Psikologi Sukan-note Tenet

49
PSIKOLOGI SUKAN PENGENALAN Psikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup menarik serta mendapat perhatian umum. Cox (1998) merumuskan bahawa psikilogi sukan merupakan satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan proses memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada Psych-out lawan, proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. Psikologi sukan juga juga dapat mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet serta membina strategi berpasukan dan menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet. Contohnya, bila membingcangkan kemerosotan prestasi seseorang atlet, telah menjadi kelaziman ramai yang mengandaikan kemerosotan tersebut berlaku kerana faktor psikologi seperti kurang motivasi, sering hilang tumpuan, darah gemuruh, dan kurang yakin. Tetapi, tidak ramai pengkritik yang memberikan pendapat dan andaian yang melibatkan biomekanik, fisiologi mahupun kemahiran pemain tersebut. Jesteru itu, ramai yang membuat kesimpulan bahawa psikologi sukan merupakan satu perkara yang mudah serta boleh dipelajari dan dipraktikkan dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan serta penonton boleh dijadikan sebagai asas untuk mendapatkan satu definisi yang lebih jelas lagi. Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut. Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini membabitkan bidang sukan dan pergerakan. Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Bagi Weinberg dan Gould (1999) pula meruskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang

description

campur

Transcript of Psikologi Sukan-note Tenet

Page 1: Psikologi Sukan-note Tenet

PSIKOLOGI SUKAN

PENGENALAN

Psikologi sukan merupakan satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup menarik serta mendapat perhatian umum. Cox (1998) merumuskan bahawa psikilogi sukan merupakan satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Psikologi sukan juga merupakan proses memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri. Selain itu psikologi sukan juga menjurus kepada Psych-out lawan, proses ini dapat mengurangkan atau menangani tekanan yang dihadapi oleh atlet. Psikologi sukan juga juga dapat mencegah penggunaan dadah dikalangan atlet serta membina strategi berpasukan dan menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet.

Contohnya, bila membingcangkan kemerosotan prestasi seseorang atlet, telah menjadi kelaziman ramai yang mengandaikan kemerosotan tersebut berlaku kerana faktor psikologi seperti kurang motivasi, sering hilang tumpuan, darah gemuruh, dan kurang yakin. Tetapi, tidak ramai pengkritik yang memberikan pendapat dan andaian yang melibatkan biomekanik, fisiologi mahupun kemahiran pemain tersebut. Jesteru itu, ramai yang membuat kesimpulan bahawa psikologi sukan merupakan satu perkara yang mudah serta boleh dipelajari dan dipraktikkan dalam bidang sukan yang melibatkan ahli sukan serta penonton boleh dijadikan sebagai asas untuk mendapatkan satu definisi yang lebih jelas lagi.

Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut. Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini membabitkan bidang sukan dan pergerakan. Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Bagi Weinberg dan Gould (1999) pula meruskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Takrifan ini membuka skop yang lebih luas dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang berlaku kepada atlet, pegawai serta penonton digelanggang atau padangpermainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.

Kajian dalam psikologi sukan juga membolehkan kita :

- Menyatakan sesuatu tingkah laku

- Menerangkan tingkah laku tersebut

- Membuat andaian tentang tingkah laku tersebut.

Page 2: Psikologi Sukan-note Tenet

Kondisi seseorang atlet diterangkan melalui pendekatan psikologi bagi mendapatkan kaedah yang sesuai untuk menangani masalah atlet. Ringkasnya, seseorang ahli psikologi sukan bukan sahaja berminat untuk mengetahui apa yang berlaku digelanggang serta kesan langsung terhadap atlet serta pegawai yang terbabit malahan kepada mereka terlibat secara tidak langsung diluar gelanggang permainan.

SEJARAH PSIKOLOGI SUKAN

Untuk mendalami dan memahami bidang psikologi sukan, kita harus mengetahui sejarah perkembangan bidang yang masih dianggap baru ini. Menurut Williams dan Straub (1993), bidang psikologi sukan mula muncul sebagai satu bidang kajian tersendiri sekitar 25 tahun yang lalu. Kita boleh membandingkan bidang ini dengan bidang sukan yang lain seperti fisiologi, pembelajaran motor dan lain-lain, bidang psikologi sukan merupakan bidang yang masih baru. Bagaimanapun, menurut Robert McGowan apabila ditanya tentang sejarah psikologi sukan oleh Wann (1997), psikologi sukan ini sama tuanya dengan konsep sukan dan pertandingan itu sendiri.

Kenyataan McGowan itu merujuk kepada atlet pertama yang bertanding dalam kejohanan olympik di Greece. Mereka mungkin memahami kepentingan persediaan mental serta persiapan psikologi yang lain bagi menghadapi kejohanan sukan yang terulung ini. Bagaimanapun, pada penghujung abad ke-19, barulah perkaitan antara psikologi dan perlakuan atlet mendapat perhatian para pengkaji. Kajian pertama dalam bidang psikologi sukan telah dilakukan oleh Norman Triplett pada tahun 1898 (Davis, Huss dan Backer, 1995). Dalam kajian tesis sarjana beliau, Triplett mendapati bahawa masa yang dicatatkan oleh pelumba basikal yang berlumba secara individu adalah lebih perlahan daripada masa yang dicatatkan oleh pelumba yang bersaing dengan pelumba yang lain. Ini adalah kesan dari segi fasilitasi sosial.

Untuk memastikan kesahihan kesan fasilitasi sosial ini, Triplett menjalankan kajian yang sama dalam makmal. Beliau meminta kanak-kanak yang terlibat dalam kajian mengayuh basikal selaju yang boleh secara bersendirianserta beramai-ramai. Hasilnya sama dengan apa yang beliau dapati dengan pelumba basikal. Beliau merumuskan bahawa pelumba basikal yang bersaing dengan pelumba basikal yang lainmencatatkan masa yang lebih pantas daripada pelumba yang berkayuh secara sendirian disebabkan kesan dari fasilitasi sosial.

Peringkat kedua dapat dilihat dalam sejarah perkembangan bidang psikologi sukan ini adalah pembentukan makmal kajian sukan pertama di Universiti of Illinois, Amerika Syarikat pada tahun 1925 oleh Coleman Robert Griffith. Griffith sangat berminat mengkaji tentang fenomena psikologi sukan sejak 1910, sehingga beliau diberikan gelaran sebagai Bapa Psikologi Sukan Amerika Syarikat (Cox, 1998). Kajian yang dilaksanakan oleh Griffith tertumpu kepada tiga bahagian utama iaitu motor, prestasi serta personality. Hasil kajian serta idea yang popular tentang psikologi sukan banyak terdapat dalam dua karya utama beliau iaitu The Psycholoogy of Coaching dan The Psychology of Athletics. Penutupan makmal Griffith pada tahun 1932 membantutkan perkembangan psikologi sukan sehingga tahun 1950-an. Mulai dekad tersebut,

Page 3: Psikologi Sukan-note Tenet

psikologi sukan mula membebaskan diri dari induknya iaitu bidang pembelajaran motor serta bergerak kearah menjadi satu bidang pengkhususan yang tersendiri (Landers, 1995)

Pada persidangan pertama Kongres Antarabangsa Psikologi Sukan (1965) telah memperlihatkan kewujudan Persatuan Psikologi Sukan Antarabangsa (International society of Sport Psychology) yang mana telah menjadi pemangkin kepada penubuhan persatuan psikologi sukan yang lain. Pada tahun 1967 juga lahirnya Persatuan Psikologi Sukan dan Aktiviti Fizikal Amerika Utara yang mewakili pengkaji psikologi sukan. Persatuan Peningkatan Bidang Psikologi Sukan Gunaan telah ditubuhkan pada tahun 1985 bagi memudahkan pertukaran maklumat antara pengamal psikologi sukan (pendidik serta ahli psikologi sukan klinikal). Bidang psikologi sukan juga diperkenalkan di negara kita apabila ia mula didedahkan kepada pelajar yang mengikuti kursus dalam bidang pendidikan jasmani di Universiti Putra Malaysia (Universiti Pertanian Malaysia) pada awal 1980-an. Disamping itu, punubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) Juga adalah bertujuan untuk meningkatkan pencapaian negara dalam bidang sukan telah menbantu mempopularkan bidang ini di Malaysia. MSN juga telah mewujudkan Unit Psikologi Sukan serta menghantar pegawai MSN ke luar negara bagi mendalami bidang ini untuk membantu persiapan atlet negara supaya menladi pemangkin kepada perkembangan bidang ini di Malaysia.

TUGAS DAN PERANAN AHLI PSIKOLOGI SUKAN

Majlis Olimpik Amerika Syarikat (USOC) telah menerbitkan satu artikel pada tahun 1983 yang mengandungi satu artikel yang menggariskan peranan serta klasifikasi ahli psikologi sukan. Menurut USOC ahli psikologi sukan boleh dibahagi kepada dua iaitu ahli psikologi sukan gunaan (applied sport psychology) (Martens, 1987) dan penyelidik psikologi sukan (experimentel sport psychologist) (singer, 1984). Terdapat dua kategori ahli psikologi sukan yang ditentukan oleh USOC iaitu ahli psikologi sukan klinikal dan pendidik psikologi sukan.

1. Ahli Psikologi Sukan Gunaan

(a) Ahli psikologi sukan klinikal

Kategori pertama ahli psikologi sukan gunaan adalah ahli psikologi sukan klinikal. Mereka ini adalah golongan yang terlatih dalam bidang psikologi klinikal yang mana berkelayakan menjadi seorang pakar psikologi. Secara amnya, tugas ahli psikologi sukan klinikal ini adalah untuk membantu atlet yang menghadapi masalah personaliti serta mental yang serius seperti atlet yang mengalami masalah gangguan emosi yang teruk seperti kemurungan, anoresia, panik, yang memerlukan rawatan dalam jangka masa yang tertentu. Ahli psikologi sukan kjinikal yang berkelayakan perlulah mendaftar sebagai ahli dalam persatuan psikologi yang diiktiraf dan mempunyai lesen untuk menjalankan perkhidmatan bagi membantu atlet dalam menangani masalah mereka.

(b) Pendidikan psikologi sukan

Page 4: Psikologi Sukan-note Tenet

Kebanyakan ahli psikologi sukan yang tergolong dalam kumpulan ini lazimnya mendapat latihan dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan. Mereka berkemahiran serta mempunyai pengetahuan asas psikologi sukan. Kebanyakannya bertugas sebagai tenaga pengajar di pusat pengajian tinggi atau kolej yang terlibat dalam pengajaran kursus psikologi sukan, memberikan ceramah, memberikan khidmat rundingcara terhadap atlet, membantu atlet membina kemahiran psikologi (seperti imageri, strategi daya tahan, daya tindak), menyedari potensi diri sertakursus kepada jurulatih yang bertindak sebagai konsultan kepada pasukan dan atlet tertentu. Tugas mereka lebih kepada “jurulatih mental” iaitu membantu individu yang terbabit dengan sukan tentang cara untuk mengenali serta memaksimumkan potensi diri masing-masing. Selain itu, mereka yang terlibat dalam psikologi sukan, kelayakan peringkat sarjana dalam bidang psikologi sukan diutamakan kerana mereka perlu sentiasa peka terhadap perubahan ilmu dan teknik terkini yang membabitkan latihan mental.

2. Penyelidik Psikologi Sukan

Mereka yang terlibat dalam sesuatu bidang akan mempengaruhi perkembangan dan kemerosotan sesuatu cabang ilmu yang mana ia bergantung kepada hasil kajian yang dijalankan. Oleh itu, tugas seorang penyelidik psikologi sukan amatlah penting demi memastikan bidang ini mampu berdiri dengan sendirinya serta mendapat perhatian yang wajar di kalangan ahli akademik dan mampu memberikan sumbangan kepada mereka yang terlibat (Anshel, 1997; Wann, 1997). Sumbangan ahli psikologi sukan gunaan banyak bergantung kepada hasil kajian penyelidikan psikologi sukan. Kedua-duanya saling bantu-membantu dalam menegakkan bidang ini. Lazimnya, kelayakan diperingkat sarjana dan doktor falsafah diperlukan kedua-dua kelayakan ini bersifat menyelidik serta mengkaji isu-isu seperti motivasi, konsentrasi, keagresifan serta isu-isu lain yang berkaitan dengan psikologi sukan. Penyelidikan ini juga mestilah menunjukkan bukti kesarjanaan bidang penyelidikan tentang aktiviti yang dikaitkan dengan sukan dan latihan. Selain itu, mereka perlu menjalankan kajian seterusnya menerbitkan hasil kajian serta mempersembahkan hasil dapatan kajian dalam konferens profesional.

ETIKA DALAM PSIKOLOGI SUKAN

Sejak akhir-akhir ini, kerjaya sebagai ahli psikologi sukan mahupun “jurulatih mental” ini semakin popular kerana ramai orang telah melibatkan diri secara langsung dalam bidang ini untuk melatih atlet ataupun pasukan tertentu di negara kita.bagi memastikan khidmat yang diberikan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan khidmat tersebut maka etika psikologi perlu diwujudkan serta dipraktikkan oleh mereka yang terlibat. Seterusnya topic perbincangan ini akan membantu kita mengenali kemampuan, kemahiran serta bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada atlet serta jurulatih yang memerlukan khidmat ahli psikologi sukan. Kebelakangan ini, ramai orang telah memperkatakan bahawa teori-teori serta teknik-teknik psikologi sukan telah menunjukkan keberkesanannya kerana ramai diantara mereka yang bergiat dalam sukan mengakuinya kerana ia mampu membantu mereka meningkatkan prestasi serta mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan (Anshel, 1997; Cox, 1998; Wann,

Page 5: Psikologi Sukan-note Tenet

1997). Pendedahankepada beberapa konsep, teori serta teknik psikologi sukanyang dapat membantu anda meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian yang membanggakan.

Bagaimanapun dengan hanya menamatkan satu kursus psikologi sukan ataupun menamatkan satu kursus di peringkat diploma, anda masih belum boleh menganggap diri anda sebagai seorang ahli psikologi sukan serta berkelayakan untuk memberikan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan kepakaran dalam bidang ini.walaupun di Malaysia masih belum wujud satu badan akreditasi khusus untuk ahli psikologi sukan seperti mana bidang profesional yang lain seperti kaunseling, doktor perubatan dan psikologi ia tidak bermakna bahawa anda bebas menggelarkan diri anda sebagai seorang pakar psikologi sukan. Perbuatan ini menyalahi etika profesion kerana ia tidak mempunyai kelayakan minimum untuk melayakkan diri menjadi ahli psikologi sukan. Pakar psikologi sukan bimbang tentang risiko yang mungkin timbul dari kesilapan penggunaan teori serta teknik psikologi sukan sekiranya ia dipraktikkan oleh mereka yang kurang mahir dalam bidang ini (Silva, 1989). Kesannya mungkin akan menyebabkan ramai orang meragui peranan serta kepentingan dalam bidang ini dan proses penyediaan atlet atau pasukan sukan.

Apa yang kita faham pada awal-awal tajuk ini, tugas seorang ahli psikologi sukanboleh diklasifikasikan kepada dua tugas utama. Pertamanya tugas yang bersifat memberikan tunjuk ajar (pendidikan) kepada atlet serta jurulatih tentang cara melakukan teknik latihan mental dengan cara lebih berkesan (Cox, 1998). Dalam konteks ini, guru atau jurulatih yang betul betul terlatih dalam bidang ini yang boleh melaksanakan tugas ini (Smith, 1992). Keduanya, tugas bersifat klinikal dimana seorang ahli psikologi sukan diminta untuk memberikan bantuan yang bercorak klinikal seperti memberikan kaunseling, psikoterapi serta membuat pemeriksaan psikologi dan mental atet terbabit. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang ahli psikologi sukan mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang berkaitan untuk melaksanakan tugas tersebut.

Untuk memudahkan kita mendalami lagi isu-isu yang berkaitan dengan etika, satu garis panduan tentang kajian dan tugas klinikal dalam bidang psikologi sukan yang digariskan oleh Persatuan Psikologi Sukan dan Aktivit Fizikal Amerika Syarikat (North American Society for the Psychology of Sport and Physical Activity). Garis panduan ini menjelaskan tentang tatacara seorang ahli psikologi sukan (Wann, 1977) :

   1. Bertanggungjawab – Ahli psikologi sukan bertanggungjawab diatas segala perlakuan, nasihat serta saranan yang diberikan dan bertanggungjawab keatas kesan dan akibat berkaitan dengan saranan tersebut serta memastikan tindakan yang diambil itu bertepatan dengan keadaan.

   2. Berkelayakan – Ahli psikologi sukan memberikan bantuan dan latihan

yang mana ia berkelayakan serta berpengalaman melakukannya.

   3. Mematuhi moral dan etika – Ahli psikologi sukan tidak membabitkan diri

dengan kegiatan yang berlawanan dengan peraturan, etika serta moral

Page 6: Psikologi Sukan-note Tenet

yang ditetapkan.

   4. Kenyataan umum – Ahli psikologi sukan menyatakan kelayakan ikhtisas

serta penglibatan mereka dengan persatuan profesional dengan jelas.

   5. Kerahsiaan – Ahli psikologi sukan menghormati serta menjaga rahsia atau maklumat yang diberikan oleh klien atau subjek kajian mereka.

   6. Kebajikan klien – Ahli psikologi sukan menjaga kebajikan serta integriti

klien serta kumpulan yang mendapatkan khidmat mereka.

   7. Hubungan profesional – Ahli psikologi sukan mesti peka terhadap

keperluan serta pendapat rakan-rakan dalam bidang lain yang berkaitan

dengan sukan.

   8. Teknik penilaian – Dalam usaha untuk membentuk, menerbit serta

menggunakan sesuatu alat atau teknik penilaian atau pengukuran,

kebajikan klien perlu diutamakan.

   9. Kajian yang milibatkan manusia – Dalam melaksanakan kajian psik ologi kebajikan mereka yang terbabit dengan kajian tersebut perlu diutamakan agar ia selaras dengan peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa diperingkat persekutuan, negeri serta badan profesional terbabit.

KESIMPULAN

Sebagaimana yang kita semua ketahui, untuk mempelajari dan mendalami psikologi sukan ini seharusnya seseorang itu mengetahui apa yang terkandung dan selok-belok yang mana melibatkan strategi-strategi serta teori-teori yang sepatutnya dilaksanakan. Untuk mengaplikasikan strategi serta teori ini, kita hendaklah mengetahui konsep dan fokus utama yang terkandung dalam tajuk ini. Perkara ini penting kerana ia mempengaruhi mutu pencapaian atlet. Walaupun bidang psikologi sukan ini masih baru, mereka mempunyai sejarah dan latar belakang yang tersendiri yang mengisahkan dan memperkenalkan psikologi sukan serta perkembangannya kepada umum. Disamping itu, beberapa perkara haruslah dititikberatkan oleh seseorang yang ingin menjadi ahli psikologi sukan termasuklah latar belakang pendidikan yang merupakan syarat utama dalam profesion ini. Diantaranya termasuklah beberapa jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh ahli psikologis sukan seperti perkhidmatan klinikal, pendidikan dan penyelidikan. Selain itu, perkara yang perlu diterapkan kepada ahli psikologi sukan adalah etika-etika dalam psikologi sukan. Perkara ini penting bagi menjaga imej mereka yang terlibat dalam profesion ini. Oleh itu, pelbagai aspek perlu diambil kira kerana aspek-aspek

Page 7: Psikologi Sukan-note Tenet

tersebut akan mempengaruhi seseorang ahli psikologi sukan serta memberikan kesan yang positif kearah usaha meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian atlet negara.

Deviasi Dalam Sukan (Deviation in sport)

PENGENALAN DEFINISI DEVIASIDeviasi membawa maksud penyelewengan yang berlaku atau yang dilakukansecara bersebab atau tidak yang melanggar norma norma kehidupan yang normalyang dijalani oleh manusia. Secara amnya deviasi membawa maksud seseorangyang melakukan sesuatu yang berada diluar kawalan hidup manusia yangmelanggar batas batas moral dan nilai nilai murni yang diamalkan.

Deviasi Dalam SukanDalam dunia sukan deviasi membawa maksud yang sama dimana seseorang atletmelakukan penyelewengan untuk mencapai hasil atau kepuasan dirinya melalui carayang tidak betul atau dengan melanggar nilai nilai etika seorang atlet.Dalam sukanpelbagai cara penyelewengan dilakukan. Diantaranya ialah rasuah, penyalahgunaandadah dan juga perjudian.

Penyalahgunaan dadah dalam sukanDadah adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yangapabila diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itumemberi manfaat kepada badan, dadah ini disebut sebagai ubat. Sekiranyaperubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun.

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubatberkenaan mengandungi bahan yang dilarang. Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil. Perkataan‘doping’ daIam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlit.Doping dalam abad-abad kebelakangan ini telah menjadi sebutan dan amalan atlit profesional mahupun amatur dan ini telah menambahkan lagi cabaran bagi pihak makmal dalam pengesanan dan penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana atlit sentiasa mencari kelebihan untuk mengejar kemenangan, edaran dadah secara haram berIeIuasa di seluruh dunia melalui sama ada internet,bahan bercetak atau hubungan peribadi. KepeIbagaian jenis dadah serta teknik menggunanya telah menyulitkan lagi penyaringan dadah dan makmal perlu sentiasa berwaspada kepada perubahan trend dalam masalah ini.Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, iamemberi kelebihan (atau ‘advantage’) kepada atlit yang menggunanya sertamelanggar segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan dan kedua,cara pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang individu.Malah dalam arena sukan, banyak kes-kes kematian teIah berlaku akibatpenggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung.

Page 8: Psikologi Sukan-note Tenet

Dadah yang diharamkan oleh IOCDiantara dadah-dadah lama yang telah digunakan sejak awaI 1970anadalah

perangsang (stimulant) dan narkotik. Tujuan penggunaan stimulant begitunyata kerana bahan seperti amfetamin memberi tenaga serta ketahanan yang amatbaik terutama dalam pertandingan seperti lumba basikal, Iarian jarak jauh, acararenang, semuanya yang memerIukan daya tahan. Kini senarai dadah yangdigunakan bagi tujuan di atas telah berlipat ganda dan kini makmal perlu mengesansejumlah 70 jenis dadah perangsang. Tambahan pula, bahan seperti kafein,ephedrine, pseudoephedrin menyulitkan lagi kawalan kerana bahan ini terdapatdalam pelbagal minuman dan makanan dan juga ubat-ubatan ‘over-the counter’untuk pelbagai rawatan. Oleh yang demikian bahan-bahan ini perlu dinilai jumlahnyadi dalam urin; jumlah kafein melebihi 12 mg/mI di dalam urin misalnya akandirumuskan sebagal positif. Paras ini diketahui dapat dihasilkan oleh pengambilankafein sahaja dan tidak akan tercapai meskipun atlit telah minum beberapa cawankopi pekat.Bahan-bahan narkotik pula menjadi ubat yang berkesan bagi meneruskanpertandingan tanpa menghirau kecederaan yang diaIami atlit.

Pengharaman narkotikadalah di atas dasar kesihatan kerana tindakan seperti ini memudaratkan lagikeadaan atlit. Selain itu, penggunaan narkotik tidak mendatangkan sebarangmanfaat lain. Kanabis juga diharamkan atas dasar bahan ini membawa ketenangandan meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi pertandingan.Kategori dadah yang begitu popular dikaIangan atlit ialah bahan steroidanabolik. Sungguhpun penyeIidikan tidak menunjukkan sebarang manafaat daripengambilan steroid, ia diakui amat berkesan oleh para atlit.Steroid anabolik merangkumi Iebih 50% daripada dadah yang dikesan olehmakmal-makmal doping seIuruh dunia. Selain parameter yang dikesan melaluipenganalisaan, perubahan fisikal begitu ketara pada pengguna steroid anabolik.Bagi lelaki, perubahan otot yang bertambah, kehiIangan rambut, pertumbuhan buahdada dan masalah akne begitu ketara manakala bagi wanita, terdapat tumbuhanrambut di beberapa bahagian badan termasuk muka serta perubahan suara yangsemakin kasar.

Steroid anabolik adalah bahan yang digunakan di luar masa pertandinganoleh kerana manafaatnya serta perubahan yang diingini pengguna didapati semasalatihan. Oleh yang demikian pengesanan positif sering didapati apabila programkawalan di luar pertandingan dijalankan; beberapa bulan sebelum pertandinganpenggunaannya dihentikan bagi mengelak pengesanan.Oleh kerana eIiminasi steroid begitu berpanjangan dalam badan manusia,kehadirannya masih kadangkala dapat dikesan dalam paras ppb (parts per billion)beberapa bulan selepas tamat penggunaan. Keupayaan mengesan paras sekecil inidituntut oleh pihak lOC dan makmal kini perlu ada kemampuan mengesan beberapa jenis steroid sehingga ke tahap sekecil 1-2 ng/mI. Ini bermakna teknik seperti‘tandem mass spectrometry’ (MS/MS) atau ‘high resolution mass spectrometry’(HRMS) terpaksa digunakan. Teknik-teknik ini akan memberi lebih sensitiviti tanpaberkompromikan spesifisiti. Sukan OIimpik di Atlanta merupakan kali yang pertamapengesanan menggunakan HRMS dilakukan supaya threshhold pengesanan yangbegitu rendah dapat dilaksanakan.Buat masa ini teknik tersebut telah dibangunkan bagi sejumlah kecilsteroid tetapi malangnya, alat yang digunakan terlalu mahal.Suatu kelas dadah yang diharamkan oleh lOC adalah agen diuretik yang menjadipilihan atlit dalam usaha menghapuskan kesan-kesan dadah steroid

Page 9: Psikologi Sukan-note Tenet

menjelangpertandingan sukan. Melalui cara ini paras steroid dapat dikurangkan di bawahparas threshold pengesanan. Ini semakin penting bagi atlit oleh kerana makmaldoping seluruh dunia kini lengkap dengan alat yang dapat mengesan dalam tahapppb (parts per billion).Selain itu mengurangkan air di dalam badan memberi manafaat kepadabidang sukan yang menggunakan berat badan sebagal kriteria. Dalam acara angkatberat misalnya, seorang peserta mungkin dapat dimasukkan ke dalam kategori yanglebih rendah.Ubat darah tinggi yang dikenali sebagal penghalang-beta jugadisalahgunakan oleh atlit dalam acara-acara sukan seperti memanah, menembak,dan bidang sukan yang memerlukan penumpuan seseorang. Objektif pengunaanadalah untuk mengurangkan tremor dan kegugupan yang mungkin berlaku. Senaraiini termasuk jenis yang sering digunakan oleh pesakit seperti metoprolol hinggayang jarang digunakan seperti pindolol dan bisoprolol.

Cabaran terbaru bagi pihak penguasa adalah untuk mengesan hormonpeptida. Ini termasuk hCG (human chorionic gonadotropin), eritropoietin (EPO) danhormon pertumbuhan (hGH). Sungguhpun yang pertama diantara tiga bahan inidapat dikesan di dalam urin, dua lagi hanya dapat dlkesan di dalam serum darah.OIeh kerana peraturan kawalan doping hanya membenarkan pengambilan sampelurin, EPO dan hGH belum dapat dinilai. Tambahan pula kaedah pengesanan masihterhad kepada teknik ElA (enzyme immunoassay) dan RIA (radioimmunoassay)yang boleh diterima sebagai kaedah penyaringan tetapi belum lagi ujud kaedah ujian‘evidentiaI’ yang tidak boleh dipertikaikan dalam mahkamah

RASUAH DALAM SUKANRasuah dalam bidang sukan telah wujud sejak berabad yang lalu dan di negara kitagejala ini menular dalam sukan bolasepak. Isu rasuah dalam sukan bolasepak telah juga berlaku dalam tahun 1990 an, di mana ramai pemain dan jurulatih telah disoalsiasat dan mereka dikenakan hukuman gantung dari bermain oleh PersatuanBolasepak Malaysia ( FAM ) dan ada di antara mereka dikenakan hukuman gantungseumur hidup.Kesan daripada itu Malaysia telah kehilangan ramai pemain-pemain yang berbakatdan seterusnya menyebabkan pasukan Malaysia semakin merosot prestasi merekadi peringkat antarabangsa.Kewujudan kegiatan rasuah berpunca daripada beberapa sebab sepertiketamakan, kelemahan pengurusan dalaman, penyalahgunaan kuasa dankewujudan peluang. Pemain yang tamak selalunya akan mudah terlibat dengangejala rasuah ini tetapi kadang-kadang imbuhan pasukan yang tidak setimpal jugamendorong pemain-pemain menerima rasuah.Kelemahan pengurusan dalaman juga salah satu punca menularnya gejalarasuah, persatuan yang gagal menguruskan kebajikan pemainnya, di mana dibayar gaji yang tidak konsisten sehingga menyukarkan kehidupan mereka merupakanpunca mereka sanggup menerima rasuah demi “survival” mereka.Penyalahgunaan kuasa pihak pengurusan juga menyumbangkan kepadaberlakunya rasuah, pihak pengurusan pasukan bolasepak boleh membuatpercaturan dari segi teknik dan taktik perrmainan untuk memberikan kelebihankepada pasukan lawan. ”Bookie” merupakan dalang yang mencari kesempatanuntuk memberi, menerima, menawar dan menuntut sesuatu terutamanyaberdasarkan kuasa dan kedudukan masing-masing dan mereka tidak mengambilkira liga bolasepak itu popular atau tidak, asalkan ada peluang mereka akanmeneruskan kegiatan.Usaha kerajaan yang memperuntukkan berjuta-juta ringgit

Page 10: Psikologi Sukan-note Tenet

untukkecemerlangan sukan di negara ini sia-sia dan gagal mencapai matlamat akibatgejala rasuah ini. Kualiti bolasepak Malaysia merosot akibat rasuah ini dan dari

sudut ekonomi pula persatuan bolasepak negeri terjejas pendapatan kerana tidakpeminat yang hadir ke stadium untuk menyaksikan pertandingan bolasepak.Kebanyakan orang sekarang ini memandang ringan akan penerimaan rasuahdan telah menjadi lumrah, mereka terus lakukan tanpa mengira halal atau haramasalkan kehidupan mereka terjamin. Di negara seperti United Kingdom danSingapura telah timbul cadangan untuk membenarkan pertaruhan mengikut undang-undang untuk mengelakkan berlakunya rasuah dalam sukan bolasepak mereka.Kerajaan Malaysia sebagai negara Islam sepatutnya mengambil tindakan danberwaspada supaya situasi menghalalkan pertaruhan itu tidak menular ke negara iniyang boleh menjejaskan imej negara kita.Semua pihak harus memainkan peranan dalam membasmi wabak rasuah ini,FAM perlu meneliti semua yang disusun agar menepati keperluan sebenar.Kementerian Belia dan Sukan harus memandang serius gejala rasuah dalam sukanbolasepak dan mengambil langkah proaktif memantau gejala tidak bermoral inidengan telus dan adil mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 ( Akta 576 ).Dalam dunia moden ini kita sering merngejaar masa dan bersikapmaterialistik, kita tidak lagi memikirkan akan punca kewangan kita dari mana,samada ianya halal atau haram asalkan ianya dapat memberikan kita kepuasan darisegi materialistik.Pemimpin-pemimpin kerajaan cuba membawa masyarakat Malaysia ke arahkemodenan dan negara industri dengan begitu cepat bermula tahun 1980 an, danpada pendapat saya masyarakat Malaysia khasnya orang Melayu belum bersediauntuk “bergerak” begitu pantas ke arah kemodenan yang menyebabkan berlakunyamasalah sosial, antaranya gejala rasuah.Pembangunan atau kemajuan sememangnya diperlukan oleh negara kitaMalaysia, masalahnya adakah perkembangan kemajuan yang begitu pantas“dibawa” oleh pemimpin tidak selari dengan kesedaran moral dan kerohanianmasyarakat. Bila ini tidak seimbang iaitu di antara kemajuan dan kesedaran dari segimoral atau kerohanian menyebakan pelbagai masalah sosial berlaku antaranyarasuah.

Dalam sukan rasuah membunuh semangat patriotik dan semangatkesukanan. Semua pihak perlu berganding bahu bagi membanteras jenayah rasuahdi negara ini sekali gus meningkatkan integriti sebagai budaya dan nilai murni dalamkehidupan kita.Pendidik atau guru-guru harus memainkan peranan untuk membasmi gejalarasuah ini. Sesuatu harus dimulakan di peringkat sekolah untuk memberi kesedaranpada anak-anak akan bahayanya gejala rasuah ini jika dibiarkan ia menular. Diperingkat Kementerian Pelajaran harus wujud kumpulan “think-tank” yang perluberbuat sesuatu khasnya dari segi sukatan pelajaran atau mungkin satumatapelajaran khas mengenai rasuah harus digubal supaya anak-anak dapat dididikdi peringkat awal akan buruknya tabiat rasuah di mana bila mereka dewasa nantimereka tidak akan terlibat dengan gejala ini.Kesimpulannya semua pihak harus memainkan peranan dalam usaha untukmenjadikan masyarakat Malaysia berintegriti dan punyai nilai budaya yang tinggi dantanggungjawab ini jika dilihat dari satu sudut sememangnya menjadi tanggungjawabpendidik atau guru-guru khasnya untuk mencapai hasrat murni itu.

Page 11: Psikologi Sukan-note Tenet

REFLEKSI/RUMUSANBerdasarkan tajuk kami, kami dapati bahawa deviasi merupakan satu perbuatanyang tidak bermoral yang bakal merosakkkan prestasi sukan Negara kita . Padasatu ketika dulu para atlet Negara bertanding dalam sebarang sukan tanpa dijanjikandengan sebarang ganjaran ataupun hadiah namun begitu mereka mampumemberikan yang terbaik kepada Negara.Teatapi kini amat menyedihkan kerana pada masa sekarang para atlet kita telahdimanajakan dan dibiasakan dengan ganjaran setiap kali mereka menyertaisebarang pertandingan atau kejohanan. Ini menjadikan mereka bertanding hanyauntuk mendapatkan ganjaran bukan bertanding kerana semangat kesukanan yangsejati. Adakah trend ini kerana disebabkan msyarakat sekarang yang mementingkanmaterial dan kedendaan sebagai lambang kejayaan.?Atau adakah kita terlalu terikutNegara Negara barat yang sering memberikan para atlet mereka hadiah?Kemanakah perginya semangat kesukanan dan semangat cintakan Negara sendiri.Masalah penyalahgunaan bahan juga amat memalukan . Para atlet Malaysiadikatakan sering terlibat dengan pengambilan bahan terlarang ini.

Tindakan tegasdan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah bagimembuktikan bahawa Malaysia serius dalam perkara seumpama itu.Tindakan danhukuman yang dikenakan juga perlu mencerminkan ketelusan Malaysia yangsentiasa bertindak tegas terhadap penggunan bahan-bahan larangan dalamkalangan atlet negara ini .

TEORI SOSIAL SUKAN

PENGENALAN

•     Sosialogi dalam sukan merupakan bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosial untuk melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan.

•     Untuk memahami interaksi yang wujud antara individu dalam pasukan dan mereka yang berkaitan dengannya seperti guru pendidikan jasmani, jurulatih, murid, pengurus sukan dan sebagainya.

•     Elemen-elemen yang terkandung-bekerjasama, toleransi serta menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukkan sikap, nilai dan perlakuan individu 

•     Pengertian bagi psikososial sukan pula adalah proses belajar seseorang anggota masyarakat untuk mengenal dan menghayati norma-norma serta nilai-nilai masyarakat tempat ia menjadi anggota

Teori Sosial Dalam Sukan•     Teori Fungsionalis•     Teori Konflik•     Teori Interaksionis•     Teori Kritikal•     Teori Feminis

Teori fungsionalis

Page 12: Psikologi Sukan-note Tenet

•     Masyarakat ialah satu sistem yang terdiri daripada kombinasi benda, bahan dan manusia yang membentuk keseluruhan masyarakat.

•     Masing-masing saling berhubung kait dan saling membantu.•     Perubahan dalam satu bahagian akan mengubah bahagian-bahagian lain sehinggalah tercapai

titik keseimbangan..Teori Fungsional Dalam Sukan

•     Penyertaan dalam sukan mempengaruhi kedudukan sosial•     Sukan menggalakkan integrasi sosial dalam kumpulan, komuniti dan pasukan.•     Hubungan antara penglibatan olahraga dan perwatakan yang baik•     Penglibatan olahraga dan pencapaian motivasi•     Penglibatan dan perkembangan kemampuan yang diperlukan untuk mempertahankan suatu

masyarakat daripada “ancaman luar”

Teori Konflik•     Hubungan sosial yang memiliki sifat-sifat perbezaan kepentingan ekonomi•     Keteraturan sosial berasal daripada beberapa kelompok orang yang mampu menggunakan

sumber untuk mempengaruhi dan memanipulasi pandangan orang lain untuk menerima pandangan mereka

•     Teori konflik wujud apabila adanya andaian bahawa kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan daripada konflik yang boleh membawa keadaan yang tidak stabil

•     Perubahan masyarakat merupakan proses yang terjadi daripada ketegangan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat itu sendiri

Teori Konflik Dalam Sukan•     Bagaimana atlet menjadi terasing dari dirinya sendiri•     Bagaimana olahraga digunakan untuk mengalihkan perhatian atau menguasai masyarakat•     Pertumbuhan komersial dalam masyarakat•     Olahraga dan nasionalisme•     Sukan menyumbang kepada kewujudan ketaksamaan  sosioekonomi dalam masyarakat•     Sukan mempengaruhi pengkomersialan dan perhubungan sosial masyarakat•     Penggunaan kuasa ekonomi dalam sukan untuk kepentingan peribadi

Teori Interaksionis

•     Pengasas bagi teori ini ialah Max Weber dan Herbert Mead•     Dikembangkan oleh kelompok The Chicago School dengan tokoh-tokohnya seperti George H.

Mead dan Herbert Blummer•     Menyatakan bahawa susunan sosial dicipta oleh rakyat ketika mereka berinteraksi antara satu

sama lain•     Pilihan dan kelakuan individu bergantung kepada penerimaan mereka setelah melakukan

perbuatan mereka•     Interaksi sosial

Page 13: Psikologi Sukan-note Tenet

•     Tujuan manusia atau individu bersama dengan manusia lain adalah untuk mencapai sesuatu gol/matlamat.

•     Homans (1950) mengatakan bahawa manusia tidak akan bersama melainkan untuk mencapai sesuatu tujuan.

•     Semakin seseorang itu menyatukan dirinya dengan orang lain semakin kuatlah ikatannya kepada norma dan nilai bersama semakin mereka menyukai antara satu sama lain.

•     Proses ini memperkukuhkan ikatan kumpulan melalui perkongsian aktiviti, persahabatan, norma dan nilai.

Teori Interaksionis Dalam Sukan•     Fokus kepada isu yang berkaitan dengan makna, identiti, relasi sosial dan subkultur olahraga•     Apabila kita berinteraksi dengan orang lain, kita sebenarnya sedang menimbulkan kultur dan

masyarakat•     Identiti merupakan siapa diri kita di dalam dunia sosial.•     Pengalaman seorang atlet dan bagaimana ia menentukan dan memberi erti terhadap

penglibatannya•     Tujuannya adalah untuk membina dan menggambarkan realiti yang sedia ada dalam benak

atlet, pelatih, penonton dan penyokong•     Kelemahan Teori Interaksionis•     Tiasa petunjuk yang jelas untuk menentukan bila untuk menghasilkan dominasi relasi sosial•     Selalu menjadi tempat untuk mempertahankan dan mentransformasikan relasi sosial•     Sukar memahami persamaan dan perbezaan

Teori Kritis•     Teori kritikal diperincikan oleh Max Horkheimer (1937)•     Menjelaskan teori kritikal sebagai teori sosial yang menjurus terhadap mengkritik dan

mengubah masyarakat secara keseluruhan•     Berbeza daripada teori tradisional yang lebih kepada memahami atau menerangkan

masyarakat

Konsep Teori Kritis•     Fokus kepada penjelasan suatu kultur, kuasa dan relasi sosial•     Berdasarkan keadilan dan keinginan untuk memahami, konfrontasi dan mengubah sistem

eksploitasi dan penindasan dalam kehidupan sosial.•     Penglibatan dalam politik.

Teori Kritis Dalam Sukan

·         Olahraga lebih daripada hanya refleksi masyarakat·         Ianya melihat bagaimana olahraga mempengaruhi proses masyarakat mengembangkan dan

memelihara ideologi budaya.·         Sekiranya ingin mengetahui tentang olahraga, seseorang itu harus mengetahui konteks

sosial dan budaya di mana olaharaga itu wujud.

Page 14: Psikologi Sukan-note Tenet

Teori Feminis

·         Diperkenalkan oleh Simone de Beauvoir Susunan sosial adalah berdasarkan pada nilai dan pengukuran Kehidupan sosial dan susunan sosial adalah berdasarkan gender Penonjolan atlet lelaki dan wanita dalam liputan sukan Bagaimana atlet lelaki dan wanita dipersembahkan dalam media

·         Kemunculan teori ini adalah akibat perbezaan dan sikap prejudis masyarakat kepada kaum wanita.Proses Sosialisasi Melalui Sukan

Proses Sosialisasi Melalui Sukan.

Proses sosialisasi yang kedua adalah proses sosialisasi melalui sukan. Faktor utama proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan sebagai alat mensosialisasikan individu terbabit. Elemen-elemen yang terdapat dalam peraturan sukan seperti sikap bekerjasama, berdisiplin, saling menghormati di antara individu serta mematuhi undang-undang dan peraturan dapat membantu untuk pembentukan sifat peribadi individu itu sendiri. Melalui sukan sikap individu dapat di bentuk dengan menunjukkan sikap yang baik, nilai-nilai murni, tingkahlaku yang terpuji dan kepimpinan individu terserlah. Melalui sukan juga perwatakan individu boleh berubah misalnya, jika dahulu seorang individu itu pendiam maka dengan mengikuti aktiviti sukan individu tersebut bertukar menjadi orang yang agresif. Tindakan agresif ini dapat dilihat dalam sukan ragbi dan gusti.

Di samping itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan sebagai alat untuk mengintegrasikan atlit-atlit atau ahli-ahli. Dalam pasukan tersebut akan terbentuk sikap saling membantu dan sentiasa memastikan pasukan menang dalam pertandingan sukan dengan mengamalkan sikap saling membantu. Sikap ini akan mewujudkan perpaduan di kalangan ahli-ahli pasukan. Selain itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan tersebut berunsurkan motivasi kejayaan. Pasukan atau individu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam pertandingan. Motivasi yang diterima sama ada berbentuk motivasi intrinsik atau pun motivasi ekstrinsik. Melalui motivasi dalam aktiviti sukan tersebut individu atau kumpulan pasukan akan bersama-sama untuk mengharumkan  nama negara  dan keluarga. Semangat ini didapati berkesan untuk mendorong atlet  mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan. Misalnya dalam sukan badminton dan skuasy. Seterusnya, proses sosialisasi melalui sukan juga ialah sukan sebagai alat pertahanan diri. Individu akan bersukan adalah untuk mempertahankan diri sama ada untuk mempertahan diri sendiri atau organisasi atau pun disebabkan faktor lain.  Dengan mempelajari kemahiran yang terdapat melalui sukan tersebut maka individu tersebut berasa lebih selamat. Misalnya individu boleh mempelajari seni mempertahankan diri dalam sukan seperti karate do, taekwondo, menembak dan memanah. 

Kesimpulannya, sosialisasi sukan melibatkan individu dan juga agen-agen sosialisasi hasil daripada proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses sosialisasi melalui sukan.Proses Sosialisasi Ke Dalam Sukan

Page 15: Psikologi Sukan-note Tenet

Proses Sosialisasi Ke dalam Sukan.

 Proses sosialisasi adalah ruang untuk individu bersosial dan saling berinteraksi dengan orang lain. Melalui proses ini, kita saling mengenali, mempelajari budaya dan menyesuaikan diri menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat tersebut.

Proses sosialisasi ini berlaku dengan dua cara iaitu proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses sosialisasi melalui sukan. Faktor pertama berlakunya proses sosialisasi ke dalam sukan ialah sukan dapat mempengaruhi pemindahan budaya sukan kepada seseorang individu. Misalnya dalam berpakaian. Sukan badminton adalah contoh yang jelas proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku iaitu melalui pakaian pemain yang ditaja oleh Yonex. Maka dengan role model seperti Lee Chong Wei yang memakai pakaian tersebut, orang ramai yang meminatinya dan meminati sukan ini akan menggunakan jenama Yonex sebagai lambang semangat kesukanan di dalam diri individu tertentu. Di samping itu, berlakunya proses sosialisasi ke dalam sukan ialah sukan dapat mendisiplinkan seseorang. Di mana setiap sukan yang wujud mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa sukan tersebut dimainkan.

Dengan wujudnya peraturan sebegini maka individu yang terlibat secara langsung ke dalam sukan ini akan mempraktikkan sikap berdisiplin ini ke dalam diri mereka semasa bersukan. Maka, penerapan disiplin sebegini mempengaruhi sikap individu terbabit.Selain itu, proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila kita menerima norma-norma dalam institusi sukan tersebut. Biasanya semasa bersukan kita akan lebih menghormati ketua pasukan. Rasa hormat yang wujud dalam diri individu kepada ketua pasukan menyebabkan kita terikut-ikut nilai yang ada pada dirinya. Misalnya, jika ketua pasukan kita menegah untuk tidak merokok maka sikap merokok di depan ketua tidak akan diamalkan. Seterusnya, proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku hasil daripada interaksi antara ahli pasukan dalam institusi sukan tersebut.

Penglibatan dalam sukan membolehkan individu tersebut saling berinteraksi dengan ahli pasukan yang lain. Hal ini dapat ditunjukkan melalui kebebasan bersuara di kalangan ahli persatuan. Misalnya, jika kita tidak berpuas hati terhadap sesuatu pentadbiran persatuan kita boleh mengemukakan idea tanpa rasa bersalah. Proses sosialisasi ke dalam sukan juga berlaku berdasarkan pembentukan atlet dalam acara yang dipertandingkan. Atlet yang dipilih untuk bertanding dalam sesuatu acara akan dipilih berdasarkan kemahiran dan sifat fizikal yang dimiliki. Misalnya, orang yang tinggi dan kurus cenderung terlibat dengan lompat jauh, bola tampar manakala bagi orang gemuk pula cenderung kepada acara sukan seperti lontar peluru dan bagi orang yang berotot cenderung kepada bole sepak, lari pecut.Motivasi (Motivation)

MOTIVASI (MOTIVATION)DefinisiMotivasi didefinisikan sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini (Wann, 1997). Dalam konteks ini, arah merupakan tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi. Manakala usaha perlu merujuk kepada tahap kesungguhan individu itu ke arah menghampiri

Page 16: Psikologi Sukan-note Tenet

atau menjauhi situasi tersebut. Motivasi penting kerana dapat mempertingkatkan semangat dan inisiatif atlet untuk berjaya dalam bidang sukan. Penyertaan seseorang individu dalam sukan dipengaruhi oleh motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran). Penyertaan dalam aktiviti disebabkan minat atau seronok melakukannya diklasifikasikan sebagai motivasi intrinsik. Sebaliknya jika penglibatan dalam aktiviti disebabkan keinginan diklasifikasikan sebagai motivasi ekstrinsik.

MOTIVASISumber intrinsikMelibatkan usaha dalaman diri atlet, memperbaiki pencapaian, berjuang, bersaing bagi mencapai kejayaan dan tidak dipengaruhi oleh ganjaran atau pengaruh luaran

Sumber EkstrinsikBerdasarkan faktor-faktor luaran seperti keinginan untuk mendapatkan ganjaran berbentuk kebendaan, pujipujian, penghormatan atau anugerah tertentu serta kebenaran dan galakan ibu bapa

Motivasi dan ganjaranGanjaran ekstrinsik dan intrinsik boleh mendatangkan kesan positif atau negative kepada atlet yang bertanding dalam sesuatu bidang sukan. Penyertaan atlet yang bermotifkan ganjaran ekstrinsik dan pada masa yang sama mendapat pengiktirafan terhadap kebolehan atlet akan meningkatkan motivasi intrinsik atlet tersebut. Sebaliknya, jika ganjaran ekstrinsik menjadi sasaran kepada penyertaan atau penglibatan atlet tadi, tetapi tidak menerima pengiktirafan terhadap kebolehannya maka ini akan melemahkan motivasi intrinsik atlet tersebut. Individu yang bermotivasi intrinsik mempunyai keazaman diri yang kental. Penyertaan dalam sesuatu pertandingan akan memberi kepuasan dan keseronokan pada dirinya. Disamping itu juga, ia dapat meningkatkan kemahiran, persaingan semulajadi dalam sukan serta sasaran pencapaian prestasi.

Kemahiran memotivasikan diriDalam sukan, penetapan matlamat adalah relevan dengan perubahan tingkah laku. Rangsangan tingkah laku perlu bersifat kognitif untuk dijadikan pendorong kepada lakuan yang perlu bagi mencapai matlamat. Jurulatih, atlet dan mereka yang terlibat dalam bidang sukan menggunakan teknik penetapan matlamat untuk meningkatkan kemahiran atau prestasi dalam aktiviti fizikal dan sukan. Dorothy dan Roscue (1995), mendapati bahawa matlamat akan merangsang dan meningkatkan usaha yang berterusan.Penetapan Matlamat

PENETAPAN MATLAMAT DALAM SUKANMatlamat merupakan sasaran yang dirancang untuk dicapai dalam jangka masa

tertentu. Penetapan matlamat di definisikan sebagai mencapai tahap dan kecekapan spesifik dalam satu tugasan atau aktiviti yang dapat disukat dalam unit jarak, masa dan tingkat pencapaian matlamat (Locke, 1981). Penetapan matlamat merupakan salah satu strategi psikologi yang berkesan untuk meningkatkan prestasi. Dalam penetapan matlamat, terdapat

Page 17: Psikologi Sukan-note Tenet

tiga tahap iaitu matlamat jangka panjang, matlamat jangka sederhana dan matlamat jangka pendek.

Gould dan Murphy lebih memfokuskan kepada matlamat individu dan jarang kepada matlamat kumpulan. Untuk memahami matlamat kumpulan, kita terlebih dahulu perlu memahami matlamat setiap individu dalam kumpulan tersebut.

1.    Tetapkan matlamat perlakuan (performance) bukan matlamat akhir (outcome).2.    Tetapkan matlamat yang mencabar3.    Tetapkan matlamat yang munasabah4.    Tetapkan matlamat yang spesifik5.    Tetapkan matlamat jangka pendek6.    Tekankan kepada matlamat individu bukan pasukan

Widmeyer dan Ducharme (1997) pula lebih kepada matlamat kumpulan berbanding matlamat individu, antara 6 prinsip keberkesanan matlamat kumpulan iaitu :

1.    Membuat matlamat jangka panjang dahulu2.    Matlamat jangka pendek menuju ke matlamat jangka panjang3.    Melibatkan semua peserta dalam kumpulan untuk mencapai matlamat kumpulan4.    Memerhati kemajuan terhadap matlamat kumpulan5.    Memberi penghargaan terhadap matlamat6.    Menggalakkan keyakinan kumpulan dan keberkesanan terhadap matlamat kumpulan

Dalam menentukan matlamat, terdapat beberapa aspek atau cabang penting yang perlu dititikberatkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Antara aspek-aspek tersebut ialah penentuan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang serta set matlamat positif dan set matlamat negative.

1. Penentuan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang

Bagi atlet, penentuan matlamat mempunyai kepentingan yang tersendiri. Biasanya atlet akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan, sama ada kemenangan atau memperbaiki rekod peribadi. Dorothy dan Roscoe (1995), mendapati bahawa matlamat akan meransang dan meningkatkan usaha berterusan. Hal ini bermakna penentuan matlamat akan memberi kesan positif kepada atlet. Contohnya, dalam acara 100 meter, pada peringkat pertama atlet tersebut mencatat masa 11.05 saat, peringkat kedua mencatat 10.85 saat dan seterusnya 10.35 saat. Yang dimaksudkan di sini ialah catatan yang dinilai dalam setiap bulan. Apabila atlet melihat pretasi sedemikian maka ini mendorong mereka untuk berusaha dengan lebih tekun lagi.

Penentuan matlamat juga boleh dijadikan sasaran setiap individu. Bagi penentuan matlamat jangka panjang, tempoh masa yang diambil adalah agak lama dan sukar untuk dicapai atas sebab kebosanan serta gambaran tentang pencapaian agak kabur. Oleh itu, dalam keadaan ini, penentuan jangka pendek sangat mustahak dan berkesan. Semasa mencuba untuk mencapai matlamat jangka pendek, perhatian terhadap matlamat jangka panjang juga menjadi sandaran ataupun menjadi tumpuan. Kebosanan dan gambaran dalam jangka masa panjang dapat

Page 18: Psikologi Sukan-note Tenet

diatasi. Di samping itu, pencapaian yang diperoleh dalam jangka masa pendek dapat membangkitkan semangat atlet untuk mencapai penentuan matlamat jangka panjang.

2.    Set matlamat positif dan set matlamat negativePenentuan matlamat boleh dibentuk sama ada matlamat itu bersifat positf mahupun bersifat negative. Matlamat positif dalam permainan tenis contohnya dapat meningkatkan peratusan yang baik semasa melakukan servis yang pertama. Manakala matlamat negative pula bertindak berlawanan dengan matlamat positif iaitu cuba mengurangkan peratusan servis yang kurang baik. Walaupun begitu, kedua-dua matlamat ini mempunyai sasaran yang sama iaitu memperbaiki pencapaian dan prestasi atlet dalam permainan atau pertandingan.Menurut Bell (1980), kadangkala atlet perlu mempunyai set matlamat negative tetapi penentuan matlamat seseorang atlet haruslah bermula dengan cara positif. Matlamat yang bersifat positf boleh membantu atlet menuju matlamat ke arah kejayaan bagi menangani sesuatu kekalahan atau kegagalan sebelum ini.

Selain itu penentapan matlamat dalam sukan untuk bertindak untuk membantu jurulatih dan atlet mengetahui bagaimana hendak mengaplikasikan prinsip-prinsip ini dalam merancang matlamat-matlamat. Ini kerana penetapan matlamat dirancang selepas jurulatih melihat persembahan awal para atlet di peringkat latihan sebelum dihantar ke peringkat pertandingan

  Atlet juga perlu menetapkan matlamat-matlamat untuk memberi arah tuju usahanya.

Matlamat yang ditetapkan oleh atlet bergantung kepada tahap moral dan motivasi individu itu sendiri. Penetapan matlamat penting kerana ia bukan hanya merangsang pemikiran atlet untuk menuju ke arah sasarannya, tetapi juga memberinya cara berperingkat–peringkat untuk sampai kepadanya. Ini bermakna, penetapan matlamat  diperlukan untuk pertandingan dan latihan atlet sendiri. Erti kata lain, jurulatih  harus berupaya membantu atlet menentukan matlamat-matlamat ini

“Goal” atau matlamat mempunyai ciri-ciri penting iaitu ia mempunyai pergerakan ke arah sesuatu dan ia juga turut mempunyai sedikit intensiti ke arah sesuatu. Matlamat mungkin menjadi sesuatu yang sangat penting dalam hidup atlet atau hanya sebagai  sederhana penting sahaja sahaja Sebagai contoh, jurulatih atau atlet selalu menetapkan matlamat untuk menang dalam diri mereka. Namun begitu, kandungan matlamat untuk menang itu mempunyai dua kemungkinan iaitu menang pertandingan akan datang, atau menang banyak pertandingan  dalam sesuatu musim.

Jurulatih dan atlet juga perlu menetapkan matlamat perlakuan dalam menjalankan latihan. Ini kerana matlamat perlakuan terhad kepada tingkah laku atlet secara spesifik. Contohnya, jurulatih mahukan atlet mendapatkan ketepatan sebanyak 90% dalam rejaman bola tampar atau lain-lain kemahiran. Dalam latihan, matlamat perlakuan lebih bermakna dan berguna kerana atlet dapat mengawal perlakuannya berbanding dengan matlamat hasil sesuatu pertandingan. Ini kerana hasil sesuatu pertandingan kadang-kadang sukar dikawal serta ditentukan kerana ia bergantung kepada faktor-faktor lain seperti rakan sepasukan atau lain-lain. Sebaik-baiknya, atlet hendaklah menetapkan matlamat perlakukan yang 100% di bawah kawalannya, tetapi kebanyakkan matlamat ini tidak boleh 100% di bawah kawalan atlet. Oleh

Page 19: Psikologi Sukan-note Tenet

itu, atlet hendaklah menetapkan matlamat-matlamat yang individu itu sendiri boleh kawal sebanyak mungkin.            Dalam sukan, pencapaian diukur dengan kemenangan. Menang sering kali dilihat sebagai kejayaan dan kalah sebagai kekalahan kerana pemenang lebih dihargai oleh penonton berbanding orang yang kalah. Apabila atlet menilai harga dirinya dengan kemenangan, maka keyakinan dirinya bergantung kepada menang atau kalah yang ditentukan oleh orang lain. Jika begitu keadaan yang berlaku semasa atlet menghadapi pertandingan, maka keyakinan diri akan menjadi tidak stabil.

Jadi, mengapa perlunya matlamat perlakuan semasa merancangan penentuan matlamat? Seharusnya, jurulatih bertindak untuk menukar persepsi atau pandangan tersebut dalam diri atlet. Jurulatih bertanggungjawab membantu atlet mendapatkan keyakinan diri yang stabil dan merasa ada harga diri walaupun mengalami kekalahan semasa pertandingan. Jurulatih seharusnya mengantikan matlamat kemenangan dengan matlamat perlakuan yang lebih bersifat realistik kerana kejayaan mestilah dimaksudkan apabila atlet mencapai sesuati melebihi matlamat perlakuannya dan bukannya untuk mengatasi perlakuan orang lain.

Penetapan matlamat merupakan cara yang sesuai untuk menaikkan semangat atau tahap kebangkitan fisiologi atlet atau pasukan. Dalam perlawanan yang melibatkan persaingan dua musuh tradisi, atlet yang terlibat tidak menghadapi masalah untuk meningkatkan tahap kebangkitan mereka. Masing-masing sudah bersedia untuk bersaing di gelanggang perlawanan. Cabaran kepada jurulatih atau psikologis sukan adalah untuk meningkatkan tahap kesediaan atau kebangkitan atlet bagi menghadapi lawan. Bayangkan bagaimana cara untuk meningkatkan kesediaan pasukan sepak takraw negara apabila bertemu dengan Thailand. Justeru itu, penetapan matlamat yang realistic dan berkesan perlu untuk memastikan mereka mampu memberikan saingan kepada pasukan lawan.

Seperti yang dijelaskan tadi, matlamat yang realistic dan berkesan perlu disasarkan untuk meningkatkan kebangkitan dan motivasi atlet berkenaan. Matlamat yang disasarkan perlu mencabar, tetapi masih boleh dicapai. Matlamat yang bersifat pencapaian seperti mendapat pingat emas atau menang perlu dielakkan, sebaliknya tumpuan perlu kepada matlamat yang berorientasikan proses atau pencapaian terbaik atlet terbabit.

Kajian Berkaitan Keberkesanan Penetapan Matlamat Perbandingan antara penetapan matlamat yang spesifik dengan yang tidak spesifik (subjektif). Dapatan Kajian menunjukkan bahawa penetapan matlamat yang jelas dan spesifik menghasilkan prestasi yang konsisten 90% subjek mendapat kesan yang positi. Penetapan matlamat adalah teknik yang terbaik untuk meningkatkan prestasi

Perbandingan antara kombinasi antara kesukaran matlamat, matlamat yangnyata dan jelas dan pelbagai matlamat.

·         Dapatan mendapati matlamat yang sukar lebih efektif dalam meningkatkan prestasi berbanding dengan matlamat yang mudah.

Page 20: Psikologi Sukan-note Tenet

·         Matlamat yang spesifik lebih efektif berbanding dengan matlamat umum·         Kesimpulannya matlamat khusus, matlamat sukar dan matlamat kumpulan adalah lebih

berkesan dalam meningkatkan prestasi daya tahan tugasan

Jenis-jenis Penetapan Matlamat·         Matlamat dari Hasil (Outcome Goals) seperti keputusan pertandingan·         Matlamat Proses / Prestasi (Performance Goals) seperti tingkahlaku khusus atlet

Prinsip-prinsip Penetapan Matlamat·         Cox (1994 ) menggariskan beberapa prinsip Penetapan Matlamat yang perlu ada dalam diri

individu atau pasukan untuk mencapai matlamat yang lebih berkesan.·         Terdapat 5 prinsip asas penetapan matlamat;1.    Utamakan matlamat pencapaian prestasi bukan sekadar matlamat pencapaian hasil·         Matlamat difokuskan kepada pencapaian prestasi individu terlebih dahulu supaya dapat

membuat persembahan terbaik semasa pertandingan.2.    Penetapan matlamat yang mencabar·         Atlet akan membuat latihan yang lebih gigih untuk mencapai matlamat yang lebih mencabar·         Matlamat yang mencabar akan lebih memotivasi atlet dari matlamat yang mudah dicapai·         Matlamat yang tidak dicapai hendaklah diterima dan dijadikan panduan

3.    Penetapan matlamat spesifik·         Bagi atlet adalah sukar untuk mengenalpasti samada matlamat yang ditetapkan itu dapat

dicapai atau tidak.

4.    Menggunakan matlamat jangka pendek untuk mencapai matlamat jangka panjang.·         Matlamat Jangka pendek untuk menyedarkan matlamat jangka panjang·         “Kejayaan bukan satu destinasi tetapi merupakan satu perjalanan; kejayaan akan dikecapi

sepanjang perjalanan”5.    Penetapan matlamat yang realistik - boleh dinilai / ukur·         Kenalpasti tercapai atau tidak·         Matlamat yang khusus perlu ditetapkan untuk menilai sejauhmana keberkesanan dan

pencapaian matlamat.·         Penetapan matlamat harus mengikut tahap pencapaian atlet·         Pencapaian prestasi perlu didokumentasikan

Faedah Penetapan MatlamatKesan Penetapan Matlamat Dalam Program latihan terhadap prestasi fizikal danmental :

·         Tahap keyakinan kendiri, motivasi dan tahap kebimbangan.·         Atlet yang terlibat dengan penetapan matlamat dalam program latihan akan belajar memberi

penumpuan yang lebih tinggi dalam penetapan prestasi dan pemikiran yang positif·         Dapatan ini disokong oleh kajian Berton (1984) mendapati bahawa matlamat memberi

hubungan yang positif terhadap prestasi dan atribusi psikologi positif·         Kemenangan adalah impian atlet dalam sukan.

Page 21: Psikologi Sukan-note Tenet

·         Kemenangan adalah bukti kejayaan dan maruah atlet.

Faedah Penetapan Matlamat·         Sentiasa yakin diri dan bersedia menghadapi pelbagai situasi semasa latihan dan

pertandingan.·         Mengekalkan penumpuan terhadap kerja atau tugasan untuk mencapai matlamat.·         Mengekalkan ketenangan dalam diri semasa melaksanakan tugasan dan menghasilkan

prestasi yang baik·         Mengamalkan pemikiran yang Positif sebelum atau semasa bertanding membantu mencapai

matlamat·         Semangat kesepaduan atau komitmen dalam pasukan membawa kepada peningkatan

prestasi.

Proses Dalam Penetapan Matlamat·         Analisis tugas motor - Kenalpasti tugas motor; apa yang hendak dicapai·         Pengukuran Prestasi - Tentukan pengukuran pencapaian – masa, rintangan, ulangan dan

jarak·         Penentuan Piawai - Tentukan pencapaian mengikut piawai berdasarkan maklumat prestasi.

Contoh: Mengikut rekod yang lepas dalam satu-satu acara·         Pengutamaan matlamat - Penetapan matlamat ikut keutamaan·         Penyelarasan keperluan - Menyelaraskan mengikut keperluan atlet dan sukan

PraktikalMembentuk / Menulis Penetapan Matlamat berdasarkan sukan masing-masing,kemudian bincang dengan jurulatih dalam pasangan.

·         Satu atau Dua Matlamat Jangka Pendek·         Satu atau Dua Matlamat Jangka Sederhana·         Satu atau Dua Matlamat Jangk Panjang·         Satu atau Dua Matlamat Hasil·         Satu atau Dua Matlamat Proses / Prestasi

Motivasi (Motivation)DefinisiMotivasi didefinisikan sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini (Wann, 1997). Dalam konteks ini, arah merupakan tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi. Manakala usaha perlu merujuk kepada tahap kesungguhan individu itu ke arah menghampiri atau menjauhi situasi tersebut. Motivasi penting kerana dapat mempertingkatkan semangat dan inisiatif atlet untuk berjaya dalam bidang sukan. Penyertaan seseorang individu dalam sukan dipengaruhi oleh motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran). Penyertaan dalam aktiviti disebabkan minat atau seronok melakukannya diklasifikasikan sebagai motivasi intrinsik. Sebaliknya jika penglibatan dalam aktiviti disebabkan keinginan diklasifikasikan sebagai motivasi ekstrinsik.

Page 22: Psikologi Sukan-note Tenet

BURNOUT

Artikel Burnout diakses daripada http://jomsenam.blogspot.com

Burnout sebenarnya menjadi proses dinamik dan dapat digambarkan dengan tiga tahap yang berlainan (Daley, 1979). Tahap yang pertama dikatakan sebagai tahap mencemaskan atau alarm reaction. Dalam tahap ini, kaunselor cuba menggunakan mekanisme perlindungan. Penghidap burnout gagal memberikan tindak balas secara positif dan membina dalam tahap awal penerimaan proses pertolongan kaunselor. Mereka juga merasakan tidak apa yang berlaku dalam diri mereka dalam erti kata tiada menghadapi sebarang masalah. Mereka juga cuba tidak menampakkan simptom awal masalah yang dihadapi dan mengatasi segala halangan yang mereka hadapi sendiri. Penghidap burnout juga biasanya berada dalam keadaan tidak sewajarnya atau disebut unrealistic, tidak dalam kesempurnaan dan biasanya mereka juga menetapkan matlamat yang agak mustahil. Tahap kedua pula adalah tahap penentangan atau resistance stage. Mereka yang menghidap burnout cuba berkeras dan cuba meningkatkan ketekunan mereka. Oleh itu, dalam tahap kedua ini kaunselor cuba memesongkan kekuatan tanggungjawab profesional ke arch menguruskan stres secara terns.

Kaunselor dalam tahap kedua ini berada pada tahap fungsian yang rendah dan hubungan interpersonal mula retak. Klien rasa kehilangan apabila kaunselor mula mengurangkan perhatian dan tidak mengambil berat pada mereka. Apabila kedua-dua tahap awal tadi gagal dipraktikkan secara baik, tahap yang ketiga mungkin dapat digunakan iaitu tahap keletihan atau exhaustion. Pada tahap ini beberapa perkara dipertingkatkan seperti meningkatkan tekanan, sakit dan inflexibility. Walau apapun tahap tadi, burnout mampu me¬nyebabkan kesan fizikal, psikologikal dan kesan tingkah laku kepada kaunselor. Daripada perbincangan tadi, kita rumuskan burnout adalah tambahan kepada tahap stres (hyperstress), menambahkan distress dan akhirnya mampu menyebabkan hypostress (exhaustion).

Cara Menguruskan Tekanan

Cara- Cara untuk Menghadapi dan M\engatasi Tekanan Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dan lain-lain.

Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia disebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang.

Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan

Page 23: Psikologi Sukan-note Tenet

emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya. Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda.

Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan; rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen; terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada; perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat; sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda. Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya - sikap . kita terhadap sesuatu keaddan. Misalnya, berpindah rumah merupkan keadaan tekanan yang tinggi. Tetapi sama ada tekanan yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada bagaimana anda bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu pengalaman pahit atau satu cabarang yang merangsang? Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang.

Jika tekanan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu “motivator”dengan memandang sesuatu keadaan secara positif. Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita. Senaman pernafasan. Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat haraian. Tafakur (Meditation). Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Stiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur. Penggambaran.

Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga,

Page 24: Psikologi Sukan-note Tenet

membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran. Pengurutan (Massage). Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda. Kelegaan otot. Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah. Muzik. Terapi uzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk.

Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari. Pengurusan masa. Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpast juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Mebelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting. Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).

KEBIMBANGAN DALAM SUKAN (ANXIETY)

KEBIMBANGAN (ANXIETY)

Menurut Wann (1997), kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh mempengaruhi pencapaian atlit dalam sukan. Ia merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu terhadap apa yang terdapat di persekitarannya. Jika tafsiran tesebut menjurus kepada sesuatu yang mendatangkan kesan negatif, maka ia menghasilkan kebimbangan.

Apabila memperkatakan kebimbangan di kalangan atlit maka perlu dijelaskan mengenai kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. Berdasarkan kepada Silva dan Stevens (2002) kebimbangan tret adalah merujuk kepada personaliti seseorang individu di mana ia bersifat stabil dan mereka sering mentafsirkan situasi persekitaran dengan perasaan risau atau bimbang yang boleh meningkatkan tahap kebangkitan (arousal). Ini menunjukkan kebanyakan masyarakat mempunyai tahap kebimbangan tret yang sederhana dan sedikit sahaja yang tinggi atau rendah tahap kebimbangan tret. Manakala kebimbangan seketika merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitaran pada waktu itu (Shaharudin 2001).

Page 25: Psikologi Sukan-note Tenet

JENIS-JENIS KEBIMBANGAN

1.         Kebimbangan Seketika (State Anxiety)Kebimbangan seketika adalah tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau berlaku dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu seperti perasaan khuatir/bimbang, takut, tekanan dan kebangkitan fisiologikal.

2.         Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)Kebimbangan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsir situasi di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri dan situasi ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.

3.         Kebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety)Kebimbangan kognitif merupakan proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat dari tafsiran terhadap situasi semasa.Sebagai contoh ketakutan terhadap penilaian sosial, takut terhadap kegagalan dan kehilangan harga diri(self esteem).

4.         Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety)Kebimbangan somatik pula merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri individu tersebut. Sebagai contoh peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot-otot. Ini akan mengakibatkan individu hilang, rasa marah-marah, kurang yakin serta mendatangkan kesan kepada prestasi individu.

PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN

Selain mempersembahkan cabaran dan rangsangan, pada masa yang sama sukan juga membangkitkan ketidaktentuan. Pada saat seorang pemanah melepaskan anak panah daripada busurnya, seorang pemain bola sepak sedang menyepak bola pada kedudukan penalty dan seorang pemain badminton ingin melakukan pukulan deras (smash) pada kedudukan mata akhir, hasil daripada perlakuan tersebut belum diketahui. Tekanan dalam sukan adalah menjadi perkaitan yang tidak dielakkan berlakunya sifat ketidakpastian.

Tekan dan ketidakpastian boleh memotivasikan sebahagian atlit kita, sebaliknya akan meningkatkan kebimbangan pada yang lain. Terdapat beberapa beberapa faktor yang jelas meningkatkan tahap kebimbangan. Sebagai contoh, semakin penting sesuatu pertandingan, semakin tinggi tekan dan seseorang akan mudah menjadi bimbang.

Seorang individu yang berdarah gemuruh secara semula jadi mempunyai ciri-ciri mudah tertekan serta mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. Justeru itu, segala tindak balas atau respons yang diambil terhadap situasi di persekitaran akan meningkatkan lagi kadar kebimbangan kerana tindakan mereka kini telah dipengaruhi oleh kebimbangan berasaskan situasi.

Page 26: Psikologi Sukan-note Tenet

Menurut Endler (1978, 1983), terdapat lima faktor mengakibatkan tahap kebimbangan meningkat dalam suatu situasi yang teruja.

1.      Seseorang atlit akan menjadi takut menerima kekalahan daripada lawan yang lemah yang boleh mengugat ego atlit tersebut.

2.      Bimbang tentang penilaian yang negatif diterima daripada sosial atau ribuan penonton yang mengancam harga diri seseorang.

3.      Bimbang akan ancaman fizikal daripada pihak lawan. Contoh permain bola lisut, dimana seseorang pemukul akan berasa bimbang terkena balingan yang deras daripada pitcher yang boleh mencederakannya.

4.      Seseorang atlit berada dalam situasi kesamaran atau serba salah untuk memulakan perlawanan, persediaan atlit sama ada hendak mula atau tidak kekadang boleh menimbulkan tekanan dan kebimbangan.

5.      Seseorang atlit terganggu konsentrasi apabila diarah untuk menukar cara yang telah diamalkan dalam latihan kepada cara yang tidak pernah dilakukan dalam latihan semasa pertandingan.

MENGUKUR KEBIMBANGANMenurut Richard H. Cox (1998, 2007.6th ed) Anshell (1997) dan Wann (1997), cara yang paling popular untuk mengukur kebimbangan dengan menggunakan borang soal selidik. Cara ini mudah ditadbirkan kerana responden cuma perlu menjawab soalan yang berkaitan dalam inventori yang disediakan. Cara ini memungkinkan penyelidik mendapatkan bilangan responden yang ramai dalam kajiannya serta amat praktikal dari sudut psikologi sukan gunaan.

Di samping itu terdapat juga cara lain yang lebih berkesan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap kebimbangan seseorang individu. Antara cara yang boleh digunakan adalah dengan pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku serta perubahan fisiologikal individu. Pemerhatian yang teliti terhadap perubahan tingkah laku seperti perubahan corak pernafasan, tangan berpeluh, sering kali membasahkan bibir yang kering serta tanda-tanda keresahan yang lain boleh dikaitkan dengan perlakuan yang berkaitan dengan peningkatan tahap kebimbangan. Kaedah ini telah digunakan oleh Lowe (1973) dalam kajiannya ke atas pemukul dalam sukan besbol peringkat rendah.

Perubahan dari segi fisiologikal juga boleh diukur serta dikaitkan sebagai tanda-tanda kebimbangan. Peningkatan kadar nadi, perubahan tekanan darah serta tekanan pada otot merupakan tanda-tanda fisiologikal yang dikaitkan dengan kebimbangan. Kemampuan untuk mengukur kebimbangan dari sudut fisiologikal buat masa ini agak terhad kerana kesukaran menggunakan alatan untuk tujuan ini. Bagaimanapun dengan perkembangan pesat dalam dunia sains, penggunaan alat telemetri secara lebih meluas dalam masa yang terdekat ini akan memungkinkan kita menggunakan kaedah ini untuk mengukur kebimbangan.

Landers (1980) mengutarakan pandangan agar pengukuran dari sudut psikologikal dan fisiologikal digunakan untuk mengukur kebimbangan. Bagaimanapun menurut Karteroliotis dan Gill (1987) perkaitan antara aspek psikologikal dan fisiologikal dalam mengukur kebimbangan

Page 27: Psikologi Sukan-note Tenet

seketika adalah rendah. Justeru itu, ia bukanlah satu cara yang sesuai untuk mengukur kebimbangan seketika. Kemungkinan besar, pengu-kuran serentak aspek psikologikal dan fisiologikal untuk mengukur kebimbangan seketika akan memberikan maklumat yang bercanggah.

Gagasan Endler (1978) tentang lima faktor atau dimensi yang berkait rapat dengan kebimbangan menjelaskan tentang sifat multidimensi kebimbangan itu sendiri. Justeru itu, kebimbangan perlu dilihat dari dimensi yang pelbagai dan bukannya secara unidimensi. Kajian yang telah dilakukan oleh Fisher dan Zwart (1982) serta Gould, Horn dan Spreeman (1983) menyokong sifat multidimensi kebimbangan.

Mengukur Sifat Multidimensi Kebimbangan

Penerimaan konsep multidimensi kebimbangan telah melahirkan beberapa inventori (soal selidik) yang cuba untuk melihat dan mengukur kebimbangan dari sudut ini. Antara yang terkenal adalah Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) yang dihasilkan oleh Martens, Vealey dan Burton (1990). CSAI-2 mengukur kebimbangan kognitif seketika (cognitive state anxiety) dan kebimbangan somatik seketika (somatic state anxiety).

Dalam konteks sukan, kebimbangan sebenarnya wujud sebelum sesuatu pertandingan itubermula. la dikenali sebagai kebimbangan pra pertandingan (Cox, 1998). CSAI-2 membantu kita menilai tahap ke-bimbangan atlit pada tahap prapertandingan ini. Hasilnya, kini kita memahami bahawa terdapat perubahan dari segi tahap kebimbangan para pemain sebelum serta beberapa ketika semasa sesuatu pertandingan bermula.

Berdasarkan kajian, kebimbangan kognitif prapertandingan lazimnya bermula tinggi dan berterusan tinggi sehingga beberapa minit sebelum pertandingan bermula. Kebimbangan somatik pula bermula rendah sehingga kira-kira 24 jam sebelum sesuatu pertandingan bermula (lihat Rajah 1). Pada tahap ini, kebimbangan somatik akan terus meningkat sehingga hampir pada waktu pertandingan. Bagaimanapun, selepas beberapa minit perlawanan berlangsung, kebimbangan somatik akan menurun manakala kebimbangan kognitif akan sentiasa turun naik, bergantung kepada kedudukan semasa sepanjang tempoh permainan.

Perbezaan Kesan Kebimbangan Somatik dan Kebimbangan Kognitif ke atas Prestasi

Bagi memudahkan kefahaman tentang perkaitan di antara kebimbangan seketika kompetitif dan kaitannya dengan prestasi, kita perlu melihat serta mengukur dimensi kebimbangan seketika individu. Contohnya, perkaitan di antara kebimbangan kognitif seketika dan prestasi sukan adalah dalam bentuk linear (Burton, 1988; Gould, Petlichkoff, Simons dan Vevera, 1987), manakala perkaitan di antara kebimbangan somatik seketika dan prestasi pula dalam bentuk U-Terbalik (Cox, 1998).Teori Kebimbangan (anxiety theory)

TEORI KEBIMBANGAN

Page 28: Psikologi Sukan-note Tenet

Ciri-ciri perbezaan antara kebangkitan dan kebimbangan telah dijelaskan dengan sebegitu rupa untuk menerangkan tentang perbezaan antara kedua-duanya, serta untuk mengelakkan salah tafsiran tentang apa yang dimaksudkan dengan kebangkitan dan kebimbangan. Bagaimanapun, untuk menjelaskan tentang teori yang berkaitan dengan kebimbangan, kedua-duanya perlu dilihat dalam konteks yang sama kerana kebangkitan sering dilihat sebagai hampir sama dengan kebimbangan seketika (Cox, 1998). Dalam bahagian ini, akan diutamakan teori-teori yang menjelaskan tentang perkaitan antara kebangkitan dan kebimbangan dengan prestasi atlit.

1.         Teori Dorongan

Teori Dorongan telah diperkenalkan oleh Hull (1943, 1951) dan Spence (1956). Asalnya, teori ini melihatperkaitan di antara stimulus dan respons dari aspek motivasi danpembelajaran. la didasarkan kepada formula berikut:

Teori Dorongan merupakan teori yang menjelaskan tentang persaingan di antara respons yang terdapat dalam sesuatu proses pembelajaran. Dorongan atau keinginan yang kuat yang dikaitkan dengan kebangkitan akan menghasilkan respons yang dominan. Dalam konteks ini, perkaitan di antara prestasi dan kebimbangan (kebangkitan) dilihat dalam bentuk linear.

Teori Dorongan beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip berikut:(a)          Peningkatan kebangkitan (dorongan) akan menghasilkan respons yang dominan.(b)         Respons atau tindak balas yang dikaitkan dengan keinginan yang kuat merupakan respons

yang paling dominan.(c)          Pada tahap awal pembelajaran atau untuk kemahiran yang kompleks, respons yang

dominan lazimnya kurang tepat atau salah.(d)         Di tahap akhir pembelajaran atau untuk kemahiran yang mudah, respons yang dominan

lazimnya tepat atau betul.

Untuk memahami teori ini, kita boleh mengaplikasikan prinsip teori berkenaan dalam kehidupan kita. Pertamanya, peningkatan tahap kebangkitan selalunya membantu atlit yang berkemahiran atau pakar tetapi mengurangkan keberkesanan atlit atau pemain muda (kurang berkemahiran). Justeru itu, jurulatih kepada pasukan yang barn atau muda perlu mengurangkan tekanan (kebangkitan) serta tahap kebimbangan agar atlit mereka dapat beraksi dengan baik. Tahap kebangkitan yang rendah lazimnya meningkatkan peluang kejayaan atlit atau pemain baru (muda) ini serta meningkatkan keyakinan diri mereka.

Bagi atlit yang berpengalaman pula, peningkatan tahap kebangkitan diperlukan untuk membantu mereka melakarkan kejayaan dalam setiap aktiviti mereka. Kekurangan tahap kebangkitan dan tekanan akan menyebabkan mereka mengambil mudah tugasan yang perlu dilaksanakan. Kesannya, prestasi mereka menjadi kurang baik.

Page 29: Psikologi Sukan-note Tenet

Perkara yang sama juga boleh dikaitkan dengan proses melakukan kemahiran yang mudah dan kompleks. Contohnya, kemahiran mudah seperti mengangkat berat atau melakukan tekan tubi memerlukan tahap kebangkitan yang tinggi untuk memastikan atlit melaksanakannya dengan berkesan. Sebaliknya, kemahiran yang kompleks serta yang memerlukan ketepatan seperti menembak, memanah atau ketika melakukan putting dalam permainan golf, atlit memerlukan tahap kebangkitan yang rendah untuk mendapatkan hasil yang diingini.

Teori ini menarik perhatian ramai pada tahap awal ketika ia mula diperkenalkan, tetapi beransur menjadi kurang popular serta dikritik oleh ramai pengkaji. Andaian teori ini yang menjelaskan bahawa prestasi dan kebimbangan berinteraksi dalam satu garisan yang lurus telah ditolak serta dipertikaikan kesahihannya. Ramai pengkaji berpendapat prestasi manusia akan meningkat sejajar dengan peningkatan tahap kebimbangan sehingga ke satu tahap. Apabila melebihi tahap ini, peningkatan kebimbangan (kebangkitan) yang berterusan akan menyebabkan prestasi atlit berkenaan jatuh sama seperti gagasan Teori U-Terbalik. Ini telah mencetuskan beberapa pendekatan atau teori barn yang cubamelihat perkaitan di antara prestasi dan tahap kebimbangan (kebangkitan).

2.         Teori U-Terbalik

Teori ini menjelaskan bahawa perkaitan di antara kebangkitan dan prestasi boleh dilihat dalam bentuk kurvilinear atau U-Terbalik. Walaupun ia sering dianggap sebagai satu teori atau hipotesis, beberapa orang penyelidik seperti Duffy (1957) dan Malmo (1959) menganggap ia sebagai satu fakta yang menjelaskan tentang perkaitan antara kebangkitan dan prestasi.

Teori ini diperkenalkan oleh Yerkes dan Dodson (1908) yang menggunakan tikus untuk melihat perkaitan di antara kebangkitan dan tahap kesukaran tugasan serta kesannya ke atas prestasi. Dalam kajian ini, prestasi merujuk kepada bilangan percubaan yang diperlukan oleh tikus berkenaan untuk memilih petak yang lebih cerah dari dua petak yang disediakan. Elemen kebangkitan terdiri dari kejutan elektrik pada tahap intensiti yang rendah, sederhana tinggi dan tinggi manakala tahap kesukaran diasaskan kepada perbezaan kecerahan petak yang boleh dimanipulasikan kepada rendah, sederhana dan tinggi.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan praktis yang diperlukan untuk membezakan petak berkenaan meningkat apabila tahap kecerahan petak berkenaan semakin rendah (hampir sama). Dapatan ini menghasilkan Hukum Yerkes dan Dodson yang menjelaskan bahawa perlakuan yang mudah dipelajari, boleh dibentuk di bawah tekanan yang tinggi, manakala perlakuan yang sukar mungkin boleh dibentuk di bawah tekanan yang rendah (Cox, 1998).

Berdasarkan Hukum Yerkes dan Dodson tahap kebangkitan yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan prestasi yang baik apabila melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan otot besar (gross motor skill) atau menggunakan tenaga yang tinggi, contohnya acara angkat berat. Bagi sukan yang memerlukan ketepatan atau kemahiran halus seperti menembak, memanah atau putting bola golf, tahap kebangkitan yang rendah diperlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Page 30: Psikologi Sukan-note Tenet

Setiap acara sukan mempunyai tahap kebangkitan optimumnya yang tersendiri untuk menghasilkan pencapaian yang terbaik. Bagaimanapun, semuanya tertakluk kepada prinsip U-Terbalik, iaitu prestasi adalah rendah apabila kebangkitan berada pada tahap yang terlalu rendah atau terlalu tinggi, manakala prestani terbaik hanya boleh dicapai apabila kebangkitan berada pada tahap sederhana atau optimum.

Satu lagi elemen yang perlu diberikan perhatian dalam usaha untuk memahami perkaitan antara kebangkitan dan prestasi adalah tahap kemahiran atau skala individu. Sebagai contoh, seorang novis (individu yang barn menceburi serta mempelajari satu sukan baru) sedang mempelajari satu kemahiran atau pergerakan barn sukan pilihannya. Menurut Hukum Yerkes dan Dodson, tidak kira sama ada kemahiran yang dipelajarinya itu merupakan kemahiran yang mudah seperti memukul bola golf atau yang sukar seperti kemahiran menggelecek dalam hoki tahap kebangkitan yang optimum bagi individu novis sepatutnya lebih rendah dari pemain yang sudah mahir atau pakar dalam sukan berkenaan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Konsep inilah yang menjelaskan bagaimana pemain yang berpengalaman atau pakar dalam sesuatu acara beraksi dengan baik dalam situasi yang kompetitif jika dibandingkan dengan pemain novis (Oxendine, 1970).

Banyak kajian yang dilakukan untuk menilai perkaitan di antara kebangkitan dan prestasi menyokong Teori U-Terbalik ini. Klavora (1978), Sonstroem dan Bernardo (1982) dalam kajian mereka terhadap pemain bola keranjang mendapati prestasi pemain bola keranjang meningkat apabila tahap kebangkitan berada pada tahap yang optimum, sederhana dan merosot apabila tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah atau meningkat terlalu tinggi. Gould, Petlichkoff, Simon dan Vevera (1987) dan Burton (1988) juga mendapati bahawa prestasi terbaik dalam acara menembak pistol dan renang berkait rapat dengan kebimbangan somatik. Ini selari dengan gagasan Teori U-Terbalik seperti yang dijelaskan di atas.

Dari sudut pergerakan motor, Beuter dan Duda (1985) mendapati peningkatan tahap kebangkitan menyebabkan pergerakan kanak-kanak merosot atau menjadi tidak licin jika dibandingkan ketika tahap kebangkitan mereka pada tahap yang optimum atau sederhana. Kajian dalam bidang yang lain seperti menilai pendengaran (Stennet, 1957), masa reaksi (Lansing, Schwartz dan Lindsley, 1956) dan kestabilan tangan (Martens dan Landers, 1970) turut menyokong gagasan Teori U-Terbalik ini.

Gagasan Teori U-Terbalik juga berkait rapat dengan Teori Penggunaan Kin Easterbrook seperti yang dijelaskan dalam Bab 3. Menurut Teori Penggunaan Kin Easterbrook, kemampuan menilai kin yang terdapat di persekitaran berkait rapat dengan tahap kebangkitan individu. Masalah gangguan atau hilang tumpuan serta pengurangan prestasi akan dapat diatasi sekiranya tahap kebangkitan berada pada tahap yang optimum. Bagaimanapun sekiranya tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah, kesemua kin yang terdapat di persekitaran sama ada yang relevan atau yang tidak relevan akan diproses oleh individu terbabit. Kesannya prestasi tidak meningkat. Prestasi juga akan merosot sekiranya tahap kebangkitan semakin meningkat. Ini akan menyebabkan kemampuan menilai kin secara objektif dan teratur tidak berlaku dan kesannya

Page 31: Psikologi Sukan-note Tenet

prestasi merosot secara mendadak. Justeru itu, tahap kebangkitan perlu diawasi bagi mendapatkan prestasi yang optimum.

3.         Teori Zon Berfungsi yang Optimum Hanin (ZBO)

Teori ini hampir sama pendekatannya dengan Teori U-Terbalik. Bagaimanapun, perbezaan yang ketara bertumpu kepada premis Teori U-Terbalik yang menyatakan bahawa tahap kebimbangan yang sederhana berkait rapat dengan prestasi terbaik atlit. Teori Zon Berfungsi yang Optimum (ZBO) diperkenalkan oleh psikologis sukan Rusia, Yuri Hanin mengandaikan bahawa tahap optimum kebimbangan berasaskan situasi bagi seseorang atlit adalah berbeza dengan atlit yang lain. Menurut Hanin (1989), tahap optimum kebimbangan berasaskan situasi seseorang atlit ada yang bermula pada tahap yang paling rendah sehinggalah yang paling tinggi.

Hanin (1989) juga menjelaskan bahawa setiap atlit mempunyai ZBOnya yang tersendiri. ZBO atlit yang optimum akan menghasilkan prestasi yang terbaik manakala prestasi yang buruk lazimnya berlaku apabila tahap kebimbangan berasaskan situasi berada di bawah atau melepasi tahap ZBO. Justeru itu, perbezaan utama di antara ZBO dan Teori U-Terbalik adalah titik optimum yang menghasilkan prestasi terbaik atlit. Menurut Hanin (1989), titik berkenaan mungkin berada pada kontinum kebangkitan dan mungkin jugatidak. la wujud dalam satu zon dan bukannya satu titik yang pasti seperti yang diutarakan oleh Teori U-Terbalik. Beberapa kajian terkini menyokong gagasan ZBO (Hanin, 1989; Hanin dan Syrja, 1995).

3.         Teori Pembalikan

Teori ini menjelaskan bahawa untuk memahami perkaitan di antara prestasi dan kebimbangan, interpretasi individu atau atlit yang terbabit perlu diambil kira untuk mendapat gambaran mereka tentang situasi tersebut. Tahap kebangkitan yang tinggi atau rendah boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif mahupun negatif bergantung kepada situasi yang dihadapi. Dalam keadaan "mengelakkan kebimbangan" atlit biasanya ingin berada pada tahap kebangkitan yang rendah (persediaan pra-pertandingan) sementara dalam keadaan "mencari tahap kebangkitan" atlit lazimnya mencari keseronokan atau sesuatu yang merangsangkan. Dengan kata lain, atlit boleh membalikkan interpretasi mereka terhadap kebangkitan (menjelaskan nama teori ini). Tahap kebangkitan yang tinggi atau rendah boleh ditafsirkan sebagai positif pada satu ketika dan negatif pada ketika yang lain. Prestasi yang baik berlaku apabila tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara tahap kebangkitan yang diingini oleh atlit dan tahap kebangkitan yang sebenarnya.

Model Bencana Fazey dan Hardy

Page 32: Psikologi Sukan-note Tenet

Gagasan yang diutarakan oleh Fazey dan Hardy (1988) mencabar gagasan Teori U-Terbalik yang mengandaikan bahawa:

(i)                 Peningkatan tahap kebangkitan yang sedikit akan meningkatkan atau menurunkan sedikit prestasi atlit.

(ii)               Tahap kebangkitan yang sederhana menghasilkan prestasi yang optimum (Cox, 1998).

Teori atau Model Bencana mengandaikan bahawa peningkatan tahap kebangkitan yang sedikit sebenarnya memberikan kesan yang cukup besar kepada atlit yang sedang beraksi. Tekanan pertandingan serta peningkatan tahap kebangkitan yang kecil akan menyebabkan penurunan prestasi yang mendadak. Penurunan yang mendadak ini boleh disamakan sebagai "bencana" kepada atlit tersebut. Selepas mengalami penurunan prestasi secara mendadak sebarang perubahan kecil dari segi kebangkitan tidak mampu mengembalikan semula atlit ke tahap prabencana atau tahap sebelum penurunan prestasi yang mendadak berlaku (Fazey dan Hardy; 1988).

Keistimewaan Model Bencana ini kerana sifatnya yang tiga dimensi (lihat Rajah 4.3). Kebangkitan fisiologikal diwakili oleh garis x, kebimbangan kognitif oleh garis y dan prestasi oleh garis z. Bagi setiap titik pertemuan (koordinat) garisan x dan y terdapat titik yang mewakili prestasi di atas bertentangan dengan koordinat tersebut. Berdasarkan model ini, kebangkitan dianggap sebagai faktor normal manakala kebimbangan kognitif dianggap sebagai faktor pemisah (Hardy, 1996).

Kebimbangan kognitif dianggap sebagai faktor pemisah kerana baik atau buruk, lancar atau tidaknya prestasi seseorang atlit bergantung kepada kebimbangan kognitif. Jika kebangkitan (kebimbangan) kognitif atlit adalah rendah, hubungan di antara kebangkitan dan prestasi sama seperti model U-Terbalik. Bagaimanapun jika kebangkitan fisiologi meningkat biarpun pada kadar yang sedikit akan mengakibatkan peningkatan kebimbangan kognitif. Peningkatan ini mengakibatkan prestasi atlit jatuh dengan teruk secara mendadak (bencana).

Perhatikan bahawa kebimbangan kognitif sebenarnya menentukan penurunan mendadak prestasi atlit. Tambahan pula, penurunan tahap kebangkitan fisiologi walaupun sedikit tidak berupaya untuk meningkatkan kembali tahap prestasi seperti sebelum penurunan.

Jika tahap kebimbangan kognitif masih tinggi (tidak berubah), penurunan tahap kebangkitan fisiologi yang tinggi diperlukan untuk mengembalikan prestasi kepada tahap di atas lipatan penurunan prestasi (x1). Perbezaan titik (x1) dan (x2) sebenarnya dilentukan oleh kebimbangan kognitif. Perubahan pada garis kebangkitan fisiologi yang terputus (lihat rajah) dikenali sebagai titik histeresis (Cox, 1998).

Satu lagi gagasan tambahan dalam model ini adalah apabila tahap kebangkitan fisiologi rendah, peningkatan kebimbangan kognitif akan menyebabkan peningkatan prestasi (ketinggian z adalah ketara di bahagian hadapan model jika dibandingkan di bahagian belakang). Sebaliknya jika kebangkitan fisiologi meningkat, penurunan kebimbangan kognitif akan meningkatkan prestasi atlit (ketinggian z adalah ketara di bahagian belakang jika dibandingkan di bahagian

Page 33: Psikologi Sukan-note Tenet

hadapan model). Gagasan ini telah disokong oleh beberapa kajian yang telah dilakukan oleh Edward dan Hardy (1996), Hardy dan Parfitt (1991) dan Hardy Parfitt dan Pates (1994).

2. Berikan panduan seperti yang telah dicadangkan oleh Weinberg dan Gould (1999) untuk mengawal dan mengurangkan rasa kebimbangan kepada jurulatih untuk merancang program latihan.

1.                  Kita mestilah senyum apabila berada dalam keadaan tekanan. Dengan senyuman kita akan melarikan diri daripada situasi memulakan perasaan kebimbangan. Dengan ini, kita dapat melupakan tentang tekanan dan menikmati alam pertandingan.

2.                  Para atlit merupakan orang yang menpunyai tugas yang harus diselesaikan secara berseronok dan bergembira. Kebanyakan peserta berasa ghairah untuk mengatasi tekanan. Berseronok semasa bertanding akan membantu para atlit muda mengelakkan daripada menarik diri untuk bertanding. Cubalah untuk mengamalkan kemenangan dan fokuskan kepada berseronok dan jangan memikirkan mengenai hasil.

3.                  Berlatih dalam keadaan yang dibuat-buat akan membuat atlit semasa menghadapi situasi sebenar. Kita boleh mencipta banyak keadaan semasa latihan. Contohnya, dalam latihan bola keranjang seorang jurulatih boleh menjemput beberapa kenalan untuk melakukan oleh pemain, mereka bolehlah diejek dan menjerit. Dengan ini atlit sedikit sebanyak dapat menyediakan diri untuk belajar menghadapi tekanan.

4.                  Kebanyakan atlit mengadu bahawa apabila mereka mengalami perasaan bimbang dan hilang tumpuan, pergerakan mereka akan menjadi lebih cepat. Untuk mengatasi masalah ini, seorang atlit bolehlah berlatih dengan mengurangkan pergerakan semasa latihan dan ini harus dilakukan berterusan.

5.                  Memikirkan mengenai apa yang akan terjadi selalunya menimbulkan dan menambahkan kebimbangan. Dalam permainan, perasaan sedih akan menambahkan lagi kebimbangan. Jadi fikirkanlah apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana boleh menguranghkan kebimbangan semasa bertanding.

6.                  Tidak dapat membuat keputusan boleh menyebabkan timbulnya rasa kebimbangan. Membuat keputusan pula boleh memberi tekanan dan semasa menghadapi pertandingan para pemain serta jurulatih perlu membuat keputusan. Jadi, atlit atau jurulatih perlu ada satu perancangan permainan yang lengkap atau strategi agar proses membuat keputusan akan menjadi lebiih mudah.

7.                  Mendengar muzik boleh menjadi tenaga tambahan sebelum kaset dengan alat pendengarnnya di telinga sebelum pertandingan. Berlatih sambil mendengar muzik boleh menghasilkan keghairahan dan perasaan.

8.                  Biasanya pemikiran mempengaruhi pergerakan badan. Contohnya, memperkatakan atau memikirkan mengenai perkataan-perkataan moodseperti kuat, pantas, keras, agresif, gerak dan hebat boleh memberi kesan kepada pergerakan. Contoh lain seperti “Saya boleh lakukan.”Perkembangan Psikologi kanak-kanak melalui sukanPerkembangan Psikologi Kanak-Kanak Melalui Sukan

Kanak-kanak juga akan bertindak untuk melakukan tingkah laku yang juga dilakukan oleh sahabat mereka terutamanya dalam sukan dan permainan. Tingkah laku meniru model ini

Page 34: Psikologi Sukan-note Tenet

adalah boleh mendatangkan kesan yang positif dan juga negatif kepada kanak-kanak. Disebabkan itulah, ibubapa berperanan untuk memastikan kanak-kanak berada dalam perkembangan psikologi yang sihat.Menurut Sullivan, kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship ) yang mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan berpandangan, mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan orang lain. Contohnya, dalam sukan apabila salah seorang rakan tercedera,rakan yang lain akan cuba membantu kerana dalam diri mereka sudah terbentuk sikap saling membantu dan membina antara satu sama lain.

Banyak pendapat yang menyatakan bahawa persahabatan kanak-kanak sangat penting. Kawan-kawan membuktikan hubungan yang dijalinkan sesama mereka (kalangan kanak-kanak ) di mana kawan yang bersedia untuk bermain dan sama-sama melibatkan diri dalam apa jua aktiviti sukan.

Antara cara membantu kanak-kanak rasa hebat tentang dirinya ialah memperlihatkan kasih sayang dengan cara memuji atas usaha yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut. Selain itu, keluarga boleh meluangkan masa bersama dengan cara melakukannya bersama-sama contohnya membaca buku atau pergi berjalan. Selain itu, menggalakkan anak-anak membincangkan apa yang dilakukannya di sekolah. Selain itu, kanak-kanak juga boleh diberikan tanggungjawab mengikut kemampuan kanak-kanak. Dalam pada itu, ibubapa juga perlulah memperihalkan tingkah laku yang baik dan sebaliknya.