puisi bustam kamri

2
Puisi yang dihasilkan mempunyai unsur (element) tersendiri dan unsur yang digunakan dalam puisi juga hendaklah difahami. Sebuah puisi yang baik mengandungi unsur seperti asonansi, bahasa figuratif, simili, metafora dan personifikasi. Istilah yang digunakan dalam puisi hendaklah difahami untuk menikmati penghasilan puisi yang berkualiti. asonansi : pengulangan perkataan bunyi vokal yang sama diikuti dengan bunyi konsonan yang berbeza. bahasa figuratif : bahasa yang diperkaya dengan imej perkataan dan bentuk percakapan. simili : perbandingan dua benda yang berbeza biasanya menggunakan perkataan 'seperti'. metafora: bentuk percakapan untuk membanding menggunakan analogi tetapi tidak dinyatakan. personafikasi : bentuk percakapan metafora untuk membandingkan haiwan, idea dan benda mempunyai kualiti manusia. Puisi tradisional Melayu untuk kanak-kanak jenisnya tidak banyak. Puisi lebih berbentuk pantun empat kerat dan dua kerat. Mungkin terdapat puisi kanak-kanak dari pelbagai suku kaum di nusantara yang belum dikumpulkan dan amat dialu-alukan memberi sumbangan untuk dikumpulkan sebagai warisan generasi akan datang. Di barat puisi kanak-kanak dapat dinyatakan seperti berikut: lirik melodi: puisi yang menyatakan secara diskriptif dan selalunya ada unsur nyanyian. puisi naratif: menyampaikan cerita atau menyatakan peristiwa atau perkara yang berlaku. limerik: puisi yang mempunyai lima baris setiap set dalam corak rima yang khusus dan biasanya berunsur jenaka. puisi rangkap bebas: tidak mempunyai rima.

description

ok

Transcript of puisi bustam kamri

Puisi yang dihasilkan mempunyai unsur (element) tersendiri dan unsur yang digunakan dalam puisi juga hendaklah difahami. Sebuah puisi yang baik mengandungi unsur seperti asonansi, bahasa figuratif, simili, metafora dan personifikasi. Istilah yang digunakan dalam puisi hendaklah difahami untuk menikmati penghasilan puisi yang berkualiti.

asonansi : pengulangan perkataan bunyi vokal yang sama diikuti dengan bunyi konsonan yang berbeza.

bahasa figuratif : bahasa yang diperkaya dengan imej perkataan dan bentuk percakapan.

simili : perbandingan dua benda yang berbeza biasanya menggunakan perkataan 'seperti'.

metafora: bentuk percakapan untuk membanding menggunakan analogi tetapi tidak dinyatakan.

personafikasi : bentuk percakapan metafora untuk membandingkan haiwan, idea dan benda mempunyai kualiti manusia. Puisi tradisional Melayu untuk kanak-kanak jenisnya tidak banyak. Puisi lebih berbentuk pantun empat kerat dan dua kerat. Mungkin terdapat puisi kanak-kanak dari pelbagai suku kaum di nusantara yang belum dikumpulkan dan amat dialu-alukan memberi sumbangan untuk dikumpulkan sebagai warisan generasi akan datang.

Di barat puisi kanak-kanak dapat dinyatakan seperti berikut:

lirik melodi: puisi yang menyatakan secara diskriptif dan selalunya ada unsur nyanyian.

puisi naratif: menyampaikan cerita atau menyatakan peristiwa atau perkara yang berlaku.

limerik: puisi yang mempunyai lima baris setiap set dalam corak rima yang khusus dan biasanya berunsur jenaka.

puisi rangkap bebas: tidak mempunyai rima.

puisi yang bukan-bukan: selalunya mengelikan hati dan jenaka.

Pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak percaya bahawa keupayaan kanak-kanak membezakan, mencipta rentak perkataan dan deria rentak perkataan mempunyai hubungan rapat kepada keupayaan membaca. Para pendidik bersependapat secara umumnya terdapat bukti yang menyatakan bahawa kesedaran awal terhadap rentak atau irama dan pengetahuan irama puisi membantu kemahiran literasi. Kenyataan ini mempunyai signifikan dengan perkembangan dalam membaca dan mengeja. Sehubungan itu kesedaran terhadap rentak awal dengan kemahiran fonologi di masa akan datang. Pengetahuan puisi berirama adalah jangkaan yang kukuh untuk kemahiran mengenalpasti perkataan apabila kanak-kanak di peringkat awal membaca. Puisi memberi peluang kanak-kanak untuk mempelajari perkataan baru, idea, sikap dan pengalaman kehidupan menerusi kacamata penyair. Jika anda masih ingat cara belajar mengingati hari, nombor dan abjad. Tentunya nyanyian klasik kanak-kanak lagu ABC tentunya terlintas difikiran. Banyak orang yang menghafal puisi mudah semasa kanak-kanak dalam bentuk lagu seperti,"Keretaku," "Bang Selebu," dan puisi teka teki.

Puisi mempunyai bentuk dan aturannya. Puisi adalah bentuk metrikal komposisi imaginasi perkataan yang dipilih dan diluahkan untuk mencipta kekuatan yang selalunya perluahan yang indah didengar dan irama yang menyeronokkan kepada kanak-kanak.Kanak-kanak mengemari di taska dan tadika mengemari untuk menghafal puisi yang mempunyai rangkap (verse) yang pendek. Contohnya; Satu dua tiga lekok, Jantan betina kena ketuk.Puisi kanak-kanak alat yang menyeronokkan kanak-kanak untuk membina kemahiran mendengar. Aktiviti yang melibatkan puisi dapat memberi peluang untuk meningkatkan bahasa dan literasi menghubungkan keseronokkan dengan perkataan. Puisi mempunyai kualiti yang dirangkumkan atau dipadatkan menjadikan setiap perkataan penting. Format pengulangan rentak menjadikan puisi diingati. Pengulangan adalah strategi untuk belajar dengan menyeronokkan. Bahasa berirama menjadi mudah dan kekal diingatan secara tidak langsung menjadi sebahagian linguistik kanak-kanak dan sumber intelektual untuk kehidupannya.