Puasa Oh Puasa

5
PUASA OH PUASA FADHILAT RAMADHAN 1)Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan karena beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang ( HR.Bukhary Muslim). 2) " Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Solat lima waktu, solat Jum'at sampai solat Jum'at berikutnya, puasa Ramadan sampai puasa Ramadaan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat diantara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi." ( H.R.Muslim) 3) Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi). TAKRIF PUASA Puasa ialah menahan diri daripada makan, minum, jimak dan perkara yang membatalkan puasa.berdasarkan syarat-syarat dan rukun-tertentu tertentu. SYARAT WAJIB PUASA 1. Islam. Orang bukan Islam tidak wajib. 2. Baligh. Iaitu cukup umur. 3. Berakal. Tidak wajib puasa atas orang gila. 4. Berupaya. Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berupaya, dengan sebab tua, sakit yang tidak ada harapan sembuh. 5. Bermukim. RUKUN PUASA

description

topik berkaitan puasa

Transcript of Puasa Oh Puasa

Page 1: Puasa Oh Puasa

PUASA OH PUASA

FADHILAT RAMADHAN1)Rasulullah saw. bersabda : Barangsiapa puasa Ramadhan karena beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang ( HR.Bukhary Muslim).2) " Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Solat lima waktu, solat Jum'at sampai solat Jum'at berikutnya, puasa Ramadan sampai puasa Ramadaan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat diantara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi." ( H.R.Muslim) 3) Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).

TAKRIF PUASAPuasa ialah menahan diri daripada makan, minum, jimak dan perkara yang membatalkan puasa.berdasarkan syarat-syarat dan rukun-tertentu tertentu.

SYARAT WAJIB PUASA 1. Islam. Orang bukan Islam tidak wajib. 2. Baligh. Iaitu cukup umur. 3. Berakal. Tidak wajib puasa atas orang gila. 4. Berupaya. Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berupaya, dengan sebab tua, sakit yang tidak ada harapan sembuh. 5. Bermukim.

RUKUN PUASA1. Niat. Berniat pada malamnya iaitu tiap-tiap malam sepanjang Bulan Ramadhan, waktunya bermula daripada maghrib hingga terbit fajar. Lafaz niat:

. تعالى ل السنة هذه رمضان فرض اداء عن غد صوم نويت

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok, fardhu bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”.

2. Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

SYARAT SAH PUASA1. Islam.2. Mumaiyiz (مميز ). Iaitu orang yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.3. Suci daripada haid dan nifas sepanjang hari.

Page 2: Puasa Oh Puasa

4. Puasa diharuskan pada hari-hari yang di bolehkan puasa, kecuali pada Hari Raya I’dil-Fitri dan I’dil-Adha (10-13 Zulhijjah).

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA1. Makan dan minum dengan sengaja, tetapi jika terlupa tidak membatalkan puasa.2. Muntah dengan sengaja. Tetapi jika tidak sengaja tidak membatalkan puasa.3. Bersetubuh dengan sengaja.4. Keluar darah haid dan nifas.5. Gila, walaupun satu detik, waktu siang hari.6. Keluar mani dengan sengaja kecuali mimpi atau berkhayal, tidak membatalkan puasa.

SUNAT-SUNAT PUASA1. Makan sahur walaupun sedikit.2. Segera berbuka puasa.3. Banyak berdoa.4. Memberi makan dan minum kepada orang yang berpuasa.5. Sunat mandi junub, haid dan nifas sebelum fajar.6. Menahan lidah daripada bercakap perkara yang sia-sia.7. Meninggalkan segala keinginan yang diharuskan walaupun tidak membatalkan puasa seperti tidur sepanjang hari.8. Memperbanyakkan sedekah kepada keluarga, kaum kerabat dan fakir miskin.9. Mengisi masa dengan tadabbur Al-Qur’an, berzikir, selawat atas nabi s.a.w. baik di waktu malam mahupun di siang hari.10. Beri’tikaf.Niat :“shj aku iktikaf di masjid ini kerana Allah”.11. Qiyamullail, termasuk solat tarawih dan witir.

KIFARAH PUASASEBAB: Suami Isteri bersetubuh di siang hari pada bulan Ramadhan.

Hukuman: Kifarat puasa terdiri dari 3 bentuk sebagaimana didalam hadith Bukhari (al-Fath al-Bahri #1936):-

a. memerdekakan hambab. Jika tidak mampu, puasa 2 bulan berturut-turutc. Jika tidak mampu, beri makan kepada 60 orang miskin

Persoalannya sekarang, adakah kedua-dua suami isteri (didalam pilihan berpuasa 2 bulan) dikenakan kifarat? Menurut jumhur, kedua-dua suami ister di wajibkan berpuasa 2 bulan berturut-turut jika kedua-dua redha. Jika isterinya tidak redha, dan di paksa oleh suami, maka hanya si-suami saya yang wajib berpuasa. Isteri hanya membayar 1 hari qadha’.

Walaubagaimanapun, Imam Nawawi rh(mazhab Imam Syafie). berpendapat bahawa pendapat yang dipilih adalah hanya suami/lelaki sahaja yang berpuasa 2 bulan berturut-turut, dan perempuan tidak dibebankan ke atasnya. Beliau mengaitkan perkara ini dengan hak nafkah, iaitu khusus bagi lelaki sebagaimana mahar juga. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Ahmad. [al-Mughni, 3/112

Page 3: Puasa Oh Puasa

SYARAT-SYARAT KIFARAH PUASA1. Ia telah berniat puasa pada malam harinya. Jika ia tida berniat maka puasanya tidak sah.2. Sengaja. 3. Tidak terpaksa. 4. Sedar dan tahu akan keharaman bersetubuh di siang hari Ramadhan. 5. Terjadi pada siang hari Ramadhan. Kalau itu terjadi puasa wajib selain Ramadhan, maka tidak dikenakan kifarah. 5. Tidak mengerjakan hal yang membatalkan puasa sebelum bersetubuh. Jika ia makan lebih dahulu kemudian bersetubuh, ia tidak terkena kifarah. 6. Ia seorang mukallaf yang tidak uzur untuk berpuasa. Seperti anak kecil, orang yang (musafir) yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh, dan orang sakit (yang mencapai uzur puasa) tidak dikenakan kifarah.7. Yakin bahwa puasanya sah. Maka tidak ada kafarah bagi orang yang sengaja bersetubuh yang menyangka/syak bahwa puasanya telah batal. 8. Tidak keliru.Jika seseorang bersetubuh karena menduga waktu masih malam, belum masuk waktu Subuh, tidak wajib baginya kafarah. 9. Tidak gila atau meninggal dunia setelah selesai bersetubuh. 10. Persenggamaan tersebut memang benar-benar atas dasar kehendak dan suka sama suka. Sekiranya lelaki/perempuan diperkosa, dengan cara melemahkan badannya agar tak mampu melawan, atau dengan cara apa saja, maka kafarah hanya wajib bagi si pemerkosa. 11. Persenggamaan benar terjadi seperti memasukkan pen di dalam penutupnya.12. Persenggamaan tersebut dilakukan pada lubang kemaluan, qubul atau dubur, dengan sesama jenis, orang mati, atau binatang. Adapun persenggamaan bukan pada lubang kemaluan (seperti oral seks), tidak mewajibkan kafarah.

KESEMPURNAAN PUASADalam kitab Bahr al-Mazi yang menghimpunkan hadis dikeluarkan Imam at-Tirmizi ada disebutkan enam perkara yang boleh menjamin kesempurnaan puasa, semuanya berkait rapat dengan anggota zahir dan batin manusia iaitu:

Memejamkan mata daripada membuat maksiat Memelihara lidah daripada membuat maksiat Menjauhkan telinga daripada membuat maksiat Menegah tangan dan kaki daripada membuat maksiat Jangan terlalu banyak makan ketika berbuka puasa Hati yang bergantung kepada Allah antara mengharap dan perasaan takut kepada-

Nya.