PSIKOLOGI KANAK-KANAK

of 30 /30
MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20 1 MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PSIKOLOGI KANAK-KANAK DAN KELUARGA 1. Pengenalan Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS) telah ditubuhkan pada tahun 1997 dengan menawarkan empat program iaitu Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga, Psikologi Industri dan Organisasi, Pembangunan Belia dan Komuniti, Psikologi Kaunseling dan Kerja Sosial. Setakat ini, kesemua program telah mengeluarkan graduannya sejak konvokesyen pertama Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada bulan September 1999. 2. Latihan Praktikum Latihan Praktikum adalah salah satu syarat bagi memenuhi syarat pengurniaan Ijazah Sarjana Muda Psikologi bagi semua program di SPKS. Latihan Praktikum dilaksanakan pada semester akhir pengajian bagi setiap pelajar yang mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa di Universiti Malaysia Sabah. Bagi pelajar-pelajar yang mengikuti Program Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga, Latihan Praktikum adalah pelengkap dan keperluan bagi pengurniaan Ijazah Sarjana Muda. Latihan Praktikum ini sebenarnya merupakan latihan amali di situasi sebenar untuk mengintergrasi ilmu teori yang diperoleh. Latihan Praktikum ini selaras dengan hasrat Universiti Malaysia Sabah untuk: i. Menyediakan graduan menghadapi kerjaya yang baik dalam bidang akademik mahupun bukan akademik dengan semangat dan penampilan profesionalisme yang tinggi; ii. Menyediakan program-program pengajian yang bersifat teori dan gunaan sesuai dengan keadaan semasa yang menekankan pengurusan yang cekap dan bermutu tinggi. 3. Objektif Umum Objektif Latihan Praktikum ini adalah selaras dengan beberapa objektif Universiti Malaysia Sabah sendiri, khususnya: Mencapai kecemerlangan kesarjanaan akademik, bertaraf antarabangsa dalam program pelbagai bidang; Meneroka, memelihara dan memanfaatkan ilmu dengan berkesan untuk pembangunan masyarakat dan negara yang selaras dengan etos universiti dan negara; Mengadakan program-program pengajian, penyelidikan dan kerja amali yang berkualiti serta relevan kepada masyarakat dan negara;

Embed Size (px)

Transcript of PSIKOLOGI KANAK-KANAK

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PSIKOLOGI KANAK-KANAK DAN KELUARGA

1. Pengenalan Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS) telah ditubuhkan pada tahun 1997 dengan menawarkan empat program iaitu Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga, Psikologi Industri dan Organisasi, Pembangunan Belia dan Komuniti, Psikologi Kaunseling dan Kerja Sosial. Setakat ini, kesemua program telah mengeluarkan graduannya sejak konvokesyen pertama Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada bulan September 1999.

2. Latihan Praktikum Latihan Praktikum adalah salah satu syarat bagi memenuhi syarat pengurniaan Ijazah Sarjana Muda Psikologi bagi semua program di SPKS. Latihan Praktikum dilaksanakan pada semester akhir pengajian bagi setiap pelajar yang mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa di Universiti Malaysia Sabah. Bagi pelajar-pelajar yang mengikuti Program Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga, Latihan Praktikum adalah pelengkap dan keperluan bagi pengurniaan Ijazah Sarjana Muda. Latihan Praktikum ini sebenarnya merupakan latihan amali di situasi sebenar untuk mengintergrasi ilmu teori yang diperoleh. Latihan Praktikum ini selaras dengan hasrat Universiti Malaysia Sabah untuk: i. Menyediakan graduan menghadapi kerjaya yang baik dalam bidang akademik mahupun bukan akademik dengan semangat dan penampilan profesionalisme yang tinggi;

ii.

Menyediakan program-program pengajian yang bersifat teori dan gunaan sesuai dengan keadaan semasa yang menekankan pengurusan yang cekap dan bermutu tinggi.

3. Objektif Umum Objektif Latihan Praktikum ini adalah selaras dengan beberapa objektif Universiti Malaysia Sabah sendiri, khususnya: Mencapai kecemerlangan kesarjanaan akademik, bertaraf antarabangsa dalam program pelbagai bidang; Meneroka, memelihara dan memanfaatkan ilmu dengan berkesan untuk pembangunan masyarakat dan negara yang selaras dengan etos universiti dan negara; Mengadakan program-program pengajian, penyelidikan dan kerja amali yang berkualiti serta relevan kepada masyarakat dan negara;

1

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

Menjalinkan hubungan kerjasama yang rapat lagi berguna antara Universiti Malaysia Sabah dengan sektor perindustrian, kerajaan, swasta, badan-badan profesional dan masyarakat.

4. Status Dan Jam Kredit Latihan Praktikum ini merupakan satu alternatif wajib kepada pelajar di bawah program ini yang mana pelajar boleh memilih untuk tidak menjalani Latihan Praktikum tetapi menggantikannya dengan Latihan Ilmiah. Latihan Praktikum diperuntukkan sebanyak enam (6) jam kredit. Prestasi pelajar dalam Latihan Praktikum akan dikira dalam PNGK dalam proses pengijazahan.

5. Tempoh Tempoh Latihan Praktikum ini tidak kurang dari dua belas (12) minggu bagi program tiga tahun yang dijalankan pada semester akhir di penghujung sesi.

6. Prosedur Sebelum menjalani Latihan Praktikum, pelajar-pelajar perlu melengkapkan perkaraperkara berikut:i. Mendaftar, mengikuti dan LULUS Teras Sekolah peringkat 10000, 20000 dan 30000. Mendaftar, mengikuti dan LULUS empat (4) kursus berikut: a. PA10203 - Psikologi Perkembangan Bayi dan Kanak-Kanak b. PA20403 - Pengenalan Kepada Keibubapaan dan Keluarga Bukan Tradisional c. PA30903 - Analisis Keluarga Kepada Kanak-Kanak Kurang Upaya d. PA30803 - Penaksiran Fizikal dan Kognitif Kanak-Kanak e. PA31003 - Teknik Teraputik Dengan Kanak-Kanak iii. Pelajar perlu berusaha untuk mendapatkan tempat bagi Latihan Praktikum lebih awal untuk mengelakkan pelajar tercicir daripada mendapat tempat praktikum pada saat-saat akhir. Pelajar perlu menyediakan satu proposal kepada Penyelaras Latihan Praktikum dan juga tempat praktikum. Proposal ini harus mengandungi rangka kerja pelajar tersebut sepanjang menjalani praktikum termasuk cadangan mini kajian. Perbincangan dengan Penyelia Lapangan adalah perlu untuk menyediakan proposal ini. Pelajar juga perlu mengikuti satu bengkel kecil sebelum mengikuti Latihan Praktikum. Dalam bengkel ini pelajar akan diberi pendedahan mengenai cara menulis laporan akhir di samping perkara-perkara berikut: a. Teknik berkomunikasi

ii.

iv.

v.

2

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

Ketrampilan diri Perlakuan dan etika kerja Memahami struktur organisasi Memahami keperluan organisasi dalam menangani masalah-masalah dan tekanan-tekanan sosial f. Mengetahui ekspektasi organisasi dan masyarakat amnya terhadap peranan pelajar Program Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga g. Pelajar membentangkan proposal (cadangan) Latihan Praktikum Bengkel ini akan dikendalikan oleh tenaga akademik dan juga penceramah jemputan Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. vi. Mendaftar untuk menjalani Latihan Praktikum satu semester sebelum menjalaninya dengan mengisi borang yang disediakan oleh Bahagian Perkhidmatan Akademik, UMS, dan disahkan oleh Penyelaras Latihan Praktikum yang dilantik oleh Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. Mengisi dan menghantar Buku Catatan Latihan Praktikum serta menulis Laporan Akhir Latihan Praktikum mengikut format yang disediakan oleh program dan sekolah. Pelajar hendaklah mengisi Buku Catatan Praktikum sebagai rekod aktiviti harian di tempat latihan dengan disahkan oleh Penyelia Lapangan Latihan Praktikum. Pelajar hendaklah menyediakan Laporan Latihan Praktikum yang telah dijalankan dan hendaklah menyerahkan kepada Penyelia Akademik Latihan Praktikum pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelajar juga dikehendaki memberikan salinan laporan tersebut kepada Penyelia Lapangan Latihan Praktikum.

b. c. d. e.

vii.

viii.

ix.

7. Peranan Penyelia Akademik (PA) Peranan Penyelia Akademik (PA) yang dilantik oleh pihak sekolah untuk tugas-tugas berikut:i. Berbincang dengan pelajar mengenai objektif penempatan sesuatu organisasi. Berbincang dengan Penyelia Lapangan mengenai latihan kerja pelajar. Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelajar semasa menjalani Latihan Praktikum. Menyelia pelajar-pelajar di bawah penyeliaan sekurang-kurangnya satu (1) kali sepanjang tempoh Latihan Praktikum. Menilai prestasi Latihan Praktikum pelajar pada akhir semester dengan melihat kepada laporan bertulisnya, prestasi di organisasi dan maklum balas daripada pihak organisasi yang terlibat.

ii.

iii.

iv.

v.

3

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

vi. vii.

Membuat laporan penilaian terhadap organisasi (borang LP3/SPKS) Mengisi borang penilaian pelajar melalui borang penilaian yang disediakan oleh pihak sekolah (borang LP2/SPKS).

8. Peranan Penyelia Lapangan Praktikum (PLP) Penyelia Lapangan Praktikum (PLP) adalah individu yang dilantik oleh organisasi terbabit di mana pelajar ditempatkan untuk menjalani Latihan Praktikum. Perlantikan ini adalah berdasarkan persetujuan yang dicapai bersama antara pihak sekolah dengan pengurusan organisasi terbabit. PLP akan bertanggungjawab memastikan pelajar menjalani Latihan Praktikum dalam tempoh yang ditetapkan. Bidang tugas PLP ialah seperti berikut:i. Membincangkan keperluan penempatan pelajar di organisasi berkenaan bersama-sama Penyelia Akademik. Memberi khidmat nasihat kepada pelajar selama menjalani Latihan Praktikum. Menilai prestasi pelajar berdasarkan borang penilaian akhir Latihan Praktikum melalui borang LP1/SPKS yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Menyemak dan mengesahkan Buku Catatan Praktikum pada hari terakhir bekerja (latihan) pada setiap minggu. Penyelia Lapangan Praktikum hendaklah menyemak dan mengesahkan Buku tersebut dan menyerahkannya semula kepada pelajar pada hari pertama bekerja (latihan) pada minggu berikutnya.

ii.

iii.

iv.

9. Peranan Pelajar Pelajar yang mengikuti Latihan Praktikum mestilah:i. Mengisi Borang Maklumat Diri Pelajar yang disediakan oleh pihak sekolah (borang LP4/SPKS). Melaporkan aktiviti-aktiviti dalam Buku Catatan Praktikum. Berbincang dengan penyelia lapangan masing-masing sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti. Berbincang dengan PA dan PLP mengenai kesesuaian aktiviti dan matlamat Latihan Praktikum. Menyediakan Laporan Akhir Latihan Praktikum mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Menyerahkan Laporan Akhir tersebut kepada PA pada tarikh yang telah ditetapkan.

ii. iii.

iv.

v.

vi.

4

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

vii.

Menyerahkan salinan Laporan Akhir tersebut kepada PLP pada tarikh yang telah ditetapkan. Memelihara martabat dan imej universiti serta mematuhi peraturan organisasi/agensi di mana pelajar ditempatkan. Pelajar juga harus sedar bahawa mereka masih lagi tertakluk kepada PeraturanPeraturan Pra-Siswazah Universiti Malaysia Sabah.

viii.

10. Penilaian Prestasi pelajar yang menjalani Latihan Praktikum dinilai berdasarkan kepada perkara-perkara berikut: Bahagian A: Latar belakang organisasi, struktur pentadbiran, aktivitiaktiviti organisasi, fungsi dan objektif organisasi Penilaian pelajar terhadap organisasi tersebut Perancangan intervensi Tindakan intevensi Kesimpulan dan saranan Bahagian B: Mini Kajian (12-15 muka surat tidak termasuk Rujukan & Lampiran) Pembentangan** Bahagian C: Laporan Penilaian Penyelia Lapangan Laporan Penilaian Penyelia Akademik Laporan Harian Laporan Mingguan 20 MARKAH 4 Markah

4 Markah 4 Markah 4 Markah 4 Markah 30 MARKAH 20 Markah

10 Markah 50 MARKAH 10 Markah 10 Markah 10 Markah 10 Markah

** Semua pelajar WAJIB hadir semua sesi pembentangan.

Penyelia Akademik bertanggungjawab mengumpulkan kesemua Borang Penilaian, Buku Catatan Mingguan, serta Laporan Akhir untuk pengiraan markah dan penentuan gred sebelum diserahkan kepada Penyelaras Program. Gred yang telah disahkan oleh Penyelaras Program akan dimajukan kepada Dekan Sekolah untuk disahkan di peringkat sekolah sebelum dimajukan kepada Bahagian Perkhidmatan Akademik, Universiti Malaysia Sabah.

5

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

11. Arahan kepada pelajar yang akan menjalani Latihan Praktikum i. Anda dikehendaki melapor diri kepada pegawai di organisasi yang telah dikenalpasti sebagai Penyelia Lapangan Praktikum yang dihubungi oleh Penyelaras Praktikum sekolah. Anda hendaklah memahami dan mematuhi sepenuhnya peraturan organisasi/institusi. Sewaktu melaporkan diri dan menjalani Latihan Praktikum, anda hendaklah sentiasa berpakaian kemas. Patuhi kehendak organisasi (misalnya; jika perlu memakai tali leher, pelajar perlu memakainya). Dalam kebanyakan keadaan, seluar jean dan baju T tidak boleh dipakai kecuali mendapat kebenaran dari organisasi/institusi. Datang bertugas awal dan menepati waktu kerja organisasi/institusi di mana anda ditempatkan. Sentiasa mematuhi waktu keluar masuk organisasi/institusi di mana anda ditempatkan. Jika terpaksa berada di tempat lain, tinggalkan pesanan/maklumkan kepada Penyelia Lapangan anda. Perlu diingatkan bahawa masa kerja di organisasi swasta dan kerajaan adalah berlainan. Anda perlu menunjukkan sikap bekerjasama serta membuktikan keupayaan anda untuk memenuhi keperluan tugas anda. Anda hendaklah melakukan tugas-tugas sama ada diarahkan atau tidak dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika menghadapi masalah, anda janganlah teragak-agak untuk memberitahu Penyelia Lapangan anda atau Penyelia Akademik. Setiap tugasan yang diarahkan perlu dilakukan seberapa segera bersesuaian dengan mutu dan kehendak organisasi. Anda juga disarankan supaya memperbanyakkan bacaan bagi mendapatkan maklumat mengenai organisasi di mana anda ditempatkan. Anda perlu bersikap ramah, berbudi bahasa, bersedia untuk bekerja dan jangan takut untuk bertanya sekiranya tidak tahu. Anda dikehendaki mencatatkan aktiviti dan tugas-tugas harian Latihan Praktikum dalam Buku Catatan Praktikum. Tarikh anda menjalankan tugas-tugas tersebut juga perlu dicatatkan. Buku Catatan Praktikum ini hendaklah diserahkan bersama Laporan Latihan Praktikum kepada Penyelia Akademik sekembalinya dari praktikum. Anda hendaklah menyerahkan Borang Penilaian (Borang LP1/SPKS) kepada Penyelia Lapangan anda semasa melaporkan diri. Terangkan kepada penyelia tersebut bahawa pihaknya perlu menyerahkan borang tersebut kepada Penyelaras Akademik untuk tujuan pemarkahan apabila tempoh latihan tamat. Laporan ini adalah SULIT dan anda tidak dibenarkan untuk melihatnya.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

ix.

x.

6

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

xi.

Segala hasil maklumat yang diperolehi semasa menjalani latihan hendaklah difailkan dengan teratur untuk dilampirkan bersama Laporan Praktikum anda. Sebarang perubahan jadual Latihan Praktikum yang hendak dilakukan seperti cuti (tidak digalakkan kecuali terpaksa), anda hendaklah memberitahu Penyelia Lapangan terlebih dahulu dan dapatkan kebenarannya. Anda hendaklah mematuhi dan mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak organisasi/institusi di mana anda ditempatkan. Sekiranya anda sakit atau memerlukan rawatan kesihatan, anda boleh pergi ke klinik panel/hospital kerajaan/klinik-klinik yang lain yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Segala resit rawatan perlu disimpan untuk tujuan tuntutan. Ini adalah tertakluk kepada kontrak anda dengan organisasi di mana anda ditempatkan (sebagaimana yang tercatat dalam surat tawaran). Organisasi tidak bertanggungjawab membayar elaun harian atau perjalanan anda dalam menjalani tugas semasa Latihan Praktikum. Bagaimanapun, anda boleh menerima saguhati yang diberi oleh pihak organisasi. Anda hendaklah bersedia untuk menerima kunjungan Penyelia Akademik dan bersedia menerangkan kepadanya mengenai latihan yang anda jalani. Perlu diingatkan bahawa sebagai pelajar universiti, anda merupakan pembawa imej Universiti Malaysia Sabah. Oleh itu anda perlu mengawasi tingkah laku anda dan menjaga nama baik Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan juga Universiti Malaysia Sabah. Semasa menjalani Latihan Praktikum, anda masih lagi terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1984) dan peraturan-peraturan lain yang sedang berkuatkuasa. Tindakan tatatertib akan diambil terhadap pelajar yang melanggar mana-mana akta dan peraturan universiti.

xii.

xiii.

xiv.

xv.

xvi.

xvii.

12. Panduan Umum Menyediakan Laporan Latihan Praktikum Sekolah Psikologi Dan Kerja Sosial a. Para pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan mengenai Latihan Praktikum yang telah tamat mereka jalani. b. Penulisan laporan ini akan dimulakan apabila tamat tempoh latihan. Bagaimanapun, pelajar-pelajar yang terlibat dinasihatkan supaya menyediakan bahan-bahan, data, rajah-rajah dan apa jua maklumat yang difikirkan relevan dengan lebih awal, iaitu sebaik sahaja mereka memulakan latihan tersebut.

7

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

c. Catatan harian latihan boleh digunakan sebagai rujukan dalam membuat laporan berkenaan. d. Laporan yang telah siap hendaklah diserahkan kepada Penyelia Akademik (PA) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial. e. Panduan bagi format laporan ditunjukkan dalam buku manual ini.

8

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

FORMAT PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN PRAKTIKUM SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL BAHAGIAN A (Organisasi) Tajuk Penghargaan 1.0 2.0 Pendahuluan Latar belakang organisasi: 3.0 Objektif/falsafah penubuhan Aktiviti utama/deskripsi tugas/tanggungjawab Jenis perkhidmatan Pencapaian organisasi

Penilaian pelajar terhadap organisasi: Perkara yang disentuh ialah penerangan bagaimana organisasi tersebut mencapai matlamat perkhidmatannya. Fungsi-fungsi khusus jabatan-jabatan/unit-unit tertentu. Membincangkan secara terperinci mengenai aktiviti di jabatan di mana pelajar ditempatkan. Melalui pemerhatian, para pelajar diharapkan dapat mengetahui:o Prestasi organisasi o Bagaimana organisasi bertindak menangani sesuatu kes sosial o Menilai kelemahan dan kekuatan organisasi secara kritis dan membina

4.0 5.0

Perancangan intervensi (berdasarkan perancangan oleh organisasi) Tindakan intervensi (berdasarkan cadangan pelajar dan pelaksaanan aktiviti yang sesuai seperti bengkel, seminar dan lain-lain) Kesimpulan dan saranan

6.0

** Buku/ bahan rujukan sepanjang membuat laporan tentang organisasi : i. ii. iii. iv. v. vi. Laporan tahunan; Dokumen; Buku Akademik ; Lampiran; Gambar-gambar di organisasi berkenaan (sekiranya dibenarkan); Gambar aktiviti-aktiviti yang dijalankan (sekiranya ada).

9

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

BAHAGIAN B (Mini Kajian) 1.0 Pendahuluan 2.0 Permasalahan kajian 3.0 Tujuan kajian 4.0 Hasil kajian 5.0 Perbincangan hasil kajian 6.0 Penutup 7.0 Rujukan 8.0 Pembentangan ** Buku rujukan sepanjang membuat mini kajian: Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan (Buku 1). Kuala Lumpur: McGrawHill. Semua buku rujukan bagi kursus Teras Sekolah Sepunya, Teras Sekolah Psikologi dan Teras Program yang berkenaan boleh digunakan.

BAHAGIAN C (Laporan) i. Penilai: Laporan penilaian Penyelia Lapangan Laporan penilaian Penyelia Akademik ii. Pelajar: Laporan Harian Laporan Mingguan Laporan Akhir (lengkap) ** Buku rujukan sepanjang membuat laporan harian/ mingguan: Mohd. Sharani Ahmad (2008). Intervensi kanak-kanak pembelajaran. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. bermasalah

Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2003). Panduan Kurikulum Prasekolah. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Semua buku rujukan bagi kursus Teras Sekolah Sepunya, Teras Sekolah Psikologi dan Teras Program yang berkenaan boleh digunakan.

10

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

PERINGATAN : i. ii. iii. Semua laporan hendaklah ditaip di atas kertas A4 - ketebalan 80gsm. Setiap bahagian (Bahagian A, B dan C) hendaklah dipisahkan dengan kertas A4 berwarna (hijau sahaja). Helaian pertama selepas muka depan haruslah mencatatkan perkara berikut: iv. v. Nama dan No. Matrik Organisasi/institusi Latihan Praktikum

Markah akan diberi kepada laporan yang bertulis lengkap. Spesifikasi teknikal penulisan laporan: Saiz huruf (font size) Jidar (margin) : Tahoma 11, 1.5 spacing. : Atas (3.0 cm) Bawah (2.5 cm) Kiri (3.8 cm ) Kanan (2.5 cm)

Nombor halaman diletakkan di sudut sebelah kanan 15 mm dari birai atas dan 25 mm dari birai kanan. Jumlah halaman adalah 40 - 100 muka surat tidak termasuk lampiran. Naskah akhir: Dua (2) naskah yang dijilid soft cover dan perlu diserahkan kepada: o 1 naskah kepada Penyelia Akademik o 1 naskah kepada Penyelia Lapangan Tiga (3) naskah bentuk soft copy - CD dan perlu diserahkan kepada:o 1 naskah kepada sekolah (bentuk soft copy, CD) o 1 naskah kepada perpustakaan (bentuk soft copy, CD) o 1 simpanan kepada pelajar (jika perlu)

vi.

Pembentangan merangkumi keseluruhan Laporan Akhir, namun fokus utama adalah kepada hasil Mini Kajian.

PROGRAM PSIKOLOGI KANAK-KANAK DAN KELUARGA SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BEG BERKUNCI NO. 2073 88999 KOTA KINABALU SABAH NO. TEL: 088-320000 Samb. 8255 atau 8189, NO. FAKS: 088-320101 E-MAIL: [email protected] atau [email protected] atau [email protected] http:// www.ums.edu.my/spks

11

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

BORANG LP1/ SPKSSEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH LATIHAN PRAKTIKUM LAPORAN PENYELIA LAPANGAN PRAKTIKUM

Nama Pelajar No. Matrik Nama Penyelia Alamat Organisasi

: _________________________________________________________________________ : _________________________________________________________________________ : _________________________________________________________________________ : ______________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

E-Mail

: ________________________________________________________________________

Saya telah menyelia pelajar tersebut di atas yang menjalani Latihan Praktikum di organisasi saya dari ___________________ hingga ______________. Penilaian saya terhadap prestasi beliau adalah seperti berikut: Bahagian A: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kesesuaian pakaian waktu kerja Kebolehan menjalankan tugas Kebolehan berhubung dengan kakitangan Kecenderungan mengumpul pengetahuan semasa latihan Kebolehan serta kesungguhan pelajar Waktu bekerja (ketepatan masa) Kehadiran Penglibatan pelajar yang mencerminkan sikap (tanggungjawab, inisiatif, disiplin) terhadap pekerjaan di tempat latihan 9. Kepimpinan / 10 / 10 JUMLAH KESELURUHAN / 100 / 10 / 10 / 10 / 10 / 10 / 10 / 10 / 10

10. Kreativiti

12

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

Bahagian B: Penilaian keseluruhan: Sila tandakan (/) di tempat yang disediakan. Pelajar ini boleh dikategorikan dalam golongan: A B C D E Sangat baik Baik Sedarhana Lemah Amat Lemah

Bahagian C: 1. Pada pendapat tuan/puan, adakah pelajar dapat memanfaatkan program Latihan Praktikum ini?

2. Adakah penempatan pelajar dari Program Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga ini bersesuaian dengan organisasi anda?

3. Komen dan cadangan:

Tarikh: ________________________

___________________________________ Tandatangan Penyelia Lapangan Nama: Jawatan dan Cop Rasmi:

13

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

BORANG LP2/SPKSSEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH LATIHAN PRAKTIKUM LAPORAN PENYELIA AKADEMIK Nama Pelajar No. Matrik Nama Penyelia Alamat Organisasi : _________________________________________________________________________ : _________________________________________________________________________ : _________________________________________________________________________ : ______________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

Saya telah melawat dan menyelia pelajar yang tersebut di atas di tempat Latihan Praktikum beliau pada _________________ dan memberi penilaian berikut berhubung dengan prestasi pelajar semasa menjalani Latihan Praktikum: i. Cara pelajar memberikan laporan lisan kepada Penyelia Akademik ii. iii. Kefahaman pelajar mengenai tugas Keupayaan pelajar menyesuaikan diri dengan suasana organisasi iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Keyakinan diri Kesanggupan pelajar belajar Usaha dan kreativiti Komitmen dan tanggungjawab terhadap tugas Perbincangan pelajar dengan Penyelia Akademik Perbincangan pelajar dengan Penyelia Lapangan Persediaan pelajar membuat Laporan Akhir JUMLAH KESELURUHAN /10 /10 /10 /10 /10 /10 /10 /100 /10 /10 /10

Tarikh: ________________________

___________________________________ Tandatangan Penyelia Akademik Nama: Jawatan dan Cop Rasmi:

14

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

BORANG LP3/SPKSSEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH LATIHAN PRAKTIKUM LAPORAN PENYELIA AKADEMIK MENGENAI ORGANISASI

Nama Pelajar No. Matrik Nama Penyelia Alamat Organisasi

: ______________________________________________________________________________ : _________________________________________________________________________ : ________________________________________________________________________ : ______________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

Program

: ________________________________________________________________________

Saya telah melawat dan menyelia pelajar yang tersebut di atas di tempat Latihan Praktikum beliau pada ________________ dan memberi penilaian berikut berhubung organisasi tersebut: 1 Keupayaan Organisasi Memberi Latihan Perancangan Program Kerapian Penyediaan Pemberian Bimbingan Kesesuaian Tempoh Latihan Kesesuaiaan Latihan Yang Diberi

2

Kesesuaiaan Organisasi Keselesaan Ruang Kerja Kemudahan Pengangkutan Kemudahan Penginapan yang berdekatan Kemudahan Rujukan Kemudahan Elaun 4 = Baik 3 = Sedarhana 2 = Lemah 1 = Amat Lemah

5 = Sangat Baik

Markah Penilaian Tarikh

: _______________________ : _______________________ : ______________________________

Tandatangan Penyelia Akademik

15

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

BORANG LP4/SPKS

Gambar

SEKOLAH PSIKOLOGI DAN KERJA SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH LATIHAN PRATIKUM MAKLUMAT DIRI PELAJAR

Nama Penuh Pelajar No. Matrik No. Kad Pengenalan Tarikh Lahir Tempat Lahir Program Alamat (tetap)

: _________________________________________________________________________ : _________________________________________________________________________ : __________________________________________________________________________ : ________________________________________________________________________ : ______________________________________________________________________________ : __________________________________________________________________________ : ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________

Alamat (semasa praktikum)

: ___________________________________________________________ __________________________________________________________ ____________________________________________________________

No. Tel. (yang boleh dihubungi) E-mail

: ____________________________________________________________

: ____________________________________________________________________

Nama dan Alamat Organisasi : _____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ Nama Penyelia Lapangan Praktikum : ____________________________________________________________ Jawatan PLP di Organisasi Nama Penyelia Akademik Tempoh Latihan Praktikum : ____________________________________________________________ : ____________________________________________________________ : Dari ___________________ Hingga _________________________

16

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

PERJANJIAN PRAKTIKUM PELAJAR DAN INSTITUSI

Nama Pelajar Institusi/Organisasi

: __________________________________________________ : __________________________________________________

Dengan ini dimaklumkan bahawa setelah berbincang di antara kedua-dua belah pihak, kami bersetuju tentang tugas-tugas berikut sepanjang tempoh Latihan Praktikum: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pendedahan lapangan (konsultasi) Penyelidikan/Pemerhatian langsung Penilaian dan rawatan Perkembangan Profesionalisme Pendokumenan Pentadbiran

Deskripsi Tugas 1. Pendedahan lapangan (konsultasi) merujuk kepada perjumpaan dengan ibu bapa kanak-kanak atau pun dengan kakitangan dalam organisasi. Perjumpaan tersebut merangkumi pengenalpastian masalah anak, analisis masalah, perancangan dan juga penilaian perancangan. Penyelidikan/Pemerhatian langsung merujuk kepada mini kajian yang akan dilakukan oleh pelajar di institusi/organisasi tersebut. Penilaian dan rawatan merujuk kepada diagnosis dan rawatan yang dipelajari oleh pelajar dari pakar terlatih di organisasi berkenaan. Perkembangan profesionalisme merujuk kepada semua aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan kerjaya contohnya pengendalian bengkel, ceramah, kerja sukarelawan dan sebagainya. Pendokumenan merujuk kepada semua rekod secara formal atau tidak formal segala aktiviti pelajar sepanjang tempoh praktikum. Rekod ini termasuklah hasil mini kajian yang dilakukan di organisasi tersebut. Pentadbiran merujuk kepada kerja-kerja pentadbiran dalam institusi/organisasi tersebut.

2. 3. 4.

5.

6.

Sekian, terima kasih.

______________________________ Tandatangan Wakil Institusi/Organisasi Nama : ________________________ Tarikh : ________________________

______________________________ Tandatangan Pelajar Nama : ________________________ Tarikh : _______________________

17

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

CONTOHJADUAL WAKTU LATIHAN PRAKTIKUMHARI/MASA ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

18

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

CONTOHLAPORAN HARIAN HARI 1 Arahan Nama Aktiviti Tarikh Masa Penyelia : Pelajar dikehendaki mengisi borang ini pada setiap hari. : : : :

Langkah 1

:

Langkah 2

:

Langkah 3

:

Langkah 4

:

Kesimpulan

:

19

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

CONTOHLAPORAN MINGGUAN MINGGU 1 Arahan Nama Pelajar Tempat Praktikum : Pelajar dikehendaki mengisi borang ini pada setiap minggu. : ___________________________________________ : ___________________________________________

Ringkaskan kegiatan anda seperti berikut: A. Aktiviti:

B. Penilaian/Pembelajaran:

C. Rawatan yang dipelajari:

D. Lain-lain:

Tandatangan Pelajar : ___________________________ Tarikh Tandatangan PLP : ___________________________ Tarikh

: _________________ : _________________

20

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

LAMPIRANALAMAT TEMPAT PRAKTIKUM Selangor 1. Kiwanis Down Syndrome Centre 59, Jalan Gasing, 463000, Petaling, Selangor. 2. Daysprings Day Training Centre 4, Solok Limau, 41000, Kelang, Selangor. 3. The Selangor and Federal Territory Spastic Children Assosiation 14, Jalan Utara A, 46100 Petaling Jaya, Selangor. 4. Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang Selangor 17, Jalan Seksyen 2/14, Taman Kajang Utama, 43000 Kajang, Selangor. 5. Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan, No 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor. Tel : 603-55445415 Faks : 603-55190232 [email protected] 6. Hua Ming Autism Society (Training Centre) No. 2 Jalan 20/8, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03-79587385 [email protected] 7. KIWANIS Centre for Children with Learning Disabilities No. 46, Jalan BU 2/7, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03-79558829 [email protected] 8. Kiwanis Down Sydrome Foundation (Klang Centre) No. 28, Jalan Kampar, 41300 Klang, Selangor. Tel : 03-33428259 [email protected]

21

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

9. Kiwanis Down Syndrome Centre (Petaling Jaya Centre) No. 57 & 59, Jalan Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03-79571179 http://www.kdsf.netmyne.com/main.htm 10. Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) No. 59, Jalan Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03-42579818 [email protected] 11. Centre for the Achievement of Human Potential (CAHP) No. 2, Lorong Kolam Air Lama 2, 68000 Ampang Jaya, Selangor. Tel : 03-42563531 [email protected] 12. The YMCA of Petaling Jaya No. 21, Jalan 20/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03-78765810 [email protected] 13. Taman Megah Handicap and Disabled Childrens Home No. 2, Jalan SS24/10, Taman Megah, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03-78061143 [email protected] 14. Taman Megah Handicap and Disabled Childrens Home (Bukit Beruntung Branch) No. 27, Jalan Melur 1B, Seksyen BB3, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Tel : 03-60283527 15. Day Spring Training Centre for Persons with Learning Difficulties No. 4, Solok Limau, Taman Meru, 41500 Klang, Selangor. Tel : 03-33427467 [email protected] 16. Malaysian Association of Speech and Hearing (MASH) P.O.Box 610, Pejabat Pos Jalan Sultan, 46770 Petaling Jaya, Selangor. Fax : 03-6028 4601 [email protected] www.mash.org

22

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

17. Dignity & Services No. 33D, Jalan 4/47, Off Jalan Penchala, 46050 Petaling Jaya, Selangor. Dignity & Services PO Box 498, Jalan Sultan, 46760 Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03-77830849 [email protected] 18. Dorset Rehab Products & Services Sdn. Bhd. No 297, Jalan 17/38, 46400 Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03-79600720 [email protected] www.geocities.com/dorset_rehab 19. Persatuan Mobiliti Selangor dan Kuala Lumpur Bilik 8 & 9, Tingkat 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, No. 16, Lorong Utara A, 46200 Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03-79577255 [email protected] www.mobiliti.info/ 20. SUREA Centre for Individual Education Programme No. 1, Jalan 7/4, Section 7, 46050, Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03-79588535 [email protected] www.krista.com.my 21. The National Autism Society of Malaysia (NASOM) 35A, Jalan SS 21/ 37, Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya, Selangor. Tel : 03-7710 4098 Faks : 03-7710 4149 22. Pengetua Kiwanis Down Syndrome Foundation Petaling Jaya Lot 13490, Jalan Jenjarum, off Jalan SS23/1, Taman SEA, PJU 6A, 47400, Petaling Jaya, Selangor. 23. Guru Besar Tadika Krista Seksyen 7 No. 80 Jalan Kristal 7/ 74, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

23

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

24. Penguasa PDK Kg. Kenanga, Rawang No. 2, Jalan Ros, Kampung Kenanga, 48000 Rawang, Selangor. 25. Agape Counseling Centre Malaysia Jalan PJS 1/46, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor. 26. Rozen Kids Enrichment Centre Shah Alam, Selangor. 27. Tadika Islam Permata Indah Puchong, Selangor. Kuala Lumpur 28. The Selangor School for the Deaf Convent Bukit Nanas, 523, Jalan Bukit Nanas, 50350, Kuala Lumpur. 29. Kampung Pandan Cued Speech Centre National Childrens Welfare Council of Malaysia, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. 30. YMCA Deaf Club 95, Jalan Kandang Kerbau, 50470 Kuala Lumpur. 31. Wisma Harapan 522, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields 50470, Kuala Lumpur. 32. The National Autistic Education Centre (NASOM) 4, Jalan Chan Chin Mooi, Off Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Tel : 03-40223744 33. Institute Masalah Pembelajaran & Autisma (IMPIAN) No. 4, Persiaran Titiwangsa, 53000, Kuala Lumpur. Tel : 03-40220308 34. Malaysian Association for the Blind (MAB) MAB Complex, Jalan Tebing, Off Jalan Tun Sambathan 4, Brickfields 50470, Kuala Lumpur. Tel : 03-22722672 [email protected] www.mab.org.my

24

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

35. National Council for the Blind, Malaysia No 94B, Jalan Tun Sambathan, 50470, Kuala Lumpur. Tel : 03-22724959/03-22735508 [email protected] 36. Total Child Education Jalan Sepakat, United Garden (OUG), Kuala Lumpur. 37. National Society for the Deaf No. 25A, Jalan Kampong Pandan, 55100, Kuala Lumpur. Tel : 03-92870739 38. Pusat Majudiri for The Deaf (YMCA Kuala Lumpur) No. 95, Jalan Padang Belia, 50470, Kuala Lumpur. Tel : 03-22741439 [email protected] 39. YMCA (Deaf Specialist) Pusat Majudiri Y for The Deaf (YMCA Kuala Lumpur) No. 95, Jalan Padang Belia, 50470, Kuala Lumpur. Tel : 03-22741439 www.geocities.com/pmydeaf 40. Sri Raflesia Learning Support Services No 38-2, Jalan 24/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur. Tel : 03-23000760 [email protected] www.sriraflesia.com 41. The Dyslekxia Association (Kuala Lumpur) No. 6, Persiaran Kuantan, Setapak, 53200, Kuala Lumpur. Tel : 03-40255109 [email protected] 42. Taman Megah Handicap and Disabled Childrens Home No. 68-3 2nd Floor, Jalan Raden Tengah, Bandar Baru Seri Petaling, 57000, Kuala Lumpur. Tel : 03-90571704

25

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

43. Speech Therapy Kuala Lumpur Block A-2-18, 2nd Floor, Millennium Court, Jalan Elmu, Off Jalan Universiti, 59100, Kuala Lumpur. Tel : 03-79602030 [email protected] 44. Bangsaria Training and Day Care Centre No. 11, Lorong Maarof Satu, Bangsar Park, 59000, Kuala Lumpur. [email protected] 45. Calvary Life Ministries No 38-2, Jalan 24/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur. Tel : 03-77103360 [email protected] 46. Malaysian Child Resources Institute No 40-5-1, Jalan 1/101C, Cheras Business Centre, Off Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur. Tel : 03-91308635 [email protected] 47. Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aras 3, Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato Onn, 50515 Kuala Lumpur. Tel : 03-26930095, Faks : 03-3446938564 48. Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Bangunan LPPKN, 12B, Jalan Raja Laut, Peti Surat 10414, 50712 Kuala Lumpur. 49. Pengetua Pusat Pembangunan Potensi CADS Kuala Lumpur dan Selangor 8 Lrg San Ah Wing off Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. 50. Pengerusi Peratuan Sindrom Down Malaysia 79 Lengkongan U Thant, 55000 Kuala Lumpur.

26

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

51. Guru Besar Tadika Naluri Kreatif No: 30, Lorong 3/ 27C, Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumour, 53300 Wilayah Persekutuan. 52. Pengerusi Tasputra PERKIM 3498, Jalan Ampang Hilir 5, 55000 Kuala Lumpur. 53. Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Kuala Lumpur Jalan Pahang, Kuala Lumpur. 54. Pusat Pendidikan Darul Iqra Centre 101, Blok 5, SD Apartment 2, Persiaran Meranti, PJU 9, Bandar Seri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. Johor 55. Rumah Sinar Harapan Tampoi Jalan Hospital Tampoi, Tampoi, Johor. Kelantan 56. Jabatan Psikiatri Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan. Terengganu 57. Yayasan Islam Terengganu Kuala Terengganu, Terengganu. Kedah 58. Taman Sinar Harapan Jitra, Kedah. 59. Pusat Dalam Komuniti Putra Jaya Alor Setar, Kedah. Sabah 60. Hospital Labuan PO Box 80832, 87018 Wilayah Persekutuan, Labuan.

27

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

61. Sekolah Seri Mengasih PWD 75 Petagas Avenue, Jalan Selangor, Tanjung Aru, 89450 Kota Kinabalu, Sabah. 62. Unit Intervensi dan Pengayaan Kanak-Kanak Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu, Sabah. Tel : 088-240984 Faks : 088-244703 63. Persatuan Child (CitaCita Learning Centre) 366, Jalan Saga, Lorong Likas 2 Kg Likas 88400, Kota Kinabalu, Sabah. Tel : 088-385 761 Faks : 088-385 761 [email protected] 64. Persatuan untuk Orang-Orang Pekak Tawau Jakalan Kuhara, Batu 12 1/2, Taman Lim Den Choi, 91000 Tawau, Sabah. Tel : 089-715 144 Faks : 089-714 526 65. Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Sabah Cancer Societry Building, No: 15 Jalan Tuopai 3, Teck Guan Villa, Jalan Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. Tel : 088-269 614 Faks : 088-269 614 66. Tadika Baptis Likas P. O. Box 30, 88856 Likas, Sabah. Tel : 088-425 572 Faks : 088-425 497 67. Tadika Didik Mesra (Yik Tze Early Childhood) No. 3, Lorong Punai Dekut, Off Jalan Saga, 88450 Likas, Sabah. Tel : 088-388 506/088-426 340 68. Learning Centre Sekolah Rendah Swasta Datuk Simon Fung Peti Surat 14146, Taman Kingfisher, 88847 Kota Kinabalu, Sabah.

28

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

69. Community based rehabilitation for children with special needs P. O. Box 72, 89057 Kudat, Sabah. Tel : 088- 623023 Faks : 088-612486 70. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Tingkat 3, Rumah Persekutuan, Jalan Mat Salleh, 88590 Kota Kinabalu, Sabah. 71. Persatuan Bagi Orang-Orang Pekak Sabah Jalan UKM Lama, Bukit Padang, P. O. Box 13971, 88846 Kota Kinabalu, Sabah. Tel : 088-230 894 Faks : 088-252 972 72. Penguasa Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sri Stella Peti Surat 1397, Jalan Air Panas, 91049 Tawau, Sabah. 73. Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sembulan Kota Kinabalu, Sabah, 74. Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis, Papar, Sabah. 75. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Cawangan Tawau, TBB 322, Tingkat 3, Bangunan Kompleks Fajar, Jalan Haji Karim, 91007 Tawau, Sabah. 76. SK Pendidikan Khas Sek Keb Bandar 2 P/S 61364, 910230 Tawau, Sabah. 77. SK Pendidikan Khas Sek Keb Pekan P/S 15, 89657 Tambunan, Sabah. 78. Taska & Tadika Permai Ria B9-36, Lrg. 15, Taman Indah Permai, Jln. Sepanggar, 88450 Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.

29

MANUAL LATIHAN PRAKTIKUM PROGRAM HA20

79. SK Pendidikan Khas Kota Kinabalu Tuaran, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. 80. Tadika Seri Bintang Peti Surat 688, 89608 Papar, Sabah. 81. Hospital Likas Kota Kinabalu, Sabah. Sarawak 82. Special School for Mentally Retarded Children Jalan Ridgeway-One Tiang Swee, 92300 Kuching, Sarawak. 83. Persatuan Autisma Kuching (Banglo LADA), Jalan Bampfylde, PO Box 2492, 93748 Kuching, Sarawak. 84. Association for Children With Special Needs Sibu Off Agape Centre, Alan Road, 96000 Sibu, Sarawak. Tel : 084-217 912 Faks : 084-213902 [email protected] 85. Methodist Care Centre Off Agape Centre, Alan Road, 96000 Sibu, Sarawak. Tel : 084-219 914 Faks : 084-219 914 [email protected] 86. Sibu Autistic Association Agape Centre, Upper Lanag, 96000 Sibu, Sarawak. Tel : 084-213 786 Faks : 084-213 785

30