PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · berkaitan latar belakang responden manakala bahagian B, C,...

22
22 APRIL 2010 22 APRIL 2010

Transcript of PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my · berkaitan latar belakang responden manakala bahagian B, C,...

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

22 APRIL 201022 APRIL 2010

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

22 APRIL 2010

i

PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 SMKA NEGERI MELAKA

TERHADAP KEMAHIRAN JAWI

SYED NOR HAFIZ BIN TENGKU SYED NASARUDIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2010

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………………

Nama Penulis : SYED NOR HAFIZ BIN TENGKUSYED NASARUDIN

Tarikh : 22 APRIL 2010

iii

DEDIKASI

“””kjdjdjddjd“Untuk ayahku T.S. Nasarudin dan

mama tersayang Zainab Ibrahim

berkat doa kalian berdua untukku

adalah titian atas kejayaan

anakmu ini,

Tidak dilupakan buat

abang-abang dan adikku

yang sentiasa mendorong untukku

agar mencapai kejayaan

seperti yang diharapkan ,

Serta buat pendidik sekalian

engkaulah pelita hidupku yang tidak

pernah kunjung malap”

-April 2010-

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah! Kesyukuran yang setingginya dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana

dengan limpah rahmat dan kasih sayangnya dapat juga penyelidik menyempurnakan dan

menyiapkan PSM ini.

Pertamanya, penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Abd

Rahman Bin Hamzah selaku penyelia PSM ini yang banyak membantu dan telah

meluangkan masa untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta nasihat kepada

penyelidik sepanjang tempoh dua semester ini bagi memastikan PSM yang dijalankan

dapat disempurnakan dengan baik. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dekan Fakulti

Pendidikan dan pensyarah-pensyarah serta kakitangan Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai, Johor khususnya di Fakulti Tamadun Islam yang tidak jemu mencurahkan ilmu

serta bimbingan kepada penyelidik.

Teristimewa juga buat mama dan ayah serta keluarga tersayang yang telah

banyak berkorban mendidik dan membimbing penyelidik sedari dulu hingga ke hari ini.

Jasa dan pengorbanan mereka tidak akan penyelidik lupakan. Mudah-mudahan Allah

SWT melimpahkan rahmat dan maghfirahNya buat kami seisi keluarga.

Sekalung ucapan terima kasih juga buat teman-teman seperjuangan yang banyak

membantu memberikan sokongan, dorongan, semangat, idea serta kritikan yang

membina sehingga terhasilnya penulisan ini. Segala budi dan jasamu amat dihargai

sedari di alam perkenalan hingga ke saat ini.

Budi baik dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak sama ada secara

langsung atau tidak langsung amatlah penyelidik hargai. Terutama buat para pentadbir,

guru, dan pelajar SMKA Sultan Muhammad dan SMKA Syarifah Rodziah. Hanya Allah

SWT yang dapat memberikan ganjaran yang setimpal buat anda semua. Jazakumullahu

khairan kathiran.

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi pelajar tingkatan 4 SMKA negeri

Melaka terhadap kemahiran Jawi. Proses penyelidikan kajian ini menggunakan

instrumen soal selidik yang melibatkan 90 orang responden terdiri daripada pelajar

tingkatan 4 yang mengambil aliran Sains Tulen Agama, Sastera Ikhtisas, Sains IT, dan

Sains Reka Cipta. Borang soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A

berkaitan latar belakang responden manakala bahagian B, C, D, dan E soal selidik

berkaitan dengan persepsi pelajar tingkatan 4 SMKA terhadap kemahiran Jawi yang

mengandungi item-item berkaitan persoalan kajian. Data-data yang diperolehi menerusi

kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science

(SPSS) version 15.0. Hasil kajian mendapati persepsi pelajar terhadap kemahiran Jawi

adalah tertumpu kepada peperiksaan semata-mata. Selain itu, terdapat juga masalah-

masalah berkaitan kemahiran Jawi di kalangan pelajar yang harus diatasi segera. Ini

bertujuan meningkatkan kemahiran Jawi pelajar seterusnya memastikan pengekalan

warisan tulisan Jawi sebagai sesuatu bermakna dalam kehidupan masyarakat Melayu.

vi

ABSTRACT

This study is conducted to determine perception form 4 student of SMKA state

of Malacca on Jawi skill. The process of this research using questionnaires as an

instrument on 90 people representing from science religion courses, accounts religion,

IT Science, and Invention Science. The questionnaire divisible to two parts, specifically

part A about background of respondent while B part questionnaire contains the questions

about research. The accumulated analyzed using Statistical Package for Social Science

software (SPSS) version 15.0 software. The result of this study indicated student's

perception on Jawi skill is just focused to academic education. Besides, indicated

problems related of Jawi skill among students should in overcome him overcome

immediate. This aimed to increase Jawi skill of student besides to ensure heritage of

Jawi.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiѵ

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Definisi Istilah 7

viii

1.8 Skop dan Batasan Kajian 8

1.9 Kesimpulan 9

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Sejarah dan Perkembangan 12

2.3 Kepentingan Tulisan Jawi 15

2.3.1 Hubungannya dengan Pembelajaran 15

Al-Quran

2.3.2 Dari Sudut Penggunaannya 17

2.3.3 Rujukan Kata-Kata Pinjaman Arab 20

2.4 Sistem Pembelajaran Tulisan Jawi 21

2.5 Kajian Lepas 23

2.5.1 Cara Mempelajari Tulisan Jawi 23

2.5.2 Kemahiran Membaca Jawi 24

2.5.3 Kemahiran Menulis Jawi 25

2.5.4 Alternatif Penyelesaian Masalah 26

2.6 Peminggiran Tulisan Jawi 26

2.7 Memartabatkan Semula Tulisan Jawi 28

2.8 Kesimpulan 30

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 31

3.3 Tempat Kajian 32

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 32

ix

3.5 Instrumen Kajian 33

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 33

3.5.2 Soal Selidik 33

3.5.3 Bahagian A 34

3.5.4 Bahagian B,C, D dan E 34

3.6 Tatacara Kajian 35

3.6.1 Kajian Rintis 36

3.6.2 Kajian Sebenar 37

3.7 Penganalisaan Data 38

3.8 Kesimpulan 39

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 40

4.2 Analisis Taburan Responden ikut Latar Belakang 41

4.3 Analisis Data Bahagian Soal Selidik 45

4.3.1 Analisis Data Berkenaan “Apakah Persepsi 45

Pelajar Terhadap Tulisan Jawi?”

4.3.2 Analisis Data Berkenaan “Bagaimanakah 51

Cara Pembelajaran Tulisan Jawi yang

Digunakan oleh Pelajar

4.3.3 Analisis Data Berkenaan “Apakah Masalah 57

yang Menyebabkan Pelajar Kurang

Menguasai Kemahiran Jawi?”

4.3.3 Analisis Data Berkenaan “Sejauhmanakah 63

Alternatif Penyelesaian Masalah?”

4.4 Rumusan Min Dapatan Kajian 69

4.4.1 Mengetahui Persepsi Pelajar Terhadap 70

Tulisan Jawi

x

4.4.2 Menjelaskan Cara Pembelajaran 71

Tulisan Jawi yang Digunakan oleh

Pelajar

4.4.3 Mengenalpasti Masalah Menguasai 73

Kemahiran Jawi

4.4.3 Menganalisa Alternatif Penyelesaian 75

Masalah

4.5 Kesimpulan 77

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 78

5.2 Perbincangan 79

5.2.1 Latar Belakang Responden 79

5.2.2 Mengetahui Persepsi Pelajar Terhadap 82

Kemahiran Jawi

5.2.3 Menjelaskan Cara Pembelajaran 85

Tulisan Jawi Digunakan oleh Pelajar

5.2.4 Mengenal pasti Masalah yang 87

Menyebabkan Pelajar Kurang

Menguasai Kemahiran Jawi

5.2.5 Menganalisa Alternatif Penyelesaian 90

Masalah

5.3 Rumusan 93

5.4 Cadangan 94

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan dan populasi dan sampel kajian 33

3.2 Agihan soalan mengikut klasifikasi persoalan kajian 35

3.3 Skala Item Soal Selidik 38

4.1 Taburan responden mengikut jantina 41

4.2 Taburan responden mengikut aliran 42

4.3 Taburan responden mengikut tempat asal 42

4.4 Taburan responden mengikut mula didedahkan tulisan Jawi 43

4.5 Taburan responden mengikut siapa mula ajar 43

4.6 Taburan responden mengikut ibu bapa mahir atau tidak 44

4.7 Taburan responden mengikut lancar membaca al-Quran 44

4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item B1 46

4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item B2 46

4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item B3 47

4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item B4 47

4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item B5 48

4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item B6 49

4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item B7 49

4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item B8 50

4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item B9 50

4.17 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item B10 51

4.18 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item C11 52

4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item C12 52

4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item C13 53

4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item C14 53

4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item C15 54

xii

4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item C16 54

4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item C17 55

4.25 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item C18 56

4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item C19 56

4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item C20 57

4.28 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item D21 58

4.29 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item D22 58

4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item D23 59

4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item D24 59

4.32 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item D25 60

4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item D26 61

4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item D27 61

4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item D28 62

4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item D29 62

4.37 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item E30 63

4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item E31 64

4.39 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item E32 64

4.40 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item E33 65

4.41 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item E34 65

4.42 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item E35 66

4.43 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item E36 67

4.44 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item E37 67

4.45 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item E38 68

4.46 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item E39 68

4.47 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item E40 69

4.48 Rumusan Objektif Pertama 70

4.49 Rumusan Objektif Kedua 71

4.50 Rumusan Objektif Ketiga 73

4.51 Rumusan Objektif Keempat 75

4.52 Min Keseluruhan Objektif Kajian 77

xiii

SENARAI SINGKATAN

SMKA Sekolah Menegah Kebangsaan Agama

JAIM Jabatan Agama Islam Melaka

SMA Sekolah Menengah Agama

NGO Badan bebas

S Setuju

SAW Sallallahu ’alaihi wasallam

SPSS Statistical Package for Social Science

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

SWT Subhanahu Wa Ta’ala

TS Tidak Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik Kajian

B Surat Akuan dan Surat Kebenaran MenjalankanKajian

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Firman Allah S.W.T :

1. Nuun. Demi Pena dan apa Yang mereka tulis, -

(Surah al-Qalam :1)

Di dalam ayat al-Quran tersebut Allah S.W.T telah bersumpah dengan

pena dan tulisan. Ia merupakan lambang ilmu pengetahuan dan kemajuan

(Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, 2001). Al-Quran telah memperlihatkan melalui

kata-kata Allah S.W.T itu, bahawa pena dan tulisan amat penting serta

memberikan impak kepada kemajuan sesuatu golongan dan tamadun kerana

al-Quran itu sendiri bersifat syumul dan sesuai untuk sepanjang zaman.

2

Sejarah Islam telah memperlihatkan, bahawa tulisan merupakan aspek

penting dalam proses pengembangan agama Islam itu sendiri. Hal ini

terbukti, apabila al-Quran yang dihafaz oleh para sahabat, turut ditulis di

pokok-pokok, daun-daun dan pelepah tamar berdasarkan kepada perintah

Nabi S.A.W. Nabi S.A.W telah memilih beberapa orang sahabat bagi tugasan

menulis wahyu iaitu seramai 43 orang, antaranya ialah Saidina Abu Bakar,

Zaid Bin Thabit, dan Muawiyah Bin Abi Sufyan. Hasil usaha tersebut, al-

Quran telah sampai kepada umatnya sehingga kini sebagai kitab rujukan

utama untuk kaum muslimin dalam segenap perkara.

Manakala jika dilihat konteks sejarah negara Malaysia pula, bukti

tertua kewujudan tulisan Jawi adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat

Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah atau 1303 Masihi, para pengkaji

bersepakat Batu Bersurat tersebut merupakan tulisan bahasa Melayu yang

mula-mula sekali dijumpai tertulis dalam skrip Arab yang diadaptasikan

sebagai skrip Jawi. Tulisan yang terpahat pada Batu Bersurat tersebut

bukanlah tulisan tanpa makna, akan tetapi ia menceritakan tentang seorang

pemerintah Islam bernama Mandalika yang memerintah mengikut peraturan

Islam (Abdul Rahman Hamzah, 2008).

Jika dilihat sejarah penulisan al-Quran serta sejarah tulisan Jawi ia

amat berkait rapat dengan pengembangan ilmu pengetahuan serta peranannya

meningkatkan kemajuan. Sebagai bukti, tulisan Jawi memainkan peranan

yang amat penting dalam masyarakat Melayu sehingga negara mencapai

kemerdekaan. Tulisan Jawi digunakan sebagai perantara penting dalam

semua urusan pentadbiran, adat istiadat, perdagangan bahkan sehingga

Permahsyuran Merdeka 1957 bagi negara Malaysia turut ditulis dalam tulisan

Jawi. (Wikipedia Tulisan Jawi, 2009)

3

Berbeza dengan senario zaman era globalisasi yang kian berkembang

pesat kini, ramai yang sudah melupakan seni warisan kita, iaitu tulisan Jawi

selepas negara mencapai kemerdekaan. Tulisan Jawi hanya boleh didapati

pada buku teks subjek agama Islam serta surat khabar Utusan Malaysia versi

tulisan Jawi yang hanya boleh didapati pada hari tertentu sahaja secara

umumnya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Tulisan Jawi merupakan tulisan yang sangat penting dalam mata

pelajaran agama Islam. Oleh yang demikian, kemahiran berkenaan tulisan

Jawi tersebut harus diperkasakan agar proses pengajaran dan pembelajaran

subjek agama Islam dapat berjalan dengan lancar berasaskan kepada Falsafah

Pendidikan Negara yang menekankan aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek (JERI).

Gaya pembelajaran para pelajar kurang menggunakan tulisan Jawi

sekalipun untuk matapelajaran agama Islam. Hal ini amat membimbangkan

kerana dari semasa ke semasa tulisan Jawi akan pupus ditelan zaman. Amat

dikhuatiri generasi akan datang tidak tahu menulis Jawi, bahkan amat

membimbangkan lagi, tidak mengenal huruf Jawi sudah menjadi biasa.

Senario yang berlaku kini, generasi muda juga kurang mendapat

pendedahan yang meluas tentang tulisan Jawi. Amat sedikit bilangan untuk

mendapatkan mereka yang menguasai Jawi dengan baik, samada dari aspek

kemahiran membaca atau kemahiran menulis Jawi.

4

Memandangkan kedudukan tulisan Jawi yang semakin terancam

dengan arus perdana, usaha yang jitu dan unggul harus dilakukan agar tulisan

Jawi tidak hanya tinggal kenangan dalam lipatan sejarah. Maka, cara yang

paling berkesan perlu dilaksanakan, untuk mengekalkan serta memantapkan

tulisan Jawi, agar generasi akan datang dapat menguasai kemahiran membaca

dan menulis tulisan Jawi.

Kemahiran membaca dan menulis harus diperkasakan di peringkat

sekolah, manakala pengenalan sejarah tulisan Jawi perlu dimasukkan dalam

kursus Tamadun Islam atau kenegaraan Malaysia di peringakat institusi

pengajian tinggi. Bahkan, boleh diwujudkan subjek khas mempelajari tulisan

Jawi bagi sekolah mahupun pusat pengajian tinggi.

1.3 Pernyataan Masalah

Pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

merupakan sebahagian daripada pelajar-pelajar aliran Sains Tulen Agama,

Sastera Ikhtisas, Sains IT, dan Sains Reka Cipta. Mereka diwajibkan untuk

mengambil subjek Al-Quran As-Sunnah dan Syariah Islamiah bagi

menggantikan matapelajaran Pendidikan Islam.

Ketika mereka menduduki peperiksaan PMR, mereka tidak

diwajibkan untuk menjawab soalan peperiksaan PMR untuk subjek

Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Kebanyakkan buku latihan juga untuk

subjek Pendidikan Islam diterbitkan dalam tulisan Rumi.

Wujud persoalan, penggunaan mereka untuk menjawab soalan

peperiksaan subjek Agama Islam tidak dapat diteruskan dalam tulisan Rumi

seperti dalam peperiksaan PMR. Ini adalah kerana bagi mereka yang

mengambil jurusan Sains Tulen Agama, Sastera Ikhtisas, Sains IT, dan Sains

5

Reka Cipta diwajibkan mengambil subjek Al-Quran As-Sunnah dan Syariah

Islamiah.

Kedua-dua subjek tersebut, mewajibkan mereka untuk menduduki

peperiksaan SPM dengan menggunakan tulisan Jawi.

Oleh kerana tulisan Jawi wajib digunakan kepada mereka ketika

menjawab peperiksaan SPM, maka kajian ini dijalankan bertujuan

mengenalpasti sejauhmanakah “Persepsi Pelajar Tingkatan 4 SMKA Negeri

Melaka Terhadap Kemahiran Jawi”.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan bagi mencapai beberapa objektif yang telah

disasarkan oleh penyelidik, iaitu :

1.4.1 Mengetahui persepsi pelajar-pelajar SMKA terhadap tulisan Jawi.

1.4.2 Menjelaskan cara pelajar-pelajar SMKA belajar tulisan Jawi.

1.4.3 Mengenal pasti masalah yang menyebabkan pelajar kurang

menguasai kemahiran Jawi.

1.4.4 Menganalisa alternatif yang boleh diambil bagi mengatasi

masalah ini.

6

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan utama kajian yang ditimbulkan oleh penulis ialah :

1.5.1 Apakah persepsi pelajar-pelajar SMKA terhadap tulisan Jawi?

1.5.2 Bagaimanakah cara pembelajaran tulisan Jawi yang digunakan oleh

pelajar?

1.5.3 Apakah masalah yang menyebabkan pelajar kurang menguasai

kemahiran Jawi?

1.5.3 Sejauhmanakah alternatif yang boleh diambil bagi mengatasi masalah

ini?