Puisi Ramadan

3
RAMADAN Kau datang lagi... bergenang airmata kesyukuran kerana masih dapat bersua denganmu.. Ramadhan Kau datang lagi... bergenang airmata kesyukuran kerana masih dapat bersua denganmu.. Ya Allah .. Kau jadikan bulan Ramadhan kali ini sebagai penyuci segala kekotoran hatiku sebagai satu tarbiyah atas tindakanku sebagai pembimbing akhlak dan pekertiku sebagai penyuluh segala amalanku sebagai pelopor keikhlasanku sebagai penyubur roh kasih dan sayangku Ya Allah... peliharalah diriku dari segala godaan nafsu dan kau berilah petunjuk pada mereka yang mempersendakan ramadhan ini yang tidak takut pada KebesaranMu yang tidak takut pada azabMu mereka bangga bila tidak berpuasa dan mereka bangga kalau berpuasa tapi tidak menyembahMu Ya Allah .. tetapkanlah kami pada ketaatan terhadapMu. Dan limpahkanlah pada kami Rahmat,Keberkatan dan PengampunanMu. pada Ramadhan kali ini.. Ramadhan ..kau datang lagi bergenang airmata kesyukuran. Syair Ramadan Ramadhan pertama setelah maghrib, Tegakkan tarawih walau tak wajib, Ajaklah anak ke masjid tertib, Sebelum isyak solat rawatib.

description

ramadan

Transcript of Puisi Ramadan

Page 1: Puisi Ramadan

RAMADAN

Kau datang lagi...bergenang airmata kesyukurankerana masih dapat bersua denganmu..Ramadhan Kau datang lagi...bergenang airmata kesyukurankerana masih dapat bersua denganmu..Ya Allah ..Kau jadikan bulan Ramadhan kali inisebagai penyuci segala kekotoran hatikusebagai satu tarbiyah atas tindakankusebagai pembimbing akhlak dan pekertikusebagai penyuluh segala amalankusebagai pelopor keikhlasankusebagai penyubur roh kasih dan sayangkuYa Allah...peliharalah dirikudari segala godaan nafsudan kau berilah petunjuk pada merekayang mempersendakan ramadhan iniyang tidak takut pada KebesaranMuyang tidak takut pada azabMumereka bangga bila tidak berpuasadan mereka bangga kalau berpuasatapi tidak menyembahMuYa Allah ..tetapkanlah kami pada ketaatan terhadapMu.Dan limpahkanlah pada kamiRahmat,Keberkatan dan PengampunanMu.pada Ramadhan kali ini..

Ramadhan ..kau datang lagi

bergenang airmata kesyukuran.

Page 2: Puisi Ramadan

Syair Ramadan

Ramadhan pertama setelah maghrib,Tegakkan tarawih walau tak wajib,Ajaklah anak ke masjid tertib,Sebelum isyak’ solat rawatib.

Setelah isyak’ solat tarawih,Jadikan imam orang yang fasih,Supaya jamaah tidaklah risih,Orang tak faham tahu menyisih.

Habis tarawih bacalah quran,Pembersih hati penambah iman,Supaya tidak terpukai syaitan,Yang terus menggoda sepanjang zaman.

Page 3: Puisi Ramadan

Pantun Ramadan

kala menjelang bulan puasa,

bangun sahur tidak dilupa,

makanan hanya sederhana sahaja,

biar berkat menyulam selera

 

selamat berpuasa kepada semua,

moga amalan kita diterima,

meski harus berlapar dahaga,

tak terjangka hebat ganjarannya

 

teguhkan iman di bulan ramadhan,

tetapkan jadi jalankan kewajipan,

allah menduga hanya sebulan,

inilah peluang dan kesempatan

 

selamat berpuasa kepada semua,

menjelang raya pelbagai disedia,

jadikan ramadhan bulan mulia,

banyak nikmat dan juga pahala.

Page 4: Puisi Ramadan