Puisi Tradisional Syair Yatim Nestapa

download Puisi Tradisional Syair Yatim Nestapa

of 10

Transcript of Puisi Tradisional Syair Yatim Nestapa

Pemahaman Puisi Tradisional : Syair Yatim Nestapa Nota SYAIR Definisi Syair ialah jenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandung 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud. Keempat-empat baris itu pula berirama sama. Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat. Sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan juga berasakan sejarah atau dongeng. 1. Ciri-ciri bentuk Syair a. Merupakan puisi terikat. b. Rangkap : jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu. Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun. Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut. c. Perkataan : bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris d. Sukukata : Bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata dalam sebaris e. Rima: Rima akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a Maksud Syair: Rangkap 1: Rangkap 2: Rangkap 3: Rangkap 4: Rangkap 5: Rangkap 6: Rangkap 7: Rangkap 8: Rangkap 9: Rangkap 10: Asmara Dewa ternampak seekor binatang yang matanya bersinar dan cahayanya tidak mampu ditentang. Puteri berasa amat takut lalu dipujuk oleh Asmara Dewa dan memberitahu kemungkinan binatang itu ialah naga. Asmara Dewa mengajak Puteri melarikan diri kerana takut dan ngeri Asmara Dewa kemudian berasa malu kerana sekiranya musuh di depan mata tidak ditentang maka dia akan mendapat malu Asmara Dewa sanggup mati dimakan naga jika ditakdirkan nasib mereka begitu tambahan pula mereka adalah yatim piatu Puteri membenarkan keputusan Asmara Dewa. Menurutnya, daripada hidup berdukacita adalah lebih baik jika mati segera. Dewa mendekati naga tersebut dan sebaik tercium bau Asmawa Dewa, naga tersebut mengangkat kepala dan mengngangakan mulutnya. Apabila melihat Asmara Dewadan Puteri, naga menjadi marah lalu menghembuskan nafasnya yang panas dan membeliakkan kedua matanya. Naga itu bertenpik dengan suara yang kuat seperti guruh sehingga menyebabkan air laut menjadi keruh dan daun kayu berguguran. Naga itu memandang Asmara Dewa dan Puteri sambil bertanya asal usul mereka berdua sehingga berani menghampirinya sambil mengugut hendak menelan mereka berdua sekali gus.

Tema Persoalan

Kemanusiaan dan kemasyarakatan yang berkait dengan keberanian menentang musuh / menyelesaikan masalah yang dihadapi i. Perlunya menjaga maruah diri ii. Berusaha mengatasi sesuatu masalah

iii. Jangan mudah berputus asa sebelum mencuba Gaya i Asonansi Contohnya : Matanya seperti damar Bahasa sebatang (pengulangan vokal a) ii. Aliterasi Contohnya : Cahayanya tidak dapat ditentang(pengulangan konsonan t) iii. Inversi Contohnya : Takutnya kakanda tidak terperi ( sepatutnya Kakanda takut tidak terperi ) iv Simile Contohnya : Matanya seperti damar sebatang . v. Bahasa klasik Contohnya : adinda (adik), leta (hina atau keji), kakanda (abang), terperi (terkata), dan seteru(musuh) vi Bahasa Arab Contohnya : aib (malu) . Pengajaran i. Kita hendaklah berani dan jangan mudah mengaku kalah sebelum berjuang, apatah lagi untuk memelihara maruah. ii. Kita perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk melakukan sesuatu usaha ataupun menyelesaikan masalah yang dihadapi. iii. Kita perlu rajin berusaha untuk mencari jalan penyelesaian agar masalah yang dihadapi dapat diatasi.

Lembaran Kerja 1. Nyatakan ciri-ciri Syair Yatim Nestapa secara ringkas. Ciri-ciri Syair Yatim Nestapa i. ii. iii. iv. 2. Berikan maksud rangkap-rangkap syair yang berikut. Rangkap Maksud (a) Asmara Dewa lalu memandang, Dilihatnya seekor rupa binatang, Matanya seperti damar sebatang, Cahayanya tidak dapat ditentang. (b) Marilah adinda kita ini lari, Kalau ditangkap kita ke mari, Takutnya kakanda tidak terperi, Memandang rupanya sangat ngeri. (c) Puteri pun tidak terkata-kata, Sangatlah benar pada cita, Daripada hidup dengan bercinta, Baiklah mati serta-merta. (d) Naga melihat budak berdua, Lalulah marah rupanya dia, Bernafaslah ia mengeluarkan hawa, Serta membesarkan matanya kedua.

Latihan Baca syair di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya. Syair Yatim Nestapa Asmara Dewa lalu memandang, Dilihatnya seekor rupa binatang, Matanya seperti damar sebatang, Cahayanya tidak dapat ditentang. Puteri pun takut tidak terhingga, Wahai adinda, diamlah juga, Kepada fikir kakanda menyangka, Inilah gerangan namanya naga, Marilah adinda kita ini lari, Kalau ditangkap kita ke mari, Takutnya kakanda tidak terperi, Memandang rupanya sangat ngeri. Asmara Dewa tersenyum lalu berkata, Sangatlah malu rasanya cita, Seteru sudah bertentang mata, Memberi aib nama yang leta. Jikalau sudah janji di situ, Matilah kita sudah tertentu, Kita pun anak yatim piatu, Biarlah dimakan naga itu. Puteri pun tidak terkata-kata, Sangatlah benar pada cita, Daripada hidup dengan bercinta, Baiklah mati serta-merta. Dewa berjalan dihampirinya, Naga yang besar didekatinya, Setelah naga mencium baunya, Kepala diangkat ternganga mulutnya. Naga melihat budak berdua, Lalulah marah rupanya dia, Bernafaslah ia mengeluarkan hawa, Serta membesarkan matanya kedua. Bertempik ia seperti guruh, Suaranya besar amatlah gemuruh, Air laut menjadi keruh, Daun kayu sampaikan luruh.

Ia memandang sambil menentang, Katanya, Hai budak dari mana datang? Berani sungguh engkau ini datang, Sekali kutelan kedua pun hilang.(Dipetik daripada Antologi Anak Bumi Tercinta, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001)

1 Apakah maksud baris Seteru sudah bertentang mata? A Telah diserang oleh musuh B Melarikan diri daripada musuh C Sudah berhadapan dengan musuh D Menghampiri tempat persembunyian musuh 2 Bagaimanakah reaksi kedua-dua beradik itu apabila bertemu dengan naga yang begitu menggerunkan? A Berasa takut lalu menjerit sekuat hati B Berasa takut dan mahu melarikan diri C Berasa bimbang lalu menangis D Memandang sahaja haiwan itu Daripada hidup dengan bercinta, Baiklah mati serta-merta. 3 Berdasarkan petikan di atas, apakah maksud yang cuba disampaikan? A Lebih baik bercinta daripada mati serta-merta. B Hidup dalam dunia percintaan rela mati bersama-sama. C Sanggup mati daripada hidup dalam keadaan berdukacita. D Hidup dalam dunia percintaan seperti mati secara tiba-tiba. 4 Nilai-nilai yang berikut terdapat dalam syair kecuali A keberanian. B keyakinan. C bertawakal. D kesederhanaan. 5 Baris Daun kayu sampaikan luruh merupakan... A simile. B anafora. C inversi. D hiperbola. 6 Yang berikut merupakan pengajaran-pengajaran yang boleh diperoleh daripada Syair Yatim Nestapa kecuali Kita tidak seharusnya membuang masa melakukan kerja yang tidak A berfaedah. Kita perlulah berusaha mencari jalan agar masalah yang dihadapi B dapat diselesaikan. Kita mesti berani dan jangan mudah mengaku kalah sebelum C berjuang. Kita perlu yakin dalam melakukan sesuatu perkara sama ada untuk D menangani masalah atau mengusahakan sesuatu.

LATIHAN KATA KERJA Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah,anda akan diberi panduan. Jika betul teruskan dengan latihan. 1. Wanita yang _______ di barisan hadapan itu ialah ibu saya. A. B. C. D. duduk bersimpuh berbaring berkeliaran

2. Surat Khabar lama yang berserakan di atas lantai itu telah basah ________ hujan. A. B. C. D. diserbu disembur dijirus ditimpa

3. Polis berjaya _________ banduan yang melarikan diri dari penjara itu. A. B. C. D. memukau menangkap mengajak menjemput

4. Tidak _________ banyaknya anai-anai yang keluar dari busut itu. A. B. C. D. mengira terpandang terjumlah terkira

5. Setiap hujung minggu, kakak akan _________ pakaian sekolah kami. A. mencuci B. membungkus C. mengelap

D. mengilap 6. Perjumpaan itu bertujuan untuk ________ projek membasmi kemiskinan. A. B. C. D. menyuarakan merayu membincangkan menyebut

7. Hampir dua puluh tahun saya tidak ________ dengan anak-anak Pak Ngah. A. B. C. D. berjumpa bermuka menonton bercerita

8. Pihak majlis perbandaran akan menangkap binatang ternakan yang ________ sekiranya menerima aduan daripada orang ramai. A. B. C. D. berkeliaran berserakan bertaburan berkumpul

9. Razali _______ kerana terperanjat apabila pemandu kereta itu membunyikan hon keretanya. A. B. C. D. terdampar tersungkur berbaring terduduk

10. Kerajaan akan ________ kempen keselamatan jalan raya pada musim perayaan. A. B. C. D. merancang memperkasa memertabat memperhebat

11. Kakak _______ krim pelembab pada mukanya sebelum tidur.

A. B.

Menyapu Menampal

C. D.

Melumur Mengelap

12. Rumah Pak Hamid telah _________ pada malam tadi. A. B. C. D. membakar membara terbakar dibakar

13. Oleh sebab terlewat bangun, Encik Ali ________ baju tidak bergosok. A. B. C. D. mengena menjaring memakai mengambil

14. Ayah gemar _______ di taman bunga pada waktu pagi. A. B. C. D. berkeliaran bersiar-siar bertenggek bersimpuh

15. Dia pergi ke lapangan terbang untuk __________ ayahnya. A. B. C. D. menjemput memanggil melamar mengiringi

16. Pekerja kilang itu akan _________ mogok lapar A. B. C. D. melaung mencadang melaksanakan melancarkan

17. Tindakan kerajaan __________ beras dari luar negara untuk mengelakkan masalah kekurangan beras dalam Negara.

A. B.

Mengimport Menyeludup

C. D.

mengambil mengaut

18. Beberapa orang birawati sedang ________ masuk ke dalam gereja. A. B. C. D. berkeliaran berlari bertenggek berjalan

19. Majlis perkahwinan itu _________ dengan meriah. A. B. C. D. dialu-alukan dirasmi disambut disediakan

20. Mulut adik terkumat-kamit ketika __________ doa sebelum makan. A. melaungkan B. membaca C. melafazkan D. menyanyikan

Jawapan Lembaran Kerja 1. Ciri-ciri Syair Yatim Nestapa i. terdiri daripada sepuluh rangkap ii. bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama (empat baris serangkap) iii. panjang pendek baris hampir sama (empat hingga lima patah perkataan) iv. berbentuk terikat atau tidak bebas 2. Maksud Rangkap Syair (a) Asmara Dewa terlihat seekor binatang yang bersinar matanya dan cahayanya tidak mampu ditentang. (b) Asmara Dewa yang membahasakan dirinya sebagai kakanda telah mengajak tuan puteri melarikan diri kerana dia berasa terlalu takut dan ngeri apabila memandang rupa binatang tersebut. (c) Tuan puteri berfikir bahawa hal yang diperkatakan oleh Asmara Dewa memang benar. Daripada dia hidup dalam keadaan berdukacita lebih baik dia mati dengan segera.

(d) Naga tersebut telah ternampak akan tuan puteri dan Asmara Dewa. Secara mendadak naga itu menunjukkan kemarahannya. Nafasnya menjadi panas dan kedua-dua biji matanya dibeliakkan.