangan 2 mata peratusan dalam cukai pendapatan bagi kumpulan pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.

Tahun ini merupakan tahun kesembilan berturut-turut bagi konsolidasi fiskal

% daripada KDNK% daripada KDNK

Hutang luar negeri1Hutang dalam negeri Imbangan keseluruhan(skala kanan)

-4.6

-6.7

-5.3-4.7 -4.3

-3.8 -3.4 -3.2 -3.1 -3.0 -2.8

-8

-6

-4

-2

0

2

4

6

8

-60

-40

-20

0

20

40

60

2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017a 2018B

52.7% 50.8%

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

1 Hutang luar negeri terdiri daripada hutang mata wang asing (peminjaman luar pesisir) dan pemegangan hutang Kerajaan Persekutuan dalam denominasi ringgit oleh bukan pemastautin (Sekuriti Kerajaan Malaysia, Terbitan Pelaburan Kerajaan, Bil -bil Perbendaharaan dan Sukuk Perumahan Kerajaan)

a AwalanB Bajet

Rajah 4.3: Imbangan Fiskal dan Hutang Kerajaan Persekutuan

RM bilion Perubahan tahunan (%)

2017a 2018B 2017a 2018B

Harga minyak (USD/tong) 50 52

Hasil 220.4 239.9 3.8 8.8

Jumlah perbelanjaan 262.6 280.3 4.1 6.7

Perbelanjaan mengurus 217.7 234.3 3.6 7.6

Perbelanjaan pembangunan kasar 44.9 46.0 6.9 2.5

Terimaan balik pinjaman 1.9 0.6

Imbangan keseluruhan -40.3 -39.8

% daripada KDNK -3.0 -2.8

Sumber pembiayaan:

Peminjaman dalam negeri bersih 40.8 -

Peminjaman luar negeri bersih -0.3 -

Harta boleh jual1 dan pelarasan -0.1 -

1 Tanda negatif (-) menunjukkan pertambahan dalam aseta AwalanB BajetNota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Jadual 4.3: Kewangan Kerajaan Persekutuan

Page 15: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

97Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

kecenderungan mengguna sut (marginal propensity to consume) yang lebih tinggi bagi segmen ini. Bagi menampung keupayaan kumpulan yang kurang mendapat perkhidmatan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, bantuan sosioekonomi juga disalurkan melalui pelbagai program, termasuk program perumahan mampu milik13 dan sokongan pendidikan14.

Kerajaan telah menunjukkan komitmennya terhadap rancangan konsolidasi fi skal untuk mencapai bajet yang hampir seimbang dalam jangka masa sederhana. Bagi mencapai matlamat ini, penerapan Kerangka Fiskal

13 Skim perumahan mampu milik termasuk Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mesra Rakyat, PR1MA dan PPA1M.

14 Kerajaan telah mengumumkan geran sepadan sebanyak RM500 bagi pencarum berumur antara 7-12 tahun di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M).

Jangka Sederhana sejak tahun 2015 dapat menambah baik komunikasi dan meningkatkan ketelusan mengenai haluan dasar fi skal. Walau bagaimanapun, penambahbaikan selanjutnya terhadap Kerangka Fiskal Jangka Sederhana adalah kritikal. Penambahbaikan ini adalah untuk memastikan bahawa perbelanjaan bagi pelbagai program dan projek, terutamanya yang melebihi tempoh perancangan tahunan, akan kekal dalam lingkungan perbelanjaan yang diperuntukkan. Usaha ini akan memberikan fl eksibiliti fi skal dan menyokong Jawatankuasa Dasar Fiskal dalam memastikan kemampanan kewangan awam dan keberkesanan dasar fi skal Kerajaan.

Page 16: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

98 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Gaji Kehidupan Wajar: Bukan Sekadar Menampung Keperluan Asas

Oleh Eilyn Chong dan Farina Adam Khong

Pengenalan

Konsep taraf hidup ‘minimum yang boleh diterima’ melangkaui kemampuan untuk menampung keperluan asas, seperti makanan, pakaian, dan tempat berlindung1. Taraf hidup ini harus merangkumi keupayaan untuk berinteraksi dalam masyarakat secara bermakna, peluang untuk pembangunan diri dan keluarga, dan kebebasan daripada tekanan kewangan yang teruk. Pada masa yang sama, taraf hidup ini harus mencerminkan keperluan dan bukannya kemahuan. Oleh itu, taraf hidup ini tidak mengambil kira kos gaya hidup, yang merupakan perbelanjaan untuk memenuhi keinginan taraf hidup idaman (Rajah 1).

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, banyak pekerja yang bergaji rendah di beberapa negara mengalami kesukaran untuk mencapai taraf hidup minimum yang boleh diterima oleh masyarakat setempat. Perkembangan ini telah mendorong pelaksanaan gaji kehidupan wajar (the living wage), iaitu tahap gaji yang mampu menanggung taraf hidup tersebut. Rencana ini akan menerangkan motivasi untuk memperkenalkan gaji kehidupan wajar, anggaran aras gaji kehidupan wajar yang sesuai bagi Kuala Lumpur, pengalaman antarabangsa yang menerima pakai gaji kehidupan wajar, dan impak potensi terhadap ekonomi, majikan, dan pekerja. Gaji kehidupan wajar ialah istilah yang digunakan dalam pengajian untuk menerangkan tahap pendapatan yang diperlukan oleh isi rumah agar mampu memperoleh taraf hidup minimum yang boleh diterima. Secara praktiknya, taraf hidup ini boleh dicapai melalui pelbagai sumber pendapatan selain gaji, seperti manfaat kerja bukan gaji dan bantuan sosial. Bagi memudahkan perbincangan, rencana ini akan menggunakan istilah ‘gaji kehidupan wajar’ untuk membawa makna pendapatan daripada semua sumber; iaitu gaji, manfaat, dan juga pendapatan daripada sumber lain.

Pada tahun 2016, keluarga yang terdiri daripada dua orang dewasa bekerja dan dua kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) perlu membuat hampir empat pekerjaan sepenuh masa yang membayar gaji minimum untuk mencapai gaji kehidupan wajar (Glasmeier dan Nadeau, 2017). Pada tahun 2017, lebih satu perlima daripada pekerja di United Kingdom (UK) masih berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar (IHS Markit, 2017).

Di Malaysia, purata pendapatan bulanan isi rumah dalam kumpulan pendapatan 40% terendah telah menunjukkan peningkatan yang ketara sebanyak 6% setahun antara tahun 2014 dengan tahun 2016. Namun begitu, pertumbuhan 6% ini dari segi amaun tidaklah banyak kerana asas yang rendah. Dalam nilai

1 Bank Dunia menghitung garis kemiskinan global berdasarkan kos makanan, pakaian, dan tempat tinggal yang asas.

Rajah 1: Konsep Taraf Hidup yang Berlainan

Gaji kehidupan wajar ialah tahap gaji yang mampu menanggung taraf hidup minimum yang boleh diterima

Sumber: Bank Negara Malaysia

Idaman

Minimum yang boleh diterima

Asas

Taraf hidup yang lebih tinggi

Kualiti kehidupan yang lebih baik

Interaksi dalam masyarakat

Pembangunan diri dan keluarga

Kebebasan daripada tekanan kewangan yang teruk

Keperluan asas (makanan, pakaian, dan tempat berlindung)

Page 17: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

99Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

mutlak, pendapatan bulanan bagi kumpulan ini meningkat daripada RM2,537 kepada RM2,848, yang bersamaan dengan peningkatan purata yang kecil kira-kira RM150 setahun berbanding dengan kumpulan pendapatan lain2. Selepas mengambil kira kenaikan kos sara hidup, isi rumah dalam kumpulan pendapatan 40% terendah mengalami pertumbuhan dalam pendapatan sebenar sebanyak 3.8%. Bagi sesetengah isi rumah, terutamanya yang mempunyai tanggungan tambahan, peningkatan pendapatan yang kecil ini mungkin mencukupi untuk menampung kenaikan harga keperluan asas tetapi tidak dapat mencapai taraf hidup minimum yang boleh diterima3.

Memandangkan Malaysia semakin hampir untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, sudah sampai masanya negara menanam hasrat supaya rakyat sekurang-kurangnya dapat mencapai taraf hidup minimum yang boleh diterima. Peruntukan gaji kehidupan wajar merupakan satu langkah ke arah matlamat tersebut. Dengan menggunakan gaji kehidupan wajar ini sebagai penanda aras untuk menilai kecukupan gaji semasa dan bantuan sosial, pengalaman antarabangsa menunjukkan bahawa gaji kehidupan wajar berpotensi untuk memberi maklumat, mencabar, dan menambah baik dasar ke arah mencapai taraf hidup minimum yang boleh diterima. Oleh itu, pertimbangan yang besar diperlukan untuk mengira aras gaji kehidupan wajar yang sesuai.

Motivasi gaji kehidupan wajar

Pelbagai ketidaksempurnaan pasaran, seperti kuasa pasaran yang tidak seimbang dan kekangan mobiliti buruh, boleh merendahkan gaji dengan memihak kepada majikan. Sokongan terhadap gaji kehidupan wajar adalah sangat kuat semasa Revolusi Perindustrian British pada abad ke-18, sebagai tindak balas kepada gaji yang rendah dan keadaan kerja yang buruk untuk buruh kasar. Tuntutan terhadap gaji kehidupan wajar sejak dua dekad yang lalu mencerminkan usaha yang diperbaharui untuk membolehkan para pekerja mampu memperoleh taraf hidup minimum yang boleh diterima. Ini berlaku dalam keadaan sejumlah besar pekerja sepenuh masa yang dibayar gaji yang rendah memohon bantuan sosial (Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organization, ILO), 2014). Tumpuan kekayaan yang meningkat dalam kalangan mereka yang berpendapatan tinggi dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang teguh telah meluaskan jurang ketidaksamaan dalam banyak negara maju. Dalam negara ini, ketidaksamaan pendapatan itu menjadi salah satu faktor utama yang mendorong kepada perlunya satu rangka kerja gaji kehidupan wajar.

Masyarakat moden mengakui bahawa taraf hidup minimum yang boleh diterima bukanlah hanya sekadar mampu memenuhi keperluan asas, tetapi juga harus menyediakan peluang untuk turut serta dalam masyarakat dari segi sosial dan perlindungan kewangan. Dari segi sosial, tahap minimum yang boleh diterima termasuk kemampuan untuk menziarah keluarga dan sahabat handai semasa musim perayaan, dan berupaya membeli hadiah sekali-sekala untuk ahli keluarga, misalnya semasa sambutan hari jadi atau berziarah. Di samping itu, beban kewangan tidak seharusnya menjadi punca tekanan yang berterusan. Rajah 2 merumuskan beberapa motivasi yang menyokong pelaksanaan gaji kehidupan wajar di beberapa negara.

Selain membolehkan pekerja mendapat taraf hidup yang minimum yang boleh diterima, gaji kehidupan wajar juga boleh memberi kesan positif kepada ekonomi yang lebih meluas. Ini termasuk pengurangan dalam kadar pusing ganti pekerja dan peningkatan semangat dan produktiviti pekerja4.

2 Isi rumah dalam kumpulan pendapatan 40% pertengahan dan 20% teratas masing-masing mengalami peningkatan purata dalam pendapatan bulanan sebanyak RM420 setahun dan RM892 setahun. Sumber: Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia.

3 Sebagai contoh, peningkatan dalam pendapatan mungkin tidak dapat menampung peningkatan dalam perbelanjaan berikutan pengembangan saiz keluarga.

4 Beberapa kajian di AS menunjukkan kadar pusing ganti pekerja syarikat jatuh dengan ketara berikutan pelaksanaan gaji kehidupan wajar yang menghasilkan peningkatan produktiviti (Brenner dan Luce, 2005; Reich, Hall dan Jacobs, 2005; Fairris, 2005). Satu kajian di AS juga mendapati bahawa bayaran gaji kehidupan wajar meningkatkan semangat pekerja dan merangsang produktiviti (Brenner dan Luce, 2005).

Page 18: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

100 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Menganggarkan gaji kehidupan wajar yang wajar di Kuala Lumpur

Salah satu proses penting dalam membentuk rangka kerja gaji kehidupan wajar adalah dengan menganggarkan satu aras gaji yang mewakili taraf hidup minimum yang boleh diterima. Walaupun pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menganggar gaji kehidupan wajar, kaedah-kaedah ini biasanya mengikuti pendekatan standard seperti yang digambarkan dalam carta aliran (Rajah 3). Langkah pertama adalah untuk menentukan sama ada terdapat variasi yang ketara dalam harga dan taraf hidup merentas lokasi dan komposisi isi rumah, yang boleh dijadikan faktor untuk mengira anggaran yang berbeza bagi gaji kehidupan wajar. Langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan satu bakul barangan dan perkhidmatan yang mewakili taraf hidup minimum yang boleh diterima oleh masyarakat umum. Biasanya maklumat diambil daripada standard keperluan asas yang diiktiraf secara umum, pendapat pakar, maklum balas orang ramai, dan data tentang perbelanjaan isi rumah. Disebabkan keperluan isi rumah yang pelbagai, sesi

Perbezaan antara gaji kehidupan wajar, gaji minimum, dan pendapatan idaman

Pada praktiknya, gaji kehidupan wajar berbeza daripada gaji minimum dalam beberapa aspek. Pertama, gaji kehidupan wajar lazimnya bukanlah satu keperluan berkanun kepada ekonomi, tidak seperti gaji minimum5. Kedua, gaji kehidupan wajar tidak hanya merujuk kepada aras ganjaran minimum, tetapi juga taraf hidup minimum yang boleh diterima (ILO, 2014). Maka, kadar gaji kehidupan wajar biasanya lebih tinggi daripada kadar gaji minimum, terutamanya jika kadar gaji minimum jarang dikemas kini selaras dengan peningkatan kos sara hidup. Ketiga, penentuan gaji kehidupan wajar adalah bersandarkan terutamanya pada kos sara hidup, manakala gaji minimum memberi pertimbangan kepada faktor tambahan, seperti kesannya kepada guna tenaga dan pewujudan pekerjaan (ILO, 2014) kerana gaji minimum merupakan suatu keperluan perundangan.

Dari segi kemampuan mencapai taraf hidup tertentu, gaji kehidupan wajar adalah bertujuan untuk mengekalkan taraf hidup minimum yang diterima oleh masyarakat, bukan sekadar memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan tempat berlindung. Pendapatan idaman adalah lebih daripada itu: pendapatan idaman dapat memenuhi gaya hidup melebihi tahap minimum yang boleh diterima oleh masyarakat, termasuk perbelanjaan untuk membeli alat teknologi terkini atau melancong ke luar negara.

5 Kerajaan UK memperkenalkan Gaji Kehidupan Wajar Kebangsaan (National Living Wage) yang wajib, iaitu kadar gaji minimum yang lebih tinggi untuk pekerja berusia 25 tahun ke atas. Kadar Gaji Kehidupan Wajar Kebangsaan adalah lebih rendah daripada anggaran Kadar Gaji Kehidupan Wajar Sebenar yang dihitung oleh Living Wage Foundation UK.

Kanada New Zealand United Kingdom

Rajah 2: Motivasi Gaji Kehidupan Wajar di Kanada, New Zealand dan United Kingdom

Taraf hidup minimum yang boleh diterima juga harus menyediakan peluang untuk berinteraksi dalam masyarakat dan perlindungan kewangan

Sumber: Living Wage Canada; Living Wage New Zealand; dan Living Wage Foundation, United Kingdom

yang munasabah asas hidup

Page 19: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

101Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

interaksi dengan isi rumah daripada latar belakang yang berlainan adalah mustahak bagi menentukan item yang dianggap sebagai keperluan dan bagi membezakannya daripada item yang dianggap sebagai idaman. Interaksi dengan isi rumah lazimnya dijalankan melalui perbincangan kumpulan fokus (focus group discussions), seperti yang dilakukan secara meluas di UK untuk 11 jenis isi rumah (Bradshaw et. al., 2008).

1

2

3

Mengemas kini anggaran gaji kehidupan wajar secara berkala4

Sumber: Bank Negara Malaysia

Rajah 3: Pendekatan Standard untuk Menganggar Aras Gaji Kehidupan Wajar

Pendekatan standard yang digunakan untuk menganggar gaji kehidupan wajar melibatkan empat langkah-langkah berikut

Menentukan sama ada terdapat variasi yang ketara dalam harga dan taraf hidup merentas lokasi dan komposisi isi rumah

Mendapatkan bakul barangan dan perkhidmatan yang mewakili taraf hidup minimum yang boleh diterima

Mengira jumlah kos bagi bakul barangan dan perkhidmatan tersebut

Langkah seterusnya adalah untuk mengira jumlah kos bagi bakul barangan dan perkhidmatan tersebut berdasarkan aras harga semasa. Statistik harga rasmi biasanya digunakan untuk tujuan tersebut. Anggaran ini dan andaian asas akan disahkan melalui perbincangan kumpulan fokus. Akhir sekali, anggaran gaji kehidupan wajar dikemas kini secara berkala untuk mengambil kira kadar infl asi. Anggaran tersebut juga akan dikaji semula untuk mempertimbangkan perubahan dalam norma-norma sosial, memandangkan tahap pembandaran yang semakin meningkat boleh mempengaruhi komposisi bakul barangan dan perkhidmatan isi rumah dengan ketara. Sebagai contoh, isi rumah di UK baru-baru ini telah menyatakan betapa sukarnya untuk tinggal berhampiran dengan tempat kerja mereka kerana pilihan perumahan yang terhad, menyebabkan peningkatan dalam kos perjalanan ke tempat kerja dan untuk aktiviti sosial yang lain (Davis, Hill, Hirsch dan Padley, 2016).

Bagi mendapatkan anggaran awal gaji kehidupan wajar di Kuala Lumpur pada tahun 2016, pendekatan yang standard digunakan untuk tiga jenis isi rumah: dewasa bujang, pasangan tanpa anak, dan pasangan dengan dua orang anak. Pertama, suatu bakul barangan dan perkhidmatan dibentuk yang mencerminkan corak penggunaan purata bagi setiap jenis isi rumah di Kuala Lumpur. Kedua, kos bakul barangan dan perkhidmatan ini dianggar dengan menggunakan data yang sedia ada daripada pelbagai sumber, seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), dan Pusat Maklumat Harta Nasional (NAPIC). Seterusnya, wakil daripada tiga jenis isi rumah dirujuk melalui perbincangan kumpulan fokus untuk mengenal pasti bakul barangan dan perkhidmatan yang mencerminkan dengan lebih tepat taraf hidup minimum yang boleh diterima oleh mereka. Mereka juga diminta untuk menganggarkan belanjawan yang diperlukan untuk mendapatkan bakul barangan dan perkhidmatan tersebut. Anggaran dalaman disahkan dengan maklum balas daripada perbincangan kumpulan fokus.

Page 20: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

102 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

6 Isi rumah yang mempunyai lebih daripada dua orang diandaikan berkongsi beberapa perbelanjaan, seperti utiliti. Oleh yang demikian, anggaran gaji kehidupan wajar untuk isi rumah yang lebih besar bukanlah hasil pendaraban anggaran bagi isi rumah dewasa bujang.

7 Kereta keluaran tempatan mampu milik biasanya kecil dan direka untuk mempunyai kos operasi yang rendah. Contoh termasuk Perodua Axia.

Jadual 1: Anggaran Awal Gaji Kehidupan Wajar di Kuala Lumpur pada Tahun 2016

Di Kuala Lumpur, anggaran awal gaji kehidupan wajar adalah antara RM2,700 dan RM6,500 sebulan

Dewasa bujang Pasangan tanpa anak Pasangan dengan dua orang anak

Anggaran gaji kehidupan wajar di Kuala Lumpur (RM/bulan)

2,700 4,500 6,500

Andaian utama untuk bakul barangan dan perkhidmatan

• Menyewa sebuah bilik• Lebih kerap makan di luar,

sesekali memasak• Lebih banyak

menggunakan pengangkutan awam

• Menyewa pangsapuri satu bilik

• Kerap makan di luar rumah• Memiliki dua kenderaan

(motosikal dan kereta)

• Menyewa pangsapuri tiga bilik• Kerap memasak, makan di luar

pada hujung minggu• Memiliki dua kenderaan• Membayar yuran kelas

tambahan swasta dan penjagaan kanak-kanak

Nota: Anggaran di atas merupakan anggaran awal dan tertakluk pada semakan semula apabila andaian asas dan anggaran kos diperbaharui. Isi rumah dewasa bujang termasuk orang dewasa yang hidup bersendirian serta yang hidup bersama ahli isi rumah lain yang tiada pertalian persaudaraan.

Sumber: Anggaran Bank Negara Malaysia menggunakan data daripada Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 2014 dan 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, dan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara

Jadual 1 membentangkan anggaran gaji kehidupan wajar di Kuala Lumpur yang dikira berdasarkan andaian tertentu dan aras harga pada tahun 2016. Anggaran ini adalah antara RM2,700 dengan RM6,500 sebulan6. Bakul barangan dan perkhidmatan tersebut termasuk item yang mencerminkan pembelian biasa isi rumah di Kuala Lumpur, yang disahkan melalui perbincangan kumpulan fokus. Andaian yang dibuat adalah seperti berikut:• Makanan, perumahan, dan pengangkutan merupakan bahagian perbelanjaan terbesar dalam bakul

barangan dan perkhidmatan bagi ketiga-tiga jenis isi rumah ini;• Disebabkan oleh gaya hidup yang sibuk di bandar raya, isi rumah diandaikan lebih kerap makan di luar

rumah, di kedai yang bukan mewah. Kekerapan makan di luar rumah menurun apabila saiz keluarga bertambah besar memandangkan kosnya yang lebih tinggi;

• Isi rumah dewasa bujang diandaikan lebih banyak menggunakan pengangkutan awam, manakala isi rumah pasangan diandaikan memiliki kereta keluaran tempatan mampu milik7;

• Peruntukan juga disediakan untuk keperluan rekreasi, seperti peralatan sukan dan menonton wayang, satu percutian dalam negeri yang tidak mahal setiap tahun, serta perjalanan dan keraian pada musim perayaan;

• Anggaran juga merangkumi caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cukai pendapatan yang perlu dibayar, dan juga simpanan yang boleh digunakan untuk memenuhi perbelanjaan kecemasan, termasuk bil rawatan kesihatan yang tidak dijangka; dan

• Jumlah minimum diperuntukkan bagi pendidikan dan penjagaan kesihatan kerana perkhidmatan ini disediakan hampir percuma oleh Kerajaan.

Terdapat beberapa kaveat penting dalam anggaran ini. Anggaran ini adalah anggaran awal dan tertakluk pada semakan semula apabila andaian asas dan anggaran kos diperbaharui. Bakul barangan dan perkhidmatan yang dibentuk dalam rencana ini adalah berasaskan maklum balas daripada perbincangan kumpulan fokus yang dijalankan di Kuala Lumpur pada tahun 2016 oleh Bank Negara Malaysia. Anggaran ini mungkin akan jauh berbeza bagi kawasan lain di Malaysia disebabkan variasi corak perbelanjaan dan harga, yang perlu disahkan melalui perbincangan kumpulan fokus tambahan dengan isi rumah yang menetap di kawasan berkenaan. Sebagai contoh, isi rumah bandar mempunyai akses yang lebih baik kepada pengangkutan awam untuk memenuhi keperluan minimum pengangkutan mereka, sementara isi rumah di luar bandar mungkin perlu

Page 21: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

103Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

memiliki kenderaan persendirian. Dari segi variasi kos mengikut lokasi, yang paling ketara ialah kos perumahan (sama ada kos rumah yang didiami oleh pemilik atau sewa) yang kemungkinan lebih murah di kawasan luar bandar dan kawasan kurang pembandaran. Anggaran gaji kehidupan wajar di Kuala Lumpur juga mungkin berubah dari masa ke masa disebabkan kadar inflasi dan perubahan gaya hidup, dan hanya akan kekal relevan jika bakul barangan dan perkhidmatan dikemas kini secara berkala.

Anggaran gaji kehidupan wajar di Kuala Lumpur untuk ketiga-tiga jenis isi rumah yang dipilih adalah di bawah pendapatan median di Kuala Lumpur sebanyak RM9,0738. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4, sehingga 27% isi rumah di Kuala Lumpur berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar. Bahagian isi rumah yang berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar yang dianggarkan pada tahun 2016 adalah lebih besar dalam kalangan isi rumah dewasa bujang dan isi rumah pasangan dengan dua orang anak, berbanding isi rumah pasangan tanpa anak. Penemuan bagi isi rumah dewasa bujang adalah selaras dengan fakta bahawa graduan dengan ijazah pertama atau diploma memperoleh secara purata, gaji permulaan masing-masing sebanyak RM2,207 dan RM1,346 sebulan9. Dalam kalangan isi rumah berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar, hampir 70% terdiri daripada isi rumah yang hanya mempunyai seorang ahli keluarga yang bekerja. Mereka yang berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar kebanyakannya lulusan sekolah menengah dengan pekerjaan berkemahiran rendah hingga pertengahan, manakala mereka yang berpendapatan di atas gaji kehidupan wajar kebanyakannya graduan pengajian tinggi dengan pekerjaan berkemahiran tinggi (Rajah 5). Sesungguhnya, gaji bulanan median pada tahun 2016 untuk pengurus dan profesional di Malaysia – masing-masing RM5,500 dan RM4,450 – jauh melebihi anggaran gaji kehidupan wajar untuk isi rumah dewasa bujang (Rajah 6). Penemuan ini menekankan kepentingan mewujudkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia yang dilengkapi dengan kecekapan yang diperlukan untuk pekerjaan berpendapatan tinggi.

8 Sumber: Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia.9 Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi dan anggaran Bank Negara Malaysia.

Rajah 4: Agihan Pendapatan Isi Rumah di Kuala Lumpur

Sehingga 27% isi rumah di Kuala Lumpurberpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar

0

2

4

6

8

10

<1,000 10,000 20,000 30,000 40,000 >50,000

Pendapatan Isi Rumah Bulanan (RM)

% daripada isi rumah Sehingga 27% isi rumah berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar di Kuala Lumpur pada tahun 2016

Pendapatan isi rumah penengah di Kuala Lumpur pada tahun 2016: RM9,073

Sumber: Anggaran Bank Negara Malaysia berdasarkan Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia

Page 22: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

104 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Rajah 5: Latar Belakang Isi Rumah di Kuala Lumpur Berpendapatan Di Bawah dan Di Atas Gaji Kehidupan Wajar

7 4

71

55

20

39

2 2

0%

20%

40%

60%

80%

100%

312

2

58

24

2

1

25

72

0%

20%

40%

60%

80%

100%

145

15

1

52

22

19

71

0%

20%

40%

60%

80%

100%

0

1

2

≥ 3

Nota: Pekerjaan dikategorikan mengikut tahap kemahiran menurut Pengelasan Pekerjaan Standard Malaysia 2013 (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO 2013). Pekerjaan kemahiran tinggi termasuk pengurus, profesional, dan juruteknik dan profesional bersekutu; pekerjaan kemahiran pertengahan termasuk pekerja sokongan perkeranian, pekerja perkhidmatan dan jualan, pekerja mahir pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan, pekerja kemahiran dan pekerja pertukangan yang berkaitan, dan operator mesin dan loji dan pemasang; dan pekerjaan kemahiran rendah termasuk pekerja asas

Sumber: Anggaran Bank Negara Malaysia berdasarkan Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia

Isi rumah yang berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar kebanyakannya lulusan sekolah menengah dengan pekerjaan berkemahiran rendah hingga pertengahan

Bilangan ahli keluarga yang bekerja

Di Bawah GajiKehidupan Wajar

Di Atas GajiKehidupan Wajar

Di Bawah GajiKehidupan Wajar

Di Atas GajiKehidupan Wajar

Di Bawah GajiKehidupan Wajar

Di Atas GajiKehidupan Wajar

Tiada pendidikan

Pendidikan rendah

Pendidikan menengah

Prauniversiti

Pendidikan tinggi

Tahap pendidikan tertinggi (ketua keluarga)

Pekerjaan kemahiran tinggi

Pekerjaan kemahiran pertengahan

Pekerjaan kemahiran rendah

Pekerjaan tanpa klasifikasi

Tahap kemahiran pekerjaan(ketua keluarga)

Sumber: Laporan Penyiasatan Gaji & Upah Malaysia 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia

RM5,500

RM4,450

RM2,760

Pengurus Profesional Juruteknik dan profesionalbersekutu

Anggaran gaji kehidupan wajar untuk dewasabujang di Kuala Lumpur (RM 2,700)

Rajah 6: Gaji dan Upah Bulanan Median pada Tahun 2016 untuk Pekerjaan Berkemahiran Tinggi di Malaysia

Gaji bulanan median untuk pekerjaan berkemahiran tinggi adalah lebih tinggi daripada anggaran gaji kehidupan wajar untuk isi rumah dewasa bujang di Kuala Lumpur

Page 23: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

105Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Pengalaman antarabangsa dalam melaksanakan gaji kehidupan wajar

Gerakan gaji kehidupan wajar kontemporari biasanya diterajui oleh organisasi kesatuan sivil, yang terdiri daripada kesatuan sekerja, kumpulan berasaskan masyarakat dan kepercayaan, akademik, dan majikan (Heery, Hann dan Nash, 2017). Mereka juga merupakan pihak yang lazimnya menganggar kadar gaji kehidupan wajar. Institusi-institusi formal juga boleh mengawasi anggaran ini, misalnya di Eropah, Suruhanjaya Eropah (European Commission, EC) membiayai projek untuk menghasilkan anggaran belanjawan rujukan yang diperlukan untuk mencapai taraf hidup yang boleh diterima10.

Di Kanada, New Zealand, dan UK, organisasi kesatuan sivil memainkan peranan aktif dalam menyokong majikan di sektor awam dan majikan yang besar di sektor swasta untuk secara sukarela membayar gaji kehidupan wajar. Sebagai balasan, mereka menerima akreditasi dalam bentuk plak, tanda dagangan Living Wage, atau penyenaraian nama syarikat di laman sesawang Living Wage. Di AS, gaji kehidupan wajar dimulakan oleh sektor awam, dengan ordinan diluluskan di lebih 140 bandar dan daerah, dan disasarkan kepada pekerja perniagaan swasta yang mempunyai kontrak perkhidmatan dengan kerajaan tempatan. Oleh itu, gaji kehidupan wajar ini tidak meliputi pekerja berpendapatan rendah yang berada di luar bidang kuasa ordinan tersebut. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan ordinan gaji kehidupan wajar di AS dikatakan lemah (Luce, 2004)11. Malah di beberapa bandar, ordinan ini akhirnya dimansuhkan (Holzer, 2008)12. Beberapa kerajaan tempatan di Korea Selatan juga telah mewujudkan ordinan gaji kehidupan wajar untuk pekerjanya dan pekerja organisasi yang dibiayai oleh kerajaan tempatan, sama seperti di AS. Walaupun terdapat usaha untuk menganggarkan gaji kehidupan wajar terutama di bandar raya, desakan untuk gaji kehidupan wajar bagi pekerja sektor swasta di Asia tidak begitu meluas seperti di Kanada, New Zealand, dan UK13.

Kesan makroekonomi dan pengagihan daripada pelaksanaan gaji kehidupan wajar

Berbeza dengan gaji minimum, pelaksanaan gaji kehidupan wajar tidak begitu meluas dan sebahagian besarnya terbatas kepada beberapa negara maju. Kajian empirikal berdasarkan bandar-bandar di AS14 mendapati bahawa pembayaran gaji kehidupan wajar memberikan manfaat kepada pekerja dan majikan15. Kesan kepada guna tenaga juga nampaknya lebih sederhana daripada ramalan teori lantai gaji pengikat (binding wage floor)16.

Walau bagaimanapun, kesimpulan daripada kajian-kajian ini tidak boleh diterima pakai secara bulat-bulat. Kesan makroekonomi mungkin berbeza mengikut negara disebabkan oleh perbezaan dari segi ciri pasaran pekerja dan persekitaran ekonomi semasa. Sebagai contoh, pembayaran gaji kehidupan wajar adalah lebih mudah semasa ekonomi sedang berkembang, apabila kurang desakan untuk majikan mengurangkan kos tenaga kerja.

Selain itu, gaji kehidupan wajar hanya akan berkesan sekiranya gaji tersebut ditetapkan pada aras yang realistik dan mampan. Justeru itu, pengiraan anggaran gaji kehidupan wajar secara teliti sangat penting

10 Maklumat lanjut boleh didapati di Rangkaian Belanjawan Rujukan Eropah (European Reference Budgets Network) (http://www.referencebudgets.eu/).

11 Undang-undang negeri dan persekutuan tidak memerlukan majikan memberi butiran terperinci tentang masa bekerja dan gaji kepada kerajaan.

12 Sebagai contoh, ordinan gaji kehidupan wajar di Omaha, Nebraska telah dibatalkan pada bulan Ogos 2001 selepas pemilihan majoriti ahli majlis baharu yang komited untuk memansuhkan undang-undang ini (Luce, 2004).

13 Berikutan peningkatan perdagangan antarabangsa, inisiatif beretika di negara pengimport telah menggalakkan bayaran gaji kehidupan wajar bagi pekerja pakaian di negara pengeksport di Asia (Hirsch dan Valadez, 2017).

14 Undang-undang gaji kehidupan wajar yang tidak berjaya di beberapa bandar di AS juga memberikan kumpulan kawalan atau fakta bertentangan untuk anggaran kesan undang-undang gaji kehidupan wajar.

15 Lihat Brenner dan Luce (2005), Reich et al. (2003), dan Sokol et al. (2006).16 Lihat Brenner dan Luce (2005), Lester (2011) dan London Economics (2009). Teori meramalkan bahawa lantai gaji yang melebihi aras

gaji pasaran akan menyebabkan pemberhentian pekerja. Walau bagaimanapun, ramalan ini mengandaikan bahawa semua pekerja adalah sama dan mempunyai produktiviti yang tetap, dan majikan hanya boleh bergerak balas dengan mengurangkan bilangan pekerja. Di samping itu, ramalan itu juga bergantung pada andaian bahawa aras gaji sedia ada berada pada keseimbangan. Akan tetapi, jika aras gaji semasa berada di bawah tahap keseimbangan disebabkan ketidaksempurnaan pasaran pekerja misalnya, mewajibkan aras gaji yang lebih tinggi boleh meningkatkan guna tenaga.

Page 24: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

106 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

supaya dapat mengimbangi antara memastikan pekerja mampu mencapai taraf hidup minimum, dan majikan berupaya untuk membayar gaji yang sepadan dengan produktiviti pekerja. Menetapkan kadar gaji kehidupan wajar yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan majikan menyalurkan kos gaji tambahan kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Tekanan gaji ke atas majikan juga boleh meningkat sekiranya pekerja yang bergaji tinggi menuntut untuk mengekalkan perbezaan yang sama antara gaji mereka dengan pekerja berpendapatan rendah seperti sebelum gaji kehidupan wajar dilaksanakan. Manfaat gaji kehidupan wajar mungkin menurun jika tekanan gaji membawa kepada peningkatan inflasi dan kos sara hidup yang lebih cepat.

Tambahan pula, gaji kehidupan wajar secara tidak langsung boleh memudaratkan golongan yang disasarkan dalam jangka masa terdekat17. Sebagai contoh, majikan boleh bertindak balas terhadap gaji kehidupan wajar dengan mengguna khidmat pekerja yang lebih mahir dengan memberhentikan pekerja berkemahiran rendah, yang mungkin merupakan kumpulan pekerja yang berpendapatan di bawah gaji kehidupan wajar, sebelum mereka dapat menaikkan kemahiran diri (Hirsch dan Valadez, 2017). Walau bagaimanapun, persekitaran pertumbuhan yang kukuh dapat menampung permintaan tenaga kerja dan mengurangkan kemungkinan majikan memberhentikan pekerja yang berkemahiran rendah.

Perlunya penambahbaikan produktiviti yang sepadan

Kemungkinan terhasilnya kesan buruk daripada pelaksanaan gaji kehidupan wajar memberi penekanan bahawa peningkatan yang sepadan dalam produktiviti dan pergerakan ke arah tenaga kerja berkemahiran tinggi adalah penting. Penambahbaikan produktiviti dan output bernilai tambah yang lebih tinggi menjadikan majikan lebih mampu untuk membayar gaji kehidupan wajar, dan seterusnya membolehkan mereka terus membayar gaji kehidupan wajar untuk jangka panjang. Ekonomi yang mempunyai produktiviti tinggi dan bernilai tambah tinggi akan menggalakkan persekitaran kondusif yang dapat mengurangkan risiko pemberhentian dan penggantian tenaga kerja.

Ekonomi Malaysia sedang menghadapi cabaran pertumbuhan produktiviti yang sederhana berbanding dengan negara saingannya. Berdasarkan data daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa, antara tahun 2011 dengan 2017, pertumbuhan KDNK Malaysia bagi setiap orang bekerja – ukuran untuk produktiviti tenaga kerja – hanyalah 1.7%, kurang separuh daripada pertumbuhan produktiviti tenaga kerja purata dalam ekonomi berpendapatan pertengahan-tinggi (3.8%)18. Pertumbuhan produktiviti lemah yang berterusan boleh menurunkan pertumbuhan gaji, yang akhirnya boleh membantut kemampuan isi rumah untuk mencapai sekurang-kurangnya taraf hidup minimum yang boleh diterima.

Langkah ke arah pertumbuhan gaji yang didorong oleh produktiviti bergantung pada sokongan yang meluas daripada semua pihak. Kerajaan boleh memupuk persekitaran yang kondusif kepada majikan untuk meningkatkan produktiviti dengan memastikan adanya sokongan institusi yang baik, kawal selia yang minimum terhadap aktiviti pelaburan produktif, dan latihan dan pendidikan peringkat tinggi yang mampu dibayar. Majikan boleh melatih pekerja sedia ada dan memberikan insentif kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran mereka. Semangat yang lebih tinggi dan kadar pusing ganti pekerja yang lebih rendah yang dijana oleh gaji kehidupan wajar boleh mencetuskan kitaran bermanfaat, iaitu gaji yang lebih tinggi akan mendorong produktiviti yang lebih tinggi, begitu juga sebaliknya, produktiviti yang tinggi boleh menghasilkan kenaikan gaji. Pekerja juga harus sedar akan kepentingan kemajuan diri untuk mencapai aras gaji yang lebih tinggi yang dapat mengekalkan taraf hidup minimum yang boleh diterima, dan seterusnya mengambil inisiatif untuk meningkatkan kemahiran diri.

17 Lihat sebagai contoh, Neumark dan Adams (2003). 18 Untuk perbandingan antarabangsa, komponen KDNK bagi ukuran ini ialah KDNK yang ditukar kepada dolar antarabangsa malar 2011

menggunakan kadar pariti kuasa beli. Anggaran pertumbuhan produktiviti tenaga kerja purata pada tahun 2011 - 2017 hampir dengan purata yang berasaskan data produktiviti tenaga kerja yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2.3%).

Page 25: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

107Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Kesimpulan

Memandangkan Malaysia sedang mengorak langkah ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang progresif, semua segmen masyarakat harus meraih manfaat dan tidak ketinggalan dalam proses tersebut. Dengan itu, penting bagi Malaysia untuk mengatasi cabaran pertumbuhan produktiviti yang sederhana, dan berusaha ke arah mewujudkan pekerjaan yang berproduktiviti tinggi serta bergaji tinggi yang mampu mencapai taraf hidup minimum yang boleh diterima. Gaji kehidupan wajar boleh menjadi instrumen yang berpotensi untuk memberi maklumat, mencabar serta menambah baik dasar ke arah itu.

Sekiranya gaji kehidupan wajar berjaya dilaksanakan, manfaatnya dapat dinikmati oleh pekerja dan majikan, dengan kesan buruk yang terhad terhadap ekonomi. Ini bergantung pada beberapa prasyarat. Anggaran gaji kehidupan wajar mestilah sesuai dan cukup munasabah untuk mendorong majikan supaya membayar gaji yang berpatutan kepada pekerja. Gaji kehidupan wajar juga perlu diiringi dengan produktiviti yang lebih tinggi, dan ini memerlukan usaha bersama daripada majikan, pekerja, kesatuan sivil, dan sektor awam.

Rujukan

Bradshaw, Jonathan, Sue Middleton, Abigail Davis, Nina Oldfi eld, Noel Smith, Linda Cusworth, dan Julie Williams, “A Minimum Income Standard for Britain: What People Think”, 2008.

Brenner, Mark dan Stephanie Luce, “Living Wage Laws in Practice”, Political Economy Research Institute, 2005.

Davis, Abigail, Katherine Hill, Donald Hirsch, dan Matt Padley, A Minimum Income Standard for the UK in 2016, Joseph Rowntree Foundation, 2016.

Fairris, David, “The Impact of Living Wages on Employers: A Control Group Analysis of the Los Angeles Ordinance,” Industrial Relations: A Journal of Economy and Society, 2005, 44.

Glasmeier, Amy K. dan Carey A. Nadeau, “Results from the 2016 Data Update”, Didapati daripadahttp://livingwage.mit.edu, 2017.

Heery, Edmund, Deborah Hann, dan David Nash, “The Living Wage campaign in the UK”, Employee Relations, 2017, 39 (6), 800–814.

Hirsch, Donald dan Laura Valadez, The Living Wage, Agenda Publishing, 2017.

Holzer, Harry J., “Living Wage Laws: How Much Do (Can) They Matter?”, IZA Discussion Papers 3781, Institute for the Study of Labour (IZA), 2008.

IHS Markit, “Living Wage Research for KPMG - 2017 Report”, Technical Report, KPMG, 2017.

International Labour Organization, “General Survey on Minimum Wage Systems”, International Labour Conference 103rd Session, 2014.

Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 2014, 2015.

———, Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 2016, 2017.

———, Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016, 2017.

Lemos, Sara, “A Survey of the Effects of the Minimum Wage on Prices”, Journal of Economic Surveys, 2008, 22 (1), 187–212.

Page 26: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

108 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Lester, T. William, “The Impact of Living Wage Laws on Urban Economic Development Patterns and the Local Business Climate: Evidence From California Cities”, Economic Development Quarterly, 2011, 25 (3), 237–254.

Living Wage Aotearoa New Zealand, http://www.livingwage.org.nz/. Diakses: 2 Januari, 2018.

Living Wage Canada, http://www.livingwagecanada.ca/. Diakses: 2 Januari, 2018.

Living Wage Foundation United Kingdom, http://www.livingwage.org.uk/. Diakses: 2 Januari, 2018.

London Economics, “An Independent Study of the Business Benefi ts of Implementing a Living Wage Policy in London”, Final Report for GLA Economics, 2009.

Luce, S., Fighting for a Living Wage, Cornell University Press, 2004.

Neumark, David dan Scott Adams, “Do Living Wage Ordinances Reduce Urban Poverty?”, Journal of Human Resources, 2003, 38 (3).

Reich, Michael, Peter Hall, dan Ken Jacobs, “Living Wage Policies at the San Francisco Airport: Impacts on Workers and Businesses”, Industrial Relations: A Journal of Economy and Society, 2005, 44 (1), 106–138.

Sokol, Martin, Jane Wills, Jeremy Anderson, Marg Buckley, Yara Evans, Claire Frew, dan Paula Hamilton, “The Impact of Improved Pay and Conditions on Low-Paid Urban Workers”, The Case of the Royal London Hospital, Queen Mary College, London, 2006.

Wadsworth, Jonathan, “Did the National Minimum Wage Affect UK Prices?”, Fiscal Studies, 2010, 31 (1), 81–120.

Page 27: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

109Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Kecanggihan dan Pertumbuhan: Kedudukan Malaysia dan Implikasi Dasar

Oleh Brenda Cheah Wenn Jinn dan Mohd Shazwan Shuhaimen

Pengenalan

Persekitaran global yang baik memberikan peluang yang sesuai kepada Malaysia untuk melaksanakan pembaharuan struktur yang penting. Walaupun pertumbuhan yang lebih tinggi boleh dicapai menerusi pengumpulan modal dan peningkatan produktiviti, kemajuan teknologi dan inovasi adalah kritikal bagi sesebuah ekonomi sedang pesat membangun seperti Malaysia untuk merintis batasan pengeluaran negara dan meningkatkan potensi pertumbuhan jangka panjang. Kajian yang dijalankan oleh Hausmann dll. (2013) meneliti peranan teknologi dan inovasi sebagai peramal penting bagi pertumbuhan masa hadapan, iaitu menerusi kecanggihan ekonomi. Kecanggihan ekonomi menzahirkan keupayaan produktif keseluruhan sesebuah negara menerusi gabungan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan teknologinya. Oleh itu, penunjuk ini berguna untuk menjejaki perubahan struktur. Rencana ini memperkenalkan konsep utama kecanggihan ekonomi dan seterusnya memaparkan tentang evolusi kecanggihan ekonomi Malaysia dan kedudukannya berbanding dengan negara serantau. Rencana ini juga menggariskan beberapa strategi untuk meningkatkan kecanggihan ekonomi Malaysia, dengan menggunakan peta ruang produk perintis dan kebolehlaksanaan yang dipelopori oleh Hausmann dll. Peta ruang produk ini membentangkan tahap kemudahan untuk meningkatkan kepelbagaian produk menjadi lebih canggih. Rencana ini diakhiri dengan anggaran potensi pertumbuhan KDNK Malaysia berdasarkan keupayaannya untuk mencapai tahap pendapatan negara-negara lain yang mempunyai kecanggihan ekonomi yang serupa.

Memahami Kecanggihan Ekonomi

‘Kecanggihan ekonomi’ ialah ukuran ringkas keupayaan produktif sesebuah negara, seperti yang dicerminkan oleh kepelbagaian dan kecanggihan produk yang dihasilkan dan dieksport. Ekonomi canggih lazimnya dicirikan oleh kemahiran dan pengetahuan yang meluas sebagai prasyarat yang diperlukan untuk mengeluarkan produk yang sangat pelbagai dan canggih. Sebaliknya, ekonomi yang kurang canggih hanya mampu menghasilkan produk yang lebih ringkas dan kurang pelbagai disebabkan asas kemahiran dan pengetahuannya yang terhad. Negara yang mempunyai tahap kecanggihan lebih tinggi turut melibatkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan ekosistem sokongan yang lebih kompleks. Oleh yang demikian, ekonomi yang lebih canggih pada lazimnya menikmati KDNK per kapita yang lebih tinggi.

Pempelbagaian sektor merupakan kaedah penting untuk meningkatkan kecanggihan ekonomi. Apabila sesebuah negara mempelbagaikan asas pengeluarannya, individu dan fi rma mengumpul pengetahuan dan kepakaran yang tinggi, dengan itu meningkatkan kecanggihan dan tahap pendapatan dalam jangka masa panjang. Ekonomi maju seperti Jepun boleh mengilang pelbagai keluaran yang kompleks, daripada bahan kimia kepada produk robotik dan kereta autonomi, hasil daripada inovasi yang berterusan dan kemajuan teknologi selama ini.

Tahap kecanggihan ekonomi sesebuah negara dapat diukur menerusi Indeks Kecanggihan Ekonomi (Economic Complexity Index, ECI). ECI dihitung dengan mengambil kira bilangan produk eksport yang memberikan kelebihan bandingan bagi sesebuah negara (kepelbagaian produk), dan bilangan negara yang menghasilkan produk tersebut1 (kecanggihan produk). Kecanggihan produk tertentu yang dihasilkan oleh sesebuah negara diwakili oleh Indeks Kecanggihan Produk (Product Complexity Index, PCI). Berdasarkan PCI, produk yang paling canggih ialah jentera dan bahan kimia (contohnya, turbin stim dan bahan kimia fotografi ), manakala produk yang paling kurang canggih kebanyakannya merupakan komoditi mentah (contohnya, bijih timah dan kapas). ECI dan PCI diukur sebagai sisihan piawai yang lebih atau kurang daripada purata dunia (masing-masing diwakili oleh nilai positif atau negatif). Asas untuk menganalisis kecanggihan ekonomi adalah dengan melihat peta ‘ruang produk’, iaitu alat perintis yang dibangunkan oleh Hausmann dll. Peta ini menunjukkan kepelbagaian produk sesebuah negara dan tahap kemudahan untuk mempelbagaikan keluaran pada masa hadapan bagi meningkatkan kecanggihan ekonomi keseluruhan (Butiran diberikan dalam Kotak Pandangan 1: Ruang Produk).

1 Produk yang dihasilkan oleh hanya beberapa negara boleh dianggap sebagai barangan ‘canggih’ kerana penghasilan produk ini mencerminkan keupayaan lebih tinggi yang diperlukan untuk mengeluarkannya (contohnya, mesin sinar-X).

Page 28: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

110 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Ruang produk menggambarkan kumpulan produk yang boleh dieksport oleh sesebuah negara. Setiap titik atau nod mewakili produk eksport yang berbeza. Warna-warna yang berbeza mewakili sektor yang lebih luas yang terkandung produk-produk ini. Nod yang diwarnakan dalam ruang produk menunjukkan produk yang mempunyai kelebihan bandingan jika dieksport, manakala nod yang berwarna kelabu mewakili produk di mana sesebuah negara yang mempunyai pendedahan yang terhad. Terdapat dua ciri utama ruang produk yang menggambarkan tahap kecanggihan ekonomi sesebuah negara. Pertama, kepelbagaian produk boleh dilihat daripada bilangan titik berwarna yang terdapat pada ruang produk. Semakin banyak jumlah titik dengan warna yang berbeza, semakin pelbagai produk eksport negara itu. Kedua, lokasi nod produk (iaitu titik) merupakan sesuatu yang penting. Jumlah produk yang banyak terletak di tengah-tengah ruang produk mencerminkan keberkaitan yang tinggi produk tersebut dengan banyak produk yang lain. Selain itu, ruang produk juga memberikan pemahaman tentang kemudahan mempelbagaikan produk yang baharu dan produk yang lebih canggih. Tahap kemudahan sesebuah negara meningkatkan kecanggihannya bergantung pada tahap saling kaitan ruang produk sesebuah negara. Ini diwakili oleh jarak di antara nod produk. Lebih dekat nod produk, maka lebih mudah untuk meningkatkan kecanggihan. Produk yang mempunyai hubungan erat berkongsi sebahagian besar keupayaan yang diperlukan. Oleh itu, fi rma boleh melakukan pempelbagaian dengan mudah daripada satu produk kepada produk lain dengan memanfaatkan keupayaan sedia ada. Sebaliknya pula, ruang produk yang renggang menandakan kesukaran untuk meningkatkan kecanggihan kerana pengeluar tidak mempunyai keupayaan sedia ada yang secukupnya untuk membuat produk baharu. Mereka perlu mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan produk ini, yang akan mengambil masa dan usaha yang banyak.

Rajah 1: Ruang Produk

Sumber: The Atlas of Economic Complexity

Jentera Elektronik Besi Mineral PertanianTekstil,Perabot

Batu,Gelas

Bahan Kimia,Plastik

`Ruang Produk´ menggambarkan kepelbagaian produk yang dihasilkan dan mudahnya produk dipelbagaikan menjadi produk yang berbeza dan lebih canggih

Kotak Pandangan 1: Ruang Produk

Page 29: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

111Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Evolusi Kecanggihan Ekonomi Malaysia

Sejak dua dekad yang lepas, kecanggihan ekonomi Malaysia telah meningkat daripada +0.39 pada tahun 1996 kepada +0.82 pada tahun 2016 (Rajah 2), menjadikannya ekonomi ke-29 paling canggih di dunia. Peningkatan ini bukan sahaja mencerminkan keupayaan Malaysia untuk mengeluarkan pelbagai barang yang lebih canggih selama ini, malahan mencerminkan keupayaan Malaysia untuk meningkatkan kecanggihannya dengan kadar yang lebih cepat berbanding dengan negara lain.

Evolusi ruang produk Malaysia selama ini menunjukkan tiga perkembangan penting (Rajah 3). Perkembangan ini termasuk:1. Hubungan yang lebih rapat dalam kluster jentera dan elektronik (diwakili oleh titik biru yang lebih padat); 2. Pembangunan produk baharu, seperti bahan kimia dan plastik (kemunculan titik ungu baharu); dan 3. Pengurangan pengeluaran produk kurang canggih, seperti tekstil (pengurangan titik hijau), yang membolehkan

sumber digunakan untuk mewujudkan kelebihan bandingan bagi barangan lebih canggih.

Peningkatan kecanggihan ekonomi Malaysia bermula pada tahun 1980-an dan 1990-an berikutan fasa perindustrian yang pesat. Pada ketika itu, komposisi eksport Malaysia beralih daripada kebanyakannya komoditi kepada eksport barangan perkilangan2 (1975: 22% bahagian eksport; 1995: 80%). Inisiatif dasar yang komprehensif dilaksanakan untuk mempertingkat ekosistem sokongan perniagaan bagi memastikan kewujudan persekitaran yang kondusif untuk sektor perkilangan berkembang maju3. Inisiatif ini termasuk peningkatan latihan dan pembangunan kemahiran, sokongan pembiayaan, infrastruktur fi zikal dan peraturan berkaitan aktiviti perdagangan dan pelaburan. Antara inisiatif terpenting ialah penggubalan Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dan pengurangan sekatan perdagangan yang memudahkan pelaksanaan aktiviti pengeluaran, perdagangan dan pelaburan. Pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment, FDI) dalam sektor perkilangan dan perlombongan meningkat dengan mendadak disebabkan iklim perniagaan yang baik. FDI ini menandakan titik peralihan yang kritikal dalam pembangunan Malaysia kerana pelaburan ini merangsang pewujudan pekerjaan dan produktiviti di samping meningkatkan kecanggihan ekonomi negara (Rajah 4).

Hal ini jelas dilihat terutamanya dalam kluster jentera dan elektronik. Pada tahun 1990-an, terdapat peralihan secara beransur-ansur daripada perkhidmatan pengujian asas dan pemasangan litar bersepadu kepada pengeluaran kelengkapan pejabat dan peralatan komputer yang lebih canggih. Peralihan ini membolehkan pengilang multinasional dan domestik membangunkan dan mengasah pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mencapai standard pengeluaran

2 Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Rencana tentang ‘Perubahan Struktur Eksport Malaysia’ dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2011.

3 Yusoff dll. (2000) Globalisasi, Dasar Ekonomi dan Ekuiti; Wong (2013). Industri Keluaran Elektrik dan Elektronik (E&E): Pada Titik Fleksi.

Rajah 2: Trend Indeks Kecanggihan Ekonomi Malaysia

0.39

0.61

0.82

0.00

0.20

0.40

0.60

0.80

1.00

1.20

1996 1998 2000 2002 2004 2006 2008 2010 2012 2014 2016

Sumber: The Atlas of Economic Complexity

Kecanggihan ekonomi Malaysia telah meningkat sejak dua dekad yang lepasMalaysia: Indeks Kecanggihan Ekonomi (1996-2016)sisihan piawai daripada purata dunia

Page 30: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

112 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

global. Peningkatan keupayaan menjadi mangkin untuk pempelbagaian selanjutnya dalam penghasilan produk elektronik yang lebih canggih, terutamanya semikonduktor dalam segmen pengguna dan automotif yang berkembang pesat4. Pengilang domestik kini lebih bersepadu dalam rantaian nilai global E&E, dan berupaya mengeluarkan sendiri bahagian dan komponen untuk jenama antarabangsa, seperti Apple, Samsung, Intel, BMW dan Airbus.

Selama ini, keupayaan Malaysia untuk mengeluarkan produk bahan kimia, plastik dan getah yang lebih canggih mencerminkan peluasan aktiviti hiliran dalam sektor perlombongan dan pertanian. Penubuhan syarikat tempatan dan asing yang besar dalam sektor ini merangsang keupayaan Malaysia untuk mengilang produk hiliran, seperti petrokimia, oleokimia dan sarung tangan getah. Loji penapis dan saluran paip gas dibina untuk tujuan pengeluaran, disokong pula oleh ketersediaan input bahan mentah memandangkan negara dianugerahi banyak sumber semula jadi5. Pada masa hadapan, pengeluaran hiliran Malaysia dalam industri petroleum dan gas bakal meraih manfaat daripada operasi Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang hampir siap dibina.

4 Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Rencana tentang ‘Peralihan ke Arah Teknologi Baharu, Meniti Arus Perubahan: Evolusi Industri Elektronik dan Elektrik (E&E) Malaysia’ dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2015.

5 Foo, 2015. Industri Kimia Malaysia: Dari Komoditi ke Perkilangan.

Rajah 3: Gambar Ruang Produk Malaysia pada Tahun 1995 dan 2016

Sumber: The Atlas of Economic Complexity

Jentera

2016

1995

Elektronik

Bahan Kimia/Plastik

Minyak Sayuran/Makanan

Mineral

Tekstil

Besi

1

2

3

Peningkatan kecanggihan ekonomi disokong oleh pempelbagaian mengikut sektor yang menjadikan produk bertambah canggih

Page 31: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

113Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Walaupun aktiviti hiliran berkembang dalam tempoh dua dekad yang lalu, ruang produk juga menunjukkan bahawa Malaysia terus mengeksport galian mentah dan produk pertanian (masing-masing diwakili oleh titik perang dan jingga). Bahagian tengah ruang produk juga agak renggang, yang menunjukkan bahawa Malaysia belum lagi mewujudkan kelebihan bandingan bagi sesetengah produk. Perkara ini memberikan peluang untuk penghiliran selanjutnya dalam sektor komoditi dan pewujudan kelebihan bandingan bagi produk baharu.

Perbandingan antara Kecanggihan Ekonomi Malaysia dengan Negara Serantau

Walaupun kecanggihan ekonomi Malaysia telah meningkat selama ini, Malaysia masih mengekori negara serantau yang maju dan yang berkembang pesat (Rajah 5). Antara negara serantau yang terpilih, Korea dianggap sebagai ekonomi yang paling canggih, dengan ECI +1.79 pada tahun 2016, diikuti oleh Singapura (+1.61) dan Republik Rakyat China (+0.94).

Rajah 4: Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan IndeksKecanggihan Ekonomi (ECI) di Malaysia

FDI menjadi pendorong kepada perkembangan kecanggihan ekonomi Malaysia

Indeks Kecanggihan Ekonomisisihan piawai daripada purata dunia RM bilion

-10

0

10

20

30

40

50

-0.20

0.00

0.20

0.40

0.60

0.80

1.00

Indeks Kecanggihan Ekonomi(Skala Kiri)

Jumlah FDI(skala kanan) FDI Perkilangan

dan Komoditi*

*Data rasmi untuk FDI menurut sektor bermula tahun 2003 sahaja dan seterusnya

Sumber: The Atlas of Economic Complexity, United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD), Jabatan Perangkaan Malaysia

Korelasi (2003-16)Jumlah antara FDI dengan ECI:+0.69FDI Perkilangan dan Komoditi: +0.66

Korelasi (1981-95)Jumlah antara FDI dengan ECI: +0.54

FDI

1981-85 1986-90 1991-95 1996-2000 2001-05 2006-10 2011-16

Kecanggihan ekonomi Malaysia berada di belakang negara serantau yang maju dan yang berkembangpesat, manakala kecanggihan ekonomi negara serantau lain pantas menghampiriIndeks Kecanggihan Ekonomisisihan piawai daripada purata dunia

2006 2016 Perubahan dalam ECI, skala kanan

Sumber: The Atlas of Economic Complexity

Perubahan dalam ECI (2006-2016)

Nota: CN = RR China, ID = Indonesia, JP = Jepun, KR = Republik Korea, MY = Malaysia, PH = Filipina, SG = Singapura, TH = Thailand, VN = Vietnam

KR SG CN MY TH PH VN ID

1.531.33

0.63 0.61

-0.16

-0.58

Rajah 5: Indeks Kecanggihan Ekonomi (Malaysia danEkonomi Serantau Terpilih)

-0.43

1.791.61

0.94 0.82 0.75

0.42

-0.28 -0.31

0.26 0.28 0.31 0.21

0.31

0.580.30

0.13

-1.00

-0.50

0.00

0.50

1.00

1.50

2.00

2.50

-1.00

-0.50

0.00

0.50

1.00

1.50

2.00

2.50

0.44

Page 32: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

114 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Melihat pada perubahan ECI sejak sepuluh tahun kebelakangan ini, kebanyakan negara serantau mengalami peningkatan kecanggihan yang lebih tinggi berbanding dengan peningkatan +0.21 yang dialami Malaysia. Perbandingan ini menunjukkan bahawa terdapat lebih banyak pempelbagaian dalam campuran produk atau terdapat peralihan yang lebih cepat dalam penghasilan produk sangat kompleks bagi negara-negara serantau. Yang nyata, kecanggihan ekonomi Filipina meningkat sebanyak +0.58, peningkatan tertinggi di rantau ini. Peningkatan itu merubah tahap kecanggihannya daripada berada di bawah purata global kepada kedudukan di atas purata global dalam tempoh sepuluh tahun. Rajah 6 membandingkan perubahan struktur dalam komposisi eksport Filipina dan Malaysia sepanjang dekad yang lalu. Bermula daripada tahap ECI yang lebih rendah, peningkatan kecanggihan tercetus oleh pempelbagaian campuran produk keluaran eksport Filipina. Negara tersebut mengurangkan pendedahannya dalam produk elektronik, dicerminkan oleh penurunan bahagiannya daripada 55% pada tahun 2006 kepada 48% pada tahun 2016. Sebaliknya, terdapat lebih banyak tumpuan terhadap bahan kimia, plastik dan kenderaan pengangkutan yang lebih canggih memandangkan bahagian produk ini meningkat daripada 4% kepada 7%. Bahagian produk pertanian turut meningkat daripada 7% kepada 12%. Yang lebih penting lagi, terdapat

Rajah 6: Gambar Komposisi Struktur Eksport Filipina dan Malaysia (% bahagian jumlah eksport)

Sumber: The Atlas of Economic Complexity

Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan

Malaysia: Komposisi Struktural Eksport

Filipina: Komposisi Struktural Eksport

2006(ECI: +0.61)

2006(ECI: -0.16)

2016(ECI: +0.82)

2016(ECI: +0.42)

Elektronik

55.5%

18.0%

5.3% 2.0%

1.5%2.1%

1.3%

6.7%4.8% 2.9%

Jentera

Sayuran,makanandan kayu

Besi

Tekstildanperabot

Lain-lain

Mineral

Kimiadanplastik

Kenderaan

Batudangelas

Elektronik

37.2%

22.3% 3.2%

1.3%1.4%

8.2%

1.3%

9.4%

3.5%

12.3%

Jentera

Sayuran,makanandan kayu

Besi Tekstildanperabot

Lain-lain

Mineral

Kimiadanplastik

KenderaanBatudangelas

Elektronik

44.0%

14.4%

2.4%1.3%

0.7%

8.6%

1.8%11.0% 3.9%

12.0%

Jentera

Sayuran,makanandan kayu

Besi Tekstildanperabot

Lain-lain

Mineral

Kimiadanplastik

Kenderaan

Batu dangelas

Elektronik

48.0%

18.5%

3.2%3.3%

2.6%3.6% 0.9%

12.2%

3.3%

4.4%

Jentera Sayuran,makanandan kayu

Besi

Tekstildanperabot

Lain-lain

Mineral Kenderaan

Kimiadanplastik

Batudangelas

Peningkatan ECI Malaysia secara relatif lebih perlahan berbanding dengan Filipina

Page 33: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

115Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

peralihan pempelbagaian daripada item dalam sektor pertanian, seperti pisang (PCI: -2.28), kepada pertukangan kayu yang lebih canggih (PCI: +0.09).

Sebaliknya, peningkatan ECI Malaysia secara relatif lebih perlahan memandangkan tahap pempelbagaian campuran eksport Malaysia adalah lebih rendah dan usaha menceburi penghasilan produk baharu belum berhasil sepenuhnya. Profi l produk yang dieksport menawarkan beberapa pandangan. Pertama, tumpuan Malaysia dalam produk elektronik (PCI: +0.76) meningkat daripada 37% kepada 44% bahagian daripada jumlah eksport sepanjang dekad yang lalu memandangkan negara kekal berada dalam rantaian nilai global. Pada masa yang sama, bahagian pendedahan dalam kluster jentera yang mempunyai PCI lebih tinggi sebanyak +1.00 dikurangkan separuh daripada 22% kepada 14%. Dalam kluster jentera, walaupun fi rma mengalihkan tumpuan daripada komputer peribadi (personal computers, PC) dan bahagian PC (PCI: +0.64) sejajar dengan perubahan teknologi global ke arah peranti yang menunjangi internet, kemajuan dalam pengembangan asas peralatan perubatan dan saintifi k yang lebih canggih (PCI: +0.94) masih agak terhad, membentuk 4% bahagian daripada jumlah eksport. Akhir sekali, Malaysia hanya berjaya mengembangkan penghasilan bahan kimia dan plastik yang lebih canggih secara berperingkat seperti yang digambarkan oleh peningkatan yang kecil dalam bahagian eksportnya daripada 8.2% pada tahun 2006 kepada 8.6% pada tahun 2016.

Strategi Meningkatkan Kecanggihan

Kemunculan trend mega yang menyeluruh seperti gangguan teknologi, pembandaran pesat dan perubahan iklim memerlukan setiap negara memikirkan semula strategi pertumbuhan semasa masing-masing dan yang sesuai dengan realiti baharu. Dalam hal ini, terdapat ruang bagi Malaysia untuk terus mempelbagaikan campuran produk dan meningkatkan kecanggihan produk bagi memaksimumkan peluang dalam persekitaran global yang amat dinamik. Seperti yang dikenal pasti sebelum ini, ruang produk semasa Malaysia secara relatif agak renggang di tengah, menunjukkan terdapat ruang untuk negara membangunkan kelebihan bandingan dalam beberapa produk yang amat canggih memandangkan produk tersebut terletak di tengah-tengah ruang produk dengan nod yang berkait rapat. Malaysia boleh memanfaatkan pengalaman luas serta keupayaan produktif yang ketara yang telah dibangunkan khususnya dalam sektor elektronik dan komoditi selama ini, serta industri kimia dan plastik kebelakangan ini, untuk menceburi pengeluaran produk baharu yang lebih kompleks.

Peta kebolehlaksanaan produk ini merupakan alat yang berguna untuk mengenal pasti pilihan dan kebolehlaksanaan penghasilan produk berpotensi (Rajah 7, halaman sebelah). Peta ini menunjukkan kemungkinan untuk menghasilkan produk tertentu, berdasarkan keupayaan sedia ada (paksi-x) dan kecanggihan produk yang sepadan (paksi-y). Peningkatan kecanggihan Malaysia memerlukan penghasilan produk yang lebih canggih dengan PCI yang melebihi ECI semasa Malaysia, iaitu +0.82. Produk sedemikian terdiri daripada tiub plumbum, mesin laser, bahan kimia fotografi sehinggalah kepada radas makmal dan peralatan ortopedik. Produk sebegini juga amat canggih dan boleh menjadi mangkin kepada pengeluaran produk lain yang lebih canggih. Berasaskan peta dan pengalaman negara lain, secara relatifnya adalah lebih mudah untuk Malaysia menghasilkan tiub plumbum, mesin laser dan kimia fotografi dalam tempoh terdekat memandangkan kesemua produk ini lebih berkait rapat dengan produk sedia ada yang dihasilkan oleh Malaysia pada masa ini.

Bagi membolehkan pempelbagaian dan penerokaan selanjutnya dalam industri yang lebih canggih, tumpuan perlu diberikan kepada pemodenan dan pengukuhan ekosistem sokongan bagi industri yang penting. Strategi ini perlu menitikberatkan empat tonggak utama yang telah terbukti sebagai pendorong pempelbagaian pesat sebelum ini; iaitu modal insan, pembiayaan, infrastruktur dan pengawalseliaan.

Pertama, kelestarian bekalan modal insan yang berkemahiran dan berpengalaman membentuk asas untuk penyebaran pengetahuan di dalam dan juga merentas industri. Kemunculan trend baharu seperti Industri 4.0 akan mempunyai kesan yang ketara ke atas pasaran pekerja, memerlukan tenaga kerja yang boleh disesuaikan dan dapat diberikan kemahiran semula. Walaupun institusi diwujudkan pada masa lalu untuk menangani kekurangan kemahiran, institusi kini perlu secara proaktif melibatkan elemen industri-akademik dalam kurikulum kursus dan latihan serta program penyelidikan yang baharu dan yang sedia ada. Kaedah ini akan memastikan bakat yang terhasil menepati keperluan dinamik industri yang dilengkapi sepenuhnya dengan kemahiran penyelidikan yang tinggi untuk memacu perubahan inovatif. Bagi memenuhi keperluan Industri 4.0, beberapa kemajuan telah dibuat

Page 34: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

116 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

untuk menggalakkan penyelidikan berasaskan industri dan perkongsian latihan di Malaysia. Contoh yang ketara termasuklah penubuhan Pusat Kolaborasi Penyelidikan Dalam Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (CREST) pada tahun 2012, dan baru-baru ini pelancaran Pusat Pembangunan Kompetensi Termaju MIMOS-NCIA pada tahun 2017. Pada masa ini, usaha-usaha yang dijalankan tertumpu pada sektor elektronik dan elektrik (E&E). Pelanjutan inisiatif tersebut kepada industri bukan E&E dan komoditi, yang menyumbang kepada bahagian eksport yang lebih besar pada 62%, dan 23% daripada jumlah guna tenaga pada tahun 20176, akan meningkatkan kemahiran bahagian yang lebih besar tenaga buruh. Usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat berkemahiran tinggi yang sedia ada juga tidak kurang pentingnya. Selain usaha Kerajaan mutakhir ini, sektor swasta juga boleh memainkan peranan dengan memastikan saraan pekerja, termasuk upah dan gaji yang bersesuaian dengan tahap produktiviti.

Kedua, pengawal selia dan peserta sektor swasta perlu bekerjasama untuk menggalakkan penggunaan platform kewangan alternatif dengan lebih meluas, seperti pemerolehan dana daripada orang ramai melalui internet (crowdfunding), pemberian pinjaman rakan ke rakan, serta modal usaha niaga. Platform ini boleh menjadi sumber dana yang penting untuk perniagaan, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana yang terlibat dalam bidang inovatif atau pertumbuhan baharu yang mempunyai risiko yang lebih tinggi7. Pembiayaan berasaskan bank mungkin bukan cara yang terbaik untuk membiayai aktiviti sebegini. Bagi penilaian risiko kredit yang komprehensif, bank memerlukan sejarah kredit yang terbukti berserta cagaran, yang lazimnya jarang dimiliki oleh syarikat yang baru memulakan perniagaan dalam bidang pertumbuhan baharu. Keutamaan dasar yang pelbagai telah dikenal pasti untuk menggalakkan lagi pembiayaan alternatif. Hal ini termasuk antara lain, meningkatkan pengaturan institusi untuk menyelaras, memperkemas dan menegarkan dasar dalam membangunkan kewangan alternatif, dan meningkatkan kualiti, liputan dan kredibiliti data pembiayaan alternatif untuk menyokong keputusan kredit.

Ketiga, infrastruktur fi zikal mesra pengguna tetap menjadi komponen penting dalam ekosistem industri. Dengan bertambahnya penggunaan platform digital untuk perkongsian ilmu dan maklumat secara berkesan, lebih perhatian perlu diberikan untuk menaik taraf infrastruktur maya dan digital di Malaysia. Penaiktarafan ini merangkumi integrasi analitis data raya ke dalam pangkalan data negara, penggunaan lebih meluas operasi komputer kawalan jauh dan perbaikan sambungan jalur lebar. Memanfaatkan inisiatif sedia ada untuk memaksimumkan potensi platform digital

6 Guna tenaga dalam sektor bukan E&E dianggarkan menggunakan nisbah guna tenaga dalam sektor perkilangan berdasarkan Penyiasatan Pembuatan Bulanan untuk Pertubuhan, Jabatan Perangkaan Malaysia.

7 Sila rujuk Rencana ‘Peranan Kewangan Alternatif untuk Membiayai Keperluan Ekonomi Baharu’ dalam Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran Bank Negara Malaysia 2016.

Rajah 7: Peta Kebolehlaksanaan Produk Malaysia

Peta kebolehlaksanaan produk menunjukkan jeniskepelbagaian produk yang berpotensi bagi Malaysia

Indeks Kecanggihan Produk

0

1

2

3

-3

-2

-1

0.74 0.76 0.78 0.80 0.82 0.84 0.86 0.88 0.90 0.92Jarak

Tiub plumbumRadas makmal

Bahan kimiafotografi

Peralatan ortopedik

Mesin laser

Lebi

h ca

nggi

h

Lebih sukar dicapai

Sumber: The Atlas of Economic Complexity

PCI > 0.82

PCI < 0.82

Page 35: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

117Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

di Malaysia, mempercepat penyepaduan data sektor swasta ke dalam Platform Lautan Data Kebangsaan (National Data Ocean Platform) oleh MAMPU adalah tindakan yang penting. Penggabungan kumpulan data yang lebih luas (contohnya, pilihan pelanggan yang disingkap melalui pangkalan data enjin carian), dilengkapi dengan penggunaan analisis data mampu mencipta pemahaman yang berharga untuk analisis dan membuat keputusan perniagaan berdasarkan maklumat yang mencukupi untuk meningkatkan jenis, kualiti dan kecanggihan produk.

Akhir sekali, persekitaran kawal selia perlu membuat penyesuaian dan memanfaatkan kepesatan perubahan teknologi yang sedang berlaku. Usaha yang berterusan untuk mengurangkan birokrasi kawal selia dan mengorientasikan semula insentif (contohnya cukai, subsidi) akan menggalakkan pelaburan berkualiti dalam industri yang lebih inovatif dan canggih, khususnya industri yang terlibat dalam aktiviti hiliran dan R&D, serta pemindahan teknologi. Pada masa lalu, pelaksanaan cukai pendapatan petroleum huluan pada 38% dalam sektor perlombongan telah mendorong kepelbagaian ke dalam produk petroleum hiliran yang lebih canggih. Dengan mengambil kira struktur pasaran dan persekitaran operasi fi rma, strategi yang sama dapat dipertimbangkan untuk merangsang industri minyak sawit mentah (crude palm oil, CPO) bagi mempercepat pengembangan aktiviti hiliran dengan mengkaji cukai korporat pada pendapatan huluan fi rma CPO. Hak harta intelek dan standard pensijilan juga boleh diperkukuh bagi memastikan persekitaran yang selamat untuk inovasi.

Hasil yang dikehendaki daripada strategi ini ialah meningkatkan ketangkasan, kecekapan dan kecanggihan peserta tempatan untuk merintis batasan dan kekal relevan dalam persekitaran yang pantas berubah. Penyelarasan dan kerjasama padu antara sektor awam dan swasta akan memastikan objektif ini tercapai.

Kecanggihan Ekonomi dan Impak terhadap Prospek Pertumbuhan Ekonomi Malaysia

Memandangkan kecanggihan ekonomi mencerminkan keupayaan yang terkandung dalam struktur produktif ekonomi, Hausmann dll. (2013) mendapati bahawa kecanggihan ekonomi memberikan kesan positif terhadap tahap pendapatan (Rajah 8). Jurang antara kecanggihan negara dengan tahap pendapatan per kapita boleh digunakan untuk meramalkan pertumbuhan KDNK masa hadapan. Jika tahap pendapatan negara adalah lebih rendah daripada paras purata ECI tertentu, pendapatan dijangka meningkat dengan kadar yang lebih cepat pada masa hadapan. Peningkatan ini berlaku kerana negara sudah mempunyai keupayaan produktif yang diperlukan untuk memudahkan penghasilan keluaran yang lebih canggih dalam jangka masa yang singkat. Oleh itu, pendapatan negara akan menghala ke tahap yang konsisten dengan negara-negara lain yang mempunyai tahap kecanggihan ekonomi yang serupa.

Rajah 8: Indeks Kecanggihan Ekonomi dan KeluaranDalam Negeri Kasar (KDNK) Per Kapita (2016)

Kecanggihan ekonomi mempunyai kesan positif terhadap tahap pendapatan negara

Sumber : The Atlas of Economic Complexity, The World Bank

5

6

7

8

9

10

11

12

13

-2.50 -2.00 -1.50 -1.00 -0.50 0.00 0.50 1.00 1.50 2.00 2.50Indeks Kecanggihan Ekonomi

sisihan piawai daripada purata dunia

Logaritma asli KDNK per kapita, 2016(harga malar 2011, dolar antarabangsa)

JPKR

Nota: CN = RR China, ID = Indonesia, JP = Jepun, KR = Republik Korea, MY = Malaysia, PH = Filipina, SG = Singapura, TH = Thailand, VN = Vietnam

SG

CNTH

MY

PH

ID

VN

Page 36: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

118 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Memandangkan KDNK per kapita semasa dan kecanggihan di Malaysia mempunyai jurang yang kecil, kajian mengunjurkan bahawa KDNK sebenar Malaysia akan berkembang sebanyak 4.8% setiap tahun sehingga tahun 2025 (lebih rendah berbanding dengan purata jangka panjang 5.9% bagi tahun 1990-2017). Dengan unjuran kadar pertumbuhan ini dan dengan andaian pertambahan penduduk yang stabil pada 1.3% (kadar 2017), Malaysia dijangka mencapai tahap pendapatan per kapita kira-kira USD11,900 menjelang tahun 2020, kekal sedikit di bawah ambang pendapatan tinggi terkini iaitu USD12,236 seperti yang ditakrifkan oleh Bank Dunia. Dalam erti kata lain, menerusi teknik ini, tahap semasa kecanggihan ekonomi Malaysia pada masa ini tidak mencukupi untuk menggerakkan ekonomi bagi mencapai status pendapatan tinggi secara mampan menjelang tahun 2020. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan strategi sewajarnya yang akan meningkatkan kecanggihan keseluruhan bukan sahaja untuk mengekalkan persaingan dengan negara serantau, tetapi juga bagi memenuhi aspirasi negara untuk mencapai pendapatan tinggi.

Kesimpulan

Sebagai penunjuk ringkas bagi keseluruhan keupayaan produktif negara, konsep ‘kecanggihan ekonomi’ merupakan alat penting untuk memahami perubahan struktur negara dan kelebihan bersaingan di samping berfungsi sebagai panduan yang berguna untuk menyusun strategi pembangunan masa hadapan. Sepanjang dua dekad lepas, Malaysia telah berjaya meningkatkan tahap kecanggihannya, hasil daripada pembaharuan struktur, ekosistem perniagaan sokongan dan FDI yang lebih tinggi. Walaupun dengan pencapaian sedemikian, negara lain yang sedang membangun di rantau ini pantas merapatkan jurang, dan mengikut kadar semasa, terdapat risiko Malaysia mungkin terlewat mencapai aspirasi pendapatan tinggi yang menjadi sasarannya. Oleh itu, usaha perlu dipercepat bagi mempelbagaikan campuran produk dan memantapkan kecanggihan keluaran produk. Peta kebolehlaksanaan produk menunjukkan julat pilihan pempelbagaian yang boleh dikeluarkan dengan memanfaatkan pengetahuan dan keupayaan yang telah dibangunkan oleh negara selama ini. Terdapat kesedaran tersirat bahawa asas perkilangan yang dinamik dan kukuh kekal menjadi aspek penting dalam ekonomi yang canggih. Oleh itu, teras dasar utama perlu menjurus ke arah pembaharuan struktur secara berterusan dan mendalam, terutamanya dalam pemodenan dan pengukuhan sistem sokongan bagi industri yang berkaitan. Ini termasuk, antara lain, (i) memperluas elemen industri dan akademik dalam program penyelidikan dan latihan di luar sektor E&E, (ii) mempromosikan kewangan alternatif melalui usaha yang diselaraskan antara institusi yang relevan, (iii) menaikkan Platform Lautan Data Kebangsaan, (iv) mengkaji cukai huluan untuk mempromosikan aktiviti hiliran dalam industri minyak sawit, dan (v) memasukkan kecanggihan sebagai kriteria insentif secara jelas. Pembaharuan ini akan menggalakkan pelaburan dalam negeri serta pelaburan asing yang berkualiti dalam bidang pertumbuhan canggih yang baharu, merangsang inovasi dan kecanggihan, mewujudkan peluang pekerjaan tambahan serta meningkatkan prospek pendapatan. Peningkatan kecanggihan ekonomi akan membolehkan Malaysia bersaing dan berkembang maju dalam persekitaran global yang pantas berubah, seterusnya merintis laluan ke arah kemakmuran hakiki.

Rujukan

Foo, D.C.Y (2015), The Malaysian Chemicals Industry: From Commodities to Manufacturing, CEP Magazine: An American Institute of Chemical Engineers Publication, New York: American Institute of Chemical Engineers.

Hausmann, R., et al. (2013), The Atlas of Economic Complexity: Mapping Paths to Prosperity 2nd ed., Cambridge: MIT Press.

Wong, S.H. (2013), The Malaysian Electrical and Electronics (E&E) Industry: At an Infl exion Point, Jurutera: The Monthly Bulletin of the Institution of Engineers, Malaysia, Selangor: The Institution of Engineers, Malaysia.

Yusoff, M. B., Abu Hasan, F., Abdul Jalil, S. (2000), Globalisation, Economic Policy and Equity: The Case of Malaysia. Paris: OECD.

Page 37: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

119Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Merungkaikan Masa Hadapan Ekonomi Digital Malaysia: Peluang, Cabaran dan Tindak Balas Dasar

Oleh Punithaa Kylasapathy, Tng Boon Hwa dan Ahmad Haris Mohd Zukki

Pengenalan

Impak pendigitalan terhadap ekonomi global sangat besar namun tidak sekata, dalam negara dan juga negara-negara lain. Implikasinya yang meluas dan pelbagai memberikan kesan terhadap pembangunan ekonomi, kewujudan dan kehilangan peluang pekerjaan secara serentak serta tahap pendapatan dan taraf sosial yang tidak sama rata. Perdebatan dasar tidak lagi menyentuh tentang keperluan pendigitalan, namun tumpuan lebih diberikan pada usaha untuk memaksimumkan penggunaannya dalam ekonomi sambil menangani kelemahan yang ada. Kemajuan pesat pendigitalan jelas terbukti dalam aliran data global yang meningkat 45 kali ganda (McKinsey Global Institute, 2016), berbanding dengan perdagangan barangan global yang hanya meningkat 1.5 kali ganda, antara tahun 2005 hingga 2016.

Rencana ini memberikan gambaran keseluruhan tentang transformasi digital pada masa ini, menilai landskap digital di Malaysia dan menimbangkan implikasi dasar utama Malaysia dalam penerapan pendigitalan dengan jayanya sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan ekonomi negara.

Memahami Ekonomi Digital

Masih belum ada kesepakatan tentang takrif ekonomi digital. Malahan, takrif ekonomi digital berubah apabila muncul trend digital baharu dan mengganggu keadaan yang sedia ada. Ciri-ciri ekonomi digital bermula pada tahun 1980-an dengan pengeluaran komputer peribadi secara besar-besaran pada masa itu, diikuti pula oleh perkilangan berkomputer yang canggih pada tahun 1990-an serta e-dagang dan kepesatan aktiviti perpindahan operasi perkhidmatan dan perkilangan ke luar pesisir (off-shoring) pada tahun 2000-an (UNCTAD, 2017). Trend digital semasa tertumpu pada aspek menyatukan teknologi digital dalam kehidupan harian dan operasi perniagaan. Schwab (2016) menyatakan dengan ringkas dan jelas bahawa fasa pendigitalan masa kini merupakan adunan dunia digital, fi zikal dan biologi yang meresap ke seluruh industri dan ekonomi. Fasa ini disokong oleh pelbagai trend teknologi, khususnya Objek Rangkaian Internet (Internet of Things, IoT), Analitis Data Raya (Big Data Analytics, BDA), Kecerdasan Buatan (Artifi cial Intelligence, AI) dan Pengkomputeran Awan (Cloud Computing) (Jadual 1).

Trend Teknologi yang Mendorong Ekonomi Digital

Takrif Contoh Aplikasi Peneraju

Analitis Data RayaAnalisis masa nyata menggunakan kuantiti data yang tinggi

• Analisis transaksi untuk pengiklanan bersasar• Pengurusan trafi k

• IBM (AS)• SAP (AS)• Oracle (AS)

Objek Rangkaian Internet

Objek berpenderia yang terhubung melalui Internet

• Pemantauan jarak jauh• Peranti boleh dipakai (wearables) dan kereta

boleh bergerak sendiri (autonomous cars)

• Google (AS)• Samsung (Korea)• Intel (AS)• Siemens (Jerman)

Pengkomputeran Awan

Data yang disimpan dalam perisian web dan bukan dalam perkakasan

• Alternatif untuk memperoleh dan menguruskan infrastruktur IT

• Aplikasi berasaskan web

• Microsoft (AS)• Amazon (AS)• Alibaba (RR China)

Kecerdasan BuatanPerisian yang mampu swabelajar dan boleh beradaptasi

• Pengecaman imej untuk pengesanan risiko awal dan rawatan dalam bidang perubatan

• Merangka dan melaksanakan strategi pelaburan

• NVIDIA (AS)• Google (AS)• Baidu (RR China)• IBM (AS)

Jadual 1

Page 38: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

120 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Perspektif Makroekonomi Landskap Digital di Malaysia

Di Malaysia, isi rumah, perniagaan dan Kerajaan telah mengamalkan pendigitalan. Antara tahun 2005 hingga 2016, pengguna internet bertambah sekali ganda menjadi 21 juta; penembusan telefon mudah alih turut meningkat sekali ganda kepada 44 juta pelanggan; dan pengguna jalur lebar talian tetap juga meningkat sekali ganda menjadi 3 juta (International Telecommunication Union, 2016). Setakat tahun 2015, 83% daripada perkhidmatan Kerajaan disediakan melalui platform dalam talian (MAMPU, 2016).

Tahap pendigitalan di Malaysia sukar diukur memandangkan platform digital digunakan secara meluas. Prestasi sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)1, iaitu sektor yang tinggi intensiti teknologi dan tertumpunya aktiviti digital, mungkin boleh dijadikan sebagai permulaan asas pengukuran. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1, antara tahun 2011 hingga 2016, pertumbuhan nilai ditambah dalam sektor ICT jauh mengatasi sektor bukan ICT (ICT: 7.8% berbanding dengan bukan ICT: 6.9%). Aktiviti e-dagang pula ternyata meningkat hampir sekali ganda dalam tempoh yang sama (2016: RM74.6 bilion; 2011: RM44.6 bilion). Peningkatan ini mencerminkan penerimaan platform digital yang semakin bertambah, dan secara meluas, peranan teknologi dalam memacu aktiviti ekonomi. Seperti yang digambarkan dalam Rajah 1 juga, walaupun peningkatan nilai tambah dalam sektor ICT telah jauh mengatasi sektor bukan ICT, pekerjaan dalam bidang ICT masih ketinggalan berbanding dengan sektor bukan ICT. Dari satu aspek, perbezaan ini menandakan bahawa produktiviti sektor ICT mungkin lebih tinggi berbanding dengan sektor bukan ICT. Dari aspek lain pula, keadaan ini mungkin juga mencerminkan perubahan keperluan pekerja dalam ekonomi. Maka, transformasi digital dan automasi boleh menjadikan beberapa segmen pekerja tidak diperlukan lagi dan menuntut keperluan kemahiran baharu dalam pekerjaan.

Memandangkan perkembangan sektor ICT yang meluas dalam ekonomi keseluruhan, hubungan antara sektor ICT dengan sektor-sektor lain dalam ekonomi perlu dinilai menggunakan rangka kerja Struktur Pengeluaran Terkumpul (Cumulative Production Structure, CPS) input-output untuk menganggarkan rantaian ke belakang dan rantaian ke hadapan2. Rajah 2 menunjukkan pengganda rantaian ke belakang dan rantaian ke hadapan antara Perkhidmatan ICT dan Komputer3 dengan sektor lain dalam ekonomi. Dua trend utama dapat diperhatikan: Pertama, pengganda rantaian ke belakang yang telah meningkat, menunjukkan perkembangan pesat rangkaian perkhidmatan ICT dan komputer sejak tahun 2005, begitu juga sumber yang diperoleh daripada sektor lain untuk menyediakan perkhidmatan tersebut. Kedua, rantaian ke hadapan juga telah meningkat, yang mencerminkan peningkatan penggunaan internet, e-dagang dan perkhidmatan lain dalam talian oleh fi rma sebagai aspek utama dalam operasi perniagaan mereka.

Rajah 1: Nilai Ditambah dan Guna Tenaga dalam ICT dan Bukan-ICT Malaysia (Purata Pertumbuhan 2011-2016)

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2017)

Produktiviti lebih tinggi dalam aktiviti ICT

7.8

1.9

6.9

3.0

0

2

4

6

8

10

Nilai Ditambah Guna Tenaga

ICT Bukan-ICT

Perubahan tahunan (%)

1 ICT merujuk nilai ditambah daripada perkilangan ICT, perkhidmatan ICT, dagangan ICT, kandungan dan media serta industri lain.2 “Rantaian ke belakang” menerangkan penggunaan sumber sektor lain oleh sektor perkhidmatan digital sebagai input pengeluaran. “Rantaian ke hadapan” menerangkan penggunaan sumber sektor perkhidmatan digital oleh sektor lain sebagai input pengeluaran.3 Merujuk perkhidmatan seperti internet, program dan perkhidmatan komputer yang disediakan melalui platform dalam talian.

Rajah 2: Rantaian ke Belakang dan Rantaian ke Hadapan antara Perkhidmatan ICT & Komputer Dengan Sektor Laindalam Ekonomi Malaysia

Sumber: Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia

Kesan limpahan daripada sektor ICT kepada ekonomi keseluruhan semakin meningkat

1.7

2.4

1.8

2.4

1.9

2.5

0.0

0.5

1.0

1.5

2.0

2.5

3.0

Rantaian ke Belakang Rantaian ke Hadapan

2005 2010 2014

Pengganda

Page 39: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

121Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Kedudukan Daya Saing Malaysia dalam Ekonomi Global

Bagi menganalisis sama ada kemajuan digital Malaysia bergerak seiring dengan kemajuan peringkat global, penandaarasan perlu dibuat antara Malaysia dengan negara-negara lain. Rajah 3 memaparkan ringkasan penerapan digital dan pendorong pelengkap utama (key complementary enablers) yang menyokong aktiviti digital. Kesemua ukuran ini diambil daripada Indeks Penerapan Digital (Digital Adoption Index, DAI) Bank Dunia, yang mencerminkan tahap akses dan penggunaan perkhidmatan digital oleh pengguna, perniagaan dan Kerajaan. Antara pendorong pelengkap utama ialah terdapatnya kumpulan modal insan yang kukuh, persekitaran kawal selia yang memberikan ruang pada persaingan perniagaan, wujudnya standard tadbir urus dan organisasi yang berpandangan ke hadapan. Negara-negara ini dikategorikan sebagai “peneraju”, “penerap” dan “penyusul”4. Dalam analisis ini, Malaysia dikenal pasti sebagai negara “penerap”. Meskipun analisis ini menunjukkan kemajuan digital Malaysia yang setanding dengan beberapa ekonomi maju dari beberapa sudut, namun ekonomi negara masih belum mencapai tahap “peneraju” seperti Amerika Syarikat, Estonia, Korea Selatan, Jepun dan Singapura.

4 Dalam DAI, negara peneraju berada dalam julat 20% teratas, manakala negara penerap berada dalam julat 20-50% dan negara penyusul berada dalam julat 50% terbawah.

Rajah 3: Perbandingan Skor Penerapan dan Pelengkap Digital

Malaysia sebagai negara “penerap” menyusul di belakang negara-negara “peneraju”

Sumber : Bank Dunia (2016)

Nota: Peneraju terpilih merangkumi Amerika Syarikat (AS), Estonia (EE), Korea Selatan (KR), Jepun (JP) and Singapura (SG). Penerap terpilih merangkumi Australia (AU), RR China (CN), Brazil (BR), Rusia (RU) dan Thailand (TH) .Penyusul terpilih merangkumi Mexico (MX) Vietnam (VN), Filipina (PH), Indonesia (ID) dan India (IN).

Sko

r P

elen

gkap

Dig

ital (

0-1)

Skor Indeks Penerapan Digital (0-1)

KR

SG

NL

LU

NO

CH

JP

ES

AT

SEASEEDE

AE

BE

FR

IL

FI

DK

IS

MT

IT

BH

UK

PT

CL

UY

RU

AU

LVLT

NZ

MYCZ

CA

QA

SKRO

PL

IE

AM

TR

SI

SA

BR

HU

KZCOBN

KWCN

RS

AR

CY

BGHR

MN

MK

GE

CR

AL

MU

GR

EG

JO

TH

PA

TT

VE

EC

ZA

TN

DO

MAMX

UA

PE

BB

SV

IN

SC

LK

KG

GT

BO

PY

IRHN

VN

KE

UZ

ID

NG

PH

BD

KH

NI

DZ

RW

NP

TJ

BW

BZ

PK

GH

NA

LY

YEMR

SN

GYZM

ZW

AO

CM

HT

GM

LS

TZ

UG

GA

SZLA

ML

MZSL

ET

BJ

MW

BI

LR

0.1

0.2

0.3

0.4

0.5

0.6

0.7

0.8

0.9

1.0

0.1 0.2 0.3 0.4 0.5 0.6 0.7 0.8 0.9 1.0

PenerajuPenerapPenyusul

Page 40: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

122 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Malaysia perlu berazam untuk menjadi “peneraju” dalam bidang digital bagi meraih manfaat bidang ini kepada ekonomi. E-dagang memberi firma dan pengguna akses kepada pasaran global. Peralihan ke platform sedemikian juga boleh menyebabkan struktur harga yang lebih rendah, disebabkan oleh penemuan harga yang dipertingkatkan dan berkurangnya kebergantungan pada pengantara (“orang tengah”) untuk mengedarkan barangan dan perkhidmatan. Ekonomi Gig memudahkan pengaturan kerja secara fleksibel, sementara platform kerja dalam talian pula mengurangkan ketidakpadanan permintaan-penawaran dalam tenaga kerja. Kapasiti analitis data raya dan kecerdasan buatan memanfaatkan maklumat yang tidak digunakan sebelum ini untuk menghasilkan pandangan baharu yang membantu proses membuat keputusan. Secara keseluruhan, perkembangan teknologi ini akan memberikan hasil ekonomi yang lebih cekap dan produktif. Semua teknologi ini dianggarkan mampu menyumbang antara USD15 trilion-USD33 trilion setahun kepada ekonomi global menjelang tahun 2025 (McKinsey, 2013). Bagi Malaysia, peralihan ekonomi kepada tahap “peneraju” mampu menjana tambahan dividen pertumbuhan yang ketara antara USD100 bilion-USD136 bilion setahun menjelang tahun 2025.

Penelitian lanjut terhadap faktor-faktor yang menggerakkan kepesatan ekonomi ke arah status “peneraju” memperlihatkan bahawa ekonomi-ekonomi ini telah berjaya menangani tiga ciri struktur utama yang menyokong kemajuan mereka. Pertama, jalur lebar yang pantas dengan harga yang berpatutan. Kedua, bakat tenaga kerja yang digilap untuk kemajuan digital. Ketiga, tahap penerapan digital yang tinggi dalam kalangan pengguna dan perniagaan.

Jalur Lebar yang Pantas dengan Harga yang BerpatutanKepantasan jalur lebar sangat penting untuk memajukan teknologi digital seperti IoT, AI dan Pengkomputeran Awan. Struktur pasaran yang menggalakkan persaingan dalam kalangan penyedia perkhidmatan internet memastikan jalur lebar yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Rajah 4 menunjukkan meskipun harga jalur lebar di Malaysia agak berpatutan, kelajuan puratanya hanya setaraf dengan kelajuan purata jalur lebar dalam ekonomi negara yang berstatus “penyusul”.

Rajah 4: Perbandingan Kelajuan dan Kemampuan MemilikiJalur Lebar

Purata Kelajuan Jalur Lebar (Mbps)

Sumber: Bank Dunia (2016) dan Ookla (2017)

Kos Jalur Lebar/PNK per Kapita sebulan (%)

Kos jalur lebar di Malaysia berpatutan namun kelajuannya amat perlahan

Peneraju

Penerap

Penyusul

Malaysia

0

10

20

30

40

50

60

70

0% 2% 4% 6% 8%

Bakat Tenaga Kerja yang Digilap untuk Kemajuan Digital Transformasi digital akan mewujudkan kesan polarisasi dalam pasaran pekerja, dan bukan semua pekerja mendapat manfaat daripadanya. Pekerja yang memiliki kemahiran yang diperlukan untuk menyertai transformasi ini akan mendapat premium upah antara 10-16% (Lim, Wong, Rasep dan Selvarajan, 2017). Walau bagaimanapun, kajian juga menunjukkan bahawa 54% pekerjaan di Malaysia, dengan 80% daripadanya ialah pekerjaan separa mahir, berisiko tinggi digantikan dengan automasi dalam tempoh 10-20 tahun yang akan datang (Ng, 2017). Sebahagian besar pekerjaan dalam tempoh satu dekad akan datang juga memerlukan kemahiran ICT (Berg dan Frey, 2016).

Page 41: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

123Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Pembangunan kemahiran yang diperlukan dalam ekonomi digital mewajarkan asas yang kukuh dalam mata pelajaran teknikal seperti Sains dan Matematik. Pada masa ini, tahap pencapaian Malaysia dalam mata pelajaran teknikal bertambah baik namun masih ketinggalan berbanding dengan kebanyakan ekonomi maju (Rajah 5). Rajah 6 menunjukkan bahawa pada masa hadapan, universiti-universiti di Malaysia akan melahirkan semakin banyak graduan dalam bidang Sastera dan Sains Sosial berbanding dengan graduan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Science, Technology, Engineering and Mathematics, STEM) serta bidang-bidang teknikal. Jika keadaan ini tidak ditangani, ketidakpadanan kemahiran ini akan berterusan tatkala aktiviti ekonomi semakin menerapkan teknologi dan pendigitalan yang lebih maju.

Rajah 6: Anggaran Trend Graduan

Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi dan anggaran staf

2010 2015 2020 2025

STEM Seni & Sains Sosial Kajian Teknikal

0

50

100

150

200

250

'000 graduan

Rajah 5: Perbandingan Skor PISA

Transformasi bakat di Malaysia perlu disesuaikan untuk berkembang maju dalam ekonomi digital

Nota: PISA merujuk kepada Programme for International Student Assessment

Sumber: OECD (2014)

Nota: Graduan STEM merujuk kepada graduan Sains dan ICT

SG

SGKR

KRCHCHEE

EE

Purata OECDPurata OECDUK UK

USUS

THTH

MY MY

IDID

350

400

450

500

550

600

Matematik Sains

73 81

Skor PISA

Penerapan Digital yang TinggiPenerapan digital di Malaysia perlu dipertingkatkan demi kemajuan ekonomi digital. Walaupun terdapat peningkatan trend dalam penggunaan perkhidmatan digital seperti e-dagang dan perbankan internet, angka ini secara relatifnya kekal rendah (Rajah 7). Majoriti penggunaan internet di Malaysia juga lebih tertumpu pada penggunaan kandungan (misalnya memuat turun fi lem/muzik, media sosial dan permainan maya) berbanding dengan aktiviti yang produktif seperti penciptaan kandungan baharu (misalnya aplikasi mudah alih). Sebagai contoh, 81.2% pengguna internet di Malaysia memuat turun media dan berhibur dengan permainan maya. Sebaliknya, penggunaan internet dalam aktiviti yang lebih produktif – interaksi dengan rangkaian profesional (9.1%), penciptaan kandungan (11.8%) dan pembelajaran menerusi kursus formal dalam talian (4.8%) – adalah amat rendah.

Perniagaan di Malaysia belum memanfaatkan sepenuhnya potensi e-dagang dan penggunaan laman sesawang untuk pemasaran. Hanya sebilangan kecil perniagaan yang boleh ditemui dalam talian. Sambungan jalur lebar talian tetap masih terkebelakang berbanding dengan ekonomi maju (Rajah 8).

Page 42: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

124 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Implikasi Dasar bagi Malaysia

Akur akan kepentingan ekonomi digital, Kerajaan sedang melaksanakan usaha bersepadu untuk merangsang transformasi digital. Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (Malaysia Digital Economy Corporation, MDEC) ditugaskan untuk menerajui Hab Digital Malaysia dan melaksanakan pelbagai program Usahawan Teknologi (Technopreneurship) untuk menarik fi rma teknologi global dan tempatan memulakan perniagaan. Pelaburan yang terhasil daripada usaha ini berjumlah RM16.3 bilion pada tahun 2016. Inisiatif Zon Perdagangan Bebas Digital (Digital Free Trade Zone, DFTZ) yang dilancarkan pada tahun 2017 di bawah Pelan Hala Tuju Strategik eDagang Kebangsaan (National eCommerce Strategic Roadmap) bertujuan untuk meningkatkan sumbangan eksport PKS kepada USD38 bilion dan mewujudkan 60,000 pekerjaan menjelang tahun 2025. Bagi mempercepat kemajuan dalam Analitis Data Raya, inisiatif Bursa Analitis Data ASEAN (ASEAN Data Analytics eXchange, ADAX) melatih fi rma-fi rma dan memudahkan cara eksperimen bagi penyelesaian yang baharu. Dari sudut bakat, MDEC telah membangunkan perkongsian yang diterajui universiti dan industri bagi memantapkan kemahiran pakar data dan keselamatan siber.

Pengetahuan yang ditimba daripada pengalaman ekonomi “peneraju” baru-baru ini dari segi penerapan digital menyerlahkan beberapa keutamaan dasar yang perlu disegerakan di Malaysia. Pertama, sistem pendidikan perlu menekankan pembelajaran sepanjang hayat, mendorong minat yang lebih mendalam untuk memperoleh ijazah dalam bidang STEM dan mewajibkan kemahiran ICT (misalnya matematik pengkomputeran, robotik, pembelajaran sesama rakan). Thomas Jefferson High School for Science and Technology di AS sebagai contoh, dilengkapi dengan makmal penyelidikan dan para saintis komputer berpengalaman dalam semua bidang mata pelajaran (contohnya, bidang astrofizik dan kajian lautan). Dengan perubahan dalam keperluan kemahiran, dasar Kerajaan dan firma mesti memberikan galakan yang menyokong usaha meningkatkan kemahiran, dengan menyediakan dan memberikan ganjaran kepada peningkatan kemahiran melalui kursus dalam talian dengan akses terbuka dan penyertaan meluas (Massive Open Online Courses, MOOC). Rangka kerja peringkat kebangsaan yang diselaraskan untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja secara berterusan, seperti yang diterapkan oleh Program Kemahiran Masa Hadapan (Skills Future Programme) di Singapura, bagi membantu penempatan semula pekerja berisiko. Pada masa kini, hanya 13% tenaga kerja sedia ada yang menerima latihan peningkatan kemahiran (HRDF, 2016).

Kedua, infrastruktur digital sejagat diperlukan untuk menggalakkan lebih banyak penerapan dan penyertaan digital. Infrastruktur ini terdiri daripada sambungan rangkaian berkelajuan tinggi, kaedah pengenalan diri digital (Digital ID), rangkaian pembayaran digital yang cekap dan sistem data yang terbuka. Infrastruktur asas ini membolehkan pengenalpastian dan pengesahan digital secara selamat dalam penyampaian perkhidmatan

% perniagaan

28.4

59.7

79.774.8

99.3 95.5

0

20

40

60

80

100

Malaysia Korea Selatan Estonia

Rajah 7: Penerapan Digital Pengguna (2017)

Penerapan digital perlu dipertingkatkan demi kemajuan ekonomi digital

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

80.1

69.8

23.2

37.6

% individu

PerbankanInternet

e-Dagang

Komputer

Internet

Rajah 8: Penerapan Digital Perniagaan (2015)

Perniagaan yang memiliki laman sesawang

Perniagaan yang memiliki sambungan jalur lebar tetap

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan OECD

Page 43: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

125Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Sistem pembayaran yang terjamin dan mekanisme pembiayaan yang cekap sangat penting untuk ekonomi digital yang maju. Bagi memacu peralihan negara kepada e-pembayaran, Bank Negara Malaysia telah memperkukuh strategi untuk menggantikan wang tunai dan cek, dengan menggalakkan pindahan kredit dalam talian dan menggalakkan penggunaan kad debit secara lebih meluas. Pihak Bank juga sedang merumuskan Rangka Kerja Pemindahan Kredit Saling Boleh Kendali (Interoperable Credit Transfer Framework, ICTF) untuk memastikan pemindahan dana berjalan lancar antara bank dengan dompet e-wang, bagi memacu penerapan pembayaran mudah alih yang lebih tinggi5. Pembiayaan antara individu (peer-to-peer financing) yang dibina berasaskan menurut skor kredit alternatif dan ekosistem modal teroka yang aktif telah berjaya membiayai fi rma digital permulaan, seperti yang terbukti di RR China dan UK.

Sektor swasta juga memainkan peranan penting dalam merangsang inovasi. Ini boleh dicapai melalui kerjasama dalam perkongsian data dan penyelesaian masalah lazim seperti saling boleh kendali, piawaian teknikal umum dan keselamatan siber. Contoh yang baik ialah penubuhan Konsortium Perindustrian Internet (Industrial Internet Consortium), yang diterajui oleh syarikat-syarikat teknologi utama global seperti Intel, Cisco, AT&T, IBM dan General Electric, yang menghimpunkan peserta industri, ahli akademik dan entiti Kerajaan untuk memodenkan sektor perkilangan, penjagaan kesihatan, tenaga dan pertanian.

Ketiga, pengawalseliaan hendaklah terus dimodenkan untuk mendorong inovasi, pelaburan serta penyertaan dalam ekosistem digital. Isu privasi dan keselamatan siber mesti dikendalikan untuk memupuk keyakinan. Di EU, Peraturan Perlindungan Data Umum (General Data Protection Regulation, GDPR)6 telah meningkatkan kawalan pengguna terhadap penggunaan data dalam pengurusan hal privasi. Semua fi rma termasuk fi rma di luar EU yang berurusan

Kejayaan Digital Estonia - Inisiatif “X-Road”

Hampir semua aktiviti kehidupan di Estonia dilaksanakan secara bersepadu dalam bentuk digital, daripada menandatangani dan berkongsi dokumen hak milik perundangan, mendapatkan rekod data perubatan, menubuhkan syarikat, mendapatkan perkhidmatan perbankan, menyertai perkara berkaitan undang-undang, sehinggalah urusan yang paling mudah seperti pembayaran tempat letak kereta. Negara ini berhasrat menjadi negara tanpa sempadan. Sesiapa sahaja boleh memohon untuk menjadi e-residen Estonia secara digital. Kemudahan ini membolehkan aktiviti penciptaan nilai yang dilaksanakan di mana-mana sahaja di dunia didaftarkan di Estonia dan menikmati keistimewaan seperti akses kepada Pasaran Digital Perdana Eropah (Europe Digital Single Market).

Infrastruktur digital Estonia, iaitu X-Road, memanfaatkan pendekatan tidak berpusat. Sistem rantaian blok (blockchain) menyediakan platform umum untuk pelbagai pangkalan data untuk berkongsi data secara terbuka melalui satu ID digital yang unik. Entiti persendirian dan awam yang ingin membangunkan penyelesaian dalam talian boleh memohon untuk menyertai X-Road dan memanfaatkan perkhidmatan sistem umum (misalnya ID elektronik yang unik) (Vassil, K., 2015). Teras pegangan pada inisiatif ini adalah untuk membina keyakinan dalam kalangan masyarakat melalui pemerkasaan pemilikan data individu. Warga Estonia boleh menyemak sesiapa yang telah mengakses data mereka. Rekod prestasi yang terbukti dalam inovasi keselamatan siber juga memperkukuh kepercayaan terhadap sistem ini melalui penggunaan teknologi blockchain proprietari, ujian tekanan keselamatan siber dan tempat perlindungan data yang selamat.

5 Rujuk kepada Perkembangan Merentas Sektor dalam Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2017 untuk perbincangan terperinci mengenai kemajuan yang dicapai oleh Bank Negara Malaysia dalam inisiatif sistem pembayaran dan fi ntech.

6 Peraturan ini menggariskan penalti ketidakpatuhan yang akan dikenakan ke atas fi rma yang mencakupi 4-10% daripada pendapatan global atau €10-20 juta, bergantung pada tahap ketidakpatuhan.

digital (termasuk perkhidmatan perundangan bagi pemindahan harta, teleperubatan dan perkhidmatan kewangan) yang akan mengurangkan kos penyampaian perkhidmatan. Satu kajian kes yang menarik perhatian ialah di Estonia, iaitu melalui kerjasama antara sektor awam dengan sektor swasta untuk membangunkan Inisiatif “X-Road” di negara itu (Lihat rencana di bawah).

Page 44: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

126 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

dengan warga EU perlu mendapatkan persetujuan yang jelas tentang penggunaan data (“senarai yang ditandakan awal atau tiada aktiviti” tidak diiktiraf sebagai persetujuan), menjelaskan penggunaannya dan memelihara hak pengguna supaya maklumat peribadi mereka boleh “dilupuskan” selepas digunakan. Lebih penting lagi, pengguna boleh memindahkan data mereka kepada penyedia perkhidmatan dalam talian yang lain (iaitu, kemudahalihan data), lantas mendorong persaingan. Meskipun prinsip-prinsip ini mempertingkat kebertanggungjawaban fi rma, terdapat potensi implikasi dalam pengeksportan perkhidmatan dan aliran data rentas sempadan. Implikasi ini termasuk peningkatan kos menjalankan perniagaan disebabkan pematuhan dan halangan yang lebih tinggi kepada persaingan (contohnya keperluan bagi data dijadikan data setempat (data localisation) boleh memberikan kesan kepada pembekal perkhidmatan pengkomputeran awan bukan negara EU). Negara-negara seperti New Zealand dan Switzerland telah membangunkan rangka kerja undang-undang pelengkap perlindungan data untuk saling diiktiraf sebagai satu bidang kuasa dengan undang-undang privasi yang ‘mencukupi’.

Pencerobohan keselamatan siber mempunyai implikasi ekonomi, sosial dan kedaulatan yang meluas. Perkara ini terbukti oleh serangan siber terhadap sistem SWIFT Bank Bangladesh pada tahun 2016, Equifax (biro kredit utama di AS) pada tahun 2017 dan grid kuasa eletrik Ukraine pada tahun 2015. Kos global jenayah siber pada tahun 2014 dianggarkan antara USD375 bilion hingga USD575 bilion, atau kira-kira 0.6 peratus daripada KDNK global (McAfee, 2014). Di Malaysia, pencerobohan keselamatan siber meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh lapan tahun yang lalu (2017: 7,962 kes; 2009: 3,564 kes) (MyCERT, 2018). Kejadian besar yang berlaku pada tahun 2014 melibatkan pencerobohan data utama lebih 46.2 juta pelanggan mudah alih yang mengkompromikan maklumat rahsia peribadi. Menyedari akan bahayanya ancaman ini, Malaysia merancang untuk memperkenalkan undang-undang keselamatan siber bagi mengatasi kejadian jenayah siber yang semakin meningkat. Tindakan seperti pelaporan mandatori pencerobohan dan ujian tekanan terhadap kendalian keselamatan siber perlu diambil untuk meningkatkan piawaian keselamatan dan mempengaruhi perkembangan sewajarnya dalam pasaran insurans keselamatan siber. Data adalah penting. Pengetahuan yang terbatas terhadap pencerobohan data dan kerugian yang ditanggung menyulitkan anggaran kos aktuari ke atas risiko digital.

Pengawalan dalam pasaran jalur lebar adalah kritikal untuk struktur pasaran yang kompetitif bagi membolehkan penyediaan infrastruktur digital yang berkualiti dengan harga berpatutan. Struktur ini termasuk tahap persaingan yang wajar dalam pasaran borong dan mekanisme penentuan harga saksama antara pasaran borong dengan pasaran runcit. Akses saksama kepada infrastruktur antara penyandang dengan peserta baharu boleh mendorong pelaburan. Pelancaran Nationwide Fiberisation Plan (2017-2019) bagi menyediakan hubungan jalur lebar berkelajuan tinggi merupakan langkah yang wajar.

Kesimpulan

Pada masa ini, penggunaan teknologi digital semakin pesat berkembang. Munculnya teknologi yang membawa peluang baharu melangkaui e-dagang, seperti robot dan AI yang tidak dapat dinafi kan kepentingan dan kegunaannya dalam sesetengah industri. Malaysia telah mencapai bibit-bibit kejayaan. Pemodenan pengawalan, pemerkasaan bakat dengan kemahiran masa hadapan dan akses sejagat kepada infrastruktur bertaraf dunia akan mempercepat kadar pendigitalan dan seterusnya membuka sempadan baharu penambahan produktiviti, peningkatan pendapatan dan transformasi sosial. Sebagai ekonomi terbuka yang kecil, daya saing Malaysia tidak lagi terhad kepada kekayaan faktor fi zikal lazim iaitu tanah, modal dan pekerja, tetapi juga akan cenderung untuk memanfaatkan idea dan inovasi dalam ekonomi digital. Malaysia akan berkembang maju dengan peluang yang wujud dalam ruang lingkup digital pada masa hadapan.

Page 45: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

127Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

Rujukan

Berger, T. and Frey, C. (2016). ‘Structural Transformation in the OECD: Digitalization, Deindustrialization and the Future of Work’, OECD Social, Employment and Migration Working Papers, OECD Publishing, Paris.

Bukht, R. and Heeks, R. (2017). ‘Defi ning, Conceptualising and Measuring the Digital Economy’ GDI Development Informatics Working Papers, no. 68, Global Development Institute, The University of Manchester, Manchester pp 1-24.

Human Resource Development Fund (HRDF) (2016). ‘Annual Report 2016’, HRDF, Kuala Lumpur.

International Telecommunication Union (ITU), 2016, Country ICT Data, [online] Available at: https://www.itu.int/en/ITU-D/Statistics/Pages/stat/default.aspx [Accessed 7 Mar. 2018].

Jabatan Perangkaan Malaysia, (2018). ‘Laporan Penyiasatan Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu dan Isi Rumah 2017’, Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya.

____ (2017). ‘Akaun Satelit Teknologi Maklumat dan Komunikasi 2016’, Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya.

____ (2017). ‘Penerbitan Penggunaan ICT oleh Perniagaan dan E-dagang Banci Ekonomi 2016’, Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya.

Lim, J., Wong, K., Rasep, R. and Selvarajan, S. (2017). ‘Wage Premiums in the Digital Economy: Evidence from Malaysia’ Conference Paper BNM Economic Research Workshop.

McAfee, Inc and Center for Strategic and International Studies. (2014). ‘Net Losses: Estimating the Global Cost of Cybercrime Report Economic Impact of Cybercrime II’, McAfee Inc, Santa Clara.

McKinsey Global Institute, (2016). ‘Digital Globalization: The New Era of Global Flows’, McKinsey Global Institute, New York City. _____ (2013). ‘Disruptive technologies: Advances that will transform life, business, and the global economy’ (Vol. 180) McKinsey & Company, New York City.

Mycert.org.my. (2018). MyCERT - The Malaysian Computer Emergency Response Team Incident Statistics. [online] Available at: https://www.mycert.org.my/statistics/2017.php [Accessed 6 Mar. 2018].

Ng, A. (2017). ‘The Times They Are A-Changin’: Technology, Employment and the Malaysian Economy’, KRI Discussion Paper 28 April 2017, Khazanah Research Institute, Kuala Lumpur.

Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) (2016). ‘Stimulating Digital Innovation for Growth and Inclusiveness’, OECD, Paris.

_____ (2014). ‘PISA 2012 Results in Focus’ OECD, Paris.

Schwab, K. (2016). ‘The Fourth Industrial Revolution’ World Economic Forum, Geneva.

Stats.oecd.org. (2018). ICT Access and Usage by Businesses in 2015. [Online] Available at: https://stats.oecd.org/Index.aspx?DataSetCode=ICT_BUS [Accessed 6 Mar. 2018].

UNCTAD (2017). ‘The New Digital Economy and Development,’ United Nations, New York and Geneva.

Page 46: Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 · Laporan Tahunan 2017 83 Prospek dan Dasar pada Tahun 2018 ... (sebagai contoh, industri E&E dan industri berasaskan sumber) akan terus mendapat

128 Laporan Tahunan 2017

Prosp

ek dan D

asar pad

a Tahun 2018

_____ (2017). ‘Data protection regulations and international data fl ows: Implications for trade and development,’ United Nations, New York and Geneva.

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (2016). ‘The Malaysian Public Sector ICT Strategic Plan 2016-2020’, MAMPU, Putrajaya.

Vassil, K. (2015). ‘Estonian e-Government Ecosystem: Foundation, Applications, Outcomes,’ Background paper for the World Development Report 2016, The World Bank, Washington DC.

Woetzel, J., Seong, J., Wang, K., Manyika, J., Chui, M., Wong, W. (2017). ‘China’s Digital Economy a Leading Global Force,’ McKinsey Global Institute, New York City.

World Bank (2016). ‘World Development Report 2016: Digital Dividends,’ The World Bank, Washington DC.

World Trade Organization (2018). ‘WTO Statistics Database’ [online] Available at: http://stat.wto.org/Home/WSDBHome.aspx?Language=E [Accessed 17 Mar. 2018].