PSV 3106 - M'GAMBAR (LUKISAN)

49
PSV 3106 PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR MENGGAMBAR - LUKISAN Disediakan Oleh : Abdullah Affan Bin Nashiron Annisa Binti Suib Nurfarahiyah binti Azmi

Transcript of PSV 3106 - M'GAMBAR (LUKISAN)

Disediakan Oleh : Abdullah Affan Bin Nashiron Annisa Binti Suib Nurfarahiyah binti Azmi

Lukisan adalah satu seni yang membentuk idea dan objek dengan menggunakan garisan,ton dan titik pada permukaan yang rata . Seseorang pelukis dapat menyampaikan mesej atau luahan emosi ,keintelektualan dan spiritual atau merakamkan dan memelihara perasaannya melalui imej berbentuk visual tanpa menggunakan bahasa. Karya seni lukisan pada kebiasaannya menggunakan media jenis kering dan tidak menggunakan warna kecuali warna daripada alat lukis seperti pensel warna , dan krayon. Kadangkala lukisan yang dihasilkan secara spontan dan karya lukisan boleh dipersembahkan secara realistik , bergaa corak,bersifat abstrak atau berciri hiasan dan penggayaan. Lukisan juga adalah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus .

Lukisan ialah satu unsur seni yang membentuk idea dan objek dengan menggunakan titik ,garisan dan ton ,pada permukaan rata atau pada kertas ( Kunci Masteri PENDIDIDKAN SENI VISUAL Tingkatan Satu, Pelangi Sdn.Bhd) Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan menggunakan garisan. Pada kebiasaannya, menggunakan media kering dan tidak menggunakan media warna seperti pensel warna dan krayon. Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal untuk menghasilkan catan ,cetakan ,arca dan sebagainya. Merujuk kamus THE OXFORD lukisan diistilahkan sebagai The Art of representing by line , delineation without colour or with a single colour yang membawa maksud lukisan ialah garisan yang membentuk imej dengan tidak mengunakan warna atau warna yang minima.(teks kreatif Pendidikan Seni Visual tingkatan 4&5,Creative Enterprise Sdn Bhd)

Lukisan awal yang ditemui di dinding dinding gua yang dihasilkan manusia pada zaman purba Kebanyakan lukisan yang ditemui ini berkisarkan tentang kehidupan seharian pada zaman dahulu seperti perburuan dan pengembaraan Di Malaysia , lukisan pada gua telah ditemui Gua Niah ,Sarawak dan di Gua Tambun,Perak. Kebanyakkannya karya lukisan yang dihasilkan pada zaman purba ini menggunakan gaya yang sama iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas yang membentuk binatang perburuan , komposisi yang hampir sama iaitu berbentuk memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin hasil perburuan mereka pada zaman itu.

Di Perancis lukisan purba ditemui di Gua Lascaux. Perkembangan lukisan di Eropah selari dengan perkembangan catannya. Pelukis pada zaman tersebut melukis dengan tujuan untuk membuat lakaran bagi menghasilkan cetakan dan catan. Perkembangan revolusi di Eropah juga telah mengembangkan seni lukisan reka bentuk . Dalam bidang matematik memperlhatkan pelukis menggunakan nisbah keemasan sebagai rujukan untuk melukis.Pelukis Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci memperkenalkan skala dalam lukisan figura. Pada kurun ke-20 pelukis mula mempelbagaikan teknik dan bahan sebagai sumber idea untuk melukis. Muncul idea yang menarik . Sebagai contoh, Claude Monet memperkenalkan gaya Impresionis. Zaman renaissance telah memberi rangsangan kuat kepada pelukis pelukis Itali melukis dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik.

Terdapat beberapa jenis lukisan. Antaranya ialah :Figuratif Ilustrasi Kajian

Gesture

JENIS LUKISAN

Teknikal

Kontur Kartun

Fantasi

LUKISAN FIGURATIF LUKISAN FANTASI

Penumpuan tehadap tubuh badan atau anatomi manusia Lebih memerlukan khayalan atau imaginasi untuk merakam bentuk benda yang berada di alam nyata atau tidak nyata Merakamkan ketelitian pada sesuatu subjek atau benda yang dikaji. Contoh adalah memasukkan unsur jalinan ,cahaya dan struktur bentuk yang terperinci Lukisan ini mempunyai tema atau keterangan yang ingin disampaikan kepada penonton Lukisan yang menjelaskan bentuk atau rupe pada sesuatu permukaan bentuk. Ia juga menggunakan pelbagai jenis garisan garisan tebal nipis . ia juga adalah untuk menampakkan imej tiga dimensi

LUKISAN KAJIAN

LUKISAN ILUSTRASI

LUKISAN KONTUR

LUKISAN LINEAR/GESTURE

Banyak menggunkan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan . dihasilkan sebelum penghasilan catan ,arca atau seni grafik. Dapat dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaraskan antara kerja mata,minda dan tangan pada objek yang dilukis

LUKISAN TEKNIKAL LUKISAN KARTUN

Lukisan ini menggunakan skala yang tertentu bagi memastikan sudut pandangan dan kadar banding yang tepat Menggunakan pelbagai kualiti dan garisan untuk menggambar

Media Dominan : media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan. Penghasilan lukisan harus menampakkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan campuran media basah.Contoh,warna pensel dan warna air. Penggunaan media basah boleh ditetapkan penggunaanya secara terhad dan minimum. Lukisan banyak menitik beratkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.

Antara alatan dan media yang digunakan adalah :Pensil BerusALAT, MEDIA & BAHAN

Pen

Krayon Pastel

Arang

Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan mengikut nilai kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B, 1B hingga 8B (paling lembut). Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan biasa. Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan menghasilkan garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB atau pensel yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal berbanding pensel yang keras. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samar samar.

Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang. Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi mengelakkan comotan.

Pen Dakwat Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Pen seperti Rapidograph, Rotring dan digunakan. Rapidograph, Faber Castle mempunyai mata pen yang pelbagai saiz. saiz. Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap. legap. Dakwat biasa adalah kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan secara terkawal. Air boleh dicampurkan kepada dakwat jika terkawal. warna yang lebih terang diperlukan. diperlukan.

Pen Felt Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan. contengan.

Pen Mata Bola Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan, tetapi sukar untuk menghasilkan lukisan contengan, yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan pen yang sama. sama.

Antara contoh krayon ialah krayon lilin dan juga conte crayon. Krayon Lilin - Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri istimewa crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk menimbulkan kesan yang menarik. Conte Crayon - Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan conte crayon adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang.

Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna.

Berus telah lama digunakan oleh pelukis pelukis Cina dan Jepun sebagai alatan melukis mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh menghasilkan garisan yang nipis jika dikawal dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan garisan yang tebal daripada garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar. Jenis-jenis berus : x Berus bulat x Berus cina x Berus leper

Terdapat beberapa teknik melukis.Garisan Selari Garisan Berbulu Garisan Kontur

TEKNIK MELUKIS

Garisan Beralun

Garisan Silang Pangkah

Garisan Serabut

Garisan Titik

Bergerak secara lembut dan membentuk sentuhan yang padat. Garisan kontur ini dapat menampakkan imej tiga dimensi . Garisan kontur selalu digunakan untuk objek yang melengkung Permukaan yang dihasilkan kelihatan berkilat Garisan kontur ini juga untuk pergerakan cecair . sebagai contoh air terjun

Garisan selari dapat memperlihatkan kelicinan sesuatu objek taaupun permukaaan. Garisan ini bersifat lurus dan tertumpu pada satu arah sahaja. Garisan selari ini juga lembut dan mampu menampakkan objek yang rata. Garisan ini juga digunakan dan sesuai untuk melukis rupa yang berada pada jarak yang jauh. Menunjukkan objek yang berdiri teguh.

Garisan silang pangkah ini merupakan penyilangan antara dua atau lebih garisan. Garisan ini mendalamkan nilai ton yang kuat dan penghasilan bayang-bayang. Mengkaryakan tekstur dengan kepelbagaian pada tahap bergantung kepada sudut dan ruang yang perspektif. Garisan silang pangkah menunjukkan sifat garisannya yang kasar.

Lukisan titik dibuat dengan nilai yang halus. Lukisant titik-titik ini menggunakan titik-titik kecil untuk menghasilkan bentuk, jalinan dan rupa subjek yang dilukis. Media yang sesuai digunakan biasanya terdiri daripada media kering seperti pen, pensel, krayon dan pastel. Lukisan titik ini dapat menunjukkan penampilan zarah yang pelbagai. Lukisan titik ini menghasilkan rupa yang lembut dan kelihatan antik.

Garisan berserabut ini selalunya bersambung,bergelung dan berbentuk garisan bebas. Menampakkan rupa pintalan yang tebal. Lakaran bagi garisan berserabut ini dilakukan secara cepat.

Merupakan lukisan yang tersusun dan dihasilkan secara repetitif. Bentuk berpusar pada gegelang air. Garisan ini juga memberi bentuk ira seperti bentuk kayu yang beralun. Garisan beralun ini dihasilkan untuk menunjukkan gelombang pergerakan air.

Garisan berbulu yang menunjukkan keadaan seperti lalang dan bulu mata. Garisan ini sering diaplikasikan di dalam penghasilan gambar seperti binatang atau objek yang berbulu.

Terdapat beberapa kaedah melukis. Antaranya ialah :Menekap

Tetingkap Fokus

Peniruan

KAEDAH MELUKIS

Nisbah Keemasan

Mentenang

Fokus ketepatan objek dengan menggunakan pensel biasanya dilakukan di dalm studio atau kelas Kaedah ini menggunakan pensel sebagai ukuran dan ibu jari sebagai penanda ukuran .

Memfokus pada sesuatu objek tertentu sahaja. Lebih tertumpu pada sesuatu objek yang melukis. Memudahkan pemilihan objek yang menarik Membantu mendapat gubahan , ruang atau kawasan yang menarik dan membuat pemilihan reka letak sama ada menegak atau melintang. Sesuai digunakan di kawasan lapang.

Merupakan nisbah keindahan yang dianugerahkan oleh Tuhan Pada zaman Mesir Purba menyatakan setiap satu penemuan di alam ini mempunyai bahagian-bahagan yang indah dan mempunyai nisbah. Mereka membina piramid gunakan kaedah ini. Seorang bangsa yahudi bernama Edoxoz telah menemui satu kaedah keemasan melalui matematik Fibonacci memperkenalkan nisbah keemasan melalui sisi, hasil daripada susunan benih bunga matahari Leonardo da Vinci dan Albrecht Durner berjaya membuat nisbah untuk figura manusia. Nisbah keemasan yang dihuraikan oleh Eves, iaitu seorang ahli Matematik Greek dahulu kala sebagai satu point untuk memebahagikan segmen garisan kepada bahagian keemasan apabila panjang dua segmen terbentuk adalah min perkadaran antara kesemua dengan segmen yang lebih pendek nisbah antara segmen panjang dengan segmen pendek ini dipanggil nisbah keemasan .

Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara visual selepas pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titik titik lorekan dan gurisan digunakan untuk merakam idea atau imej di atas kertas atau apa saja permukaan yang rata. Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni yang lain. Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran.

Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran. Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan menghasilkan karya seni yang kreatif.

Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan seseorang pelukis merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi.

Had masa melukis adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan yang ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10 minit mampu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya seni yang menarik.

Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau mempunyai minat yang mendalam dalam berkarya.

Objek yang dilukis kadangkala tidak semestinya menarik minat pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru seseorang pelukis melukis objek berkenaan yang menimbulkan rangsangan untuk mencuba dan memperkembangkan lukisannya.