Pu Kulan Lop

10
Badminton- Kemahiran Pukulan Lob 1.0 Pendahuluan Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.Berdasarkan petikan diatas, kita ketahui bahawa permainan badminton merupakan sukan yang memerlukan kemahiran, daya tahan serta stamina yang tinggi kerana ia memerlukan ketangkasan dan kecekapan yang tepat dan pantas semasa bermain. Seseorang pemain badminton seharusnya cekap mengawal emosi dan minda bagi mengawal permainan yang bagus. Badminton atau dahulunya dikenali sebagai merupakan satu permainan gelanggang yang menggunakan raket dan amat popular di Malaysia. Permainan harus dimainkan oleh dua orang bertentangan (perseorangan) ataupun dimainkan secara berpasangan (beregu). Seakan-akan permainan Tenis, badminton

Transcript of Pu Kulan Lop

Page 1: Pu Kulan Lop

Badminton- Kemahiran Pukulan Lob

1.0 Pendahuluan

“ Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif

perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang

mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan,

sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan

stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan

sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran

teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.”

Berdasarkan petikan diatas, kita ketahui bahawa permainan badminton

merupakan sukan yang memerlukan kemahiran, daya tahan serta stamina yang tinggi

kerana ia memerlukan ketangkasan dan kecekapan yang tepat dan pantas semasa

bermain. Seseorang pemain badminton seharusnya cekap mengawal emosi dan minda

bagi mengawal permainan yang bagus. Badminton atau dahulunya dikenali sebagai

merupakan satu permainan gelanggang yang menggunakan raket dan amat popular di

Malaysia. Permainan harus dimainkan oleh dua orang bertentangan (perseorangan)

ataupun dimainkan secara berpasangan (beregu). Seakan-akan permainan Tenis,

badminton dimainkan dengan pemain disetiap belah dan cuba dan cuba memukul bola

yang dipanggil bulu tangkis melepasi jaring agar jatuh di ruang lawan yang telah

disediakan. Mereka juga harus mencuba untuk menghalang lawan mereka daripada

jatuh ke kawasan mereka. Sukan yang memerlukan kepantasan yang cekap ini

Page 2: Pu Kulan Lop

memerlukan latihan yang mantap setiap hari bagi menguasai kemahiran-kemahiran

serta teknik-teknik asas.

1. Kemahiran

Seperti pengetahuan yang sedia ada, terdapat dua cara asas pegangan bagi

pengangan raket yang betul iaitu pegangan hadapan dan pegangan kilas. Pukulan

servis merupakan pukulan yang perlu dibuat dan dikuasai oleh seseorang pemain

badminton yang cemerlang. Terdapat tujuh cara yang boleh digunakan didalam pukulan

servis iaitu servis rendah, servis flik, servis tinggi, pukulan hadapan, pukulan kilas,

pukulan smesy dan juga pukulan lob.

Servis Rendah adalah bermula dengan berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan. Ayunan

raket ke belakang. Kemudian siku dibengkokkan hampir ke badan. Selepas itu, tangan

kiri pegang bulu tangkis dan lepaskan bulu tangkis. Kemudian ayunkan raket pantas ke

hadapan. Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri. Pandang tepat ke sasaran dan ikut

lajak yang sesuai.

Servis Flik, Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri. Servis

flik merupakan penerbangan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan. Servis Tinggi

pula ialah berdiri sisi dengan sebelah kaki di hadapan kemudian raket diayunkan tinggi

ke belakang. Pemain haruslah memegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka

kemudian dilepaskan bulu tangkis. Seterusnya, ayunkan raket ke hadapan dengan

lengan diluruskan. Pandang tepat kearah bulu tangkis. Kemudain, pukul bulu tangkis di

hadapan kaki kiri dengan ayunan pantas.

Page 3: Pu Kulan Lop

Pukulan Hadapan; pandang tepat kearah bulu tangkis. Kemudian, ayunkan raket ke

belakang. Sebelah tangan lagi diluruskan. Ayun raket dengan tangan lurus. Kemnudian,

pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tertinggi. Pukulan Kilas juga agak sama iaiut

pemain haruslah memandang tepat kearah bulu tangkis. Kaki kanan menyilang ke kiri

dan kemudian kilas raket separas bahu dan terus memukul bulu tangkis.

Pukulan smesy pula boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Ia

digunakan untuk menamatkan rally atau mencipta ruang. Sasarannya ialah ke ruang

kosong gelanggang lawan. Pandang bulu tangkis. Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.

Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok. Sebelah tangan lagi lurus ke atas. Ayun

raket ke hadapan dengan lengan lurus. Pukul bulu tangkis pantas.

Pukulan lob merupakan kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk

melakukan pukulan lob. Pukulan ini digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak

jauh ke belakang gelanggang.

2. Latihan ansur maju

a. Aksi pukulan lob tanpa bulu tangkis

-pemain tersebut harus belajar memegang raket dengan betul

-kedudukan sedia untuk menerima bola lob

-kedudukan kaki di buka seluas bahu

-jika tangan kanan yang memegang raket, kaki kanan hendaklah berada di

kedudukan belakang

-ayunkan raket kebawah dan kebelakang

-lengan dibengkokkan supaya kepala raket dibawa kebahagian antara tulang belikat

Page 4: Pu Kulan Lop

-pada kedudukan ini, siku haruslah berada diatas, lengan dibengkokkan serta

pergelangan tangan diketatkan.

b. Aksi pukulan lob dengan bulu tangkis yang digantung

-pemain tersebut harus belajar memegang raket dengan betul

-kedudukan sedia untuk menerima bola lob yang digantung

-kedudukan kaki di buka seluas bahu bagi bersedia untuk menerima bola lob yang

digantung

-jika tangan kanan yang memegang raket, kaki kanan hendaklah berada di

kedudukan belakang

-ayunkan raket kebawah dan kebelakang bagi memukul bulu tangkis hantaran lob

c. Aksi pukulan bola lob yang tidak digantung

-pemain tersebut harus belajar memegang raket dengan betul

-kedudukan sedia untuk menerima bola lob yang digantung

-kedudukan kaki di buka seluas bahu bagi bersedia untuk menerima bola lob yang

digantung

-jika tangan kanan yang memegang raket, kaki kanan hendaklah berada di

kedudukan belakang

-ayunkan raket kebawah dan kebelakang bagi memukul bulu tangkis hantaran lob

Page 5: Pu Kulan Lop

d. Aksi pukulan lob pada jarak yang dekat

-pemain melakukan pukulan lob yang dilakukan didalam gelanggang secara pukulan

depan atau kilas pada jarak yang agak dekat dengan jaring.

-lob dilakukan seperti aksi membaling dengan bulu tangkis dipukul agak tinggi arah

belakang gelanggang pada jarak yang tidak jauh.

-tangan dibengkokkan kebelakang

-tangan ditolak ke hadapan keatas serta tangan lurus

-titik sentuhan pada ketinggian sederhana dan mengikut lajak yang sesuai

e. Aksi pukulan lob dengan jarak yang jauh

-pemain melakukan pukulan lob yang dilakukan dibelakang gelanggang secara

pukulan depan atau kilas

-lob dilakukan seperti aksi membaling dengan bulu tangkis dipukul tinggi arah

belakang gelanggang

-tangan dibengkokkan kebelakang

-tangan ditolak ke hadapan keatas serta tangan lurus

-titik sentuhan pada ketinggian maksimum dan mengikut lajak yang sesuai

Page 6: Pu Kulan Lop

3. Permainan kecil

Permainan kecil seperti Clock Game iaitu konsep throw and hit; Murid dibahagikan

kepada 3 orang sekumpulan. Murid dibahagikan dalam dua bahagian sebagai contoh

ada 3 orang murid didalam kumpulan A dan juga 3 orang murid didalam kumpulan

B.Permainan dimulakan dengan hantaran lob dari pemain kumpulan A ke pemain

kumpulan B ke sisi mengikut arah jam. Kemudian, seorang murid membaling bulu

tangkis selepas satu pusingan permainan tangkis dan rakan memukul dan ditukar

kearah lawan jam. Ia dilakukan dengan secara bergilir-gilir. Pemain akan melakukan

pukulan dalam kumpulan masing-masing. Pukulan lob sisi mengikut arah jam danh juga

membalasnya mengikut lawan jam. Lob Touch n Go;kumpulan X membuat pukulan lob

yang boleh secara berterusan dan bergilir kemudian berlari untuk melakukan pukulan .

Pemain yang sudah membuat pukulan lob seterusnya dan menggunakan akan

berpindah ke belakang seluruh kawasan. Lob Touch n Go paling banyak dikira

belakang dalam masa 2 minit. Jarak permainan boleh dikurangkan mengikut

kesesuaian. Sparring lob; pemain bermain secara berpasangan. Permainan hanya

terhad kepada pukulan lob sahaja. Pemenang dikira bagi pemain yang berjaya

melakukan lob tanpa henti dalalm masa 2 minit sahaja.

4. Langkah-langkah keselamatan

Terdapat pelbagai langkah-langkah keselamatan yang perlu diamabil kira ketika

melakukan pukulan lob. Sebagai contoh, dari segi pemakain; pakaian yang sesuai

sangat perlu dipakai ketika bermain badminton, terutama sekali ketika melakukan

pukulan lob, kasut sukan yang bersesuain perlu dilakukan bagi mengelakkan

kecederaan yang di bahagian kaki. Ini adalah kerana lob memerlukan penggunaan

tenaga kaki dan hayunan tangan yang kuat bagi memberi impak kepada bola lob yang

tinggi. Selain itu, lantai court badminton juga haruslah diberi perhatian agar tidak licin.

Ini kerana lantai yang basah dan licin boleh mengakibatkan kecederaan yang parah

apabila pemain-pemain badminton ini tergelincir. Tambahan lagi, permainan badminton

merupakan permainan yang boleh memberikan impak yang menyeluruh keseluruh

badan. Oleh itu, sebelum bermain badminton, setiap pemain haruslah melakukan

warming-up.

Page 7: Pu Kulan Lop

5. Rumusan

Sebagai rumusan, untuk menguasai kemhiran lob, seorang pemain itu haruslah

menguasai kemahiran-kemahiran asas yang lain lain seperti serivs flik, servis rendah,

servis tinggi serta pukulan hadapan. Ini adalah kerana setiap pukulan yang terkandung

didalam asas permainan badminton ini adalah berkait rapat antara satu sama lain.

Hanya dengan menguasai kemahiran pukulan lob sahaja tidak boleh menjadikan

seseroang itu permain badminton yang terbaik seperti Datuk Lee Chong Wei serta

Rashid Sidek. Pengorbanan serta latihan yang tidak pernah kenal erti putus asa dapat

membentuk seorang pemain badminton yang berjaya serta cemerlang.

6. Refleksi

Kemahiran lob adalah kemahiran pukulan yang sangat penting untuk dikuasai oleh

setiap pemain. Ini adalah kerana kerana pukulan yang tinggi di belakang gelanggang ini

selalunya tidak boleh ditangkis oleh pihak lawan. Sekiranya seseorang pemain Berjaya

menguasai kemahiran ini, ini memberikan satu kelebihan kepada pihak lawan. Namun,

sekiranya kemahiran lob ini tidak dapat diadaptasikan atau tersalah teknik, bulu tangkis

yang dibaling boleh off-side di mana ia sebaliknya memberikan kelebihan kepada pihak

lawan. Seperti yang kita ketahui, degan melakukan latihan-latihan permainan kecil yang

kerap serta mantap dapat melahirkan pemain-pemain badminton yang berkualiti di

dalam pukulan lob yang mereka yang lakukan.