PSZ 19:16(Pind. 1/97) - fp.utm.my filekaedah lain seperti temubual dan pemerhatian juga dijalankan...
Transcript of PSZ 19:16(Pind. 1/97) - fp.utm.my filekaedah lain seperti temubual dan pemerhatian juga dijalankan...
i
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA
KRITIS DAN KREATIF DI KALANGAN PELAJAR
MATEMATIK TINGKATAN EMPAT
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya HO SU JUIH
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
Tarikh : 18 April 2011 Tarikh : 18 April 2011
Catatan * Potong yang tidak berkenaa
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan
dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda
(PSM).
(HURUF BESAR)
PROF. DR. ISMAIL BIN KAILANI
14 E, JALAN DESHON 93100
KUCHING SARAWAK.
i
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN
KREATIF DI KALANGAN PELAJAR MATEMATIK TINGKATAN EMPAT
HO SU JUIH
Laporan tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2011
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
iii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
iv
DEDIKASI
TERISTIMEWA BUAT
Ayah yang disayangi, Ho Aik Pah
Ibu yang disayangi, Chai Chiew Hiong
serta
Abang-abang yang disayangi
Segala, jasa, pengorbanan, doa serta dorongan akan ku sanjungi dan hargai
KHAS BUAT
Pembimbing yang dikasihi, segala bimbingan, tunjuk ajar dan jasamu akan ku
kenangkan selama-lamanya
serta
Sahabat tercinta,
Terima kasih
Di atas nasihat serta pandangan kalian tidak akan ku lupai selama-lamanya.
v
PENGHARGAAN
Di sini, saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada penyelia,
Prof. Dr Ismail bin Kailani atas bimbingan dan tunjuk ajar serta ilmu pengetahuan
yang dicurahkan kepada saya. Amalan kerja yang sistematik, dedikasi serta
perbincangan yang membuka minda menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk
menghadapi keadaan yang bakal ditempuhi.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua,
guru-guru serta pelajar sekolah Menengah di kawasan Skudai yang terlibat dalam
kajian ini. Di samping itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia yang telah memberikan peluang kepada saya untuk menjalankan
kajian ini.
Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada ayah, ibu, dan tiga orang
abang saya yang sering memberi galakan dan sokongan dalam menjayakan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga diutarakan kepada rakan-rakan lain yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam proses melengkapkan kajian saya ini.
Terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang terlibat atas kesanggupan
meluangkan masa dan tenaga untuk memberi bantuan dan nasihat kepada saya demi
menjayakan projek sarjana muda ini.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan
kemahiran berfikir di kalangan pelajar Matematik dalam topik Set tingkatan empat di
dua buah sekolah di kawasan Skudai Johor. Kajian ini juga bertujuan untuk
mengenal pasti perbezaan kemahiran berfikir di antara pelajar sains dan pelajar
sastera. Seramai 110 orang pelajar terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 47
orang pelajar lelaki dan 63 orang pelajar perempuan. Terdapat sembilan komponen
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang diuji dalam kajian ini.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik untuk mengenal pasti
tahap penguasaan KBKK di kalangan pelajar Matematik tingkatan empat. Selain itu,
kaedah lain seperti temubual dan pemerhatian juga dijalankan untuk untuk mengenal
pasti tahap penguasaan KBKK di kalangan pelajar Matematik tingkatan empat secara
mendalam. Data daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan statistik
deskriptif seperti kekerapan, min dan peratus, manakala, data yang diperolehi secara
kualitatif seperti temubual dan pemerhatian pula dianalisis secara naratif. Hasil
kajian telah menunjukkan tahap penguasaan kemahiran berfikir pelajar tingkatan
empat dalam topik Set adalah pada tahap sederhana. Antara kemahiran berfikir yang
diuji, kemahiran menganalisis merupakan kemahiran berfikir yang sukar dikuasai di
kalangan pelajar, manakala, kemahiran mencirikan merupakan kemahiran yang
senang dikuasai di kalangan pelajar. Selain daripada itu, hasil kajian menunjukkan
terdapat perbezaan tahap penguasaan KBKK di antara pelajar sains dan pelajar
sastera iaitu tahap penguasaan KBKK di kalangan pelajar sains adalah lebih tinggi
daripada pelajar sastera. Secara keseluruhannya, tahap penguasaan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif pelajar Matematik dalam topik Set adalah sederhana
dan belum mencapai tahap maksima. Dapatan kajian ini memberikan implikasi
bahawa proses pengajaran dan pembelajaran perlu memberikan penekanan kepada
proses penerapan kemahiran berfikir agar pelajar dapat meningkatkan tahap
penguasaan KBKK mereka.
vii
ABSTRACT
This study was conducted to investigate the mastery level of thinking skills
among Mathematics students of form four in two schools of Skudai Johor. This study
also seeks to identify the difference in mastery level of thinking skills among the
science stream students and arts stream students. A total of 110 students have been
involved in this study which consists of 47 male students and 63 female students.
There are nine components of Critical and Creative Thinking Skills (CCTS) which to
be tested in this study. The instrument used in this study is questionnaire for the
purpose of identifying the mastery level of CCTS among the Mathematics students
of form four. Despite of this, other approaches such as interview and observation are
also used for the purpose of identifying the mastery level of CCTS among the
students. The data obtained from the questionnaire were analysed using descriptive
statistics such as frequency, mean and percentage, while, the data from interview and
observation which were obtained qualitatively were analysed in narrative form. The
results of the study shows that the mastery level of thinking skills in the topic Sets
among the form four students was moderate. Among the tested thinking skills, the
most difficult thinking skills to be mastered by the students are analysis skill and
characterizing skill is the easiest thinking skills to be mastered by the students. In
addition, there is difference in the mastery level of CCTS among the science stream
students and art stream students which shows that the mastery level of CCTS among
science stream students is higher than art stream students. Overall, the mastery level
of CCTS among Mathematics students in topic Sets is moderate and have not
achieved maximum level yet. This finding implies that the process of teaching and
learning should emphasize on the application of thinking skills for students to
improve their level of critical and creative thinking.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN PENYELIA ii
PENGAKUAN PELAJAR iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xvi
SENARAI RAJAH xviii
SENARAI SINGKATAN xix
SENARAI LAMPIRAN xx
ix
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Rangka Kerja Konsep 7
1.7 Kerangka Teori Kajian 8
1.8 Kepentingan Kajian 9
1.9 Skop 10
1.10 Batasan Kajian 11
1.11 Takrifan Operasi 12
1.11.1 Kemahiran Berfikir 12
1.11.2 Kemahiran Berfikir Kritis 12
1.11.2.1 Mencirikan 13
1.11.2.2 Membandingkan dan
Membezakan 13
1.11.2.3 Mengumpul dan
Mengelaskan 13
1.11.2.4 Menganalisis 13
1.11.2.5 Menilai 14
1.11.2.6 Membuat Kesimpulan 14
1.11.3 Kemahiran Berfikir Kreatif 14
1.11.3.1 Menghubung kaitkan 15
1.11.3.2 Mensintesiskan 15
1.11.3.3 Membuat Gambaran Mental 15
1.11.4 Set 15
1.11.5 Penggunaan 16
1.11.6 Pelajar 16
1.12 Penutup 17
x
2 SOROTAN KAJIAN 18
2.1 Pengenalan 18
2.2 Definisi Berfikir
19
2.3 Definisi Kemahiran Berfikir 20
2.4 Definisi Pemikiran Kritis Dan Kreatif 22
2.4.1 Pemikiran Kritis 22
2.4.2 Pemikiran Kreatif 23
2.5 Pemikiran Aras Tinggi 24
2.6 Pemikiran Aras Rendah 24
2.7 Model Kemahiran Berfikir 25
2.7.1 Komponen Kemahiran Berfikir Kritis 27
2.7.1.1 Mencirikan 27
2.7.1.2 Membandingkan Dan
Membezakan 28
2.7.1.3 Mengumpul Dan
Mengelaskan 28
2.7.1.4 Membuat Urutan 28
2.7.1.5 Menyusun Mengikut
Keutamaan 29
2.7.1.6 Menganalisis 29
2.7.1.7 Mengesan Kecondongan 29
2.7.1.8 Menilai 30
2.7.1.9 Membuat Kesimpulan 30
2.7.2 Komponen Kemahiran Berfikir Kreatif 31
2.7.2.1 Menjanakan Idea
31
2.7.2.2 Membuat Inferens 32
2.7.2.3 Menghubung Kaitkan 32
2.7.2.4 Meramal 32
2.7.2.5 Membuat Hipotesis 33
2.7.2.6 Mensintesiskan 33
xi
2.7.2.7 Mengitlak 33
2.7.2.8 Menganalogi 34
2.7.2.9 Membuat Gambaran
Mental 34
2.7.2.10 Mereka Cipta 34
2.8 Proses Berfikir 35
2.9 Penggunaan KBKK Dalam
Mempelajari Topik Set 36
2.10 Kaedah dan Alat Kajian Kemahiran Berfikir
Kritis Dan Kreatif 36
2.10.1 Kajian Kuantitatif 37
2.10.2 Kajian Kualitatif 38
2.11 Kajian Lepas Yang Mengenai
Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif 40
2.12 Penutup 41
3 METODOLOGI 42
3.1 Pengenalan 42
3.2 Reka Bentuk Kajian 43
3.3 Lokasi Kajian 43
3.4 Sampel Kajian 44
3.5 Instrumen Kajian 45
3.5.1 Soal Selidik 45
3.5.2 Temubual 46
3.5.3 Pemerhatian 47
3.6 Kajian Rintis 47
3.7 Kesahan Instrumen Kajian 48
3.8 Laporan Kajian Rintis 48
3.9 Analisis Data 49
xii
3.9.1 Analisis Soal Selidik 49
3.9.2 Analisis Temubual 50
3.9.3 Analisis Pemerhatian 50
3.10 Prosedur Kajian 51
3.11 Penutup 52
4 ANALISIS DATA 53
4.1 Pengenalan 53
4.2 Analisis Soal Selidik 54
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 54
4.2.2 Taburan Responden Mengikut
Bangsa 55
4.2.3 Taburan Responden Mengikut
Pencapaian Matematik Dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 56
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tahap
Penguasaan Kemahiran Berfikir Secara
Kritis dan Kreatif Dalam Topik Set
Tingkatan Empat 57
4.2.5 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir
Secara Kritis Dan Kreatif Di Kalangan
Pelajar Tingkatan Empat Dalam Topik
Set 58
4.2.6 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir
Secara Kritis Dan Kreatif Di Kalangan
Pelajar Aliran Sains Dan Pelajar
Aliran Sastera Tingkatan Empat
Dalam Topik Set Mengikut Komponen 64
xiii
4.2.6.1 Item 1 & 2: Mencirikan 64
4.2.6.2 Item 3 & 4: Membanding dan
Membezakan 65
4.2.6.3 Item 5 & 6: Mengumpul dan.
Mengelaskan 65
4.2.6.4 Item 7: Menganalisis 66
4.2.6.5 Item 8 & 9: Menilai 66
4.2.6.6 Item 10 & 11: Membuat
Kesimpulan 67
4.2.6.7 Item 12& 13: Menghubung
Kaitkan 67
4.2.6.8 Item 14: Mensintesiskan 68
4.2.6.9 Item 15: Membuat Gambaran
Mental 68
4.2.7 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir
Secara Kritis Dan Kreatif Di Kalangan
Pelajar Aliran Sains Dan Pelajar
Aliran Sastera Tingkatan Empat
Dalam Topik Set 69
4.3 Analisis Temubual 70
4.3.1 Pelajar Sains 71
4.3.2 Pelajar Sastera 74
4.4 Analisis Pemerhatian 77
4.4.1 Pelajar Sains 77
4.4.1.1 Mencirikan 77
4.4.1.2 Membanding Dan Membezakan 78
4.4.1.3 Mengumpul Dan Mengelaskan 78
4.4.1.4 Menganalisis 78
4.4.1.5 Menilai 79
4.4.1.6 Membuat Kesimpulan 79
4.4.1.7 Menghubung Kaitkan 79
xiv
4.4.1.8 Mensintesiskan 80
4.4.1.9 Membuat Gambaran Mental 80
4.4.2 Pelajar Sastera 80
4.4.2.1 Mencirikan 81
4.4.2.2 Membanding dan Membezakan 81
4.4.2.3 Mengumpul dan Mengelaskan 81
4.4.2.4 Menganalisis 82
4.4.2.5 Menilai 82
4.4.2.6 Membuat Kesimpulan 82
4.4.2.7 Menghubung Kaitkan 83
4.4.2.8 Mensintesiskan 83
4.4.2.9 Membuat Gambaran Mental 83
4.5 Penutup 84
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 85
5.1 Pengenalan 85
5.2 Ringkasan Kajian 86
5.3 Rumusan Kajian 87
5.4 Perbincangan 88
5.4.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir
Secara Kritis Dan Kreatif Di Kalangan
Pelajar Tingkatan Empat Dalam Topik
Set 88
5.4.2 Komponen Kemahiran Berfikir
Secara Kritis Dan Kreatif Yang
Sukar Dikuasai Dan Senang Dikuasai
Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat
Dalam Topik Set 90
xv
5.4.3 Perbezaan Penguasaan Kemahiran KBKK
Di Antara Pelajar Aliran Sains Dan Pelajar
Aliran Sastera Tingkatan Empat Dalam
Topik Set 91
5.5 Cadangan 92
5.5.1 Cadangan Kepada Pelajar 92
5.5.2 Cadangan Kepada Guru 93
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 94
5.7 Kesimpulan Kajian 96
RUJUKAN 98
LAMPIRAN A 103
LAMPIRAN B 116
LAMPIRAN C 128
LAMPIRAN D 132
LAMPIRAN E 134
LAMPIRAN F 136
xvi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Julat Markah Penentuan Tahap Penguasaan
Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif
Pelajar 17
3.1 Jumlah Pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains dan
Sastera yang Terlibat dalam Sampel Kajian 44
3.2 Pengelasan Komponen KBKK Mengikut
Item yang Berpadanan 46
4.1 Kekerapan Responden Mengikut Jantina 54
4.2 Kekerapan Responden Mengikut Bangsa 55
4.3 Kekerapan Responden Mengikut Pencapaian
Matematik Dalam Penilaian Menengah Rendah
(PMR) 56
4.4 Kekerapan Responden Mengikut Tahap
Penguasaan KBKK Dalam Topik Set 57
4.5 Tahap Penguasaan KBKK Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat Dalam Topik Set 58
4.6 Tahap Penguasaan KBKK Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat Dalam Komponen Mencirikan 64
4.7 Tahap Penguasaan KBKK Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat Dalam Komponen Membanding
Dan Membezakan 65
xvii
4.8 Tahap Penguasaan KBKK Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat Dalam Komponen Mengumpul
Dan Mengelaskan 65
4.9 Tahap Penguasaan KBKK Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat Dalam Komponen Menganalisis 66
4.10 Tahap Penguasaan KBKK Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat Dalam Komponen Menilai 66
4.11 Tahap Penguasaan KBKK Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat Dalam Komponen Membuat
Kesimpulan 67
4.12 Tahap Penguasaan KBKK Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat Dalam Komponen Menghubung
Kaitkan 67
4.13 Tahap Penguasaan KBKK Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat Dalam Komponen Mensintesiskan 68
4.14 Tahap Penguasaan KBKK Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat Dalam Komponen Membuat
Gambaran Mental 68
4.15 Tahap Penguasaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis
Dan Kreatif Di Kalangan Pelajar Aliran Sains Dan
Pelajar Aliran Sastera Tingkatan Empat Dalam Topik
Set 69
xviii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Model Pemikiran 8
2.1 Model Kemahiran Berfikir 26
2.2 Proses Berfikir 35
3.1 Prosedur Kajian 52
xix
SENARAI SINGKATAN
CCTS - Critical and Creative Thinking Skills
KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
PMR - Peperiksaan Menengah Rendah
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
SPSS - Statistical Package for the Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
xx
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Matematik Bertajuk Set
Tingkatan Empat 104
B Skema Jawapan Set Soal Selidik
Matematik Bertajuk Set
Tingkatan Empat 117
C Soalan Temubual Untuk
Pelajar Tingkatan Empat Yang
Bertajuk Set 129
D Pegesahan Item Set Soalan
Matematik Tingkatan Empat
Bertajuk Set 133
E Surat Pengesahan Status Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia 135
F Surat Kebenaran Kementerian
Pelajaran Malaysia 137
21
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan negara telah mengalami anjakan paradigma (kurikulum
Matematik) untuk menjadikan pendidikan Malaysia sebagai pendidikan yang
bertaraf dunia dan mencapai wawasan 2020. Oleh itu, dasar pendidikan negara
telah meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam
kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai pusat
perkembangan ilmu. Bagi menjayakan wawasan 2020, masyarakat Malaysia
perlu bersikap saintifik, progresif serta inovatif. Dengan itu, generasi yang bijak
berfikir perlu dilahirkan untuk merealisasikan matlamat ini.
Pemikiran merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna
dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau
ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, demi membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah serta membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses
yang dialami. Jadi, Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) telah
dijadikan penguasaan asas ilmu di kalangan guru-guru untuk diterapkan kepada
22
pelajar-pelajar untuk mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif,
masyarakat yang inovatif dan memandang jauh ke hadapan.
Matematik adalah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir
secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan. Sifat Matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang
bermakna dan mencabar pemikiran. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia
(2000), matlamat pembinaan kurikulum Matematik KBSM adalah untuk
memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran
penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan
Matematik supaya seseorang individu dapat mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian dengan berkesan dan serta menghargai kepentingan dan
keindahan Matematik. Oleh itu, penguasaan ilmu Matematik oleh setiap individu
adalah penting demi melahirkan generasi muda yang celik sains dan teknologi
sejak zaman persekolahan lagi. Sehubungan itu, sekolah-sekolah bestari telah
diwujudkan demi melahirkan pelajar yang kritis dan kreatif.
Dengan itu, guru-guru sekolah perlu menerapkan Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) semasa mengajar untuk meningkatkan
kefahaman serta kemahiran berfikir di kalangan pelajar terhadap Matematik.
Menyedari tentang pentingnya KBKK di kalangan golongan muda maka wajarlah
jika KBKK dijadikan satu landasan dalam meningkatkan proses pemerolehan
ilmu. Oleh yang demikian setiap pelajar patut dilatih untuk menggunakan
kemahiran berfikir yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
dan membuat keputusan sendiri dengan bijak tanpa bergantung kepada orang lain.
23
1.2 Latar Belakang Masalah
Kebelakangan ini, modenisasi dan perubahan yang pesat mendedahkan
individu kepada pelbagai pilihan yang memerlukan kemahiran dan kepakaran
membuat keputusan dengan berkesan. Setiap individu perlu berfikir semasa
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah mengenai pelbagai perkara dan
isu. Pemikiran secara kritis dan kreatif adalah penting di kalangan masyarakat
Malaysia dalam dunia yang serba canggih ini. Oleh itu, Kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif perlu diterapkan kepada para pelajar di sekolah untuk
melahirkan generasi yang mempunyai daya intelek yang tinggi dalam membina
idea-idea yang bernas.
Terdapat ahli-ahli psikologi telah menumpukan penyiasatan terhadap cara
manusia berfikir sejak dahulu. Satu persoalan timbul apabila manusia boleh
menggunakan sesuatu yang diketahui untuk mempertingkatkan kemahiran
berfikir terutama di sekolah-sekolah atau sebaliknya. Tidak dapat dinafikan
bahawa matlamat sistem persekolahan adalah untuk memperkembangkan daya
pemikiran pelajar. Guru-guru di sekolah memainkan peranan yang penting
sebagai pendidik. Para guru sentiasa merancang untuk meningkatkan pemikiran
di kalangan pelajar dalam pengajaran Matematik serta menjadikan subjek tersebut
sebagai subjek yang diminati oleh pelajar.
Namun begitu, masih terdapat guru sekolah tidak menerapkan komponen
KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dewasa ini, kita sering
mendengar rungutan daripada guru Sains dan Matematik dan guru-guru mata
pelajaran lain bahawa pelajar kita tidak boleh berfikir, tidak mahu berfikir, tidak
mampu berfikir dan malas berfikir (Suriyana, 2004). Kemungkinan yang besar
yang mengakibatkan keadaaan tersebut berlaku, ialah kelemahan guru untuk
mengetahui pengetahuan asas terhadap komponen-komponen KBKK. Akibatnya,
tahap penguasaan pelajar terhadap komponen KBKK masih rendah.
24
Di samping itu, budaya menghafal masih wujud dan hanya menunggu
maklumat daripada guru telah sebati dengan diri pelajar kerana mereka
beranggapan budaya ini lebih mudah daripada berfikir. Dengan menghafal,
pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan tanpa memerlukan high order
thinking skill. Akibatnya pengajaran matematik memberi pelajar “hasil
pemikiran matematik” dan bukannya “proses pemikiran matematik” (Noor Azlan
Ahmad Zanzali, 2004).
Selain itu, kemahiran penyampaian pengajaran kemahiran berfikir yang
lemah oleh guru-guru di sekolah. Menurut kajian Hayati (2004), walaupun 100%
guru bersetuju Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) berfungsi
mengembangkan daya berfikir pelajar untuk melahirkan masyarakat berfikir,
malah 63.6% guru masih menghadapi keraguan untuk menggunakan KBKK
dalam proses pengajaran. Guru itu sendiri juga tidak mengetahui cara untuk
mempertingkatkan daya pemikiran pelajar mereka (Hayati, 2004; Rajendran,
2001). Keadaan ini adalah disebabkan guru sudah lazim mengajar pelajar untuk
menghadapi peperiksaan dan merasa keraguan apabila daya pemikiran pelajar
dicadangkan untuk diperkembangkan.
Di samping itu, masih terdapat pelajar yang mengalami kesukaran dan
memahami konsep matematik. Keadaan ini telah menunjukkan kemahiran
berfikir pelajar masih tidak mencapai pada tahap yang maksimum. Dalam kajian
Azul (2007) pula, telah mendapati pelajar sukar dalam memfaktorkan ungkapan
algebra yang diberikan. Fenomena ini telah menunjukkan kelemahan
penggunaan kemahiran berfikir pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik.
Keadaan ini juga disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Fatima Zahara
(2007), yang mendapati tahap penguasaan pelajar terhadap komponen KBKK
dalam Matematik adalah lemah. Dengan itu, tidak dapat dinafikan bahawa
pengunaan KBKK pelajar dalam Matematik masih belum mencapai tahap yang
maksimum.
25
Justeru itu, pelajar hanya menguasai komponen-komponen asas
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif seperti mencirikan, membandingkan
dan membezakan, mengumpul dan mengelaskan, serta membuat urutan.
Manakala pelajar masih lemah dalam menganalisis soalan, mensintesiskan dan
sebagainya yang melibatkan pemikiran yang tinggi (higher order thinking skills).
Kajian yang telah dilakukan oleh Liaw Ming Fong (2009) terhadap pelajar-
pelajar tingkatan tiga dalam subjek Matematik telah menunjukkan tahap
penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif berada pada tahap yang
sangat lemah iaitu 17.44%. Kajian tersebut telah menunjukkan pelajar masih
lemah dalam menguasai pemikiran yang tinggi. Kajian tersebut telah
menunjukkan majoriti pelajar tidak berupaya menguasai asas komponen-
komponen kemahiran berfikir yang tinggi.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan huraian permasalahan yang dibincangkan di bahagian latar
belakang masalah, dengan itu satu kajian mengenai mengenal pasti sejauh mana
tahap penguasaan komponen Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) di
kalangan pelajar sekolah menengah perlu dijalankan sebelum proses pemulihan
dan penyelesaian boleh dilakukan. Kajian ini juga akan melihat hubungan antara
tahap penguasaan KBKK dengan pencapaian pelajar yang berlainan aliran iaitu
pelajar sains dan pelajar sastera.
26
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1.4.1 Mengenal pasti tahap penguasaan pelajar tingkatan empat terhadap
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam topik Set.
1.4.2 Mengenal pasti komponen-komponen Kemahiran Berfikir secara Kritis
dan Kreatif yang sukar dan senang dikuasai oleh pelajar tingkatan empat
dalam topik Set.
1.4.3 Mengenal pasti perbezaan penguasaan kemahiran KBKK di antara pelajar
aliran sains dan pelajar aliran sastera tingkatan empat dalam topik Set.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini secara khususnya untuk menjawab persoalan-persoalan seperti
berikut:
1.5.1 Apakah tahap penguasaan pelajar-pelajar tingkatan empat terhadap
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam topik Set?
1.5.2 Apakah komponen-komponen kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
yang sukar dan senang dikuasai oleh pelajar-pelajar tingkatan empat
dalam topik Set?
1.5.3 Apakah perbezaan penguasaan kemahiran KBKK di antara pelajar aliran
sains dan pelajar aliran sastera tingkatan empat dalam topik Set?