PUISI RAKYAT

6
PUISI RAKYAT Muncul pada zaman manusia belum mengenal bentuk tulisan Merupakan pancaran masyarakat melayu lama Karya puisi menggambarkan masyarakat pada zaman itu yang static dan terikat pada adat, peraturan dan Mempunyai kalimat yang tidak bebas, bahasa yang indah, berirama dan mempunyai bentuk tertentu. Puisi merupakan karangan berangkap an mempunyai kalimat yang tidak terbatas. Merupakan ekspresi daripada pengalaman imiginatif manusia yang terjelma dan tersusun dalam kata dan bahasa. Penggunaan bahasa dalam puisi padat dan mempunyai

description

puisi

Transcript of PUISI RAKYAT

Page 1: PUISI RAKYAT

PUISI RAKYAT

Muncul pada zaman manusia belum mengenal bentuk tulisan

Merupakan pancaran masyarakat melayu lama

Karya puisi menggambarkan masyarakat pada zaman itu yang static dan

terikat pada adat, peraturan dan undang-undang yang mesti dipatuhi.

Mempunyai kalimat yang tidak bebas, bahasa yang indah,

berirama dan mempunyai bentuk tertentu.

Puisi merupakan karangan berangkap an mempunyai kalimat yang

tidak terbatas.

Merupakan ekspresi daripada pengalaman imiginatif manusia

yang terjelma dan tersusun dalam kata dan bahasa.

Penggunaan bahasa dalam puisi padat dan mempunyai makna

yang mendalam dan berkesan.

Penghasilan puisi memerlukan keterlibatan perasaan yang sensitif,

pemilihan diksi, rima dan suku kata yang tertentu.

Page 2: PUISI RAKYAT

PANTUN

Karangan yang terbentuk secara berpasangan dalam jumlah

baris yang genap, iaitu daripada dua baris serangkap hingga

pantun 16 baris serangkap.

Bilangan suk kata – antara 8-12

Tiap-tiap rangkap ada unit pembayang atau sampiran dan

maksud serta rima akhirnya a-b-a-b.

Setiap rangkap melengkapkan seluruh idea.

Tidak boleh berdiri dengan 1 baris sahaja; sekurang-kurangnya

2 baris (pembayang dan maksud)

Jenis-jenis pantun :

Pantun nasihat Pantun kanak-kanak Pantun agama Pantun sindiran/kiasan Pantun jenaka Pantun teka – teki

Page 3: PUISI RAKYAT

SYAIR

Puisi yang terdiri daripada empat baris serangkap.

Dicipta untuk dilagukan dan diperdengarkan

Rima akhirnya adalah sama iaitu (a-a-a-a) atau ada sedikit variasi

Keseluruhan rangkap syair ialah maksud dan merupakan idea

yang berlarutan

Biasanya setiap rangkap tidak boleh berdiri sendiri tetapi

memerlukan rangkap yang lain untuk melengkapkan ida tersebut.

Tema syair berbentuk naratif:

Syair romantis Syair sejarah Syair keagamaan

Page 4: PUISI RAKYAT

GURINDAM

Sejenis pisi yang tidak tentu bentuknya.

Dalam bentuk terikat yang terdiri daripada dua baris serangkap

dan mengandngi 3-6 patah perkataan dalam sebaris.

Gurindam terikat- memerlukan beberapa rangkap untuk

melengkapkan keseluruhan idea.

Gurindam tidak terikat- tidak berpasangan dan tidak berangkap

atau terus-menerus.

Umumnya gurndam berfokus kepada pengajaran atau panduan

hidup yang sempurna.

Peanannya tidak seluas seperti syair dan pantun.

Digubah dalam bahasa yang indahuntuk dinyanyikan sebagai

SELOKA

Sejenis puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak.

Jika berangkap, seloka tidak tetap dari segi rangkap, jumlah kata dalam

sebaris dan rima akhirnya.

Bentuk - hampir sama dengan gurindam dan talibun

Isi – seloka mengandungimaksud mengejek, sindiran sama ada secara serius

atau jenaka.

Tema dan isinya amat umum, tetapi isinya disampaikan dalam bentuk

pengajaran dan panduan.

Seloka lebih merupakan ungkapan-ungkapan yang sejajar dan

sebahagiannya dipetik daripada peribahasa.

Secara umumnya, seuntai seloka merujuk kepada satu cerita yang benar-

benar dikenali dalam masyarakat Melayu seperti :

Pak Kaduk

Lebai Malang

Page 5: PUISI RAKYAT

TEKA-TEKI BERPUISI

Merupakan penyataan yang bersifat tradisional yang memerlukan jawapan tradisional

juga

Ungkapan lisan tradisional yang mengandungi satu atau lebih unsur pelukisan dan

jawapannya harus dapat diteka.

Teka-teki berfungsi sebagai bahan hiburan dan pengisi waktu lapang bagi menguji

ketajaman akal atau merendah-rendahkan kecerdikan seseorang.

Memunyai berbagai-bagai tema, tetapi tumpuan lebih kepada benda yang hamper

dengan persekitaran masyarakat.

Pencipta teka-teki memunyai pemerhatian yang tajam, peka dan kreatif

PERIBAHASA BERANGKAP

Dalam bentuk puisi, peribahasa dikenali sebagai peribahsa berangkap atau berirama.

Peribahasa terdiri daripada ungkaan peribahasa sekurang-kurangnya dua kerat yang

sejajar, sama ada dalam satu baris atau beberapa baris.

Baris- baris itu tidak semestinya sama dari segi rima, tetapi mempunyai hubungan

yang seimbang,iaitu perbandingan dan pelengkap.

Terdapat juga peribahasa dalam bentuk teromba juga mengandungi ungkapan-

ungkapan bebentuk peribahasa.

Yang berbeza ialah peribahasa berirama menjadi pegangan dan panduan kepada

masyarakat, sedangkan teromba merupakan perbilangan adat.

TEROMBA

Keindahan teromba bergantung pada aspek pengulangannya.

Teromba merupakan ungkapan adat yang mengandungi norma-norma adat dalam

majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, pertunangan dan pelantikan ketua adat.

Page 6: PUISI RAKYAT

TEROMBA

Keindahan teromba bergantung pada aspek pengulangannya.

Teromba merupakan ungkapan adat yang mengandungi norma-norma adat dalam

majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, pertunangan dan pelantikan ketua adat.

TALIBUN

Ikatan puisi bebas yang hampir sama bentuk dengan prosa lirik atau prosa berirama.

Talibun sejenis puisi bebas yang berperanan dalam cerita-cerita lipur lara, malah

merpakan sebahagian daripada cerita penglipur lara itu sendiri.

Berbeza dengan prosa lirik yang menggambarkan keseluruhan cerita itu, misalnya

Hikayat Terung Pipit.

Merupakan penceritaan atau pemerian tentang sesuatu objek atau aspek dalam cerita

atau ucapan-ucapannya

TERASUL

Mirip talibun dan prrbezaannya, terasul ini khusus mengenai adat, menyatakan

salasilah dan digunakan pada masa memasang adat kebesaran, berkenduri atau

menjamu tetamu