Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme...

28

Transcript of Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme...

Page 1: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah
Page 2: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

Publication of the

Buddhist Maha Vihara123, Jalan Berhala, Brickfields50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 603-22741141 Fax: 603-22732570E-Mail: [email protected]: www.buddhistmahavihara.com

www.ksridhammananda.com

Permission to reprint for free distribution can beobtained upon request.

Published for Free Distribution

1st Print –Dec 2007 (3,500 copies)

Persatuan Sasana Abhiwurdhi Wardhana Societymerakamkan penghargaan kami kepada

Rakan-rakan SeDhamma,Universiti Sains Malaysia

diatas usaha penterjemahan mereka ini..

Printed by:UNIPRINTS MARKETING SDN BHD (493024-K)

Page 3: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini ?

Suatu ceramah di Universiti Malayaoleh

Bhante Dr. K. Sri Dhammananda

Diterjemahkan olehRakan-rakan SeDhamma, Universiti Sains

Malaysia.

Jika kita benar-benar dapat memahami sifatsebenar "Buddha Dhamma", tidak perlu ditanyalagi sama ada Buddhisme suatu agama yangpraktikal. Perkataan Buddhisme dapatdiinterpretasikan dalam pelbagai cara. Adalahbenar bahawa di atas nama Buddhisme, terdapatbanyak kepercayaan dan praktis yang diamalkanoleh orang ramai di pelbagai tempat, bergantungkepada keadaan geografi dan sosial. Upacara-upacara itu mungkin tidak bermakna kepadasetengah-setengah ahli intelektual dan pengkritikBuddhisme kerana upacara Buddhisme banyakberbeza dari satu tempat ke tempat yang lain. Iniialah kerana banyak praktis telah diperkenalkandari semasa ke semasa oleh pengikut-pengikut

01

Page 4: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

Buddha untuk menerangkan setengah-setengahaspek yang sukar difahami di dalam Ajaran-ajaranNya dan juga supaya orang ramai mengikutcorak kelakuan yang tertentu. Pada dasar yangumum, ini sememangnya bermakna bahawa tiadakeseragaman ketat di dalam praktis amBuddhisme di seluruh dunia. Apa yang dianggapbermakna di dalam suatu konteks kebudayaan(misalnya Cina) kadang-kadang dianggap tidakbermakna di dalam konteks yang satu lagi,misalnya konteks kebudayaan India atau Barat.Banyak daripada praktis-praktis itu mempunyaiasal-usulnya di dalam sejarah lampau suatukomuniti dan hanyalah bermakna kepada merekayang membentuk komuniti tersebut. Buddhisme,sebagai suatu agama yang paling toleran tidakmendakwa bahawa terdapat satu cara sahajauntuk mempraktikkan Buddhisme malahan iamenggalakkan tradisi-tradisi yang bermakna.Walau bagaimanapun, Buddha sendiri tidakmenggalakkan orang ramai mengikut mana-manasatu praktis tradisional jika praktis itu tidakbermakna. Sebaliknya, jika Buddhisme dalamkonteks kita membawa erti "Dhamma" yangmana mengajar insan cara untuk hidup dengan

02

Page 5: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

betul dan mulia, Buddhisme adalah praktikalsepanjang masa di mana-mana sahaja. Oleh itu,sebagai seorang Buddhis, kita tidak kisah akanrupa fizikal luaran, sebaliknya suatu sifatkerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan.ltulah yang mengawal kelakuan kita sebagaiindividu dan sebagai suatu masyarakat.

Salahfaham

Kebenaran yang telah didedahkan olehBuddha sebagai "Dhamma" kekal selama-lamanya sebagai Kebenaran. Oleh itu, tiadamana-mana bahagian di dalam ajaran muliaBuddha yang boleh kita anggap sebagai tidakpraktikal ataupun yang perlu diubahsuaikansupaya sepadan dengan corak kehidupan modenkita. Masalah timbul kerana banyak ajaran yangdisampaikan oleh Buddha tidak dapat difahamidengan sepenuhnya oleh orang ramai. Oleh itu,mereka cuba menerangkannya di dalam ertikatamereka sendiri. Jadi wujudlah pelbagaiinterpretasi atau tafsiran. Oleh yang demikian,kita tidak sepatutnya menganggap Buddhisme itutidak praktikal pada hari ini semata-mata kerana

03

Page 6: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

wujudnya salah-faham tentang AjaranNya.Salahfaham timbul akibat daripada kejahilan dankekeliruan.

Akibat daripada cara hidup kita di dalammasyarakat moden, pelbagai kerumitan akantimbul bila kita ingin mengikuti setengah-setengah prinsip keagamaan yang mulia. Denganadanya salahfaham tentang AjaranNya danketidakmampuan kita untuk menyesuaikannyasupaya relevan kepada masyarakat moden yangkompleks, maka kita seringkali terdorong ke arahanggapan bahawa Buddhisme tidak praktikal hariini. Buddha sedar akan kedua-dua masalah itu,dan beliau tidak memaksa kita mempercayaiNyasecara membuta tuli. Sebaliknya, Beliaumenggalakkan kita supaya menyoal danmenyelidik sehingga mendapat jawapan yangsebenarnya. DiketahuiNya bahawa bilaKebenaran itu disedari, maka tiada apa-apa lagiyang perlu disyaki. Kita seterusnya bolehmembentuk keyakinan sendiri denganmenggunakan akal budi, kebijaksanaan dan dayapemahaman diri kita. Kita akan menghargai apayang sebenarnya diajar oleh Buddha sebagai

04

Page 7: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

Buddhisme hanya setelah menyoal danmenyelidik dengan selidik yang bijak dan bukansecara mengkritik tanpa pemahaman yangsewajarnya.

Cara-cara Mengatasi Kelemahan Manusia

Jika seseorang mendakwa bahawa AjaranBuddha tidak praktikal, tidaklah bermaknabahawa AjaranNya salah. Sebaliknya, adakemungkinan bahawa ada sesuatu yang tidakkena di dalam akal fikiran orang itu ataupun didalam cara hidupnya. Nampaknya, dia telahterpesong dari cara hidup yang suci - yangbermoral dan berdisiplin dengan hasratmenikmati sepuas-puasnya keseronokan duniawi.Oleh itu, orang itu berasa bahawa prinsip-prinsipagama Buddha tidak praktikal. Prinsip-prinsipkeagamaan sememangnya berbeza daripada tabiatperibadinya yang tidak beradab. Prinsip-prinsipkeagamaan itu janganlah dianggap tidak praktikalsemata-mata kerana ia tidak menggalakkankelakuan yang tidak berdisiplin. Jikalau setengah-setengah ajaran dikemukakan untuk mengawalakal (mind) dan deria seseorang demi

05

Page 8: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

menghasilkan seorang yang mulia, ajaran itujanganlah dianggap sebagai tidak praktikal. Jikaanda jatuh sakit dan doktor memberi ubat yangpahit, maka anda tidak boleh menganggapbahawa ubat itu tidak mujarab. Doktor itumemberi ubat tersebut berdasarkan sifat penyakitanda. Dengan cara yang serupa, bila Buddhamengemukakan prinsip-prinsip keagamaan,Beliau sedar bahawa manusia penuh denganpelbagai mentaliti, sifat, perangai, cara pemikiranserta kelemahannya. Oleh itu, kita patutmenganggap prinsip-prinsip itu sebagai ubat, iaitucara mengatasi kelemahan ataupun kekurangan didalam diri kita. Mungkin, kita merasa tidakseronok apabila mempraktikkan prinsip-prinsipitu. Mengapa? Apabila kita mengamalkan prinsip-prinsip tersebut, kita perlu berpegang kepadaperaturan-peraturan tertentu,maka timbullah rasa"tak seronok". Ramai orang berpendapat bahawamereka perlu berasa "seronok" di dalam apa juakerja yang mereka lakukan - sama ada iadilakukan atas nama agama ataupun apa sahaja.Oleh kerana agama itu tidak dapat memberikepuasan indera yang menjadi idaman mereka,maka mereka menjauhi diri daripada agama dan

06

Page 9: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

menggelar diri mereka "free-thinker". Itu suatualasan yang lemah. Mereka tidak sedia mengakuikelemahan diri, sebaliknya agamalah yangdisalahkan, disebut ia tidak praktikal, usang dantidak relevan kepada masyarakat moden.

Pada pendapat saya, free-thinker yangsebenarnya hanyalah mereka yang berada didalam rumah pesakit mental. Di situ, terdapatnyamanusia yang melakukan apa sahaja pada bila-bila masa mengikut suka hatinya tanpamempertimbangkan kehendak masyarakat. Itusebabnya free-thinker seperti itu dikurung.Mereka yang menganggap diri sebagai free-thinker sebenarnya sedang lari daripada hakikathidup. Mereka tidak sedia mengambil peganganyang kukuh atas mana-mana isu, sebaliknyamengikut sahaja apa yang dianggapnya sebagaijalan yang senang pada satu-satu masa itu.Mereka ini mesti faham bahawa Buddhisme ialahsuatu cara hidup yang merangkumi banyakdisiplin, termasuk ketakwaan (devotion) danintelektualisme. Kita menyatukan kesemuakomponen-komponen ini dan menamakannyasebagai Buddhisme, iaitu salah satu agama yang

07

Page 10: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

teragung di dunia.

Datang Dan Menyiasat

Perkataan "Dhamma" boleh mempunyaibegitu banyak makna, di antaranya keadilan,kebenaran, fenomena semulajadi, suatukehidupan yang mulia, membebaskan diridaripada belenggu dan ciri-ciri lain. Oleh itu, iasuatu perkataan yang dapat kita terangkan didalam pelbagai cara. Buddha memperkenalkan"Dhamma" untuk dipraktikkan, tetapi janganlahkita sekali-kali mempercayainya secara membutatuli. Pengikut-pengikut agama tertentu (bukanBuddhisme), bila sahaja ditanya sebab merekamengamalkan praktis dan kepercayaankeagamaan yang tertentu, berterus-terang bahawapraktis dan kepercayaan tersebut telah dihuraikandi dalam buku-buku suci mereka. Guru agamadan ibu bapa mereka telah mengajar merekamempercayai tanpa menyoal apa sahaja yangtermuat di dalam buku-buku suci dan mereka jugawajib mengikut tradisi.

08

Page 11: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

Buddha berkata, "Ehi-Passiko," yangbermakna "Datang dan Menyiasat." Beliau tidakpernah menyuruh sesiapa juga untuk datang danmempercayai ataupun datang dan menerima terusAjaranNya. Dari mula-mula lagi, itulah caranyaBeliau memperkenalkan AjaranNya. Datang danmelihat, kemudian menyiasat. Gunalah akal budidan kebijaksanaan anda. Jangan menganggap dirianda tidak mempunyai daya pemikiran untukmemahami makna sebenar sesuatu. Janganlahsekali-kali menerima terus ajaran guru-guruagama, menganggap bahawa mereka mestilahbetul secara automatik atas sebab mereka ituorang yang mulia. Tidak baik untuk menerimamana-mana prinsip keagamaan termasuk yangtermuat di dalam buku-buku suci tanpa menilaiterlebih dahulu atau memahami makna danfaedah yang termaktub di dalamnya. Akal budimesti digunakan. Buddha telah menaruhkepercayaanNya kepada kebijaksanaan manusiaserta kebolehan manusia menggunakankebijaksanaan itu. Dia yakin bahawa kita dapatberfikir sendiri, tanpa bergantung semata-matakepada guru-guru agama atau buku-buku suci.

09

Page 12: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

Adakah Apa-apa Yang Perlu Diubah?

Bila anda telah membuat keputusan sendiridan dengan bijak sama ada sesuatu baik atauburuk, betul atau salah, benar atau tidak, barulahanda patut menerimanya. Kalau tidak,kepercayaan usang akan tetap tinggalkepercayaan sahaja; kepercayaan yang telah andaterima tanpa pemahaman yang sepenuhnya.Kesedaran - itulah sifat semulajadi Buddhismedan Buddhisme yang bersifat begitu tetap akanpraktikal pada bila-bila masa. Anda tidak bolehmengubah prinsip-prinsip asas Buddha demidisesuaikan dengan kehendak-kehendak duniawianda. Meskipun prinsip-prinsip itu telahdiperkenalkan oleh Buddha lebih daripada 2,500tahun dahulu, namun tiada sesiapa pun yang dapatmenyatakan mana-mana bahagian BuddhaDhamma tidak praktikal ataupun tidak benar.Beliau menasihatkan kita supaya memupuktatasusila dengan mengamalkan prinsip-prinsipdan sifat-sifat suci yang tertentu yang baik. Kitaperlu mempraktikkan agama ini dengan mula-mula sekali, menyemai kelakuan yang bermoral.Apakah moraliti? Perkataan itu janganlah

10

Page 13: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

didefinisikan secara longgar kerana sedia wujudbegitu banyak peraturan yang diperkenalkanmanusia sebagai bermoral atau beretika. Akantetapi, moral atau etika ciptaan manusia ituberubah mengikut kehendak manusia sendiri. laberubah mengikut masa dan kehendakmasyarakat. Kelakuan dan moral tertentu tidaksesuai jika diamalkan di dalam negara danmasyarakat tertentu. Lain orang, lain pulapendapatnya. Akan tetapi, jika kita kaji kod moralyang diperkenalkan oleh Buddha, kita akan dapatmemahami mengapa ia kekal tak berubah danrelevan selama-lamanya. Buddha Dhammamerupakan peraturan-peraturan moralsemulajadi, yang telah diterima secara universalkerana ia telah diperkenalkan melalui suatupemahaman yang mendalam mengenai manusia.Jika kita mengamalkan hidup yang bebasdaripada kejahatan, sebagai seorang manusiayang jujur, ikhlas, baik hati dan bertimbang rasatanpa mengganggu atau mencederakan oranglain; jika kita menyemai sifat-sifat mulia yangtertentu seperti kesabaran, toleransi, kebaikanhati, belas kasihan dan pemahaman, maka itulahyang disamakan dengan moraliti Buddha. Adakah

11

Page 14: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

apa-apa yang perlu diubah di dalam moraliti jenisitu? Beliau telah berkata, "Dhamma yang telahSaya ajarkan kepada anda wujud selama-lamanyadi dalam dunia ini. Oleh, itu, ia bukanlah suatuDhamma baru ataupun ajaran baru. Dhammawujud sekarang dan akan kekaI selama-lamanya."Buddha tidak mendakwa bahawa Beliau telahmencipta hukum-hukum universal itu. Beliaumemahaminya secara menyeluruh danmenerangkannya kepada manusia sebagai"Dhamma" sebagaimana yang dilakukan olehBuddha sebelumnya. Apakah Dhamma?"Dhamma" merupakan hukum universal atauhukum kosmik. Hukum universal itu wujudselama-lamanya, tetapi disebabkan kejahilan kitasendiri kita tidak terdaya untuk memahaminyadan hidup berpandukannya. "Dhamma" tetapwujud walaupun kita menolak kewujudannyakerana kejahilan diri kita. Di alam ini, banyakbenda yang amat berguna kepada manusiamenunggu giliran untuk ditemui. Ahli-ahli saintissebenarnya telah mendedahkan cuma segelintirdaripada segala yang wujud di alam ini.Sebaliknya, Buddha telah menemui danmenyedari tentang kewujudan fenomena

12

Page 15: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

semulajadi, sifat-sifat jasad, sifat akal (mind) kitaserta sifat tenaga. Beliau menerangkan kepadakita bagaimana benda-benda itu wujud,bagaimana ia hilang dan bagaimana ia menjelmasemula. Inilah sifat ajaran-ajaran Buddha. Beliaumendedahkan kepada kita ciri Empat KebenaranMulia.

EMPAT KEBENARAN MULIA

laitu : -Kebenaran tentang Dukkha;Kebenaran tentang sebab-musabab Dukkha;Kebenaran tentang mengatasi Dukkha;Kebenaran tentang cara mengatasi Dukkha.

Walaupun terdapat banyak kebenaran yanglain, tetapi kesedaran tentang kebenaran yangdidedahkan Buddha ini yang unggul kerana hanyamelaluinya kita akan mencapai PencerahanKebuddhaan. Akhir sekali, melalui kesedarantentang kebenaran ini, kita dapat menamatkanpenderitaan fizikal, dan mental ataupunketidakpuasan. ltulah tujuan Buddhisme.Terdapat penderitaan dan ketidakpuasan di dalamsetiap aspek di dunia ini. Ketidakpuasan itu

13

Page 16: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

dicirikan oleh konflik, perpisahan, kesakitanfizikal dan mental, perbalahan dan kekecewaan.ltulah sifat Kebenaran Mulia yang Pertama.Dapatkah sesiapa mendakwa bahawa wujud satumakhiuk hidup yang tidak tertakluk kepadaKebenaran ini? Kebenaran Mulia yang Keduaialah tentang sebab-musabab Dukkha. Apakahsebab-musabab penderitaan dan ketidakpuasan?Ramai guru agama yang belum tahu jawapannya.Difikirkan punca itu bersifat luaran tetapi Buddhasedar bahawa puncanya bukan lain daripada didalam diri kita sendiri. Kita yangbertanggungjawab. Kitalah penciptanya.Puncanya di dalam diri kita - perpautan,mengidam-idamkan keseronokan duniawi dankewujudan. ltulah sahaja puncanya dan tidakdapat dicari mana-mana punca lain yangmengakibatkan segala penderitaan manusia. Kitamelakukan perbuatan yang salah demi hidup ataukepuasan deria. ltu suatu perkara yang tidak dapatdinafikan lagi. Dengan itu, kita tidak bolehmenyalahkan punca-punca luaran sebagai puncakesakitan dan penderitaan kita. Buddhismepraktikal kerana ia satu-satunya agama yangmengenalpasti punca kesakitan dan penderitaan

14

Page 17: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

serta mengemukakan jalan keluar daripadakesengsaraan manusia.

Apakah Agama?

Jika terdapat suatu cara yang praktikal dimana umat manusia dapat menyedari akankebenaran tentang kewujudannya dengan caramenimba ilmu pengetahuan, kebijaksaan danpencerahan, mengamalkan hidup yang mulia,menghapuskan penderitaan dengan cara itu bolehdianggap suatu "agama". ltulah definisi yangdiberi oleh Buddha untuk menerangkan perkataanAgama. Dengan itu, agama dapat dihuraikansebagai suatu jalan atau cara untuk kitamenghapuskan penderitaan. Jalan itu dipanggilJalan Lapan Lapis Mulia. Ada banyak perkarayang perlu kita lakukan pada bila-bila masa. Kitabukan setakat melawat vihara danbersembahyang sahaja. Kita digalakkan berbuatbaik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali.ltulah sebabnya cara itu disebut sebagai JalanLapan Lapis Mulia kerana ia menaikkan manusiake suatu paras kewujudan yang lebih tinggi.Pertamanya, anda mesti cuba memperolehi

15

Page 18: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

Pandangan yang Benar. Pandangan yang Benarbermakna: memahami sifat sebenar EmpatKebenaran Mulia. Apa sahaja yang kita lakukan,sama ada di atas nama agama ataupunsebaliknya, kita perlu tahu cara memperolehiPandangan yang Benar. Tanpa pandangan yangbetul, kita tidak dapat mencapai tujuan utamakita. Bila Buddha memulakan misinya mengajarkita cara menghapuskan penderitaan, Beliaumemperkenalkan Pandangan yang Benar. Beliautidak pernah menasihatkan sesiapa punmempercayai sesuatu dahulu tanpa pandanganyang benar. Anda mempunyai otak untuk berfikirtetapi disia-siakan sahaja tenaga mental andamemikirkan perkara-perkara yang remeh-temeh.Jika anda dapat menjimatkan tenaga mental itu, iadapat mdisalurkan agar dapat membantu oranglain, memperbaiki diri, menimba ilmu dankebijaksanaan serta memahami cara mengatasiseribu satu masalah yang dihadapi anda. Kitapada umumnya gagal kerana banyak tenaga yangdibuang memikirkan perkara-perkara. yang tidaksenonoh.

16

Page 19: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

Fikiran yang Benar bermaknamenggunakan tenaga mental anda danmenyalurkannya sedemikian rupa supayamenyekat niat yang jahat. Anda mesti memahamisifat akal (mind) anda. Semua orang sibukmencari pemahaman mengenai akal (mind) oranglain tetapi segelintir sahaja yang cuba memahamiakal (mind) mereka sendiri. Terdapat begitubanyak elemen yang tidak baik di dalam akal(mind) kita. Elemen-elemen yang tidak baik inimenimbulkan masalah, kesilapan dankerunsingan kepada orang lain dan juga diri kita.

Cubalah sedaya upaya mengawal fikiranyang tidak benar itu atau lebih baik lagi,menggantikannya dengan fikiran yang baik.Dengan cara itu sahaja, anda dapatmenghapuskan kekurangan tersebut. ltulahcaranya berfikir dengan betul. ltu caranyamenggunakan daya pemikiran anda demimencapai kejayaan. Bila kita telah pelajari caramengawal dan memfokus tenaga mental kita,maka kita seolah-olah dapat ketawakan masalah-masalah kita kerana kita berdaya mengatasinya.Tiada siapa pun yang dapat meruntuhkan kita,

17

Page 20: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

tiada siapa yang dapat mengganggu kita keranakita amat bertenaga dan tiada ketakutan. Kitamembina keyakinan diri untuk menghadapisegala masalah, mental mahupun fizikal. ltulahsebabnya kita patut menjimatkan tenaga mentalkita dengan menggunakan Fikiran yang Benar.Dengan itu, kebencian dihapuskan, sebaliknyaMetta dipupuk. Memupuk fikiran yang benardapat mengurang perpautan, seterusnya kita dapatmenilai setiap masalah secara objektif tanpamembuang tenaga kita yang amat ternilai atasemosi-emosi keterlaluan.

Pertuturan yang Benar. Kata-kata kitakadang-kadang menyakitkan hati orang lain.Masalah timbul kerana kita bercakap tanpaberfikir dahulu. Dengan itu, sebelum kita mulabercakap, kita mesti berjaga-jaga akan mulut kita.Kita mesti mempunyai pengetahuan dankesedaran agar tidak bercakap secara tidakbertanggungjawab. Fikirlah sebelum bertutur.Pertimbangkan sama ada pertuturan itu jahat,kasar atau sia-sia. Penggunaan perkataan yangtidak wajar akan merendahkan imej kita dikacamata orang lain.

18

Page 21: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

Perbuatan yang Benar. Kita patut cubasedaya upaya agar tidak mementingkan diri,memikirkan perihal kebajikan diri sahaja.Kebajikan orang lain perlu difikirkan juga. Kitaperlu mengelakkan tindakan-tindakan salah yangmendatangkan kesakitan, menyakiti hati ataumendatangkan keburukan kepada orang lain.Tindakan kita mestilah yang akan mendatangkankebaikan kepada diri kita, begitu juga kepadaorang lain. Setengah-setengah tindakan bergunakepada kita tetapi tidak berguna kepada orang laindan begitu juga sebaliknya. Buddha berkata,"Biarlah kita bijaksana." Kita boleh membantuorang lain, tetapi pada masa yang sama,kepentingan diri jangan diketepikan. Jangansekali-kali bertindak bertentangan dengan limaprinsip moral yang dikemukakan oleh Buddha.

Cara sara-hidup yang Benar. Kita mestimencari nafkah untuk menyara hidup kita, samaada kita makan gaji ataupun berniaga. Walau apapun yang kita lakukan, ia mesti mengikut suarahati kita. Ada yang menjalankan perniagaandengan menipu atau membawa kesengsaraankepada orang lain. la boleh membawa kekayaan,

19

Page 22: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

namun adakah ia cara hidup yang dapat dipuji?Tentunya tidak. Di dalam apa sahaja kerja yangkita lakukan, kita mestilah mempunyai sikap yangberpatutan, bersopan dan adil. Kita patut elakkanpekerjaan yang melibatkan penyembelihanbinatang, penjualan hamba abdi, minuman keras,racun, dadah merbahaya dan senjata.

Usaha yang Benar. Tenaga fizikal ataumental kita patut digunakan secara bijaksana. lamestilah yang dapat membantu orang lain melaluiperkembangan kebudayaan, kerohanian dankeagamaan. Fikiran perlu dilatih agar ia baik,jujur dan adil. Salurkan tenaga mental supayafikiran yang baik dipupuk dan yang jahat dijauhi.

Kesedaran yang Benar. Apa sahaja yangkita lakukan kita harus sedar pada setiap masa.Bila kita bertutur, fikiran kita perlu berjaga-jaga.Fikiran kita jangan sekali-kali dibiarkanmelencong. Bila melakukan sesuatu, buatlahdengan penuh kesedaran. Dengan cara itu, kitaakan bekerja dengan cekap. Kesedaran seperti itumesti dipraktikkan pada bila-bila masa di dalamkehidupan seharian.

20

Page 23: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

Langkah terakhir ialah Konsentrasi Akal(mind) yang Benar atau Latihan Mental. Fikirankita tidaklah betul-betul terlatih. ltu sebabnya kitamelakukan kesalahan, jadi kita runsing. Kitaperlu melatihkan akal (mind) kita dengan caramenjimatkan tenaga mental kita. Fikiran kita ituamat bertenaga dan hampir tidak terkawal.Dengan menggunakan tenaga mental yang telahkita jimatkan tadi, kita boleh menjinakkannya.Setelah itu, akal (mind) kita akan lebih dapatdipercayai, juga lebih sedar, baik, adil dansaksama kepada semua. Walau bagaimanapun,perkara ini suatu proses yang amat sukar dansegelintir sahaja manusia yang dapat mencapaiakal (mind) yang terlatih sempurna. ltu sebabnyadunia ini penuh dengan orang yang tidak bolehdipercayai, yang kejam, selalu melakukan tipuhelah dan semata-mata mementingkan diri. Jikaakal (mind) manusia telah sempurna terlatih,maka setiap insan dapat hidup secara aman.Punca utama masalah kita ialah akal (mind) itutidak terlatih dan dikuasai oleh nafsu, keinginan,kebencian dan kejahilan. Bila kesemua pengaruh-pengaruh buruk itu telah dapat dihapuskan,ketenteraman dan kebahagiaan akan dicapai.

21

Page 24: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

Pengalaman tersebut amat mengkagumkan.

Bukankah Buddhisme Praktikal?

Inilah Jalannya - Jalan Lapan Lapis Muliayang telah didedahkan oleh Buddha agar manusiaakan dapat mengamalkan kehidupan berasaskankesamaan. la suatu cara yang praktikal, bukanberdasarkan kepercayaan semata-mata. Kitadapat mempraktikkan setiap cara, setiap langkahdan butir, kemudian melihat sendirikeputusannya, sama ada ia betul atau salah,praktikal atau tidak. ltu sebabnya Buddhamengatakan bahawa Buddhisme suatu agamayang bukan sahaja benar pada satu-satu ketikasahaja, bahkan ia suatu cara hidup yang dapatdipraktikkan pada bila-bila masa, di mana-manasahaja dan di dalam masyarakat yang mana pun.Lihatlah kepada cara Buddha mengemukakancara hidup ini. Tiada sesiapa pun yang berfikiranwaras dapat mengatakan bahawa ia tidakpraktikal atau tidak berguna. Bila kita cubamengamalkannya, kita akan menghadapiberbagai kesukaran kerana sememangnyadiperlukan tekad yang kuat. ltu sebabnya ada

22

Page 25: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

setengah orang mengatakan Buddhisme tidakpraktikal. Tetapi ingat! Buddhisme adalahpraktikal, berguna dan mulia. Malangnya, duniakita ini begitu tidak sesuai tempatnya untuk kitamempraktikkan cara yang mulia secara amantanpa masalah. Bila kita cuba mempraktikkansetengah-setengah amalan yang mulia, adalahsahaja orang yang kejam dan semata-matamementingkan diri yang akan cubamemperbodoh-bodohkan kita. Kepada merekayang kejam, yang alim itu bodoh, sebaliknyayang jahat dianggap cerdik. Adalah sifatmasyarakat moden menjadikan agak sukar untukkita mengamalkan kehidupan yang mulia, yangberlandaskan agama. Buddha telah menerangkansifat alam dengan begitu jelas sekali. Beliaumenerangkan perkara-perkara yang difikirNyaperlu untuk kita memahami tentang sifat sebenarkehidupan duniawi. Beliau satu-satunya guruyang telah mengajar kita satu jalan yang praktikaldan yang boleh dipercayai untuk mengatasiketidakpastian keadaan duniawi serta kesakitandan kesengsaraan. DhammaNya untuk sepanjangzaman.

23

Page 26: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

SERVICES AVAILABLE ATTHE BUDDHIST MAHA VIHARA

• Booking for Dana (Alms Giving) and Bana (Sermons)• Blessing Services / Funeral Services by Monks• Booking of Facilities for religious functions / events• Marriage Registration• Full Moon and New Moon Day Services• Sunday Dhamma Classes• Sri Dhamma Library• Tape Library• Bookshop• Correspondence Course • Kindergarten - Tadika Sudharma• PARAMA Business & I.T. Training Centre• Weekly Activities

• Chanting Tuesday & Friday 7.30 p.m.• Special Talk Friday 1.00 p.m.• Dhamma Talk Friday 8.00 p.m.• Meditation Monday & Thursday 8.00 p.m.• Service & Talk Sunday 8.30 a.m.• Dhamma School Sunday 8.30 a.m.

DONATION IN CASH OR KIND CAN BE MADE FOR:• Buddhist Propagation • Education Fund• Project Buddho Africa• Full Moon and New Moon services sponsorship • General Maintenance of the Buddhist Maha Vihara• Illumination (lighting) of the Main Shrine Hall• Illumination (lighting) of the Awkana Buddha & Cakra• Monks Dana• Monks Requisites• Welfare Fund• Special Religious Events - Wesak

- Annual Blessing Service- Annual Merit Offering- Kathina Pinkama (ceremony)- Monks’ Novitiate Programme

MAY THE BLESSINGS OF THE NOBLE TRIPLE GEMBE WITH YOU AND YOUR FAMILY

Page 27: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah

I / We would like to make a donation to the Buddhist MahaVihara.

Name :

Address :

Amount : RM

Towards : The cost of reprinting this book

Others, please specify

All cheques can made payable to: BUDDHIST MAHAVIHARA or TT to “BUDDHIST MAHA VIHARA”ACCOUNT NO. 0061-10-003018-0, EON BANK BERHAD,BRICKFIELDS, KL. Kindly send us a copy of your BANKSLIP so that we can send you an OFFICIAL RECEIPT.

DONATION FORM

Buddhist Maha Vihara123, Jalan Berhala, Brickfields,50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan,Malaysia.Tel: 603-22741141 Fax: 603-22732570

Page 28: Publication of the - buddhistmahavihara.orgbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/Adakah Buddhisme Praktikal Hari Ini.pdf · kerohanian yang suci itulah yang dititikberatkan. ltulah