psk

18
PBS Sivik Yang Santai. 07AUG Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu! sudah agak lama tak update blog, jadi saya ambil kesempatan ni untuk cerita apa yang telah berlaku di sepanjang masa tak update blog yang ade kaitan dengan PBS sivik.. PBS sivik yang santai? iye cikgu…paling tidak pun untuk diri saya la, dan saya harap untuk cikgu-cikgu yang telah mem ‘Band Up!’ diri masing-masing dengan buku Band Up! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1 …walaupun dalam menu Sekolah Band Up! cuma beberapa buah sekolah je yang jadi Sekolah Band Up!, tapi ade jugak cikgu-cikgu yang mendapatkan buku Band Up! untuk kelas-kelas yang mereka ajar..saya harap cikgu-cikgu ini juga dapat melaksanakan PBS sivik di kelas masing-masing dengan santai.. bagi saya santai kerana saya hanya perlu mengulangi rutin di sekolah seperti biasa, sama seperti masa PBS belum dilaksanakan lagi…masuk kelas dengan membawa buku Band Up!, mulakan dengan PnP seperti biasa dan kemudian luangkan beberapa minit untuk sesi PBS dengan menggunakan buku Band Up!, atau saya boleh mula dulu dengan sesi PBS dan sambung dengan PnP, tengok pada kesesuaian evidens yang akan saya buat dengan murid-murid…balik bilik guru, kalau xde PnP saya dah boleh terus semak evidens kerana proses penyemakan adalah mudah dan pantas (hanya untuk band 1 hingga 3, band 4 dan ke atas rumit sikit) dan terus berikan skor..lepas tu saya dah boleh terus tandakan pada Rekod Transit PBS sivik dan masukkan skor dalam Helaian Rekod Fail Perkembangan Murid serta masukkan data-data lain…dan kalau saya meningkatkan kepantasan dan kecekapan saya, saya dah boleh masukkan ‘markah’ dalam SPPBS , itu pun kalau sistem SPPBS pantas jugak seperti saya …semuanya dapat disiapkan sebelum cikgu masuk kelas untuk PnP seterusnya… Ermm…nampak macam tak santai pulak eh…macam sibuk la sangat pulak… maksud saya cikgu, PBS sivik dan tak sekabur, serumit, se’kelam-kabut seperti masa mula-mula dulu…kalau cikgu gunakan buku Band Up! ni…bunyi macam nak promote buku cikgu, tapi hakikatnye memang ia akan memudahkan kerja cikgu-cikgu… kerja PBS cikgu akan nampak kemas, tersusun dan akan mengundang cemburu dari cikgu-cikgu PBS yang ajar subjek lain (saya dah rasa la, cikgu lain saya tak tau)…dan saya juga amat berharap cikgu-cikgu yang dah dapatkan buku Band Up! tu, kongsi-kongsi la benda baik ni dengan cikgu-cikgu lain terutamanya yang sama-sama kena buat PBS sivik…jangan le sorang- sorang je yang santai, yang lain tu biar dia orang kelam kabut…kongsi tu maksud saya ajak cikgu tu pun beli buku Band Up! ye cikgu, bukan ajak fotostat ramai-ramai ..alah cikgu ni buat-buat tak tau pulak.. ps1: kelas saya semua murid-muridnye hardcore cikgu, jadi saya cuma dapat buat dengan mereka paling tinggi pun sampai band 3 je…itupun saya kena pilih-pilih evidens band 3 yang agak-agak murid-murid saya boleh lengkapkan dan siap dengan baik…nak suruh mereka tiru kawan untuk siapkan pun punya la susah (kelas hujung sekali)…jadi saya sebenarnye kempunan la nak tengok ada murid-murid saya yang boleh lengkapkan band 4 dan ke atas yang mana saya sendiri dah hasilkan dengan sebaik mungkin mengikut kehendak dokumen standard tu…jadi, saya tak dapat le nak tunjukkan contoh kat blog ni hasil kerja murid-murid saya untuk evidens band 4 dan ke atas… ps2: kalau ada cikgu-cikgu Band Up! yang dah ada lengkapkan evidens band 4 dan ke atas boleh tak kalau emelkan saya gambar, scan, buku-buku skrap yang murid-murid dah buat…saya boleh letakkan di blog ni sebagai contoh murid-murid yang dah berjaya lengkapkan evidens-evidens tersebut…kerjasama cikgu-cikgu amatlah saya hargai.. Category Archives: Pengurusan Evidens PBS Cikgu, Masa Dah Nak ‘Time’… 04 OCT Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera cikgu…

description

fail psk

Transcript of psk

PBS Sivik Yang Santai.07AUGAssalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu! sudah agak lama tak update blog, jadi saya ambil kesempatan ni untuk cerita apa yang telah berlaku di sepanjang masa tak update blog yang ade kaitan dengan PBS sivik.. PBS sivik yang santai? iye cikgupaling tidak pun untuk diri saya la, dan saya harap untuk cikgu-cikgu yang telah mem Band Up! diri masing-masing dengan buku Band Up! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1 walaupun dalam menu Sekolah Band Up! cuma beberapa buah sekolah je yang jadi Sekolah Band Up!, tapi ade jugak cikgu-cikgu yang mendapatkan buku Band Up! untuk kelas-kelas yang mereka ajar..saya harap cikgu-cikgu ini juga dapat melaksanakan PBS sivik di kelas masing-masing dengan santai.. bagi saya santai kerana saya hanya perlu mengulangi rutin di sekolah seperti biasa, sama seperti masa PBS belum dilaksanakan lagimasuk kelas dengan membawa buku Band Up!, mulakan dengan PnP seperti biasa dan kemudian luangkan beberapa minit untuk sesi PBS dengan menggunakan buku Band Up!, atau saya boleh mula dulu dengan sesi PBS dan sambung dengan PnP, tengok pada kesesuaian evidens yang akan saya buat dengan murid-muridbalik bilik guru, kalau xde PnP saya dah boleh terus semak evidens kerana proses penyemakan adalah mudah dan pantas (hanya untuk band 1 hingga 3, band 4 dan ke atas rumit sikit) dan terus berikan skor..lepas tu saya dah boleh terus tandakan pada Rekod Transit PBS sivik dan masukkan skor dalam Helaian Rekod Fail Perkembangan Murid serta masukkan data-data laindan kalau saya meningkatkan kepantasan dan kecekapan saya, saya dah boleh masukkan markah dalam SPPBS, itu pun kalau sistem SPPBS pantas jugak seperti saya semuanya dapat disiapkan sebelum cikgu masuk kelas untuk PnP seterusnya

Ermmnampak macam tak santai pulak ehmacam sibuk la sangat pulak maksud saya cikgu, PBS sivik dan tak sekabur, serumit, sekelam-kabut seperti masa mula-mula dulukalau cikgu gunakan buku Band Up! nibunyi macam nak promote buku cikgu, tapi hakikatnye memang ia akan memudahkan kerja cikgu-cikgu kerja PBS cikgu akan nampak kemas, tersusun dan akan mengundang cemburu dari cikgu-cikgu PBS yang ajar subjek lain (saya dah rasa la, cikgu lain saya tak tau)dan saya juga amat berharap cikgu-cikgu yang dah dapatkan buku Band Up! tu, kongsi-kongsi la benda baik ni dengan cikgu-cikgu lain terutamanya yang sama-sama kena buat PBS sivikjangan le sorangsorang je yang santai, yang lain tu biar dia orang kelam kabutkongsi tu maksud saya ajak cikgu tu pun beli buku Band Up! ye cikgu, bukan ajak fotostat ramai-ramai ..alah cikgu ni buat-buat tak tau pulak..

ps1: kelas saya semua murid-muridnye hardcore cikgu, jadi saya cuma dapat buat dengan mereka paling tinggi pun sampai band 3 jeitupun saya kena pilih-pilih evidens band 3 yang agak-agak murid-murid saya boleh lengkapkan dan siap dengan baiknak suruh mereka tiru kawan untuk siapkan pun punya la susah (kelas hujung sekali)jadi saya sebenarnye kempunan la nak tengok ada murid-murid saya yang boleh lengkapkan band 4 dan ke atas yang mana saya sendiri dah hasilkan dengan sebaik mungkin mengikut kehendak dokumen standard tujadi, saya tak dapat le nak tunjukkan contoh kat blog ni hasil kerja murid-murid saya untuk evidens band 4 dan ke atas ps2: kalau ada cikgu-cikgu Band Up! yang dah ada lengkapkan evidens band 4 dan ke atas boleh tak kalau emelkan saya gambar, scan, buku-buku skrap yang murid-murid dah buatsaya boleh letakkan di blog ni sebagai contoh murid-murid yang dah berjaya lengkapkan evidens-evidens tersebutkerjasama cikgu-cikgu amatlah saya hargai..

Category Archives: Pengurusan Evidens PBS

Cikgu, Masa Dah Nak Time 04OCTAssalammualaikum dan Selamat Sejahtera cikgu

selamat bulan oktober kepada cikgu-cikgu sekaliansesi persekolahan 2012 sudah semakin hampir ke penghujung dan masa untuk cikgu-cikgu nak buat PBS pun dah nak time dahseafdalnye cikgu-cikgu sudah nak tamat selesaikan evidens-evidens untuk budak-budak dan tinggal nak update fail perkembangan murid dan jugak SPPBStapi, cikgu-cikgu yang masih banyak lagi yang belum siap, diharap dapatla meningkatkan usaha supaya dapat disiapkan jugak tahun nibukan ape, takut jadi macam KSSR, PBS untuk sekolah rendah, tahun lepas tak siap, kena sambung siapkan tahun nijadi kalau cikgu-cikgu tak siapkan tahun ni, takut kena sambung tahun depan plaktahun depan kena buat untuk 2013 plak, ade untuk tingkatan 2 plak..banyak keje cikgukepada yang langsung tak buat ape-ape lagi, banyak-banyak la solat taubat dan solat hajat ye cikgu bagi saya, saya tinggal nak siapkan tanda beberapa evidens yang belum siap tandapastu nak update fail perkembangan murid ngan SPPBSminggu depan takde kat sekolah pasal saya kena jaga PMR, ketua pengawas lagi cikgu, kena buat soalan peperiksaan akhir tahun untuk tingkatan 1 lagi walaupun dah ada PBS, nak kena tanda kertas peperiksaan lepas abis periksa akhir tahun, pastu ade PSKPP plak pasal saya wakil untuk skuad tenis muarfuhh cikgu-cikgu macam mana? Sekian..About these ads

Rate this:

1 Undi

6 CommentsPosted by Cikgu Sivik on 4 October 2012 in Cikgu Sivik dan PBS, Pengurusan Evidens PBS Tags: pendidikan sivik dan kewarganegaraan, pengurusan evidens pbs, pengurusan fail pbs

Panduan Jawapan Buku Band Up! 26JULAssalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu! ada cikgu yang dah dapatkan buku Band Up! Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 1 bertanya kepada saya tentang skema jawapan untuk buku nisebenarnya kalau ada pun skema jawapan, saya rasa kat skema tu akan sebut terima jawapan yang sesuai dari muridjadi boleh dikatakan buku ni tiada skema jawapan, tapi saya boleh berikan panduan jawapan di mana cikgu-cikgu boleh rujuk pada buku teks di mana jawapan-jawapan boleh diperolehi kerana saya menghasilkan evidens-evidens di dalam buku ni dengan berpandukan kepada buku teks dan dokumen standard prestasi saja.. Namun demikian, tak banyak evidens yang memerlukan murid merujuk kepada buku teks untuk mendapatkan jawapan kerana pendidikan sivik bukan mengajar fakta macam matapelajaran sains, sejarah, matematik, tapi mengajar cara yang terbaik untuk murid membawa diri dalam masyarakat sekelilingtapi di sini saya akan tunjukkan kepada cikgu-cikgu evidens mana yang perlukan murid-murid rujuk buku teks untuk dapatkan jawapan UNIT 6 = Cerita Rakyat Pelbagai Kaum B1D4E1 : murid dikehendaki menyatakan jenis-jenis cerita rakyat pelbagai kaum jenis-jenis cerita rakyat seperti yang dikehendaki oleh buku teks boleh didapati pada teks perbualan di mukasurat 70 dan 71 dalam buku teks. B2D5E1 : murid dikehendaki memberikan contoh-contoh cerita rakyat pelbagai kaumdalam buku teks sudah diberikan satu contoh untuk setiap kaumnamun murid dikehendaki memberikan yang selain daripada yang sudah diberikan dalam buku tekscikgu boleh bawa murid-murid ke perpustakaan dan untuk selesaikan evidens ni, murid-murid boleh mencari buku-buku cerita rakyat di perpustakaan saya cadangkan cikgu-cikgu masa hendaklah selesaikan evidens untuk unit 6 ni, cikgu bawak murid-murid pergi perpustakaanjadi, murid-murid boleh dapatkan jawapan dari buku-buku cerita rakyat yang terdapat di perpustakaanpasal nanti ada evidens yang murid kena buat sinopsis cerita rakyat, cari pengajaran dari cerita rakyat dan kena buat buku skrap untuk cerita rakyat UNIT 7 = Kerajaan Demokrasi B2D6E1 : murid kena terangkan maksud demokrasi dengan cara melengkapkan peta mindajawapan untuk evidens ini boleh didapati pada artikel di dalam buku teks di mukasurat 85 dan 86. B2D6E2 : murid kena senaraikan prinsip-prinsip kerajaan demokrasijawapan untuk evidens ini juga boleh didapati pada artikel di dalam buku teks di mukasurat 85 dan 86.. UNIT 8 = Kesinambungan Kesejahteraan Rakyat B1D6E1 : murid kena nyatakan jenis cabaran kesinambungan kesejahteraan rakyatjawapan untuk evidens boleh didapati pada teks ucapan di dalam buku teks di mukasurat 94 dan 95 B2D7E1 : evidens ni merujuk kepada aktiviti 8B mukasurat 98 dalam buku tekssenaraikan ciri-ciri kehidupan masyarakat sejahteratapi ada 4 ciri jerjadi saya buat murid kena bagi apa yang dimaksudkan dengan setiap ciri tuterima je lah jawapan yang sesuai dari murid-murid itu jer cikgu, evidens yang kena rujuk buku teks untuk dapatkan jawapanyang lain-lain semuanya sama ada jawapan dari murid-murid atau murid kena hasilkan buku skrap, aktiviti berkumpulan dan aktiviti luarini saya rasa akan lebih memudahkan cikgu-cikgu terutamanya bila nak semak evidens-evidens yang telah murid-murid lengkapkan di bawah ni saya sertakan contoh evidens yang telah dilengkapkan salah seorang murid sayamurid ni datang dari kelas murid-murid yang hardcorecontohnya evidens lengkapkan biodata diri tu, no kp dia tak tau, jantina dia tak tau, bangsa pun dia tak tau, cita-cita lagi la tak tautapi saya terangkan kat dia tiap-tiap satu barulah dia faham ape benda tiap-tiap satu tu dan dia boleh jawab dengan baik, mengikut kefahaman dia

jadi, saya rasa kalau murid-murid yang lebih terampil, takkan ada masalah untuk lengkapkan evidens hingga ke band 3 dan seterusnyaRate this:

2 Undi

3 CommentsPosted by Cikgu Sivik on 26 July 2012 in Pengurusan Evidens PBS Tags: cikgu sivik, evidens pbs sivik, pendidikan sivik dan kewarganegaraan, pengurusan evidens pbs, pentaksiran berasaskan sekolah

Helaian Rekod dan Rekod Transit. 13JULAssalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

cikgu dah start setup cikgu punya SPPBS macam yang saya dah adjust kan untuk cikgu-cikgucikgu kena jugak setup cikgu punya fail perkembangan murid dan rekod transit cikgu..lupa saya nak bagitau cikgu-cikgu, setup SPPBS sampai band 3 jer dulu, band 4 dan ke atas tu tunggu dulu pasal tak pasti murid-murid dapat lengkapkan ke tidak..so, cikgu setup SPPBS cikgu sampai bulan terkini untuk band 1 sampai band 3 je dulu. Rekod Transit. yang ini mudah saje untuk cikgu setupcikgu cuma tandakan saje pada ruangan evidens yang telah dilengkapkan menandakan murid-murid telah melengkapkan evidens tersebut

ini adalah contoh kalau cikgu menggunakan rekod transit yang telah saya sediakan di ruangan Muat Turunsetiap tema ada satu helaiada cikgu yang boleh buat semua dalam satu helai je guna EXCEL jadi jimat kertasboleh jugak, saya suka buat besar-besar supaya tak sakit mata nak menengoknye..jadi cikgu tandakan sampai unit terkini yang cikgu dah ajar dalam PnP.. Helaian Rekod Fail Perkembangan Murid. untuk Fail Perkembangan Murid, saya gunakan helaian rekod seperti yang saya telah ceritakan pada entri lepascikgu boleh dapatkan helaian rekod ni di ruangan Muat Turun untuk fail ni, cikgu-cikgu kena letakkan evidens terbaik yang berjaya dilengkapkan oleh murid-murid..kalau band 4 adalah band terbaik yang boleh murid ni lengkapkan, kat dalam fail perkembangan dia cuma ada evidens untuk band 4 ni saje.. antara kesulitan yang saya terfikirkan bila kena letak evidens terbaik saje ni.. a) cikgu nak kena bukak tutup fail banyak kali untuk keluarkan, masukkan evidens..evidens yang dikeluarkan nak letak kat mana? nak bagi balik kat murid-murid maknanye selamat tinggal la evidens tu,..isteri saya siap beli fail banyak-banyak untuk simpan evidens-evidens yang dikeluarkan, membazir sungguh! nak kena masuk fail lain pulak.. b) ada yang masukkan je la semua, takde keluar..setakat ni yang saya nampak, ramai buat camnikesudahan yang ni saya tak berapa pasti lagi..mungkin bila dah sampai band tertinggi yang murid-murid dapat lengkapkan, yang lain-lain tu barulah dikeluarkan..akan jadi macam kat (a) jugak.. ada lagi kesulitan yang boleh difikirkan tapi nanti lasaya bagitau kalau pakai helaian rekod yang telah saya sediakan..

kat atas contoh untuk unit 1 ngan unit 2 sampai evidens band 3..mula-mula saya letak ruangan tarikh tu untuk letakkan tarikh murid berjaya lengkapkan evidens, tapi nampak macam lecehso, saya tiru macam SPPBS, letak bulan evidens berjaya dilengkapkan jer.. ruangan skor tu adalah markah yang murid-murid perolehi bila berjaya lengkapkan evidensada 10 soalan, 10 soalan dijawab betul, 100%..7 soalan dijawab betul, 70%..simple calculation jer..markah pass 50%kalau dapat 40%, tak lepasnak buat macam mana? skor kat helaian rekod kekal 40% tapi cikgu kat kelas nanti, bimbing murid tu sampai dia boleh jawab sampai pass (>50%), buat pembetulan dalam buku..pasal dia orang cakap, at least murid-murid boleh dapat band 3 kan? jadi, band 1 sampai band 3 boleh buat camniband 4 ke atas, kalau tak pass, tak dapat la band tutakde nak pembetulan lagi dah jadi, rekod semua evidens-evidens murid-murid boleh diakses dengan mudah di fail perkembangan murid, jika diperlukan evidens terbaik pula, kalau band 6, cikgu dah boleh ceraikan evidens tersebut dari buku dan letakkan dalam fail perkembangan murid..pasal dah takde band lagi tinggikalau kat tema 1 dia dah boleh dapat band 6, band 6 tu cikgu dah boleh letak kat dalam fail..tak payah nak letak benda lain lagi tapi kalau murid lemah, kena tunggu sampai akhir sesi persekolahan baru boleh tengok ape band paling tinggi dia, barulah cikgu ceraikan dari buku evidens terbaik tu, masukkan dalam failbuku tu bolehlah cikgu serahkan balik kepada murid-murid untuk dia simpan buat kenangan ada lagi penambahbaikan yang saya nak buat untuk PBS sivik, tapi tunggu dulu laRate this:

2 Undi

Leave a commentPosted by Cikgu Sivik on 13 July 2012 in Pengurusan Evidens PBS, Pengurusan Fail PBS Tags: cikgu sivik, evidens pbs, evidens terbaik, fail perkembangan murid, helaian rekod fail perkembangan murid, rekod transit

SPPBS Pendidikan Sivik Tingkatan 1. 09JULAssalamualaikum dan Selamat Sejahtera Cikgu!

sekarang mesti ramai cikgu-cikgu yang tengah sibuk masukkan markah ke dalam SPPBSlebih-lebih bila ada yang dibagitau dateline untuk masukkan markah ke dalam SPPBS ialah 30 Julai niramai cikgu-cikgu yang terdesakjangan risau cikgumasalah SPPBS telah selesai, bagi pendidikan sivik dan kewarganegaraan tingkatan 1mari kita ramai-ramai serbu SPPBS

sebelum tu pastikan cikgu-cikgu dah daftar kelas pendidikan sivik cikgu kat dalam SPPBSkalau belum daftar lagi, cikgu boleh merujuk entri mendaftar kelas dalam sistem SPPBS lepas dah daftarkan kelas, barulah kita boleh masukkan markah ke dalam SPPBScara nak masukkan markah ke dalam sistem SPPBS, cikgu boleh rujuk entri masukkan markah ke dalam sistem SPPBS.. macam mana nak masukkan markah kalau buku evidens pun belum sampai lagi? minta maaf lah cikgu, disebabkan oleh masalah yang di luar kawalan saya, buku Band Up! lambat sampai kat cikgu..tapi saya akan berusaha memudahkan kerja PBS cikgu-cikgu kerana cikgu-cikgu sanggup tunggu buku sayajadi, ini adalah usaha yang dapat saya lakukan untuk cikgu-cikgu saya telah merujuk kepada takwim sekolah saya dan memadankan dengan jumlah evidens yang terdapat dalam PBS pendidikan sivikdengan menggunakan matematik, dalam satu minggu, kita masuk kelas sekali (2 masa), tiada lagi peperiksaan untuk tingkatan 1 dan cuti sekolah, saya telah meng adjust kan bulan-bulan sepanjang sesi persekolahan tahun 2012 dengan evidens-evidens untuk pendidikan sivik tingkatan 1..jadi, cikgu boleh gunakan panduan ini untuk masukkan markah dalam sistem SPPBS sementara tunggu buku Band Up! sampai minggu depan, InsyaAllah Panduan Band 1

Panduan Band 2

Panduan Band 3

Panduan Band 4

Panduan Band 5

Panduan Band 6

saya harap panduan ini dapat membantu dan memudahkan kerja memasukkan markah PBS ke dalam sistem SPPBS cikgucikgujom serbu SPPBSRate this:

2 Undi

2 CommentsPosted by Cikgu Sivik on 9 July 2012 in Panduan SPPBS, Pengurusan Evidens PBS Tags: cikgu sivik, evidens pbs sivik, pbs sivik, pendidikan sivik dan kewarganegaraan, pentaksiran berasaskan sekolah, sppbs pendidikan sivik

Rekod Transit

19JUNAssalammualaikum dan selamat sejahtera cikgu! dalam pengurusan evidens PBS cikgu, ada dokumen dipanggil Rekod Transitdi bawah ni saya tunjukkan contoh dokumen rekod transit yang telah saya sediakan untuk cikgu-cikgu sivik di sekolah saya

apa kegunaan rekod transit ni cikgu? ia adalah satu cara merekodkan evidens-evidens yang telah dilengkapkan oleh muridmuridia disimpan oleh cikgu sivik yang bertanggungjawab ke atas kelas yang berkenaancikgu boleh simpankan dalam fail khas yang cikgu beli sendiri supaya mudah dicapai rekod transit ni cikgu, salah satu tujuan dia supaya kalau cikgu nak rekodkan ke dalam sistem SPPBS, dan sistem SPPBS tak dapat dicapai, mungkin kerana internet down, ramai sangat guna sistem pada satu masa dan sebabkan sistem jadi lembap dan sebagainya, cikgu rekod dalam rekod transit terlebih dahulu..ianya juga bagi memudahkan kerja pemantauan perjalanan PBS cikgu oleh pihak pentadbiran sekolahjadi bila-bila masa cikgu ada kelapangan masa, internet pon dah ok, sistem

SPPBS pun dah laju, boleh la cikgu masukkan rekod ke dalam sistem SPPBSmerekod ke dalam sistem SPPBS tu mandatori cikgujangan terlupa pulak.. cadangan saya cikgusupaya pengurusan evidens cikgu teratur, bila cikgu dah buat penyemakan evidens murid-murid dan telah berikan skor evidens, cikgu tandakan pada rekod transit, murid-murid yang telah melengkapkan evidensini mudah untuk cikgu kesan murid-murid yang belum melengkapkan evidens (ponteng, wakil sekolah)bila cikgu pasti semua murid telah melengkapkan evidens tersebut dengan merujuk kepada rekod transit, barulah cikgu letakkan maklumat evidens seperti tarikh dan skor murid-murid pada helaian rekod di fail perkembangan murid, (rujuk Fail Perkembangan Murid) ini bagi mengelakkan cikgu kena bukak tutup fail perkembangan murid dua, tiga kali untuk evidens yang sama..ruangan SPPBS kat helaian rekod fail perkembangan murid tu cikgu tanda je masa masukkan tarikh dan skor evidens murid-murid.bila dah buat semua ni, barulah cikgu cari masa terluang untuk masukkan rekod ke dalam sistem SPPBS untuk mudahkan kerja cikgu, cikgu boleh dapatkan dokumen rekod transit yang telah saya sediakan di menu Muat Turun di atas