Pt Psk Ewaris

15
SULIT NAMA: ……………………………..…. KELAS: …………………. PSK TINGKATAN 4 1 jam PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Satu Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 ARAHAN: 1.Kertas ini mengandungi dua bahagian iaitu : Bahagian A ( 30 Markah) dan Bahagian B ( 20 Markah) 2. Tulis nama, kelas dan nama guru yang mengajar pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan bagi Bahagian A dan hendaklah hendaklah dijawab pada ruang yang disediakan 4. Bahagian B hendaklah di jawab pada ruangan yang disediakan

description

soalan

Transcript of Pt Psk Ewaris

Page 1: Pt Psk Ewaris

SULITNAMA: ……………………………..…. KELAS: ………………….

PSK TINGKATAN 4 1 jam

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak.

PEPERIKSAAN PERTENGAHANTAHUN 2016

ARAHAN:

1.Kertas ini mengandungi dua bahagian iaitu :

Bahagian A ( 30 Markah)

dan Bahagian B ( 20 Markah)

2. Tulis nama, kelas dan nama guru yang mengajar pada ruang yang disediakan.

3. Jawapan bagi Bahagian A dan hendaklah hendaklah dijawab pada ruang yang disediakan

4. Bahagian B hendaklah di jawab pada ruangan yang disediakan pada kertas soalan

5. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan kepada guru yang mengawas pada akhir peperiksaan in

Page 2: Pt Psk Ewaris

1 Apakah wawasan negara Malaysia yang ingin di-capai pada tahun 2020? A Melahirkan lebih ramai angkasawan terbilang B Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

yang maju, makmur dan bersatu padu C Memajukan dasar perindustrian negara D Menjadikan bidang pertanian satu perniagaan

2 Kejayaan dalam mencapai wawasan diri ditentukan oleh A perancangan yang tepat dan teliti B perancangan jangka pendek yang tepat C perancangan jangka panjang yang teratur D perancangan jangka pendek dan jangka panjang

3 Berikut merupakan kepentingan perkembangan individu yang seimbang, kecuali A melahirkan insan yang bermaruah, berilmu dan

bertamadun B melahirkan insan yang mempunyai jati diri

yang kuat C melahirkan pemimpin negara yang berwibawa

dan baik D melahirkan insan yang bersifat individualistik

4 Apakah kepentingan berkeluarga bagi sesebuah negara dari aspek ekonomi? I Masyarakat dapat hidup dalam keadaan

harmoni II Ekonomi akan berkembang kerana banyak

pembeli dalam negaraIII Membekalkan tenaga kerja yang mencukupi

dalam pasaran buruh IV Dapat mengurangkan kemasukan pendatang

tanpa izinA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

5 Antara berikut, perlakuan manakah yang berkaitan dengan penyalahgunaan teknologi? I Menggunakan perisian yang tidak asli II Membuat aduan kepada pihak polis melalui

internetIII Menyebarkan fitnah melalui internetIV Melayari laman web lucah

A I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

6 Berikut merupakan agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam menangani masalah penagihan dadah, kecuali A Kementerian Pertahanan B Kementerian Kesihatan C Kementerian Dalam Negeri D Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat

7 Apakah punca utama berlakunya masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja? A Tahu memilih kawan B Kurang mendapat didikan agamaC Aktif dalam kegiatan kokurikulum D Ibu bapa yang mementingkan disiplin

8 Mengapakah langkah kerajaan untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak masih gagal?

I Kurang kesedaran dalam kalangan ibu bapa

II Kursus keibubapaan yang kurang meluasIII Langkah kerajaan mendapat sambutan

yang positif dalam kalangan ibu bapaIV Kempen anti penderaan yang kurang

berkesanA I, II, dan III C I, III, dan IVB I, II, dan IV D II, III, dan IV

9 Pilih pernyataan yang betul. A Ibu bapa menghalang anak-anak

bergaul dengan rakan sebaya agar anak-anak mempunyai banyak masa di rumah.

B Ibu bapa memberi semangat kepada anak-anak untuk mengembangkan potensi diri ke tahap yang lebih tinggi.

C Ibu bapa memberi hukuman yang berat kepada anak-anak apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan agar mereka lebih berdisiplin.

D Ibu bapa hendaklah memberi pujian semasa anak-anak berjaya dan memarahi mereka jika tidak berjaya.

Page 3: Pt Psk Ewaris

10 Antara berikut, yang manakah merupakan keperluan berkeluarga dari aspek sosial? I Menyediakan tenaga kerjaII Mengembangkan zuriatIII Patuh kepada tuntutan agamaIV Mengelakkan maksiatA I, II, dan III C I, III, dan IVB I, II, dan IV D II, III, dan IV

Peraturan yang digubal oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan.

11 Pernyataan di atas merujuk kepada maksudA undang-undang C tatacaraB peraturan D prosedur

12 Norma komuniti dalam sesebuah masyarakat penting kerana A dapat membantu masyarakat supaya mematuhi

undang-undang negara B dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang

disegani oleh dunia luar C dapat membentuk anggota masyarakat yang

beradab, beretika, dan bertatasusilaD dapat membezakan identiti sesuatu kaum

13 Antara berikut merupakan langkah yang perlu diambil untuk menyedarkan masyarakat agar mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya, kecuali

A menambahkan kadar kompaun B mengadakan kempen secara menyeluruh C mengesan pemandu berbahaya secara

berterusanD memberikan surat amaran kepada pemandu

berisiko

14 Pernyataan di atas berkaitan dengan norma komuniti, iaitu A adab menziarahi orang sakit B adab menghormati orang tua C adab dalam majlis rasmi D adab di meja makan

15 Apakah yang dimaksudkan dengan juvana?

A Seseorang yang boleh menanggung tanggung-jawab jenayah yang ditetapkan di bawah seksyen 70 Kanun Keseksaan dan di bawah umur 22 tahun.

B Seseorang yang boleh menanggung tanggung-jawab jenayah yang ditetapkan di bawah seksyen 85 Kanun Keseksaan dan di bawah umur 21 tahun.

C Seseorang yang boleh menanggung tanggung-jawab jenayah yang ditetapkan di bawah seksyen 80 Kanun Keseksaan dan di bawah umur 18 tahun.

D Seseorang yang boleh menanggung tanggung-jawab jenayah yang ditetapkan di bawah seksyen 82 Kanun Keseksaan dan di bawah umur 18 tahun.

16 Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dalam keluarga?

A Bertengkar sesama ahli keluarga B Membuat keputusan berdasarkan undian

majoriti C Berbincang dengan ahli keluarga D Bersepakat menerima keputusan ketua

keluarga

17 Antara berikut merupakan cara untuk membina sebuah keluarga yang harmoni dan berkualiti, kecuali

A setiap anggota keluarga mempunyai ilmu agama dan kemahiran sosial tentang keluarga

B ibu bapa tidak peka akan keperluan anak-anak dari aspek emosi dan fizikal

C anak-anak bertanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing selain menghormati ibu bapa

D ibu bapa membuat perancangan yang baik dalam pengurusan kewangan keluarga

Tidak mencelah atau menyampuk ketika bercakap dengan orang yang lebih tua.

Page 4: Pt Psk Ewaris

18 Maklumat di atas menunjukkan kepentingan berkeluarga dari aspek A sosial C politikB sahsiah D ekonomi

19 Antara berikut merupakan nilai yang perlu diamalkan untuk membina institusi keluarga yang kukuh, kecuali

A curiga C toleransiB peka D bertanggungjawab

20 Masalah kewangan yang dialami oleh keluarga boleh diatasi dengan cara

I berhenti sekolah II berbelanja dengan berjimat cermatIII mencari alternatif untuk mengurangkan

perbelanjaan keluarga IV berkongsi makanan dengan rakan pada waktu

rehatA I dan II C II dan IIIB I dan IV D III dan IV

21 Akta X yang dimaksudkan ialah

A Akta Racun 1952 B Akta Dadah 1990 C Akta Penagih Dadah D Akta Dadah Berbahaya 1952

22 Antara berikut merupakan aktiviti yang dapat mengelakkan remaja daripada terlibat dalam gejala sosial, kecuali

A aktiviti kokurikulum di sekolahB berkelah bersama rakan-rakan di tempat

percutianC beriadah bersama keluarga pada hujung mingguD menyertai aktiviti kemasyarakatan di kawasan

tempat tinggal

23 Apakah kesan daripada perbuatan vandalisme? A Mengurangkan beban kerajaan menyelenggara

kemudahan awam B Remaja dapat menonjolkan bakat mereka C Kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang

banyak untuk membaiki kerosakan kemudahan awam

D Orang ramai dapat menggunakan kemudahan awam dengan sempurna

24 Pesalah juvana dan pesalah dewasa diasingkan walaupun terlibat dalam kes jenayah yang sama kerana

A remaja perlu diberi peluang untuk dibentuk dan berubah

B kesalahan remaja masih boleh dimaafkan C orang dewasa melakukan jenayah dengan

sengaja D remaja mudah bertaubat dan mengakui

kesalahan

25 Apakah kelemahan diri individu yang menjadi faktor dia tidak mencapai wawasan diri?

A Tidak menghargai pemberian orang lain B Selalu memperkecilkan kebolehan orang lain C Takut untuk mencuba lagi setelah gagal sekali D Kurang beradab ketika berhadapan dengan

orang tua

26 Apakah tindakan kamu sekiranya ternampak rakan kamu sedang merosakkan kerusi dan meja sekolah?

A Mendiamkan diri B Melaporkan kepada guru C Melaporkan kepada ibu bapanya D Memberitahu hal tersebut kepada rakan kamu

yang lain

Mempunyai bakal pemimpin negara yang mencukupi

Mempunyai rakyat yang berilmu pengetahuan dan berguna kepada negara

Page 5: Pt Psk Ewaris

27 Mengapakah operasi seperti Ops Sikap perlu dijalankan apabila menjelang sesuatu perayaan di negara kita?

A Peraturan jalan raya tidak diendahkan oleh pemandu kerana tidak takut disaman

B Pemandu bersuka ria ketika perayaan sehingga lupa akan keselamatan jalan raya

C Kadar kemalangan bertambah kerana banyak pemandu mabuk di jalan raya

D Semakin banyak kenderaan, kemungkinan berlaku kemalangan amat besar

28 Apakah kesan penderaan terhadap mangsa dari segi emosi?

A Suka menyeksa diri sendiri atau orang lain B Tidak berminat untuk belajar atau bergaul

dengan orang lainC Trauma atau fobia terhadap sesuatu penderaan

yang dialamiD Kesan parut, kabur penglihatan, patah tangan

atau terseliuh

29 Antara berikut merupakan norma komuniti yang dipraktikkan oleh masyarakat di Malaysia, kecuali

A bersalam-salaman ketika bertemu B tidak membuka kasut ketika memasuki rumah C pergaulan lelaki dan perempuan yang mengikut

adab ketimuran D bantu-membantu ketika mengadakan sesuatu

majlis

30 Penyataan di atas merupakan kepentingan berkeluarga dalam aspek

A ekonomi B keselamatan C politik D sosial

Pertambahan penduduk di sesebuah negaradapat membantu memenuhi keperluan tenaga kerja.

Page 6: Pt Psk Ewaris

1 Isikan petak kosong dengan aspek perkembangan diri yang sesuai berdasarkan ciri-ciri pelajar yang diberi.

Rohani Jasmani Intelek EmosiAspek Ciri-ciri pelajar

a) Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan

Mempunyai pengetahuan luas dalam pelbagai bidang

Sentiasa ingin menambahkan ilmu dan memanfaatkan ilmu yang diperoleh

b) Bersikap rendah diri Boleh memahami perasaan orang lain Boleh bertindak rasional dan membuat keputusan

yang wajarc) Mempunyai tingkah laku yang sopan dan beradab

Menjalankan tanggungjawab dengan baik Sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhan

d) Sentiasa sihat dan cergas Mewakili sekolah dalam acara sukan Mengambil makanan yang berkhasiat

( 4 markah)

2 Apakah sikap yang perlu dimiliki oleh seorang pelajar contoh? Tandakan (/) pada pernyataan yang BETUL dan tandakan (X) pada pernyataan yang SALAH.

(a) Sentiasa mengerjakan sembahyang.

(b) Tidak melibatkan diri dalam acara sukan di sekolah.

(c) Sentiasa gagal dalam peperiksaan.

(d) Matlamat hidup disusun dan dirancang mengikut keutamaan.

(e) Aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolah.

(f) Bercakap sopan dengan guru dan rakan-rakan sekelas.

(6 markah)

Page 7: Pt Psk Ewaris

3 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Jenayah pergaulannegatif ancaman kerajaansiber bebas

jenayah tanggungjawab dadah pendera Vandalismekekerasan

(a) Penggunaan ______________ yang berlebihan dan diambil dalam jangka masa yang panjang boleh merosakkan sistem organ dalaman badan.

(b) ______________ merupakan perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam.

(c) _______________ dapat dibahagikan kepada jenayah cetak rompak siber, pencerobohan siber, dan vandalisme siber.

(d) Kurangnya didikan agama merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya ________________ dalam kalangan remaja.

(e) Kegiatan vandalisme bukan sahaja mendatangkan masalah kepada masyarakat malah ____________ juga menanggung kerugian kerana terpaksa membaiki kemudahan awam yang rosak.

(f)Gengsterisme merupakan perbuatan yang lebih berkisar kepada ______________________ terhadap orang lain.

(g) Kempen menangani masalah jenayah siber merupakan ________________ semua pihak.

(h) Menurut kajian yang telah dijalankan, kebanyakan ____________ kanak-kanak terdiri daripada ibu bapa kanak-kanak itu sendiri.

(i)Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga yang mengamalkan budaya hidup yang __________________.

(j)Gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja harus dibendung agar tidak menjadi _______________ terhadap negara.

(10 markah)

Page 8: Pt Psk Ewaris

SKEMA JAWAPAN :

BAHAGIAN A : ( 30 MARKAH)

1 B 6 A 11 A 16 C 21 D 26 B2 D 7 B 12 C 17 B 22 B 27 D3 D 8 B 13 D 18 C 23 C 28 C4 C 9 B 14 B 19 A 24 A 29 B5 D 10 D 15 D 20 C 25 C 30 A

BAHAGIAN B:

SOALAN 1 : ( 4 MARKAH)

a) Intelek

b) Emosi

c) Rohani

d) Jasmani

SOALAN 2 : ( 6 MARKAH)

a) BETUL

b) SALAH

c) SALAH

d) BETUL

e) BETUL

f) BETUL

SOALAN 3 : ( 10 MARKAH)

a) DADAHb) VANDALISMEc) JENAYAH SIBERd) PERGAULAN BEBASe) KERAJAANf) JENAYAH KEKERASANg) TANGGUNGJAWABh) PENDERAi) NEGATIFj) ANCAMAN

Page 9: Pt Psk Ewaris