Pukul Berapa Datuk Harimau

10
PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU PENGENALAN Permainan kecil ataupun permainan kanak-kanak merupakan permainan warisan yang diwarisi dari turun-temurun. Permainan yang biasanya dimainkan oleh kanak-kanak kecil ini telah dimainkan sejak dari dahulu lagi. Salah satu permainan tersebut ialah permainan Pukul Berapa Datuk Harimau. Permainan ini dikatakan telah dimainkan sejak dari zaman selepas kemerdekaan lagi. Permainan ini dapat mengisi masa lapang disamping dapat menjaga kesihatan kanak-kanak tersebut. Permainan Pukul Berapa Datuk Harimau dapat menerapkan dalam diri pelajar konsep masa ataupun waktu. Melalui lagu yang dinyanyikan semasa permainan itu dimainkan bilangan nombor ataupun waktu yang dinyatakan oleh Datuk Harimau dapat melatih kanak-kanak mengenai aspek waktu dan masa. Lagu yang dinyanyikan oleh kanak-kanak turut juga dapat mengajar mengenai aspek kiraan dan nombor. Dalam Permainan pukul Berapa Datuk Harimau, permainan ini dimainkan oleh dua pihak iaitu satu pihak menjadi Datuk Harimau dan satu pihak lagi akan menjadi kanak-kanak atupun mangsa kepada Datuk Harimau. Permainan ini mempunyai keluasan tapak yang ditetapkan. Permainan ini mampu memberi keseronokan kepada pemain atau pun kanak-kanak disamping dapat menghilangkan tekanan mereka. Permainan Pukul Berapa

description

permainan

Transcript of Pukul Berapa Datuk Harimau

Page 1: Pukul Berapa Datuk Harimau

PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU

PENGENALAN

Permainan kecil ataupun permainan kanak-kanak merupakan permainan

warisan yang diwarisi dari turun-temurun. Permainan yang biasanya dimainkan

oleh kanak-kanak kecil ini telah dimainkan sejak dari dahulu lagi. Salah satu

permainan tersebut ialah permainan Pukul Berapa Datuk Harimau. Permainan ini

dikatakan telah dimainkan sejak dari zaman selepas kemerdekaan lagi.

Permainan ini dapat mengisi masa lapang disamping dapat menjaga kesihatan

kanak-kanak tersebut.

Permainan Pukul Berapa Datuk Harimau dapat menerapkan dalam diri pelajar

konsep masa ataupun waktu. Melalui lagu yang dinyanyikan semasa permainan

itu dimainkan bilangan nombor ataupun waktu yang dinyatakan oleh Datuk

Harimau dapat melatih kanak-kanak mengenai aspek waktu dan masa. Lagu

yang dinyanyikan oleh kanak-kanak turut juga dapat mengajar mengenai aspek

kiraan dan nombor.

Dalam Permainan pukul Berapa Datuk Harimau, permainan ini dimainkan

oleh dua pihak iaitu satu pihak menjadi Datuk Harimau dan satu pihak lagi akan

menjadi kanak-kanak atupun mangsa kepada Datuk Harimau. Permainan ini

mempunyai keluasan tapak yang ditetapkan. Permainan ini mampu memberi

keseronokan kepada pemain atau pun kanak-kanak disamping dapat

menghilangkan tekanan mereka. Permainan Pukul Berapa Datuk Harimau juga

dapat mengajar kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

Page 2: Pukul Berapa Datuk Harimau

1.0OBJEKTIF

Permainan kanak-kanak yang dimainkan bertujuan untuk membantu kanak-

kanak dalam pertumbuhan dan pekembangan semasa kanak-kanak dengan

aktiviti yang dijalankan dalam permainan kanak-kanak tersebut.

a) Memilih dan merancang permainan kecil atau permainan kanak-kanak

dengan menggunakan kemahiran yang diajar

b) Mendemotrasikan permainan kepada umum.

2.0KUMPULAN SASARAN

Tahap 2 iaitu tahun 4, tahun 5 dan tahun 6

3.0 PROSES PENYEDIAAN GELANGGANG

Penyediaan gelanggang penyediaan gelanggang

Page 3: Pukul Berapa Datuk Harimau

gelanggang permainan

Formasi Permainan

Alatan

Page 4: Pukul Berapa Datuk Harimau

4.0PERATURAN PERMAINAN DAN CARA BERMAIN

Peraturan permainan

a) Pemain mestilah berada dalam kawasan yang telah ditetapkan

b) “Murid-murid” yang disentuh atau ditangkap akan mengantikan tempat

Datuk Harimau.

c) Bilangan pemain dalam setiap permainan adalah 5-15 orang sahaja.

d) Masa adalah tidak terhad.

e) Permainan akan dimainkan di kawasan padang yang berkeluasan dalam

anggaran 15 meter x 15 meter.

Cara Bermain

a) Permainan mestilah dimulakan dengan pemilihan Datuk Harimau.

b) Pemain bolehlah membuat pemilihan dengan cara “lap tali lap lam li tap lum”

ataupun “osom”.

Page 5: Pukul Berapa Datuk Harimau

c) Pemilihan menggunakan cara osom ialah menggunakan simbol burung,batu

dan air. Setiap simbol ini mempunyai kelebihan dan kekuranggan. Burung

akan menang dengan air tetapi kalah dengan batu. Air pula menang dengan

batu, tetapi kalah dengan burung. Manakala batu pula, menang dengan

burung tetapi kalah dengan air.

d) Selepas memilih Datuk Harimau, pemain-pemain yang lain dipanggil murid-

murid.

e) Murid-murid mestilah berada di belakang garisan selamat.

f) Datuk Harimau pula berada tiga meter dihadapan garisan selamat.

Page 6: Pukul Berapa Datuk Harimau

g) Kemudian,Datuk Harimau melangkah satu langkah ke hadapan.

h) Selepas melangkah, murid-murid mestilah secara bersama-sama menyebut

“pukul berapa Datuk Harimau?”.

i) Datuk Harimau pula menjawab “Pukul 2”. Datuk Harimau boleh memilih

untuk menyebut dari Pukul 1 hingga Pukul 11.

j) Apabila Datuk Harimau menjawab “pukul 12”, dia memusing dan mengejar

murid-murid

Page 7: Pukul Berapa Datuk Harimau

k) Datuk Harimau akan menyentuh / menangkap salah seorang murid.

l) Murid yang disentuh / ditangkap oleh Datuk Harimau akan mengantikan

tempat Datuk Harimau. Jika Datuk Harimau gagal menyentuh / menangkap

murid-murid, maka dia akan kekal menjadi Datuk Harimau.

Jangka Masa

Tidak terhad

Tempat

Padang atau gelanggang

7.0 KESELAMATAN

a) Permainan ini hendaklah dimainkan di kawasan yang terbuka.

b) Pakaian yang dipakai mestilah sesuai. ( pakaian sukan yang lengkap) .

c) Garisan selamat mestilah berada di tempat yang lapang dan selamat.