PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileKepada ayah, ibu, keluarga dan tunang...
Transcript of PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA fileKepada ayah, ibu, keluarga dan tunang...
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL: PEMBINAAN MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN
DAN RIADAH PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya MOHD AIDIL BIN MISREN (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh ___________________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
83, KG PARIT RAJA DARAT TN. HAJI HASSAN BIN HUSHIN 86400, PARIT RAJA, BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM Nama penyelia Tarikh: 15 April 2008 Tarikh: 15 April 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda( PSM)
PENGESAHAN PEMBIMBING
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ……………………………...
Nama Penyelia : Tuan Haji Hassan bin Hushin
Tarikh : 15 April 2008
PEMBINAAN MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN DAN RIADAH PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
MOHD AIDIL BIN MISREN
Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
PENGAKUAN
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………..
Nama Penulis : Mohd Aidil bin Misren
Tarikh : 15 April 2008
iii
DEDIKASI
Kepada ayah, ibu, keluarga dan tunang tersayang,
Segala pengorbanan, doa dan lembaran kasih sayang yang kalian berikan
Akan ku ingat dan abadikan hingga ke akhir hayat.
Rakan-rakan kalian
Sumbangan yang dicurahkan kalian membakar dan
Menguatkan semangat perjuangan untuk terus maju dan
Bergerak ke hadapan.
Segala kejayaan yang saya peroleh
Juga merupakan kejayaan kalian!
.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya, pembangunan yang
dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah ditetapkan. Di
kesempatan ini, pembangun ini merakamkan setinggi penghargaan kepada Tn. Haji
Hassan bin Hushin selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak
memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang berguna sepanjang tempoh pembangunan
ini dijalankan. Pembangun juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Zainal
Abidin bin Zainuddin selaku pembimbing dalam pembangunan modul. Penghargaan
juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung dalam Pembangunan Modul Sukan dan Riadah ini.
Pembangun juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
pembangun yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan jayanya.
Semoga Allah memberkati kalian semua.
Akhir kata, semoga Allah s.w.t melimpahkan rahmat ke atas semua mereka
yang menyumbangkan kerjasama dalam menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda
ini.
Sekian, terima kasih
v
ABSTRAK
Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan
Sukan Dan Riadah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia untuk panduan Jawatankuasa First Year Experience (FYE) Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini dibina berdasarkan kepada
cadangan daripada kajian yang telah dijalankan bertajuk “Pilihan dan Bentuk Aktiviti
Program Pembangunan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia: Satu Tinjauan” oleh Ahmad Nawawi Bin Adnan (2007). Modul ini dibina
mengikut Model Drum (1981) yang memberi penekanan kepada tiga unsur untuk
membangunkan program yang berkualiti. Diharap modul ini akan dapat membantu
pihak Jawatankuasa FYE Fakulti Pendidikan UTM menjalankan program dengan
lebih lancar serta dapat membantu melahirkan generasi pelajar yang cergas, cerdas,
tangkas serta memiliki daya saing dan juang yang tinggi dengan mengambil bahagian
dalam aktiviti sukan dan riadah.
vi
ABSTRACT
The purpose of this project was to develop a module about Student Sports
And Recreation Programme for first Year Students in Faculty Of Education,
Universiti Teknologi Malaysia. This Module will serve as a guide for the First Year
Experience (FYE) committee, Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia
to perform the program for First Year Student. This module was develop based on
the suggestion from research entitled “The Selection and Student Development
Program Activity By First Year Student Education Faculty of Universiti Teknologi
Malaysia: conducted by Ahmad Nawawi Bin Adnan (2007). The module of the
program has been developed using the Drum (1981) model that emphasis three
aspects to develop a quality programme. This module will help the FYE committee,
Faculty of Education UTM to carry out the programme and will help to develop a
generation of student who are intelligent, alert and competitive in taking part in
sports activity and recreation.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PEMBIMBING
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI RINGKASAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1
1.1.1 Konteks 2
1.1.2 Matlamat 3
1.1.3 Perancangan 4
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 10
1.4 Objektif Pembangunan Modul 11
1.5 Skop Pembangunan Modul 11
1.6 Faedah Pembangunan Modul 12
1.7 Definisi Kajian 12
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 14
2.2 Teori Pembangunan Pelajar 16
2.2.1 Teori penglibatan pelajar Astin 17
2.2.2 Teori pembentukan Identiti 18
2.2.2.1 Membangunkan kebolehan 19
2.2.2.2 Mengurus Emosi 19
2.2.2.3 Beralih dari autonomi kepada
Saling Bergantungan 20
2.2.2.4 Membangunkan Interpersonal
Yang Lebih Matang 20
2.2.2.5 Mengukuhkan Identiti 20
2.2.2.6 Membangunkan Matlamat 21
2.2.2.7 Membangunkan Ketulusan Diri 21
2.3 Pembangunan Sukan dan Riadah 24
2.3.1 Badan Cergas Otak Cerdas 25
2.3.2 Bersenam Sambil menguji kepantasan 26
2.3.3 Pengurusan Berat Badan 26
2.3.4 Aktiviti Kecergasan Fizikal 27
2.3.5 Agensi-Agensi Sukan Di Malaysia 28
2.3.5.1 Majlis Olimpik Malaysia 28
2.3.5.2 Kementerian Belia Dan Sukan 29
2.3.5.3 Majlis Sukan Negara Malaysia 29
2.3.5.4 Majlis Sukan Sekolah Malaysia 29
2.4 Pembangunan Modul 30
2.5 First Year Experience (FYE) 32
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT 3 REKA BENTUK MODUL
3.1 Pengenalan 37
3.2 Aplikasi Model Drum Dalam
Perlaksanaan Program Berkualiti 38
3.2.1 Tujuan/ matlamat Program 39
3.2.2 Sasaran Program yang Dilaksanakan 42
3.2.3 Kaedah Yang Di Jalankan 42
3.2.3.1 Kaedah Intervensi 42
3.2.3.2 Kaedah Intervensi Secara
Langsung 43
3.2.3.3 Kaedah Intervensi secara
Tidak langsung 43
3.2.3.4 kaunseling 44
3.2.3.5 Khidmat Nasihat Atau
Latihan 46
3.2.3.6 Media 46
3.2.3.7 Pentadbiran dan pengurusan
Sumber 47
3.3 Perancangan Program Berkualiti 47
3.3.1 Perancangan Statik 48
3.3.2 Perancangan Dinamik 48
3.3.3 Penglibatan Yang menyeluruh 49
3.3.4 Matlamat Dan Objektif Yang Jelas 50
3.3.5 Merangkumi Domain Perkembangan
Pelajar 50
3.3.6 Pelan Tindakan Yang Lengkap 51
3.3.7 Sistem Maklum balas 52
3.4 Skop Modul 52
3.4.1 Pengenalan 52
3.4.2 Matlamat Modul 53
3.4.3 Kumpulan Sasaran 53
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
3.4.4 Proses Pembinaan Modul 54
3.4.5 Penyusunan Modul 54
3.4.5.1 Tajuk 55
3.4.5.2 Objektif pembangunan 55
3.4.5.3 Isi kandungan Dan Aktiviti 55
Pembangunan
3.4.6 Peraturan Menggunakan Modul 55
3.4.7 Kumpulan Sasaran 56
3.4.8 Faedah Pembangunan Modul 56
3.4.9 Kaedah Intervensi Modul 56
4 KERANGKA PROGRAM
4.1 Pengenalan 57
4.2 Rasional 57
4.3 Matlamat Program 58
4.4 Objektif program 58
4.5 Kerangka Modul Pembangunan 58
4.5.1 Komponen Modul 60
4.5.1.1 Komponen Asas 61
4.5.1.2 Komponen Keperluan 61
4.5.2 Elemen 61
4.5.3 Reka bentuk Program 62
4.5.4 Sasaran Pembangunan 62
4.5.5 Masa Perlaksanaan 63
4.5.6 Agensi Pelaksana 63
4.6 Pembangunan Reka bentuk Program 65
4.6.1 Pengenalan 65
4.6.2 Program Welcome Week 65
4.6.2.1 Matlamat Program 66
xi
BAB PERKARA MUKA SURAT
4.6.2.2 Objektif Program 66
4.6.2.3 Kumpulan sasaran 67
4.6.2.4 Jangka masa Program 67
4.6.3 Pembangunan Sukan Dan Riadah 69
4.6.3.1 Matlamat Program 69
4.6.3.2 Objektif Program 69
4.6.3.3 Kumpulan sasaran 69
4.6.3.4 Perancangan Reka bentuk Sukan
Dan Riadah 70
4.6.3.5 Jangka masa Program 70
4.6.3.6 Penilaian 70
5 HASILAN PROJEK
5.1 Pendahuluan 72
5.2 Objektif Pembangunan Modul 72
5.3 Elemen Unit Modul 73
5.3.1 Unit 1: Badan Cergas Otak Cerdas 73
5.3.1.1 Isi Kandungan 73
5.3.1.2 Sasaran 74
5.3.2 Unit 2: Bersenam Sambil Menguji
Kepantasan 74
5.3.2.1 Isi Kandungan 74
5.3.2.2 Sasaran 75
5.3.3 Unit 3: Pengurusan Berat Badan 75
5.3.3.1 Isi kandungan 75
5.3.3.2 Sasaran 76
5.3.4 Unit 4: Aktiviti Kecergasan Fizikal 76
5.3.4.1 Isi Kandungan 76
5.3.4.2 Sasaran 77
xii
BAB PERKARA MUKA SURAT 5.4 Pengesahan Modul 77 6 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pengenalan 78
6.2 Perbincangan 78
6.2.1 Kekuatan Modul pembangunan Sukan
Dan Riadah 79
6.2.2 Kelemahan Modul Pembangunan
Sukan Dan Riadah 81
6.2.3 Kekangan Modul Pembangunan
Sukan Dan Riadah 81
6.3 Cadangan Modul Pada Masa Hadapan 82
6.4 Kesimpulan 83
BIBLIOGRAFI 85 LAMPIRAN
xiii
SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Program dan aktiviti yang di anjur dan disertai oleh
Unit sukan mengikut peringkat. 5
1.2 Jumlah penglibatan pelajar tahun satu dalam
SUKAM mengikut kolej. 6
1.3 Kegiatan harian Masyarakat Malaysia Mengikut
Keutamaan 7
1.4 Jumlah pelajar tahun pertama mengikut program 9
4.1 Masa Perlaksanaan 63
4.2 Kerangka Program Pembangunan Sukan Dan Riadah
Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan UTM 64
xiv
SENARAI RAJAH No. Rajah Tajuk Muka Surat 2.1 Hubungan Teori Dan Pembangunan Pelajar 16
4.1 Teori Dan Konsep Penemuan Program Pembangunan 60
xv
SENARAI RINGKASAN
FYE - First Year Experience
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
MHS - Minggu Haluan Siswa
SUKAM - Kejohanan Sukan Antara Kolej
KBS - Kementerian Belia Dan Sukan
MOM - Majlis Olimpik Malaysia
MSN - Majlis Sukan Negara Malaysia
MSSM - Majlis Sukan Sekolah Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN Lampiran Tajuk Muka Surat
A Modul Program Pembangunan Sukan
Dan Riadah Pelajar Tahun Satu Fakulti
Pendidikan UTM
B Perancangan Reka bentuk Program
Pembangunan Sukan dan Riadah
Tahun Satu
C Borang penilaian D Pengesahan Pakar Bidang E Surat Akuan Pelajar
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembangunan merupakan satu perkara yang perlu dilalui oleh manusia dalam
satu keadaan tertentu. Pembangunan yang seimbang adalah pembangunan dari segi
kebendaan dan kerohanian dan konsep pembangunan itu sendiri membawa matlamat
untuk pembaikan taraf hidup. Oleh itu, konsep pembangunan pelajar sangat berkait rapat
dengan pembangunan manusia atau insan (Abd. Jalil, 1999) yang juga perlu dikaitkan
dengan kualiti hidup pelajar dan seharusnya mampu menangani hal-hal yang berkaitan
dengan permasalahan pelajar sama ada berkaitan dengan fizikal, mental mahupun
kerohanian. Oleh itu pembangunan pelajar perlu dirancang dengan teliti agar dapat
membentuk insan yang seimbang dan harmonis, sesuai dengan Falsafah Pendidikan
Negara
Pembangunan pelajar yang ditubuhkan ini bukan sahaja dilihat dari segi
kesediaan untuk membimbing pelajar dari segi mental dan sosial malahan ia juga
berperanan untuk mewujudkan suasana kehidupan harmonis dan terbela di kalangan
pelajar dengan mengamalkan budaya hidup kampus yang berkualiti. Selain itu,
penubuhan pembangunan pelajar adalah untuk membantu serta membimbing pelajar
khususnya dalam memperkukuhkan dan memperkayakan ilmu pengetahuan, serta
memupuk nilai murni dan sikap proaktif.
2
Dalam melaksanakan program pembangunan yang berkesan, perancangan
haruslah berasaskan kepada teori dalam merangka tindakan bagi mencapai matlamat
pembangunan. Menurut Barr dan Keating (1991) terdapat tiga elemen yang perlu diberi
perhatian kepada perancang program pembangunan pelajar bagi memastikan program
yang dijalankan dapat memberikan impak yang positif.
i. Konteks
ii. Tujuan
iii. Perlaksanaan
1.1.1 Konteks Dalam konteks pendidikan di Malaysia, oleh kerana sistem pendidikannya
bersifat berpusat maka sudah tentulah perkembangannya dipengaruhi oleh keadaan
konteks yang sistematik, bersusun lapis dan dalam dimensi yang luas. Segala dasar dan
polisi pendidikan secara keseluruhannya meliputi falsafah, misi, visi, kurikulum,
kokurikulum, peraturan dan sebagainya di tentukan oleh Pihak Kementerian Pelajaran.
Pada peringkat akar umbinya ialah guru-guru yang bertanggungjawab
melaksanakan segala dasar dan polisi tersebut. Bagi melicinkan pelaksanaan, Jabatan
Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Daerah telah di wujudkan bagi setiap negeri dan
daerah yang bertindak untuk mengurus, menyelaras dan mentadbir proses pendidikan
agar sejajar dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara.
3
1.1.2 Matlamat Menurut Barr dan Keating (1991), terdapat tiga matlamat utama dalam
pelaksanaan program pembangunan pelajar sama ada program tersebut merupakan
aktiviti teras, secara bersiri atau program one-time event.
Matlamat utama adalah yang berkaitan perkhidmatan asas institusi terhadap
pembangunan pelajar. Berhubung dengan perkara ini, setiap institusi pendidikan
perlulah melaksanakan program yang menjadi teras kepada institusi seperti proses
pendaftaran pelajar, kehadiran, penjadualan, khidmat nasihat dan sebagainya.
Matlamat kedua yang hendak dicapai ialah untuk memperkembangkan
kemahiran pengurusan kendiri pelajar. Matlamat ini dapat direalisasikan sama ada
menerusi program yang formal atau yang dijalankan secara tidak formal. Ia meliputi
kegiatan kurikulum, kokurikulum, atau ekstra kurikulum yang berkemampuan
mengembangkan kemahiran jasmani, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kesenian
dan pemupukan nilai.
Matlamat ketiga ialah pengintegrasian ilmu. Matlamat ini adalah sejajar dengan
matlamat umum pendidikan iaitu mencapai dan pemindahan ilmu pengetahuan. Bagi
menjadikan sekolah dan institusi pendidikan mempunyai nilai, maka para pelajar yang
dihasilkan perlulah mempunyai kebolehan mengaplikasikan konsep, idea dan
pengalaman yang diperoleh di sekolah dalam akademik. Integrasi dengan aspek
kokurikulum yang seterusnya menghasilkan individu yang cemerlang dalam seluruh
aspek kehidupan. Cemerlang dari segi akademik, kegiatan kokurikulum dan yang
terpenting kecemerlangan dari segi akhlak dan rohani dalam kehidupan.
4
1.1.3 Perancangan.
Perancangan adalah komponen terakhir dalam model pembangunan pelajar
seperti yang dikemukakan oleh Barr dan Keating (1991). Dalam membuat perancangan,
beberapa prinsip yang sesuai dan praktikal perlu di amalkan untuk menentukan
pengurusan personal pelajar berasas kepada satu sistem yang terancang dan teratur. Di
antaranya ialah:
i. Perancangan jadual / projek yang rapi mengikut jangka panjang dan jangka pendek
ii. Pengelolaan projek secara terperinci bagi menentukan kejayaan.
iii. Penggunaan aras secara maksimum dengan memupuk semangat ke tahap
tertinggi.
iv. Pengarahan rancangan kerja staf bagi menjamin kelicinan perjalanan organisasi perlu tepat berkesan.
v. Penyelarasan aktiviti untuk mengawal pembaziran masa, tenaga, dan peruntukan
perlu dirancang teliti.
vi. Pengawalan belanjawan mengikut prinsip penggunaan minimum untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
vii. Proses penilaian projek secara objektif perlu diambil kira. 1.2 Latar belakang masalah
Sukan dan riadah di Malaysia kini semakin giat berkembang. Perkembangannya
selari dengan kemajuan sosioekonomi masyarakat. Kegiatan sukan dan riadah pada
masa kini melibatkan golongan kanak-kanak dan orang dewasa, meliputi permainan
tradisional di rumah sehinggalah pertandingan besar seperti sukan Olimpik. Sejarah
perkembangan sukan dan riadah begitu unik dan menarik .Berbagai- berbagai jenis
sukan tradisional tumbuh subur dalam masyarakat Melayu, lama sebelum datangnya
5
sukan moden yang dibawa penjajah dan imigran. Kemerdekaan memberi peluang
kepada kerajaan Negara ini untuk membangunkan sukan mengikut acuannya sendiri ke
arah memenuhi objektif perpaduan dan kemakmuran Negara.
Unit sukan adalah merupakan unit yang bertanggungjawab terhadap
pembangunan dan perkembangan sukan di Universiti Teknologi Malaysia melalui
perlaksanaan program sukan yang bertujuan untuk menggalakkan perkembangan nilai-
nilai kemanusiaan di dalam diri pelajar dengan program bercorak kecergasan fizikal dan
mental. Ini adalah supaya pelajar Universiti dapat menilai kepentingan-kepentingan
kecergasan terhadap kehidupan dan seterusnya mendapat keseronokan dengan
melibatkan diri di dalam aktiviti yang di adakan. Unit sukan juga telah menyediakan
aktiviti melalui penyertaan pelajar. Antara aktiviti yang disediakan ialah:
Jadual 1.1 : Program dan aktiviti yang di anjur dan disertai oleh Unit Sukan mengikut peringkat
PERINGKAT HEP
PERINGKAT UNIVERSITI
PERINGKAT KEBANGSAAN
PERINGKAT ANTARABANGSA
· Sukan Antara Kolej · Sukan Antara Fakulti · Sukan Bakat Baru · Sukan Untuk Semua · Latihan Pasukan · Sukan MHS · Bengkel Pengurusan Sukan & Rekreasi
· Anugerah Sukan Pelajar · Anugerah Sukan Staf · Karnival Sukan MERDEKA · Sukan Konvokesyen · Hari Keluarga Universiti · Senaman Beramai-ramai · Ujian Kecergasan Fizikal · Klinik / Kursus Sukan dan Rekreasi · Kem Motivasi
· Kejohanan Sukan Antara Universiti · Kejohanan Sukan MASUM · Liga Bola sepak Antara Universiti · Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti · Klinik/ Seminar Sukan dan Rekreasi · Kejohanan Sukan Korporat, Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan
· Kejohanan Sukan Universiti ASEAN · Kejohanan Sukan Universiti SEDUNIA · Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan ARAFURA · Kejohanan Sukan Sea · Kejohanan Sukan Asia · Kejohanan Sukan Olimpik
Sumber : Unit Sukan (2007)
6
Berdasarkan kepada aktiviti yang telah dijalankan oleh unit sukan, kewujudan
Kejohanan Sukan Antara Kolej Mahasiswa (SUKAM) adalah merupakan sebagai
kejohanan tahunan yang sudah pastinya membawa pelbagai perubahan dan faedah
khusus buat warga pelajar.
Namun demikian berdasarkan kepada statistik data yang diperoleh dari beberapa
kolej, bilangan pelajar tahun satu yang melibatkan diri dalam Kejohanan Sukan Antara
Kolej Mahasiswa (SUKAM) 2007, hanyalah sedikit dan ini menunjukkan tidak semua
pelajar tahun satu terlibat di dalam kejohanan yang di anjurkan. Berikut ialah bilangan
pelajar tahun satu yang terlibat di dalam SUKAM:
Jadual 1.2 : Jumlah penglibatan pelajar tahun satu dalam SUKAM mengikut kolej.
kolej Tahun 1 %
Kolej 11 120 / 286 42
Kolej Tun Razak 106 / 260 41
Kolej Tuanku Cancelor 170 / 250 68
Kolej Dr. Ismail 100 / 300 33
Sumber : Pejabat Kolej. (2007)
Berdasarkan kepada data tersebut, ini menunjukkan tidak semua pelajar tahun
satu yang terlibat secara langsung dengan aktiviti sukan dan riadah melalui pertandingan
yang di anjurkan.
Selain itu, ramai di antara pelajar kurang menjalankan aktiviti semasa mereka
berada di kampus atau universiti. Menurut Chek Mat (2001) dalam bukunya, Pengurusan
Rekreasi, kegiatan harian yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia adalah mengikut
keutamaan seperti Jadual 1.3 berikut.
7
Jadual 1.3 : Kegiatan Harian Masyarakat Malaysia mengikut keutamaan
Bil Aktiviti Peratus
1 Menonton televisyen 72
2 Membaca akhbar 70
3 Mendengar muzik 46
4 Bercakap di telefon 45
5 Membuat latihan dan berjoging 35
6 Melawat sahabat 30
7 Membaca buku 24
8 Melakukan hobi 23
9 Bekerja di kebun 22
10 Kegiatan seksual 11
Sumber: Chek Mat, Pengurusan Rekreasi (2001)
Gambaran di atas mencerminkan tentang tabiat individu yang lebih cenderung
mengamalkan aktiviti pasif seperti menonton televisyen, membaca akhbar dan
mendengar muzik. Keadaan ini bukan sahaja berlaku kepada masyarakat luar, namun
keadaan ini telah mula menular kepada pelajar-pelajar tahun satu Universiti Teknologi
Malaysia.
Melalui (Harian Metro, 5 Mac 2008) pemeriksaan kesihatan yang dijalankan ke
atas 1000 pelajar kolej Teknologi Tinggi di Abu Dhabi mendapati 12 peratus daripada
mereka menghadapi masalah obesiti sementara 30 peratus lagi melebihi berat badan
sepatutnya. Hasil daripada pemeriksaan itu, kebanyakan pelajar menjalani kehidupan
yang banyak duduk dan tidak terbabit dalam bidang sukan.
Pembangunan Pelajar yang dijalankan dilihat dapat membantu pelajar tahun satu
untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sebenar di universiti serta dapat membimbing
mereka dalam menentukan hala tuju semasa mereka menuntut di universiti.
8
Kewibawaan kemanusiaan pelajar ini tidak boleh dibangunkan secara menyeluruh
menggunakan program pembangunan secara formal semata-mata. Apatah lagi dengan
kecemerlangan kognitif atau kecemerlangan akademik tidak menjamin kecemerlangan
pemikiran, sosial, keagamaan dan emosi seseorang . Kesedaran pembangunan insan dan
kemajuan terletak di tangan para pendidik untuk menjana arus perubahan.
Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terdapat Program
Ijazah Sarjana Muda, bagi melatih pelajar untuk menjadi seorang guru yang mempunyai
sahsiah yang tinggi dan diharap mampu mendidik anak bangsa menjadi manusia yang
berguna kepada masyarakatnya. Terdapat lima jabatan yang diletakkan di bawah Fakulti
Pendidikan iaitu:
1. Jabatan Asas Pendidikan
2. Jabatan Pendidikan Sains Dan Matematik
3. Jabatan Multimedia Pendidikan
4. Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
5. Jabatan Pendidikan Sosial.
Daripada lima jabatan yang disenaraikan di atas, terdapat 10 program yang
ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan iaitu:
1. Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
2. Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
3. Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
4. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
5. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
6. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
7. Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
8. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
9. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
9
10. Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
Daripada 10 program yang ditawarkan ini, jumlah keseluruhan pelajar tahun satu
yang sedang mengikuti program-program ini ialah seramai 308 orang pelajar. Dan
pecahan setiap jumlah pelajar mengikut program adalah seperti Jadual 1.4 di bawah:
Jadual 1.4 : Jumlah pelajar tahun pertama mengikut program
Bil Kursus Pelajar tahun 1
1 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) 20
2 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) 20
3 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) 42
4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) 40
5 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) 31
6 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) 108
7 Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) 12
8 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) 11
9 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) 7
10 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) 17
JUMLAH 308
Sumber : Pejabat Akademik, Fakulti Pendidikan UTM (2007)
Telah kita sedar seharusnya setiap pelajar tahun pertama di berikan pendedahan
bagi meneroka dan mengembangkan potensi dan dengan ini pembangunan diharap dapat
memberi bimbingan dari segi keilmuan, keterampilan, sahsiah dan jati diri ke arah
melahirkan graduan yang berkualiti. Pembangunan pelajar ini juga menganjurkan
aktiviti yang bersifat pencambahan dan penyatuan fikiran agar pelajar-pelajar tahun
pertama dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi serta
membentuk sikap dalam diri pelajar.
10
Sebagai usaha untuk membantu pelajar tahun pertama ini, beberapa dasar dan
program pembangunan boleh dijalankan untuk mengatasi masalah ini. Menurut Ahmad
Nawawi (2007) program pembangunan pelajar dibahagikan kepada lima kategori iaitu:
i. Pembangunan Sahsiah
ii. Pembangunan Kepimpinan
iii. Pembangunan Akademik dan kerjaya
iv. Pembangunan Kemasyarakatan
v. Pembangunan sukan dan riadah
Berdasarkan kepada dasar pembangunan tersebut, kajian ini akan menumpukan
kepada pembangunan sukan dan riadah dan ia merupakan salah satu program yang dapat
digunakan untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun satu
supaya dapat melahirkan generasi pelajar yang cergas, cerdas tangkas serta memiliki
daya saing dan juang yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan terutamanya dalam
bidang sukan.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada latar belakang masalah di atas, jelas masih belum ada modul
yang dibina khususnya untuk pelajar tahun satu yang sistematik membabitkan sukan dan
riadah. Maka modul yang dibentuk ini akan membantu merancang satu program yang
akan membantu pelajar tahun satu semasa mereka berada di Universiti Teknologi
Malaysia.
11
1.4 Objektif Pembangunan Modul
Daripada pembangunan modul yang dibina ini, ia diharap dapat memberi
sumbangan kepada pihak pengurus universiti untuk menjalankan satu program yang
dapat dijalankan melibatkan pelajar-pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan UTM.
1. Membantu pelajar mendalami kepentingan sukan dan riadah dalam kehidupan
mereka.
2. Memberi kesedaran kepada pelajar dengan melakukan aktiviti sukan dan riadah,
ia dapat membantu meningkatkan imuniti dan melindungi badan dari penyakit.
3. Membantu pelajar meningkatkan jati diri mereka dan mengamalkan gaya hidup
sihat
4. Membantu pelajar menjadi seorang insan yang cemerlang dalam semua aspek
jasmani, emosi rohani dan intelek.