Pskt409

7

Click here to load reader

description

RPT Sivik Ting 4

Transcript of Pskt409

Page 1: Pskt409

Nama: …………………………… Tingkatan 4: ………………….

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDAH,73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

UJIAN SELARAS 1, 2012TINGKATAN EMPAT

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN(1 JAM)

Disediakan oleh : Disemak oleh: Disahkan oleh:

…………………………… …………………………….. …………………………………..(Pn. Ramlah bt. Mat Junus) (Pn. Mazita bt. Nawawi) ( En. Hamzah b. Hj.Abd Hamid)

K. Pantia Sivik dan Kewarganegaraan Ketua Bidang Kemanusiaan

Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak.

Arahan: Kertas ini mengandungi 3 bahagian iaitu: Bahagian A : Soalan Objektif ( 30 Markah) Bahagian B : Misi dan Vis Sekolah ( 10 Markah) Bahagian C : Soalan Struktur ( 10 Markah) Jawab semua soalan

Bahagian A : (Soalan Objektif)- 30 MarkahArahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 Wawasan diri merupakan _____________ yang akan menjadi panduan dan pendorong untuk berjaya. A usaha B petunjuk C perangsang D matlamat hidup

2 Mengapakah wawasan diri seseorang tidak sama dengan wawasan diri orang lain? A Tahap pemikiran yang berbeza B Masalah individu yang berbeza C Keupayaan diri individu yang tidak sama D Minat dan bakat individu yang tidak sama

3 Penetapan wawasan diri akan mendorong seseorang menjadi individu yang A kreatif B berdisiplin C berputus asa D mementingkan diri sendiri

4 Kehidupan tanpa _____________________ibarat membiarkan diri kita terumbang ambing dibawa arus tanpa arah dan tujuan. A minat B matlamat C personaliti D nilai

5 Antara berikut, individu yang manakah mempunyai wawasan diri? A Tina berangan-angan menjadi seorang pereka fesyen; dia selalu bercerita tentang angan-angannya itu kepada rakan-rakannya. B Suzi ingin menjadi doktor; dia sentiasa berusaha memperbaiki penguasaannya dalam subjek Sains. C Dina ingin menjadi juruterbang tetapi dia tidak berminat dalam subjek Matematik dan Sains. D Minu berhasrat menjadi penyanyi; dia selalu berlatih menyanyi secara bersendirian.

1

Page 2: Pskt409

6 Sebarang usaha yang dilakukan dalam menghadapi dan mengatasi kegagalan dan cabaran akan A menghasilkan matlamat seseorang. B mencerminkan wawasan seseorang. C memperkukuhkan rancangan seseorang. D membina personality seseorang.

7 Padanan yang manakah menunjukkan langkah ke arah usaha yang cemerlang? A Mengikut kemampuan- tidak tahu apa yang perlu dilakukan. B Kebingungan –kurang jelas. C Kurang keyakinan- sanggup berkorban masa. D Mengurus masa dengan bijak- berani bertindak.

8 Faedah yang diperoleh oleh murid hasil usahanya yang cemerlang ialah A kejayaan. B kepopularan. C kegembiraan. D keseronokan.

9 Mempunyai sikap kesungguhan yang tinggi adalah amalan orang yang mempunyai A harga diri yang tinggi. B sikap berwawasan. C strategi pembelajaran berkesan. D daya tahan yang mendalam.

10 _____________________merupakan realisasi secara beransur-ansur bagi sesuatu matlamat yang berfaedah. A Usaha B Tindakan C Kejayaan D Rancangan

11 ___________________dan membuat nota merupakan antara asas pembelajaran yang baik. A Menghadiri sekolah B Mengikuti kelas tambahan. C Lulus peperiksaan. D Mengulang kaji pelajaran.

12 “ Lebih besar _______________yang kita hadapi, lebih besarlah kejayaan yang kita akan kecapi. A keseronokan B rintangan C kerugian D kemenangan

13 _______________akan menjadi faktor penolak yang sentiasa mendorong anda supaya sentiasa berusaha melakukan sesuatu. A Daya dorongan diri yang kuat. B Semangat yang kuat. C Semangat tekad yang maksima. D Penampilan diri yang positif.

14 Sesungguhnya menghadapi dan mengatasi cabaran akan membina ______________seseorang. A bakat B personaliti C minat D kecenderungan.

15 Aishah seorang yang dapat mengawal tingkah laku dan berdisiplin. Dia dikatakan seorang murid yang cemerlang dalam aspek A emosi B intelek C jasmani D rohani

2

Page 3: Pskt409

16 Susan dapat menyelesaikan soalan matematik dan sentiasa kreatif dalam menulis karangan. Susan lebih menonjol dalam aspek A emosi B rohani C intelek D jasmani

17 Antara yang berikut yang manakah adalah ciri-ciri individu yang mempunyai perkembangan diri yang seimbang? A Individu yang sentiasa menghormati orang lain. B Individu yang sentiasa sihat dan cergas. C Individu yang sentiasa sedia membantu orang lain. D Individu yang sentiasa bekerja sepenuh masa untuk menambah pendapatan.

18 Individu yang berjaya dalam hidup dan kerjaya ialah individu yang mempunyai ciri yang A pintar dan cekap. B kuat mengamalkan ibadat. C selalu membantu orang susah. D lengkap dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.

19 Pilih pasangan yang betul. A Intelek- perkembangan tubuh badan. B Jasmani- perkembangan minda. C Rohani- perkembangan perasaan dan hati. D Jasmani- pengawalan perasaan.

20 Beriadah dikatakan penting untuk kesihatan___________dan ______________________. A jasmani, rohani B fizikal, mental C emosi, mental D jasmani, emosi

21 Perbuatan pahala dan dosa digariskan dalam aspek A jasmani B emosi C intelek D rohani

22 Insan yang mempunyai unsur ___________ yang teguh dan taat beribadat kepada Tuhan akan mencapai kecemerlangan hidup. A intelek B kerohanian C jasmani D emosi

23 Suraya ingin mendapatkan kekuatan rohani dalam dirinya. Oleh itu dia hendaklah A membaca buku. B menghadiri kelas tuisyen. C mematuhi ajaran agama. D berserah pada nasib.

24 Apakah yang dimaksudkan dengan jati diri? A Keperibadian atau perwatakan individu yang menunjukkan identiti keseluruhannya. B Perasaan bersemangat untuk mendapatkan kemenangan. C Kesungguhan dalam menangani sebarang masalah. D Kemahiran teknikal dan manipulatif.

3

Page 4: Pskt409

25 Sebagai seorang yang bertamadun, kita mesti mempunyai ilmu dari aspek A kebendaan dan intelek. B keduniaan dan akhirat. C kerohanian dan kekayaan. D emosi dan jasmani.

26 Perkembangan diri individu perlu dimiliki secara seimbang dan A menyeluruh. B selari. C selaras. D sempurna.

27 Kelemahan diri perlu diperbaiki. Pencapaian diri pula perlu A dikongsi . B dinilai. C dikomen. D disebar.

28 Aktiviti ini dikatakan dapat mengimbangi keempat-empat aspek perkembangan individu. Aktiviti yang dimaksudkan di atas ialah A ceramah . B motivasi. C bersukan. D bimbingan.

29 Kita menggunakan unsur ___________________untuk memahami peraturan dan undang-undang. A intelek B rohani C jasmani D emosi

30 Orang yang berintelek akan membuat pertimbangan dan _____________________sebelum bertindak. A penaakulan B perancangan C perbezaan D pengunjuran

4

Page 5: Pskt409

Bahagian B: Misi dan Visi Sekolah.

1 Nyatakan misi sekolah secara terperinci

____________________________________________________________________________________________

( 5 markah)

2 Nyatakan visi sekolah secara terperinci

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

( 5 markah)

Bahagian C: Soalan Struktur- 10 Markah

3 Nyatakan kepentingan memiliki wawasan diri?

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

(5 markah)

4 Nyatakan cara-cara melahirkan sebuah keluarga yang berkualiti dan cemerlang?

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________

(5 markah)

Kertas soalan tamat.

5

Page 6: Pskt409

SKEMA JAWAPAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 UJIAN SELARAS 1, 2012

SOALAN OBJEKTIF ( 30 MARKAH)

1. D 16. C2. D 17. D3. B 18. D4. D 19. C5. A 20. B6. B 21. D7. B 22. B8. B 23. C9. A 24. A10. B 25. B11. A 26. A12. A 27. B13. B 28. C14. C 29. A15. A 30. A

BAHAGIAN B. MISI DAN VISI1. Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti (5 markah)

2. Sekolah unggul penjana generasi terbilang( 5 markah)

BAHAGIAN C: SOALAN STRUKTUR

3. menjadi pendorong untuk kita mencapai cita-cita, menjadi panduan untuk mendisiplinkan diri, membantu kita merancang strategi atau langkah supaya lebih teratur dan berkesan, membantu merealisasikan wawasan negara, membantu kita mencapai kecemerlangan dalam hidup. ( pilih 5 sahaja)

4. Ibu bapa berkemahiran dalam ilmu pengurusan keluarga yang berkualiti, memupuk kasih sayang antara anggota keluarga, setiap anggota keluarga tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing, ibu bapa menyediakan keperluan untuk anak-anak, ibu bapa memberikan contoh teladan yang baik kepada anak-anak, menghormati ibu bapa serta anggota keluarga yang lain, ibu bapa mempunyai perancangan hidup berkeluarga dengan sistematik, ibu perlu memberikan perhatian kepada perkembangan pendidikan dan akhlak anak-anak. (pilih 5 sahaja)

6

Page 7: Pskt409