PTO Kemarau

80
JILID VII PERATURAN TETAP OPERASI PENGENDALIAN BENCANA KEMARAU Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri PUTRAJAYA

description

kemarau

Transcript of PTO Kemarau

Page 1: PTO Kemarau

JILID VII

PERATURAN TETAP OPERASI PENGENDALIAN BENCANA

KEMARAU

Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri PUTRAJAYA

Page 2: PTO Kemarau

PERATURAN TETAP OPERASI PENGENDALIAN BENCANA

KEMARAU

Page 3: PTO Kemarau

ii

PENGHARGAAN

1. Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Bencana Kemarau ini

dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi garis panduan bertindak

kepada Jabatan/Agensi terlibat dalam pengurusan bencana

kemarau supaya lebih lebih teratur dan sempurna.

2. Majlis Keselamatan Negara merakamkan penghargaan dan terima

kasih kepada semua Jabatan/Agensi yang terlibat dalam memberi

sumbangan sehingga Peraturan Tetap Operasi ini dapat

disiapkan. Kerjasama Jabatan/Agensi semasa melaksanakan

tugas dan tanggungjawab bagi menangani bencana adalah asas

penting kepada kejayaan sesuatu operasi pengurusan bencana.

3. Peraturan Tetap Operasi ini merupakan satu garis panduan

pengurusan bencana kemarau bersepadu antara kesemua agensi

dan badan-badan sukarela yang terlibat. Di samping itu,

Jabatan/Agensi perlu mengeluarkan Peraturan dan Tatacara

Tindakbalas yang lebih terperinci bersesuaian dengan

tanggungjawab yang ditetapkan di bawah Peraturan Tetap

Operasi ini.

Datuk Mohamed Thajudeen bin Abdul Wahab Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri

23 Disember 2011

Page 4: PTO Kemarau

iii

KANDUNGAN

MUKA SURAT PENGHARGAAN ii ISI KANDUNGAN iii PRAKATA vii HURUF RINGKAS viii TAFSIRAN/TAKRIF xi REKOD PINDAAN xvi BAB I PENDAHULUAN AM 1 SKOP 2 TUJUAN 2 BAB II PERSEDIAAN DAN KESIAPSIAGAAN PENDAHULUAN 3 SISTEM PENYELARASAN MELALUI

JAWATANKUASA 3

TAHAP-TAHAP AMARAN 4 SISTEM PEMANTAUAN DAN AMARAN AWAL

KEMARAU 5

SISTEM PENYALURAN MAKLUMAT 9 ANALISIS KAWASAN YANG BERISIKO 9 PELAN KONTINGENSI 9 BAB III TINDAK BALAS DAN BANTUAN PENDAHULUAN 11 PENGURUSAN TINDAK BALAS BENCANA

KEMARAU 12

Page 5: PTO Kemarau

iv

PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA (PKOB)

12

PUSAT KAWALAN TEMPAT KEJADIAN (PKTK)

13

AGENSI PENYELAMAT 13 AGENSI BANTUAN DAN PEMULIHAN 14 PEGAWAI PERHUBUNGAN 14 KEPERLUAN PKOB 14 JALINAN PERHUBUNGAN PKOB 16 LAPORAN KEADAAN DAN LAPORAN

RINGKAS 18

PERMOHONAN BANTUAN PESAWAT UDARA

19

BILIK GERAKAN AGENSI AWAM 20 PEMANTAUAN PARAS AIR EMPANGAN 21 PEMBEKALAN/ PENYALURAN AIR 21 PEMINDAHAN MANGSA-MANGSA

KEMARAU 22

PENGENDALIAN PUSAT-PUSAT PEMINDAHAN

22

OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT 24 PENYEBARAN MAKLUMAT DAN

PENGURUSAN MEDIA 24

CARTA ALIRAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN BENCANA KEMARAU

24

PERANAN DAN TUGAS MKN DAN AGENSI-AGENSI DALAM PENGURUSAN TINDAK BALAS BENCANA KEMARAU

24

PENGISYTIHARAN DARURAT BENCANA KEMARAU

25

Page 6: PTO Kemarau

v

KEMBARAN KEPADA BAB III KEMBARAN A JADUAL PEMINDAHAN MANGSA-MANGSA

KEMARAU 26

KEMBARAN B JADUAL KEMATIAN/CEDERA/HILANG 27 KEMBARAN C JADUAL HARTA BENDA

KERAJAAN/AWAM/PERSENDIRIAN YANG MUSNAH/ROSAK

28

KEMBARAN D JADUAL JALAN PERHUBUNGAN (TERMASUK LANDASAN KERETAPI) DAN JAMBATAN YANG MUSNAH/ROSAK

29

KEMBARAN E JADUAL KEJADIAN BENCANA SUSULAN (TANAH RUNTUH)

30

KEMBARAN F JADUAL PERMOHONAN DAN PEMBERIAN BANTUAN

31

KEMBARAN G JADUAL PENGGUNAAN PESAWAT UDARA 32 KEMBARAN H PELAN KOMUNIKASI BENCANA KEMARAU 33 KEMBARAN I FORMAT LAPORAN KEADAAN 34 KEMBARAN J FORMAT LAPORAN SEMASA 36 KEMBARAN K PERMOHONAN BANTUAN PESAWAT

UDARA TUDM 37

KEMBARAN L CARTA ALIRAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN BENCANA KEMARAU

38

KEMBARAN M PERANAN DAN TUGAS MKN DAN AGENSI-AGENSI DALAM PENGURUSAN TINDAK BALAS BENCANA KEMARAU

39

BAB IV PEMULIHAN DAN PEMBANGUNAN SEMULA

BENCANA KEMARAU

PENDAHULUAN 55 SKOP PEMULIHAN DAN PEMBANGUNAN

SEMULA 55

SISTEM PENYELARASAN MELALUI KUMPULAN KERJA

56

Page 7: PTO Kemarau

vi

AGENSI-AGENSI YANG TERLIBAT DALAM PEMULIHAN DAN PEMBANGUNAN SEMULA BENCANA KEMARAU

56

PERANAN PIHAK SWASTA DAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

56

ANALISIS PENGENDALIAN OPERASI BENCANA

57

KEMBARAN KEPADA BAB IV KEMBARAN A PERANAN KEMENTERIAN DAN AGENSI

TERLIBAT PERINGKAT PEMULIHAN DAN PEMBANGUNAN SEMULA BENCANA KEMARAU

58

Page 8: PTO Kemarau

vii

PRAKATA

1. Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Bencana Kemarau ini

disediakan sebagai garis panduan ke arah meningkatkan lagi

keberkesanan Jabatan/Agensi yang terlibat dalam pengendalian

bencana kemarau agar dapat melaksanakan tugas secara

bersepadu, terselaras dan berkesan.

2. Pelaksanaan tindakan oleh Jabatan/Agensi yang terlibat dalam

pengurusan bencana kemarau hendaklah sentiasa memberi

tumpuan kepada kecemerlangan tugas yang dijalankan. Ini

adalah supaya segala pengembelingan sumber dalam menangani

bencana yang berlaku memberi hasil yang maksimum ke atas

keselamatan awam (public safety).

3. Peraturan Tetap Operasi ini bukanlah suatu yang konklusif, tetapi

perlu dikaji semula dan diperbaiki dari semasa ke semasa selaras

dengan perkembangan teknologi, serta perubahan pengurusan

bencana pada masa hadapan.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat 23 Disember 2011

Page 9: PTO Kemarau

viii

HURUF RINGKAS

Huruf-huruf ringkas yang digunakan di dalam Peraturan Tetap Operasi

ini adalah seperti berikut:

ARI : Agricultural Rainfall Index

ARSM : Agensi Remote Sensing Malaysia

ATM : Angkatan Tentera Malaysia

BSMM : Bulan Sabit Merah Malaysia

CCC : Contingent Control Centre

DCC : District Control Centre

EPU : Unit Perancang Ekonomi

GIRN : Government Integrated Radio Network

HAZMAT : Hazardous Material

IOD : Indian Ocean Dipole

JAS : Jabatan Alam Sekitar

JBA : Jabatan Bekalan Air/ Syarikat Bekalan Air

JBPM : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

JAKOA : Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia

JKKK : Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung

JKM : Jabatan Kebajikan Masyarakat

JKR : Jabatan Kerja Raya

JLSM : Jabatan Laut Semenanjung Malaysia

JMG : Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia

JMM : Jabatan Meteorologi Malaysia

JPAM : Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

JPBD : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah

JPBD : Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa

Page 10: PTO Kemarau

ix

JPBN : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri

JPBP : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat

JPM : Jabatan Perdana Menteri

JPS : Jabatan Pengairan Dan Saliran

JPSM : Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

JPV : Jabatan Perkhidmatan Veterinar

KeTTHA : Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

MCC : Malaysian Control Centre

MKN : Majlis Keselamatan Negara

NAHRIM : National Hydraulic Research Institute Of Malaysia

NGO : Badan Bukan Kerajaan

PERHILITAN : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara

PBT : Pihak Berkuasa Tempatan

PDRM : Polis Diraja Malaysia

PGO : Pusat Gerakan Operasi (JBPM Negeri)

PKO : Pusat Kawalan Operasi (JPAM)

PKOB : Pusat Kawalan Operasi Bencana

PKTK : Pos Kawalan Tempat Kejadian

POP : Pusat Operasi Pertahanan

POTU : Pusat Operasi Tentera Udara

PPO : Pusat Pengurusan Operasi (JBPM)

PPON : Pusat Pengurusan Operasi Negara

PTO : Peraturan Tetap Operasi

RELA : Ikatan Relawan Rakyat Malaysia

SMART : Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia

SPAN : Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

SPI : Standardized Precipitation Index

TM : Telekom Malaysia Berhad

Page 11: PTO Kemarau

x

TNB : Tenaga Nasional Berhad

TUDM : Tentera Udara Diraja Malaysia

UHF : Ultra High Frequency

VHF : Very High Frequency

Page 12: PTO Kemarau

xi

TAFSIRAN / TAKRIF

Bagi tujuan Peraturan Tetap Operasi ini, pemakaian ayat yang

terkandung di dalam tiap-tiap peruntukan adalah mengikut tafsiran

seperti berikut:

1. Kemarau Kemarau secara amnya ditakrifkan sebagai keadaan kering luar

biasa yang mengakibatkan ketidakseimbangan hidrologi yang

serius kepada kawasan yang terlibat. Takrifan kemarau yang lebih

tepat dan digunapakai di dalam peraturan ini terbahagi kepada

empat takrifan iaitu Kemarau Meteorologi, Kemarau Hidrologi,

Kemarau Pertanian dan Kemarau Sosio-Ekonomi.

2. Jenis-Jenis Kemarau

2.1. Kemarau terbahagi kepada empat jenis, iaitu:

2.1.1. Kemarau Meteorologi

Ditakrifkan sebagai kekurangan hujan untuk satu

tempoh masa yang panjang di mana defisit jumlah

hujan kumulatif melebihi 35% dari normal untuk

tempoh 3 bulan dan 6 bulan semasa. Keadaan

kering adalah keadaan di mana defisit jumlah hujan

kumulatif melebihi 35% dari normal untuk tempoh 3

bulan semasa. Hujan normal adalah purata hujan

jangka panjang untuk tempoh 30 tahun bagi sesuatu

lokasi.

Page 13: PTO Kemarau

xii

2.1.2. Kemarau Hidrologi

Terjadi apabila berlaku penurunan berterusan kadar

luahan sungai, paras air permukaan empangan dan

paras air tanah. Keadaan ini boleh diukur daripada

perubahan berikut:

2.1.2.1. Kadar luahan sungai Sungai yang mengalami kadar alir rendah

melebihi 5 tahun tempoh ulangan (Average

Recurrence Interval) berterusan untuk

tempoh 3 bulan dianggap mengalami

kemarau.

2.1.2.2. Paras air empangan

Paras air empangan berada di bawah aras

berjaga-jaga untuk sekurang-kurangnya 2

bulan dalam tempoh 3 bulan berturut-turut.

2.1.2.3. Paras air tanah

Paras air tanah berada di bawah paras

normal untuk tempoh 3 bulan berturut-turut.

Paras normal bermaksud paras terendah

air tanah yang pernah direkodkan dalam

tahun-tahun sebelumnya semasa keadaan

kemarau meteorologi.

Page 14: PTO Kemarau

xiii

2.1.3. Kemarau Pertanian

Terjadi apabila berlakunya kekurangan air di dalam

tanah bagi menyokong pembesaran tanaman akibat

daripada kekurangan hujan.

Indeks hujan untuk pertanian (Agricultural Rainfall

Index, ARI) adalah petunjuk yang berguna untuk

menentukan kedapatan air hujan untuk pertanian.

Indeks hujan boleh ditafsirkan sebagai nisbah

bulanan pada kebarangkalian 80% (80%

probability,R80) kepada jumlah sejatpeluhan potensi

bulanan (potential evapotranspiration, Eo).

Nilai nisbah ini didarabkan dengan 100 untuk menjadi

peratus. Dalam bentuk persamaan indeks hujan

ialah:

ARI = R80/Eo x 100%

R80 : Hujan bulanan pada kebarangkalian 80%

Eo : Keupayaan sejatpeluhan bulanan (monthly

potential evapotranspiration)

ARI 40% adalah petunjuk kemarau bagi tanaman

berakar pendek.

2.1.4. Kemarau Sosio-Ekonomi

Berlaku apabila kekurangan bekalan air mula

memberi kesan buruk kepada tahap kesihatan dan

kualiti hidup orang ramai.

Page 15: PTO Kemarau

xiv

3. Amaran

Peringkat-peringkat kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan

Meteorologi Malaysia (JMM), Jabatan Pengairan dan Saliran

(JPS) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG)

mengenai tahap-tahap kemerosotan isipadu air berikutan keadaan

cuaca, jumlah air permukaan atau air tanah. 4. Jabatan Bertanggungjawab

JMM, JPS dan JMG adalah merupakan agensi utama yang

bertanggungjawab memantau dan mengeluarkan amaran

mengenai kemarau.

5. Tempat Penyimpanan Bekalan Bagi Keperluan Asas

Suatu tempat untuk menyimpan barang-barang keperluan asas

seperti makanan di kawasan yang dijangkakan kemarau. Barang-

barang keperluan ini ditempatkan sebelum berlaku kemarau dan

cukup untuk keperluan bagi jangkamasa seminggu.

6. Pusat Kawalan Operasi Bencana

Satu tempat yang diwujudkan semasa bencana untuk

Jawatankuasa Pengurusan Bencana bermesyuarat, mengurus,

menyelaras, mengawasi dan memantau situasi bencana.

7. Pusat Kawalan Tempat Kejadian

Satu tempat untuk menyelaras segala tindakan yang diambil oleh

pasukan penyelamat dan agensi-agensi yang terlibat dalam

operasi mencari dan menyelamat dan bantuan kecemasan kepada

mangsa-mangsa bencana di tempat kejadian.

Page 16: PTO Kemarau

xv

8. Pelan Kontingensi

Pelan tindakan yang dirancang oleh Kementerian/Jabatan/Agensi

bertujuan menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil ketika

berlaku bencana. Pelan kontingensi ini penting bagi mengekalkan

fungsi Kementerian/Jabatan/Agensi agar tidak terjejas ketika

berlakunya bencana. Pelan kontingensi ini perlu dikemaskini dari

semasa ke semasa serta dipersetujui oleh Ketua Setiausaha

Kementerian atau Ketua Jabatan/Agensi yang berkenaan.

Page 17: PTO Kemarau

xvi

REKOD PINDAAN

PINDAAN NO. PINDAAN DILAKUKAN OLEH

TARIKH PINDAAN

Page 18: PTO Kemarau

1

BAB I PENDAHULUAN

AM

1. Malaysia secara amnya jarang mengalami kemarau yang

berpanjangan. Walau bagaimanapun, episod fenomena cuaca El-

Niño yang berlaku pada tahun 1982-1983 dan 1997-1998 telah

menyebabkan berlakunya bencana kemarau di sesetengah

kawasan di Malaysia dan kekurangan air hampir di semua negeri

terutamanya Sabah dan Sarawak.

2. Kemarau berpanjangan akan memberi kesan terhadap ekosistem

dan pertanian seperti kematian semua jenis haiwan terutamanya

haiwan ternakan dan pengurangan hasil pertanian, kekurangan

bekalan air, bagi kegunaan domestik dan industri, peningkatan

penyakit berkaitan dehidrasi dan kebakaran hutan. Semua kesan

ini sekiranya tidak dibendung akan mewujudkan

ketidakseimbangan sosial dan ekonomi.

3. Fenomena El-Niño ini juga telah memberi kesan terhadap alam

sekitar seperti kebakaran hutan dan kebakaran di kawasan-

kawasan pertanian terutamanya di kawasan tanah gambut.

4. Adalah dijangkakan bahawa kesan dari pemanasan global akan

menyebabkan cuaca ekstrem dan fenomena El-Niño (dikaitkan

dengan cuaca kering) lebih kerap berlaku. Keadaan ini

berkemungkinan akan memberikan impak dan kesan yang lebih

besar.

Page 19: PTO Kemarau

2

5. Justeru itu, kerjasama dan tindakan bersepadu dari

Jabatan/Agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan

orang awam perlu digembleng dan diselaraskan bagi

mengurangkan impak dan kesan buruk kemarau terhadap

masyarakat dan negara sekiranya ia berlaku di masa akan datang.

6. Sehubungan dengan itu, Peraturan Tetap Operasi (PTO)

Pengendalian Bencana Kemarau ini disediakan selaras dengan

Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20: Dasar dan

Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara agar

mekanisme pengurusan bencana kemarau dapat dijalankan

dengan terselaras dan teratur.

SKOP

7. PTO ini merangkumi tindakan pengurusan dan pengendalian

bencana kemarau bermula dari peringkat persediaan sehinggalah

peringkat pemulihan bencana tersebut.

TUJUAN

8. Tujuan utama PTO ini adalah untuk menggariskan pelan tindakan

dan tatacara kerja dan tindakan agensi-agensi yang terlibat dalam

pengurusan bencana kemarau secara bersepadu supaya lebih

terselaras dan berkesan. Matlamat akhir PTO ini adalah untuk

mengurangkan risiko kehilangan nyawa, kerugian harta benda

yang besar dan akhir sekali ke arah pelaksanaan usaha-usaha

pemulihan selepas berlaku bencana.

Page 20: PTO Kemarau

3

BAB II PERSEDIAAN DAN KESIAPSIAGAAN

PENDAHULUAN

1. JMM, JPS dan JMG sebagai Jabatan yang

dipertanggungjawabkan untuk mengesan keadaan kering

luarbiasa yang mengakibatkan ketidakseimbangan hidrologi yang

serius kepada kawasan yang terlibat. JMM, JPS dan JMG juga

bertanggungjawab mengeluarkan maklumat-maklumat kemarau

dan kesan-kesan yang terhasil daripada kemarau tersebut kepada

semua pihak yang terlibat. Maklumat-maklumat yang

dimaksudkan adalah seperti berikut:

1.1. Data-data meteorologi oleh JMM;

1.2. Data-data hidrologi iaitu hujan, aras air, luahan sungai, paras

empangan oleh JPS; dan

1.3. Data-data air dalam tanah (groundwater) oleh JMG.

SISTEM PENYELARASAN MELALUI JAWATANKUASA

2. Penyelarasan dalam pengurusan dan bantuan bencana kemarau

dibuat melalui jawatankuasa yang dibentuk melalui Arahan MKN

No. 20 yang menekankan aspek pengurusan sebelum, semasa

dan selepas bencana kemarau. Jawatankuasa ini ditubuhkan di

peringkat Pusat, Negeri dan Daerah, seperti berikut:

2.1. Peringkat Pusat: Jawatankuasa Pengurusan Bencana

Pusat (JPBP);

Page 21: PTO Kemarau

4

2.2. Peringkat Negeri: Jawatankuasa Pengurusan Bencana

Negeri (JPBN);

2.3. Peringkat Daerah: Jawatankuasa Pengurusan Bencana

Daerah (JPBD).

TAHAP-TAHAP AMARAN

3. Amaran kemarau akan dikeluarkan mengikut tahap-tahap berikut:

3.1. WASPADA (Alert) - Suatu keadaan di mana aktiviti cuaca

berubah dari biasa kepada tiada penurunan hujan dan boleh

menyebabkan perubahan aras air sungai. Pada waktu ini,

persiapan-persiapan akhir bilik gerakan perlu disediakan

tetapi secara amnya tidak mengganggu tugas-tugas biasa;

3.2. AMARAN (Warning;) - Suatu keadaan di mana penurunan

kadar hujan yang berterusan telah menyebabkan penurunan

aras air sungai-sungai utama. Persediaan bagi bilik gerakan

mestilah telah diselesaikan dan sedia digerakkan dalam

masa yang singkat;

3.3. BAHAYA (Emergency) - Keadaan kemarau adalah nyata

dan bilik gerakan digerakkan sepenuhnya; dan

3.4. PENAMATAN (Termination) - Suatu keadaan di mana

aktiviti cuaca kembali normal.

Page 22: PTO Kemarau

5

SISTEM PEMANTAUAN DAN AMARAN AWAL KEMARAU 4. JMM bertanggungjawab mengeluarkan amaran tanda-tanda awal

kemungkinan berlakunya kemarau seperti berikut:

4.1. Melalui kaedah-kaedah ramalan cuaca dan iklim yang

digunapakai oleh JMM termasuk model-model numerikal dan

indeks-indeks berkaitan yang menunjukkan tanda-tanda

kehadiran fenomena penyebab kemarau seperti El-Niño.

4.2. JMM akan mengeluarkan amaran awal kemarau meteorologi

kepada semua pihak yang terlibat setelah dipersetujui oleh

MKN berpandukan kaedah-kaedah seperti Perbezaan Hujan

Berbanding Normal dan Standardized Precipitation Index

(SPI) dimana SPI adalah merupakan indeks status keadaan

kering sesuatu kawasan berdasarkan hujan.

4.2.1. Pemantauan Status Kemarau Meteorologi

Tahap amaran berikut akan dikeluarkan:

4.2.1.1. WASPADA, jika defisit jumlah hujan

kumulatif 3 bulan semasa melebihi 35%

dari normal dan indeks SPI bulan terkini

kurang dari -1.5 atau defisit jumlah hujan

kumulatif 6 bulan semasa melebihi 35%

dari normal dan indeks SPI bulan terkini

kurang dari -1.5;

Page 23: PTO Kemarau

6

4.2.1.2. AMARAN, jika defisit jumlah hujan

kumulatif 3 bulan dan 6 bulan semasa

melebihi 35% dari normal dan indeks SPI

3 bulan terkini kurang dari -1.5 serta tahap

kemarau sebelumnya telahpun

dikategorikan WASPADA;

4.2.1.3. BAHAYA, jika defisit jumlah hujan

kumulatif 3 bulan dan 6 bulan semasa

melebihi 35% dari normal dan indeks SPI

3 bulan terkini kurang dari -2.0 serta tahap

kemarau sebelumnya telahpun

dikategorikan AMARAN; dan

4.2.1.4. PENAMATAN, jika Indeks SPI menjadi

positif dan/atau jumlah hujan bulan semasa

di atas paras normal.

4.3. JPS akan menentukan tahap amaran kemarau hidrologi

berpandukan kaedah-kaedah seperti berikut:

4.3.1. Pemantauan Status Semasa Luahan Sungai Tahap amaran berikut akan dikeluarkan:

4.3.1.1. WASPADA, jika luahan sungai berada di

bawah normal untuk sekurang-kurangnya 2

bulan dalam tempoh 3 bulan berturut-turut;

Page 24: PTO Kemarau

7

4.3.1.2. AMARAN, jika luahan sungai berada di

bawah normal untuk sekurang-kurangnya 6

bulan dalam tempoh 7 bulan berturut-turut

dan tahap kemarau sebelumnya telahpun

diisytiharkan WASPADA; dan

4.3.1.3. BAHAYA, jika luahan sungai berada di

bawah normal untuk tempoh 7 bulan

berturut-turut atau lebih dan tahap kemarau

sebelumnya telahpun diisytiharkan

WASPADA dan AMARAN.

4.3.2. Pemantauan Status Semasa Paras Air Empangan

Tahap amaran berikut akan dikeluarkan:

4.3.2.1. WASPADA, jika paras air empangan

berada di bawah paras berjaga-jaga untuk

sekurang-kurangnya 2 bulan dalam tempoh

3 bulan berturut-turut;

4.3.2.2. AMARAN, jika paras air empangan berada

di bawah paras berjaga-jaga untuk

sekurang-kurangnya 6 bulan dalam tempoh

7 bulan berturut-turut dan tahap kemarau

sebelumnya telahpun diisytiharkan

WASPADA; dan

Page 25: PTO Kemarau

8

4.3.2.3. BAHAYA, jika paras air empangan berada

di bawah paras berjaga-jaga untuk tempoh

7 bulan atau lebih dan tahap kemarau

sebelumnya telahpun diisytiharkan

WASPADA dan AMARAN.

4.4. JMG juga melaksanakan pemantauan paras air bawah tanah apabila amaran kemarau meteorologi dan hidrologi

mencapai tahap bahaya seperti berikut:

4.4.1. WASPADA, jika paras air tanah berada di bawah

paras normal untuk tempoh 3 bulan berturut-turut;

4.4.2. AMARAN, jika paras air tanah berada di bawah

paras normal untuk tempoh 6 bulan berturut-turut;

dan

4.4.3. BAHAYA, jika paras air tanah berada di bawah

paras normal untuk tempoh melebihi 6 bulan

berturut-turut.

4.5. Kriteria yang akan digunakan untuk menentukan tahap

bencana kemarau adalah berdasarkan:

4.5.1. Perbezaan hujan berbanding normal;

4.5.2. SPI;

4.5.3. Kadar luahan sungai; dan

4.5.4. Paras air empangan.

Page 26: PTO Kemarau

9

SISTEM PENYALURAN MAKLUMAT

5. JMM dan JPS akan memaklumkan amaran awal kepada MKN dan

agensi-agensi lain yang berkaitan apabila keadaan mencapai

tahap WASPADA secara berterusan sehingga tahap

PENAMATAN dikeluarkan.

6. Sebaik menerima maklumat tersebut, MKN akan menggerakkan

Jawatankuasa Pengurusan Bencana berdasarkan tahap

pengurusan bencana.

ANALISIS KAWASAN YANG BERISIKO

7. JMG, JMM, JPS dan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM)

serta Jabatan/Agensi berkaitan yang lain perlu menjalankan

kajian/analisa kawasan yang berisiko tinggi menghadapi keadaan

kemarau. Ini membolehkan tindakan pencegahan dan persediaan

awal dapat diambil oleh Jabatan/Agensi berkaitan seperti Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT). Di samping itu, orang awam juga

dapat mengetahui lebih awal risiko yang dihadapi dan mengambil

tindakan-tindakan perlu. Laporan kajian ini hendaklah

dikemukakan kepada Urusetia JPBP/JPBN/JPBD.

PELAN KONTINGENSI

8. Semua Kementerian/Jabatan/Agensi, Badan Berkanun, pihak

Swasta dan lain-lain organisasi perlu menyediakan pelan

kontingensi bertujuan menggariskan langkah-langkah yang perlu

diambil ketika berlaku bencana. Pelan kontingensi ini penting bagi

Page 27: PTO Kemarau

10

mengekal dan meneruskan fungsi Kementerian/Jabatan/Agensi,

Badan Berkanun, pihak Swasta dan lain-lain organisasi agar tidak

terjejas ketika berlakunya bencana. Pelan kontingensi ini perlu

dikemaskini dari semasa ke semasa dan dipersetujui oleh majikan

sesebuah organisasi berkenaan.

Page 28: PTO Kemarau

11

BAB III TINDAK BALAS DAN BANTUAN

PENDAHULUAN

1. Tindak balas merupakan sesuatu tindakan yang diambil oleh

agensi-agensi yang melibatkan bantuan mencari dan menyelamat,

bantuan kemanusiaan dan bantuan kesihatan.

2. Agensi-agensi tindak balas akan diberikan maklumat awal

mengenai suatu kejadian kemarau untuk membolehkan mereka

bersiap sedia untuk melaksanakan tindakan-tindakan susulan.

3. Apabila mendapat amaran daripada JMM, JPS dan JMG akan

berlakunya bencana kemarau Jawatankuasa Pengurusan dan

Bantuan Bencana mengikut peringkat yang berkenaan akan

mengambil tindakan segera terhadap perkara-perkara berikut:

3.1. Kesihatan awam;

3.2. Keselamatan awam;

3.3. Aktiviti pertanian;

3.4. Alam sekitar;

3.5. Bantuan bekalan air dan lain-lain keperluan;

3.6. Penyediaan pusat pemindahan;

3.7. Tugas menyelamat dan pemindahan;

3.8. Sumber air baru; dan

3.9. Pembenihan awan.

Page 29: PTO Kemarau

12

PENGURUSAN TINDAK BALAS BENCANA KEMARAU

4. Penyelarasan pengurusan dan pengawasan bagi semua aktiviti

dalam pengurusan tindak balas bencana kemarau adalah

dikendalikan oleh agensi-agensi berkaitan yang diselaraskan oleh

JPBD/JPBN di satu tempat yang dikenali sebagai Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB). Manakala penyelarasan semua

tindakan dalam kerja-kerja menyelamat dan bantuan kecemasan

kepada mangsa-mangsa dijalankan di satu tempat yang dikenali

sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA (PKOB)

5. PKOB merupakan satu pusat yang diwujudkan selepas berlaku

bencana kemarau untuk JPBD/JPBN bermesyuarat, mengurus,

menyelaras dan memantau situasi bencana.

5.1. Pegawai Daerah selaku Pengerusi JPBD bertanggungjawab

mengetuai PKOB di Peringkat Daerah bagi tujuan

pengurusan bencana kemarau. Walaupun bencana

kemarau tersebut melibatkan Tahap II dan Tahap III seperti

yang ditafsirkan di bawah Arahan MKN No. 20, PKOB di

Peringkat Daerah perlu tetap beroperasi.

5.2. PKOB bertanggungjawab kepada semua Jabatan/Agensi

untuk memaklumkan permulaan, tahap semasa operasi dan

penamatan operasi. Sepanjang kemarau berlaku, PKOB

perlu bersidang setiap hari untuk memantau keadaan.

Page 30: PTO Kemarau

13

POS KAWALAN TEMPAT KEJADIAN (PKTK)

6. PKTK merupakan satu tempat untuk menyelaras segala tindakan

taktikal yang diambil oleh Jabatan/Agensi yang terlibat dalam

operasi mencari dan menyelamat, bantuan kecemasan serta

pemindahan mangsa-mangsa yang terlibat.

6.1. Ketua Polis Daerah/Ketua Polis Negeri adalah Komander Operasi Bencana mengikut tahap pengurusan bencana

kemarau.

6.2. Pegawai Bomba Daerah/Negeri akan bertindak sebagai Timbalan Komander Operasi Bencana mengikut tahap

pengurusan bencana kemarau.

6.3. Semua Jabatan/Agensi yang terlibat dalam tindak balas

bencana dikehendaki melapor ke PKTK dan menempatkan

pegawai perhubungan masing-masing.

AGENSI PENYELAMAT

7. Dalam menangani bencana yang terhasil akibat kemarau,

beberapa agensi tindak balas akan memainkan peranan dalam

operasi mencari dan menyelamat serta bantuan perubatan

kecemasan seperti SMART, JBPM, PDRM, ATM, Jabatan

Perubatan Kecemasan, JPAM dan mana-mana pasukan khas

yang ditubuhkan oleh mana-mana agensi.

Page 31: PTO Kemarau

14

AGENSI BANTUAN DAN PEMULIHAN

8. Agensi bantuan dan pemulihan terdiri daripada KeTTHA, JKM,

Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, JMM, JPS, JKR, JMG,

JPV, Jabatan Pertanian, Perhilitan, Jabatan Pelajaran Negeri/

Pejabat Pelajaran Daerah, RELA, SPAN, JAKOA, ARSM, BSMM,

TNB, TM, SAPURA, JAS, Pihak Berkuasa Air Negeri, PBT, JKKK

dan NGO.

PEGAWAI PERHUBUNGAN

9. Wakil Jabatan/Agensi yang terlibat dalam tindak balas bencana

hendaklah ditempatkan di PKTK dan PKOB. Pegawai-pegawai

tersebut hendaklah terdiri daripada pegawai yang boleh membuat

keputusan dan memberi nasihat kepada Komander Operasi di

PKTK atau Pengawal di PKOB.

KEPERLUAN PKOB

10. PKOB hendaklah mempunyai keperluan dan peralatan serta

maklumat yang lengkap untuk beroperasi, termasuk:

10.1. Sistem dan rangkaian komunikasi dengan peralatan

komunikasi yang sesuai seperti sistem komunikasi GIRN,

telefon (suwalitar, talian terus dan mudah alih), faksimili,

radio VHF/HF/UHF dan komputer (internet);

10.2. Senarai nama, nombor telefon dan alamat, termasuk:

Page 32: PTO Kemarau

15

10.2.1. Pegawai Bertugas Bilik Gerakan Jabatan/Agensi

Kerajaan, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan;

10.2.2. Pegawai Kanan Jabatan/Agensi Kerajaan,

Swasta dan Badan Bukan Kerajaan; dan

10.2.3. Pengurusan Tertinggi.

10.3. Peta Negeri, Daerah dan kawasan yang ditimpa bencana;

10.4. Carta-Carta

10.4.1. Carta pemindahan mangsa-mangsa seperti di

Kembaran A, Bab III; 10.4.2. Carta kematian/kecederaan/hilang seperti di

Kembaran B, Bab III;

10.4.3. Carta harta benda Kerajaan/awam/persendirian

yang musnah/rosak seperti di Kembaran C, Bab III;

10.4.4. Carta jalan perhubungan yang musnah/rosak

seperti di Kembaran D, Bab III;

10.4.5. Carta laporan kejadian bencana susulan seperti

di Kembaran E, Bab III;

10.4.6. Carta permohonan dan pengeluaran bantuan

seperti di Kembaran F, Bab III; 10.4.7. Carta penggunaan pesawat udara seperti di

Kembaran G, Bab III; 10.4.8. Carta-carta lain yang bersesuaian.

10.5. Buku Log bagi mencatatkan perutusan keluar dan masuk.

Catatan perutusan masuk hendaklah ditulis dengan pen

Page 33: PTO Kemarau

16

berdakwat merah dan keluar dengan pen berdakwat biru;

10.6. Buku kedatangan pegawai dan kakitangan bertugas; dan

10.7. Dokumentasi dan peralatan lain yang perlu.

JALINAN PERHUBUNGAN PKOB

11. Satu sistem rangkaian komunikasi dan penyaluran maklumat di

antara PKOB dan PKTK hendaklah diwujudkan mengikut tahap

pengurusan bencana sama ada menggunakan sistem komunikasi

GIRN, telefon (suwalitar, talian terus dan mudah alih), faksimili,

radio VHF/HF/UHF dan komputer (internet).

12. Selain daripada itu, satu pelan komunikasi dan penyaluran

maklumat juga perlu diwujudkan di antara PKOB dan bilik-bilik

gerakan agensi tindak balas bencana yang lain seperti berikut:

12.1. Peringkat Persekutuan

12.1.1. PKOB Pusat - MCC

(MKN) - POP

- POTU (untuk permohonan

pesawat TUDM di

Semenanjung Malaysia)

- PKOB Negeri

- Bilik-bilik Gerakan

Jabatan/Agensi lain yang

berkenaan.

Page 34: PTO Kemarau

17

12.2. Peringkat Negeri

12.2.1. PKOB Negeri - PKOB Pusat

(MKN Negeri) - CCC

- Bilik Gerakan Batalion/ Briged

- POTU (untuk permohonan

pesawat TUDM di Sabah dan

Sarawak)

- Bilik-bilik Gerakan

Jabatan/Agensi Negeri lain

yang berkaitan

- PKOB Daerah berkaitan

12.3. Peringkat Bahagian/Daerah

12.3.1. PKOB Bahagian/ - PKOB Negeri

Daerah (SKD) - CCC dan DCC

- Bilik Gerakan Batalion/ Briged

- POU (untuk permohonan

pesawat TUDM di Sabah dan

Sarawak)

- Bilik-bilik Gerakan

Jabatan/Agensi Daerah lain

yang berkaitan

13. Aliran komunikasi antara Bilik-Bilik Gerakan Jabatan/Agensi

adalah seperti di Kembaran H, Bab III.

Page 35: PTO Kemarau

18

LAPORAN KEADAAN DAN LAPORAN RINGKAS

14. Laporan Keadaan dan Laporan Ringkas yang dihantar hendaklah

mengandungi beberapa perkara penting, masing-masing, seperti

di Kembaran I, Bab III dan Kembaran J, Bab III.

15. Laporan Keadaan dan Laporan Ringkas adalah bertujuan untuk

melapor serta memantau kesan dan akibat daripada bencana

kemarau yang berlaku. Pemantauan yang berterusan dapat

membantu Jabatan/Agensi yang berkaitan mengambil tindakan

perlu bagi mengelakkan kesan dan akibat yang lebih buruk.

Laporan Keadaan dan Laporan Ringkas ini dikemukakan dari

Peringkat Daerah ke Peringkat Negeri dan dari Peringkat Negeri

ke Peringkat Pusat. Kekerapan laporan keadaan adalah seperti

berikut:

Masa Jenis Laporan

8.00 pagi Laporan Keadaan

12.00 tengahari Laporan Ringkas

4.00 petang Laporan Ringkas

8.00 malam Laporan Keadaan

12.00 tengah malam Laporan Ringkas

4.00 pagi Laporan Ringkas

16. Jika kejadian bencana amat buruk, maka Laporan Keadaan dan

Laporan Ringkas bolehlah dikemukakan dalam tempoh yang lebih

kerap lagi, khususnya dari Peringkat Daerah ke Peringkat Negeri.

Page 36: PTO Kemarau

19

17. Bagi Laporan Keadaan, laporan ini hendaklah disediakan untuk

dimaklumkan kepada:

17.1. Peringkat Pusat

17.1.1. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana

Pusat;

17.1.2. Ketua Setiausaha Negara; dan

17.1.3. Pengurusan-Pengurusan Tertinggi lain, jika perlu.

17.2. Peringkat Negeri

17.2.1. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana

Negeri; dan

17.2.2. Lain-lain pegawai, jika perlu.

17.3. Peringkat Daerah

17.3.1. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana

Daerah; dan

17.3.2. Lain-lain pegawai, jika perlu.

PERMOHONAN BANTUAN PESAWAT UDARA

18. Semua permohonan pesawat udara hendaklah dikemukakan oleh

PKOB Negeri kepada PKOB Pusat. Maklumat-maklumat yang

diperlukan bagi permohonan bantuan pesawat udara adalah

seperti di Kembaran K, Bab III.

Page 37: PTO Kemarau

20

19. PKOB Pusat hendaklah memanjangkan permohonan kepada POP

untuk tindakan selanjutnya. Bagi Sabah dan Sarawak,

permohonan hendaklah juga disalurkan kepada POP.

20. Jenis khidmat udara yang boleh diberikan meliputi penerbangan

pemindahan pesakit/mangsa melalui udara (MEDEVAC). Bagi

memastikan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyediakan

kemudahan dalam pesawat yang sesuai dengan keadaan

pesakit/mangsa, kategori keadaan pesakit/mangsa hendaklah

dimaklumkan, sama ada:

20.1. perlu pindah serta merta;

20.2. perlu pindah dalam tempoh 24 jam;

20.3. perlu pindah dalam keadaan usung (stretcher case); dan

20.4. perlu pindah dan pesakit/mangsa boleh berjalan (sitting

case).

21. Tertakluk kepada keperluan operasi, TUDM setelah yakin keadaan

bencana adalah buruk, boleh menempatkan satu Kumpulan Udara

Taktikal (Tactical Air Control Party) di negeri-negeri berkenaan.

Jika dilaksanakan, PKOB Negeri boleh terus berhubung dengan

Ketua Ditasemen (Detachment Commander) pasukan tersebut.

BILIK GERAKAN AGENSI AWAM 22. Bilik Gerakan Jabatan/Agensi Awam yang lain di peringkat

Persekutuan/Negeri/Daerah hendaklah dibuka apabila diarah

berbuat demikian oleh Pegawai Penyelaras/Pengawal PKOB

Pusat/Negeri/Daerah. Maklumat mengenai Bilik Gerakan

Page 38: PTO Kemarau

21

Jabatan/Agensi Awam hendaklah dimaklumkan kepada PKOB

Pusat/Negeri/Daerah.

PEMANTAUAN PARAS AIR EMPANGAN

23. Apabila berlaku musim kemarau, satu Jawatankuasa Pemantauan

Paras Empangan perlu ditubuhkan oleh Kementerian Tenaga,

Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Tugas utama jawatankuasa ini

adalah untuk memantau paras empangan dan pengeluaran air

empangan dari masa ke semasa. Pengeluaran air empangan

perlu dipantau dan dikawal untuk mengelakkan paras empangan

daripada terus merosot hingga ke paras kritikal.

PEMBEKALAN/ PENYALURAN AIR

24. Catuan air secara berjadual perlu dilakukan oleh Pihak Berkuasa

Air Negeri sekiranya sumber air terus merosot dengan

pemantauan JPBN. Catuan air yang akan dilaksanakan perlu

dimaklumkan kepada pengguna melalui hebahan di televisyen

atau radio. Pembekalan air boleh dilaksanakan melalui lori-lori

tangki yang menghantar air ke kawasan-kawasan terjejas.

Tempat-tempat kritikal perlu dikenalpasti bagi memastikan bekalan

air dapat disalurkan seperti di hospital, pusat pemindahan, asrama

sekolah dan rumah-rumah dan sebagainya. Di samping itu,

tangki-tangki statik juga boleh diletakkan di lokasi-lokasi yang

strategik. Bilik Operasi yang beroperasi selama 24 jam sehari

perlu diwujudkan untuk menerima aduan masalah bekalan air

daripada pengguna.

Page 39: PTO Kemarau

22

25. Sumber air segera seperti sumber air bawah tanah perlu

dikenalpasti untuk memastikan bekalan air mencukupi bagi

menampung kekurangan bekalan air sedia ada.

PEMINDAHAN MANGSA-MANGSA KEMARAU 26. Ketua Polis Daerah/Negeri selaku Komander Operasi Bencana

adalah bertanggungjawab sebagai penyelaras dalam gerakan

memindahkan mangsa-mangsa kemarau atau bencana susulan

akibat daripada keadaan kemarau ke pusat-pusat pemindahan.

Kemudahan pengangkutan hendaklah disediakan oleh

Jabatan/Agensi berkenaan melalui penyelarasan di peringkat

Daerah/Negeri.

PENGENDALIAN PUSAT-PUSAT PEMINDAHAN

27. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan dibantu oleh Agensi

Bantuan dan Pemulihan yang lain bertanggungjawab dalam

mengendalikan pusat-pusat pemindahan, termasuk:

27.1. Mendaftar mangsa-mangsa yang terlibat (masuk dan keluar);

27.2. Membekal dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian,

selimut, tikar dan lain-lain keperluan;

27.3. Menggerakkan pasukan petugas dan sukarelawan

membantu dalam urusan pendaftaran, memasak dan

sebagainya;

27.4. Merancang aktiviti untuk mangsa-mangsa di pusat-pusat

pemindahan (jika tempoh pemindahan melebihi 7 hari); dan

27.5. Memberi nasihat, bimbingan/kaunseling kepada mangsa-

Page 40: PTO Kemarau

23

mangsa yang mengalami tekanan “post-trauma”.

28. Jabatan Kesihatan adalah bertanggungjawab dalam memberikan

perkhidmatan perubatan, kecemasan dan kesihatan awam.

28.1. Perkhidmatan perubatan dan kecemasan merangkumi:

28.1.1. perawatan kes-kes kecemasan;

28.1.2. penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan

hipertensi di kalangan mangsa; dan

28.1.3. kesihatan reproduktif seperti kesihatan ibu

mengandung (antenatal dan post-natal).

28.2. Perkhidmatan kesihatan awam yang diberikan adalah:

28.2.1. pendidikan kesihatan untuk meningkatkan

kesedaran dan mendidik dalam langkah-langkah

pencegahan penyakit; dan

28.2.2. pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dan

wabak.

29. PDRM adalah bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan

kawasan pusat pemindahan.

30. Pusat pemindahan hanya akan ditutup setelah mendapat arahan

Pengerusi JPBD atas nasihat Komander Operasi Bencana.

Page 41: PTO Kemarau

24

OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT 31. Ketua Polis Daerah/Negeri selaku Komander Operasi Bencana

adalah bertanggungjawab dalam menyelaras operasi mencari dan

menyelamat serta bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa

kemarau atau bencana susulan akibat daripada keadaan kemarau.

PENYEBARAN MAKLUMAT DAN PENGURUSAN MEDIA

32. Jabatan Penerangan bertanggungjawab dalam menguruskan

penyebaran maklumat termasuk kepada media. Semua

kenyataan dan maklumat yang hendak dikeluarkan hendaklah

terlebih dahulu dirujuk kepada Pengerusi JPBD/JPBN/JPBP. Bagi

melancarkan pengurusan maklumat dan media, Jabatan

Penerangan boleh menubuhkan Pusat Pengurusan Media sama

ada di PKOB atau PKTK di mana bersesuaian.

CARTA ALIRAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN BENCANA KEMARAU

33. Carta aliran dalam pengurusan dan tindakan pengendalian

bencana kemarau dari peringkat amaran ke peringkat tindak balas

adalah seperti di Kembaran L, Bab III.

PERANAN DAN TUGAS MKN DAN AGENSI-AGENSI DALAM PENGURUSAN TINDAK BALAS BENCANA KEMARAU

34. Peranan dan tugas-tugas Agensi-Agensi Penyelamat dan Agensi-

Agensi Bantuan dan Pemulihan, Badan Berkanun, Swasta dan

Page 42: PTO Kemarau

25

badan bukan Kerajaan dalam pengendalian bencana kemarau

adalah seperti di Kembaran M, Bab III.

PENGISYTIHARAN DARURAT BENCANA KEMARAU

35. Pengisytiharan darurat bencana kemarau dibuat secara peraturan

pentadbiran dan eksekutif oleh YAB Perdana Menteri atas

pengesyoran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat seperti

yang digariskan di dalam Arahan MKN No. 20.

Page 43: PTO Kemarau

26

Kembaran A, Bab III

JADUAL PEMINDAHAN MANGSA-MANGSA KEMARAU NEGERI/ DAERAH : TARIKH : MASA :

BIL DAERAH/

PUSAT PEMINDAHAN

BIL PUSAT PEMINDAHAN/

KAPASITI BIL MANGSA CATATAN

(MENINGKAT/ MENURUN) JUMLAH

(BIL) DIGUNA

(BIL) SEKARANG TERTINGGI

BIL MANGSA

BIL KELUARGA TARIKH BIL

MANGSA BIL

KELUARGA (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j)

Page 44: PTO Kemarau

27

Kembaran B, Bab III

JADUAL KEMATIAN/CEDERA/HILANG NEGERI/ DAERAH :

BIL BIL RUJUKAN

TARIKH & WAKTU KEJADIAN

TEMPAT KEJADIAN

BILANGAN BUTIR-BUTIR MANGSA (NAMA, UMUR, JANTINA) CATATAN MATI CEDERA HILANG

(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i)

Page 45: PTO Kemarau

28

Kembaran C, Bab III

JADUAL HARTA BENDA KERAJAAN/AWAM/PERSENDIRIAN YANG MUSNAH/ROSAK NEGERI/ DAERAH :

BIL BIL RUJUKAN

JENIS HARTA & PEMILIKAN LOKASI TARIKH & WAKTU

KEJADIAN MUSNAH/ROSAK NILAI KERUGIAN (RM) CATATAN

(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h)

Page 46: PTO Kemarau

29

Kembaran D, Bab III

JADUAL JALAN PERHUBUNGAN (TERMASUK LANDASAN KERETAPI) DAN JAMBATAN YANG MUSNAH/ROSAK NEGERI/ DAERAH :

BIL BIL RUJUKAN

NAMA JALAN/ LANDASAN/ JAMBATAN

LOKASI JARAK YANG TERLIBAT

TEGAHAN KEPADA LALULINTAS

(SEMUA KENDERAAN/ BERAT/ RINGAN)

LALUAN ALTERNATIF CATATAN

(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h)

Page 47: PTO Kemarau

30

Kembaran E, Bab III

JADUAL KEJADIAN BENCANA SUSULAN NEGERI/ DAERAH :

BIL BIL RUJUKAN

JENIS KEJADIAN/ BENCANA

LOKASI TARIKH & WAKTU KEJADIAN LAPORAN RINGKAS KEROSAKAN/

KEMALANGAN CATATAN

(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h)

Page 48: PTO Kemarau

31

Kembaran F, Bab III

JADUAL PERMOHONAN DAN PEMBERIAN BANTUAN NEGERI/ DAERAH :

BIL BIL RUJUKAN

BANTUAN YANG DIPOHON BANTUAN YANG DIBERI TARIKH & WAKTU

DIPOHON

NAMA JABATAN PEMOHON

JENIS KUANTITI TARIKH & WAKTU

DIPERLUKAN JENIS KUANTITI

TARIKH & WAKTU

DIHANTAR PENERIMAAN/

CATATAN

(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k)

Page 49: PTO Kemarau

32

Kembaran G, Bab III

JADUAL PENGGUNAAN PESAWAT UDARA NEGERI/ DAERAH :

BIL RUJUKAN PEMOHON

NAMA JABATAN PEMOHON

TARIKH & WAKTU PENGGUNAAN

PESAWAT BUTIR-BUTIR

TUGAS

BUTIR-BUTIR PENERBANGAN

(JENIS, PELEPASAN, KETIBAAN)

DIRUJUK KEPADA JPBD/JPBN/

POP/POTU/POU CATATAN

(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h)

Page 50: PTO Kemarau

33

Kembaran H, Bab III

PELAN KOMUNIKASI BENCANA KEMARAU

PPON

MCC PPO POP

Bilik Gerakan Perkhidmatan

Perubatan Kecemasan

(EMS)

JMM

Bilik Gerakan SMART

PKO JPAM

Bilik Gerakan Agensi-Agensi Bantuan dan Pemulihan

Bilik Gerakan Badan Bukan

Kerajaan/ Sukarelawan

PKOB Negeri/

Bahagian/ Daerah

CCC/DCC PGO Bilik Gerakan

Batalion/ Briged

Bilik Gerakan Perkhidmatan

Perubatan Kecemasan

(EMS)

JMM Negeri

Bilik Gerakan Badan Bukan

Kerajaan/ Sukarelawan

PKO JPAM Negeri/Daerah

Bilik Gerakan Agensi-Agensi Bantuan dan Pemulihan

Jab. Penerangan Negeri

Media Massa

PERINGKAT PUSAT PERINGKAT NEGERI/BAHAGIAN/DAERAH

Jab. Penerangan Media Massa (Radio, TV &

Akhbar)

JPS

JMG

JPS Negeri

JMG Negeri

Page 51: PTO Kemarau

34

Kembaran I, Bab III

FORMAT LAPORAN KEADAAN

Negeri:

Daerah:

Tarikh:

Laporan Berakhir Jam: ………………….

1. Ringkasan kepada keadaan kemarau secara keseluruhan.

2. Laporan pemindahan.

2.1. Mengikut Daerah/kawasan/kampung.

2.2. Jumlah pusat pemindahan dan yang sedang digunakan.

2.3. Bilangan semasa dan tertinggi (bilangan mangsa dan keluarga).

2.4. Keadaan semasa (meningkat atau menurun daripada laporan

terdahulu).

3. Bilangan dan butir-butir kematian/cedera/hilang.

4. Kemusnahan/kerosakan harta benda Kerajaan/awam/persendirian.

5. Jalan perhubungan (termasuk landasan keretapi) dan jambatan yang

musnah/rosak.

5.1. Nama jalan/landasan/jambatan.

5.2. Lokasi dan jarak terlibat.

5.3. Tegahan lalulintas.

5.4. Laluan alternatif.

Page 52: PTO Kemarau

35

6. Kejadian bencana susulan.

6.1. Jenis kejadian/bencana.

6.2. Lokasi, tarikh dan waktu kejadian/bencana.

6.3. Maklumat lain termasuk kerosakan/kemalangan.

7. Situasi semasa.

7.1. Bilangan petugas.

7.2. Aset dan jentera.

7.3. Analisis keadaan.

8. Permohonan keperluan

8.1. Jenis dan kuantiti.

8.2. Lokasi yang memerlukan.

8.3. Bilangan mangsa.

8.4. Tarikh dan masa yang diperlukan.

9. Hal-hal Lain.

9.1. Lawatan VIP.

Page 53: PTO Kemarau

36

Kembaran J, Bab III

FORMAT LAPORAN SEMASA

Negeri:

Daerah:

Tarikh:

Laporan Berakhir Jam: ………………….

10. Laporan pemindahan.

10.1. Mengikut Daerah/kawasan/kampung.

10.2. Jumlah pusat pemindahan dan yang sedang digunakan.

10.3. Bilangan semasa dan tertinggi (bilangan mangsa dan keluarga).

10.4. Keadaan semasa (meningkat atau menurun daripada laporan

terdahulu).

11. Bilangan dan butir-butir kematian/cedera/hilang.

12. Kejadian bencana susulan.

12.1. Jenis kejadian/bencana.

12.2. Lokasi, tarikh dan waktu kejadian/bencana.

12.3. Maklumat lain termasuk kerosakan/kemalangan.

13. Permohonan keperluan

13.1. Jenis dan kuantiti.

13.2. Lokasi yang memerlukan.

13.3. Bilangan mangsa.

13.4. Tarikh dan masa yang diperlukan.

Page 54: PTO Kemarau

37

Kembaran K, Bab III

PERMOHONAN BANTUAN PESAWAT UDARA TUDM

Tarikh:

Nama Jabatan:

14. Jenis pesawat dipohon.

15. Tarikh dan waktu hendak digunakan (termasuk tarikh dan waktu alternatif).

16. Butir-butir tugas (membawa VIP/Kargo/Pesakit/Mangsa dll).

17. Lokasi Berlepas (nombor rujukan peta, tanda pendaratan (marker) dan

rujukan landasan pendaratan seperti padang sekolah dll).

18. Lokasi Dituju (nombor rujukan peta, tanda pendaratan (marker) dan rujukan

landasan pendaratan seperti padang sekolah dll).

19. Bilangan dan butir-butir kematian/cedera/hilang.

20. Bilangan, identiti dan kategori keadaan pesakit (nama, jawatan, nombor kad

pengenalan atau identiti lain dan keadaan pesakit/mangsa).

21. Anggaran jumlah berat muatan (penumpang dan barang-barang).

22. Nama pegawai bertanggungjawab terhadap penumpang dan barang-barang.

23. Nama pegawai, jawatan dan maklumat perhubungan yang menunggu

ketibaan barang-barang.

24. Lain-lain penerangan.

Page 55: PTO Kemarau

38

Kembaran L, Bab III

CARTA ALIRAN TINDAKAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN BENCANA KEMARAU

KEMBARAN M, BAB III

Sistem Amaran - JMM o Perbezaan hujan berbanding

Normal o Standardized Precipitation

Index (SPI) - JPS o Pemantauan Status Semasa

Luahan Sungai o Pemantauan Status Semasa

Paras Air Empangan - JMG o pemantauan paras air dalam

tanah

PPON/MCC/POP/ PPO/PKO

AMARAN (Warning)

BAHAYA (Danger)

WASPADA (Alert/Watch)

Agensi Penyelamat Bersiapsiaga

Agensi Penyelamat Digerakkan/ Tindak balas

PKTK

PKOB

Mencari & Menyelamat Kebajikan

Perkhidmatan Perubatan/ Kesihatan

Media Kawalan Keselamatan

Khidmat Teknikal &

Logistik

PDRM, JBPM, ATM,

Perkhidmatan Perubatan

Kecemasan, SMART, JPAM

JKM, JPAM, RELA, KPM,

NGO

Perkhidmatan Perubatan

Kecemasan, ATM, NGO

Jabatan Penerangan,

Jabatan Penyiaran,

Media

PDRM, RELA

Pej. Daerah, PBT, JKR, TM, TNB,

SAPURA, Jab/Sykt Bekalan Air, JMG, JMM, JPS, JAS,

JPV, JAKOA, Jab. Pertanian,

PERHILITAN, NGO

- mencari & menyelamat

- pemindahan - khidmat perubatan kecemasan

- penyediaan pusat pemindahan

- penyediaan makanan dan bantuan lain

- kaunseling

- fakta tepat & cepat

- kenyataan akhbar

- liputan media (elektronik, akhbar)

- rawatan kecemasan

- perkhidmatan perubatan

- perkhidmatan kesihatan awam

- keselamatan bangunan/ rumah

- keselamatan pusat pemindahan

- pemulihan kemudahan asas (api, air, telefon)

- logistik - komunikasi - kepakaran

- JPBP

- JPBN

Page 56: PTO Kemarau

39

PERANAN DAN TUGAS MKN DAN AGENSI-AGENSI DALAM PENGURUSAN TINDAK BALAS BENCANA KEMARAU

A. MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN)

36. MKN bertanggungjawab:

36.1. menerima maklumat keadaan kemarau, membuat penilaian

kerosakan/kerugian yang diterima dari Jabatan/Agensi

berkenaan dan menentukan tahap pengurusan bencana;

36.2. memberikan khidmat keurusetiaan kepada Jawatankuasa-

Jawatankuasa Pengurusan Bencana mengikut peringkat

pengurusan bencana;

36.3. menentukan pelaksanaan dasar dan mekanisme

pengurusan bencana berjalan lancar;

36.4. menggerakkan SMART untuk operasi mencari dan

menyelamat;

36.5. memberi nasihat kepada Jawatankuasa Pengurusan dan

Bantuan Bencana apabila diminta ke arah kelancaran

pengendalian serta pengurusan sesuatu bencana; dan

36.6. menguruskan kemasukan bantuan kemanusiaan dari luar

negara sama ada pasukan mencari dan menyelamat atau

lain-lain bentuk bantuan jika diperlukan.

Page 57: PTO Kemarau

40

B. AGENSI PENYELAMAT

1. PASUKAN MENCARI DAN MENYELAMAT KHAS MALAYSIA (SMART)

1.1. Mencari dan menyelamat mangsa-mangsa bencana.

1.2. Menyediakan khidmat bantuan kepakaran dan peralatan

khusus untuk agensi-agensi lain.

2. JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM)

2.1. Mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang

terperangkap di bawah runtuhan, menyelamat mangsa

kemalangan jalan raya, kemalangan di air dan lain-lain

bentuk kemalangan.

2.2. Memberi bantuan kecemasan.

2.3. Menggerakkan unit pemadaman bagi melaksanakan operasi

melawan kebakaran.

2.4. Memastikan keselamatan semua petugas yang terlibat

dalam kerja menyelamat.

2.5. Memberi perkhidmatan pengangkutan darat, laut dan udara.

2.6. Menggerakkan unit HAZMAT untuk mengawal kebocoran

kimia dan lain-lain tindakan yang boleh diambil.

2.7. Menggerakkan Unit Pengesan K-9 untuk membantu operasi

mencari dan menyelamat di bawah runtuhan struktur.

2.8. Menyelia kerja-kerja menyelamat dengan menggunakan

jentera berat yang dikendalikan oleh agensi sokongan.

2.9. Bekerjasama dengan pegawai perubatan insiden dan lain-

lain pegawai perubatan serta pihak ambulan untuk

Page 58: PTO Kemarau

41

memberikan bantuan kepada mangsa yang memerlukan

dan juga untuk memindahkan pesakit.

2.10. Menjalankan penyiasatan awal bersama agensi penyelamat

lain di tempat kejadian bagi menentukan tindakan bersepadu

yang perlu diambil.

2.11. Mengumpul maklumat dan mengkaji tahap bahaya bagi

menasihati pihak PDRM supaya tindakan evakuasi kawasan

dapat dilakukan.

2.12. Mencari mangsa-mangsa yang terkorban dengan

menentukan kedudukan mangsa-mangsa tersebut dan

menyerahkan kepada PDRM.

2.13. Bersedia di kawasan insiden untuk memastikan keadaan

selamat dan terkawal.

2.14. Menyediakan perkhidmatan helikopter untuk tujuan

pengawasan dari udara (air surveillance), pengangkutan

udara, ambulan udara dan operasi melawan kebakaran.

2.15. Memberikan khidmat kepakaran yang diperlukan.

2.16. Berkerjasama dengan PDRM untuk mengadakan sempadan

zon operasi (cordon) di sekeliling insiden sebenar bagi

membolehkan JBPM melaksanakan pengawasan dan

pengawalan operasi.

2.17. Menjalankan penyiasatan di mana diperlukan dan

menyediakan laporan serta bukti-bukti.

3. POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) Am

3.1. Menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

3.2. Melindungi harta dan nyawa.

Page 59: PTO Kemarau

42

3.3. Mengumpul maklumat risikan.

Di tempat kejadian

3.4. Kawalan dan kepungan.

3.5. Kawalan lalu lintas.

3.6. Penubuhan PKTK.

3.7. Menetapkan kawasan selamat.

Penyelarasan dan tindakan dengan lain-lain agensi

3.8. Mengetuai dan menyelaras operasi mencari dan

menyelamat

3.9. Menyelaraskan sistem perhubungan antara agensi.

3.10. Menyelaras dan memberi perkhidmatan pengangkutan darat,

laut dan udara.

3.11. Menyelaras pendaftaran mangsa-mangsa yang meninggal,

cedera akibat bencana dan berpindah ke pusat pemindahan.

3.12. Memaklumkan kepada agensi-agensi berkaitan bencana.

3.13. Menyelaras pasukan bantuan dari luar negara.

Pengurusan media 3.14. Mengeluarkan laporan media.

Pasca bencana 3.15. Menjalankan siasatan.

4. ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)

4.1. Memberi khidmat anggota di semua peringkat semasa

berlaku bencana kemarau.

Page 60: PTO Kemarau

43

4.2. Membantu menyediakan keperluan peralatan dan jentera

yang boleh digunakan dalam kerja-kerja mencari dan

menyelamat.

4.3. Menyediakan khidmat kepakaran seperti pakar letupan,

kejuruteraan, perhubungan dan perubatan medan jika

diperlukan.

4.4. Membantu menyediakan kerja-kerja binaan jambatan dan

jalanraya jika diperlukan untuk memudahkan kerja-kerja

semasa bencana.

4.5. Melaksanakan kerja-kerja mencari dan menyelamat

mengikut keperluan semasa bencana.

4.6. Menyediakan ambulan udara untuk pertolongan

kecemasan dan pemindahan mangsa-mangsa bencana.

4.7. Membantu menyediakan kemudahan awam seperti khemah

dan lain-lain di dalam kawalan di penempatan sementara

mangsa.

4.8. Memberi bantuan kawalan keselamatan kawasan sekiranya

diperlukan.

4.9. Menyediakan pengangkutan darat, laut dan udara.

4.10. Membantu DCA mengawal trafik udara jika diperlukan.

5. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Perkhidmatan Perubatan Kecemasan

5.1. Memberikan perkhidmatan kepakaran perawatan

kecemasan dalam operasi menyelamat dengan koordinasi

dengan agensi penyelamat.

5.2. Memberikan perkhidmatan perawatan kecemasan bagi

mangsa dan penyelamat.

Page 61: PTO Kemarau

44

5.3. Memberikan dan menyelaras semua perkhidmatan ambulan,

perawatan pra-hospital dan pengangkutan berkaitan.

Perkhidmatan Pangkalan Perubatan 5.4. Memberikan perkhidmatan perawatan perubatan dan

kecemasan bagi mangsa dan penyelamat.

5.5. Menyelaras pengurusan dan perawatan kecemasan dari

pelbagai agensi berkaitan dan NGO berkaitan.

5.6. Mengatur penghantaran pesakit ke hospital yang

dikenalpasti untuk rawatan lanjut.

5.7. Memberi dan menyelaras perkhidmatan psikososial trauma

kepada mangsa dan penyelamat.

5.8. Memberikan perkhidmatan forensik termasuk mengenalpasti,

penempatan mayat dan perekodan bukti.

5.9. Pengurusan mayat di bilik mayat medan (jika ada) dan

hospital. Tindakan ini akan dilaksanakan mengikut prosedur

sedia ada dengan kerjasama agensi lain seperti PDRM,

Jabatan Agama Islam, badan-badan agama lain bagi mayat

yang tidak dikenal pasti dan dituntut.

5.10. Menilai dan menyelaras keperluan hospital medan.

Perkhidmatan Kesihatan Awam

5.11. Memberikan perkhidmatan kawalan penyakit berjangkit

termasuk pencegahan dan kawalan wabak.

5.12. Memberikan perkhidmatan kawalan penyakit bawaan air,

makanan dan bawaan vektor.

5.13. Memberikan perkhidmatan perawatan penyakit kronik dan

kesihatan reproduktif seperti rawatan ibu mengandung.

Page 62: PTO Kemarau

45

6. JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM)

6.1. Menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat nyawa

dan harta benda.

6.2. Membantu dalam menyedia dan menyelenggara pusat-

pusat pemindahan serta penyediaan makanan bagi mangsa-

mangsa.

6.3. Mengendalikan pemindahan mangsa kemarau atau bencana

susulan akibat daripada keadaan kemarau ke pusat

pemindahan.

6.4. Membantu dalam memberi pertolongan cemas kepada

mangsa-mangsa dan perkhidmatan ambulan.

6.5. Membantu memberi khidmat teknikal dan pakar mengenai

bencana kemarau atau bencana susulan akibat daripada

keadaan kemarau.

C. AGENSI BANTUAN DAN PEMULIHAN

1. KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR

(KeTTHA)

1.1. Menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Paras Empangan

bagi memantau paras empangan dan pengeluaran air

empangan dari masa ke semasa.

2. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

2.1. Menyedia, mengurus dan menyelenggarakan pusat-pusat

pemindahan dan pusat pemindahan sementara.

Page 63: PTO Kemarau

46

2.2. Membuat persediaan dan mengedarkan bantuan makanan

serta lain-lain keperluan.

2.3. Menjalankan pendaftaran ke atas mangsa untuk tujuan

bantuan semasa dan pemulihan semula mangsa kemarau

bencana susulan akibat keadaan kemarau.

2.4. Memberi bimbingan, nasihat kaunseling kepada mangsa-

mangsa bencana.

2.5. Menyelaras segala bentuk sumbangan derma.

3. JABATAN PENERANGAN

3.1. Bertanggungjawab menubuhkan dan mengendalikan Pusat

Pengurusan Media.

3.2. Menyediakan draf kenyataan dan siaran akhbar.

3.3. Menyediakan tempat yang sesuai dan strategik kepada

pihak media untuk membuat liputan.

3.4. Menapis berita yang hendak disiarkan oleh media massa.

3.5. Mengurus dan menyelia liputan akhbar jika dikehendaki.

3.6. Menyebar maklumat yang diperlukan.

4. JABATAN PENYIARAN

4.1. Menyampaikan pengumuman melalui semua rangkaian radio

dan televisyen supaya orang ramai tahu akan bencana

kemarau yang dihadapi.

4.2. Menyampaikan pengumuman meminta orang ramai

mematuhi segala arahan pihak berkuasa seperti meminta

mereka berjimat, tidak panik dan sebagainya.

Page 64: PTO Kemarau

47

4.3. Menyampaikan berita-berita penting mengenai keadaan atau

situasi dari semasa ke semasa.

5. JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA (JMM)

5.1. Merekod dan memantau keadaan cuaca seperti angin, suhu,

intensiti hujan serta situasi kemarau yang berlaku.

5.2. Meramalkan cuaca dan kemarau.

5.3. Mengeluarkan amaran dan penamatan amaran kemarau

meteorologi setelah mendapat persetujuan daripada MKN.

5.4. Menjalankan operasi pembenihan awan.

5.5. Memajukan laporan kepada Majlis Keselamatan Negara dari

semasa ke semasa.

6. JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)

6.1. Membantu usaha-usaha mencegah kemarau dengan

bantuan peralatan dan kepakaran.

6.2. Memberi maklumat sumber air permukaan.

6.3. Mengeluarkan amaran dan penamatan amaran kemarau

hidrologi setelah mendapat persetujuan daripada MKN.

6.4. Menguruskan pengaliran air ke kawasan pertanian.

7. JABATAN KERJA RAYA (JKR)

7.1. Menyediakan loji-Ioji, kenderaan dan tenaga kerja JKR untuk

kerja-kerja bantuan.

7.2. Menyediakan tempat berlindung sementara seperti kanopi

atau khemah.

Page 65: PTO Kemarau

48

7.3. Membekalkan air dan menaikkan tekanan air di kawasan

yang memerlukannya (di mana bekalan air adalah di bawah

jagaan JKR/Jabatan Bekalan Air (JBA).

7.4. Menyediakan perkhidmatan teknikal dan pakar dalam bidang

kejuruteraan forensik, geoteknik, struktur dan lain-lain.

8. JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)

8.1. Menyediakan maklumat sumber air tanah di kawasan

bencana dan sekitarnya.

8.2. Menyediakan perkhidmatan teknikal dan pakar untuk

menjalankan penyiasatan dan pembangunan sumber air

tanah.

9. JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR (JPV)

9.1. Menyelaraskan pemindahan haiwan.

9.2. Membantu menyediakan kepakaran untuk kawalan penyakit

haiwan.

9.3. Menguruskan dan pemulihan haiwan sementara.

9.4. Mengurus bangkai-bangkai haiwan ternakan yang mati

akibat bencana dengan mengambilkira penyebaran wabak

penyakit.

10. JABATAN PERTANIAN

10.1. Menyelaraskan inventori bagi sub-sektor tanaman.

Page 66: PTO Kemarau

49

11. JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN)

11.1. Mengenalpasti spesis-spesis yang dilindungi yang

terperangkap dalam kebakaran dan menerima kesan

kemarau.

11.2. Memberi khidmat nasihat kepakaran dalam perkara-perkara

mengenai keselamatan habitat dan hidupan liar.

12. JABATAN PELAJARAN NEGERI/ PEJABAT PELAJARAN DAERAH

12.1. Menutup sekolah-sekolah yang dijadikan pusat pemindahan.

12.2. Membantu menguruskan keperluan bagi pusat pemindahan.

12.3. Menggerakkan pasukan beruniform sekolah apabila diminta

atau diperlukan.

13. IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA (RELA)

13.1. Membantu memindahkan mangsa-mangsa kemarau atau

bencana susulan akibat daripada keadaan kemarau.

13.2. Membantu menyedia dan mengagihkan makanan kepada

mangsa/ petugas.

13.3. Membantu menyediakan tempat pemindahan.

13.4. Membantu mengagihkan pakaian dan lain-lain keperluan

kepada mangsa.

13.5. Membantu kawalan orang ramai di tempat pemindahan.

13.6. Membantu kawalan lalulintas.

13.7. Membantu pembinaan pusat-pusat kawalan.

Page 67: PTO Kemarau

50

14. SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN)

14.1. Menyelaras dengan operator bekalan air yang terlibat bagi

kawasan tersebut dalam penghantaran bekalan air bersih

kepada pengguna-pengguna kritikal seperti hospital, pusat

pemindahan, asrama sekolah dan rumah-rumah supaya

bekalan air tidak terputus.

14.2. Menentukan loji atau tempat takungan air sentiasa selamat.

14.3. Memberi nasihat jika bekalan air perlu dicatu.

15. JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI MALAYSIA (JAKOA)

15.1. Memberi maklumat tentang kawasan penempatan orang asli

yang terlibat dalam kemarau.

15.2. Membantu agensi lain dalam memberi nasihat dan

kaunseling terhadap Orang Asli semasa berlaku bencana

kemarau.

15.3. Membantu usaha pemindahan jika perlu.

15.4. Membantu agensi lain dalam tindakan pengurusan dan

pengendalian bencana kemarau di penempatan Orang Asli

bermula dari peringkat persediaan sehinggalah peringkat

pemulihan bencana.

16. AGENSI REMOTE SENSING MALAYSIA (ARSM)

16.1. Membantu mengemukakan maklumat tentang kawasan

yang terlibat dalam bencana kemarau dengan menggunakan

teknologi remote sensing.

Page 68: PTO Kemarau

51

17. BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

17.1. Membantu JKM menyelenggara pusat-pusat pemindahan,

memasak dan menghantar makanan, mengedarkan pakaian,

selimut dan lain-lain keperluan menjalankan pendaftaran.

17.2. Membantu lain-lain agensi dalam menyelamat dan

memindah mangsa-mangsa kemarau atau bencana susulan

akibat daripada keadaan kemarau.

17.3. Membantu dalam memberi perkhidmatan perubatan

kecemasan, perkhidmatan pangkalan perubatan dan

kesihatan awam di pusat pemindahan.

18. TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)

18.1. Menentukan bekalan tenaga yang berterusan dan selamat di

tempat yang dilanda kemarau untuk kerja-kerja operasi

memindah, mencari dan menyelamat.

18.2. Memberi bekalan elektrik sementara dengan menggunakan

generator bergerak semasa gerakan mencari dan

menyelamat dijalankan.

18.3. Memberi khidmat kepakaran dan teknikal yang diperlukan di

kawasan kemarau.

19. TELEKOM MALAYSIA BERHAD (TM)

19.1. Menentukan supaya perkhidmatan, penyelenggaraan serta

kawalan perhubungan telefon dan telekomunikasi tidak

terganggu sepanjang tempoh pengendalian operasi dan

operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Page 69: PTO Kemarau

52

19.2. Memberikan perkhidmatan telefon talian terus/suwalitar

diperlukan bagi Bilik Operasi agensi terlibat.

19.3. Menyediakan kemudahan-kemudahan perkhidmatan

telekomunikasi yang diperlukan oleh Agensi berkenaan

untuk beroperasi.

19.4. Menempatkan pegawai dan kakitangan yang mencukupi

untuk memberi khidmat nasihat serta penyenggaraan ke

atas segala peralatan telekomunikasi yang digunakan.

20. SAPURA

20.1. Menentukan supaya perkhidmatan, penyelenggaraan serta

kawalan perhubungan GIRN tidak terganggu sepanjang

tempoh pengendalian operasi dan operasi mencari dan

menyelamat dijalankan.

20.2. Menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh

Agensi berkenaan untuk beroperasi.

20.3. Menempatkan pegawai dan kakitangan yang mencukupi

untuk memberi khidmat nasihat serta penyenggaraan ke

atas segala peralatan GIRN yang digunakan.

21. JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)

21.1. Mengawal dan mengawasi sebarang kejadian yang boleh

mengakibatkan pencemaran air, udara dan tanah.

21.2. Memberi maklumat awal tentang keadaan atau jenis

pencemaran yang berlaku di tempat bencana.

21.3. Memberi maklumat awal tentang tahap pencemaran

secara umum dan kesannya ke atas alam sekitar.

Page 70: PTO Kemarau

53

21.4. Memberi nasihat tentang cara-cara mengawal dan

membendung kawasan yang dicemari ke tahap minimum.

22. PIHAK BERKUASA AIR NEGERI

22.1. Menjalankan catuan air sekiranya keadaan memerlukan.

22.2. Mengutamakan pembekalan air kepada pengguna-pengguna

kritikal seperti hospital, pusat pemindahan, asrama sekolah

dan rumah-rumah supaya bekalan air tidak terputus.

22.3. Membuka Bilik Operasi yang beroperasi selama 24 jam

sehari bagi menerima aduan masalah bekalan air daripada

pengguna.

23. PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

23.1. Memberi perkhidmatan pengangkutan dan jentera berat

untuk membuat kerja-kerja yang diperlukan.

23.2. Menyediakan keperluan asas kepada mangsa dan

penyelamat semasa bencana seperti tandas bergerak,

bekalan air bersih dan khemah-khemah.

23.3. Menyediakan pelan-pelan lokasi, topografi dan pelan susun

atur sesuatu kawasan yang terlibat.

23.4. Membuat laluan sementara sekiranya perlu bagi kemudahan

orang awam atau pasukan penyelamat.

23.5. Membantu menyediakan tempat bagi pendaratan

helikopter bagi kerja-kerja pemindahan mangsa.

23.6. Menjalankan kerja-kerja pembersihan dan melupuskan

sampah sarap di kawasan-kawasan bencana dan pusat-

pusat pemindahan.

Page 71: PTO Kemarau

54

24. JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)

24.1. Membantu JKM dalam melaksanakan tugas-tugas

membersihkan pusat-pusat pemindahan, menjaga kebajikan

dan keselamatan orang ramai dan menyediakan tenaga

sukarela terdiri daripada penduduk tempatan apabila

diperlukan.

25. BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

25.1. Membantu agensi-agensi berkaitan mengikut kepakaran dan

keperluan aset masing-masing.

Page 72: PTO Kemarau

55

BAB IV

PEMULIHAN DAN PEMBANGUNAN SEMULA BENCANA KEMARAU

PENDAHULUAN

1. Komponen pemulihan dan pembangunan semula memerlukan

penglibatan pelbagai agensi bagi menilai dan seterusnya

memulihkan keadaan bencana kepada keadaan sedia kala.

Matlamat ini boleh dicapai melalui program-program yang

dilaksanakan secara bersepadu dan terselaras.

2. Mekanisme pengurusan pemulihan dan pembangunan semula

kawasan bencana kemarau hendaklah diwujudkan dan

dilaksanakan di peringkat JPBP/JPBN/JPBD.

SKOP PEMULIHAN DAN PEMBANGUNAN SEMULA

3. Skop penilaian meliputi aspek seperti kerugian sektor ekonomi

seperti pertanian, perdagangan, industri dan pelancongan serta

sektor kewangan dan perbankan dan sebagainya. Skop pemulihan meliputi pemulihan kawasan pertanian, kegiatan

ekonomi, perdagangan dan industri, kemudahan perkhidmatan

kesihatan, pengangkutan termasuk udara, laut dan darat serta

pemulihan pusat-pusat pentadbiran kerajaan. Pembangunan semula pula melibatkan membangunkan semula kegiatan

ekonomi, kemudahan awam dan infrastruktur dan sistem

pengangkutan udara dan darat yang musnah.

Page 73: PTO Kemarau

56

SISTEM PENYELARASAN MELALUI KUMPULAN KERJA

4. Sekiranya kesan bencana kemarau tersebut terlalu ektensif, bagi

maksud menyelaras usaha-usaha penilaian, pemulihan dan

pembangunan semula selepas bencana, satu Kumpulan Kerja

Pemulihan dan Pembangunan Semula di peringkat Pusat seperti

yang digariskan di dalam Arahan MKN No.20 hendaklah

ditubuhkan. Pembentukan Kumpulan Kerja di Peringkat Negeri

dan Daerah juga boleh ditubuhkan bagi membantu Kumpulan

Kerja di Peringkat Pusat.

AGENSI-AGENSI YANG TERLIBAT DALAM PEMULIHAN DAN PEMBANGUNAN SEMULA BENCANA KEMARAU

5. Agensi yang terlibat dalam pembangunan dan pemulihan semula

selepas bencana kemarau termasuk, namun tidak terhad kepada

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian

Kesihatan Malaysia, Kementerian Pengangkutan Malaysia, JPS,

JMG, JKM, JPBD, JPSM, JKR, Pihak Berkuasa Air Negeri, PBT,

Pejabat Daerah, TNB, TM dan Lembaga Kemajuan Perindustrian

Malaysia (MIDA). Peranan dan tanggungjawab agensi adalah

seperti di Kembaran A, Bab IV.

PERANAN PIHAK SWASTA DAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

6. Peranan yang boleh dimainkan oleh pihak Swasta dan Badan

Bukan Kerajaan (NGO) dalam membantu Jabatan/Agensi yang

terlibat dalam pembangunan dan pemulihan semula selepas

bencana kemarau, adalah seperti berikut:

Page 74: PTO Kemarau

57

6.1. mengemukakan cadangan projek-projek pemulihan mengikut

bidang-bidang pengkhususan agensi;

6.2. mengemukakan cadangan untuk membantu dalam membuat

penilaian dan penyelidikan terhadap kesan bencana;

6.3. melaksanakan program-program pemulihan yang selari

dengan perancangan agensi Kerajaan yang terlibat; dan

6.4. semua cadangan dikemukakan kepada EPU/UPEN/Unit

Pembangunan Daerah sebagai agensi peneraju Kumpulan

Kerja Pemulihan dan Pembangunan Semula.

ANALISIS PENGENDALIAN OPERASI BENCANA

7. Setelah operasi bencana selesai, Pegawai Penyelaras Bilik

Gerakan PKOB dan Bilik-Bilik Gerakan Jabatan/Agensi Awam

dikehendaki mengadakan analisa pengendalian operasi bencana.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar

pelaksanaan operasi bencana, mengenal pasti kelemahan-

kelemahan dan seterusnya membuat cadangan penambahbaikan

bagi menangani bencana pada masa akan datang. Laporan

analisa ini hendaklah dimajukan kepada JPBD/JPBN/JPBP untuk

tindakan susulan.

Page 75: PTO Kemarau

58

KEMBARAN A, BAB IV

PERANAN KEMENTERIAN DAN AGENSI TERLIBAT PERINGKAT PEMULIHAN DAN PEMBANGUNAN SEMULA

BENCANA KEMARAU 1. KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

1.1. Menyediakan dan menyelaraskan laporan siasatan dan

penilaian kerosakan dan kerugian yang melibatkan sektor/

Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian.

1.2. Menyediakan pelan cadangan pemulihan dan pembangunan

semula.

1.3. Menyediakan bantuan pemulihan kepada petani dan

penternak dan nelayan.

2. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

2.1. Memastikan dan melaporkan pemantauan penyakit-penyakit

dan kerosakan infrastruktur kesihatan akibat bencana

kemarau.

2.2. Menyediakan dan mencadangkan tindakan-tindakan dan

aktiviti-aktiviti bagi mengukuhkan program-program

menangani penyakit berjangkit dan akibat bencana kemarau.

Page 76: PTO Kemarau

59

3. KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA 3.1. Mengenal pasti dan menilai jenis-jenis kerosakan dan

membuat penilaian kerosakan dalam kemudahan asas dan

kemudahan awam.

3.2. Membaik pulih kerosakan struktur di bawah tanggungjawab

Kementerian Pengangkutan Malaysia.

3.3. Mengkaji semula reka bentuk struktur kemudahan sistem

pengangkutan darat, laut dan udara.

4. JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)

4.1. Menentukan kawasan yang berisiko mengalami bencana

kemarau, menyediakan laporan penilaian keperluan sumber

air kawasan berlakunya bencana kemarau.

4.2. Membentangkan kajian dan analisis berkaitan kawasan-

kawasan berisiko tinggi yang dilanda kemarau dan lain-lain

bencana akibat kemarau.

4.3. Menjalankan kerja-kerja penilaian teknikal dan kewangan

terhadap kerosakan struktur di bawah tanggungjawab JPS.

5. JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)

5.1. Menjalankan pemantauan ke atas telaga air tanah di

kawasan yang terlibat bencana kemarau.

5.2. Menyediakan laporan pemantauan ke atas telaga air tanah

di kawasan yang terlibat bencana kemarau.

Page 77: PTO Kemarau

60

5.3. Membuat penilaian teknikal terhadap kemampuan dan

keberkesanan telaga pemantauan dalam menangani

bencana kemarau.

6. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

6.1. Menyediakan laporan siasatan dan penilaian kerosakan dan

kerugian harta benda mangsa.

6.2. Pendaftaran mangsa-mangsa untuk tujuan pemulihan jangka

panjang.

6.3. Memberi bimbingan, nasihat dan kaunseling kepada

mangsa.

6.4. Menyalurkan bantuan kepada mangsa yang kehilangan

tempat tinggal atau hilang mata pencarian mengikut

peraturan sedia ada.

6.5. Menyediakan penempatan dan penjagaan anak-anak yatim,

warga tua dan orang kurang upaya.

6.6. Menjalankan siasatan dan menyediakan laporan kerugian

harta benda mangsa.

6.7. Mengesyorkan jumlah bantuan kepada mangsa.

7. JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA (JPBD)

7.1. Mencadangkan pelan pembangunan semula kawasan

penempatan yang terlibat dengan bencana kemarau.

Page 78: PTO Kemarau

61

8. JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA (JPSM)

8.1. Mengenalpasti dan menyediakan inventori kawasan hutan

yang terlibat dengan kemarau.

8.2. Melaksanakan kerja-kerja pemulihan hutan akibat kemarau.

9. JABATAN KERJA RAYA (JKR)

9.1. Mengenal pasti jenis-jenis kerosakan dan membuat penilaian

kerosakan dalam kemudahan asas dan kemudahan awam.

9.2. Memberi perkhidmatan teknikal dan kepakaran dalam bidang

kejuruteraan forensik, geoteknik, struktur dan lain-lain.

9.3. Membaik pulih kerosakan struktur di bawah tanggungjawab

JKR.

10. PIHAK BERKUASA AIR NEGERI

10.1. Menyediakan laporan siasatan dan penilaian kerosakan dan

kerugian yang melibatkan sistem bekalan air.

10.2. Mendokumentasikan maklumat mengenai bencana kemarau

dan memastikan sistem pemetaan bekalan air dikemaskini.

10.3. Mengenal pasti jenis-jenis kerosakan dan menyediakan

laporan penilaian kerosakan dalam kerja-kerja pemulihan

sistem bekalan air.

10.4. Membaik pulih dan menyelenggara sistem bekalan air di

kawasan yang terlibat.

10.5. Membekalkan air melalui sistem bekalan air sedia ada dan

melalui lori tangki bagi kawasan yang mengalami krisis air.

Page 79: PTO Kemarau

62

10.6. Menentukan kualiti air dan keutamaan pengagihan bekalan

air pada masa program pengurusan krisis air.

10.7. Mencadangkan pelan pembangunan projek sumber air bagi

jangka panjang.

11. PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

11.1. Mengenal pasti jenis-jenis kerosakan dan menyediakan

penilaian kerosakan dalam kemudahan asas dan

kemudahan awam.

11.2. Menyediakan perkhidmatan teknikal dan kepakaran dalam

bidang berkaitan.

11.3. Membaik pulih kerosakan struktur di bawah tanggungjawab

PBT.

11.4. Menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan dan

melupuskan sampah sarap di kawasan bencana.

12. PEJABAT DAERAH

12.1. Mengenal pasti jenis-jenis kerosakan dan menyediakan

penilaian kerosakan dalam kemudahan asas dan

kemudahan awam di bawah tanggungjawab Pejabat Daerah.

12.2. Menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan dan

melupuskan sampah sarap di kawasan bencana.

Page 80: PTO Kemarau

63

13. TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) 13.1. Menilai dan membaik pulih sistem bekalan elektrik.

13.2. Memastikan bekalan diberikan semula secepat mungkin

sebaik saja keadaan kembali seperti sediakala.

14. TELEKOM MALAYSIA BERHAD (TM)

14.1. Menilai kerosakan dan membaik pulih sistem telekomunikasi.

15. SAPURA 15.1. Menilai kerosakan dan membaik pulih sistem telekomunikasi

di bawah tanggungjawab SAPURA.

16. LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (MIDA) 16.1. Menilai kerosakan dan kerugian yang dialami oleh sektor

industri dan perkilangan.

16.2. Mencadangkan pelan pemulihan ekonomi sektor industri dan perkilangan.